You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAN BELUKAR

18500 MACHANG, KELANTAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN NYANYIAN
ANTARA KELAB DAN PERSATUAN
TARIKH : 17 FEBRUARI 2016
MASA : 2.00 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKB

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BELUKAR

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN NYANYIAN
ANTARA KELAB DAN PERSATUAN
1.0

PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu
pilihan dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama masa kini
dimana gejala sosial berleluasa khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat memberikan penekanan kearah pembentukan kualiti dan jatidiri
serta sahsiah murid merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual
serta nilai sosialisasi, estetika dan etika. Dalam pada itu juga, ia berperanan
sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk berfikir secara lebih
aktif kearah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam aktiviti muzikal
yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.
Selain daripada itu, melalui muzik minat dan bakat murid dapat dicungkil serta
diketengahkan sekaligus dapat membina dan menyerapkan keyakinan diri
dalam menghadapi cabaran hidup masa akan datang.

2.0

LATAR BELAKANG
Nyanyian adalah merupakan salah satu elemen muzik yang telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak perlaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Kini ia telah dikemaskini menjadi sebahagian
kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih menarik.
Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 melalui mata
muridan Dunia Muzik secara tidak langsung telah mengukuhkan kepentingan
pembelajaran muzik terutamanya nyanyian secara formal didalam kelas.

3.0

MATLAMAT
Membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran terutamanya dari aspek
peraturan dan disiplin dalam sesebuah persembahan serta keberkesanannya
dalam membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, kognitif, kreativiti
dan inovatif.

4.0

OBJEKTIF
4.1
Memperkembangkan bakat murid
4.2
Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi
4.3
Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik
4.4
Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri
4.5
Alternatif kearah mengisi masa lapang secara positif

5.0

JENIS PERTANDINGAN
5.1
Pertandingan Nyanyian Solo

6.0

PENYERTAAN
6.1
Pertandingan ini terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan SK
Belukar.
6.2 Setiap Kelab dan Persatuan perlu menghantar seorang wakil.

7.0

JENIS LAGU
7.1
Lagu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja

8.0

PERSEMBAHAN
8.1
Setiap peserta hanya mempersembahkan (1) sebuah lagu sahaja
8.2
Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dari CD secara Minus
One atau karaoke.

9.0

MASA
9.1
Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.

10.0

PERBELANJAAN

Bil

Kriteria

1
2
3

11.2

11.0

Hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga


RM 3.00 X 3 orang
Hadiah saguhati
RM 2.00 X 6 orang
Sijil penyertaan
RM 1.00 X 9 orang

RM 12.00

Jumlah

RM 30.00

Keputusan hakim adalah muktamad.

HADIAH

Jumlah
RM 9.00

RM 9.00

12.1
12.2
12.3
12.4

Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Saguhati

:
:
:
:

Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan


Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan
Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan
Hadiah iringan dan Sijil penyertaan

Peserta-peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga akan


mewakili sekolah ke pertandingan-pertandingan nyanyian peringkat zon dan
daerah.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

.............................................
(PN ILYANA BT HASAN BAKRI)
Setiausaha Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Belukar,
Machang, Kelantan.

..
(PN HAJAH WAN ZAINUN BT WAN IBRAHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Belukar,
Machang, Kelantan

You might also like