Professional Documents
Culture Documents
TERAS KEUSAHAWANAN
RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)
NAMA KUMPULAN
DRAGON BALL
NOMBOR KUMPULAN
15
AHLI KUMPULAN
MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR (K) 109679
MOHD FIRDAUS BIN MOHD 109709
NURUL FAIDAH 108026
SA’DIYYAH MOHD NUN CHANIFAH 108037
ANG RUO PING 107959
UNTUK PERHATIAN
EN. MOHD SHAFIE ARIFFIN
LETTER OF SUBMISSION
KEPADA:
Pensyarah Teras Keusahawanan ( WUS 101 )
En. Mohd Shafie Ariffin.
Saya MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR (nombor matrik :109679) wakil daripada
kumpulan saya menghantar tugasan rancangan pernagaan ini untuk semakan tuan.
Disediakan oleh,
..................................
( MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR )
Isi Kandungan
Bahagian 1 : Pengenalan
Bahagian 9 : Rumusan
Bahagian 10 : Lampiran
RINGKASAN EKSEKUTIF
Syarikat De Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd . telah ditubuhkan pada 10 Mei
2010 dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat De
Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat perniagaan perkongsian
yang menawarkan perkhidmatan penjagaan, kecantikan d an kesihatan khusus untuk kaum
wanita dan mempunyai sebuah premis perniagaan di alamat 2-G-26D, Wisma Rampai, Jalan
34/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur. Perniagaan ini ditubuhkan kerana memenuhi
keperluan wanita yang menuntutkan pakej dalam penjaga an kecantikan dan kesihatan mereka.
Setakat ini, perkhidmatan yang ditawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan terhadap
golongan wanita khasnya di bandar -bandar besar seperti di Kuala Lumpur khususnya .
Sasaran utama pelanggan produk ini ialah terdiri daripada golongan eksekutif dan
wanita moden yang mahukan penampilan mereka lebih menarik demi menuntut keyakinan
dalam kerjaya. Kami juga menyediakan pakej perkhidmatan pada kadar yang berpatutan
mengikut kemampuan pelanggan. Pada tahun pertama syarikat ini ditubuhkan, kami
menjangkakan keuntungan ialah sebanyak RM 432,740.00 secara kasarnya dan kami juga
menjangkakan kadar pertumbuhan syarikat kami sebanyak 20% setiap suku tahun.
Oleh itu, bagi memastikan Syarikat De Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd.
mampu bersaing dengan syarikat lain serta sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan , kami
telah mengambil pelbagai langkah untuk merealisasikan matlamat tersebut. Syarikat kami
telah mengambil beberapa strategi seperti strategi pemasaran, promosi, pakej-pakej yang
menarik, perletakan harga dan strategi pemasaran yang mantap.
Dengan kelebihan yang dimiliki oleh produk kami, Syarikat De Chantik’s Beauty
Centre & Spa Sdn. Bhd. yakin dapat menguasai bidang perniagaan perkhidmatan penjagaan
kesihatan dan kecantikan wanita selain dapat memuaskan hati pelanggan dengan mutu
perkhidmatan kami seterusnya dapat menjadikan syarikat kami sebaris dengan syarikat
gergasi yang lain.
1.0 PENGENALAN
1) Mendapatkan pembiayaan
Rancangan perniagaan ini dihasilkan sebagai satu sumber bukti bertul is bagi membuat
permohonan mendapatkan pembiayaan (pinjaman) dari pihak bank. Syarikat kami akan
berurusan dengan bank utama iaitu, Hong Leong Bank Berhad. Melalui pinjaman yang
diberikan, syarikat kami akan menggunakan secara optimum dalam proses kajian dan
peningkatan (R&D) produk-produk sedia ada kami amnya, dan khususnya kepada produk baru
kami. Selain itu, pembiayaan yang bakal kami perolehi akan juga digunakan dalam
meningkatkan prestasi syarikat dalam meluaskan lagi syer pasaran syarikat kami supaya
kompetitif dalam pasaran semasa. Pembiayaan yang bakal diperolehi juga digunakan untuk
menampung kos modal yang tidak mencukupi.
Rancangan perniagaan ini juga ada menjelaskan secara terperinci tentang butiran
kewangan syarikat kami dan segala perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat. Maklumat-
maklumat yang lengkap dalam rancangan perniagaan ini boleh digunakan oleh pelabur dalam
menilai, mentaksir dan membuat analisis kewangan syarikat kami. Setakat ini, kedudukan
kewangan syarikat kami amat stabil dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik serta
pihak pengurusan yang cekap dalam mengendalikan aset dan liabiliti syarikat. Kami percaya
bahawa akan lebih ramai pelabur akan membuat pelaburan dalam syarikat kami melalui
penelitian rancangan perniagaan sekaligus dapat meningkatkan keuntungan syarikat serta
meningkatkan pendapatan pemilik serta rakan kongsi.
3)Meningkatkan keuntungan syarikat dan memak simunkan pendapatan pemilik dan rakan
kongsi syarikat.
Syarikat De Chantik’s Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd. mensasarkan pulangan modal
dan keuntungan yang semakin meningkat setiap tahun. Oleh itu, rancangan perniagaan ini
merupakan satu metodologi yang diambil dalam meningkatkan keuntungan syarikat. Rancangan
perniagaan ini mempunyai potensi besar kerana mampu member nafas baru kepada bidang
rawatan kecantikan di negara kita. Sehubungan dengan itu, keuntungan yang bakal diperolehi
akan dapat memudahkan pihak penguurusan dalam membuat proses pembahagian pembayaran
dividen atau pembayaran keuntungan kepada rakan kongsi. Kadar dividen yang tinggi akan
diberi sekiranya syarikat dapat mencatakan kadar jualan yang tinggi. Oleh itu, kadar dividen
yang tinggi akan mampu menarik pelabur dari luar untuk melabur dan pelabur sedia ada akan
meningkatkan pelaburan. Hal ini akan meningkatkan keuntungan syarikat dan sekaligus dapat
memaksimunkan pendapatan pemilik dan rakan kongsi.
2. 0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan
yang meliputi aspek pemasaran, pengurusan dan kewangan kedai kepada:
Firma menjalankan perniagaan pusat rawatan kesihatan dan kecantikan serta khidmat perunding
perkahwinan. Perniagaan firma termasuklah melangsing badan, mendandan rambut, rawatan
muka dan biomagnetik (rawatan kesihatan yang menggunakan kombinasi akupunktur dan
refleksologi), urutan tradisional (urutan biasa dan selepas bersalin), mandian SPA, dan juga
persiapan perkahwinan seperti andaman, gubahan hantaran, sewaan baju pengantin, dan lain
-lain lagi.
Di samping menjalankan perkhidmatan yang tersebut di atas, firma juga ada menjual pelbagai
produk-produk kecantikan dan kesihatan yang kebanyakannya adalah berkaitan dengan
kesihatan dan kecantikan wanita.
Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai wanita untuk mencuba dan seterusnya
menggunakan khidmat yang disediakan oleh firma. Ini kerana kecantikan merupakan idaman
setiap wanita.
b) Pasaran AM
Penjagaan kesihatan dan kecantikan amatlah diambil berat terutamanya oleh wanita - wanita
moden masa kini yang amat mementingkan kesempurnaan diri. Ini adalah kerana wanita pada
zaman ini banyak berkecimpung di dalam kerjaya profesional dan perniagaan sendiri yang
setaraf dengan lelaki. Oleh sebab itu kebanyakan wanita amat mengambil berat tentang
keterampilan diri masing-masing agar kelihatan muda, bergaya, sihat, ceria, dan yakin.
Perkembangan industri perkhidmatan kesihatan dan kecantikan pada masa ini adalah amat
meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan
peningkatan taraf wanita seperti yang tersebut di atas.
Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah
kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina.
Jika kita lihat di merata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan seperti ini yang
diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik untuk membuka
perniagaan khidmat kesihatan dan kecantikan akan membuka mata masyarakat bumiputera
untuk cuba bersaing dalam industri ini.
Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan
yang berada di kawasan :
Taman Ria
TamanPahlawan
TamanWira
LagunaMerbok
Lagenda Height
Lokasi firma berada di kawasan komersial Lagenda Height yang berhampiran dengan pusat-
pusat perniagaan, perkembangan komersil, klinik, pusat beli belah akan memberikan peluang
yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.
ii. Memperluaskan kaedah rawatan dengan alat-alat moden. Campuran antara rawatan
tradisional dan moden.
iii. Menambah lebih banyak pakej -pakej menarik dengan harga yang lebih murah.
iv. Menjalankan promosi secara ³Pelanggan Bawa Pelanggan´. Setiap pelanggan yang
membawa pelanggan lain untuk mendapatkan perkhidmatan ini, si pembawa akan dapat satu
perkhidmatan secara percuma.
v. Mempelkenalkan kad keahlian dimana setiap ahli akan mendapat potongan keatas bayaran
perkhidmatan. Khidmat bimbingan kecantikan dan keterampilan akan diberi secara percuma
kepada ahli.
vi. Perkhidmatan akan diberikan dengan penu h beretika dan mengamalkan tahap
professionallisma tinggi. Motto perniagaan ³Kejelitaan Teras Keperibadian ´.
vii. Menyediakan perkhidmatan dan pilihan yang lebih banyak kepada bakal -bakal
pengantin yang ingin menggunakan khidmat firma.
viii. Mengamalkan sistem booking atau prior appointment untuk mengelakkan pelanggan
terlalu lama menunggu.
Dengan menjalankan strategi -strategi yang telah dikenalpasti diatas, firma dijangka
akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan, dan dapat
memberikan perkhidmatan professional yang efektif.