You are on page 1of 3

Setiap Amalan Berdasarkan Niat

‫امنا األعمال بالنيات‬


‫مسعت رسول اهلل صلى اهلل عليه‬:‫عن امري املؤمنني ايب حفص عمربن اخلطاب رضي أهلل عنه قل‬
‫ امنا األعمال بالنيات و امنا لكل امرىء ما نوى‬:‫و سلم يقول‬
‫فمن كانت هجرته اىل اهلل و رسوله فهجرته اىل اهلل ورسوله و من كانت هجرته اىل الدنيا‬
‫يصيبها او امراة ينكحها فهجرته اىل ما هاجراليه‬

Terjemahan Hadith:
Daripada Amirul Mukminin,Bapa Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu 'Anhu,berkata:Aku
telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alayhi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya setiap
amalan bergantung kepada niatnya.Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rassul-Nya
maka ia telah hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya keranag
keinginan dunia atau perempuan yang ia nikahi maka hijrahnya hanya setakat apa yang ia
hijrahkan(hajati)
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Terjemahan per-kata(Harfiyyah)
‫عن‬ ‫المؤمنين امير‬ ‫ابي حفص‬
Daripada ketua orang-orang beriman Bapa kepada Hafs
‫عمربن الخطاب رضي أهلل عنه‬ ‫قل‬
Umar bin Al-Khattab semoga Allah meredhainya telah berkata :

‫سمعت‬ ‫رسول هللا‬ ‫صلى هللا عليه و سلم‬


Aku mendengar Rasulullah Selawat Allah dan keselamatan ke atasnya
‫انما يقول‬ ‫األعمال‬ ‫بالنيات‬ ‫و انما‬
bersabda; Sesungguhnya amalan itu dengan niat dan sesungguhnya
‫لكل امرىء ما نوى‬
setiap orang akan dibalas dengan apa yang ia niatkan
‫هجرته فمن كانت‬ ‫هللا و رسوله الى‬ ‫فهجرته‬
Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya

‫و من كانت‬ ‫هجرته الى هللا و رسوله‬


kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya

‫او امراة الى الدنيا يصيبها‬ ‫ينكحها‬


kerana dunia yang ia harapkan atau perempuan yang ia nikahi

‫فهجرته‬ ‫الى ما هاجراليه‬


maka hijrahnya kepada apa yang ia hijrahkan

Pengajaran Hadith:
1) Setiap amalan yang ingin dilakukan mestilah disertakan dengan niat,dan niat merupakan
perbuatan hati dan dizahirkan melalui perbuatan

2) Pahala bagi setiap amalan juga ditentukan berdasarkan niat si pembuat

3) Amalan manusia tidak dinilai di sisi Allah secara zahir semata-mata,bahkan ia bergantung
kepada niat seseorang dan salah satu syarat penerimaan amalan ialah ikhlas

4) Amalan yang dilakukan tanpa diniatkan ikhlas kerana Allah adalah sia-sia semata-mata
dan syirik hukumnya(syirik kecil,kerana riya'),kerana amal-amal ibadah hanya kepada
Allah 'Azza wa jalla semata-mata

Fakta sirah dari hadith:

1) Umar radhiyallahu ‘anhu merupakan bapa kepada Ummahat Al-Mu’minin, Sayyidatina


Hafsah,beliau juga merupakan mertua kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam

2) Umar juga merupakan Khalifah Al-Rasyidun yang memakai gelaran Amirul Mu’minin

3) Dalam hadith ini Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menegur sikap seorang sahabat
yang berhijrah semata-mata untuk menikahi seorang sahabiah yang cantik
rupanya,baginda menjelaskan bagi sahabat tadi,hijrahnya sekadar memuaskan
matlamatnya dan tidaklah mendapat pahala sebagaimana hijrah orang lain.
Dipetik dari Kitab Arba’in An-Nawawi oleh:
Al-Faqir Ila Allah, Abu Al-Hassan
Sebarang komentar,kritikan atau saranan silakan berhubung melalui:
muhammady7@gmail.com atau di 0139254177.Digalakkan menyebarkan edaran ini.

You might also like