You are on page 1of 14

Kewajaran Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah

Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah


Kewajaran Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan


pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan
teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak
termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan dengan itu, pelbagai alat teknologi
seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke
semasa untuk kemudahan kita selari dengan era moden yang penuh kecanggihan
ini.
Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang
paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi
sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh.
Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan sistem
pesanan ringkas (SMS). Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah
dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh
melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.
Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana
mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon
bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit,
mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja
kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi
mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah
walaupun tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh
mendatangkan kemudaratan. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah,
mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuknunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik
wujud dalam diri pelajar yang masih setahun jagung itu. Pelajar yang tidak
mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual
seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit.

Oleh hal yang demikian, mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan
akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak
sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses
pemelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan
beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? Sudah tentu
perkara sebegini ingin dijauhi lebih-lebih lagi banyak masalah lain yang ditimbulkan
oleh para pelajar.
Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila
terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan
berhadapan dengan gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan
telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain.
Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain.
Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta
mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di
sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar
dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh.
Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar
akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat yang mungkin boleh merosakkan
masa depan mereka.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi
yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam
proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang
berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah
diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat.
Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan
sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon
itu.
Natijahnya, melalui perbincangan yang disampaikan di atas, kita dapat
mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar.
Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar
menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan
kos penggunaan yang tinggi. Namun demikian, semua hal ini tertakluk kepada diri
individu itu sendiri bak peribahasa tepuk dada tanyalah selera.

Karangan Contoh 2 - Kebaikan Menggunakan


Pengangkutan Awam
Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Mengurangkan kesesakan lalu lintas


Menjimatkan masa
Mengurangkan kos
Mengurangkan pencemaran udara
Dapat menambah pendapatan negara
Berdasarkan isi-isi penting yang diberi, bincangkan kebaikan-kebaikan
menggunakan pengangkutan awam di negara kita

Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang


semakin menuju ke status negara maju. Namun demikian, penggunaan
pengangkutan awam masih dipandang sepi oleh segelintir masyarakat.
Perkhidmatan awam kini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan satu dekad
yang lalu. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam
menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada
berbagai-bagai faedah yang kita peroleh apabila menggunakan pengangkutan
awam.
Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang
sering menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah
runcing lagi apabila tiba waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja.
Sekiranya orang ramai sepakat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat
kerja, pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, semua orang
menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta persendirian di
atas jalan raya pastinya berkurangan.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan
masa individu yang menggunakannya. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit
Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang tidak melalui jalan raya pastinya
mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga
dibina di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh jalan
raya yang sesak dengan kenderaan.
Di samping itu, apabila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan
awam, kita dapat menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol
yang tinggi dan juga bayaran parkir kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita
menggunakan kenderaan persendirian ke tempat kerja. Namun demikian, dengan
kos yang rendah kita tidak perlu risau dengan kos petrol dan bayaran parkir
berkenaan apabila menaiki kenderaan awam. Wang lebihan berkenaan boleh dibuat
tabungan kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita
sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi.
Hal ini tidak dapat dinafikan kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin
berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada
manusia turut berkurangan. Kesannya, kita dapat mengurangkan pencemaran udara

dan kesan rumah hijau sekali gus. Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia
dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.
Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut mampu
menarik minat pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru,
pendapatan negara akan meningkat seiring dengan penambahan jumlah pelancong
tersebut. Hal ini membolehkan pihak kerajaan merangka lebih banyak kemudahan
dan prasarana untuk kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu, penggunaan
pengangkutan awam ini perlu digalakkan demi memastikan kelangsungan
penggunaanya dalam masyarakat.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, penggunaan pengangkutan
awam di negara kita ini mendatangkan seribu satu faedah buat rakyat dan negara.
Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi
memastikan kemudahan yang disediakan ini diselenggara dan dijaga dengan rapi
untuk memastikan kelangsungan penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak
dipandang enteng, tidak mustahil negara kita mampu mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020 seperti yang dicita-citakan.

Faktor-Faktor Peningkatan Maslah Disiplin dalam


Kalangan Pelajar
Faktor-faktor yang mendorong kepada masalah disiplin pelajar.

- Ibu bapa tidak mendidik anak-anak.


- Ibu bapa sibuk bekerja.
- Pengaruh rakan sebaya.
- Pengaruh media massa.
Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam
kalangan remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana
remaja merupakan tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh
menjejaskan matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam
memacu negara ke era negara maju. Jika diperhalusi, pelbagai faktor yang
mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan remaja.
Faktor utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak
mendidik anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh
mendidik anak-anak mereka dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu
harus dipikul? Sesetengah ibu bapa belakangan ini juga bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan dengan lurus. Jelas, ibu bapa perlu memainkan peranan
mereka dalam mencorak keperibadian remaja.
Di samping itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah
berpunca daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak
terabai. Kesempitan hidup ini memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap
nasi untuk membesarkan anak-anak. Namun demikian, sering kali anak-anak yang

masih mentah ini mengambil peluang yang ada untuk berseronok dengan rakanrakan sehinggakan timbul masalah yang lain. Dalam hal ini ibu bapa perlu bijak
dalam membahagikan masa dengan anak-anak.
Seterusnya, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama dalam
peningkatan masalah disiplin pelajar. Masakan tidak kerana golongan remaja kini
banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya berbanding ahli keluarga.
Didorong atas sifat ingin tahu, mereka pasti akan mencuba sesuatu yang baharu
dalam hidup mereka yang mungkin boleh menggelapkan masa depan sendiri. Sudah
terang lagi bersuluh, remaja atau pelajar perlu bijak dalam memilih rakan jika tidak
mahu terlibat dalam masalah ini.
Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam
meruncingkan lagi permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak mahupun di
kaca-kaca televisyen yang banyak menyiarkan aksi keganasan dan masalah sosial.
Contoh yang paling ketara seperti filem Bohsia, Adnan Sempit dan KL Gengster
yang memaparkan tema keganasan yang mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat. Sedikit sebanyak remaja yang menebal sikap ingin tahunya itu pasti
akan mengikut aksi yang terpapar dalam filem yang berkenaan.
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada peningkatan
masalah sosial dalam kalangan remaja. Namun demikian, perkara ini boleh diatasi
jika semua pihak memainkan peranan masing-masing serta saling berganding bahu
bagai aur dengan tebing. Secara tidak langsung, hasrat kerajaan dalam melahirkan
modal insan yang berkualiti tinggi pada tahun 2020 bakal terlaksana.

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat


Patriotik dalam kalangan Masyarakat
Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering
diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat
membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan
bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.
Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi
masalah ini supaya tidak menjadi duri dalam daging yang akan menjejaskan
kemakmuran negara kita.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah
memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa

Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak sekolah


boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah,
nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik
akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini
penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara
dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk
semangat patriotik dalam sanubari anak anak.
Ibu bapa harus
sentiasamenanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan
kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga
mestimenjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa
mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari
kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat
bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air
daripada ibu bapa sejak kecil.
Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen
secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan
dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita
Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti
televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen
dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan
semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan
filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan
semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum di negara kita.
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik
dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Karangan Contoh 5 - Punca-Punca Berlakunya Gejala


Buli dan Langkah-langkah Menanganinya
Soalan: Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran
Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Tajuk syarahan anda
ialah punca-punca berlakunya gejala buli dalam kalangan pelajar di
sekolah dan langkah-langkah menanganinya. Tuliskan teks
syarahan anda selengkapnya.
Analisis Soalan:
Tema/Isu
Tugasan
Format

Gejala Buli
Menulis syarahan tentang punca-punca dan
langkah-langkah menangani gejala buli
Syarahan

Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa, Puan Hjh
Rohanah bt Esmail, Yang dihormati Guru Penolong Kanan Petang Puan
Kalsom bte Haron, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru
serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Asalamualaikum , salam
sejahtera serta salam satu Malaysia
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Berdirinya saya pada hari ini yang berbahagia ini, adalah untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Punca-punca Gejala Buli di
Sekolah serta langkah-langkah menanganinya. Sebelum saya
meneruskan syarahan saya, ingin saya kemukakan satu soalan iaitu ,
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan rangkai kata 'gejala
buli?
Hadirin yang dihormati sekalian,
Menurut Kamus Dewan, gejala buli membawa maksud masalah
yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek,
menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin
meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin
serius masalahnya. Jika tidak kerana angin masakan pokok
bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai
puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai
penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Sebenarnya, antara punca berlakunya gejala buli ialah


kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang
terlibat. Agama Islam contohnya, menggariskan nilai-nilai murni dan
akhlak mulia yang selaras dengan tuntutan agama. Umpamanya, nilai
hormat-menghormati sesama manusia, kasih-sayang, belas kasihan,
amanah, bertanggungjawab dan sebagainya. Namun, mereka yang
terlibat dalam gejala buli ini tidak lagi menghayati dan mengamalkan
suruhan agama. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk
mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya
kepada orang lain. Ringkasnya, ketandusan nilai keagamaan dalam diri
mereka menyebabkan gejala buli ini semakin berleluasa.
Selain itu, ibu bapa juga menjadi punca berlakunya gejala buli ini.
Pada zaman yang serba moden inil kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk
dengan kerjaya masing-masing untuk meningkatkan taraf kehidupan
mereka. Hal ini menyebabkan mereka kurang memberikan belaian
kasih sayang, kemesraan dan prihatian kapada anak-anak
mereka. Contohnya, terdapat segelintir Ibu bapa yang keluar bekerja
seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam. Mereka tidak ada masa
untuk mengambil tahu perkembangan anak-anak terutama yang remaja.
Tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak diserahkan bulat-bulat
kepada pembantu rumah. Justeru, kekurangan perhatian daripada ibu
bapa turut menjadi punca gejala buli ini.
Di samping itu, pengaruh rakan sebaya di sekolah juga
merupakan salah satu punca yang penting menyebabkan pelajar terlibat
dalam kegiatan membuli ini. Para pelajar yang masih terlalu muda,
dikatakan berumur setahun
jagung dan berdarah
setampuk
pinang sebahagian besarnya masih belum boleh berfikir dengan
matang. Contohnya, mereka amat mudah terpengaruh dengan
tindakan rakan sebaya dan tidak dapat berfikir tentang baik buruknya
tindakan mereka itu. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar
tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat
diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Jelaslah, rakan sebaya yang
menjadi orang penting dalam kehidupan remaja selain ibu bapa menjadi
punca gejala buli ini.
Bagaimana dengan pihak media massa? Seperti yang kita ketahui,
media masa terutamanya televisyen sering menayangkan filem-filem
yang berunsur keganasan, pergaduhan dan sebagainya. Filem dan
rancangan terutamanya dari barat dan Hong Kong jelas memaparkan
unsur keganasan seperti rancangan gusti, filem-filem aksi pertarungan
dan pembunuhan jelas membewa pengaruh buruk kepada remaja kita.

Pelajar meniru aksi yang disaksikan di televisyen untuk membuli rakanrakan mereka yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan serta rakan seperjuangan sekalian,
Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.
Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk
membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak
kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam kurikulum di sekolah.
Contohnya, melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya, ilmu tentang gejalagejala negatif terutamanya buli dan kesan-kesan buruknya perlu
dimasukkan dalam sukatan.
Dengan itu, pelajar akan menyedari
bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan yang boleh
menggelapkan masa hadapan meeka. Pelajar juga didedahkan dengan
pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli
dan cara-cara mengelakkan mereka daripada terbabit dalam kes buli ini.
Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli
juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke
semasa bagi menyedarkan para pelajar agar menjauhi diri daripada
gejala buli. Pihak luar seperti NGO boleh dipanggil untuk mengadakan
pameran dan ceramah tentang gejala buli ini. Selain itu pihak sekolah
sendiri boleh menganjurkan aktiviti seperti kuiz, pidato dan sebagainya
tentang kes buli dan juga boleh menggalakkan para pelajar supaya
menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini
kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan
tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi
pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan
informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua
pelajar tahu akannya.
Seterusnya , yang paling penting ialah diri pelajar itu sendiri.
Para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana kawan yang baik
akan membawa mereka ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya.
Umpama berkawan dengan penjual minyak wangi, secara tidak
langsung badan kita juga akan sentiasa wangi. Contohnya, jika
berkawan dengan orang yang minat membaca buku, maka pelajar
tersebut juga akan dipengaruhi dan gemar membaca bersama-sama.
Oleh itu, jika pelajar mesti bijak memilih kawan, supaya tidak terjebak
dalam
gejala
buli
di
sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu


dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para
pelajar boleh menjadi mata dan telinga kepada para guru di sekolah.
Contohnya jika para pelajar ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli, mereka harus memberanikan diri untuk melaporkan
kepada guru disiplin atau pihak sekolah dengan segera agar masalah itu
dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Memang tidak dapat dinafikan lagi, pihak sekolah turut
memainkan peranan penting untuk menangani gejala buli ini. Setiap
laporan yang diterima daripada guru atau pelajar mesti diambil tindakan
dengan segara. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang
disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan
mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah tidak harus berkompromi
dengan kes buli malah harus mengenakan hukuman yang setimpal
kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan
juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.
Tidak syak lagi, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah
menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak
akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. . Ibu bapa juga perlu
menunjukkan tingkah laku yang baik, contohnya tidak bertengkar atau
bergaduh di hadapan anak-anak , bergaul dengan baik dan mesra ketika
berurusan dengan jiran tetangga dan orang lain. Bak kata bidalan,
bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Ibu bapa yang baik akan
melahirkan
anak-anak
yang
berakhlak
mulia.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam
kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus meluangkan masa
dengan anak-anak dan sentiasa mengambil berat tentang keadaan anak
mereka semasa di sekolah. Contohnya, pada hujung minggu atau cuti,
ibu bapa boleh membawa anak-anak bercuti untuk mempererat
kemesraan keluarga. Perhatian dan belaian kasih sayang yang
sepenuhnya kepada mereka akan menyebabkan mereka tidak berasa
sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk nilai-nilai murni
dalam sanubari anak-anak mereka sejak kecil lagi seperti
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini anakanak akan menyayangi ibu bapa dan sentiasa sudi meluahkan isi hati
dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya
bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara


kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan
berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita
yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai anganangan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar
merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini
pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir
semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini
walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak
duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan
generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat
martabat bangsa dipersada dunia.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun jari sepuluh dan
memohon kemaafan jika ada kesilapan tutur kata semasa
menyampaikan syarahan saya tadi. Semoga apa yang telah saya
sampaikan sebentar tadi dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Akhir kata terimalah dua rangkap pantun daripada saya.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Padi muda jangan ditampi;
Padi huma si beras jati;
Generasi muda harapan pertiwi,
Didiklah mereka seikhlas hati.
Sekian, terima kasih.

Ulasan PT3 Contoh Soalan dan Jawapan Terbaik


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Contoh jawapan:
Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan
perlu disuburkan demimenjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah
satu amalan kejiranan yang telah sebatidalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah
amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amatmudah dipraktikkan kerana
dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakatdi
negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur
sapa sudah menjadilumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang
dikenali, pasti tangan akan dihulur untukbersalaman sambil bertanya khabar.

Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat
Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.
(100 patah perkataan)
Ulasan : Kesan-kesan Jerebu

1. Menyebabkan masalah penglihatan


2. Mengehadkan jarak penglihatan
3. Mengganggu aktiviti harian
4. Menjejaskan kualiti udara
5. Meningkatkan risiko kemalangan
6. Membentuk hujan asid yang bahaya
Sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda jerebu. Jerebu
mungkin datang dari kilang yang mengeluarkan asap kotor yang tidak
ditapis. Jerebu banyak membawa kesan yang buruk terhadap manusia
yang hidup di bumi. Selain itu jerebu juga boleh menyebabkan masalah
kesihatan seperti masalah pernafasan. Antara penyakit yang berkaitan
dengan masalah pernafasan adalah batuk dan asma. Jerebu boleh
menyebabkan penyakit itu berlarutan. Asap jerebu akan mengehadkan
jarak penglihatan dan menyebabkan pandangan menjadi kabur.
Berkemungkinan ianya boleh membuatkan kita menghadapi sakit mata.
Sehubungan itu, jerebu akan mengganggu aktiviti harian. Penduduk
setempat juga tidak digalakkan keluar dari rumah masing-masing jika
asap jerebu itu tebal. Jerebu juga banyak menyumbang berlakunya risiko
kemalangan di jalan raya. Ia juga menyebabkan hujan asid yang bahaya.
Akhir sekali, kita perlu mengelakkan diri daripada keadaan jerebu yang
melanda di negara kita dan kita mestilah menjaga kesihatan badan.

Ulasan: Punca-punca masalah ponteng sekolah


1.
2.
3.
4.
5.

Kehilangan minat untuk belajar


Sikap guru yang sambilewa
Bosan akan proses pembelajaran dan pengajaran
Sikap ibu bapa
Terpengaruh oleh rakan-rakan

Rajah di atas menunjukkan punca-punca masalah ponteng sekolah .


Terdapat lima punca masalah ponteng sekolah . Antara punca masalah
ponteng sekolah adalah murid akan kehilangan minat untuk belajar .
Kesannya , pembelajaran murid akan merosot . Seterusnya , sikap ibu
bapa yang tidak mementingkan anak mereka . Kesannya , anak tidak akan
mendengar kata ibu bapa . Punca lain masalah ponteng sekolah adalah
terpengaruh oleh rakan-rakan . Kesannya , murid akan ketinggalan dalam
pelajaran. Kesimpulannya , semua pihak perlu bertanggungjawab
terhadap murid-murid agar masalah ponteng sekolah dapat diatasi
dengan mudah .

You might also like