Professional Documents
Culture Documents
Masalah yang dimaksudkan ialah gejala sosial seperti black metal, pergaulan
bebas, samseng, vandalisme, penyalahgunaan dadah, lumba haram dan
sebagainya di kalangan remaja. Oleh sebab terlalu merdeka maka mereka
lupa dan alpa tentang soal-soal pengorbanan. disiplin, tanggungjawab dan jati
diri. Masalah ini tidak wajar dipertanggungjawabkan keatas kerajaan sahaja.
Tanggungjawab untuk menyekat atau mengatasi masalah ini harus menjadi
tanggungjawab seluruh remaja. Didik dan tanamkan disiplin dalam diri supaya
terhindar daripada sebarang gejala yang boleh merosakkan masa depan diri,
keluarga, masyarakat dan juga negara.
Tidak ada negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang dapat hidup
dalam keadaan tenteram, harmoni, saling bantu membantu dan hormat
menghormati antara satu sama lain seperti mana dinikmati oleh negara kita .
Suasana dan amalan yang dinikmati oleh Malaysia ini merupakan cara hidup
yang dituntut oleh Islam.
Sehubungan dengan itu, kita tidak sepatutnya merasakan cukup sekadar apa
yang ada. Kita perlu membuka ruang dan mencipta peluang seperti
mewujudkan trend pemikiran yang lebih proaktif. Kemajuan dan
perkembangan dunia sekeliling perlu dimanfaatkan dan dipergunakan
sebagai sebahagian daripada bahan-bahan bagi memajukan diri dan negara.
Dalam suasana aman dan sejahtera hasil kemerdekaan ini, sudah sampai
masa dan mustahak bagi semua pihak untuk sentiasa meningkatkan
kewaspadaan terhadap apa-apa juga unsur yang boleh menggugat
keamanan dan kesejahteraan negara. Bersama-samalah kita menjaga dan
mengawal bumi Malaysia yang tercinta ini daripada kejadian-kejadian yang
tidak diingini agar kesejahteraan dan keamanan yang kita nikmati selama ini
terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.