You are on page 1of 2

LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI

1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN


CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan
bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi
Malaysia(MIER) dan Queen’s University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh
Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta.Antara
isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan
pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam.

2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang menandatangani KONVENSION
KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang
berkuatkuasa pada 29 disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan
pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan
datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan
hutan dan pokok selama-lamanya.

3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN


PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat
menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah
alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-
kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel,
pemprosesan dan penghasilan benih.

4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH


TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara
meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti
pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan
biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap
hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak
merugikan Negara

Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :


7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.

Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.

Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai
contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu.

Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.
8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.

Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala
sisanya pula diproses menjadi kertas.
9. Pembangunan lestari.

Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam).

Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
10. Pendidikan sains dan biologi

Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan
penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti.

Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).
11. Program kitar semula.

Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam.

Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca.

Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.
12. Penggunaan teknologi mesra alam.

Menggunakan teknologi mesra alam.

Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan
biogas kelapa sawit.

Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air
atau sisa kumbahan.
Penutup :

Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

You might also like