You are on page 1of 10

UNIT KURIKULUM

A.BIDANG TUGAS KETUA PANITIA DAN AJK PANITIA


1. Mengadakan mesyuarat 2 kali sepenggal dan mengadakan perjumpaanperjumpaan yang lebih kerap mengikut keperluan.
2. Membantu GPK Kurikulum menyelaras kerja-kerja akademik guru mata
pelajaran.
3. Membantu GPK Kurikulum mendapatkan sukatan pelajaran yang terkini
untuk kegunaan guru mata pelajaran.
4. Memantau penyediaan rancangan mengajar tahunan dan harian
diselaraskan antara guru dalam satu aliran.
5. Mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku kerja tambahan yang
sesuai dan menepati kehendak sukatan pelajaran serta tahap kebolehan
murid.
6. Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahanbahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid
dan kegunaan guru dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
7. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua
jenis ujian penilaian dan peperiksaan.
8. Mengumpul dan menfailkan soalan ujian dan peperiksaan bagi setiap
aliran.
9. Mengkaji dan menganalisis keputusan PKSR dan UPSR serta memberi
rumusan tentang cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan
pembelajaran.
10. Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dalam usaha ke arah
memajukan murid-murid yang lemah.
11. Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh GPK Kurikulum.
12. Menyelenggara fail-fail panitia agar sentiasa kemaskini.
13. Memastikan laporan bertulis dibuat bagi semua aktiviti yang telah
dijalankan.
14. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.

B. BIDANG TUGAS GURU MATA PELAJARAN


1. Memiliki, memahami dan mentafsirkan serta menghuraikan isi
kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan
menetapkan matlamat yang harus dicapai pada akhir penggal bagi setiap
aliran darjah.
3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan
menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran tahunan dan harian yang lengkap
bagi mata pelajaran yang diajar dan melaksanakan tugasan mengikut
Rancangan Pelajaran yang disediakan.
5. Memberi kerja dan latihan yang cukup, memeriksa buku latihan murid
dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan dan menunjukkan
buku latihan murid kepada Guru Besar atau GPK yang berkenaan pada masa
yang ditentukan.
6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian, merekodkan markah dalam
Buku Rekod Markah.
7. Mengesan kelemahan murid serta menjalankan kelas pemulihan /
bimbingan.
8. Menjadi ahli jawatankuasa dalam panitia mata pelajaran, menghadiri
serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
9. Menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Johor dan PPD.
10. Memastikan keselamatan murid di dalam makmal dan bilik khas serta
mengawasi penggunaan peralatan bilik berkenaan.
11. Menghadiri mesyuarat dan kursus tentang mata pelajaran yang
berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan
Pelajaran Negeri Johor dan PPD serta membuat kursus dalaman selepas itu.
12. Sentiasa mengkuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik
mengajar bagi mata pelajaran berkenaan untuk meninggikan lagi prestasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
13. Melaporkan kepada Ketua Panitia tentang masalah pengajaran dam
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan alat-alat bantu mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa bahan tersebut digunakan secara berkesan.
15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan di dalam kelaskelas yang diajar.
16. Menyerahkan 2 naskah soalan ujian dan peperiksaan kepada

Setiasuaha Peperiksaan.
17. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
C. SENARAI TUGAS PENTAKSIR SEKOLAH (BI

T1B,BIT4A,DST T3B,PEKA)

1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah


2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada murid-murid
B. Semasa Mentaksir
1. Membantu dan membimbing murid meningkatkan prestasi
2. Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan
3. Memberikan kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan
penyelarasan
C. Selepas Mentaksir
1. Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas di selaraskan oleh
Ketua Pentaksir Negeri / Ketua Pentaksir Kawasan
2. Menyerahkan skor kepada Ketua Panitia masing-masing. Ketua Panitia pula
akan melakukan semakan dan perekodan semula sebelum diserahkan kepada
Setiausaha PBS
3. Menyimpan rekod dan evidens dengan selamat selama 3 - 6 bulan selepas
keputusan diumumkan
4. Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada Ketua Panitia, Setiausaha
PBS sebelum diserahkan kepada Ketua Pentaksir Kawasan
5. Memastikan laporan penskoran murid dan rekod transit yang berpindah
sekolah dihantar ke sekolah baharu
6. Menyediakan sijil PBS (Laporan Prestasi Sumatif) bagi setiap calon
7. Menyelesaikan kes-kes khas (jika ada)

BIDANG KOKURIKULUM
A. GURU UNIT BERUNIFOM :PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli


Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan, difailkan dan
sesalinan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
Sekolah.
7. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan/ Unit
Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan.
9. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan
baik.
10.Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
11.Mendaftarkan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Sukan dan
Permainan kepada Pengetua atau Badan Induk.
12.Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada
ahli-ahli.
13.Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat
sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
14.Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
15.Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
16.Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

17.Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang


diwakili.
18.Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
19.Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
20.Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
21.Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
22.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.
B. GURU PASUKAN SEKOLAH DAN RUMAH SUKAN(RUMAH BIRU)
1. Membentuk jawatankuasa pasukan dan rumah sukan.
2. Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid
dalam aktiviti
permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara ahli rumah sukan/ ahli pasukan sekolah.

7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.


8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga dan surat rawatan untuk ke
pertandingan luar.
9. Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan
peralatan
serta pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru dan ahli rumah sukan.
14. Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi pasukan
sekolah dan
rumah sukan.
15. Merekod dan menyimpan prestasi ahli rumah sukan dan pasukan sekolah.
16. Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan badan-badan

lain
atau persatuan yang diluluskan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari semasa ke
semasa.

UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)


A. JAWATANKUASA UNIT DISPLIN & PENGAWAS
1. Memastikan murid-murid berdisplin dan mengikut peraturan sekolah
2 . Menyiasat latar belakang kes
3. Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan
4. Menyediakan rekod disiplin dan laporan murid
5. Menghubungi penjaga/polis/jabatan (mana-mana yang berkenaan)
6. Mengemaskini data displin ke dalam disket untuk dihantar ke PPD
7. Peraturan sekolah hendaklah dijadikan asas disiplin dan difahami semua murid
8. Menanam rasa bangga dan sayang kepada sekolah
9. Mengambil tindakan peraturan Kementerian Pendidikan terhadap kes-kes murid
yang melanggar tatatertib
10 . Menguruskan pemilihan pengawas
11. Menguruskan perlantikan pengawas
12. Mengatur tugas pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas
dengan sempurna
13
Menyusun tugas untuk pengawas apabila diperlukan di majlis-majlis
yang
dianjurkan oleh pihak sekolah

B. GURU BERTUGAS MINGGUAN


1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang
sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta
lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil
tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke
rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang
memohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat
dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi
harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit
beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang

hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, Perkara-perkara


yang dicatat ialah:
a) kedatangan murid, guru dan staf sokongan
b) murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c) lawatan / pelawat
d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau
perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah
disediakan.
14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH


A. JAWATANKUASA JAMUAN RASMI SEKOLAH
1.Mengadakan mesyuarat serta merta apabila diminta oleh Guru Besar.
2.Menyediakan menu jamuan dengan persetujuan Guru Besar.
3.Membuat anggaran perbelanjaan dan berbincang dengan guru besar tentang
sumber kewangan yang hendak digunakan.
4.Membuat tempahan barangan atau tempah ahan kuih /lauk.Jika dikikirkan
perlu.

5. Menyediakan dan menghias tempat Jamuan.

B. BIDANG TUGAS GURU BILIK OPERASI PANITIA:


1.

Menyediakan carta organisasi dan ahli jawatankuasa bilik khas.

2.

Menetapkan peraturan penggunaan bilik khas.

3.

Menetapkan peraturan pinjaman dan penggunaan alatan bilik.

4.

Menyediakan buku rekod lawatan dan rekod penggunaan bilik.

5.

Memastikan bilik sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria.

You might also like