You are on page 1of 11

PENDAHULUAN

MIG (Metal Innert Gas Welding) atau Kimpalan Gas Lengai. Dalam
proses tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan
logam induk untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah
dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan.
Untuk bekalan elektrod yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk
dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal secara
automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas pelindung dibekalkan melalui
muncung kimpal seperi yang dilakukan dalam kimpalan TIG. Proses ini boleh
dilakukan secara automatik atau seperuh automatik. Walau bagaimanapun,
alat kelengkapan MIG lebih rumit kerana prosesnya memerlukan huluran
elektrod

yang

berterusan

yang

seragam.

TUJUAN

Untuk meningkatkan kualiti atau kemahiran dalam mengimpal.


Megetahui cara-cara mengimpal dengan betul.
Supaya dapat membiasakan diri dalam kimpalan disamping membuat
persediaan untuk latihan industri dan ketika dialam pekerjaan kelak.

FUNGSI-FUNGSI KELENGKAPAN
KIMPALAN MIG

BIL
.

NAMA

FUNGSI

1.

Mesin MIG

Membekalka
n arus

2.

Penembak
MIG

Mengeluarka
n dawai
elektrod

3.

ALATAN

Dawai
Elektrod

Meleburkan
logam

4.

Pelindung
Mata

Melindungi
mata

5.

Gloves

Melindungi
tangan

6.

Kasut
Keselamatan

Melindungi
kaki

7.

Apron

Melindungi
badan

8.

Tukul
Penyerpih

Membuang
kumai

Berus Besi

Membersih
permukaan
logam

Pengapit

Untuk
memegag
plat logam

Minyak

Menyejukkan
muncung
penembak.

9.

10.

11.

LANGKAH
KESELAMATAN
1. Memakai pakaian keselamatan ketika berada dalam bengkel seperti
gloves, kasut keselamatan, google atau sebagainya.

2. Pastikan tahu cara pengendalian mesin sebelum menggunakannya dan


sekiranya

tidak

tahu

cara

mengendalikan,

jangan

cuba

untuk

menggunaknnya.
3. Tidak bergurau ketika mengendalikan mesin.
4. Ketika mengendalikan mesin, tidak perlu memakai alatan hiasan
seperti jam tangan, rantai, tai dan sebagainya.
5. Memastikan semua langkah-langkah penggunaan mesin dipatuhi
semasa mengendalikan mesin.
6. Mengggunakan peralatan yang baik sahaja.
7. Memastikan sistem pengaliran udara yang secukupnya.
8. Memastikan sistem pencahayaan secukupnya.
9. Mesti tahu suis utama (main suis) bengkel kerana sekiranya berlaku
kemalangan seperti kejutan elektrik, tutup suis berkenaan.

LANGKAH KERJA KIMPALAN


SAMBUNGAN TEMU
Langkah-langkah melakukan kimpalan sambungan temu (Steps to weld
butt joint) ;
1. Bersihkan bahagian permukaan yang hendak dikimpal.

2. Rapatkan kedua-dua kepingan plat.

3. Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis kerja.

4. Laraskan arus elektrik mengikut kesesuaian saiz elektrod antara 80 hingga 90.

5. Buat kimpalan paku pada hujung benda kerja.

6. Lakukan kimpalan pada permukaan yang rata. Sudut antara elektrod dan benda
kerja adalah antara 15 hingga 30.

7. Selepas selesai mengimpal, matikan suis pada mesin kimpalan. Bersihkan


jermang daripada kumai.

LANGKAH KERJA KIMPALAN


SAMBUNGAN 'T'

Langkah-langkah melakukan kimpalan sambungan 'T' (steps to weld tee joint) ;


1. Bersihkan bahagian permukaan yang hendak dikimpal.

2. Rapatkan kedua-dua kepingan plat.

3. Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis kerja.

4. Laraskan arus elktrik mengikut kesesuaian saiz elektrod antara 80 hingga 90.

5. Buat kimpalan paku pada hujung benda kerja.

6. Kimpalan dilakukan pada permukaan yang rata. Sudut antara elektrod dan benda
kerja adalah 15 hingga 30.

7. Selepas selesai mengimpal, matikan suis pada mesin kimpalan. Bersihkan jermang
daripada kumai.

HASIL KERJA
LARIAN KUMAI

PERBINCANGAN
Dalam menyiapkan kedua-dua projek ini, saya memerlukan teknik yang betul
dan tepat untuk menghasilkan projek yang kemas dan betul dengan apa
yang dikehendaki. Selain itu, untuk menghasilkan projek ini juga saya perlu
mematuhi langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan yang tidak diingini seperti terbakar dan sebagainya.

Antara langkah keselamatan yang saya perlu patuhi ialah, saya mesti
memakai alatan keselamatan seperti apron, alat pelindung mata, sarung
tangan dan sebagainya. saya juga mestilah pastikan voltan dan arus yang
digunakan adalah sesuai dengan kerja kimpalan yang dilakukan.
Teknik yang betul dapat menghasilkan projek seperti yang dikehendaki
juga termasuk dalam apa yang saya kena patuhi. Sekiranya saya abaikan
peraturan ini, projek yang saya hasilkan akan menjadi cacat.

Contohnya,

apabila hendak mengimpal, kedua-dua logam mestilah dibersihkan dan


dikapit dengan ragum sekemas-kemasnya supaya semasa proses kimpalan
dilakukan benda kerja tidak bergerak.

Kimpal paku perlu dilakukan untuk

menetapkan kedudukan plat logam sebelum kimpalan dilakukan sepenuhnya


bagi mendapatkan sambungan yang kukuh dan mudah untuk menjalankan
proses kimpalan.
Akhir sekali, setelah semuanya selesai disiplin yang saya perlu patuhi
ialah dengan menyimpan dan menyusun kembali peralatan yang digunakan
di tempat yang ditetapkan.

Bukannya senang untuk menghasilkan projek

yang ringkas ini sekiranya kita tidak mengetahui teknik-tekniknya yang betul
dan kita mestilah selalu mempraktikkannya supaya kita dapat nenghasilkan
projek yang BERKUALITI.

CADANGAN
1. Membaik pulih dan menukar ganti alatan baru yang telah rosak supaya
dapat memberikan peluang dan tumpuan kepada setiap pelajar bagi
menyiapkan projek ini.
2. Memberi setiap pelajar satu bay supaya projek dapat disiapkan tepat
pada masa yang telah ditetapkan dan dapat membantu para pelajar
meningkatkan kemahiran dengan lebih cepat dan cekap.
3. Pastikan pelajar yang kurang mahir mendapat bantuan dan tunjuk ajar
supaya mereka dapat mengendalikan mesin dengan betul dan tidak
ketinggalan.

4. Pastikan pensyarah membuat pemantauan ketika mesin dibuka atau


ditutup supaya mesin tidak cepat rosak dan tidak berlaku kemalangan.
5. Pastikan pelajar memakai pakaian keselamatan yang selengkapnya dan
mematuhi segala peraturan bengkel.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, bagi menyiapkan projek kimpalan MIG yang dikira
agak

mudah

dan

simple

ini

memerlukan

teknik

yang

betul

dan

pengalaman yang tinggi. Penggunaan alatan juga memerlukan teknik yang


betul bagi mendapatkan projek yang terbaik dan berkualiti. Saya juga dapat
pendedahan tentang kerja-kerja MIG untuk persediaan di alam latihan
industri dan alam pekaerjaan kelak.
Pemantauan pensyarah amat diperlukan oleh pelajar disebabkan
pelajar tidak biasa lagi menggunakan peralatan kimpalan. Ini adalah amat
penting dan juga bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak
diingini oleh kerana pelajar tidak tahu selok-belok keadaan alatan kimpalan.
Mengimpal dengan MIG juga sedikit-sebanyak melatih saya supaya
lebih berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti
dalam kehidupan harian saya...

You might also like