You are on page 1of 10

Arca Stabail

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini pelajar akan dapat: 1. 2. 3. 4. memahami konsep arca stabil; mengetahui dan boleh memanipulasikan alat dan media untuk menghasilkan arca stabil; memahami imbangan, kestabilan dan kesepaduan objek dalam olahan reka bentuk; dan menghasilkan arca stabil dengan menggunakan bahan sebenar.

Stabil berasal dari perkataan stabile yang bermakna statik, kukuh dan mantap. Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran. Tapak arca (pedestal) kukuh, berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas yang boleh ditafsir dengan berbagai unsur naratif. Arca ini berbentuk abstrak. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat. Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebayakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil. Seorang lagi pengarca stabil ialah Jean Tinguely. Lahir pada 1922 di Fribourg, Switzerland. Mendapat pendidikan awal di General Trade School dan bekerja sebagai pereka hias dalaman sebelum berpindah ke Paris pada tahun 1952. Pada awal tahun 1960-an, Tinguely adalah pengarca relief atau arca timbul sebelum beliau ke Paris. Karya-karya beliau banyak diperbuat daripada bahan terbuang seperti tayar besi, brek kereta api, enjin kenderaan dan enjin kilang. Constantin Brancusi yang berasal daripada Romania pula merupakan pengarca stabil yang lebih kepada free standing form. Karya-karya beliau banyak menggunakan pendekatan minimalism dengan cara mempermudahkan satah-satah bentuk. Tidak seperti Calder dan Tinguely, Brancusi banyak menekankan pada satah permukaan arca atau surface texture. Ini jelas dilihat pada karyanya Bird in Space (LOiseau dens lespace), 1932 1940.

Rajah 5.1: Arca stabil

5.1 ALAT DAN MEDIA

Rajah 5.2: Penggunaan alat dan bahan stabil

1 Stabil Dihasilkan Menggunakan Media Batu Marmar

Rajah 5.3: Stabil marmar

5.1.2 Pengenalan Hal Subjek dalam Arca Stabil


Sama ada bentuk stabil dipresentasikan secara abstrak atau realis, unsur keseimbangan bentuk menjadi pertimbangan utama. Keseimbangan adalah ciri utama arca stabil. Di dalam berkarya jenis arca ini, keseimbangan secara seimbang antara kiri dan kanan terhadap karya dipanggil simetri tulen. Manakala keseimbangan yang memihak sebelah kiri atau kanan dipanggil simetri tidak tulen. Seterusnya ruang dipertimbangkan kerana arca stabil banyak diperagakan di luar bangunan dan tanah lapang. Oleh sebab arca ini diperagakan secara out-door pemilihan bahan binaan menjadi pertimbangan yang mesti diteliti dan dipatuhi agar ketahanan arca terjamin dan tahan lama.

Rajah 5.4: Stabil yang mempunyai imbangan tidak simetri

5.1.3Pertimbangan Bahan yang Diperlukan untuk Membuat Arca Stabil Boleh Dirumus Seperti Berikut

Rajah 5.5: Pemilihan bahan untuk menghasilkan arca stabil

5.2 PROSES KREATIVITI MENGHASILKAN ARCA STABIL

Rajah 5.6: Proses kreativiti menghasil arca stabil

5.2.1 Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil


1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan arca stabil. 2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan arca stabil. 3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan dan seterusnya memasang tapak (pedestal ). 4. Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk arca stabil. 5. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan. 6. Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. 7. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain. 8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. 9. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. 10. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai di samping melihat kesannya. 11. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi mengikut fungsinya

5.3 PROSES MENGHASILKAN ARCA STABIL

Rajah 5.7: Daun kering 1. Penentuan Hal Subjek Hal subjek yang diambil merujuk kepada alam semula jadi. Contohnya daun kering. Bentuk daun kering diteliti dan dieksplorasi terhadap bentuknya. Buat garisangarisan untuk binaan struktur arca pada peringkat seterusnya. 2.

Rajah 5.8: Evolusi bentuk untuk stabil

2.

Proses Mereka Bentuk dan Menstruktur

Daun kering dikaji dan diteliti. Rentak liuk dan binaan daun dibentuk dan garisan-garisan mengikut struktur daun mula disurih. Bentuk daun dilihat dari pelbagai posisi dan rentak sehingga membentuk satu reka bentuk yang menarik dan tidak lagi mengikut ciri daun.

Rajah 5.9: Gayaan dan rentak stabil

3.

Proses Mencari Rentak atau Era Daun yang Seterusnya Digubah Menjadi Stabil

Rentak daun yang dapat dikesan pergerakannya memudahkan untuk menstruktur bentuk dan binaan stabil. Aliran anak panah dilukis untuk memudahkan dapatan stabil yang baik.

Rajah 5.10: Ritma (rentak) dan pergerakan 4. Menstruktur

Dilakukan dengan melihat rentak objek dan aliran bentuk yang mempengaruhinya. Garisan dilukis sepanjang rentak mengikut bentuk.

Rajah 5.11: Penstrukturan dan rentak 5. Menstrukur dan Menghasilkan Rentak

Apabila penstrukturan dibuat, rentak akan mengikuti bentuk baru sebagaimana yang dirancang. Garisan imbangan simetri dilakar untuk menjadikan bentuk stabil lebih jelas dan menarik.

Rajah 5.12: Isi padu stabil 6. Menentukan Kerangka Bentuk dan Isi Padu (Volume)

Rajah 5.13: Stabil yang telah siap 7. Stabil Telah Siap untuk Diperagakan Stabil di atas dibuat menggunakan dawai mata punai dan kertas tisu yang digam menggunakan kanji. Apabila kerja melekatkan kertas tisu selesai, stabil dikeringkan dan seterusnya dicat.

Rajah 5.14: Stabil yang telah siap untuk diperagakan

5.3.1 Ekspresi Diri Anda


Hasilkan sketsa stabil berasaskan tema yang berikut: 1. 2. 3. 4. Buah-buahan Fauna Karangan laut Flora

RUMUSAN
Stabil berbentuk realis dan abstrak. Kebanyakan stabil realis mengambil imej daripada bentuk alam semula jadi seperti buah-buahan, alat senjata, barang-barang domestik rumah, figura manusia dan binatang. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat. Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebanyakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil. Stabil perlukan simetri yang baik. Justeru itu stabil boleh bersifat simetri tulen dan tidak tulen. Pedestal diperlukan untuk membentuk konsep stabil yang lebih mantap. Stabil boleh dihasilkan menggunakan pelbagai alat dan bahan yang hampir sama dengan arca-arca yang lain. Struktur diperlukan sebagai kerangka stabil. Seterusnya dilengkapkan dengan bahan yang sesuai dengan konsep arca. Kemasan stabil berkaitan dengan kesesuaian peragaan. Contohnya: arca di luar bangunan menggunakan kemasan cat alas, cat kilat dan krom. Peragaan stabil lebih banyak dibuat di luar. Stabil perlukan ruang dan persekitaran.

You might also like