You are on page 1of 2

ARCA 1.

Arca merupakan karya bentuk tiga dimensi yang mempunyai bentuk, ruang dan jalinan dengan permukaan yang dapat dirasa dan boleh dipandang dari pelbagai sudut. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana mempunyai ciri-ciri kecil, besar, licin, kesat, ringan, berat, lembut, keras dan sebagainya. Bentuk arca dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu arca berfungsi dan arca estetika. Arca berfungsi merupakan barangan tiga demensi yang mempunyai tujuan atau fungsi tertentu di samping nilai estetikanya. Umpamanya, patung-patung di tokong atau kuil dan topeng kaum Mah Meri merupakan alat untuk berhubung dengan semangat dan roh dalam upacara keagamaan. Arca estetika merujuk kepada karya seni tiga demensi yang tidak mempunyai fungsi tertentu, khas dibentuk untuk dihayati dari aspek estetikanya. Umpamanya, arca yang dipamerkan di galeri, taman, atau tempat-tempat awam sering dikunjungi orang ramai.

2. 3. 4.
5.

BAHAN, ALAT, DAN TEKNIK 1. Jenis Arca Arca luakan Terdapat beraneka jenis arca estetika yang menarik, bergantung kepada jenis bahan, alat dan teknik yang diaplikasikan. Bahan Sabun, lilin, buluh kayu, batu, blok plaster Paris, dan sebagainya Kepingan polisterin, kayu, plaster Paris, batu dan sebagainya Bahan cair yang boleh dikeraskan. Contohnya plaster Paris, tanah liat, simen, plastik, logam dan sebagainya Kepingan kadbod, kayu, besi, batu-batan, dan sebagainya. Biasanya bahan yang sama digunakan Segala bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna, dan jalinan yang menarik Besi, dawai, kepingan logam, plastik, tembikar, kadbod, tali dan sebarang bahan yang ringan Papan, kayu, pelekat, pisau pengukir dan sebagainya Tanah liat, lilin, bahan-bahan rapuh, gangsa tuangan, simen dan sebagainya Alat Pahat, penukul, kapak, gergaji, alat pengukir, pengikis, dan lain-lain. Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis dan lain-lain. Acuan yang dibentu khas Teknik Membentuk Bahagian-bahagian berlebihan dibuang daripada blok bahan dan diukir sehingga mendapat rupa bentuk, ruang dan jalinan yang ingin dicipta. Permukaan dipahat dan diukir sehingga terdapat bentuk tiga dimensi tersembul keluar atau terbenam kedalam Bahan cecair dituangkan ke dalam acuan sehingga bancuhan menjadi keras Bahan dicantum secara sistematik untuk mendapatkan bentuk yang berkaitan dengan matematik dan struktur jentera. Bahagian bahan berasingan dicantumkan untuk menjadi satu bentuk yang menarik Bahagian berasingan dicantumkan pada sendi supaya boleh bergerak, berputar atau berombak Hasil dibentuk berciri catan dipandang dari hadapan dan berciri arca dipandang dari sisi Bahan lembut digunakan sebagai tempat tumpangan. Bahan sebenar ialah gangsa tuangan atau simen. Bahan lembut dipecahkan apabila arca sebenar siap.

Arca timbulan

Arca acuan

Arca binaan

Arca asemblaj

Arca mobil Arca dinding Arca tambahan

Alat membentuk terpulang kepada bahan yang dipilih. Contohnya pensel, pembaris dan pisau pemotong kadbod Alat membentuk bergantung kepada bahan yang dipilih. Contohnya alat untuk memotong dan memateri bahan logam Gunting, pisau, playar dan sebagainya Gergaji, paku, penukul dan sebagainya Alat yang diperlukan mengikut jenis pilihan bahan

LATIHAN abstrak bergerak gangsa tuangan realistik sisi acuan berputar imbangan ruang tempat tumpangan asemblaj berombak jalinan sendi varnis bentuk catan kilat simbolik berfungsi dicat licin simen

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Arca yang diperbuat daripada kayu perlu disapu ______________________, manakala arca besi perlu ________________________________. Arca yang bersifat _________________________ dan ______________________ perlu dilapkan dari semasa ke semasa. Patung-patung kaum orang asli Jah Hut merupakan contoh arca ______________________ kerana digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan roh dan semangat. Bentuk arca estetika boleh dipersembahkan dalam gaya imej __________________________, _______________________, atau _____________________________. Jenis arca yang dapat dihasilkan dalam bentuk yang tepat sama antara satu dengan yang lain ialah arca _____________________________. Teknik mencantumkan bahagian-bahagian pelbagai jenis bahan yang berasingan dapat menghasilkan arca jenis. Arca dinding mempunyai sifat ___________________________, apabila dipandang dari hadapan tetapi kelihatan ciri arca ketika dipandang dari _____________________________. Arca mobil mempunyai bahagian berasingan yang dicantum pada _______________________ supaya boleh ____________________________, __________________________, atau ____________________. Unsur-unsur seni yang diutamakan dalam setiap gubahan arca ialah _________________________, _______________________, dan _____________________________ manakala prinsip rekaan _____________________ merupakan prinsip yang paling ditegaskan. Bahan-bahan lembut seperti tanah liat atau lilin digunakan sebagai ________________________ bagi ___________________________ atau ________________________ dalam proses pembentukan arca tambahan.

10.

You might also like