You are on page 1of 7

KAEDAH PEMBINAAN ROKET AIR + PARACUT

Struktur Asas Roket Air

BAHAN-BAHAN

1. 1 BOTOL MINUMAN BERGAS 1.5L


2. KULIT FAIL PLASTIK
3. PLASTIK FOLIO
4. SELOTAPE
5. GUNTING
6. BENANG ANCHOR
7. BAG PLASTIC SAMPAH NIPIS (BIRU)
8. BINDING TAPE
9. PENEBUK LUBANG
KAEDAH
Ada 2 cara untuk membina badan roket air. Badan roket air boleh dipasang leher atau tidak dipasang leher.

CARA 1

Jika ingin memasang leher kaedahnya seperti dibawah :


Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan digunakan nanti untuk membuat leher pada
badan roket air.

1. 2.

Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol
minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang untuk diletakkan payung terjun nanti.

CARA 2

Jika anda tidak mahu memasang leher pada roket air anda, gambarnya seperti di bawah:

a) Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap bagi roket anda.
b) Potong 4 keping kulit fail plastic mengikut saiz dan bentuk sayap yang anda kehendaki.
Kebiasaannya bentuk yang selalu dibuat ialah seperti gambar di bawah....anda boleh mencuba bentuk
lain yang anda fikir lebih menarik untuk roket air anda.....bahan lain juga boleh digunakan untuk
membuat sayap roket air anda antaranya 'craftboard', 'mounting board', 'manila card' dan lain-lain
yang anda fikirkan sesuai.
c) Tandakan 4 garisan selari yang lurus pada botol minuman bergas tersebut dengan
menggunakan marker. Garisan ini akan digunakan sebagai petunjuk bagi melekatkan sayap
pada badan roket air anda. Garisan yang anda lukis tersebut hendaklah sama jarak antara satu
sama lain bagi membolehkan sayap yang akan anda lekatkan berada dalam keadaan tegak dan
selari.
d) Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik kulit folio @ menggunakan botol minuman
bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya. Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian
hujung kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon tersebut dan memberikan roket/kon
lebih inertia. Dengan menggunakan gunting, potong/samakan bahagian bawah kon supaya
betul-betul bulat. Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih lebar sedikit berbanding
diameter botol yang dijadikan badan roket air.

1. 2.

3. 4.

5.

e) Ramai pelajar menghadapi masalah muncung/kon roket air akan terlekat pada badan roket air
dan tidak terpisah pada puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara melekatkan
tab pada bahagian badan roket air di mana muncung/kon akan diletakkan. Fungsi tab ialah
untuk menghalang muncung/kon daripada terlekat pada badan roket air semasa dilancarkan
nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut selari dengan sayap roket air anda.
KAEDAH MEMBUAT PARACUT

Paracut disediakan dengan menggunakan beg plastic sampah yang nipis.


Caranya ialah bentangkan beg plastic sampah yang telah dipotong pada bahagian tepinya. Kemudian lipat
kepada 4 bahagian. Kemudian lipatkan beg plastic sampah tersebut menjadi segi tiga dan pastikan bahagian
yang terbuka terletak dibahagian bawah. Lipatkan segitiga itu menjadi segitiga yang lebih kecil dan akhirnya
ukur jejari paracut yang dikehendaki dan tandakan dengan marker. Seterusnya bahagian yang ditanda
dipotong dengan menggunakan gunting.

1. 2.

3. 4.

5. 6.
7.

Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada payung terjun adalah bergantung kepada anda.
Kebiasaanya 16 – 32 tali di pasang pada setiap payung terjun. Sebelum anda mengikat tali pada payung
terjun yang anda buat terlebih dahulu lekatkan selotape sebagai penahan daripada koyak pada tempat di
mana tali akan diletakkan. Tebukkan selotape tersebut dengan menggunakan penebuk dan ikatkan tali
payung di tempat itu sehinggalah semuanya telah dipasangkan tali.

Sekarang roket air anda telah sedia untuk dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk mengikat payung yang
anda buat dengan badan roket air anda.
Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara lipatan yang
biasa digunakan sebelum payung terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan muncung/kon. Anda boleh
cuba dengan pelbagai lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di atas tidak sesuai untuk roket air
anda.
Gambar roket air yang terapung-apung diudara.....

SELAMAT MENCUBA……

You might also like