You are on page 1of 9

Terenganu -Peperiksaan Percubaan SPM 2008

Sejarah K1

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan yang yang berhuruf A, B, C, D. Pilih satu jawapan
terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif
anda.

Maklumat di bawah berkaitan dengan proses pembentukan sebuah tamadun.

Petempatan di Perkampungan “Nome”


lembah sungai Kewujudan
bandar

1. Tamadun yang amat berkait dengan maklumat di atas ialah tamadun

A. Indus C. Mesir Purba


B. Hwang Ho D. Mesopotamia

Terdapat suatu sifat yang membolekan tamadun Indus menjadi penyumbang kepada
ketamadunan 2.
Apakah sifat tersebut?

A. Kesabaran C. Keterbukaan
B. Keberanian D. Bertolak ansur

Tamadun Karya epik


India Mahabharata
Yunani Illiad dan Odyssey

3. Kedua-dua karya epik di atas menceritakan kisah

A. Ketuhanan C. Peperangan
B. Percintaan D. Kekeluargaan

4. Mengapakah aspek latihan fizikal dan kemahiran menjadi penting dalam sistem pendidikan di Sparta?

A. Melahirkan warganegarayang setia


B. Menerapkan amalan hidup yang sejahtera
C. Menghasilkan masyarakat yang seimbang
D. Melahirkan individu cemerlang bidang sukan
5. Mengapakah Raja Suryavarman II pemerintah kerajaan Angkor membina Angkor Wat?

A. Melindungi dari ancaman musuh


B. Menjadi pusat aktiviti perdagangan
C. Melambangkan konsep orde kosmos
D. Menjadi tempat penyimpanan khazanah

o Suvarnadvipa
o Suvarnabhumi

6. Mengapakah Semenanjung Tanah Melayu digelar sedemikian?

A. Pelabuhan maju
B. Kekayaan emas
C. Kerajaan yang kuat
D. Bekalan barangan yang banyak

7. Apakah faktor yang menyebabkan munculnya cara hidup berkabilah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah?

I Keadaan geografi
II Tempat tinggal yang terpencil
III Tiada petunjuk dari ketua kabilah
IV Struktur kabilah yang berasaskan keturunan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Kata-kata di bawah berkemungkinan diucapkan oleh pemimpin Quraisy Makkah

”Jika menganut agama Islam, kita akan kehilangan pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat
Quraisy di Kota Makkah.”

8. Mengapakah pemimin Quraisy membuat tanggapan seperti di atas?

A. Tidak mahu menyamakan taraf seperti hamba


B. Bimbang ekonomi dan pendapatan mereka akan merosot
C. Tidak mahu menerima Nabi Muhammad sebagai pemimpin mereka
D. Bimbang Nabi Muhammad s.a.w tidak mengikitiraf kewibawaan mereka

9. Apakah bukti-bukti yang menunjukkan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bukan sebagai
suatu pelarian seperti yangditafsirkan oleh orientalis Barat?

I Jemputan penduduk Madinah


II Sambutan meriah ke atas rombongan Islam
III Jaminan harta kekayaaan kepada umat Islam
IV Semua penduduk Madinah menerima Islam

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Apakah nilai patriotisme yang ditunjukkan oleh umat Islam dari Perjanjian Hudaibiyah?

A. Perdamaian C. Melepaskan kekayaaan


B. Perjuangan D. Mempertahankan maruah

11. Apakah sumbangan Ibn al-Nafis yang menjadi rujukan sehingga kini?

A. Memperkenalkan teori algebra


B. Membicarakan teknik pembedahan
C. Mencatat fakta pengembaraan dengan tepat
D. Memperkembangkan bahasa dan filologi Arab

12. Mengapakah pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua menjadi semakin lemah?

I Penentangan dari golongan murtad


II Serangan kerajaan Bani Umaiyah Sepanyol
III Sikap mengabaikan ajaran Islam oleh khalifahnya
IV Penentangan terhadap sistem pemilihan khalifah secara warisan

13. Cendekiawan Islam turut memberi sumbangan yang amat bermakna dalam bidang
kesusasteraan. Apakah tema yang menjadi tumpuan karya sastera mereka?

A. Percintaan
B. Kasih sayang dan kekeluargaan
C. Penentangan terhadap kuasa Barat
D. Hubungan manusia dengan Tuhan

Maklumat di bawah menunjukkan peranan penasihat sultan setelah kedatangan Islam ke Asia
Tenggara

Kerajaan Tokoh
Pasai Malik al-Saleh
Pattani Phaya Tu Nakpa

15. Jawatan penasihat tersebut ialah

A. Kadi B. Bilal
C. Mufti D. Khatib

o Batu Bersurat di Terengganu


o Batu Nisan di Makam Kampung Permatang Pasir, Pekan,
Pahang

16. Maklumat di atas berkaitan teori kedatangan Islam dari


A. Parsi C. Negeri China
B. Tanah Arab D. Gujerat, India

Adat Perpatih diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabaudi Negeri Sembilan dan di
Naning, utara Melaka
17.Apakah maksud bersifat matrilinel dalam adat Perpatih?

A. Mengutamakan jurai keturunan ibu


B. Memberi fokus kepada adat Minangkabau
C. Mengutamakan anak lelaki dalam mewarisi harta
D. Mementingkan musyawarah dalam penyelesaian masalah

18. Antara berikut penyataan manakah menerangkan pendidikan tidak formal dalam masyarakat
Melayu?

A. Diajar di istana C. Melibatkan ajaran agama Islam


B. Diadakan dimasjid D. Berlaku dalam institusi keluarga

o Gold
o Glory
o Gospel

19. Istilah-istilah di atas berkait rapat dengan

A. Penjelajahan orang Eropah


B. Kemerosotan ilmu Zaman Gelap
C. Golongan patron pada zaman Renaissance
D. Semangat untuk menentang kegemilangan Islam

Sebelum berlaku Revolusi Pertanian


Seorang tuan tanah di Britain ingin mengusahakan pertanian secara besar-besaran tetapi
menghadapi beberapa masalah.

20. Apakah langkah tuan tanah tersebut bagi mengatasi masalahnya ini?

A. Menggesa tanah mereka dipagari


B. Menyewa tanah pertanian kepada pekerjanya
C. Memperkenalkan teknologi baru dalam pertanian
D. Menggalakkan buruh di ladang berhijrah ke bandar

Situasi di bawah menggambarkan keadaan ekonomi masyarakat Melayu tradisional.

o Terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi


21.
o Penghasilannya masih tidak dianggap komersil
Mengapakah
keadaan di atas berlaku?
A. Strategi pemasaran lemah
B. Kemunculan peladang Eropah
C. Hanya untuk keperluan sendiri
D. Persaingan dengan kaum imigran

Dialog di bawah mungkin berlaku di Eropah pada sekitar abad ke 19

Individu X : Negara kita memerlukan bahan mentah yang banyak kini.


Individu Y : Apakah yang seharusnya kita lakukan?

22. Apakah tindakan yang akan diambil oleh negara mereka?

A. Menjajah C. Mengembangkan Revolusi Perindustrian


B. Mencipta kapal wap D. Mengadakan hubungan baik dengan negara luar

o Hluttaw
o Wun
o Myothugyi

23. Maklumat di atas merujuk kepada pentadbiran tradisional di

A. Burma C. Vietnam
B. Filipina D. Thailand

Tokoh Hasil karya


Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) Anak Mat Lela Gila
Putera Gunung Tahan

24. Karya di atas mendedahkan tentang

I Mencintai tanah air


II Mengharagai warisan bangsa
III Ketidakadilan undang-undang
IV Kelemahan sistem sosial masyarakat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III danIV

Malayan People’s Anti – Japanese Army (MPAJA)

25. Apakah strategi yang digunakan oleh pertubuhan di atas untuk melancarkan penentangan
terhadap Jepun di Tanah Melayu?
A. Memusnahkan kemudahan awam
B. Menggunakan taktik perang gerila
C. Bekerjasama dengan Pasukan Force 136
D. Bergabung dengan Kesatuan Melayu Muda

Prinsip 1 Nasib sesebuah negara harus ditentukan oleh


rakyat sendiri
Prinsip 2 Pembahagian sempadan sesebuah negara
berasaskan bangsa

26. Kedua-dua prinsip di atas merujuk kepada

A. Amaln realpolitik
B. Penyatuan bangsa Itali dan Jerman
C. Semangat kebangsaan Eropah tulen
D. Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson

Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957
dan berterusan hingga ke hari ini.
-Sejarah Malaysia
27. Berdasarkan pernyataan di atas apakah syarat untuk merealisasikan sebuah negara dan
bangsa Malaysia?

A. Pertambahan bilangan penduduk


B. Perkongsian bijak antara kaum
C. Penggabungan semua parti politik
D. Penggunaan satu bahasa yang sama

28. Pelaksanaan Malayan Union mampu menjimatkan kos pentadbiran British di Tanah Melayu.
Bagaimanakah perkara ini boleh dicapai?

A. Menyusun semula sistem pentadbiran daerah


B. Mengembalikan peranan pembesar tempatan
C. Melatih pegawai tempatan untuk mentadbir negara
D. Menggabungkan pentadbiran semua negeri-negeri Melayu

Tokoh negara
o Dato’ Onn Ja’ afar
o Dato’ Nik Ahmed Kamil

29. Apakah uang diperjuangkan oleh kedua-dua tokoh di atas sekitar tahun 1948?

A. Kerakyatan jus soli kepada semua orang dagang


B. Menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
C. Mendesak Bristish melindungi kepentingan orang Melayu
D. Penyatuan seluruh orang Melayu melalui pertubuhsn UMNO

o Orang dagang
o Golongan Melayu radikal
30. Mengapakah golongan di atas bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan Malayan
Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?

A. Percaya janji British untuk memberi kemerdekaan


B. Proses pembangunan Tanah Melayu dipercepatkan
C. Pengaruh komunis di Tanah Melayu akan berkurangan
D. Penggabungan Tanah Melayu dan Indonesia disegerakan

Suruhanjaya Reid

31. Mengapakah suruhanjaya di atas dibentuk?

A. Merangka perlembagaan baru


B. Menjalankan pilihanraya negeri
C. Membangunkan taraf hidup luar bandar
D. Menyatupadukan penduduk pelbagai kaum

32. Mengapakah kerakyatan jus soli tidak dapat diterima oleh orang Melayu dalam perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957?

A. Perpaduan kaum sukar dicapai


B. Melemahkan kedudukan orang Melayu
C. Perbezaan kepercayaan dengan orang Melayu
D. Menambahkan jumlah penduduk Tanah Melayu

33. Pada pendapat anda, apakah aspek yang meyakinkan pihak British untuk memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957?

A. Perpaduan kaum
B. Pembangunan ekonomi
C. Pengaruh gagasan Melayu Raya
D. Peranan dankebijaksanaan pemimpin negara

Maklumat di bawah merujuk kepada cadangan Tuanku Abdul Rahman terhadap penubuhan
Malaysia

Tarikh : 27 Mei 1961


Tempat : Hotel Adelphi, Singapura
Majlis : Makan tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri

34. Apakah harapan beliau terhadap cadangan tersebut?

A. Dilantik sebagai ketua negara


B. Campurtangan luar terhapus
C. Muncul kerjasama ekonomi dan sosial
D. Melahirkan sebuah negara yang berkecuali

o Undang-undang tertinggi
X o Menjadi asas pembentukan
kerajaan
35. Berdasarkan maklumat di atas, X ialah

A. Akta C. Suruhanjaya
B. Ordinan D. Perlembagaan

Hjjklk;k;
o Warganegara Malaysia
X o Mempunyai kerakyatan negara lain

36. Berdasarkan Perkara 24 Perlembagaan Malaysia, apakah tindakan yang boleh dikenakan ke
atas X?

A. Buang negeri C. Tindakan tatatertib


B. Dihukum penjara D. Lucut kewarganegaraan

Perbadanan Industri Berat (HICOM)

37. Apakah perkara yang diperlukan bagi menggunakan program di bawah agensi di atas?

I Teknologi tinggi
II Tarif yang rendah
III Tenaga buruh ramai
IV Tenaga pekerja yang mahir

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Membina masyarakat yang maju dan saintifik

38. Pernyataan di atas merujuk kepada cabaran keenam Wawasan 2020. Apakah yang dapat
merealisasikan cabaran tersebut?

A. Kemajuan ekonomi negara


B. Keupayaan menguasai ilmu
C. Kemampuan para pemimpin
D. Keberkesanan sistem pendidikan

39. Bagaimanakah Perang Dunia Pertama ( 1914 – 1918) bermula di Eropah?

A. Itali menceroboh Perancis


B. Austria mengancam Serbia
C. Britain memasuki Jerman melalui Austria
D. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium

40. Apakah tujuan Komanwel memperkenalkan Rancangan Colombo?

A. Mempergiatkan hubungan dagangan


B. Mengekalkan keamanan negara anggota
C. Menyediakan bantuan biasiswa pendidikan
D. Meningkatkan pembangunan ekonomi serantau

You might also like