You are on page 1of 1

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan seterusnya para hadirin sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Berjimat cermat Amalan Mulia . Hadirin sekalian, Berjimat cermat bermaksud berhati-hati menggunakan wang atau tidak boros. Amalan mulia pula bermaksud perbuatan yang baik. Sikap berjimat cermat patut dipupuk oleh kita. Berjimat dapat menolong kita mengatasi masalah kewangan terutama ketika susah. Sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan murah. Berjimat juga amalan yang mulia kerana dapat melatih kita supaya tidak terlalu boros. Sebarang keinginan untuk membeli sesuatu dapat dibendung dengan mengamalkan sikap berjimat cermat. Hadirin sekalian, Berjimat juga dapat membantu masyarakat. Dengan berjimat cermat, kita dapat membantu masyarakat, keluarga dan lain-lain jika diperlukan. Sehubungan itu, jelaskan bahawa amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia dan sewajarnya ditanam sejak kecil lagi. Sehingga di sini dahulu syarahan saya. Sekian, terima kasih.

You might also like