You are on page 1of 1

ARCA

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.Permukaannya dapat dirasai serta
dipandang dari pelbagai sudut.Pegertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpture
bermakna satu proses mengukir,melarik,mencungkil dan menguris.

Arca dapat dilihat di galeri,taman permainan,dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong
seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

JENIS-JENIS ARCA

Arca bersifat realis atau abstrak.Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami
kewujudannya seperti ukiran patung manusia.Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan
memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca
tersebut.Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendri dalam merakam segala pengalaman dalam
kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca.Arca terbahagi kepada dua kategori
yang besar iaitu arca estetika dan arca berfungsi.

*Arca Asemblaj

Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan
menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amarika Sekitar tahun 1950-60.arca tiga
dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”,iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan
rosak.Arca Asemblaj yang terkenal iaitu “Homeege to New York”, karya Jean Tinguely.

*Arca Binaan

Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada pelbagai bahan-bahan yang sama.Misalnya jika
besi,maka cantumannya juga besi.Sekiranya bahan kayu,maka cantumannya juga adalah
kayu.Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka.Untuk teknik
kerangka,ia digunakan sebagai struktur asas atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada
dawai,keluli dan sebagainya.Bahagian luar mengandungi lapisan lain seperti bancuhan
simen.Arca tanpa dicantum samaada secara pateri atau kimpalan.

You might also like