You are on page 1of 17

MTE3101 Knowing Numbers

Topik 3

Nombor Asli

3.0 Sinopsis Topik ini mengenai dan Nombor Asli yang merangkumi dengan Nombor Perdana,Nombor pokok faktor

Modular,Teorem Asas Arithmetik dan rekreasi nombor. Dalam Nombor Perdana peraturan kebolehbahagi pemfaktoran perdana menggunakan dititikberatkan. Cara yang lain untuk mencari gandaan sepunya terkecil dan faktor sepunya terbesar khasnya untuk nombor besar dicari dengan menggunakan Algoritma Euclidean. Manakala, Nombor Modular melibatkan operasi asas dan aplikasinya dalam kehidupan juga dibincangkan. Perkaitan antara Nombor Fibonacci dengan Nisbah Keemasan (Golden Ratio) dan alam semula jadi akan dibincangkan dan diaplikasikan dalam rekreasi nombor dan penyelesaiaan masalah. 3.1 Hasil Pembelajaran

1. Menggunakan peraturan kebolehbahagi untuk menentu faktor bagi sesuatu


nombor.

2. Mencari hasil darab faktor perdana bagi sesuatu nombor dengan menggunakan
pokok faktor.

3. Mengguna algoritma Euclidean untuk mencari gandaan sepunya terkecil dan faktor
sepunya terbesar. 4. Menggunakan Nombor Modular untuk menyelesaikan masalah harian.

5. Mengaplikasi nombor Fibonacci, nisbah Keemasan dan petak abjad dalam rekreasi
nombor dan penyelesaian masalah.

26

MTE3101 Knowing Numbers

3.2 Kerangka Konsep

3.3 Nombor Perdana 3.3.1 Bahagi Katakan a dan b adalah sebarang nombor bulat dengan keadaan a 0. Kita kata a bahagi b, dan ditulis sebagai a b jika dan hanya jika terdapat satu nombor bulat x dengan keadaan ax = b. Simbol a b bermakna a tidak bahagi b. Dalam perkataan lain, a bahagi b jika dan hanya jika a adalah faktor bagi b. Apabila a bahagi b, kita juga katakan a adalah pembahagi (divisor) bagi b, b adalah gandaan (multiper) bagi a, dan b boleh dibahagi oleh a. Contoh: Faktor bagi 12 adalah 1, 2, 3, 4, dan 12 kerana 1 x 12 = 12, 2 x 6 = 12, 3 x 4 = 12. Pembahagi 12 = 1, 2, 3, 4, 12 ( sama dengan faktor) Gandaan bagi 12= 12,24,36,...

27

MTE3101 Knowing Numbers

Tentukan sama ada yang berikut benar atau palsu. Jelaskan. (i) (iii) 3 12 (ii) 8 adalah pembahagi bagi 96 (iv) 7 bahagi 34

216 adalah gandaan bagi 6

Penyeleasaian (i) (ii) (iii) (iv) Benar. 3 12 kerana 3.4.= 12 Benar. 8 adalah pembahagi bagi 96 kerana 8. 12 = 96 Benar. 216 adalah gandaan bagi 6 kerana 6. 36 = 216 Palsu. 7 34 kerana tiada nombor bulat x dengan keadaan 7 x = 34

3.3.2 Kebolehbahagi
Pernahkah anda lihat atau fikir bagaimana seseorang dapat menentukan sesuatu nombor itu boleh dibahagi dengan nombor tertentu secara cepat dan pantas? Pasti anda berasa ghairah, bukan? Mari kita lihat ujian kebolehbahagi bagi nombor yang besar sertai contohnya. Ujian Kebolehbahagi Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 2 jika digit akhirnya ialah 0, 2, 4, 6 or 8. Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 3 jika jumlah semua digit boleh dibahagi oleh 3. Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 4 jika dua digit akhir nombor itu dibahagi 4. Contoh 168 boleh dibahagi oleh 2 kerana digit akhirnya ialah 8. 168 boleh dibahagi oleh 3 kerana jumlah digitnya ialah 15 (1+6+8=15), dan 15 boleh dibahagi oleh 3 316 boleh dibahagi oleh 4 kerana 16 boleh dibahagi oleh 4.

Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 5 jika 195 boleh dibahagi oleh 5 kerana digit digit akhir ialah 0 atau 5. akhirnya ialah 5. Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 6 jika 168 boleh dibahagi oleh 6 kerana nombor nombor itu boleh dibahagi oleh 2 DAN 3. 168 boleh dibahagi oleh 2 DAN 3. Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 8 jika 7,120 boleh dibahagi oleh 8 kerana 120 boleh tiga digit akhir boleh dibahagi oleh 8. dibahagi oleh 8. Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 9 jika jumlah semua digit boleh dibahagi oleh 9. 549 boleh dibahagi oleh 9 kerana jumlah semua digit ialah 18 (5+4+9=18), dan 18 boleh dibahagi oleh 9.

28

MTE3101 Knowing Numbers

Sesuatu nombor boleh dibahagi oleh 10 jika 1,470 boleh dibahagi oleh 10 kerana digit digit akhirnya ialah 0. akhirnya ialah 0.

Adakah anda sudah faham begitu mudah untuk menguji kebolehbahagi sesuatu nombor dengan mengingati beberapa peraturan di atas?

Nyatakan nombor-nombor yang boleh membahagi nombor berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 450 102, 168, 535, 144, 256

3.3.3 Algoritma Euclidean Dalam sekolah menengah anda telah didedahkan cara mencari gandaan sepunya terkecil (GSTK) dan faktor sepunya terbesar(FSTB) (sila rujuk buku teks Matematik Tingkatan 1) .Terdapat satu cara lain untuk mencari GSTK dan FSTB khasnya untuk nombor yang besar. FSTB boleh dicari dengan mengaplikasi algoritma bahagi secara berulang.Cara ini dipanggil Algoritma Euclidean. FSTB bagi dua integer boleh dicari dengan membahagi pembahagi dengan baki secara berulang sehingga mendapat baki 0. FSTB adalah baki terakhir yang bukan sifar dalam algoritma ini. Contoh berikut menunjukkan algoritma Euclidean: Contoh: Cari FSTB bagi 81 dan 57 dengan menggunakan cara Algoritma Euclidean: (Algoritma ini menggunakan nombor yang lebih kecil membahagi nombor yang lebih besar secara berulang dan cari bakinya) FSTB(81,57), 81 = 1(57) + 24 57 = 2(24) + 9 24 = 2(9) + 6 9 = 1(6) + 3 6 = 2(3) + 0.

29

MTE3101 Knowing Numbers

(Mendapat baki 0 menunjukkan langkah akhir dalam algoritma Euclidean) Jadi FSTB(81,57) = 3 iaitu baki terakhir yang bukan sifar. 3 adalah faktor bagi 6. Keputusan di atas diperoleh berdasarkan algoritma Euclidean asas yang dinyatakan di bawah: Jika a dan b adalah integer, di mana a 0, dan b = a q + r, di mana q dan r adalah integer, maka FSTB(a,b) =FSTB(a,r)

Berdasarkan contoh di atas, FSTB (81,57) = FSTB(57,24) =FSTB(24,9)= FSTB(9,6) = FSTB(6,3). Seterusnya, gandaan sepunya terkecil boleh dicari dengan menggunakan rumus berikut:

GSTK (a,b) =

a.b FSTB (a, b)

Maka,, GSTK (81,57) =

81.57 = 1539 3

Cari FSTB bagi pasangan nombor berikut dengan menggunakan algoritma Euclidean dan seterusnya mencari GSTK bagi pasangan nombor tersebut. (a) FSTB(239, 51) ; (b) FSTB(1403,549) ; (c) FSTB(2160,999) ; (d) FSTB (819,322)

30

MTE3101 Knowing Numbers

Perkara yang perlu dibuat: Rujuk bahan resos dan baca 1. S.Groves (2006). Exploring Number and Space. Deakin University. Divisibility: m.s 201-205 2. S Groves (2006).Topic 2 The natural numbers- Additional notes. Prime Factorization: The Euclidean Logarithm 3. Buat Tutorial 3. 4. Cari sumber yang lain untuk membuat latihan yang berkaitan.

3.4 Teorem Asas Aritmetik Sebelum kita faham teorem di atas kita perlu faham beberapa definisi penting yang akan dibincangkan di bawah Definisi Nombor Perdana Nombor perdana adalah integer positif p, dimana p > 1 (p lebih besar daripada 1) jika ia hanya boleh dibahagi oleh nombor positif 1 dan p (dirinya sendiri). Dalam perkataan yang lain, nombor perdana adalah nombor yang mempunyai hanya dua faktor sahaja. Maksud boleh dibahagi ialah, apabila dibahagi akan menghasilkan integer (rujuk atas) . Definisi Nombor Komposit (Composite Number) Nombor komposit adalah integer q, dimana q > 1 dan boleh dibahagi dengan nombor selain 1 dan dirinya sendiri.Biasanya nombor komposit boleh ditulis sebagai hasil darab nombor perdana. Sebagai contoh : 30 = 235 Dalam 10 integer positif pertama, 2,3,5,7 adalah nombor perdana dan 4,6,8,9,10 adalah nombor komposit (composite number). Integer 2 adalah satu-satunya nombor perdana yang genap (even). Cuba fikir kenapa 1 bukan nombor perdana?

31

MTE3101 Knowing Numbers

3.4.1 Teorem Asas Aritmetik (TAR) memberitahui kita hubungan antara nombor komposit dengan nombor perdana. Teorem ini menyatakan bahawa Nombor asli boleh difaktorkan secara unik sebagai hasil darab nombor perdana dalam cara yang unik. Apa maksud kenyataan di atas? Mari kita melihat contoh berikut: 60 = 2 2 3 5 atau =3x5x2x2 TAR memberitahui kita bahawa tiada cara untuk memfaktorkan 60 dalam nombor perdana yang lain selain daripada yang ditulis di atas. Pemfaktoran ini adalah unik. Susunan faktor adalah tidak penting. ( Adalah benar kita boleh faktor 60 menjadi 4 x 15 tetapi 4 dan 15 bukan nombor perdana). Seterusnya, mari kita lihat cara yang mudah untuk menulis sebarang nombor komposit dalam bentuk hasil darab nombor perdana.

3.4.2 Pokok Faktor Bahagian ini menerangkan cara menulis nombor komposit dalam bentuk hasil darab nombor perdana dengan menggnakan pokok faktor. 40 2 2 2 20 10 5 2 3 3 5 630 315 105 35 7

Gambarajah di atas menunjukkan pokok faktor bagi 40 dan 630. Pokok faktor ini dibina dengan mencari satu faktor dahulu dengan menggunakan peraturan kebolehbahagi yang telah anda belajar dalam bahagian 3.3.2. Setiap faktor itu mungkin nombor perdana atau komposit. Jika nombor itu komposit teruskan pemfaktoran sehingga ia tidak dapat difaktorkan. Jadi, dan 60 = 2 x 2 x 2 x 5 ( atau 23 x 5) 630 =2 x 3 x 3 x 5 x 7 (atau 2 x 32 x 5 x 7)

32

MTE3101 Knowing Numbers

(Hasil darab faktor yang ditulis dalam kurungan itu adalah notasi eksponen.) Dengan demikian kita boleh merumuskan bahawa, Jika m adalah nombor komposit, maka terdapat nombor perdana p1 , p2 ,..., pn dengan keadaan m = p1 x p2 x ...x pn Ini dipanggil pemfaktoran perdana bagi m.

Cari pemfaktoran perdana bagi (a) 200, (b) 75, (c) 36 dan tuliskan jawapan dalam bentuk notasi eksponen.

3.4.3 Konjektur Goldbach Pernahkah anda dengar tentang konjektur Golbach? Konjektur ini berkaitan dengan nombor perdana. Konjektur Goldbach berbunyi seperti berikut: Semua nombor asli genap yang besar daripada 2 boleh ditulis sebagai jumlah 2 nombor perdana. Contoh: 4 = 2 +2, 10 = 3 + 7 atau 5 + 5, 100 = 89 + 11 Perhatikan nombor-nombor yang ditambahkan adalah nombor perdana. Bolehkah anda memberi contoh-contoh yang lain? Ataupun anda boleh membuktikan konjektur ini salah?

Perkara yang perlu dibuat:

33

MTE3101 Knowing Numbers

1. Baca dari Bahan Resos: The Fundamental Theorem of Arithmetic in Susie Groves (2006). Exploring 2. Space and Numbers Study Guide. p.24.

Baca dari Bahan Resos: Prime Numbers in Richard J.B. Number Systems: An elementary approach. p. 142 145 Buat sipnosis dari bacaan Ryans primes in B. Juraschek & A.S. Evans (2000). Cari sumber yang lain untuk membuat latihan yang berkaitan. Selamat belajar dan Selamat meneroka!

3. 4.

Peringatan: Anda digalakkan melayari laman web atau cari dari buku rujukan di pusat sumber untuk meningkatkan pemahaman anda. Segala latihan yang dibuat perlu dimasukkan dalam portfolio masing-masing.

3.5 Nombor Modular


Dalam bahagian ini kita akan membincang tentang aritmetik jam, operasi asas yang melibatkan aritmetik jam dan kekongruenan mod. Aritmetik modular adalah matematik yang hanya menggunakan set nombor yang finit. Banyak masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan nombor modular antaranya menentukan hari apa yang anda lahir pada tahun tertentu, mencari kod rahsia, hari tertentu pada tarikh tertentu dan sebagainya.

3.5.1 Aritmetik Jam


Aritmetik jam (atau modular) adalah aritmetik yang anda buat pada jam. Pada jam - 12 (12-hour clock), terdapat 12 nombor iaitu 1, 2,3,4,5,6,7,8,9.10,11 dan 12. Biasanya kita mengguna nama piawai untuk nombor-nombor pada jam, dan mula dengan 0 bukan 1. Maka nama piawai pada jam-12 kita guna 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11.

34

MTE3101 Knowing Numbers

Untuk memudahkan kefahaman anda kita menggunakan jam-12 di atas untuk membuat aritmetik yang mudah. Jika sekarang pukul 3 (3 oclock) dan kita tambah 5 jam dan jam akan menunjukkan pukul 8 (8 oclock), jadi kita tulis 3 + 5 = 8. Tetapi jika sekarang pukul 11 dan kita tambah 5 jam dan jam akan menunjukkan pukul 4 (4 oclock), jadi kita perlu menulis 11 + 5 = 4 bukan 16 kerana tidak terdapat nombor 16 pada jam-12. Setiap kali kita melepasi 12, kita membilang jam mulai 1 semula. Jika kita menambah nombor dengan cara kita menambah jam dengan menggunakan jam, kita sebenarnya melakukan aritmetik jam. Maka, dalam jam aritmetik 8 + 6 = 2 kerana 6 jam selepas pukul 8 adalah pukul 2. Dengan menggunakan model jam di atas sebagai panduan, lengkapkan Jadual 1 di bawah.

35

MTE3101 Knowing Numbers

Jadual 1 Penambahan pada Jam-12 + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 11 7 12 7 5 +1 +2 +3 +4 +5 +6 +7 +8 +9 +10 +11 +12 1

Apakah yang anda perhatikan nilai-nilai yang diperoleh dalam Jadual 1? Apa yang anda telah lakukan ialah menambah nombor berdasarkan jam-12 dan elemen-elemen dalam jadual itu adalah finit yang terdiri daripada set {1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12}. Berdasarkan Jadual 1 yang anda telah lengkap, selesaikan soalan berikut: 1. 7 + 6 = _____ 2. 11 + 7 = _____ 3. 3 + 6 = _____ 4. 5 + 12 = _____ 5. 7 + 13 = _____ 6. 12 + 9 = _____ 7. 1 + 8 = _____ 8. 9 + 4 = _____

3.5.2 Operasi Asas Aritmetik Jam

36

MTE3101 Knowing Numbers

Penolakan, pendaraban, dan pembahagian dalam aritmetik jam boleh ditakrifkan sebagaimana dalam aritmetik biasa (a) (b) (c) (d) Penolakan Pendaraban Pendaraban sifar Pembahagian : a b = x bermakna a = b + x : a x b = ab bermakna b + b +... + b tambah a kali : Jika a = 0, maka a x b = 0 x b = 0 : a b = a / b = x bermakna a = bx mempunyai songsang pendaraban Dengan menggunakan takrifan operasi asas aritmetik jam seleasaikan soalan berikut berdasarkan jam-12. (i) 49 (ii) 4x9 (iii) 47 (iv) 4/9

Penyelesaian (i) 49=x Bermakna 4 = 9 + x. Dari Jadual 1, x = 7 (ii) (iii) 4 x 9 bermakna 9 + 9 + 9 + 9 =12 ( dari Jadual 1) 47=y Bermakna 4 = 7 y Dengan cara cuba jaya, 7 x 1 = 7; 7 x 2 = 2; 7 x 3 = 9; 7 x 4 = 4. Maka y = 4 (iv) 4/9 = t Bermakna 4 = 9 t Dengan cara cuba jaya, 9 x 1 =9; 9 x 2 = 6; 9 x 3 = 3; 9 x 4 = 12; 9 x 5 =9; 9 x 6 = 6; 9 x 7 = 3; 9 x 8 = 12; 9 x 9 =9; 9 x 10 = 6; 9 x 11 = 3; 9 x 12 = 12 Oleh kerana tiada nilai t apabila 9 t = 4, maka 4/9 tidak wujud.

37

MTE3101 Knowing Numbers

Pertimbangankan sistem matematik berdasarkan jam-5 dengan set finitnya = {0, 1, 2, 3, 4}. Proses penambahan pada jam-5 adalah sama dengan jam-12 kecuali nombor-nombor dalam set ini adalah {0, 1, 2, 3, 4}. Laksanakan proses penambahan dan pendaraban untuk jam-5 (modulo 5 arithmetic) dengan melengkapkan Jadual 2 dan Jadual 3 masing-masing. Jadual 2 Penambahan pada jam-5 + 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Jadual 3 Pendaraban pada jam-5 x 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Proses penambahan atau pendaraban di atas juga dikenali modulo 5 atau mod 5 Dari Jadual 3, didapati 4 + 9 = 3 dan 2 + 1 = 3 Maka, 4 + 9 = 2 + 1 Untuk menjadi pernyataan di atas benar, kita menggunakan notasi berikut: 4 + 9 = 2 + 1, (mod 5) Dibaca sebagai 4 + 9 adalah kongruen kepada 2 + 1, mod 5. Dengan demikian kekongruenan mod m ditakrifkan seperti berikut:

Kekongruenan Mod m Nombor nyata a dan b adalah kongruen modulo m, a b, (mod m), jika beza a dan b adalah gandaan bagi m.

38

MTE3101 Knowing Numbers

Contoh Tentukan pernyataan berikut sama ada benar atau palsu. (i) 3 8, (mod 5) Penyelesaian (i) 3 8, (mod 5) kerana 8 3 = 5, dan 5 adalah gandaan bagi 5. (ii) 3 53, (mod 5) kerana 53 3 = 50, dan 50 adalah gandaan bagi 5. (iii) 3 19, (mod 5) kerana 19 3 = 16, dan 16 bukan gandaan bagi 5. Terdapat cara yang lain untuk menentukan sama ada dua nombor itu kongruen mod m. Bahagikan setiap nombor dengan m dan semak bakinya. Jika baki mereka adalah sama maka nombor-nombor itu kongruen mod m. Contoh, 3 5 bakinya 3, dan 53 5 bakinya 3 juga, jadi 3 53, (mod 5). Contoh: Selesaikan persamaan berikut. 1. 4 + 9 x, (mod 5) 4. 2 4 x, (mod 5) Penyelesaian 1. 4 + 9 = 13 3, (mod 5) Maka, x = 3. (Panduan: 13 5 dan dapatkan bakinya) 2. 15 + 92 = 107 2, (mod 5) Maka, x = 2. 3. 2 + 4 =6 1, (mod 5) Maka, x = 1. 4. 2 4 7 4, (mod 5) kerana 2 7, (mod 5) 3 , (mod 5). Maka, x = 3 5. 7 x 5 =35 0, (mod 7) Maka, x = 0 2. 15 + 92 x, (mod 5) 5. 7 x 5 x, (mod 7) 3. 2 + 4 x, (mod 5) 6. 3 5 x, (mod 12) (ii) 3 53, (mod 5) (iii) 3 19, (mod 5)

39

MTE3101 Knowing Numbers

6,

3 5 = 15 5, (mod 12) kerana 3 15, (mod 12) 10, (mod 12) Maka, x = 10.

Contoh: Februari 2011 mempunyai 28 hari dan 1 Februari adalah hari Selasa. Tentukan hari apakah pada 13 Februari dan 28 Februari ? Penyelesaian Bina jadual berikut: Hari Hari (mod 7) Selasa 1 Rabu 2 Khamis 3 Jumaat 4 Sabtu 5 Ahad 6 Isnin 0

Hari Selasa kita letak nilainya 1 kerana 1 hb bersamaan 1 1, (mod 7). Maka 14 Feb , 13 6, (mod 7) Jadi, 14 Feb jatauh pada hari Ahad (rujuk jadual di atas) Untuk 28 Feb, 28 0, (mod 7) Maka, 28 Feb jatuh pada hari Isnin.

Untuk melihat aplikasi modulo aritmetik dalam kehidupan harian yang lain sila baca contoh 5 dan 6 dalam Clock Arithmetic and Modulo Five Arithmetic in Smith (2001). The Nature of Mathematics, p.216 221. m.s 220 dan 221 masing-masing.

1. Pernyataan mana yang benar? (a) 5 + 8 1, (mod 6); 2. Selesaikan: (a) 9 + 6, (mod 5); (b) 7 -11, (mod 12); (c) 4 x 3, (mod 5) (b) 5 + 4 1, (mod 7); (c) 108 12 , (mod 8)

40

MTE3101 Knowing Numbers

(d) 1 2, (mod 5) 3. Cari nilai x jika (i) x 2 3, (mod 6); (ii) 3x 2, (mod 7); (iii) x 4 5, (mod 9) 4. 1 Mac 2011 jatuh pada hari Selasa. Bina jadual modulo 7 untuk bulan Mac. Seterunya, tentukan hari apakah (i) 9 Mac, (ii) 22 Mac dan (iii) 31 Mac ?

Perkara yang perlu dibuat:

1. Baca dari Bahan Resos: Clock Arithmetic and Modulo Five Arithmetic in Smith (2001). The Nature of Mathematics, p.216 221 dan Modular Arithmetic p.118 - 134 2. Buat latihan dari Problem Solving in Smith (2001). The Nature of Mathematics. 9th ed. p. 225-226 3. Baca A card trick in Miller, Heeren & Hornsby (1990). Cuba helah dengan kawan anda.Tuliskan satu ringkasan bagaiman helah aritmetik modular boleh digunakan untuk menerangkan helah itu.

SELAMAT BELAJAR!

Peringatan: Segala latihan yang dibuat perlu dimasukkan dalam portfolio masingmasing. Rujukan S.Groves (2006). Exploring Number and Space. Deakin University. Divisibility: m.s 201205 S Groves (2006).Topic 2 The natural numbers- Additional notes. Prime Factorization: The Euclidean Logarithm The Fundamental Theorem of Arithmetic in Susie Groves (2006). Exploring Numbers Study Guide. p.24 Space and

41

MTE3101 Knowing Numbers

Prime Numbers in Richard J.B. Number Systems: An elementary approach. p. 142 145 Clock Arithmetic and Modulo Five Arithmetic in Smith (2001). The Nature of Mathematics, p.216 221 dan Modular Arithmetic p.118 - 134 Problem Solving in Smith (2001). The Nature of Mathematics. 9th ed. p. 225-226

Laman web yang berkaitan: 1. Aritmetik Jam (clock arithmetics): http://www-math.cudenver.edu/~wcherowi/clockar.html 2. Matematik Modular:

http://www.shodor.org/succeedhi/succeedhi/modularmath/introduction.html
3. Kekongruenan modulo: http://syssci.atu.edu/math/faculty/finan/4033/absalg10.pdf 4. Encode and decode secret messages http://www.antilles.k12.vi.us/math/cryptotut/modarithmetic.htm

42

You might also like