You are on page 1of 10

8.

5 KERJA TANAH
Pengenalan
Kerja tanah dilakukan untuk mendapatkan aras pembentukan
sebagaimana dikehendaki di dalam lukisan/pelanggan dan juga
untuk kerja-kerja pengorekan. Bagi kawasan yang melibatkan
pihak berkuasa ia perlu dimaklumkan dahulu sebelum kerja
dilaksanakan. Kecuaian akan melibatkan kerugian masa, kos, dan
mungkin nyawa. Penggunaan jentera digalakkan kerana mampu
mengurangkan kos dan mempercepatkan kerja.
Berpandukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, kerja
tanah adalah kerja-kerja berkaitan pemotongan dan tambakan
tanah dari aras bumi sedia ada kepada platform/cadangan
(proposed level) untuk bangunan pada sesuatu projek.
Elemen utama yang perlu dipertimbangkan:
1. Aras cadangan yang akan menentukan isipadu potongan
atau tambakan
2. Kecerunan potongan atau tambakan dari aspek kestabilan
tanah
3. Sistem saliran sementara/kekal untuk menyalirkan air larian
permukaan kepada saliran sedia ada atau sungai-sunga atau
existing sump dan sebagainya.
Selain aspek kejuruteraan, kita perlu peka terhadap
keperluan/kehendak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PBT
mensyaratkan kepada pihak tuan punya/perunding agar
memperolehi kelulusan pelan kerja tanah dan pelan infrastruktur
secara berasingan sebelum mendapatkan kelulusan daripada PBT.

Syarat-syarat Am Kerja Tanah


1. Keadaan asal muka bumi harus dikekalkan ke tahap yang
dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
2. Pemotongan/penambakan cerun diselenggara dengan baik
dan pemulihan cerun yang terhakis perlu dilaksanakan
dengan segera.
3. Bentuk muka bumi (topografi) bercerun lebih dari 20 atau
yang berisiko tinggi dikekalkan.
4. Permukaan cerun dipelihara dengan tanaman tutup bumi
(turfing).
5. Pembukaan tanah perlu mengikut fasa atau selepas fasa
yang terdahulu siap dibina dengan kawalan kerja tanah
yang ditetapkan.
6. Kolam perangkap mendak dan system saliran untuk air
larian permukaan perlu disiapkan sebelum kerja tanah
dijalankan dan diselenggara.
7. Sebarang pelepasan dari kolam perangkap mendak atau
saluran keluar mengandungi tidak melebihi 50mg/l pepejal
terampai.
8. Halaju kenderaan berat pengangkutan tanah dihadkan
kepada 20km/h.
9. Roda dan jentera perlu dibersihkan sebelum bergerak di
atas jalan raya awam.
10.
Muatan lori pelu ditutup sepenuhnya.
11.
Pihak Majlis berhak mengenakan syarat-syarat
tambahan dan kegagalan mematuhi syarat-syarat akan
dikenakan tindakan tanpa sebarang notis.

KAWASAN SENSATIF
i.

Cerun melebihi 30 dan kawasan rendah kurang daripada


3.5 .

ii.
iii.

Kawasan yang berasa didalam zon pemeliharaan dataran


tinggi dan Mangrove conservation area.
Penyediaan pelan topo, cadang potong dan tambak
dikemukakan sebelum kerja dilaksanakan.

KESAN KERJA TANAH YANG TIDAK SEMPURNA


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Tanah runtuh, hakisan tanah, dan banjir


Pemendapan dikawasan rendah sekitar lot
Longkang tertimbus mengganggu system saliran
System lalulintas tergendala
Kerosakan harta benda dan tanaman

SEBELUM KERJA TANAH DILAKSANAKAN


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Patuh dan faham syarat yang dikenakan.


Pastikan had dan kedudukan sempadan.
Memasang papan tanda bagi memaklumkan kepada orang
ramai.
Memastikan pemborong, permit, dan pemaju adalah
berkelayakan.
Pengawas memahami kerja yang akan dilaksanakan.

POTONG DAN TAMBAK


i.
ii.

Penyediaan aras pembentukan (formation level) : aras yang


dibentuk sama ada dengan menambun atau menambak
Kerja tanah dijalankan segera jika terdapat perbezaan aras
sedia ada dengan aras pembentukan.

AKTIVITI-AKTIVITI KERJA TANAH


1. Kerja tanah

Kerja tanah bermaksud penyediaan aras pembentukan seperti


yang dikendaki dalam lukisan tender.
Pembentukan melinatkan pemotongan dan penimbusan tanah.
Tanah berbukit dipotong dan dibawa ke kawasan berlurah untuk
ditimbus.
Aktiviti lain ialah pembersihan, pengorekan, pemunggahan,
pengangkutan, penuangan, pemadatan, dan pencerunan.

2. Pembersihan
Semak samun, pokok dan tinggalan bangunan dibersihkan
menggunakan tenaga manusia dan jentera.
Lapisan atas tanah (top soil) sedalam (150-300)mm dibuang
(strip) dan dilonggokkan untuk digunakan semula semasa
turfing.
Tinggalan bangunan lama dirobohkan dan di sub kontrakkan
pada kontraktor pakar jika dalam kuantiti yang banyak.

3. Pengorekan

Dilakukan untuk mendapatkan aras pembentukan yang


dikehendaki.
Berbagai loji digunakan bergantung kepada jenis tanah di tapak
bina.

4. Pemunggahan, pengangkutan, dan penuangan

Tanah yang dikorek perlu dipindahkan.


Keberkesanan pemunggahan bergantung kepada loji
pengankutan yang sesuai.

5. Pemadatan

Kawasan yang ditimbus perlu dipadatkan untuk meningkatkan


keupayaan galas, mengurangkan kebolehmampatan,
kebolehtelapan, hakisan dan lain-lain.
Pemadatan dilakukan secara berperingkat dengan setiap lapisan
setebal 150-250mm.
Tanah diratakan dan disiram dengan air untuk kelembapan yang
sesuai dan dipadatkan dengan jentera pemadat.

6. Pencerunan

Aras tanah yang dibentuk perlu mengikut bentuk dan kecerunan


yang dikehendaki.
Pencerun bertindak mencerun, melicin, mengikis, memotong,
merebak, dan membina permukaan tebing.

Aras cerun yang siap ditanam dengan rumput untuk menghalang


hakisan.

REKABENTUK KERJA TANAH

menentukan/mencadangkan Aras Cadangan

Tukar aras cadangan jika tidak sesuai

Sediakan keratan memanjang dan keratan melintang


Mengira isipadu korekan dan tambakan
semak kestabilan cerun

Sediakan tembok penahan tanah jika diperlukan


Semak rekabentuk keperluannya

Cadangkan perparitan sementara/perangkap mendak ketika kerja


tanah diperlukan

8.6 TEMBOK PENAHAN

PENGENALAN

Merupakan satu binaan yan berfungsi untuk menahan tanah yang


mempunya kecerunan yang menyebabkannya berada dalam keadaan
tidak stabil.
Sudut yang selamat bagi cerun dalam lingkungan 30 .
Tanah yang padat mempunya sudut yang lebih besar berbanding tanah
lembut/liat.
Tembok penahan diperlukan jika sudut selamat melebihi 30 .
Air bumi juga menambahkan berat tanah dan menjadi bahan pelincir
kepada butiran tanah menyebabkan ia ia tidak stabil.
Beban tambahan yang dikenakan juga memberikan kesan kepada
kestabilan tanah.

PRINSIP REKABENTUK

Dibina dengan kukuh supaya tidak terbalik.


Kupayaan tembok > keupayaan tanah yang disokong.
Kos pembinaan tinggi diperlukan untuk tembok yang besar dan berat.
Tembok memerlukan kekuatan tambahan untuk terus berada dalam
keadaan stabil.
Tekanan tanah dibelakang tembok dinamakan tekanan aktif.
Kekuatan tambahan diperoleh daripada tekanan pasif tanah yang
mengimbangi tekanan aktif.
Tembok perlu tebal dan berat atau memperkukuh tembok yang lebih
nipis (R.C) untuk mengelakkan daripada retak dan pecah.
Rekabentuk tumit tembok yang lebih dalam mengelakkan berlakunya
gelinciran.
Cerucuk keping ditanam melebihi aras gelinciran di bawah tembok jika
berlaku gerakan selanjutnya.

JENIS STRUKTUR TEMBOK PENAHAN


1. Tembok Penahan Graviti
Bergantung pada beratnya sendiri untuk menyokong tanah
supaya berada dalam keadaan stabil.
Berat tembok melebihi berat tanah, air dan beban tambahan.
Langkah diambil untuk mengurangkan suhu yang dihasilkan oleh
penghidratan dengan cara rekabentuk bancuhan konkrit, caracara pembinaan dan teknik pengawetan.
Permukaan luas diantara tapak dan tanah memberikan kesan
geseran yang menahan tembok dari tergelincir.
Bahan yang digunakan ialah konkrit, bata, dan batu.
Ketinggian melebihi 1.8m adalah tidak ekonomi.
Tetulang nominal digunakan untuk mengehadkan keretakan
disebabkan pengembangan dan pengecutan konkrit oleh
perubahan suhu.
2. Tembok Penahan Julur / Dinding T
Prinsip pembinaan menggunakan prinsip tuil.
Tidak mengharapkan berat sendiri untuk menyokong tanah.
Direkabentuk dengan asas yang mempunyai tumit yang dalam
supaya tanah dapat ditambah kepada berat tembok itu sendiri
atau toe yang lebih besar perlu digunakan.
Ketinggian ekonomi ialah 1.2 6.0m.
Prategasan disyorkan bagi ketinggian melebihi 6m.
3. Tembok Penegang / Selangka ( Anchored Wall )
Digunakan bila tembok yang direkabentuk terlalu tinggi untuk
dibina secara ekonomi dalam bentuk jisim konkrit atak bentuk
julur.
Ketinggian melebihi 6m.
Tekanan tanah yang bertindak ke atas dinding nipis yang
merentangi penegang yang teguh secara mengufuk.
Penegang besar mewujudkan beban tetap yang diperlukan untuk
memaastikan kestabilan di atas tembok yang dibesarkan.
Penegang direkabentuk dan keperluan tetulang ditentukan
supaya penegang bertindak sebagai julur untuk menahan

momen lentur yang besar yang tertumpu dititik penegang yang


dibina.
Kelebihan bentuk ini dapat mengurangkan isipadu jisim konkrit
yang digunakan dan mengelakkan penuangan yang besar dan
mengurangkan pengorekkan.

JENIS-JENIS LAIN TEMBOK PENAHAN


i.

Tembok penahan krib


Digunakan untuk menahan cerun di tepi bukit dan pembinaan
jalanraya.
Terdiri dari susunan dan cantuman unit kayu, besi atau konkrit
pra tuang dan bahagian dalam diisi dengan tanah peroi atau
batu kelikir untuk pengaliran air.
Mencapai ketinggian 6m.
Merupakan jenis tembok penahan kambus balik.
Komponen biasa ialah konkrit bertetulang
Permukaan terbuka dihasilkan
Kaedah pembinaan yang mudah dan pantas.

Kebaikan tembok krib :1.


2.
3.
4.
5.
6.

Beban dari tekanan hidrostatik


Mudah dan cepat dibina
Permukaan terbuka dan seragam
Flexibility
Ketinggian kurang dari 15m
Kos pembinaan yang murah

ii.

Tembok gabion

iii.

Tembok krib

iv.

Embedded walls
a) Reinforced and anchored earth
b) Reinforced earth walls
c) Soil nailing
d) Ground anchors

PEMERIKSAAN RUTIN BAGI PENYELENGGARAAN CERUN


PEMERIKSAAN CERUN

Pemeriksaan 2 kali setahun sebaik-baiknya rekod diambil selepas


musim tengkujuh.
Rekod yang perlu diambil ialah lokasi cerun, ketinggian, sudut, system
perparitan, keadaan hakisan, persekitaran cerun, ciri-ciri geologi.
Untuk memastikan cerun dalam keadaan baik dan selamat

PENYELENGGARAAN

Membersihkan sampah-sarap pada saluran perparitan dan permukaan


cerun
Memperbaiki saluran perparitan atau turapan yang rosak/retak
Membaiki dan menggantikan tutupan permukaan cerum yang rosak
atau retak
Membersih lubang leleh dan saluran keluar paip
Membuang tumbuhan yang mengakibatkan keretakkan pada penutup
permukaan cerun dan saluran perparitan.
Tanam semula tumbuhan pada permukaan gondol.
Membuang longgokan bahan batuan longgar dan tumbuhan yang tidak
diperlukan daripada cerun berbatu atau disekeliling batu tongkol.
Membaiki tembok batu yang mengalami kerosakan.
Memeriksa dan membaiki paip air yang ditanam supaya tidak bocor.

Tanda kegagalan berlaku pada pelantar cerun:


1.
2.
3.
4.

Rekahan yang membesar


Tambakan mendap
Pembenjolan
Herotan

Faktor yang perlu diambil kira semasa merekabentuk:


1.
2.
3.
4.

Pekali geseran tanah.


Keupayaan tekanan yang dibenarkan.
Tekanan pasif tanah.
Keadaan tanah yang luarbiasa.

You might also like