You are on page 1of 2

PERATURAN AM PERMAINAN:

1. 2. 3. 4. Objektif permainan adalah menyerang, bertahan dan membina semula kubu tin. Bilangan peserta dalam satu pasukan mesti tidak melebihi daripada sepuluh orang. Dua kumpulan akan bermain dalam tiap satu perlawanan. Satu kumpulan akan bertindak sebagai penyerang, manakala satu kumpulan yang lain akan bertahan dan berusaha menyusun semula kubu tin. Pasukan bertahan mesti menjatuhkan kubu tin dan membinanya semula, manakala pasukan penyerang akan mematikan servis/pergerakan pihak bertahan. Setiap peserta penyerang hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola sahaja. Semasa pasukan bertahan membuat balingan untuk menjatuhkan kubu tin, pasukan penyerang dikehendaki berada di belakang pasukan bertahan. Sekiranya kesemua peserta bertahan gagal menjatuhkan kubu tin, satu mata akan diberikan kepada pasukan penyerang dan pasukan penyerang akan mengambil alih perlawanan. Sekiranya pasukan bertahan berjaya mambina kubu tin, maka satu mata akan diperolehi oleh pasukan mereka dan perlawanan akan diteruskan semula. Pematian servis berlaku apabila bola yang dibaling oleh peserta penyerang mengenai anggota badan peserta bertahan. Balingan bola untuk mematikan servis peserta bertahan hanya dibenarkan dari sekitar bahu hingga ke lutut sahaja. Jika servis peserta bertahan dimatikan, peserta tersebut dikehendaki keluar dari gelanggang permainan dengan serta merta dan peserta itu dilarang bermain sehingga permainan baru dimulakan. Pihak bertahan tidak dibenarkan menahan bola menggunakan tangan kerana jika ia berlaku, peserta tersebut dianggap tersingkir. Setiap peserta penyerang yang memegang bola tidak boleh bergerak untuk membaling bola kepada rakan sekumpulan atau peserta bertahan. Peserta bertahan yang tersentuh bola juga dianggap tersingkir. Jika kesemua peserta bertahan tersingkir, satu mata akan diberikan kepada pasukan penyerang.

5.

6. 7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Permainan hanya dijalankan di dalam gelanggang sahaja. Mana-mana peserta yang keluar dari gelanggang dianggap tersingkir secara automatik. Pasukan yang mencapai lima mata penuh terlebih dahulu akan dinobatkan sebagai pemenang perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

16.

17.

You might also like