You are on page 1of 1

DEFINISI TAMADUN ISLAM Bahasa Arab bermaksud badarah iaitu yang dikaitkan dengan kehidupan berpindah-randah di pedalaman yang

jauh daripada kemajuan,serta lebih banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup. Manakala Umran adalah terbitan dari perkataan Amara yang bererti kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanyadalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa. Selain itu, hadarat membawa erti suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampungkampung dan dari kawasan yang didiami. Manakala maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).

Dari segi bahasa Inggeris tamadun bermaksud civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti bandar. Manakala bahasa Melayu tamadun bermaksud peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lainlain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang. Dari segi Perspektif Islam Ibn Khaldun telah mentafsirkan dalam kitabnya al-Muqaddimah yang memperkenalkan dua terminologi al-umran dan al-hadarah dalam abad ke-14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.Menurut perspektif Barat E.B Taylor tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. Terdapat juga prinsip-prinsip asas tamadun islam pertamanya sosioekonomi iaitu prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik-berdasarkan pengertian badarah yang bermaksud kehidupan manusia yang menetap.

You might also like