You are on page 1of 88

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

KELAS PERALIHAN

BAHASA MELAYU
2003

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

KELAS PERALIHAN

BAHASA MELAYU
2003

ISI KANDUNGAN
RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KATA PENGANTAR PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF ORGANISASI KANDUNGAN SISTEM BAHASA PENGISIAN KURIKULUM PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR KEMAHIRAN MEMBACA KEMAHIRAN MENULIS

MUKA SURAT
i ii iii 1 2 2 3 6 10 13 16 19 48 62

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii

KATA PENGANTAR Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Faisafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merakumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Huraian Sukatan pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran diperingkan kepada tiga aras, iaitu Aras 1(aras asas), Aras 2 (aras sederhana), dan Aras 3 (aras cemerlang). Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan memberi penekanan pada kemahiran bahasa dan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Di samping itu, aspek strategi pengajaran yang mengambil kira penggabungjalinan dan penyerapan ilmu turut diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Huraian ini seharusnya dapat membantu guru merencanakan suatu pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, berkesan dan bermakna. Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran yang disemak semula ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah maktab dan universiti, pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya dokumen ini, Kementerian Pendidikan merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih.

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZAIN ) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

iii

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan pada kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan ini mengandungi 3 lajur, iaitu lajur hasil pembelajaran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur cadangan aktiviti/nota. Lajur hasil pembelajaran menggariskan pernyataan hasil pembelajaran dan kemahiran yang perlu dicapai oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini. Lajur huraian hasil pembelajaran memperincikan kemahiran berbahasa kepada 3 aras pembelajaran, iaitu Aras 1, Aras 2, dan Aras 3 yang perlu dikuasai oleh murid. Aras 1 ialah aras asas. Aras 2 ialah aras sederhana dan Aras 3 ialah aras cemerlang. Semua murid perlu menguasai Aras 1, seterusnya murid dikehendaki menguasai Aras 2 dan Aras 3 yang lebih mencabar. Lajur cadangan aktiviti/nota menyediakan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru. Aktiviti yang disenaraikan hanyalah cadangan bagi aras-aras tertentu yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran ini. Cadangan aktiviti yang disenaraikan tidak mampu mencakupi keperluan bagi setiap situasi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penting bagi setiap guru memilih dan menyesuaikan cadangan aktiviti dengan profil murid dan keadaan setempat. Guru juga disarankan menggunakan pelbagai teknik atau aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, Hasil Pembelajaran, dan Pengisian Kurikulum.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

MATLAMAT Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri untuk memperoleh ilmu dan pengetahuan, perhubungan sosial, dan urusan harian.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan murid dapat: i. ii. mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi untuk menjalinkan hubungan sosial dan berurusan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang berkesan untuk memahami, memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. vi. menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kritis dan kreatif serta berkesan dalam pelbagai situasi;

vii. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

viii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; x. xi. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan digubal dengan memberi fokus pada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Hasil pembelajaran menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum. Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah: Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Bagi menghasilkan penulisan mencakup jenis karangan keperihalan, fakta dan cereka yang panjang minimumnya 80 patah perkataan. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik. Bentuk prosa, puisi dan grafik yang dicadangkan bagi pendidikan Bahasa Melayu Kelas Peralihan adalah seperti yang berikut; Prosa : pesanan, pengumuman, berita, rencana, laporan, ucapan, temu ramah, dan surat. cerpen, novel, dan drama Puisi : pantun, syair, dan sajak Grafik : borang, jadual, peta, rajah, dan gambar

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran murid. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Sistem Bahasa Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi. Perlaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Pengisian Kurikulum Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan perkembangan terkini dalam pendidikan meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam hidupan harian dan alam pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

SISTEM BAHASA Sistem bahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah. 1.0 Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. 1.1 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:

a. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi: i. kata asli bahasa Melayu ii. kata terbitan bahasa Melayu b. Bentuk kata terdiri daripada: i. kata tunggal ii. kata terbitan iii. kata ganda iv. kata majmuk Proses pembentukan kata meliputi: i. pengimbuhan ii. penggandaan iii. pemajmukan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan. c. Golongan kata terdiri daripada: i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas 1.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah: a. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang e. Binaan ayat: i. ayat dasar ii. ayat tunggal iii. ayat terbitan atau ayat majmuk f. Proses penerbitan ayat: i. konsep ayat terbitan ii. proses pengguguran iii. proses penyusunan semula iv. proses peluasan g. Aspek tanda baca

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

2.0

Sistem Ejaan Perkara yang ditekankan ialah: a. pola keselarasan huruf vokal b. ejaan kata pinjaman c. ejaan kata dasar dan kata terbitan

3.0

Sebutan dan Intonasi Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu maksud dengan tepat. a. Sebutan Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. b. Intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut: i. ayat penyata ii. ayat tanya iii. ayat perintah iv. ayat seruan v. ayat terbalik atau ayat songsang vi. ayat aktif vii. ayat pasif Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

4.0

Kosa kata Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang agar murid dapat mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah menengah.

5.0

Peribahasa Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata hikmat yang perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.

Nota: Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Edisi 1993) ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Edisi 2001) ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

PENGISIAN KURIKULUM Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu pengetahuan daripada pelbagai bidang ilmu, nilai, peraturan sosiobudaya, kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual. . 1.0 Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu sains, geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.0 Nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia, Kepentingan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. 3.0 Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan penekanan pada pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. 4.0 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa. Peraturan ini juga merangkumi nilai murni masyarakat Malaysia.

10

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

5.0

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, dan kecerdasan pelbagai pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.. Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah. 5.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. 5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperoleh maklumat daripada internet. 5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

11

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

5.4

Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk membolehkan murid menyedari sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

5.5

Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi vebal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

5.6

Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran secara konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

5.7

Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran secara kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latihan amal, dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

12

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu menekankan kemahiran bahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa menjadi asas pada hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan dipersembahkan dalam tiga lajur, iaitu lajur hasil pembelajaran, huraian hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti/nota. Selain itu, huraian juga menyenaraikan sejumlah hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap hasil pembelajaran dinyatakan dalam bentuk penomboran bagi setiap kemahiran bahasa. Penomboran hasil pembelajaran adalah seperti yang berikut: Penomboran Hasil Pembelajaran 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6, 1.7 2.1, 2.2, 2.3 3.1, 3.2, 3.3, 4.1, 4.2, 4.3, 4.4, Penomboran Hasil Pembelajaran 5.1, 5.2, 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5 7.1, 7.2, 7.3 Penomboran Hasil Pembelajaran 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5 9.1, 9.2, 9.3, 10.1, 10.2, 10.3, 11.1, 11.2, 11.3, 11.4

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

1.0 2.0 3.0 4.0

Kemahiran Membaca

5.0 6.0 7.0

Kemahiran Menulis

8.0 9.0 10.0 11.0

Selain daripada penomboran bagi hasil pembelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan dipaparkan dalam bentuk lajur tertentu. Lajur pertama ialah penyataan hasil pelajaran yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran . Lajur kedua ialah huraian hasil pembelajaran dan lajur ketiga ialah lajur cadeangan aktiviti/nota.

13

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

Lajur 1: Hasil Pembelajaran Lajur ini merupakan pernyataan yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Lajur 2: Huraian Hasil Pembelajaran. Lajur ini memberikan perincian kepada hasil pembelajaran pada Lajur 1 perincian ini dibahagikan kepada tiga aras iaitu:

Aras 3

Aras Cemerlang. Murid yang cemerlang berupaya menguasai Aras 3.

Aras 2

Aras sederhana. Murid yang telah menguasai Aras 2 boleh meneruskan pembelajaran Aras 3.

Aras 1

Aras asas. Murid yang telah menguasai Aras 1 boleh meneruskan pembelajaran Aras 2 dan Aras 3.

Rasional penentuan aras ialah tahap keupayaan murid berbeza-beza. Penentuan aras membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid pencapaian rendah.

Lajur 3: Cadangan Aktiviti/ Nota. Cadangan aktiviti yang berikut dengan pernyataan aras pada Lajur 2 diberikan dalam Lajur 3. Beberapa maklumat yang berkaitan dengan panduan pengajaran serta sumber yang perlu digunakan dalam penyampaian dan aktiviti yang dicadangkan.

14

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

Contoh paparan huraian sukatan pelajaran: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Hasil Pembelajaran 1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1 Berbual dan menyatakan Aras 1 sesuatu perkara berkaitan mengenai sesuatu kehidupan seharian dengan i. Berbual perkara dengan menggunakan menggunakan kata, kata dan sebutan yang betul ungkapan, ayat, sebutan, dan intonasi yang sesuai ii. Menyapa dan memberi ucapan selamat. iii. Memberikan ucapan penghargaan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

Berbual dengan rakan sekelas mengenai latar belakang diri. Contoh: nama, tempat tinggal, keluarga. Berbual dalam memberi ucapan selamat. Contoh: Murid: Selamat sejahtera cikgu Memberi ucapan penghargaan seperti syabas, hebat dan tahniah kepada rakan tentang kejayaan diri, keluarga atau masyarakatnya. Contoh: Syabas atas kejayaan anda! Hebat, persembahan anda. Tahniah atas keputusan yang cemerlang. Nota: Latih tubi ungkapan penghargaan.

15

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pendekatan Berpusatkan Pelajar Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan pelajar bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, pelajar dapat membina keyakinan berbahasa. Kepelbagaian Teknik Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Keberkesanan pengajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan alat bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi. Kepelbagaian Sumber Bahan Penggunaan perpustakaan, pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan luas.

Penggunaan Tatabahasa Yang Tepat Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan pelajar. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Bacaan Luas Bacaan luas memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara serapan.

16

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

PENEKANAN KONSEP 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu menekankan konsep penggabungjalinan, pengayaan, penyerapan, pemulihan, dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P diperincikan seperti yang berikut: a. Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. b. Penyerapan Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran secara kontekstual. Boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dalam mata pelajaran.

c. Pengayaan Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah kerana murid berbeza-beza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberi bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

17

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

d. Pemulihan Program Pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain bahan yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. e. Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

18

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan ditutur dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan untuk menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topiktopik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur ialah i) berinteraksi, ii) bercerita, iii) menyampaikan maklumat, dan iv) berbincang.

19

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.1 Berbual dan menyatakan tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, dan intonasi yang sesuai. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Berbual mengenai sesuatu perkara dengan menggunakan kata dan sebutan yang betul. Berbual dengan rakan sekelas mengenai latar belakang diri. Contoh: nama, tempat tinggal, keluarga.

ii. Menyapa dan memberi ucapan selamat.

Berbual dan memberi ucapan selamat. Contoh: Murid: Selamat sejahtera cikgu. Memberi ucapan penghargaan seperti syabas, hebat dan tahniah kepada rakan tentang kejayaan diri, keluarga atau masyarakatnya. Contoh: Syabas atas kejayaan anda! Hebat, persembahan anda. Tahniah atas keputusan yang cemerlang. Nota: Latih tubi ungkapan penghargaan.

iii. Memberikan ucapan penghargaan.

20

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan dan kata gelaran. Cadangan Aktiviti / Nota

Melakonkan aksi memberi buku atur cara majlis kepada tetamu dengan menggunakan kata panggilan dan kata gelaran yang sesuai seperti encik, tuan, puan, pakcik, makcik, cik, Datuk, Dato, Datin Contoh: i. Murid : Encik, sila ambil buku atur cara ini. Tetamu : Terima kasih. ii. Murid : Yang berhormat, Datuk izinkan saya

Aras 3 i. Memberikan dan menerima teguran dengan hati terbuka dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai. Dialog memberikan dan menerima teguran dengan reaksi yang positif. Contoh: i) Murid A : Minta maaf, jangan buang sampah di sini kerana mengotorkan. Murid B : Terima kasih kerana mengingatkan saya. ii) Murid A : Janganlah bising. Murid B : Baiklah, maafkan saya.

21

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mendengar untuk mendapatkan maklumat. Menceritakan semula cerita yang didengar daripada pita rakaman. Memberikan maklum balas terhadap cerita yang didengar. Nota: menjawab soalan-soalan yang berkaitan nilai murni. Menyoal rakan dalam perbualan. Contoh: Apa yang kamu lakukan selepas itu?

ii. Menjawab dengan memberikan penerangan sebagai maklum balas.

iii. Mengemukakan soalan aras rendah Aras 2 i. Mengemukakan pelbagai soalan aras rendah.

Menyoal rakan secara berpasangan dengan mengemukakan soalan aras rendah berdasarkan cerita yang didengar. Contoh: apa, siapa, bila, di mana

22

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Bersoal jawab untuk membuat keputusan. Cadangan Aktiviti / Nota

Mendengar satu cerita yang berunsur penyelesaian masalah dan bersoal jawab untuk membuat keputusan. Contoh: Tajuk cerita : Gagak dan takar air. Bagaimana gagak yang kehausan dapat minum air dalam takar?

23

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.3 Memberi dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. . Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan arahan dan pesanan tentang sesuatu perkara dengan intonasi yang betul dan bersopan. Menyampaikan arahan dan pesanan guru kepada rakan sekelas. Contoh: Guru: Anda hendaklah memberitahu murid yang terlibat dalam perkhemahan pada hujung minggu ini supaya membawa bekalan makanan dan peralatan perkhemahan. Murid: Baiklah cikgu, saya akan sampaikan pesan ini.

Aras 2 i. Meneliti dan melaksanakan arahan serta pesanan untuk membuat tindakan dengan tepat dan terancang. Berbincang dalam kumpulan mengenai arahan dan pesanan yang diberikan oleh guru. Contoh: Menentukan jenis makanan dan peralatan perkhemahan yang akan dibawa.

24

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Mentafsir arahan dan pesanan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Mentafsir arahan dan pesanan yang telah dibincangkan dalam kumpulan untuk membuat keputusan. Contoh: Menentukan kuantiti makanan dan peralatan perkhemahan yang diperlukan. Cadangan Aktiviti / Nota

25

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.4 Mengemukakan idea dan memberikan pandangan tentang perkara yang dibualkan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan idea dan pandangan tentang sesuatu perkara yang diperkatakan. Menerangkan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam gambar menggunakan laras bahasa yang sesuai dan bertatasusila. Contoh: Kita perlu prihatin terhadap warga tua kerana mereka telah banyak berjasa dan berkorban untuk kita.

Aras 2 i. Menyatakan idea dan pandangan dengan alasan tentang perkara yang diperkatakan. Menjelaskan idea tentang sesuatu perkara yang diperkatakan. Contoh: Hubungan erat antara polis dengan sekolah perlu ditingkatkan kerana dapat mengatasi masalah jenayah di kalangan murid.

26

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Menyatakan idea dan pandangan dengan bukti yang relevan tentang perkara yang diperkatakan. Menghuraikan idea dan pandangan dengan data yang relevan tentang perkara yang diperkatakan. Contoh: Kerajaan patut membina lebih banyak rumah kos rendah di Kuala Lumpur bagi mengatasi masalah setinggan kerana penghuninya melebihi 2 juta orang. Cadangan Aktiviti / Nota

27

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mentafsir dan menjelaskan maksud gerak badan dan mimik muka yang ditunjukkan. Meneka maksud aksi gerak badan dan mimik muka Contoh: Mimik muka yang menggambarkan kegembiraan atau kesedihan.

Aras 2 i. Mendengar perbezaan intonasi dalam perbualan untuk menjelaskan kelainan maksud dalam ayat. Menjelaskan perbezaan intonasi ayat yang digunakan dalam dialog ringkas. Contoh: Ali sedang minum air. (ayat penyata) Ali sedang minum air? (ayat tanya)

28

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Menyatakan maksud tersirat, kata, rangkai kata dan ayat dalam perbualan. Cadangan Aktiviti / Nota

Menyatakan maksud peribahasa yang terdapat dalam perbualan. Contoh: i. Guru: Tulisan awak macam cakar ayam. Murid B : Maksud cikgu, tulisan saya sukar dibaca? ii. Guru : Kayuhlah basikal itu lajulaju lagi dalam kawasan sekolah. (maksud tersirat yang hendak disampaikan oleh guru ialah melarang murid daripada mengayuh basikal dengan laju di kawasan sekolah) Nota: penggunaan peribahasa boleh didedahkan kepada murid : - bahasa kiasan - bidalan - simpulan bahasa - perumpamaan

29

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.6 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan sesuatu permintaan dengan memberikan alasan yang kukuh secara sopan. Mengenal pasti tempat-tempat pelancongan di Malaysia melalui brosur pelancongan dan menyatakan permintaan untuk melawat tempat tersebut dengan alasan yang kukuh. Contoh: Kami telah mempelajari tentang zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Justeru, kami ingin melawat dan melihat kesan sejarahnya.

Aras 2 i. Mengemukakan permintaan yang jelas dengan memberikan maklumat yang relevan. Mengemukakan beberapa keistimewaan destinasi lawatan yang dipilih. Contoh: Tolong bawa kami bercuti ke air terjun Lata Kinjang, di Perak kerana terdapat banyak keistimewaannya seperti tempat rekreasi, air terjun yang tinggi dan berhampiran dengan pusat peranginan Cameron Highland, di Pahang.

30

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Mengemukakan hasrat dengan memberi pertimbangan semua aspek secara sopan. Berbincang untuk menyatakan hasrat dan membuat keputusan pemilihan destinasi dengan mengambil kira semua faktor. Contoh: Kami tertarik mendengar cerita ketakjuban Gua Mulu, Sarawak dan ingin tahu cara mudah untuk melancong ke sana. Nota: Meminta dengan penuh ekspresi. Cadangan Aktiviti / Nota

31

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 1.0 Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.7 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan kata dan ungkapan yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Berlakon secara spontan situasi ketika berurusan di kedai buku sekolah. Contoh: Encik, saya hendak membeli sekotak pensil warna.

Aras 2 i. Mengemukakan ayat yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Melakukan main peranan antara doktor dan pesakit. Contoh: Doktor : Awak sakit apa? Pesakit : Saya demam. Saya memerlukan rawatan.

Aras 3 i. Mengemukakan ayat dan laras bahasa yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Melakukan main peranan di kaunter pos, perbualan antara pengguna dengan kerani di kaunter berhubung urusan mengirim barangan dan perkhidmatan. Contoh: Saya ingin mengeposkan barang ini ke Melaka. Berapakah bayaran perkhidmatan pos laju yang dikenakan?

32

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 2.0 Bercerita, dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, dan dialami. 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menceritakan semula sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dialami. Menceritakan semula drama yang didengar daripada pita rakaman. Nota: i. Guru menentukan tugas sebelum mendengar. ii. Diperdengarkan rakaman sebanyak dua kali.

Aras 2 i. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan gaya penyampaian yang baik. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan gaya penyampaian yang baik. Nota: menilai gaya penyampaian murid dari segi 1. suara 2. mimik muka 3. gerak badan 4. meniru suara watak

33

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Menjelaskan pengajaran cerita yang didengar, ditonton dan dialami. Berbincang dalam kumpulan untuk mencari pengajaran dalam cerita dan membentangkan hasil perbincangan. Cadangan Aktiviti / Nota

34

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, dan dialami. 2.2 Bercerita tentang sesuatu perkara atau kejadian yang dialami dengan jelas dan teratur. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Berceritakan tentang sesuatu perkara yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul. Menceritakan pengalaman yang pernah dialami. Contoh: Pengalaman hari pertama mendaftar di sekolah.

Aras 2 i. Mengulas sesuatu perkara atau kejadian yang dialami dengan menggunakan bahasa yang betul. Membicarakan perkara atau kejadian yang dialami dengan lebih terperinci. Contoh: Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang suasana dan persekitaran sekolah pada hari pendaftaran.

Aras 3 i. Mencerita tentang sesuatu peristiwa dengan urutan yang betul dan penuh penghayatan. Menceritakan dengan gaya dan aksi yang sesuai tentang pengalaman yang telah dialami. Contoh: Pengalaman menyertai perbarisan pada hari kemerdekaan.

35

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, dan dialami. 2.3 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mengemukakan idea dan isi dalam bentuk ringkasan atau sinopsis daripada bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. Menyatakan idea dan isi yang terdapat dalam teks yang dibaca dalam bentuk sinopsis.

Aras 2 i. Menyampaikan idea dan isi secara jelas. Mengumpulkan dan menyatakan idea tentang sesuatu tajuk dengan isi yang padat. Contoh: Faedah menggunakan komputer dalam pembelajaran.

Aras 3 i. Membentangkan laporan dengan idea yang jelas, isi yang padat dan terperinci serta laras bahasa yang sesuai. Membuat kajian tentang sesuatu topik secara jelas dan terperinci dan laras bahasa serta membentangkannya. Contoh: Melaporkan bilangan murid dan guru lelaki dan perempuan serta bilangan bilik darjah yang terdapat di sekolah.

36

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan 3.1 Memilih dan menggunakan kata, istilah, frasa, dan ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat dengan laras bahasa yang betul. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyampaikan pengumuman dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi yang betul. Simulasi menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyampaikan pengumuman. Contoh: Diumumkan bahawa murid yang terlibat dalam acara balapan dan padang dikehendaki menghadiri sesi latihan jam dua petang pada hari ini. Main peranan menyampaikan ucapan dalam sesuatu majlis. Contoh: kata - Tuan-tuan dan puan-puan frasa - Yang dihormati ... ayat - Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas jemputan ini.

ii.

Menyampaikan ucapan menggunakan kata, istilah, frasa, dan ayat dengan sebutan serta intonasi yang betul.

37

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 i. Menyampaikan syarahan dengan petah menggunakan perkataan, ayat, intonasi, dan gaya persembahan yang berkesan. Cadangan Aktiviti / Nota

Menggunakan perkataan, intonasi, nada suara dan gaya persembahan yang berkesan untuk menyampaikan syarahan. Nota: Teks syarahan telah diberi terlebih dahulu. Simulasi menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk mengacarakan sesuatu majlis. Contoh: Kata-kata aluan mengikut protokol Yang berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Yang berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan...

ii. Mengacarakan sesuatu majlis di sekolah.

Aras 3 i. Menyampaikan ceramah sesuatu topik berdasarkan maklumat yang diperoleh dengan laras bahasa yang betul. Berbincang dalam kumpulan untuk mencari maklumat berkaitan sesuatu topik ceramah dan menyampaikannya mengikut laras bahasa yang telah ditetapkan. Contoh: Kepentingan sains dalam kehidupan.

38

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan 3.2 Menghuraikan maklumat dengan menggunakan alasan yang meyakinkan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 1. Mengemukakan fakta tentang sesuatu perkara dengan memberi alasan yang rasional. Mendengar pita rakaman berita tentang sesuatu perkara. Contoh: Tajuk - Menjaga kesihatan diri. Fakta - Kita hendaklah mencuci tangan sebelum makan untuk menjaga kesihatan diri.

Aras 2 i. Menerangkan fakta tentang sesuatu perkara dengan bukti yang wajar. Mengenal pasti dan mengemukakan faktor yang boleh menjejaskan kesihatan diri. Contoh: Fakta - Tangan yang tidak dicuci sebelum makan mungkin dihinggapi kuman yang boleh menjadi punca penyakit.

Aras 3 i. Menjelaskan fakta tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan bukti yang sahih. Berbincang dan menghuraikan fakta yang diperoleh dengan hujah yang meyakinkan. Contoh: Fakta Kuman merupakan punca kepada pelbagai penyakit seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit.

39

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan 3.3 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara kepada pihak lain dalam aktiviti terancang. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan isi penting yang terdapat dalam sesuatu pengucapan. Mendengar secara aktif teks ucapan dan mengenal pasti isi-isi penting serta menyampaikan maklumat. Contoh: Tajuk: Bahaya Aedes Isi Penting: Nyamuk Aedes membawa sejenis virus yang boleh menyebabkan wabak denggi.

Aras 2 i. Menyatakan alasan untuk mengukuhkan maklumat dalam pengucapan. Sumbangsaran dalam kumpulan kecil untuk menyatakan alasan mengapa kita dijangkiti denggi dan membentangkan hasil perbincangan. Contoh: Takungan-takungan air yang terbiar membolehkan nyamuk Aedes membiak.

40

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 Cadangan Aktiviti / Nota

i.

Mengemukakan fakta dan menghuraikannya untuk mengukuhkan maklumat dalam pengucapan.

Menghuraikan langkah-langkah mengatasi wabak denggi. Contoh: Kebersihan kawasan hendaklah dijaga seperti menanam tin-tin kosong dan memasukkan aebate ke dalam takungan air.

41

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mendengar inti pati perbincangan dan menyatakan pandangan yang meyakinkan.

Mengulas secara umum pencemaran sungai berdasarkan rakaman video yang ditonton. Contoh: Keindahan dan kebersihan sungai terabai kerana kurangnya kesedaran sivik di kalangan masyarakat.

Aras 2 i. Menjelaskan pandangan atau pendapat untuk memberi maklum balas dalam perbincangan. Bersoal jawab tentang sebab dan akibat pencemaran sungai. Contoh: Sebab - tumpahan minyak, sampah sarap, sisa toksid. Akibat - banjir, hakisan, kemusnahan habitat.

Aras 3 i. Menyokong idea dan memberi pendapat yang analitis, kritis dan meyakinkan dalam sesuatu perbincangan.

Mengadakan perbincangan kumpulan berdasarkan lirik lagu Sungai Kita tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sungai. Contoh: Sungai merupakan punca air untuk kehidupan dan warisan pusaka untuk generasi akan datang.

42

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 4.2 Mengemukakan komen yang Aras 1 sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan i. Menyatakan pendapat berdasarkan maklumat yang disampaikan contoh sebagai hujah dalam oleh pihak lain. perbincangan.

Memberikan tafsiran berdasarkan gambar yang dipamerkan. Contoh: Gambar seorang tua sedang termenung, (Apa yang difikirkan?)

Aras 2 i. Menjelaskan pandangan dengan bukti yang kukuh dalam perbincangan. Bersoal jawab tentang filem slaid yang ditonton. Contoh: Gambar orang tua di rumah kebajikan. (Mengapa ramai orang tua menjadi penghuni di rumah kebajikan?)

Aras 3 i. Menjelaskan hujah dengan alasan yang kukuh dalam perbincangan. Murid menjelaskan hujah mengapa perlu memberi kad ucapan pada Hari Ibu. Contoh: Kata-kata dalam kad ucapan Hari Ibu dapat menggambarkan perasaan kasih sayang anak terhadap ibunya.

43

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan pendapat yang positif tentang sesuatu perkara dalam perbincangan. Memberi pendapat tentang peraturan sekolah. Contoh: Potongan dan fesyen rambut. Nota: Guru merasionalkan peraturan sekolah dengan menggunakan borang lembaran pengurusan grafik.

Aras 2 i. Menyatakan teguran yang positif tentang sesuatu perkara dalam perbincangan. Melakonkan situasi seorang pengawas menegur secara sopan seorang murid yang tidak berpakaian kemas. Contoh: Peraturan sekolah mewajibkan anda memakai lencana sekolah pada sepanjang waktu persekolahan.

44

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Menyatakan kritikan terhadap sesuatu idea secara bersopan dalam perbincangan. Membincangkan tindakan disiplin murid. Contoh: Guru A: Merotan boleh mendisiplinkan murid. Guru B : Saya setuju dengan pandangan tersebut; Walau bagaimanapun, saya berpendapat tindakan yang lebih baik mungkin dengan memberi nasihat dan khidmat kaunseling. Cadangan Aktiviti / Nota

45

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membuat pertimbangan yang wajar untuk menerima atau menolak pandangan untuk mendapatkan persetujuan. Berbincang untuk mendapatkan persetujuan tentang sesuatu aktiviti. Contoh: Setelah membuat pertimbangan yang wajar, kami bersetuju memilih hutan rekreasi Ulu Bendol sebagai tapak perkhemahan unit beruniform pada tahun ini.

Aras 2 i. Menyatakan alasan yang kukuh secara sopan sama ada menerima atau menolak hujah untuk mendapatkan persetujuan. Berbincang dengan mengambil kira semua faktor untuk menentukan keputusan mengadakan suatu aktiviti dan membentangkan hasil perbincangan tersebut. Contoh: Kami mencadangkan perkhemahan pada tahun ini perlu diadakan kerana aktiviti yang terdapat dalam program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan antara ahli-ahli persatuan.

46

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Mengemukakan bukti yang kukuh secara sopan sama ada menerima atau menolak pandangan untuk mendapatkan persetujuan. Cadangan Aktiviti / Nota

Memberikan sebab sebagai bukti yang kukuh sama ada menerima atau menolak pandangan untuk mengadakan perkhemahan. Contoh: Hasil perkhemahan yang telah diadakan pada tahun lepas, para pelajar yang mengikuti program tersebut telah memperlihatkan jati diri yang tinggi.

47

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid memahami ayat dan teks fiksyen dan teks berunsur ilmu dengan sebutan, intonasi dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah i) membaca kuat, ii) membaca dan memahami maklumat, dan iii) membaca, menaakul dan menghayati teks.

48

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul. Membaca lirik lagu sekolah atau lagu patriotik dengan sebutan dan intonasi yang betul. Contoh: Lirik lagu patriotik - Keranamu Malaysia

Aras 2 i. Membaca ayat majmuk dengan sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Membaca petikan prosa dengan sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Contoh: Rencana tentang tokoh atau negarawan.

Aras 3 i. Membaca petikan dengan sebutan, intonasi dan jeda dengan gaya pembacaan yang baik. Membaca cerita rakyat atau cerita pendek dengan sebutan, intonasi, dan jeda dengan gaya pembacaan yang baik. Contoh: Petikan cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah.

49

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca teks dan menyebut kosa kata dengan jelas dan lancar. Membaca pantas keseluruhan petikan dan menyebut kosa kata yang sukar dengan jelas dan lancar. Membaca puisi dengan jelas dan lancar. Contoh: pantun, sajak

ii. Membaca puisi dengan jelas dan lancar.

Aras 2 i. Membaca teks dengan jelas, lancar dan sebutan yang betul. Murid membaca kuat teks dengan jelas, lancar dan sebutan yang betul. Sementara murid lain meneliti bacaan tersebut. Murid membaca kuat sajak dengan sebutan yang jelas dan lancar. Sementara murid lain meneliti bacaan tersebut.

ii. Membaca puisi dengan sebutan yang jelas dan lancar.

50

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 ii. Membaca teks dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik. iii. Membaca puisi dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik. Murid membaca petikan berita dengan sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang baik. Murid mempersembahkan bacaan puisi di dalam kelas. Contoh: Mendeklamasikan sajak. Cadangan Aktiviti / Nota

51

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.1 Membaca pantas secara luncuran dan imbasan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca dan mengenal pasti idea dalam teks daripada pembacaan secara luncuran. Membaca secara luncuran (skimming) untuk mendapatkan idea yang terdapat dalam teks. Nota: proses luncuran (skimming) - arahan guru mendapatkan idea utama - murid mencari kata kunci - membaca perenggan pertama dan perenggan akhir - membaca ayat topik dalam setiap perenggan

52

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 i. Membaca dan memilih isi dalam teks daripada pembacaan secara imbasan. Cadangan Aktiviti / Nota

Membaca secara imbasan (scanning) untuk mendapatkan isi-isi yang terdapat dalam teks. Nota: proses imbasan (scanning) guru menentukan maklumat yang perlu dicari dalam masa yang ditetapkan murid menandakan maklumat yang berkaitan murid membaca semua maklumat yang dikenal pasti

Aras 3 i. Membaca dan mengkategorikan isi penting dalam teks daripada pembacaan secara luncuran. Membaca pantas secara luncuran dan mengkategorikan isi penting yang terdapat dalam teks. (petikan sains) Contoh: Mengkategorikan binatang mengikut jenis.

53

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.2 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca dan mengenal pasti idea keseluruhan sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat. Aras 2 i. Membaca dan mengenal pasti isi penting dalam sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat. Mencatat isi-isi penting dalam bentuk peta minda berdasarkan teks yang dibaca. Contoh: Penyakit berjangkit: - Punca penyakit - Jenis penyakit - Langkah pencegahan - Rawatan Membaca secara senyap untuk mendapatkan idea utama keseluruhan teks.

Aras 3 i. Membaca dan mengenal pasti isi penting dan isi sampingan dalam sesuatu teks untuk mendapatkan maklumat. Membaca senyap dan mengenal pasti isi-isi penting dalam teks. Contoh: Menggariskan isi-isi penting dan isi sampingan. Nota: Aktiviti dijalankan dengan bimbingan dan penjelasan guru.

54

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.3 Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca dan merujuk pelbagai bahan bercetak untuk mendapatkan fakta. Merujuk pelbagai bahan bercetak untuk mendapatkan maklumat. Contoh: Merujuk ensiklopedia untuk mendapatkan fakta berdasarkan sesuatu tajuk.

Aras 2 i. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan bukti bagi fakta yang diperoleh. Merujuk media elektronik untuk mendapatkan bukti bagi mengukuhkan fakta. Contoh: Menonton (rancangan ilmiah) rakaman video atau cakera padat bersesuaian dengan tajuk yang dikaji.

Aras 3 i. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk menyaring maklumat yang diperoleh. Mendapatkan maklumat melalui enjin pencarian laman web. Nota: Memilih fakta dan bukti yang relevan dengan tajuk yang dikaji.

55

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.4 Membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan maklumat yang relevan daripada bahan yang dibaca untuk membuat ramalan. Aras 2 i. Mengenal pasti maklumat yang relevan daripada bahan yang dibaca untuk membuat ramalan. Membaca petikan tentang sesuatu tajuk atau isu dan buat ramalan tentang perkara tersebut. Contoh: Sekolah dalam taman - udara segar dan tenang - cantik dan kawasan bersih - banyak pokok hiasan buah-buahan dan haiwan kecil Membaca sebuah cerita yang tidak lengkap dan meramalkan kesudahan cerita tersebut.

Aras 3 i. Menganalisis maklumat daripada bahan yang dibaca untuk mendapat kewajaran ramalan. Membaca dan menganalisis isi penting sesuatu tajuk dalam petikan dan meramalkan kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan. Contoh: Sistem pengangkutan pada tahun 2020.

56

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.5 Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca dan mengenal pasti bentuk dan gaya bahasa dalam sesuatu genre. Membaca dan membandingkan puisi dari segi bentuk dan gaya bahasa. Contoh: Membandingkan bentuk sajak dengan pantun.

Aras 2 i. Membaca dan mengenal pasti laras bahasa yang terdapat dalam pelbagai genre. Mendeklamasikan dan meneliti dua sajak yang mempunyai laras bahasa yang berbeza. Contoh: Sajak laras sains dan sajak laras sastera.

Aras 3 i. Membaca dan membezakan ciri yang terdapat dalam pelbagai genre. Menerangkan ciri-ciri pelbagai genre dan membandingkan antara satu sama lain. Contoh: Membandingkan ciri pantun dengan sajak.

57

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.1 Menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca dan menerangkan maksud tersurat teks yang dibaca. Membaca petikan secara senyap dan menerangkan maksud tersurat cerita. Contoh: Cerita Tikus dengan Gajah; bagaimana seekor tikus dapat mengalahkan seekor gajah.

Aras 2 i. Membaca dan membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat tersurat. Murid membuat beberapa andaian maksud tersirat berdasarkan petikan yang dibaca. Contoh: Tersurat : Seekor tikus dapat mengalahkan seekor gajah. Tersirat : Makhluk yang kecil boleh mengalahkan makhluk yang besar.

Aras 3 i. Membaca dan menerangkan maksud tersirat berdasarkan maklumat tersurat dengan tepat. Menerangkan maksud tersirat berdasarkan maklumat tersurat. Contoh: Kekuatan akal dapat mengatasi kekuatan fizikal.

58

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.2 Membaca dan menghargai gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca dan meneliti penggunaan kata dan ungkapan dalam teks. Mengenal pasti penggunaan kata dan ungkapan dalam teks. Contoh: i) Percutian yang membawa keriangan yang memukau. ( gaya bahasa sastera) ii) Percutian yang menggembirakan. ( gaya bahasa bukan sastera)

Aras 2 i. Membaca dan meneliti penggunaan ayat dalam teks. Membaca petikan cerpen untuk mengenal pasti penggunaan ayat dan menerangkan maksud ayat dalam petikan. Contoh: i. Pokok melambai-lambai menyambut kepulangannya. (gaya bahasa sastera) ii. Angin bertiup semasa dia pulang. ( gaya bahasa bukan sastera)

Aras 3 i. Membaca dan mengenal pasti simpulan bahasa, perumpamaan dan bidalan. Menyatakan peribahasa yang terdapat dalam teks. Contoh: Lirik lagu Ayam

59

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran 7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.3 Menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membaca dan menyatakan isi sesuatu teks yang dibaca daripada pelbagai bahan untuk meningkatkan minat membaca. Aras 2 i. Membaca dan menyatakan ringkasan atau sinopsis teks yang dibaca daripada pelbagai bahan. Menyusun isi penting mengikut kronologi atau keutamaan berdasarkan petikan yang dibaca. Membaca senyap untuk mengetahui isi penting dan membuat catatan serta membentangkan hasil catatan.

60

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MEMBACA Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Membaca dan mengenal pasti perkara menarik dalam teks untuk meningkatkan minat membaca Cadangan Aktiviti / Nota

Membaca teks untuk mengetahui watak utama, peristiwa menarik dan unsur-unsur pengajaran yang terdapat dalam bahan yang dibaca.

ii. Membaca dan mengenal pasti isi daripada bacaan ekstensif.

Bercerita berdasarkan isi-isi penting daripada pelbagai bahan.

61

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang telah dilalui, bahan fiksyen serta bahan berkaitan sesuatu bidang ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik digalakkan. Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah i) menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, ii) mencatat dan menyusun maklumat, iii) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan iv) membuat ulasan.

62

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membina ayat tunggal dengan memilih kata atau diksi yang betul. Membina ayat-ayat tunggal dengan menggunakan kata atau diksi berdasarkan gambar. Contoh: Gambar kemalangan jalan raya.

Aras 2 i. Membina ayat tunggal dengan memilih istilah dan ungkapan yang betul. Membaca petikan dan mengenal pasti istilah dan ungkapan pelbagai laras (laras matematik). Contoh: Istilah - bersamaan, digit Ayat Satu juta bersamaan dengan tujuh digit. Nota: Merujuk kamus untuk mendapatkan maksud istilah dan membina ayat tunggal daripada istilah dan ungkapan tersebut.

63

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan simpulan bahasa, perumpamaan, dan bidalan. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan peribahasa. Contoh: Berkaki ayam Dia berkaki ayam ketika bermain bola di padang. Cadangan Aktiviti / Nota

64

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membina ayat dengan mencantumkan dua ayat tunggal dengan kata hubung. Membina dua ayat tunggal dan menggabungkannya dengan kata hubung yang sesuai.

Aras 2 i. Membina ayat dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dengan kata hubung. Membina dua atau lebih ayat tunggal dan menggabungkannya dengan kata hubung yang sesuai.

Aras 3 i. Membina satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil. Membina satu ayat induk dan beberapa ayat kecil dan menggabungkannya dengan kata hubung yang sesuai.

65

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.3 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan isi utama dan membina ayat gramatis. Murid menyatakan isi utama dalam bentuk peta minda dan membina ayat gramatis berdasarkan isi utama tersebut. Contoh : Tajuk : Faedah membaca Isi utama : Menambah ilmu pengetahuan Ayat gramatis : Membaca buku dapat menambah ilmu pengetahuan.

ii. Menghuraikan isi utama menjadi ayat gramatis.

Menghuraikan isi utama menjadi ayat gramatis. Contoh: Membaca buku dapat menambah ilmu pengetahuan kerana banyak maklumat boleh diperoleh.

66

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 i. Menyatakan isi sampingan Cadangan Aktiviti / Nota

Menyatakan isi sampingan berdasarkan isi utama yang telah dikenal pasti. Contoh: Isi sampingan : Mengetahui pelbagai ilmu. Ayat gramatis : Kita boleh mengetahui pelbagai ilmu

ii. Menghuraikan isi sampingan menjadi ayat yang gramatis

Murid menghurai isi sampingan menjadi ayat gramatis. Contoh: Menghurai isi : Kita boleh mengetahui pelbagai ilmu seperti ilmu geografi dan sains.

Aras 3 i. Menyatakan isi utama dan isi sampingan menjadi ayat yang koheren. Murid menggabungkan isi utama dan isi sampingan dengan menggunakan penanda wacana oleh itu dalam bentuk ayat yang koheren untuk menghasilkan perenggan. Contoh: Membaca buku dapat menambah ilmu pengetahuan kerana banyak maklumat boleh diperoleh. Oleh itu kita boleh mengetahui pelbagai ilmu seperti ilmu geografi dan sains.

67

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.4 Mengenal pasti penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam sesebuah karangan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mengenal pasti dan mencatatkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat. Mengenal pasti dan mencatatkan penanda wacana yang terdapat dalam teks.

Aras 2 i. Mengenal pasti dan mencatatkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat menjadi perenggan. Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai .

Aras 3 i. Mengenal pasti dan mencatatkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat untuk menghasilkan sebuah karangan. Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghasilkan laporan.

68

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.5 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Membina ayat majmuk bagi menghasilkan perenggan pengenalan. Membina ayat berdasarkan isi yang telah ditetapkan bagi menghasilkan perenggan pengenalan dengan menggunakan kata hubung dan. Contoh: Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maksud: Melentur buluh biarlah dari rebung bermaksud membentuk sahsiah dan perlakuan seseorang bermula dari peringkat kanak-kanak.

Aras 2 i. Membina ayat majmuk bagi menghasilkan perenggan isi. Membina ayat majmuk berdasarkan isi dan contoh yang sesuai bagi menghasilkan perenggan isi. Contoh: Isi : Membimbing anak sejak dari kecil boleh membawa kejayaan. Huraian : Pak Sidek telah berusaha melatih anak-anaknya Misbun, Razif, Jailani dan Rashid bermain badminton sejak dari kecil. Mereka telah berjaya dalam sukan badminton di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

69

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Membina ayat majmuk bagi menghasilkan perenggan penutup. Membina ayat berdasarkan isi kesimpulan bagi menghasilkan perenggan penutup. Contoh: Kesimpulannya usaha yang bersungguh sungguh dan berterusan dari peringkat awal kanak-kanak boleh menghasilkan kejayaan. Cadangan Aktiviti / Nota

70

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 9.0 Mencatat dan menyusun maklumat 9.1 Mengimlak (mengambil rencana) berdasarkan teks yang dibacakan atau diperdengarkan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mengimlak beberapa baris ayat dengan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan. Menulis beberapa ayat daripada teks yang diperdengarkan. Nota: Langkah pelaksanaan imlak i. Murid mendengar sahaja. ii. Mendengar dan menulis. iii. Mendengar dan menyemak.

Aras 2 i. Mengimlak perenggan dengan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan. Aras 3 i. Mengimlak petikan dengan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan. Menulis keseluruhan petikan dengan menggunakan tanda baca yang betul daripada teks yang diperdengarkan. Menulis satu perenggan dengan menggunakan tanda baca yang betul daripada teks yang diperdengarkan.

71

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 9.0 Mencatat dan menyusun maklumat 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mencatat isi penting berdasarkan bahan yang didengar dan dibaca. Mencatat isi penting berdasarkan maklumat yang diperlukan daripada bahan yang didengar dan dibaca secara imbasan. Contoh: Tajuk Sistem Pengangkutan.

Aras 2 i. Mengklasifikasikan dan mencatatkan isi penting berdasarkan bahan yang didengar dan dibaca. Mengklasifikasikan dan mencatat isi penting berdasarkan maklumat yang diperlukan daripada bahan yang didengar dan dibaca. Contoh: Mengklasifikasikan jenis-jenis pengangkutan.

Aras 3 i. Menyusun dan mencatat isi penting mengikut keutamaan berdasarkan bahan yang didengar dan dibaca. Menyusun dan mencatat isi penting mengikut keutamaan berdasarkan maklumat yang diperlukan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

72

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 9.0 Mencatat dan menyusun maklumat 9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara tersusun dan kohesi. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Melakar maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, didengar dan ditonton. Melakarkan maklumat dalam bentuk organisasi grafik daripada bahan yang dibaca. Contoh: Carta aliran atau peta minda.

Aras 2 i. Mengklasifikasikan maklumat yang dikemukakan mengikut susunan yang wajar. Mengenal pasti dan mengklasifikasikan maklumat yang diperoleh mengikut susunan. Contoh: Buah-buahan tempatan; - bermusim - tidak bermusim

Aras 3 i. Merekod maklumat dalam bentuk pengurusan grafik yang sesuai. Merekod maklumat yang diperoleh dalam pelbagai bentuk grafik. Contoh: Carta aliran

73

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 10.0 Mencatat dan menyusun maklumat 10.1 Menghasilkan pelbagai genre ( prosa dan puisi ) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menghasilkan penulisan bentuk cerita dan surat kiriman. Menghasilkan penulisan bentuk naratif dan surat kiriman. Nota: i. Penulisan naratif - Penulisan cerita - Perkembangan cerita - Klimaks - Peleraian ii. Surat kiriman - Alamat pengirim/penerima - Tarikh - Perkara - Tandatangan Menghasilkan pantun dua kerat. Nota: i. Pembayang maksud ii. Maksud iii. Rima akhir a, a iv. Suku kata 8-12 v. Bilangan baris -2

ii. Menghasilkan pantun dua kerat.

74

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2 i. Menghasilkan penulisan bentuk berita dan pengumuman. Cadangan Aktiviti / Nota

Murid menghasilkan penulisan bentuk berita dan pengumuman. Nota: i. Berita - Tajuk - Tempat - Hari - Peristiwa - Bahasa yang ringkas ii. Pengumuman - Tajuk - Tempat - Tarikh/Hari - Peristiwa Murid menghasilkan pantun empat kerat. Nota: i. Pembayang maksud ii. Maksud iii. Rima akhir, a,b a, b iv. Suku kata 8-12 v. Bilangan baris - 4

ii. Menghasilkan pantun empat kerat.

75

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 i. Menghasilkan penulisan bentuk ucapan dan temu ramah. Cadangan Aktiviti / Nota

Murid menghasilkan penulisan bentuk ucapan dan temu ramah. Nota: i. Ucapan - Kata alu-aluan - Panggilan hormat - Penutup ii. Temu ramah - Pengenalan - Penemu ramah - Yang ditemu ramah - Soalan terbuka - Ucapan penghargaan Murid menghasilkan sajak. Nota: i. Bebas ii. Bertema iii. Berangkap

ii. Menghasilkan sajak.

76

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif 10.2 Membuat ringkasan atau sinopsis daripada bahan yang didengar dan dibaca. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mencatat isi daripada pelbagai bahan yang didengar dan dibaca. Membuat nota ringkas tentang sesuatu tajuk tugasan dengan merujuk pelbagai bahan bacaan. Contoh: Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.

Aras 2 i. Menyusun isi yang dikenal pasti daripada pelbagai bahan yang didengar dan dibaca. Aras 3 i. Menyatakan isi yang telah diringkaskan daripada pelbagai bahan yang didengar dan dibaca. Melaporkan isi yang telah diringkaskan tentang sesuatu tajuk daripada pelbagai bahan. Menghasilkan buku skrap tentang sesuatu tajuk dengan mencatatkan dan menyusun isi daripada pelbagai bahan.

77

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif 10.3 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Mengedit ejaan, tanda baca dan kosa kata hasil sesuatu penulisan. Mengenal pasti dan membaiki kesalahan ejaan, tanda baca dan kosa kata dalam bahan penulisan. Nota: Pemilihan kosa kata yang sesuai dan tepat dengan konteks dalam ayat.

Aras 2 i. Mengedit struktur ayat dan penanda wacana hasil sesuatu penulisan. Aras 3 i. Mengedit dan memurnikan hasil sesuatu penulisan. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. Nota: Memurnikan - susunan isi - pemilihan kosa kata - gaya bahasa - struktur bahasa - wacana Mengenal pasti dan membaiki kesalahan struktur ayat dan penanda wacana dalam sesuatu petikan.

78

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca 11.1 Mengemukakan aspek pengajaran dan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya bukan sastera. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan pengajaran dan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya bukan sastera. Membaca petikan rencana dan mencatatkan pengajaran dan nilai yang terdapat dalam rencana tersebut. Contoh: Tajuk - Masalah ponteng sekolah di kalangan murid. Nilai - Menghargai masa

Aras 2 i. Menerangkan pengajaran dan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya bukan sastera. Aras 3 i. Menyatakan pandangan tentang pengajaran dan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya bukan sastera. Berbincang dalam kumpulan dan mengemukakan pendapat tentang pengajaran dan nilai yang terdapat dalam rencana tersebut. Memperjelaskan pengajaran dan nilai yang telah dikenal pasti dalam rencana tersebut.

79

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca 11.2 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum daripada aspek sastera. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan watak dan perwatakan yang terdapat dalam karya sastera. Membaca petikan cerpen dan mencatatkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aras 2 i. Menjelaskan mesej, pengajaran, dan nilai yang terdapat dalam karya sastera. Mendengar rakaman petikan sajak dan mencatat mesej dan nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.

Aras 3 i. Mengulas tema dan persoalan yang terdapat dalam karya sastera. Berbincang dalam kumpulan untuk mengulas tema dan persoalan yang terdapat dalam sebuah cerpen.

80

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca 11.3 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan pendapat dengan jelas tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya. Menonton tayangan video tentang sesuatu cerita dan mencatatkan perkara yang menarik tentang cerita tersebut. Contoh: Filem animasi : Sang Monyet dengan Sang Kancil.

Aras 2 i. Menyatakan pendapat dengan alasan yang kukuh tentang sesuatu perkara yang menarik dalam sesebuah karya. Berbincang dalam kumpulan dan mencatatkan alasan tentang perkara yang menarik dalam cerita tersebut.

Aras 3 i. Mengemukakan pendapat secara kritis dan analitis tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya. Memberi pandangan secara kritis tentang karya yang ditonton. Contoh: Mengapa Sang Monyet makan cili walaupun ditegah oleh Sang Kancil?

81

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan

KEMAHIRAN MENULIS Hasil Pembelajaran 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca 11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pandapat yang disampaikan oleh pihak lain. Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti / Nota

Aras 1 i. Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang disampaikan oleh pihak lain. Membaca ruangan pembaca dalam akhbar dan menyatakan pandangan tentang menyatakan pandangan tentang perkara tersebut. Contoh: Kemerosotan mutu sukan negara.

Aras 2 i. Menyatakan pendirian tentang sesuatu pendapat yang disampaikan oleh pihak lain. Memberi reaksi dengan menulis surat kepada ruangan pembaca untuk mengemukakan pendirian berhubung dengan perkara tersebut.

Aras 3 i. Mengulas pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak. Mengumpul pandangan pelbagai pihak berhubung perkara tersebut dan mengulas dengan mengemukakan idea yang bernas.

82

You might also like