You are on page 1of 14

Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

BAB 6 PERANTI ELEKTRONIK KUASA

6.0 Pengenalan

Peranti elektronik kuasa adalah peranti elektronik yang bertindak sebagai suis dan boleh
dikendalikan pada kadaran kuasa yang tinggi. Antara peranti-peranti yang akan
dibincangkan dalam bab ini ialah seperti:-

 Penerus terkawal silikon (Silicon controlled Rectifier)


 Triak
 GTO-SCR ( Gate Turn-Off SCR)
 Diod Kuasa dan
 Transistor Kuasa

6.1 Penerus Terkawal Silikon (SCR)

Rajah 6.1 menunjukkan struktur binaan dan rupabentuk fizikal Tiristor yang lazim
digunakan. Manakala rajah 6.2 merupakan rajah simbol Tiristor.

Anod

G et P

K a to d
(a) Struktur Binaan SCR (b) Simbol SCR (c) Bentuk Fizikal SCR

Rajah 6.1 : Struktur binaan dan bentuk fizikal SCR

6.1.1 Struktur dan Simbol SCR

SCR adalah peranti separa pengalir empat lapis seperti ditunjukkan di Rajah 6.1(a) dan
Rajah 6.1(b). Terdapat tiga terminal yang dipanggil Anod, Katod dan Get.
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

 Anod adalah terminal positif peranti manakala katod adalah terminal negatif
peranti.
 Get merupakan terminal yang akan menerima voltan picuan yang digunakan untuk
mengawal ON/OFF peranti.

Peranti ini adalah peranti satu arah yang mana ia akan membenarkan arus mengalir pada
satu arah sahaja.

6.1.2 Pemicuan SCR

SCR hanya akan ON apabila satu denyut arus positif dikenakan di terminal getnya dan
pada masa yang sama terminal anod adalah lebih positif berbanding katod. Picuan ini
akan menyebabkan arus pincang hadapan (foward current) mengalir dari anod ke katod.
Pada masa ini terminal anod-katod berada dalam keadaan litar pintas. Arus pincang
hadapan ini akan terus mengalir walaupun voltan picuan pada get dihentikan selagi
terminal anod-katod berada dalam keadaan pincang hadapan. Operasi SCR ini boleh
dihentikan beroperasi dengan salah satu cara berikut:

a. Arus yang mengalir kehadapan dikurangkan dari nilai arus pegang


peranti( Ih Iholding) yang boleh didapati dari helaian data pembuat.
b. Pintaskan terminal anod dan katod.
c. Alirkan arus dalam arah arah yang bertentangan ataupun terminal anod-katod
dipincang songsang.

Rajah 6.3 menunjukkan bagaimana SCR dapat dihidupkan pada sumber bekalan a.t.
dengan cara memberikan voltan picuan pada terminal getnya.
Lampu
padam

S1 SCR
Rg

Vg Ig = 0

IA = 0

(a) SCR dalam keadaan OFF apabila tiada voltan get di kenakan
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

VS
IA 
RL

Vg
Ig 
Rg

(b) SCR ON bila dikenakan voltan get

Rajah 6.3 Menghidupkan SCR pada sumber bekalan a.t.

Ketika S1 dibuka tiada arus yang mengalir pada beban RL (lampu) seperti yang
ditunjukkan di Rajah 6.3(a) dan (b). Apabila suis S1 ditutup maka terminal get akan
menerima arus picuan dan memicu SCR. Picuan ini menyebabkan arus mengalir dari
anod ke katod SCR dan lampu akan menyala. Apabila suis S1 dibuka arus masih
mengalir ke beban atau lampu masih menyala. Untuk mematikan SCR, terdapat tiga
kaedah boleh dilakukan iaitu, dengan cara memintaskan terminal anod-katod,
memutuskan bekalan arus ke anod ataupan menterbalikkan punca bekalan voltan supaya
arus songsang mengalir dari katod ke anod.

Lampu RL
Lam pu S2
N yala padam
RL

IA = 0
IA = 0
S1 SCR
S1 SCR Rg VS
Rg
I RL 
VS VS I RL  0
RL
Vg
Vg
Ig  0 Ig  0

Rajah 6.4 Rajah 6.5


Rajah 6.4. Mematikan SCR dengan cara memintaskan terminal A-K.,
Rajah 6.5. Mematikan SCR dengan cara memutuskan arus IA.

Rajah 6.4 menunjukkan bagaimana SCR dimatikan dengan cara memintaskan anod
dengan katod. Dengan ini tiada arus akan mengalir dari anod ke katod. Kaedah lain
untuk mematikan SCR adalah dengan meletakkan suis S2 seperti Rajah 6.5. Apabila suis
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

S2 dibuka maka tiada arus dapat mengalir dari anod ke katod atau arus pincang hadapan
adalah sifar iaitu kurang daripada Ih.

Untuk menghidupkan SCR ini maka kedua-dua suis S1 dan S2 perlu ditutup. Pada
keadaan normal SCR tidak akan hidup jika arus mengalir dari katod atau pada arah yang
bertentangan.

Kebaikan SCR yang nyata adalah dengan arus picuan yang kecil ia dapat mengawal arus
beban yang tinggi. Selain daripada itu SCR adalah sebagai peranti pensuisan yang laju.
Dengan hanya satu denyut lazimnya hanya satu mikrosaat hingga dua mikrosaat pada get
ia dapat menghidupkan SCR.

6.1.3 Ciri-Ciri SCR

Dengan mengalirnya Ig iaitu arus yang disebabkan oleh voltan positif pada get seperti
Rajah 6.6 (IG2), voltan pecahtebat hadapan akan berlaku lebih awal (lihat VBRF2). Takat
VBRF boleh direndahkan lagi dengan menambah nilai Ig. Begitulah seterusnya sehingga
IG dilaras kepada satu nilai yang cukup tinggi, SCR akan berfungsi seperti diod biasa

Sewaktu SCR dipincang belakang (VR), SCR tidak akan mengalirkan arus kecuali sedikit
arus bocor (arus sekat songsang). Jika VR terlalu tinggi melebihi takat voltan pecahtebat
songsang, SCR akan akan mengalirkan arus dari katod ke anod (arus ini dikenali sebagai
arus pecah tebat songsang), namun kemungkinan SCR akan mengalami kerosakan adalah
sangat tinggi. Untuk memastikan SCR tidak akan mengalami kerosakan semasa
kendalian, maka voltan songsang, VR haruslah ditentukan supaya tidak melebihi voltan
pecah tebat songsang (Reverse breakover voltage, VRBO). Nilai VRBO bagi sesuatu SCR
boleh diperolehi daripada helaian data yang dikeluarkan oleh pengeluar SCR tersebut.
Arus pegang (Holding current) ialah paras dimana arus SCR berpindah daripada keadaan
OFF kepada keadaan ON.

Rajah 6.6 Lengkung ciri SCR


Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

6.1.4 Kegunaan SCR

Peranti ini sangat popular digunakan dalam pensuisan kuasa dan dalam sistem pengawal
kuasa tinggi. Ia boleh beroperasi dengan voltan yang bernilai sehingga 1000 volt dan
beroperasi pada nilai arus sehingga kepada 1000A jika dibandingkan dengan peranti diod
biasa. Oleh kerana ia dinamakan penerus terkawal silikon maka ia banyak terlibat dalam
penukaran voltan dan arus au kepada voltan dan arus at. Ia juga berfungsi untuk
mengawal magnitud-magnitud gelombang keluaran ini. SCR juga membolehkan
pensuisan voltan dan arus beban yang besar dari sumber arus dan voltan pensuisan yang
kecil.

Contoh penggunaan yang paling mudah adalah seperti dalam litar kawalan statik yang
boleh digunakan pada sistem amaran penceroboh seperti yang ditunjukkan pada Rajah
6.7.

Rajah 6.7 : Litar Kawalan Statik

Suis-suis S1 dan S2 adalah suis yang sentiasa tertutup. Jika salah satu suis tersebut
terbuka, SCR akan dihidupkan dan jika beban adalah mentol maka ia akan menyala.
Apabila S1 atau S2 ditutup semula SCR masih berfungsi. Untuk mematikan SCR suis
RESET perlu dibuka semula ini menyebabkan arus yang mengalir dari anod ke katod
kurang dari Ih.

SCR juga boleh digunakan sebagai penerus terkawal di mana voltan keluaran a.t. purata
dapat dikawal kepada nilai-nilai tertentu. Rajah 6.8 di bawah menunjukkan bagaimana
SCR digunakan pada sumber voltan a.u. untuk menghasilkan voltan keluaran a.t. yang
boleh dikawal pada beban RL. Manakala Rajah 6.9 pula menunjukkan bentuk geombang
voltan merentasi beban RL, voltan picuan pada terminal get dan juga voltan sumber
bekalan Vs. Perhatikan voltan keluaran merentasi RL adalah merupakan voltan a.t dan
nilai puratanya boleh dikawal dengan mengawal sudut picuan α (iaitu dengan melaraskan
nilai perintang bolehubah RV)
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

Rajah 6.8. SCR digunakan sebagai penerus terkawal satu fasa

Rajah 6.9. Rupabentuk gelombang Vs, Vg dan VRL

6.2 TRIAK

Triak merupakan peranti dwi-arah iaitu ia boleh beroperasi ketika masukan positif
mahupun negatif. Triak adalah peranti tiga terminal dan boleh dianggapkan dua SCR
yang disambung secara selari berlawanan arah (anti-parallel).

6.2.1 Struktur Dan Simbol

Triak mempunyai lapisan NPNP selari dengan lapisan PNPN. Susun atur bahan empat
dan get (G). Jika keseluruhan struktur simpang P-N triak diteliti, arus dilihat boleh
melalui lapisan PNPN atau NPNP. Oleh kerana triak boleh mengalirkan arus dalam
kedua-dua hala, simbol triak mengandungi dua diod yang bersemuka dalam arah yang
berlawanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.10.
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

Rajah 6.10 : Struktur dan simbol Triak

6.2.2 Ciri-ciri Triak

Graf dalam Rajah 6.11 mewakili pengendalian triak yang lazim tanpa pembekalan arus
get. Apabila voltan mara bertambah, arus kecil mengalir dalam triak. Arus yang kecil
ini ialah arus bocor. Apabila voltan mara mencapai titk pecah lampau, arus pada triak
mula mengalir. Perhatikan voltan telah jatuh melintangi triak. Voltan ini dibekalkan
kepada beban

Rajah 6.11. Graf ciri volt-ampiar untuk triak

.
6.2.3. Aplikasi Triak

Triak sesuai digunakan untuk mengawal litar yang menggunakan arus a.u.. SCR adalah
merupakan peranti satu arah sahaja oleh itu ia hanya boleh beroperasi bagi separuh kitar
positif sahaja manakala Triak boleh beroperasi dalam kedua-dua kitar iaitu pada kitar
positif dan kita negatif. Rajah 6.12 menunjukkan salah satu contoh sambungan litar
penggunaan Triak untuk mengawal kuasa atau voltan a.u. pada beban RL. Sekiranya
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

perintang RL digantikan dengan lampu, maka kecerahan lampu boleh dikawal dengan
melaraskan perintang bolehubah R2.

Rajah 6.12 : Contoh Penggunaan Triak sebagai litar kawalan a.u.

Rajah 6.13. Rupabentuk gelombang VS, Vg dan VRL bagi litar kawalan a.u seperti litar
pada rajah 6.12.

Gabungan kapasitor C1 dan perintang bolehubah R1 akan menyebabkan voltan get akan
terlengah (delayed) sebanyak α darjah daripada voltan masukan. Pada separuh kitaran
positif, triak akan dipicu pada sudut α manakala pada separuh kitaran negatif triak akan
dipicu pada sudut (π + α). Nilai α ini boleh diubah dengan melaraskan nilai perintang
bolehubah R2. Voltan keluaran r.m.s. merentangi beban akan berubah berkadar songsang
dengan nilai sudut picuan α di mana semakin besar nilai sudut picuan maka semakin kecil
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

nilai r.m.s. keluaran. Rupabentuk gelombang bagi voltan masukan VS, voltan picuan Vg
dan voltan keluaran pada beban RL, VRL adalah seperti yang ditunjukkan pada rajah 6.13
di atas.

6.3 GTO-SCR (Gate Turn-Off SCR)

GTO-SCR adalah satu peranti elektronik kuasa uni-kutub. Ia memerlukan picuan positif
pada terminal get untuk “ON”. Apabila terminal get dikenakan isyarat picuan negatif ia
akan bertukar kepada keadaan “OFF”. Sifat ini merupakan satu kelebihan bagi GTO-SCR
berbanding dengan SCR.

6.3.1 Simbol dan Ciri-Ciri GTO-SCR

Rajah 6.13 menunjukkan simbol GTO-SCR dan rajah 6.14 pula menunjukkan lengkung
ciri I-V nya.

Rajah 6.13 : Simbol GTO-SCR

Rajah 6.14 : Ciri-ciri i-v GTO


Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

Rajah 6.15 Lengkung Ciri i-v GTO-SCR

GTO boleh dihidupkan dengan memberikan denyut positif kepada kaki get. GTO
akan terus berfungsi walaupun tanpa denyut positif. GTO boleh dimatikan dengan
memberikan denyut negatif kepada kaki get dan ini menyebabkan Ig negatif mengalir
dalam jumlah yang banyak. Ig negatif ini akan mengalir dalam beberapa mikrosaat
sahaja. Kedua-dua keadaan ini dikawal oleh arus get ( Ig).

Apabila Ig mencapai nilai maksimun, arus pada anod mula mengalami kejatuhan
manakala voltan, VAK yang melalui peranti ini mula meningkat. Keadaan ini boleh dilihat
pada ciri-ciri i-v dalam Rajah 6.15.

6.3.2 Aplikasi GTO-SCR

GTO juga berfungsi seperti SCR yang digunakan dalam pensuisan kuasa dan dalam
sistem pengawal kuasa tinggi. Ia mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan
dengan SCR.

6.4 Diod kuasa

6.4.1 Struktur dan simbol diod kuasa

Diod ini berbentuk tegap dan tahan panas. Rekabentuknya juga mempunyai berbagai-
bagai iaitu arus sederhana, arus tinggi, voltan sederhana dan voltan tinggi. Diod kuasa
merupakan peranti separa pengalir dengan dua lapis P-N ataupun mempunyai satu
simpang iaitu simpang P-N. Ia mempunyai masukan daripada anod (+) dan keluaran
terdiri dari katod (-) seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 6.16.

Rajah 6.16 : Struktur binaan dan simbol diod kuasa


Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

6.4.2. Ciri-ciri diod kuasa

Rajah 6.17 menunjukkan lengkuk ciri-ciri I-V bagi Diod Kuasa

Rajah 6.17 : Lengkuk Ciri I-V bagi Diod Kuasa

Terdiri daripada dua keadaan iaitu pincang depan “forward bias” dan pincang balikan
“reverse bias”. Dalam keadaan pincang depan, voltan bekalan disetkan kepada sifar (0
volt), nilai IF dan VF juga sifar. Jika voltan bekalan bertambah, IF dan VF turut bertambah
tetapi arus tidak akan mengalir melalui diod sehingga ia mencapai voltan sawar
(knee voltage). Nilai voltan ini berbeza bergantung kepada jenis bahan diod seperti
silikon – 0.7V, germanium – 0.3V dan LED – 1.6V.

Apabila diod diberikan pincang balikan, IR akan mengalir dalam jumlah yang kecil.
Arus ini dipanggil arus bocor. Jika VR bertambah sehingga nilai tertentu, IR akan
bertambah. Keadaan ini dipanggil voltan pecah tebat balikan dan ini boleh merosakkan
simpang pn jika nilai arus IR akan terus bertambah tetapi diod zener berfungsi dalam
keadaan voltan pecah balikan.

6.4.3 Kegunaan diod kuasa

Digunakan dalam litar seperti litar penerus dan pengatur voltan tinggi. Contohnya diod
zener yang mempunyai ciri-ciri kerja terbalik iaitu ia mengatur voltan yang melampaui
voltan pecah tebat balikan. Nilai voltan pecah tebat ini dibuat khas oleh pengilang agar ia
boleh mengatur berbagai jenis voltan.
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

6.5 Transisor kuasa

Rajah 6.18 : Struktur binaan dan simbol transistor kuasa

6.5.1 Struktur Dan Simbol Transistor Kuasa

Transistor kuasa merupakan peranti separa pengalir 3 lapis P-N-P dan mempunyai dua
simpang seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 6.18. Terdapat tiga terminal yang dipanggil
pemungut (collector), tapak (base) dan pengeluar (emmiter). Terminal pemungut dan
pengeluar di sambung kepada bekalan kuasa manakala terminal tapak disambung kepada
isyarat picuan.

6.5.2 Ciri-Ciri Transistor Kuasa

Pemungut - tapak

Rajah 6.19 : Ciri IE lawan VEB

Dalam Rajah ciri IE lawan VEB di Rajah 6.19, nilai awal arus ( 0V sehingga –0.6V )
adalah sifar walaupun terdapat pertambahan VEB di dalam transistor. Bilamana nilai VEB
mencapai tahap tertentu ( -0.6V ) kadar arus, IE mula bertambah secara mengejut seperti
dalam Rajah 6.20. Nilai VCB dalam Rajah menunjukkan parameter di dalam transistor
tersebut.
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

Kawasan aktif

Kawasan
tepu

Kawasan potong

Rajah 6.20 : Ciri IC lawan VCB

Merujuk Rajah 6.20 ciri IC lawan VCB di atas, terdapat tiga kawasan yang boleh
ditakrifkan untuk menerangkan ciri bagi transistor iaitu kawasan aktif, kawasan tepu dan
kawasan potong. Dalam kawasan tepu, transistor mula mengalami pertambahan voltan
VCB dan seterusnya akan meningkatkan arus IC ke tahap tertentu . Selepas itu, transistor
mula berfungsi dalam kawasan aktif. Ia mula berkeadaan tetap walaupun terdapat
pertambahan VCB sehingga melebihi tahap kawasan aktif yang dikenali sebagai kawasan
potong. Di dalam kawasan potong, pertambahan nilai VCB yang melampau boleh
menyebabkan transistor mengalami kerosakan.
Bab 6 Peranti Elektronik Kuasa 2008

LATIHAN

1. Lukiskan simbol triak.

2. Lukiskan struktur binaan bagi Triak.

3. Terangkan bagaimana Triak boleh dipicukan.

4. Lakarkan graf lengkuk ciri bagi Triak.

5. Lukiskan simbol bagi GTO-SCR serta jelaskan struktur binaannya.

6. Lakarkan lengkung ciri i-v bagi GTO.

7. Apakah kegunaan GTO-SCR.

8. Dengan bantuan gambarajah, jelaskan aplikasi triak.

9. Nyatakan perbezaan simbol di antara Triak dengan GTO-SCR dengan melukiskan


gambarajah bagi kedua-dua peranti tersebut.

10. Terangkan ciri-ciri GTO-SCR.

11. Lakarkan simbol bagi SCR.

12. Terangkan dengan jelas bagaimana SCR boleh dipicukan.

13. Nyatakan tiga cara untuk menghentikan pengoperasian SCR.

14. Terangkan 2 kegunaan SCR.

15. Lakarkan graf lengkuk cirri-ciri SCR.

16. Lukiskan struktur binaan bagi tiristor ( SCR ).

17. Lukiskan litar kawalan statik dan terangkan kegunaannya.

You might also like