You are on page 1of 1

Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan wajar dimansuhkan kerana pendidikan yang menggunakan sistem tersebut tidak mampu mencapai

objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh. Sebaliknya, pendidikan yang menumpukan pada peperiksaan tidak lain hanyalah menjatuhkan nilai ilmu itu sendiri, kerana pada sistem ini, ilmu boleh disamakan sebagai huruf a,b,c,d atau e. Dengan menggunakan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan juga bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya mampu memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam kertas peperiksaan.

Hal berkaitan pemansuhan peperiksaan awam dapat meringankan beban pelajar sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pemansuhan peperiksaan awam ini membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh masa. Dengan ini, beban pelajar menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkatnya juga dapat dikurangkan. Pemansuhan peperiksaan awam meringankan beban guru apabila para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan. Jelasnya, pemansuhan peperiksaan awam mampu mengurangkan beban pelajar dan guru. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana disebabkan oleh penekanan terhadap peperiksaan sematamata. Adakah kita masih ingin melihat perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang?

Di sini, adalah senarai bilionair yang dibuang kolej


Bill Gates Mark Zuckerberg Steve Jobs Lawrence Ellison Eike Batista Michael Dell Marc Rich Ty Warner Donald Newhouse Ted Turner David Geffen Kirk Kerkorian Henry Fok Stanley Ho Vinod Goenka Roman Abramovich

Dan sebagainya. Daripada contoh orang yang berjaya di atas, kita tahulah bahawa peperiksaan dan gred tidak menunjukkan bagaimana seorang pelajar atau seseorang itu akan berjaya pada masa depan. Kunci untuk berjaya adalah tertumpu kepada fokus, keazaman dan semangat yang tinggi.

You might also like