You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO BIJAYA SETIA

KERTAS KERJA PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2013

PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2011 1. MATLAMAT Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati ilmu sains yang mereka telah pelajari di dalam bilik darjah dan membentuk insane yang mempunyai emosi seimbang, kreatif, inovasi dan berdaya saing.

2. OBJEKTIF 2.1 menggalakkan para pelajar mencari bahan melalui internet atau perpustakaan cara membuat roket air. 2.2 Mendidik pelajar mencipta sesuatu dengan menggunakan bahan terpakai dan berkos efektif. 2.3 Menanam semangat untuk melibatkan diri dalam kerjaya aero angkasa dan sistem sokongan. 2.4 Menggalakkan pelajar membuat projek itu secara berkumpulan dengan bimbingan ibu bapa dan guru. 2.5 Menanam minat, meningkat kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa. 2.6 Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif.

2.7 Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka. 2.8 Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokan.

3. JUSTIFIKASI PERTANDINGAN Teknologi Pelancaran Roket merupakan terjemahan penggunaan dan aplikasi bidang sains angkasa kepada masyarakat. Pertandingan ini dijalankan di peringkat sekolah, daerah/gabungan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pelancaran sesuatu objek sebesar kapal angkasa adalah suatu projek yang sangat kompleks, tetapi saintis telah Berjaya
2

menghantar kapal angkasa yang sangat besar ke dalam orbitnya di angkasa kerana mereka telah memahami hukum-hukum alam yang menjelaskan bagaimana suatu objek bergerak. Sehingga hari ini, hukum-hukum ini masih menjadi asas kepada seriap program pelancaran roket. Konsep dan teori ini juga terpakai bagi Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket. TErdapat pelbagai aplikasi sains dalam pertandingan ini dan di antaranya ialah konsep gerakan, daya-daya yang bertindak, prinsip perubahan tenaga, trajektori dan prinsip penerbangan yang perlu difahami terlebih dahulu oleh pelajar. Para pelajar juga perlu mencipta roket dengan sempurna agar dapat meminimumkan daya geseran dengan daya kreativiti yang tinggi.

4. PERATURAN PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan empat SMKDBS. 4.2 4.3 Setiap kumpulan mesti terdiri daripada dua orang pelajar. Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu

4.3.1 Catatan roket palang lama di udara (parachute duration) dan 4.3.2 Jarak paling hamper dengan sasaran yang telah ditetapkan (trajektori) 4.4 Setiap pasukan perlu membina dua buah roket botol plastic minuman berkarbonat bersaiz 1.5 liter bagi kedua bahagian pertandingan tersebut. 4.5 Struktur asal badan roket boleh diubah suai tetapi hanya menggunakan bahan berasaskan plastic dan bahan lembut sahaja. 4.6 Semua tenaga yang dibekalkan pada roket adalah kombinasi tekanan air dan angin sahaja. 4.7 Setiap pasukan dibenarkan melakukan dua percubaan sahaja bagi setiap bahagian.

4.8 Semua roket dilancarkan menggunakan pelancar yang dibekalkan oleh pihak penganjur sahaja. 4.9 Hanya satu pasukan terbaik akan dipilih menyertai Pertandingan Peringkat Daerah/Gabungan. 4.10 Semua model roket yang layak kepertandingan akhir akan menjadi milik pihak penganjur. 4.11 Keputusan panel hakim adalah muktamat.

4.12 Syarat khas bahagian A : Paling lama di udara (parachute duration) 4.12.1 Peserta perlu menlancarkan roket yang diperbuat daripada botol plastic minuman berkarbonet 1.5 liter dan catatan masa di udara akan dicatatkan 4.12.2 Semua roket akan dilancarkan pada tekanan 60 psi (Bergantung kepada perubahan semasa) 4.12.3 Masa yang diambil bermula daripada semasa roket dilancarkan sehingga roket mengenai permukaan Bumi atau apabila mengenai objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar atau hilang dari pemerhatian para hakim.

4.13 Syarat khas bahagian b : Paling hamper dengan sasaran (trajektori) 4.13.1 Peserta akan melancarkan roket yang diperbuat daripada botol plastic minuman berkarbonet 1.5 liter dan jarak paling hamper dengan sasaran akan di ambil kira. Bilangan botol plastic yang digunakan adalah tidak terhad. 4.13.2 Semua roket akan dilancarkan pada tekanan pilihan pelajar sendiri. Sudut penerbangan juga adalah atas pilihan pelajar sendiri untuk mencapai jarak yang paling hamper dengan sasaran.jarak yang dilalui akan dikira daripada titik pusat sasaran berjejari 1.5 meter.

4.14
4

5. SISTEM PERMARKAHAN PARACHUTE TRAJEKTORI kedudukan Mata Kedudukan Mata 1 40 1 40 2 33 2 33 3 27 3 27 4 22 4 22 5 18 5 18 6 15 6 15 7 13 7 13 8 12 8 12 9 11 9 11 10 10 10 10 11 9 11 9 12 8 12 8 13 7 13 7 14 6 14 6 15 5 15 5 16 4 16 4 17 3 17 3 18 2 18 2 19 1 19 1 20 1 20 1 Kaedah pengiraan markah : Bahagian A + Bahagian B = 80 Sekiranya terdapat seri untuk pemenang pertama, akan diadakan sesi kuiz teori fizik.

6. HADIAH PEMENANG 6.1 6.2 6.3 6.4 Johan : Piala iringan, sijil dan hamper

Naib Johan : Piala iringan, sijil dan hamper Ketiga : Piala iringan, sijil dan hamper

Semua peserta akan membawa pulang sijil penyertaan

7. HAL HAL LAIN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Penganjur Pertandingan berhak untuk mambuat keputusan dan bagi setiap keputusan adalah muktamat.
5

LAMPIRAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO BIJAYA SETIA AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2013

Tarikh Masa Hari Tempat Ahli-ahli

: : : : Padang bola sepak berhampiran kantin sekolah : Semua guru mata pelajaran Fizik

Bil 1

PERKARA Persedian tapak / keperluan pertandingan

TINDAKAN

Penyediaan laporan pertandingan

Pencatat masa bahagian parachute Pengukur jarak bahagian trajektori

Penyediaan sijil dan hadiah

TANGGUNGJAWAB Menyediakan tapak pertandingan dan memastikan ia adalah selamat. Menyediakan borang markah pertandingan. Menyediakan satu laporan lengkap mengenai pertandingan yang telah dijalankan. Mendapatkan jam randik dari makmal fizik. Mencatat masa. Mendapatkan pita pengukur dan mengukur roket yang jatuh dalam sasaran sahaja. Menyediakan sijil dan hadiah yang bersesuaian
7

Para guru boleh memilih sendiri tenaga pembantu daripada golongan pelajar.

TERBUKA KEPADA PARA PELAJAR TINGKATAN 4. PENYERTAAN ADALAH TERHAD DI MANA SETIAP KELAS HANYA BOLEH MENGHANTAR MAKSIMA EMPAT KUMPULAN. SATU KUMPULAN TERDIRI DARIPADA DUA ORANG PELAJAR. MAKLUMAT CARA MEMBUAT ROKET AIR BOLEH DIDAPATI DARIPADA SUMBER INTERNET, PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA, DAN GURU-GURU FIZIK. BAHAN ASAS YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA SATU ROKET : - 2 BOTOL AIR BERKARBONAT 1.5 LITER (CADANGAN 100 PLUS) - PLASTISIN SEBAGAI PEMBERAT - KERTAS TEBAL / KERTAS LUTSINAR KERAS UNTUK SAYAP DAN NOSE CONE - DAUBLE SIDED TAPE UNTUK PELEKAT Bi l 1 Kel as Kumpul an 1 Nama pelajar No. KP Jantin Bang a sa

TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET


BERIKUT MERUPAKAN BAHAN-BAHAN ASAS PEMBUATAN ROKET AIR ; A) 2 BOTOL 1.5 L AIR BERKARBONAT 1 BOTOL UNTUK BADAN ROKET 1 BOTOL UNTUK BAHAGIAN NOSE CONE B) KERTAS KERAS ATAU APA-APA BAHAN KERAS (TIDAK BOLEH LOGAM) UNTUK SAYAP C) D) PELEKAT GUNTING
10

E) F)

PISAU PLASTISIN SEBAGAI PEMBERAT (PENAMBAH MOMENTUM)

11

You might also like