You are on page 1of 20

TP60304 PENGURUSAN

KEWANGAN DALAM
PENDIDIKAN
Soalan 1 :

Pembiayaan sektor pendidikan sudah menjadi


keutamaan kerajaan sejak sekian lama. Trend
peruntukan tahunan yang semakin meningkat serta
perbandingan relatif dengan sektor lain menunjukkan
keutamaan kerajaan. Malahan keadaan ini tetap
konsisten biarpun dalam kemelesetan ekonomi negara
dan global. Ulas kenyataan di atas dengan
mengemukakan bukti berkaitan.

HADIZAH SAHABI PT20088316C


FATMAH SAHAK PT20098553C
Pengenalan
 ...adalah menjadi dasar kerajaan untuk memastikan
peruntukan kewangan kepada sektor pendidikan
melebihi sektor-sektor sosial dan keselamatan dalam
negara ini. Walaupun ekonomi negara mengalami
kemelesetan apatah lagi semasa ekonomi negara
dalam keaadan baik, ini disebabkan perbelanjaan
pendidikan adalah dianggap perbelanjaan pelaburan
kepada modal insan iaitu bagi melahirkan pekerja
berpengetahuan di masa hadapan." (Shahril Marzuki,
2007)
 "...kemantapan ekonomi selepas perang dunia
kedua di kebanyakan negara di dunia
khususnya Eropah dan Asia Timur banyak
bergantung dengan pembangunan pendidikan."

(Bank Dunia, 1991)


Bajet 2011-strategi kedua:
Membangunkan Modal Insan
"Aset negara paling penting adalah modal
insannya. Telah terbukti bahawa negara yang
tidak mempunyai sumber asli tetapi bijak
mengurus modal insan akan mencapai
kejayaan lebih baik.
Syukur kita telah berjaya mengurus sumber
asli dengan baik, tetapi kita juga berkewajipan
merancang pembangunan modal insan secara
lestari jika tidak kita tidak mampu
mengoptimumkan potensi nasional..(teks ucapan PM-bajet
2011 Jumaat 15 okt 2010)
Modal insan yang berkualiti,berkemahiran dan
berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah
prasyarat bagi mencapai status negara maju
berpendapatan tinggi.Oleh itu, aspek
pendidikan dan latihan akan disusun semula
dan diperkukuhkan. Untuk tujuan ini, belanja
mengurus diperuntukkan sebanyak 29.3 bilion
ringgit untuk Kementerian Pelajaran, 10.2
bilion ringgit untuk KPT dan 627 juta ringgit
untuk Kementerian Sumber Manusia. (Teks ucapan PM-
bajet 2011 Jumaat 15 Okt 2010)
 Kerajaan telah melancarkan Pelan Rangka
Pembangunan Pendidikan untuk meningkatkan
kemampuan intelektual, daya kreativiti, ia
bertujuan menyediakan modal insan yang
dapat memenuhi permintaan tenaga mahir dan
berkualiti dalam usaha membangunkan sektor
ekonomi dan sosial negara..
 (Dr. Rasid,2010: muka surat 12)
PERBELANJAAN
PEMBANGUNAN( KEMENTERIAN
PELAJARAN) 2006-2010

TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN

2010 4 ,997,683,000

2009 4,053,600,000

2008 3,510,168,000

2007 3,010,600,000

2006 2,241,700,000

G:\TugasanDrRasid\Assignment Dr. G:\TugasanDrRasid\Assignment Dr.


Rashid\asignment Rashid\asignment
kumpln\jadual2.pdf5.pdf kumpln\jadual2_2009.pdf4.pdf
2. Teori Pertumbuhan Perbelanjaan Awam -
Teori Wagner mewujudkan
Hukum Wagner- terdapat kecenderungan
kegiatan kerajaan meningkat apabila berlaku
pertumbuhan ekonomi
- kategori kedua(ada 3 kategori), peningkatan
permintaan terhadap kemudahan sosial.
(perbelanjaan pendidikan sentiasa meningkat
walaupun ekonomi tidak stabil.
3. Sumbangan pendidikan dalam pembangunan
sosioekonomi dan politik negara.
- pendidikan memberikan sumbangan ke arah
pembangunan sosioekonomi dalam pelbagai bidang;
i. melahirkan tenaga kerja profesional, mahir dan
separuh mahir
ii. Pakar penyelidik
iii. Rakyat mudah dilentur dan mobiliti untuk
pembangunan sosioekonomi negara
iv. Masyarakat moden dan kesedaran politik
v. Mengimbangkan sosioekonomi antara kaum
vi Meningkatkan produktiviti dan memperbaiki
ekonomi
4. Peranan Pendidikan Dalam Rancangan
Pembangunan Negara

 RMK1(1966-1970), peranan pendidikan


menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial,
terutama meningkatkan taraf hidup rakyat dan
membasmi buta huruf;
i. perkukuh sistem pendidikan kebangsaan bagi
memupuk perpaduan sosial, budaya dan politik.
ii. memperluas peluang pendidikan bagi
memperbaiki ketidak seimbangan bandar dan luar
bandar.
iii. menyediakan kemudahan pendidikan - SM
iv. mempelbagaikan kemudahan latihan -
pertanian,sains perindustrian dan teknologi.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969,
kerajaan telah mengubahsuai dasar
pendidikan negara memberi
penekanan kepada perpaduan kaum
dan mengeluarkan lebih ramai
tenaga mahir bagi memenuhi Dasar
Ekonomi Baru- Pendidikan
menyatupadukan kaum dan
memperbaiki jurang perbezaan
pendapatan antara kaum.
RMK2(1971-1975)- Rancangan Pendidikan dan
latihan;
i. menyatukan sistem pendidikan - percantuman
negara
ii. menyesuai dan memperluas rancangan
pendidikan bagi memenuhi keperluan tenaga
rakyat.
iii. memperbaiki mutu pendidikan membentuk
masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi
moden.
iv. memperbaiki keupayaan untuk menjalankan
penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan bagi
mencapai tujuan di atas.
RMK3(1976-1980)
'memupuk penyatuan dan perpaduan negara
melalui Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar utama, sistem pendidikan dan
latihan dimajukan bagi memenuhi keperluan
tenaga manusia.
RMK4(1981-1985)..Program pendidikan dan
latihan kemahiran dan latihan terus
dipergiat,
BM sebagai bahasa pengantar utama di SM
di Semenanjung, di Sabah(1982),
Sarawak(1990)
RMK5(1986-1990)- tidak banyak perubahan
..memupuk perpaduan negara di samping
mengutamakan pendidikan untuk melahirkan orang
perseorangan yang berpengetahuan, terlatih dan
mahir..
RMK6(1991-1995)- pembangunan sumber manusia
merupakan teras utama
..Pendidikan dan latihan terus dimaju dan
ditingkatkan untuk melengkapkan individu dengan
pengetahuan, kemahiran, melahirkan warganegara
yang bertanggungjawab, bermoral dan etika yang
kukuh..
RMK9(2006-2010) Menggariskan dasar dan program
utama ke arah mencapai teras serta objektif wawasan
2020;
i. meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih
tinggi
ii. meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
serta memupuk minda kelas pertama
iii. menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi
iv. meningkatkan tahap dan kualiti hidup
v. mengukuhkan keupayaan institusi
- Teras kedua menekankan pentingnya pelajaran pada
semua peringkat persekolahan
5. Peranan Pendidikan dalam
memenuhi Wawasan 2020:
Sembilan cabaran yang terdapat
dalam W2020 untuk menjadikan
Malaysia negara maju
sepenuhnya pada tahun 2020
selari dgn Data Pembangunan
Negara (RRJP2) ....
'Usaha-usaha dalam bidang pendidikan dan
latihan akan diteruskan untuk melahirkan
warganegara yang mempunyai imbangan
bersesuaian dengan pengetahuan dan
kemahiran dengan penumpuan terhadap
sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan
moral yang tinggi, rasa tanggungjawab,
berdaya cipta, mudah lentur diri dan
berupaya memberi sumbangan berkesan
kepada pembangunan negara yang harmoni,
makmur dan bersatu'.
6.Peranan Utama Sektor Pendidikan bagi
Memenuhi Wawasan Pendidikan
6.1. membentuk dan melahirkan generasi mempunyai nilai-
nilai rohani, bermoral tinggi, bertanggungjawab-
KBSR(1982) KBSM(1989) berteraskan FPK mewujudkan
insan seimbang daripada segi JERI
6.2. Generasi penyayang - termaktub dalam KBSM dan
KBSR iaitu setiap mata pelajaran perlu menekankan nilai-
nilai murni. (16 Nilai Murni)
6.3. membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam semua bidang kehidupan.
6.4. mewujudkan masyarakat yang peka kepada sains dan
teknologi
6.5. membekal dan membangunkan sumber manusia
7. Kesimpulan
 Sektor pendidikan adalah elemen terpenting bagi
mencapai wawasan 2020. Oleh hal yang
demikian, Adalah menjadi tanggungjawab KPM
untuk memastikan sistem pendidikan sedia ada
berjalan lancar serta berjaya mencapai hasrat FPK
iaitu membentuk generasi yang seimbang
daripada segi JERI, berakhlak mulia, penyayang,
berpengetahuan dan berkemahiran dengan
memberi penumpuan terhadap sains dan teknologi
bagi membekal guna tenaga professional dan
mahir dalam semua bidang menjelang 2020.
Sekian dan terima kasih

You might also like