Professional Documents
Culture Documents
• Tanggam Siku
• Tanggam Pemidang
• Tanggam Memanjang
TANGGAM MELEBAR
• Untuk menyambung kepingan papan-papan
kecil untuk dijadikan kepada kepingan papan
yang lebar.
• Digunakan membuat permukaan perabot,
dinding, lantai dan sebagainya.
• Penyambungan dilakukan secara tepi ke tepi.
Jenis-jenis Tanggam Melebar:
• Tanggam glu gesel
• Tanggam penetap
• Tanggam tetingkat
Tanggam Glu Gesel
• Dibuat dengan menyediakan tepi kedua
keping papan secara lurus dan bersegi tepat
dan diglukan.
• Proses dilakukan dengan bantuan apit panjang
bagi memastikan lekatan sempurna.
• Juga dibuat dengan menyambung beberapa
papan jalur supaya menjadi sekeping papan
yang lebar digunakan untuk membuat
permukaan meja, tempat duduk, pintu dan
lain-lain.
• Kayu yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu
dan lebih tebal daripada tebal yang
dikehendaki.
Tanggam Penetap
• Menyerupai tanggam temu tetapi bezanya
ialah papan-papan kecil dipasang penetap
(bukan glu) untuk tambah kekuatan
pegangannya.
• Penetap dipasang dengan menggerudi lubang-
lubang di tepi papan mengikut jarak
ditentukan diglu diapit.
• Panjang penetap berkesan hendaklah tidak
kurang daripada 6 kali diameternya supaya
dapat dimasukkan ke dalam tepi kedua-dua
keping papan.
• Papan yang sesuai tidak kurang daripada 12
mm tebalnya.
Tanggam Lidah dan Lurah
• Lazimnya digunakan dalam pembinaan lantai
papan, pelapisan dinding kayu dan panelan.
• Boleh dibuat sama ada dengan alat-alat
tangan atau mesin.
• Tiap keping papan dibuatkan lidah di satu tepi
dan lurah di tepi yang lain.
• Dipasang dengan diapit dan dipaku serong
bagi papan lantai dan pelapisan dinding.
• Bagi kerja perabot, tanggam ini boleh diglukan
supaya ia lebih tetap dan teguh.
Tanggam Tetingkat
• Tepi kedua-dua papan dibuatkan tingkat dan
dipasang dengan glu dan mengapit.
• Fungsi tingkat ini ialah menambahkan luas
permukaan yang diglukan
TANGGAM SIKU
• Tanggam ini dibuat pada dua permukaan kayu
yang bertemu secara bersudut tepat sama ada
pada penjuru ataupun pada pertengahannya.
• Contohnya ialah seperti dalam pembinaan
kotak, laci dan sebagainya.
Jenis-jenis Tanggam Siku:
• Tanggam Temu
• Tanggam Temu Tetingkat
• Tanggam Temu Tetingkat Lidah Berparit
• Tanggam Rencong Biasa
• Tanggam Bajang Tunggal
• Tanggam Bajang Biasa
• Tanggam Bajang Hujung Litup
Tanggam Temu
• Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi.
• Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu
secara bersudut tepat.
• Boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan.
• Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan
kotak atau peti biasa yang dibuat secara
cepat.
Tanggam Temu Tetingkat
• Ia dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup.
• Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan
dimasukkan ke dalam tingkat melintang di keping
kayu yang kedua.
• Tetingkat ini menambahkan luas permukaan kayu
yang diglukan serta mengukuhkan kedudukan
apabila dipakukan.
• Seperti tanggam temu, tanggam ini juga
digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru
perabot dan laci yang murah buatannya.
Tanggam Tetingkat Lidah Berparit
• Satu daripada hujung keping kayu dibuatkan
lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu
yang kedua pula dibuatkan parit untuk
menerima lidah tersebut.
• Dibandingkan dengan tanggam temu
tetingkat, tanggam ini adalah lebih kuat.
• Digunakan untuk membuat kotak, perabot
dan laci.
TANGGAM PEMIDANG
• Tanggam ini digunakan dalam pembinaan
rangka kayu yang berbentuk pemidang.
• Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya
dari tepi ke tepi.
• Contohnya ialah pada pintu
berpanel,pemidang gambar,meja,kerusi dan
lain lain lagi.
Tanggam Lekap
• Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung
bahagian keping kayu yang akan dilekapkan.
• Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila
dilekapkan permukaannya berkeadaan rata.
• Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu
• 1 tanggam lekap siku atau pepenjuru
• 2 tanggam lekap penjuru rencong
• 3 tanggam lekap T
• 4 tanggam lekap bajang T
• 5 tanggam lekap palang
Tanggam Lekap Siku atau Pepenjuru
• Ia digunakan pada
sudut pemidang yang
kecil .
Tanggam Lekap Siku atau Pepenjuru
½ daripada
tebal kayu
Tanggam Lekap Penjuru Rencong
• Ia digunakan untuk membuat kumai seperti
pada rangka gambar dan sebagainya kerana
pelitupannya dapat melindungi ira hujung
kayu.
Tanggam Lekap Penjuru Rencong
Tanggam Lekap T
• Ia digunakan dalam pembinaan dimana pemidang
lintang bertemu dengan pemidang tegak secara
melintang dihujungnya hujungnya.
Tanggam Lekap T
Tanggam Lekap T (Buntu)
Tanggam Lekap Bajang T
• Ia adalah serupa
dengan lekap T tetapi ia
lebih kuat menahan
tarikan dari sebelah
luar.
Tanggam Lekap Bajang T
pin
soket
Tanggam Lekap Bajang T
Tanggam Lekap Palang
• Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang.
TANGGAM KEKANG
• Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai
ganti bagi tanggam lubang dan puting.
• Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian,pin
dan soket (cabang).
• Pin dan soket ini dibuat 1/3 daripada tebal
kayu.
• Ada 3 bentuk tanggam kekang yang
digunakan.
Tanggam Kekang T
• Ia digunakan untuk
menggantikan tanggam
lubang dan puting biasa
pada pertemuan kedua-
dua bahagian kayu jauh
dari hujungnya.
Tanggam Kekang Penjuru
• Nama yang lain bagi
tanggam ini ialah
tangam lubang dan
puting terbuka.
• Ia digunakan pada
penjuru pemidang.
Tanggam Kekang Penjuru Rencong
• Cabang tanggam ini direncongkan pada
kedua-dua belah ataupun sebelah sahaja.
• Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih
kuat daripada tanggam lekap rencong
dikhendaki seperti pada pemidang kaca dan
sebagainya.
TANGGAM PENETAP
• Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan
dengan penetap.
• Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam
tepi kayu sedalam 3 kali diameternya.
• Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan
pemidang tegak kerusi dan meja.
• Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabut
yang dihasilkan secara pasangkan sendiri ( knock
down furniture )
Tanggam Lubang dan Puting
puting
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
penetap
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
BAJI
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang
janjang
Tanggam Lubang dan Puting Berbahu Tinggi
Rendah