You are on page 1of 19

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA

ELEKTRONIK

Komponen Elektronik

Ada beberapa komponen elektronik yang perlu anda ketahui. Ini adalah asas untuk
anda menceburi bidang elektronik. Sila buat sedikit pemerhatian mengenai
maklumat komponen ini.

 Diod

Diod bentuk seakan-akan seperti perintang. Tetapi diod adalah komponen


aktif dan ianya berkutub positif dan negatif. Penyambungan kaki yang salah
menyebabkan litar tidak berfungsi. Ini kerana diod berfungsi sebagai menerus
voltan yang hanya membenarkan pengaliran arus pada satu arah sahaja. Terdapat
dua jenis diod iaitu diod kuasa dan diod isyarat.

Diod kuasa biasa digunakan bagi litar bekalan kuasa yang melibatkan
penggunakan arus sederhana tinggi. Diod isyarat biasa digunakan untuk litar
berfrekuensi dan arusnya penggunaan yang rendah dari diod kuasa. Tidak seperti
diod zener, penyambungannya adalah terbalik pada kaki positif dan negatifnya.

Fungsi diod adalah sebagai penerus voltan. Ia membenarkan arus terus


melaluinya dan menghalang arus ulang alik. Diad mempunyai polariti positif (anod)
dan negatif (katod). Diod adalah komponen aktif. Untuk pemasangan sila pastikan
polariti dioa adalah betul dan berhati-hati dengan pemasangan menggunakan
soldering iron kerana pemanasan yang terlampau boleh merosakkannya.
Diod mempunyai dua jenis iaitu:

 Diod isyarat
 Diod penerus

Diod isyarat

Diod isyarat berguna untuk litar yang membawa isyarat (maklumat) kerana
arus yang boleh melaluinya adalah tidak melebihi 100mA. Ia tidak sesuai sebagai
diod penerus. Diod yang biasa digunakan adalah seperti 1N4148 pada mana-mana
litar projek. Diod ini juga selalu digunakan bersama relay sebagai pelindung
transistor atau IC. Jika tiada diod disertakan ia boleh menyebabkan transistor rosak
kerana menerima voltan puncak tinggi dari gegelung relay semasa relay off. Dengan
adanya diod ini, ia akan mengalirkan voltan yang tidak diperlukan itu serta menjaga
transistor dari rosak. Kedudukan diod adalah terbalik untuk berada dalam keadaan
terbuka supaya relay boleh on.

Diod penerus

Diod penerus berfungsi sebagai penerus menukarkan arus AC kepada arus


DC. Diod yang biasa digunakan adalah 1N4001, 1N4002, 1N4007 dan yang
seumpamanya. Arus yang boleh melaluinya adalah tinggi berbanding diod isyarat.
Kesemua diod penerus adalah jenis silikon dan bukan jenis germanium. Ia berfungis
penuh pada voltan 0.7V. Manakala voltan maksimun untuk voltan songsang adalah
tidak melebihi 50V. Diod jenis ini biasanya digunakan sebagai penerus untuk litar
bekalan kuasa yang mengandungi 1 atau 2 atau empat diod. Terdapat juga diod yang
dibina dalam bentuk pakej yang mempunyai 4 diod sesuai untuk litar penerus. Ia
dikenali sebagai penerus jejambat.

Diod penerus dan diod isyarat menggunakan simbol yang sama.


Diod Zener

Diod zener merupakan diod istimewa yang berfungsi sebagai penstabil dan
penghad voltan. Jika voltan 12 v melalui diod zener 9v, maka hanya voltan 9 v
sahaja yang akan keluar melangkaui diod zener tersebut. Cara pemasangan diod ini
adalah terbalik. Tanda garisan negatif perlu disambung punca positif bekalan kuasa
dan kaki satu lagi perlu disambung pada punca negatif. Terdapat pelbagai voltan
yang ditentukan pada setiap diod zener dan voltan minimun adalah 2.7V.

Untuk mengenali diod zener adalah melalui kod seperti BZX... atau BZY...
Anda boleh lihat terdapat label seperti 9V1 pada badan diod tersebut. Ia bermakna
9.1 Volt.
Diod foto adalah sejenis diod yang istimewa. Ianya adalah sejenis sensor. Terdapat
pelbagai bentuk diod foto dan pelbagai fungsi digunakan. Fungsi utama adalah
sensor kepada isyarat infared atau cahaya. Bergantung kepada penggunaan.

Selain itu terdapat diod yang mengeluarkan isyarat infrared. Isyarat tersebut
tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan melalui alat tertentu atau alat
pengesan. Bentuknya seperti LED dan saiznya juga sama. Bezanya ia tidak
mengeluarkan cahaya. LED adalah sejenis diod. Keistimewaannya ia mengeluarkan
cahaya. Ia juga terdapat dalam pelbagai warna seperti merah, kuning, jingga, biru,
putih, hijau dan sebaginya. Selain itu LED terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Ada yang bentuk biasa, bentuk selinder, bentuk kotak dan sebagainya. Penggunaan
LED sangat meluas dan sering digunakan dalam litar elektronik mahu pun litar
projek. LED menggunakan voltan dan arus yang kecil untuk menghidupkannya.
Tidak seperti mentol lampu, ia menngunakan arus yang tinggi dan menghasilkan
haba. LED tidak menghasilkan haba.
Kaki LED mempunyai polariti positif (anod) dan negatif (katod).
Pemasangan kaki LED yang terbalik menyebabkan LED tidak menyala.Voltan LED
tidak boleh melebihi dari 3 Volt. Jika lebih kemungkinan LED akan terbakar. Oleh
itu jika ingin menguji LED dengan menggunakan bateri 9 volt, anda perlu
sambungkan dengan satu perintang 1K Ω. Jika anda pernah lihat LED mempunyai
3 kaki, ia adalah tri-color LED. LED tersebut boleh mengeluarkan 3 warna iaitu
merah, hijau dan jingga. Terdapat 3 kaki, yang mana kaki tengah adalah anod,
manakala dua kaki yang pendek adalah adalah anod dan setiap satu akan
menghasilkan warna merah dan hijau. Jika digabungkan kedua-duanya akan
menghasilkan warna jingga.

Untuk menguji diod adalah mudah. Anda perlu meterpelbagai jenis analog
atau digital. Terdapat meter digital yang mempunyai julat untuk menguji diod.
Untuk menguji diod, prob merah perlu berada di kaki katod dan prob hitam pada
kaki anod. Ia adalah terbalik untuk memastikan meter akan menuntukkan bacaan
atau jarum meter akan naik. Jika jarum meter atau terdapat bacaan bagi kedua-dua
arah kaki diod yang diuji, bermakna diod dalam keadaan pintas dan rosak. Sama
juga jika tiada apa-apa bacaan bagi kedua-dua arah kaki yang diuji, bermakna diod
dalam keadaan terbuka dan rosak. Untuk menguji diod di atas litar, salah satu kaki
diod perlu dibuka. Kemudian buat pengujian seperti biasa.

A. Diod Pemancar Cahaya - L.E.D.


1. Ia adalah sejenis diod
2. Dikenali sebagai "Light Emiting Diod"
3. Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat
4. Digunakan di dalam alatan elektronik seperti radio, TV, permainan,
pemain CD/DVD
5. Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan positif (anod)
6. LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt

Simbol LED
Bahagian LED
B. Diod Kuasa
1. Membenarkan arus mengalis sehala sahaja
2. Digunakan untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus

 Perintang

Perintang merupakan komponen elektronik yang paling kerap digunakan pada


mana-mana litar elektronik, alatan elektronik dan juga projek elektronik. Perintang
berfungsi merintangi atau menghadkan pengaliaran voltan melaluinya. Ia juga
berfungsi sebagai pembahagi voltan yang paling mudah. Perintang mempunyai dua
kaki yang tiada berkutub positif dan negatif. Penyambungan pada litar tidak
memerlukan penyambungan kaki yang khusus. Nilai rintang perintang di sebut Ohm
yang berbentuk Ω. Ia mengandungi nilai-nilai yang berperingkat-peringkat seperti
dari Ohm meningkat ke Kilo Ohm (K) hingga ke Mega Ohm (M). Lebih dari Mega
Ohm tidak digunakan. Sudah memadai nilai Mega Ohm.

Untuk mengetahui nilai rintangan pada perintang adalah dengan mengetahui


kod warna perintang. Kod warna ini terdapat pada badan perintang dan setiap warna
mewakili nilai tertentu. Perkara penting untuk anda mesti tahu adalah mengenali
warna atau anda bukan seorang buta warna. Sila lihat rajah di bawah ini senarai
warna beserta dengan nilai yang diwakili.

Nama Pendek
Nilai rintangan selalunya ditulis pada diagram litar menggunakan sistem kod kerana
ianya lebih mudah. Selalunya ia mengguna abjad seperti R, K dan M untuk
menggantikan angka yang banyak pada nilai rintangan tersebut. Untuk membacanya
gantikan nilai seperti K kepada 000 dan M kepada 000 000. Manakala R
menunjukkan Ohm Ω sahaja.
Sebagai Contoh:

 150R adalah 150 Ω


 2.7K adalah 2700 Ω
 3K9 adalah 3900 Ω
 1.5M adalah 1 500 000 Ω
 2M2 adalah 2 200 000 Ω

Bagaimana pula untuk menguji kerosakan pada perintang? Untuk menguji


kerosakan perintang alat yang sesuai adalah meterpelbagai (multimeter) pada julat
Ohm. Anda boleh guna meter dgital atau pun analog. Kedua-duanya sama.
Kenalpasti kerosan fizikal dahulu seperti perhatikan keadaan perintang yang rosak
seperti samada kelihatan kesan terbakar atau kesan sopek pada badan perintang. Jika
terdapat kesan-kesan tadi bermakna perintang tersebut kemungkinannya adalah
rosak. Jika tidak yakin dengan kesan tersebut,anda boleh ukur menggunakan
meterpelbagai pada julat Ohm.

Katakan anda ingin mengukur perintang 1K Ω. Setkan meterpelbagai ke julat


Ω yang sesuai dengan nilai ukuran. Ukur perintang tersebut dan perhatikan
bacaannya. Adakah bacaannya 1K Ω? Jika ya merintang yang diukur berada dalam
keadaan baik. Jika bacaan 0 bermakna perintang dalam keadaan pintas dan rosak.
Jika bacaan ∞ atau tiada bacaan atau nilai terlalu sedikit, bermakna perintang
tersebut adalah rosak.

Untuk membuat pengujian pastikan langkah-langkah berikut. Pastikan anda tidak


memegang badan perintang semasa mengukur, dikuatiri berlaku laluan kedua
melalui jari anda. Anda boleh pegang salah satu kaki perintang atau meletakkan
perintang tanpa memegangnya.

Bagaimana perintang boleh rosak? Punca-puncanya adalah kerosakan semasa


pengilangan, kerosakan disebabkan arus berlebihan melaluinya kerana kegunaan
Watt yang tidak sesuai, kepanasan yang melampau boleh menyebabkan perintang
terbakar dan pelbagai sebab lagi tetapi tidak ketara berbanding sebab-sebab tadi.

Perintang boleh ubah.

Perintang boleh ubah merupakan perintang yang mempunyai nilai rintangan


yang boleh diubah-ubah secara mekanikal sama ada dengan cara pusingan atau pun
secara sliding. Ia juga selalu disebut sebagai VR. VR mempunyai pelbagai bentuk
dan saiz. Ia juga mempunyai nilai rintangan yang berbeza-beza sama seperti
memilih perintang tetap. Jenis-jenis VR adalah jenis potentiometer, preset. Saiz bagi
setiap VR adalah berbeza-beza mengikut nilai rintangan, pengeluar kilang, jenama.
Namun begitu, saiz kaki bagi setiap VR yang adalah adalah standart atau sama
mengikut saiz piawaian. VR tiada polariti tetapi ia mempunyai 3 kaki yang mana
anda perlu ketahui dan kenali ketiga-tiga kaki ini.

Untuk membaca nilai rintangan terdapat dua cara yang mudah.

 Membaca nilai rintang yang dicetak pada komponen tersebut


 Mengukur nilai rintangan maksima dengan menggunakan meter pelbagai
julat Ohm

VR biasa mempunyai 3 kaki yang mana kaki tengah adalah kaki yang mesti
digunakan untuk penyambungan komponen. Manakala salah satu kaki digunakan
untuk fungsi pelarasan nilai rintangan. VR juga selalu disebut sebagai potentiometer
atau rheostat. Potentiometer mempunyai 3 terminal manakal rheostat mempunyai 2
terminal. Biasanya rheostat digunakan untuk kegunaan litar berarus tinggi seperti
pengawal kecerahan lampu. Satu lagi jenis VR adalah jenis preset atau jenis trimmer
pot. Ianya bersaiz kecil dan mempunyai 2 atau 3 terminal. Harganya murah
berbanding VR yang lain.

Perintang Peka Cahaya (LDR)

Perintang peka cahaya adalah sejenis perintang yang nilai rintangannya


bergantung kepada kejatuhan cahaya. Ianya juga merupakan sensor. Nilai rintangan
perintang peka cahaya akan berubah-ubah mengikut kecerahan cahaya. Semakin
terang cahaya yang jatuh, semakin kurang nilai rintangan. Ia juga dipanggil LDR
dalam bahasa inggeris. LDR tidak mempunyai polariti positif dan negatif.
Pemasangan kaki tiada masalah ikut mana-mana kakinya. Sifatnya hampir sama
seperti perintang tetap Cuma bezanya nilai rintang berubah ubah.

LDR mempunyai pelbagai saiz dan ada yang mengikut nilai rintangan
maksimumnya. Agak sukar mengukur nilai rintangan LDR kerana ianya berubah-
ubah mengikut keadaan cahaya. Sekiranya nilai rintangan berubah-ubah semasa
proses mengukur mengunakan meter Ohm, ini menunjukkan LDR berkeadaan baik.
Sebaliknya jika tiada perubahan sekiranya cahaya jatuh atau tidak, ia menunjukkan
LDR tersebut adalah rosak.

LDR tidak mempunyai warna kod atau label pada badannya. Hanya dengan
mengukur nilai rintangannya menggunakan meter Ohm. Anda tidak perlu risau nilai
rintangan LDR untuk menggunakannya. Kesemuanya hampir sama. Secara
kesimpulannya apabila cahaya terang niali rintangan akan berkurangan dan apabila
gelap nilai rintangan akan tinggi.
C. Perintang Tetap Karbon
1. Dibuat daripada karbon dan tanah
2. Digunakan untuk mengurangan arus dan voltan
3. Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna

Nombo Warn Jalur Bilangan Tolerans


Kod Warna
r a Pertama/Kedua Sifar i
Hitam  0         
Perang/Cokla
1         

Merah  2         
Oren/Jingga  3         
Kuning  4      0000   
Hijau  5      00000   
Biru  6      000000   
Ungu  7      0000000   
Kelabu  8      -   
Putih  9      -   
Emas        -  5% 
Perak        -  10% 
Tiada warna        -  20% 

Pengiraan kod warna perintang


Contoh pengiraan:

Diberi satu perintang yang berwarna coklat, merah, oren dan emas.
Nilai mengikut warna- 1, 2, x1000 dan 5%
Setelah didarabkan- 12 x 1000 ±5% = 12000 Ω ±5% = 12 Kilo Ω ±5%
Jawapan, 12KΩ ±5%

Biasanya jalur ketika adalah sebagai pendarab dan nilai tertinggi yang biasa
digunakan adalah setakat warna biru. Kod warna yang standart nilainya tidak boleh
kurang dari 10Ω. Untuk menunjukkan nilai yang kurang dari nilai tersebut, ia
menggunakan dua kod warna yang lain dari yang lain iaitu emas dan perak. Di mana
emas adalah pendarab x0.1 dan perak adalah pendarab x0.01.

 Kapasitor

Kapasitor adalah komponen yang berupaya menyimpan dan nyah-cas elektrik.


Ia berfungsi sebagai penapis kepada voltan. Kapasitor tergolong kepada dua jenis
iaitu jenis berkutub dan jenis tidak berkutub. Kapasitor jenis tidak berkutub
berfungsi membenarkan arus ulang alik melaluinya dan cara ia bekerja juga sama
untuk semua jenis kepasitor. Kapasitor jenis berkutub biasa terdiri dari kapasitor
jenis Elektrolitik. Selain itu juga terdapat kapasitor jenis Tantalum. Kapasitor
mempunyai dua kaki sama ada berkutub atau pun tidak.

Terdapat beberapa jenis kapasitor tetapi hanya dua jenis yang utama:

 Jenis Elektrolitik
 Jenis Bukan Elektrolitik

Jenis Bukan Elektrolitik: ia juga dikenali sabagai kapasitor tidak berkutub. Ia


tiada kutb positif dan negatif. Pemasangannya tidak kisah ikut kaki mana sekali pun.
Kapasitor jenis cakera adalah yang biasa sekali digunakan dalam litar elektronik.
Yang lain adalah seperti kapasitor jenis mika dan jenis seramik. Kapasitor jenis
cakera berwarna coklat dan bentuknya seperti cakera.

Jenis Elektrolitik: ia juga dikenali sebagai kapasitor berpolariti positif dan


negatif. Perlu berhati-hati semasa membuat pemasangan. Pastikan kakinya dipasang
betul mengikut polariti. Pemasangan yang salah boleh memberi kesan kepada litar
dan kapasitor boleh rosak atau mengeluarkan letupan kecil. Kapasitor jenis ini
biasanya digunakan bagi nilai kapasitan yang besar. Namun begitu kapasitor jenis
ini kurang stabil atas sebab ianya mudah dipengaruhi oleh suhu dan juga kesan
fizikal yang lain berbanding jenis bukan elektrolitik yang lebih stabil. Harganya
juga agak mahal berbanding yang lain.

Bagaimana membaca nilai kapasitor?

Bagi kapasitor tidak berkutub atau bukan elektrolitik, terdapat label yang dicetak di
atas badan kapasitor tersebut. Label-label tersebut merupakan kod-kod bagi nilai
kapasitor tersebut. Bagaimana untuk membacanya? Anda mungkin terbaca kod
seperti ini 101, 102, 103, 104 dan sebagainya. Oleh itu digit pertama dan kedua
adalah nilai. Manakala gigit ketiga adalah niali pendarab.

Contoh seperti 104 = (10 x 10e4)pF = 10e5pf = 103-7F = 0.1uF


Contoh lain 103= 0.01uF, 224= 0.22uF, 102= 0.001uF

Jika terdapat label seperti 1K5, 100, 200 10K dan sebaginya, oleh itu ia adalah
nilaian pF.

Contoh 1K5 bermaksud 1.5KpF.

Untuk kapasitor berkutub, terdapat nilai bercetak di atas badan kapasitor tersebut.
Label tersebut mempunyai nilai kapasitan dan voltan maksimum kapasitor tersebut.
Apakah fungsi kapasitor. Fungsi kapasitor sebagai penyimpan cas elektrik, sebagai
penapis dan penulin voltan DC. Ia membenarkan isyarat AC dan menahan isyarat
DC dari melalui. Kapasitor dibaca dalam unit Farad (F). Terdapat 3 peringkat nilai
Farad iaitu µ (mikro), n (nano) dan p (piko).
 Transistor

Komponen transistor meruapakan komponen aktif tidak seperti perintang


dan kapasitor yang merupakan komponen pasif. Komponen aktif mengandungi
bahan binaan aktif seperti Silikon, Germanium dan sebagainya yang meruapan
bahan separa pengalir yang penting dalam transistor.

Transistor berfungsi sebagai penguat. Ia menguatkan voltan dan arus mengikut


penyambungan litar tertentu. Selain itu juga transistor boleh berfungsi sebagai suis.
Suis elektronik. Kaki transistor adalah 3 iaitu Base (tapak), Collector (pemungut)
dan Emitter (pengeluar/ pemancar). Ketiga-tiga kaki ini mempunyai fungsi tertentu.

Fungsi transistor menggandakan arus, sebagai contoh ia boleh digunakan


untuk menggandakan arus keluaran yang kecil untuk menghidupkan lampu, relay
atau sebagai peranti berarus tinggi. Perintang bertindak sebagai penukar perubahan
arus kepada perubahan voltan, jadi transistor akan menggandakan voltan tersebut.
Transistor juga berfungsi sebagai suis. Apabila ada arus maksimum transistor dalam
keadaan on dan apabila tiada arus ia menjadi off dan bertindak sebagai penguat.

Transistor terdapat dalam 2 jenis iaitu NPN dan PNP. Ia boleh dilihat pada
simbol kedua-dua jenis transistor. Kaki-kaki transistor dilabelkan sebagai BASE
(tapak), COLECTOR (pemungut) dan EMITTER (pengeluar). Transistor
mempunyai 3 kaki pada asasnya. Setiap transistor mempunyai turutan label kaki
yang tidak sama dan amat sukar untuk menentukannya melainkan merujuk kepada
data sheet transistor berkenaan.

Transistor adalah komponen aktif dan ianya sensitif kepada haba. Oleh itu
berhati-hati ketika membuat kerja pematerian. Jangan terlalu lama mengenakan
soldering iron kepada kaki transistor. Jika terlalu panas transistor itu, besar
kemungkinan transistor akan rosak. Sesetengah litar projek tidak berfungsi
disebabkan transistor yang rosak semasa kerja pematerian. Untuk mengatasi
masalah ini, anda boleh guna penenggelam haba (heat sink) yang dilekatkan pada
badan transistor semasa membuat pematerian. Cara yang boleh digunakan adalah
dengan menyepit transistor dengan klip buaya (crocodile clip).

Transistor boleh menghasilkan haba semasa ia bekerja. Namaun tidak semua


transistor akan panas. Biasanya power transistor atau transistor yang mempunyai
badan besi atau penenggelam haba. Transistor ini apabila sedang bekerja ia akan
menghasilkan haba panas apabila disentuh oleh jadi. Untuk transistor yang terlalu
panas melebihi keupayaannya akan menjadi rosak. Salah satu cara untuk
mengurangkan kepanasan itu adalah dengan melekatkan heat sink pada badan
transistor tersebut.

Menguji Transistor
Bagaimana untuk mengetahui kerosakan transistor. Terdapat dua cara yang boleh
anda gunakan.
Menggunakan meterpelbagai

Anda boleh guna meter digital atau meter analog. Tidak kira yang mahal
atau yang murah. Asalkan ia boleh ukur voltan, perintang dan LED. Setkan
meterpelbagai pada julat penguji diod untuk meter digital atau untuk meter analog
setkan pada julat Ohm yang paling rendah seperti X1.

Lakukan 6 pengujian kepada kaki-kaki transistor iaitu pada kaki B, E dan C.


Sebelum itu sila pastikan nama kaki transistor tersebut iaitu B, C dan E. Untuk
mengetahui nama kaki transistor anda boleh lihat pada data sheet transistor tersebut.

Uji B dan C. Uji kaki B pada prob merah dan C pada prob hitam dan
kemudian tukar prob merah untuk kaki C dan hitam untuk kaki B. Terdapat bacaan
pada salah satu ukuran dan transistor dalam keadaan baik. Jika tiada sebarang
bacaan atau jarum meter tidak naik atau terdapat dua bacaan yang sama, maknanya
transistor rosak.

Uji B dan E. Uji kaki B dan E pada prob merah dan hitam dan lihat bacaan.
Kemudian buat pertukaran prob dan lihat bacaan. Terdapat salah satu bacaan dari
dua ujian tadi dan transistor dalam keadaan baik. Jika tiada bacaan dari kedua-dua
ujian tadi atau terdapat dua bacaan dari dua ujian tadi maknanya transistor rosak.

Uji C dan E. Uji kaki C dan E bagi dua keadaan prob merah dan hitam
kemudian hitam dan merah. Transistor yang elok tidak menunjukkan apa-apa
bacaan. Jika terdapat sebarang bacaan, transistor adalah rosak.

Pengujian transistor yang ditunjukkan tadi sama caranya untuk transistor NPN atau
pun PNP.

Menggunakan mengujian litar mudah.

Bina litar mudah seperti rajah yang ditunjukkan. Anda boleh bina litar ini di
atas breadboard atau atas veroboard. Transistor tidak perlu dipasang. Hanya sekadar
keluarkan wayar atau klip buaya.

labelkan setiap wayar tersebut dengan B, C dan E. Untuk menguji transistor


sambungkan setiap wayar B, C dan E pada kaki transistor yang hendak diuji
mengikut kaki B,C dan E yang betul. Setelah transistor disambungkan, tekan suis
dan jika LED menyala, bermakna transistor dalam keadaan baik. Jika susi ditekan
dan LED tidak menyala, bermakna transistor adalah rosak. Litar mudah ini untuk
menguji transistor NPN. Untuk menguji transistor PNP, bina litar yang serupa tetapi
terbalikkan kaki LED dan terbalikkan punca bekalan kuasa.

Cara lain untuk menguji transistor adalah menggunakan penguji transistor yang
dijual di pasaran.

Cara membaca kod transistor

Untuk membaca kod transistor, anda hanya perlu baca label yang tertera
pada badan transistor tersebut. Contohnya seperti C9013, 2N3904, 2N2222,
BC107B dan sebagainya. Mudah sahaja. Tetapi saya akan terangkan serba sedikit
mengenai kod transistor ebagai pengetahuan anda.

Kod yang mulanya dari abjad B atau A. Sebagai contoh BC108, BC554,
BC478 dan sebagainya. Abjad B bermaksud silikon, A adalah germanium. Abjad
kedua adalah C bermaksud frekuensi audio kuasa rendah. D bermaksud frekuensi
audio kuasa tinggi. F bermaksud frekuensi tinggi kuasa rendah. Abjad selain yang
disebutkan tadi menunjukkan transistor khas. Kadang kala terdapat kod yang
mempunyai abjad di belakang seperti BC108B menunjukkan versi transistor
tersebut. Jika dalam diagram litar menyatakan penggunaan transistor BC108B,
bermakna anda mesti menggunakan transistor tersebut. Jika diagram litar
menunjukkan transistor BC108, anda boleh gunakan apa sahaja versi transistor
tersebut seperti BC108B atau BC108C.

Terdapat transistor yang mempunyai kod di hadapannya TIP. TIP bermaksud Texas
Instrument Transistor. Kod dibelakangnya menunjukkan versinya yang mempunyai
penggunaan voltan tersendiri.

Bagaimana pula kod yang menggunakan 2N? Kod 2N menunjukkan ia adalah


transistor dan kod dibelakangnya pula merupakan kod khas bagi transistor tersebut.
Tiada logik nyata yang menggambarkan kod tersebut.

 Buzzer

1. Digunakan untuk menghasilkan bunyi berfrekuansi tinggi


2. Digunakan dalam litar penggera

 Suis togel

3. Dikenali sebagai suis satu kutub satu arah

4. Digunakan untuk membuka dan menutup litar


  Nama Komponen Simbol Fungsi  

membenarkan arus mengalir satu


arah sahaja
  diod pemancar  
cahaya memancarkan cahaya sebagai tanda
kehadiran arus eletrik
 

mengurangkan arus dalam alir


   
perintang tetap elektrik

mengawal arus dalam litar

   
mempunyai nilai rintangan yang
perintang boleh laras
dapat dilaraskan
 
  menutup dan membuka litar  
suis togel

suis tekan buka


   
suis tekan tutup
suis tekan tekan buka tekan tutup

membesarkan arus, voltan dan kuasa


dalam litar
   
transistor
NPN                     PNP suis dalam litar

menyimpan dan membuang cas


   
kapasitor berkutub elektrik
kapasitor elekronik
 

menyimpan dan membuang cas


  kapasitor tidak kapasitor elektrolik  
elektrik
tertutup
 
 
  menukarkan gelombang elektrik ke  
geombang bunyi yang berfrekuensi
tinggi
elektro magnet          
buzzer
pieza
 
     
 

You might also like