You are on page 1of 62

URUSAN PERKHIDMATAN

PERINTAH AM BAB C : CUTI

AHSAN AHMAD
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
TAFSIRAN CUTI

“ CUTI” bermakna sebarang tempoh seseorang


pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan
peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus
perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.”
Contoh ‘dibenarkan’ meninggalkan tugas:

Dibenarkan melalui kebenaran secara bertulis/e-Cuti

Diberi kebenaran secara lisan dan kemudiannya mendapat


kelulusan bertulis/e-Cuti

Meninggalkan tugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih


dahulu tetapi terdapat sebab yang munasabah yang boleh
diterima dan seterusnya dengan serta merta melaporkan
kepada ketua jabatan. Jika alasan diterima, guna
kemudahan cuti rehat secara formal dengan mengisi borang
permohonan cuti untuk diluluskan/memohon melalui e-Cuti
TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI

Tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran ketua


jabatan (KJ) terlebih dahulu / tanpa sebab-sebab yang
munasabah boleh menyebabkan tindakan tatatertib.

Jika tidak hadir bertugas selama 7 hari berturut-turut & tidak


dapat dikesan, KJ hendaklah menghantar surat secara Pos
Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai di alamat terakhir
diketahui.
PEMBERIAN CUTI

a. Diberi kerana perkhidmatan


b. Diberi atas sebab perubatan
c. Diberi bagi tujuan tertentu

Cuti tidak diberi secara automatik. Cuti perlu diluluskan oleh KJ/
Kuasa Tertentu . (mengikut mana yang berkenaan).
Ia juga boleh diberi apabila seseorang pegawai itu berkelayakan di
bawah peraturan jenis-jenis cuti yang berkaitan.
PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN

“ bermakna perkhidmatan diambil kira bagi mengira


kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri
dari masa-masa bertugas, cuti rehat & cuti sakit , tetapi
tidak termasuk :

 Cuti separuh gaji


 Cuti tanpa gaji
 Cuti haji
 Cuti sakit tibi, kusta & barah
contoh: (tempoh perkhidmatan)

Tempoh perkhidmatan yang melayakkan


cuti rehat dalam satu tahun
365 hari

Tempoh perkhidmatan yang melayakkan ditolak


40 hari kerana cuti haji
40 hari

Tempoh perkhidmatan yang melayakkan cuti 325 hari


rehat dalam tahun bercuti haji

Kelayakan cuti rehat setahun 25 hari

Jika tempoh yang melayakkan 365 hari 22 hari


ia layak cuti rehat sebanyak:
DIBERI KERANA PERKHIDMATAN

Jenis cuti:

 Cuti rehat;
 Cuti separuh gaji yang diberi atas sebab-sebab
kesihatan sanak-saudara;
dan
 Cuti tanpa gaji atas sebab persendirian yang
mustahak
DIBERI ATAS SEBAB KESIHATAN

JENIS CUTI

a. Cuti sakit
b. Cuti bersalin
c. Cuti tibi, kusta, barah dll
DIBERI BAGI TUJUAN TERTENTU

JENIS CUTI
A. CUTI HAJI

B. CUTI BERKURSUS

C. CUTI TANPA REKOD


PENGURUSAN CUTI
1. KEMUDAHAN CUTI HENDAKLAH DIBERI MENGIKUT KELAYAKAN
KEPADAPEGAWAI YANG LAYAK.

2. KELULUSAN CUTI HENDAKLAH DIREKODKAN DALAM BRP. CUTI REHAT DAN CUTI SAKIT
BIASA DIREKODKAN DALAM LEMBARAN CUTI BRP SAHAJA.

3. BAGI JENIS-JENIS CUTI YANG LAIN, SEPERTI CUTI HAJI, CUTI BERSALIN, DLL DIREKODKAN
DALAM KEDUA-DUA LEMBARAN PERKHIDMATAN DAN LEMBARAN CUTI BRP.

4. KELULUSAN CUTI TANPA REKOD PERLU DIREKODKAN DALAM LEMBARAN PERKHIDMATAN


BRP SAHAJA BAGI MENENTUKAN KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD SETERUSNYA.
Kesilapan mengurus pentadbiran cuti boleh
memberi kesan kepada pengurusan sumber
manusia:

a. Cuti rehat terlebih diberi

b. Terlebih bayar emolumen c. Tersilap pemberian


selepas habis cuti rehat pergerakan gaji tahun
biasanya; (PGT) / tidak diberi PGT

d. Pengumpulan GCR tidak


teratur.
CUTI REHAT

TAFSIRAN

“ cuti bergaji penuh yang diberi kerana


perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu
tahun, dari Januari hingga Disember”
DASAR CUTI REHAT

- Tujuan Kecekapan dan kepentingan pegawai


- Seberapa yang boleh, Ketua Jabatan hendaklah
menyediakan giliran cuti rehat

BILA BOLEH DIAMBIL:


“ cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa
sahaja dalam tahun itu. Kuasa meluluskan – Ketua Jabatan.
KELAYAKAN CUTI REHAT
KELAYAKAN CUTI REHAT BAGI PEGAWAI KONTRAK:

• Layak diberi cuti rehat mengikut syarat kontrak

•Diberi mengikut kelayakan pegawai tetap yang


berkhidmat kurang 10 tahun.

• Bagi pesara, layak diberi kelayakan Cuti Rehat mengikut kelayakan


sebelum bersara.

Baki cuti yang tidak diambil akan luput apabila kontrak mereka tama
TAMBAHAN 5 HARI

Pegawai yang telah berkhidmat lebih 10 tahun layak diberikan


tambahan cuti rehat 5 hari.
Kecuali pegawai Gred 31 dan ke atas yang dilantik PADA atau
SELEPAS 1/9/2005 tidak lagi layak diberi tambahan cuti rehat 5
hari (dari 30 kepada 35 hari setahun) apabila genap 10 tahun
berkhidmat.( PP 20 / 2005 )

* Peraturan ini tidak terpakai kepada pegawai yang sedang


berkhidmat sebelum 1/9/2005 yang akan terus menikmati
tambahan 5 hari cuti rehat)
JATUH SAKIT KETIKA
BERCUTI REHAT

Jika jatuh sakit ketika sedang bercuti rehat di Malaysia,


Ia layak diberi cuti sakit jika diperakukan oleh Doktor.
Sebarang cuti rehat yang belum dihabiskan boleh
Disambung. Walau bagaimanapun, jika diperlukan,
Ketua Jabatan boelh memanggil pegawai bertugas.
Jika jatuh sakit ketika sedang bercuti rehat DI LUAR
MALAYSIA, ia tidak layak diberi cuti sakit melainkan jika:

Jatuh sakit pada tarikh sepatutnya balik ke Malaysia;


Sakitnya berlanjutan hingga tarikh sepatutnya balik ke Malaysia;
Dimasukkan ke hospital;
Permohonan cuti sakit disokong dengan sijil sakit dari doktor kerajaan di luar
negeri di mana ia bercuti rehat dan dalam sijil dinyatakan jenis sakit, tarikh
mula masuk hospital dan tarikh dijangka keluar hospital, dan
Mengambil peluang untuk balik ke Malaysia seelok-elok sahaja ia sihat. Ia
diangggap tidak sihat untuk membuat perjalanan jauh dalam tempoh 7 hari
dari tarikh keluar hospital.
BERCUTI REHAT
KE LUAR NEGARA

Mulai 31/12/2004 (dibawah


PP8/2004) – bayaran premium
Mengemukakan insurans ditanggung oleh KJ.
permohonan e-cuti Premium yang diambil memberi
SPKLLN Seseorang pegawai yang ke perlindungan kesihatan selama 31
hari bermula dari tarikh pegawai
luar Negara atas urusan berlepas ke luar negara. Ia
sendiri dekehendaki meliputi: perbelanjaan perubatan,
mengambil premium hospital & rawatan.
perlindungan insurans Terhad sekali dalam setiap tahun
kesihatan atas tanggungan kalendar sahaja.
sendiri
PENGUMPULAN GCR

Baki cuti rehat juga tidak boleh


dikumpulkan untuk GCR (skim gantian
cuti rehat) secara automatik melainkan
jika KJ berpuas hati terdapat kepentingan
perkhidmatan yang menyebabkan baki
cuti rehat itu tidak dapat diambil atas
kepentingan perkhidmatan
Jika TIDAK mengumpul GCR
Jika TIDAK mengumpul baki cuti rehat untuk
GCR, KJ boleh membenarkan ia membawa baki
cuti rehat setakat 2 tahun kelayakan cuti rehat ke
tahun hadapan. Baki cuti tahun pertama akan
luput pada akhir tahun ketiga.

Jika kelayakan 20 hari setahun ia boleh


membawa 40 hari CR ke tahun hadapan Baki
cuti rehat selebihnya jika ada akan luput Pada
tahun baru ia layak diberi cuti rehat sebanyak 60
hari (40+20=60 hari)
Jika mengumpul GCR

Jika mengumpul sebahagian dari baki cuti rehat


untuk GCR, jumlah cuti rehat yang dikumpul
GCR selama 2 tahun berturut-turut dan baki
yang dibawa ke tahun hadapan tidak boleh
melebihi 2 tahun kelayakan cuti rehat.
JIka kelayakan CR 20 hari setahun dan baki CR
ada 45 hari, 10 hari dikumpul. Cuti 30 hari
dibawa ke tahun baru. Baki CR 5 hari luput
MENGHABISKAN CUTI SEBELUM
BERSARA
Semua baki cuti rehat perlu dihabiskan sebelum
bersara
Baki cuti rehat yang tidak dihabiskan selepas
bersara dikira pupus
Baki cuti rehat selepas bersara tidak boleh
dibawa ke tahun berikutnya sekira jika
kakitangan yang bersara disambung
perkjidmatan secara kontrak
CUTI TANPA GAJI (CTG)

Sebab persendirian yang mustahak


30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari.
Telah mengambil semua Cuti Rehat yang ia
berkelayakan
Telah genap 6 bulan perkhidmatan
Dicatatkan dalam kenyataan perkhidmatan
Tidak di ambil kira untuk tujuan pencen
Tidak boleh digunakan untuk tujuan notis letak
jawatan
` CUTI TAMPA GAJI MENGIKUT PASANGAN

Cuti tanpa gaji bagi pegawai yang mengikuti pasangan bertugas /


berkursus di dalam / di luar negeri.

Kelayakan pemohon
Dengan syarat pasangan mereka :
i) Telah dilantik berkhidmat oleh pihak berkuasa melantik / diluluskan
bertukar / berkursus oleh Ketua Jabatannya.
ii) Terdiri daripada pegawai kerajaan, perbadanan awam atau syarikat
swasta atau jika bukan pegawai mana-mana agensi tersebut,
hendaklah telah dianugerahkan bantuan kewangan oleh kerajaan.
iii) Memerlukan ‘kepentingan bersama pasangan’
yang melibatkan perkhidmatan dan kepentingan
jawatan tertentu.
Tempoh :

3 tahun sahaja atau ikut yang lebih pendek. Cuti tanpa gaji
Berikutnya hanya boleh dipohon selepas kembali berkhidmat
Selama 3 tahun dari tarikh CTG sebelumnya dan awal.

Faedah/Kesan

Pergerakan gaji 3 kali secara isyarat


CUTI TAMPA GAJI KERANA BERSALIN

 CUTI UNTUK PENJAGAAN ANAK


 CUTI YANG LAYAK DIAMBIL SEBANYAK 90
HARI DAN BERMULA PADA HARI KE 61
SELEPAS BERSALIN
 KAKITANGAN YANG MELAHIRKAN ANAK
YANG KEEANAM DAN SETERUSNYA
 CUTI YANG LAYAK DIAMBIL SEBANYAK 60
HARI TERMASUK BAKI CUTI REHAT
CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

JENIS-JENIS CUTI:

cuti Sakit
cuti sakit lanjutan
cuti tanpa gaji (selepas tamat cuti sakit lanjutan)
cuti kerantina
cuti bersalin
cuti kecederaan
cuti tibi
cuti kusta
cuti barah
lain-lain cuti sakit yang panjang
CUTI SAKIT

TAFSIRAN “ bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab


perubatan dan dengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang pegawai
perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit
atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh ”

SIJIL SAKIT
TAFSIRAN “ bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh doktor serta
tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia
memberi jumlah cuti sakit tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun
kalendar”
PEGAWAI PERUBATAN

TAFSIRAN: “ bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian


berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah-
Perintah Am 6 & 32 termasuk seorang doktor perubatan atau doktor pergigian yang
berkhidmat dengan sebarang hospital universiti atau Angkatan Tentera Malaysia”

PANEL DOKTOR
TAFSIRAN: “ bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan
untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan sijil sakit yang tidak
perlu ditandantang timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh
diterima oleh KJ”
CUTI SAKIT

Ketua jabatan boleh meluluskan cuti sakit kepada pegawai yang jatuh
sakit dan diperakui oleh Pegawai Perubatan sebagai tidak sihat untuk
menjalankan tugas jawatannya. (SYARAT: cuti sakit itu dihabiskan di
hospital atau di rumah pegawai melainkan jika ditetapkan selainnya
oleh pegawai perubatan.

HAK KUASA MELULUS:


Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit sehingga 90 hari pada satu-
satu masa atau 90 hari dalam setahun. Selebihnya hendaklah
diluluskan oleh Kuasa Tertentu selama tidak melebihi 90 hari
Mulai 27 Apil 2006 CS boleh di klinik swasta/hospital swasta

Pesakit luar CS tidak melebihi 15 hari setahun

Pesakit dalam CS tidak melebihi 180 hari setahun

Cuti sakit 90 hari pertama dliluluskan oleh KJ dan 90


hari seterusnya diluluskan oleh Ketua Setia usaha
KELAYAKAN :
a. Telah menghabiskan kesemua cuti sakit selama 180 hari yang dilulus
oleh Ketua Jabatan dan Kuasa Tertentu.

b. Telah menghabiskan kesemua cuti rehat yang terkumpul dan yang layak;
dan

c. Diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas


tetapi ada harapan untuk sihat semula dan memerlukan masa berehat.

TEMPOH: Tidak melebihi 90 hari (Semasa dalam bercuti sakit lanjutan ia


layak dibayar separuh gaji. Sijil sakit boleh diterima untuk membayar
separuh gaji sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan
* Tanpa sijil sakit, tidak boleh dibayar gaji.
CUTI PEMULIHAN

Seorang pegawai yang telah sihat untuk menjalankan


tugas, tetapi pada pandangan Lembaga Perubatan
lebih manafaat untuk dia berehat untuk satu jangka
waktu tertentu
Kuasa tertentu boleh meluluskan apa-apa cuti separuh
gaji yang ia berkelayakan di abawah Perintah Am 13
atau cuti tampa gaji dibawah Perintah Am 14 dgn
peruntukan Perintah Am 22(b) dipanjangkan kepadanya
* Cuti ini adalah cuti bergaji penuh selama tempoh seperti
berikut:

- Kemudahan juga boleh diberi kepada pesakit yang menghidap penyakit yang memerlukan rawatan panjang untuk pulih. Jenis penyakit adalah seperti yang diperakukan oleh Lembaga Perubatan.

JENIS CUTI TEMPOH


Cuti Tibi 12 bulan
Cuti Kusta 24 bulan
Cuti Barah 24 bulan
CUTI SEPARUH GAJI KERANA TIBI,
KUSTA ATAU BARAH

Pesakit perlu mengambil cuti rehat yang layak


setelah habis cuti tersebut.
Jika belum pulih, boleh diberi cuti separuh gaji
oleh Kuasa Tertentu – tidak melebihi 12 bulan
apabila diperaku oleh Lembaga Perubatan.
Layak diberi PGT secara isyarat – 3 kali jika CSG
melebihi 180 hari dalam 1 tahun kalendar.
Seseorang pegawai yang ditahan di mana-mana pusat kerantina
dari perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri (kerana terdapat
wabak penyakit berjangkit) di negara itu / dalam perjalanan melalui
pelabuhan atau lapangan terbang, tempoh penahanan itu dianggap
sebagai cuti kerantina bergaji penuh.

TEMPOH: sepanjang penahanan oleh pihak berkuasa kesihatan.

 Boleh juga diberi jika pegawai dikurung di rumah kerana


wabak penyakit berlaku di rumah.
 Jika penahanan disebabkan pegawai disyaki / didapati sakit,
tempoh penahanan itu hendaklah dikira sebagai cuti bergaji
penuh
Boleh diberi selama 60 hari termasuk cuti hujung
minggu dan cuti umum
Tidak layak diberi cuti sakit

Untuk bersedia bersalin dan pulih dari bersalin.

Diberi sehingga 5 kali sepanjang perkhidmatan dalam


sektor awam.

Layak memohon cuti tanpa gaji bagi tujuan menjaga


anak sehingga 90 hari

Cuti hendaklah diambil selepas tamat cuti bersalin


(mulai hari ke 61 dari tarikh permulaan cuti bersalin).
BERSALIN SELEPAS 5 KALI CUTI
BERSALIN
 Layak bercuti selama sehingga 60 hari dari tarikh bersalin.

 Jenis cuti yang layak diberi ialah cuti rehat dan cuti tanpa gaji.

TIADA KELAYAKAN CUTI SAKIT


 Pegawai yang bersalin TIDAK LAYAK diberi cuti sakit dalam tempoh
60 hari dari tarikh cuti bersalin.

 Jenis cuti yang layak diberi ialah cuti rehat dan cuti tanpa gaji.
 Surat perakuan Doktor diperlukan
Kemudahan ini diberikan kepada kakitangan
kontrak mulai 22 Jun 2005

Boleh diberi selama 60 hari..

Diberi sehingga 5 kali sepanjang


perkhidmatan dalam sektor awam.

Layak memohon cuti tanpa gaji bagi


kelahiran ke6 sehingga 60 hari
CUTI ISTERI BERSALIN

Pegawai lelaki- diberi CTR kerana isteri bersalin


selama 7 hari (mulai 1/1/2003)
Boleh diberi sebanyak 5 kali dalam tempoh
perkhidmatan.
Salinan perakuan bersalin perlu dikemukan
kepada ketua jabatan.
a. Cuti Haji
b. Cuti kerana Berkursus
c. Cuti Tanpa Rekod
“ Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kepada
pegawai –pegawai beragama Islam untuk menunaikan fardhu Haji di
Mekah bagi satu jangkamasa yang diperlukan untuk menunaikan
amalan tersebut tetapi tidak melebihi 40 hari. (Masa yang diambil lebih
dari 40 hari akan menggunakan baki cuti rehat atau memohon cuti
tanpa gaji ”
Pegawai tetap – telah disahkan dalam jawatan
Pegawai sementara – telah berkhidmat secara
berterusan tidak kurang dari 6 tahun
Pegawai kontrak – syarat: belum pernah
menunaikan haji bagi kakitangan kontrak yang
dilantik selepas bersara
berkhidmat 5 tahun secara berterusan bagi
kakitangan perlantikan baru.

*
CUTI KERANA BERKURSUS
@ CUTI BELAJAR

CUTI BELAJAR – boleh diberi untuk mengikuti apa jua jenis


latihan atau pengajian yang diakui diperingkat diploma, ijazah
asas, ijazah lanjutan atau kursus lanjutan.

Tertakluk kepada permohonan dan kelulusan, pegawai dibayar


gaji penuh, separuh gaji, tanpa gaji, atau diberi elaun yang
bersamaan dengan separuh gaji.
Kesan kepada penghitungan faedah pencen adalah seperti berikut:
KESAN KEPADA
JENIS CUTI BELAJAR
SKIM PENCEN

Bergaji penuh Tempoh cuti boleh diambilkira

Separuh gaji Tempoh cuti boleh diambilkira

Tanpa gaji atas sebab


Tempoh cuti boleh diambilkira
dasar awam

Tanpa gaji Tidak boleh diambilkira

Dibayar elaun
Tidak boleh diambilkira
Bersamaan separuh gaji
Kesan kepada pegerakan gaji mulai 1.11.2002adalah seperti berikut:

KESAN KEPADA
JENIS CUTI BELAJAR
PEGERAKAN GAJI

Mendapat pegerakan gaji


Bergaji penuh
secara sebenar

Mendapat pegerakan gaji


secara sebenar atas kadar
Separuh gaji Separuh agji

Tanpa gaji Mendapat pegerakan gaji


secara isyarat
SELEPAS TAMAT CUTI BELAJAR

Ketua jabatan, atas permohonan


pegawai, boleh meluluskan cuti tidak
berekod tidak melebihi 7 hari kepada
pegawai selepas menamatkan kursus
latihan atau pengajian yang
tempohnya melebihi 12 bulan Cuti
sabatikal 14 hari cuti
JENIS-JENIS CTR:
 Cuti gantian
 Cuti latihan pasukan sukarela
 Cuti menghadiri latihan/khemah kerja tahunan pertubuhan/persatuan
 Cuti lain-lain kursus
 Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
 Cuti memasuki peperiksaan
 Cuti menghadiri mesyurarat persatuan ikhtisas
 Cuti mengambil bahagian dalam olahraga / sukan
 Cuti tugas khas perubatan
 Cuti isteri bersalin
 Cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat
 Mengikuti kursus intensif di bawah program PJJ
 Cuti tanpa rekod di bawah program PLKN
“ Bagi menggantikan masa bertugas lebih masa atas kepentingan
awam/perkhidmatan yang tidak berkelayakan dibayar elaun lebih
masa/bayaran khas”

Contoh: - menghadirkan diri untuk bekerja lebih awal;


- bertugas pada hari minggu dan kelepasan am;
- bertugas lebih masa dari waktu yang
ditetapkan.

- Jumlah cuti sama dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu
- Diambil bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan. Jika tidak dianggap
luput.
CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA
Yang dibenarkan:
 Askar Wataniah
 Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja
 Simpanan Sukarela Tentera Udara Dir Raja
 Simpanan Sukarela Polis
 Pertahanan Awam
 Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)

- Syarat: dikehendaki menghadiri latihan/khemah kerja tahunan.


- Kuasa Melulus: Ketua Jabatan
- Tempoh: <30 hari setahun + 2 hari perjalanan pergi dan balik.

* Cuti yang melebihi kelayakan perlu ditolak dari cuti rehat. Jika
cuti rehat telah habis, dapatkan kelulusan KPPA.
CUTI MENGHADIRI LATIHAN ATAU KERJA TAHUNAN
Pertubuhan/Persatuan yang dibenarkan:
1. Kadet Laut
2. Pasukan Kadet Persekutuan
3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan
4. Pertubuhan Pengakap
5. Pertubuhan Pandu Puteri
6. Briged Budak Lelaki
7. Briged Budak Perempuan
8. Ambulan St. John
9. PBSM
10. PEMADAM
11. Persatuan Perancang Keluarga
12. Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Cawangan Malaysia
13. Persatuan Membantu Orang-Orang Dalam Penyeliaan
14. PUSPANITA
15. PERKIM
16. Persatuan Keluarga Polis
17. Persatuan Pengguna
18. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri
19. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan
Kuasa melulus: Ketua Jabatan
Berapa lama: Tidak melebihi 14 hari
dan ditambah 2 hari lagi untuk
perjalanan pergi dan balik. Selebihnya
hendaklah ditolak dari cuti rehat. Jika
cuti rehat kehabisan, boleh diberi CTG.
Menghadiri Latihan Syarikat
Malaysia
Pegawai boleh diberi CTR untuk menghadiri kursus kerjasama di:

Maktab Kerjasama Mana-mana syarikat kerjasama

Tempoh: < 2 bulan


Syarat:
- menjadi ahli sebuah syarikat kerjasama
- telah membuat akuan bertulis akan memegang jawatan pada bila-bila masa
selama 2 tahun selepas hadiri kursus
- Seminar / Mesyuarat diluluskan oleh Ketua Pengarah Kemajuan Malaysia
MEMASUKI PEPERIKSAAN

“Cuti tanpa rekod boleh diberi kepada


pegawai yang memasuki peperiksaan yang
dianggap oleh Ketua Jabatan boleh membaiki
peluang hidup / peningkatan kerjaya”

Tempoh: - Terhad kepada hari/tarikh


peperiksaan & bukan kepada masa
peperiksaan
CUTI MENGHADIRI MESYUARAT KHAS
PERSATUAN IKHTISAS
“ Ketua Jabatan (atas budi bicara) boleh
meluluskan CTR kepada pegawai yang
mengikuti mesyuarat agung/mesyuarat agung
luar biasa dalam persatuan tersebut di mana
ia menjadi ahli.

“ Persatuan hendaklah telah diisytiharkan oleh


KPPA
MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM
OLAHRAGA/SUKAN
Syarat Kelayakan:
- Perlawanan di peringkat negeri/antarabangsa
- Diberi atas budi bicara Ketua Jabatan dan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan
- Tempoh: terhad kepada masa yang betul-betul
diperlukan dan tidak lebih daripada 30 hari setahun

* Juga boleh diberi kepada pegawai yang menjadi ahli


Majlis/Jawatankuasa Pertandingan Negeri/ antarabangsa
yang menghadiri mesyuarat sebelum atau selepas
pertandingan.
CUTI TUGAS KHAS PERUBATAN

Syarat Kelayakan:

Menjalankan tugas x-ray sepenuh masa & terdedah


kepada panaran x-ray;

Tugas yang dijalankan dimana-mana pusat perubatn


adalah merbahaya/tidak digemari. (Pusatas perubatan
adalah dilulus oleh KPPA)

Tempoh: 14 hari setahun. Jika tidak diambil, ia akan


luput.
CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI
KELUARGA TERDEKAT
Diberi CTR selama 3 hari bagi urusan
berkaitan kematian
Ahli keluarga terdekat termasuk:
- suami/isteri
- anak
- ibu/bapa kandung
Salinan pengesahan kematian perlu
dikemukakan kepada ketua jabatan.
MENGIKUTI KURSUS INTENSIF DI BAWAH
PROGRAM PJJ
Syarat Kelayakan:
- Kelulusan Ketua Jabatan untuk ikuti program
pengajian (Diploma, Ijazah Pertama/Lanjutan)
- Belum mempunyai kelayakan di peringkat
pengajian yang berkenaan.
- Tempoh sebenar kursus & tidak melebihi 30 hari
dalam setahun.
- Jika lebih- guna cuti rehat yang layak
- Jika kehabisan cuti rehat – guna CTG
CTR DI BAWAH PROGRAM PLKN

Boleh diberi untuk:


- mengikuti kursus jurulatih PLKN,
- Menjalankan tugas-tugas jurulatih PLKN
Tempoh:
- masa program sebenar + 1 hari perjalanan
pergi dan 1 hari perjalanan balik
Kuasa Melulus:
- Ketua Jabatan

You might also like