You are on page 1of 5

SMK(P) RAJA ZARINA

PERSIARAN RAJA MUDA MUSA,


42000 PELABUHAN KLANG

KERTAS KERJA PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING


DAERAH KLANG
2016

Disediakan oleh
NOOR AIMAN BT AHMAD TAJUDDIN
1.0 TUJUAN
1

Kertas kerja ini dirangka untuk memohon keizinan daripada pengetua untuk menyertai
pertandingan Choral Speaking Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Klang. Program ini
dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid bagi membina keyakinan diri dan
menambah pengetahuan seterusnya menguatkan penguasaan Bahasa Inggeris di dalam
kalangan murid SMK(P) Raja Zarina.

2.0 PENDAHULUAN
Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah pembangunan
negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, semua aktiviti
koakademik dan kokurikulum penting untuk dijalankan demi membangunkan potensi murid
secara menyeluruh menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan
keseimbangan dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Justeru, penyertaan
murid dalam pertandingan Choral Speaking yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia amat signifikan dan relevan dengan keperluan pembangunan negara pada masa ini
dan pada masa akan datang.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mencungkil dan mengasah bakat dalam kalangan pelajar
3.2 Menggalakkan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti berbentuk pertandingan
3.3 Meningkatkan potensi dan keyakinan pelajar dalam mengendalikan aktiviti
3.4 Memupuk semangat berpasukan antara ahli kumpulan
3.5 Membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar
3.6 Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar

4.0 SASARAN
35 orang murid yang terdiri dari pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 yang turut melibatkan 2 orang
guru pembimbing.

5.0 CADANGAN DAN TARIKH PELAKSANAAN


TARIKH

TUGASAN
2

TINDAKAN

22/2/2016

Perbincangan pengetua dengan ketua bidang mengenai -Ketua Bidang


pertandingan yang dianjurkan

23/2/2016
hingga
12/3/2016

Perbincangan antara guru dan murid untuk pembinaan -Guru


skrip
Pembimbing

23/3/2106

Pemilihan dan taklimat tentang pertandingan dan tugasan -Ketua Bidang


kepada murid yang terpilih.
-Ketua Panitia
-Guru
Pembimbing.

24/3/2016
hingga
19/4/2016

Bimbingan dan latihan bicara berirama murid dengan -Ketua Panitia


guru pembimbing
-Guru
Hari Persekolahan
Pembimbing
Tarikh
: 24.3.2016 hingga 19.4.2016
Masa
: 1.30 petang 3.00 petang
Tempat
: Dataran Hashimah
Hari Sabtu
Tarikh
Masa
Tempat

: 26.3.2016/9.4.2016/16.4.2016
: 8.00 pagi 12.00 tengah hari
: Dataran Hashimah

20/4/2016

Pertandingan berlangsung di SMK Agama Hishamuddin

-Guru
Pembimbing

29/4/2016

Pendokumentasian

-Guru
Pembimbing

6.0 JAWATANKUASA KERJA


Pengerusi

: Puan Norliza bt Mat Radzi


Pengetua SMK(P) Raja Zarina
3

Naib Pengerusi

: Puan Noor Siah bt Othman


Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Noraizah bt Mohd Noor
Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras

: Puan Faizah bt Sanusi


Guru Kanan Bahasa

Setiausaha

; Puan Susy a/p Narayanan


Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Guru Pembimbing

: Puan Fazlily bt Ramly


Puan Noor Aiman bt Ahmad Tajuddin

Pelajar yang Terlibat

: Rujuk Lampiran

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA

JUMLAH

RM 5.00 X 30

Sarapan
RM 5.00 X 35 orang

Pengangkutan

RM 300

JUMLAH

RM 475.00

8.0 SUMBER KEWANGAN : SUWA KOKURIKULUM

9.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah bermatlamat untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Oleh itu, diharapkan semua perancangan yang disusun mendapat pertimbangan
dan kelulusan daripada pihak puan.
4

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(NOOR AIMAN BT AHMAD TAJUDDIN)
Guru Pembimbing

.
(FAIZAH BT SANUSI)
GKMP Bahasa

Disokong oleh,

Disahkan oleh,

.
(NORAIZAH BT MOHD NOOR)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK(P) Raja Zarina

(NORLIZA BT MAT RADZI)


Pengetua
SMK(P) Raja Zarina

You might also like