You are on page 1of 13

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013

0



ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
_________________________________________________________
1.0 OBJEKTIF 1 - 2
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN
2.1 Perancangan Projek 2 - 4
2.2 Pelaksanaan Projek 4 - 5
3.0 REFLEKSI
3.1 Kekuatan Projek 5 - 6
3.2 Kelemahan Projek 6
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 6
5.0 KESIMPULAN 7
6.0 LAPORAN BERGAMBAR 8 - 12

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
1

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP TAHUN 2013
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
[ AMBILAN NOVEMBER 2009 ]

Nama Pelajar : SUHAINI BINTI SAMSUDIN
No.Kad Pengenalan :
Nama Program : PGSR Matematik Ambilan November 2009
No.Angka Giliran :
Nama Sekolah :
Nama Projek : Projek Keceriaan Sekolah dan Sudut
Pembelajaran Matematik
Tempoh Pelaksanaan : 1 Hari ( 2:30 petang hingga 6:00 petang)

1.0 OBJEKTIF
Di antara objektif yang disasarkan :
1.1 Mendapat pendedahan pelaksanaan projek internship kepada pelajar
guru.
1.2 Memberi peluang kepada pelajar guru dan warga sekolah terlibat
secara langsung bersama masyarakat setempat dalam melaksanakan
program pendidikan.
1.3 Menerapkan nilai menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian
murid sejajar dengan tuntutan Agama Islam.
1.4 Mendidik masyarakat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti untuk
pembangunan sahsiah .
1.5 Menjadikan sekolah sebuah lokasi pendidikan yang mempunyai
suasana ceria dan bersih dalam menghasilkan kemenjadian murid.
1.6 Mewujudkan kepelbagaian sumber mencari ilmu khususnya untuk mata
pelajaran Matematik.
1.7 Mewujudkan keakraban hubungan antara waris dengan warga pendidik.
1.8 Menerapkan semangat bekerjasama dalam pembelajaran murid.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
2

1.9 Menyediakan anak-anak yang berkualiti dalam menjalani kehidupan
berilmu.
1.10 Memahami realiti persekitaran pendidikan dan responsif secara positif
kepada keadaan serta keperluan persekitaran berkenaan.

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN
2.1 Perancangan Program
Pada bulan Jun 2013, para pelajar guru mendapat taklimat Internship
yang memerlukan pelajar guru melaksanakan satu projek dalam
tempoh internship. Untuk tujuan ini, saya telah mengemukakan
beberapa cadangan projek mengikut kesesuaian persekitaran
semasa sekolah kepada mentor iaitu Encik Shuhaimi Noordin.
Selepas mendapat persetujuan, saya merangka satu kertas kerja
yang bertajuk Projek Keceriaan Sekolah dan Sudut Pembelajaran
Sekolah. Pada 25 Ogos 2013 (Ahad), saya telah mengemukakan
cadangan tarikh program (8 September 2013,Ahad ) dalam satu
taklimat bersama pentadbir-pentadbir, guru-guru dan staf sekolah.
Secara ringkasnya, saya telah menjelaskan gambaran projek yang
akan dilaksanakan. Di sini , semua guru dan staf sekolah memberi
pandangan dan memaklumkan bahawa tarikh tersebut tidak sesuai
kerana ramai guru termasuk saya terlibat dalam Program Pecutan
Akhir UPSR dan sekolah meminta agar projek ini ditangguhkan
selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berlangsung.
Cadangan tarikh 15 September 2013 telah mendapat persetujuan
semua iaitu sebaik sahaja selesai UPSR dan Ahad merupakan hari
cuti ibu bapa serta waris. Ini akan memudahkan perjalanan projek.
Kertas kerja projek ini telah disokong oleh pengurus sekolah iaitu
Encik Zulkiflee bin Ahmad, guru besar sekolah. Dalam perbincangan
bersama guru besar, satu nota minta telah dikemukakan kepada
pembantu tadbir sekolah untuk mendapatkan sumber kewangan
sekolah bagi menampung perbelanjaan projek. Di sini ,peruntukan
boleh diambil daripada Unit 3K iaitu Kebersihan, Keceriaan dan
Keselamatan Sekolah dan daripada Panitia Matematik sendiri dan
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
3

juga dari Tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana ia juga
sebahagian daripada Program Sarana Sekolah.
Kertas kerja merupakan satu perancangan yang penting kerana
proses pelaksanaan projek adalah berlandaskan isi kandungan di
dalamnya. Isi kandungan di dalam kertas kerja iaitu nama projek,
penganjur, matlamat, rasional, objektif, tarikh, tempat, kumpulan
sasaran, tentatif, jawatankuasa induk, jawatankuasa pelaksana,
agihan tugasan, anggaran perbelanjaan, sumber kewangan, penutup
dan tandatangan kelulusan daripada pengurus sekolah. Mesyuarat
khas telah dijalankan bagi memastikan semua yang terlibat jelas
tentang perjalanan projek. Di sini agihan tugas yang dirancang
sangat perlu di sesuaikan. Memandangkan projek ini melibatkan
waris dan ibu bapa maka ketua pelaksana bahagian juga terdiri
daripada jawatankuasa PIBG. Satu perkara penting yang dirancang
ialah Perancangan A dan Perancangan B iaitu sekiranya cuaca tidak
mengizinkan (hujan) ,bahagian luar seperti padang sekolah dan
kawasan sekitar sekolah tidak akan dibersihkan malah jawatankuasa
yang berada di bahagian tersebut akan membersihkan dan
menceriakan bilik-bilik khas yang lain.
Susulan selepas itu, surat jemputan kepada Yang dipertua PIBG
dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG dikeluarkan. Surat makluman
kepada waris dan murid Tahap 2 diedarkan. Penganjur berbincang
dengan guru penyelaras KAFA untuk mendapat persetujuan
pelaksanaan projek kerana hari tersebut adalah hari pembelajaran
KAFA. Kumpulan sasaran projek ini melibatkan hampir 200 orang
(murid-murid Tahun 4 hingga 6 bersama waris dan warga PIBG).
Jawatankuasa Makanan telah menempah bihun goreng dan dua
jenis kuih serta air mineral untuk semua yang terlibat.
Pada 13 September 2013 (Jumaat), ahli jawatankuasa peralatan
telah mengumpulkan semua peralatan yang ada dan membeli serbuk
pencuci untuk membersihkan tandas.
Pada awal pagi Ahad ,15 September 2013, satu lagi taklimat
ringkas sebagai perjumpaan penting untuk pentadbir dan guru-guru
mengetahui persediaan terakhir untuk menjalankan program. Ini
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
4

menunjukkan keprihatinan pengurus sekolah dalam memastikan
perjalanan program berjalan lancar.
Untuk penyediaan sudut pembelajaran Matematik pula, semua
ahli panitia memberi idea untuk memastikan perkara yang dilekatkan
di sudut pembelajaran memberi ilmu kepada murid. Sebagai
permulaan ,semua sudut pembelajaran lain dikemaskini sebelum 15
September 2013. Satu lagi sudut Matematik dipilih iaitu di tangga
antara tahap 1 dan tahap 2 di mana semua murid akan menaiki
tangga tersebut untuk ke kelas Tahap 1 dan lokasinya berada
berdekatan kelas Tahun 4. Ada maklumat atau rumus yang
disediakan dijalankan oleh murid Tahun 5 dan Tahun 6 sebagai
aktiviti selepas UPSR. Adalah diharapkan sudut pembelajaran ini
memberi manfaat kepada semua murid dan membantu murid
mencari ilmu dalam kepelbagaian kreativiti. Dalam Matematik ,ini
adalah satu bahagian daripada rekreasi Matematik.

2.2 Pelaksanaan Program
Pada jam 2:30 petang, setelah semua murid ,waris dan guru-guru
berkumpul, satu taklimat agihan tugas telah dijalankan oleh Cikgu
Shuhaimi Noordin. Selepas selesai taklimat, semua yang terlibat
bergerak ke kawasan masing-masing. Memandangkan cuaca baik,
perancangan A yang dirancang telah dijalankan. Suasana tetap
meriah walaupun semua yang terlibat bertungkus lumus
membersihkan kawasan masing-masing Seperti yang dimaklumkan,
kebanyakan murid membawa kain pengelap beserta baldi kecil
manakala waris pula bersedia dengan mesin rumput dan parang
untuk membersihkan kawasan. Ramai waris perempuan memastikan
bilik darjah Tahap Satu dibersihkan dan memastikan susun atur
peralatan dan perabot dalam kelas juga bilik-bilik khas dikemas
sesuai dengan suasana pembelajaran murid.
Sekumpulan murid dan beberapa orang guru dan waris mengecat
kawasan sudut pembelajaran Matematik dengan warna biru laut.
Sementara cat tersebut kering, guru-guru Matematik dan murid-murid
mengemas bilik guru seperti menyusun bahan bantu belajar di rak
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
5

yang sesuai, memastikan tingkap dibersihkan, dan suasana bilik guru
ceria. Diharapkan semua guru dapat bekerja ke arah matlamat
pendidikan dengan baik tanpa tekanan kerana bilik guru yang
kondusif dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja guru.
Pada jam 4:30 petang, jawatankuasa makanan telah
mengedarkan makanan (air dan kuih) kepada semua yang terlibat.
Kemudian semua yang terlibat meneruskan kerja masing-masing.
Sehinggalah pada jam 5:30 petang, ramai waris berhenti rehat dan
menikmati bihun goreng. Sebelum bersurai pada jam 6:00 petang,
ketua bahagian masing-masing memastikan tiada alatan tertinggal
dan tiada kawasan yang tidak dibersihkan.
Sudut pembelajaran Matematik pula diteruskan sehingga jam
6:15 petang. Bahan-bahan yang dicetak, diplastikkan supaya tahan
lama dan dilekatkan di sudut tersebut. Murid-murid tertarik dengan
warna bahan matematik tersebut turut membaca rumus yang
dipamerkan. Program berakhir dengan ucapan terima kasih daripada
guru-guru kepada semua yang terlibat.

3.0 REFLEKSI
3.1 Kekuatan Projek
Setiap program atau projek mempunyai matlamat yang positif. Antara
kekuatan program ini ialah:
i) 90% waris-waris Tahun 4 hingga Tahun 6 hadir dan fokus kepada
matlamat program.
ii) Guru-guru bergabung tenaga dengan waris dan murid-murid
untuk memastikan semua bahagian dibersihkan dan diceriakan.
iii) Makanan dan minuman mencukupi dan diselenggara dengan
baik.
iv) Ramai yang terlibat tidak membazir waktu untuk membantu
bahagian lain menyelesaikan kerja pembersihan.
v) Peralatan yang disediakan mencukupi malah banyak peralatan
seperti mesin rumput, pam air dan kain-kain pengelap disediakan
oleh murid dan waris sendiri.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
6


vi) Terdapat waris dan individu menyumbangkan wang untuk
menampung perbelanjaan runcit program seperti menyediakan
minuman sejuk dan peralatan lain yang diperlukan.

3.2 Kelemahan Projek
i) Masa yang dipilih bersesuaian dengan masa lapang waris namun
ia mengganggu perjalanan Kelas KAFA yang sepatutnya
dijalankan pada petang tersebut.
ii) Kekangan tenaga guru kerana enam orang guru tiada kerana
terlibat dengan kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Kulim Bandar Baharu dan cuti sakit.
iii) Kekangan masa kerana projek dijalankan hanya pada waktu
petang.
iv) Guru Panitia Matematik hanya tinggal dua orang sahaja untuk
menguruskan semua aktiviti panitia.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
i) Masa program perlu dibuat lebih lama iaitu lebih daripada empat
jam supaya semua bahagian dapat dibersihkan dan diceriakan.
ii) Guru penyelaras KAFA perlu hadir bersama dalam taklimat awal
projek supaya pandangan beliau dapat membantu penganjur
membuat perancangan awal.
iii) Panitia Matematik perlu bergabung dengan panitia lain bagi
memastikan perjalanan projek dapat berjalan lancar.
iv) Penganjur perlu melibatkan semua waris dari Prasekolah hingga
Tahun 6 bagi memastikan semua bahagian dapat dibersihkan dan
diceriakan.





LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
7

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek ini berjaya dijalankan seperti yang
dirancang. Walaupun terdapat kekangan yang perlu dibuat
penambahbaikan namun satu perkara yang jelas ialah wujud jalinan
keakraban hubungan antara waris dan warga pendidik. Masih ramai
waris yang bertanggungjawab dan mahu membantu pihak sekolah
menjalankan aktiviti demi kemajuan pendidikan amnya dan kemajuan
pendidikan anak-anak mereka khususnya. Bagi murid-murid, ini
merupakan penerapan nilai murni yang sangat perlu diamalkan seperti
yang dituntut dalam agama. Pengalaman membantu menceriakan
sekolah merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan mereka
merasa diri mereka dihargai apabila ibu bapa turut membersihkan
kawasan pembelajaran mereka. Ternyata ini adalah program yang perlu
dijadikan program tahunan supaya sekolah kecil seperti ini dapat
bersaing bersama sekolah lain dalam pelbagai agenda pendidikan.
Muafakat antara warga Sekolah Permatang Kerat Telunjuk
menghidupkan suasana pembelajaran ke arah matlamat kemenjadian
murid.















LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
8

6.0 LAPORAN BERGAMBAR




Taklimat yang dijalankan untuk pengagihan tugas dan bahagian.
Taklimat Projek untuk mendapat
gambaran pelaksanaan projek.
Perbincangan bersama murid dalam aktiviti
Panitia Matematik untuk penyediaan sudut
Matematik.
Guru-guru KAFA serta waris-waris wanita
turut serta membersihkan bilik j-Qaf.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
9




Membersihkan lumut di longkang yang
mengancam keselamatan murid.
Murid-murid mengemas stor
Pendidikan Jasmani.
Murid-murid yang berada dalam Kumpulan
Membersihkan Kawasan Tanaman Sekolah sedang
bersungguh-sungguh menjalankan kerja.
Murid dan waris berehat sambil menikmati makanan yang
telah disediakan.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
10




Membersihkan Prasekolah Intelek dan bilik-bilik darjah Tahap Satu.
Membersihkan,mengemas dan menyusun atur alatan di dalam bilik guru.
Waris bertungkus lumus membersihkan dan mengemas alatan di bilik Kemahiran Hidup.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
11




Bahagian padang sekolah, guru
besar turut serta.
Kebun pisang di belakang sekolah turut dibersihkan.
Waris bersedia dengan mesin rumput
sendiri memastikan kawasan padang
sekolah diceriakan.
Bahagian hadapan bilik Sains dibersihkan dan tempat
murid berkumpul untuk belajar sendiri diceriakan.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP SEPTEMBER 2013
12




Penyediaan sudut pembelajaran Matematik. Lokasi di atas
tangga antara Tahap Satu dan Tahap Dua.
Murid-murid turut serta memastikan sudut pembelajaran cantik dan seronok
dilihat. Semuanya ke arah menggamit murid belajar Metematik.
Kebanyakan bahan adalah nota ringkas yang merupakan rumus dan gambar
yang berkaitan tajuk-tajuk 2 dimensi, 3 Dimensi, Luas, Ukuran Panjang,Jisim
dan Isipadu Cecair serta Asas Nombor sesuai untuk kedua-dua tahap.

You might also like