You are on page 1of 4

Soalan 3 : Tulis satu penulisan esei pendek 500 patah perkataan mengenai dua tokoh matematik yang menyumbang

dalam bidang kalkulus.

3 (a) Archimedes

Archimedes adalah seorang ahli matematik, ahli fizik, jurutera, ahli astronomi, dan ahli falsafah Yunani yang dilahirkan di bandar pelabuhan tanah jajahan Syracuse, Sicily, Itali. Sesetengah ahli Matematik menganggap Archimedes sebagai ahli Matematik Kuno yang terbaik. Terutamanya Carl Friedrich Gauss , salah seorang ahli matematik yang paling terpengaruh mendakwa bahawa Archimedes adalah salah seorang ahli matematik yang

paling penting. Selain daripada sumbangan-sumbangan teori asasnya kepada matematik, Archimedes juga menyumbang untuk bidang-bidang fizik dan kejuruteraan amali serta dirujuk sebagai "ahli sains yang teragung". Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai Bapa Kalkulus. Antara sumbangan beliau kepada dunia ialah penyumbangan idea dalam bidang fizik dan matematik, pengasas prinsip pengapungan atau specific graviti, pengasas ilmu statik dan mekanik (kapi dan tuil), pencipta Hukum Archmedes, menemui cara mengira luas dan isipadu bentuk-bentuk seperti sfera , silinder dan kon. Nama Archimedes menjadi terkenal di seluruh dunia setelah beliau berjaya membuktikan bahawa Mahkota raja tidak dibuat daripada emas tulen. Beliau mencari jalan untuk memutuskan sama ada mahkota raja diperbuat daripada emas tanpa meleburnya dengan menggunakan Prinsip Pengapungan Archimedes. Ucapan beliau Eureka iaitu dalam Bahasa Melayu aku menemuinya menjadi terkenal sehingga kini. Archimedes merupakan orang pertama yang mendefinisikan sistem angka yang mengandungi myriad iaitu 10000, myramid merupakan sesuatu bilangan yang nilainya tidak terhingga. Ia turut mendefinisikan perbandingan antara keliling lingkaran dan jejari lingkaran yang dikenali sebagai pi () sebesar 3.1429. Penemuan-penemuan dan alat-alat praktikal untuk Archimedes, hasil karyanya yang terbaik dan fikirannya yang paling tajam mencurahkan sumbangan yang terbesar dalam matematik dan sekarang dikenali sebagai kalkulus integral. Sumbangan-sumbangannya antara lain adalah rumus luas lingkaran, luas dari potongan parabola, luas elips, kelantangan dan luas permukaan sfera dan kelantangan kon dan benda-benda putar lain. Beliau dikatakan telah meminta kepada teman-temannya agar meletakkan sebuah benda berbentuk sfera di atas batu nisannya yang mengandungi tabung yang diukir. Rakan-rakannya turut diminta menulis Isipadu sfera dan tabung diatas batu nisan tersebut. Archimedes diberikan penghargaan untuk banyak rekaan dan temuan, dan sebilangannya masih digunakan pada hari ini seperti skru Archimedes. Archimedes yang dibuat beberapa penemuan penting. Beliau mengetahui bahawa cara untuk menimbang jisim dengan menyelami dalam air. Beliau juga menemui satu kaedah untuk menentukan kawasan di bawah sebuah parabola. Beliau juga membuat sumbangan besar terhadap bidang geometri. Archimedes juga mendapat tahu bahawa 2 / 3 jumlah silinder terbatas adalah sama dengan isipadu sfera. Beliau juga melakukan kerja-kerja yang besar ke atas pilin, equilibriums pesawat dan spheroids. Dia masyhur untuk kapi majmuk, sebuah sistem kapi

yang digunakan untuk mengangkut beban yang berat seperti kapal. Archimedes membuat banyak mesin perang untuk Hiero II, penaung dan kawannya. Beliau juga menghasilkan banyak karya mengenai geometri yang termasuk mengira luas permukaan dan isi padu pepejal dengan tepat. Karya yang memberikannya kemasyhuran ialah teori jasad-jasad terapung. Dia menyediakan hukum-hukum pengapungan dan mengembangkan prinsip Archimedes yang masyhur.

3 (b) Sir Isaac Newton

Isaac Newton dilahirkan pada 1642 dalam sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Beliau dilahirkan di kota Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di countyLincolnshire lahir secara prematur, dimana saat itu bayi prematur tidak diharapkan kehadirannya di dunia. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari. Ayahnya, Isaac, meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Isaac Newton, dan dua tahun kemudian ibunya, Hannah Ayscough Newton, menikah dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Isaac Newton merupakan kanak-kanak pintar. Isaac Newton merupakan ahli Matematik yang terungggul di dunia ini. Beliau mempunyai kecekapan yang nyata dalam bidang Matematik dan mempunyai kecekapan yang terbesar dalam menggunakan tangan beliau untuk penyelidikan. Sejak usia 12 hingga 17 tahun, Newton menyambung pendidikan di sekolah The Kings School

yang terletak di Grantham (tanda tangannya masih terdapat di perpustakaan sekolah). Keluarganya mengeluarkan Newton dari sekolah dengan alasan agar dia menjadi petani saja, bagaimanapun Newton terlihat tidak menyukai pekerjaan barunya. Tapi pada akhirnya setelah meyakinkan keluarga dan ibunya dengan bantuan paman dan gurunya, Newton dapat menamatkan sekolah pada usia 18 tahun dengan nilai yang memuaskan.Pada usia 19, beliau dihantar ke Universiti Cambridge dan ia menjadi peluang besar kepada Isaac Newton untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan juga maklumat-maklumat mengenai bidabg Matematik yang dapat membantu untuk membuat penyelidikan tersendiri. Pada umur dua puluhan, beliau mula memperkenalkan dasar-dasar teori ilmu pengetahuan beliau kepada dunia ini. Beliau mula menghasilkan pelbagai hasil karya ilmiah sebagai contoh buku yang bertajuk Philosophiae Naturalis Principia Mathematica, dimana buku tersebut menerangkan mengenai teori graviti secara umum dan berdasrkan hukum gerak yang beliau temukan dimana benda akan ditarik ke bawah kerana daya graviti bumi. Beliau bersama rakan beliau Gotfried Leinbniz mengembangkan teori kalkulus. Penyelidiakan tentang topik kalkulus telah dijalankan pada awal kurun ke-17. Sir Isaac Newton dan Gottfried Wilhelm Leibniz telah menjalankan penyelidikan secara berasingan dan telah memberi sumbangan terbesar dalam kajian tersebut. Isaac Newton mengembangkan kalkulus perbezaan dan pengamiran . Newton merupakan orang pertama yang menjelaskan tentang teori gerak dan mamainkan peranan penting dalam merumuskan gerakan melingkar dari hukum Kepler, dimana Newton memperluas hukum tersebut dengan beranggapan bahawa suatu orbit gerakan melingkar tidak harus selalu berbentuk lingkaran sempurna (seperti elipse, hiperbola dan parabola). Dalam bidang mekanik, Newton mencetuskan adanya prinsip kekekalan momentum dan momentum sudut. Dalam bidang optik, ia berhasil membangun teleskop refleksi yang pertama dan mengembangkan teori warna berdasarkan pengamatan bahawa sebuah kaca prisma akan membagi cahaya putih menjadi warna-warna lainnya. Newton menemukan spektrum warna ketika melakukan percubaan dengan melewati sinar putih pada sebuah prisma, dia juga percaya bahawa sinar merupakan kumpulan dari zarah-zarah. Beliau juga merumuskan hukum pendinginan dan mempelajari kecepatan suara.Newton juga mengembangkan hukum tentang kedinginan yang di dapatkan dari teori binomial, dan menemukan sebuah prinsip momentum dan angular momentum.

You might also like