You are on page 1of 13

NOVEL : MENITI IMPIAN (Osman Ayob)

SINOPSIS
Novel yang saya pelajari, Meniti Impian karya Osman Ayob mengisahkan kegigihan
seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di Instiut Kemahiran MARA (IKM) dalam
bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan
pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan
hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang
dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya
mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili
merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana
menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami
keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan
usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak
MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri.

TEMA
Tema novel Meniti Impian ialah kegigihan seorang remaja dalam mengejar citacitanya untuk mencapai kejayaan. Tema tersebut dijelmakan melalui watak Zahar
yang gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot di IKM kerana ingin
mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan
juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu Pak Yusuf dalam menyiapkan
perabot yang ditempah oleh orang kampung dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang
bercuti di kampung. Walaupun dia hanya membuat latihan di kilang, namun Zahar tetap
belerja bersungguh-sungguh sehingga dia ditawarkan pekerjaan tetap di kilang tersebut
tetapi dia telah menolaknya. Akhirnya, Zahar berjaya membawa kelulusan yang
cemerlang dan pulang ke kampung dengan membina bengkel perabotnya sendiri yang
dibina atas tanahnya sendiri bernama Bengkel Meniti Impian.

PERSOALAN
1. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan.
Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji
yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan membuahkan hasil.
Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak
mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut dan Zahar sangat meminati bidang
pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi
pelajar cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja.
Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar
kerana taraf pendidikan mereka berbeza dan Norimi menaruh perasaan kepada Zahar
tetapi amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung.
Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua
orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut.
Atau, Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel
perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
5. Keikhlasan dalam persahabatan.
Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan
menumpangkan Zahar di rumahnya. / Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung
saling memberi sokongan antara satu sama lain.

WATAK UTAMA
Zahar
Watak
*anak sulung daripada tiga adik-beradik lelaki.
*berusia awal 20-an
*telah kematian bapa dan ibunya bernama Mak Kiah.
* mempunyai bapa saudara sebelah ibu bernama Pak Yusuf
*Zakri dan Halim merupaka adik lelaki Zahar
*Pandai bermain bola sepak
*bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri.
*menamatkan persekolahan di peringkat SPM
*lulusan IKM
*berkawan dengan Ramli,Norimi dan Habsah di IKM.
*Berkawan dengan Bakar,Rahim dan Suhaili di kampung halamannya.
Pewatakan
1.Seorang yang rajin
Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf membuat perabot
tempahan penduduk kampung dan jiran-jiran.
2.Tidak mudah putus asa
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,Zahar telah memohon pelbagai jawatan dan
telah beberapa kali menghadiri temu duga, tetapi belum juga berjaya.
3.Anak yang baik
Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan sebanyak Rm200 yang
diterimanya setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut
membiayai persekolahan dua adiknya.
4.Seorang yang tegas
Zahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di
kilang tempat dia menjalani latihan dalam loji di Kamunting kerana dia ingin berjaya
dengan usahanya sendiri.
5.Seorang yang tekun
Zahar tekun mendengar setiap nasihat yang diberikan oleh Cikgu Baharum sepanjang
pengajiannya di IKM.

6.Rasional
Walaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili,namun Zahar tidak murah berasa
marah sebaliknya berazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari nanti.
7,Mempunyai sikap setiakawan
Zahar menganggap kemenangan mengalahkan pasukan bola sepak IKM Alor Setar
bukan sumbangan peribadnya malahan usaha seluruh ahli pasukannya.
8.Taat kepada agama
Zahar rajin pergi bersolat Maghrib dan Isyak di masjid semasa di kampungnya.
9.Tahu membalas budi
Setelah berjaya,Zahar menawarkan tiga tempat di bengkelnya untuk pelatih IKM yang
terlibat dengan latihan dalam loji, sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya.
10.Cinta akan kampung halaman
Zahar menanam azam untuk berjaya sebagai tukang perabot/usahawan perabot sejak
mula dia diterima menjadi pelatih IKM.
11.Seorang yang berdikari
Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak
Yusuf, jadi dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya ke Pulau Pinang,Kuala
Lumpur dan Kota Bharu.

WATAK DAN PEWATAKAN SAMPINGAN


Pak Yusuf
Watak
*Bapa saudara kepada Zahar
*Berusia dalam lingkungan 60-an
*Tubuh badan yang masih sihat
*Mempunyai bengkel sendiri
*Mempunyai seorang isteri bernama Mak Temah
*Mempunyai dua orang anak yang sedang menuntut di universiti
Pewatakan
1.Mengambil berat
Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar diri di IKM kerana mengambil berat akan

keperluan anak saudaranya.


2.Bertanggungjawab
Walaupun tahu Zahar boleh menyiapkan rak kasut masjid itu sendiri,tetapi atas rasa
tanggungjawab,dia berusaha menyiapkanya dengan bantuan Zahar.
3.Gigih bekerja
Pak Yusuf gigih bekerja di bengkel perabot menyiapkan tempahan perabot di samping
bekerja di kebun.
4.Pemaaf
Pak Yusuf senang memaafkan isterinya walaupun Mak Temah sesekali terlambat
menghidangkan makanan.
5.Rajin bekerja
Sejak awal pagi lagi,selepas sarapan Pak Yusuf telah pergi ke bengkel untuk
menyiapkan tempahan perabot.

Suhaili
Watak
*Berbadan tinggi lampai
*Berbibir nipis
*Berkulit putih kuning
*Berlesung pipit di ppi kanan
*Kawan sekelas Zahar
*Anak ketua kampung, Pak Karim
*Lulusan ITM
*Pernah bekerja di Petaling Jaya
*Berjawatan sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran
Pewatakan
1.Mengakui kesalahan
Suhaili mengakui kesalahanya menghina dan memandang rendah terhadap Zahar
dengan mengatakan lulusan IKM tidak ada masa depan yang cerah.
2.Memandang rendah terhadap orang lain
Suhaili memandang rendah kepada Zahar yang akan menjadi Pelatih IKM.Dia

menganggap bahawa lulusan IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah.
3.Mudah putus asa
Suhaili berhenti kerja di Petaling Jaya kerana tidak tahan dengan tekanan kerja dan
kesesakan lalu lintas di sana.

NILAI DAN PENGAJARAN


a) Nilai murni: Saling memaafkan
Pengajaran: Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.

Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah


keputusannya melanjutkan pelajaran di IKM.
Pelatih senior dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa
berlangsungnya minggu suai kenal.
Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak
Temah lewat menghidangkan sarapan.

b)Nilai: Bertanggungjawab
Pengajaran: Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah
diamanahkan.

Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid
kerana dia telah dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya ,Pak Yusuf dengan
sempurna kerana tanggungjawabnya sebagai isteri.

c) Nilai: Keyakinan
Pengajaran: Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri

Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah
mengalah kepada pandangan masyarakat.
Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah
berusaha dengan sebaiknya disamping restu daripada ibunya.

d) Nilai: Setiakawan
Pengajaran:Sikap setiakawan haruslah sentiasa diamalkan agar silatulrahim terus
berkekalan.

Zahar tidak mahu menerima pujian untuuk dirinya sendiri sahaja sebaliknya
memuji rakan-rakan sepasukan yang telah membawa kemenangan kepada
pasukannya.

e) Nilai:Rajin
Pengajaran: Kita haruslah sentiasa rajin berusaha agar rezeki kita bertambah.

Mak Kiah mengambil upah menjahit selain menganyam tikar mengkuang untuk
menambah pendapatan keluarganya.
Halim dan Zakri akan membantu ibunya memesin getah atau mencetak
mengkuang pada hari-hari cuti persekolahannya.

f) Nilai: Ambil berat


Pengajaran:Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan
amalan.
Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk
membantu keluarga Zahar setakat kemampuannya.
LATAR MASA
Lima Tahun
-Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot berupa bangsal di sebelah rumahnya sejak lima
tahun yang lalu kerana berminat dengan kerja-kerja pertukangan.
Setahun
-Zahar telah bekerja sejak setahun yang lalu di bengkel pak ciknya,Pak Yusuf.
Tiga Tahun
-Sejak tiga tahun yang lalu selepas berhenti sekolah,Zahar sentiasa berusaha
memohon pelbagai jawatan tetapi tidak berjaya.
Satu jam setengah
-Selama satu jam setengah Zahar menaiki bas MARA dari Sik ke Alor Setar untuk
bertemu dengan Suhaili.
Waktu pagi
-Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
-Zahar pulang ke kampungnya pada waktu pagi dan mendapati ada kenduri di rumah
Suhaili.

Pada waktu malam


-Norimi dan Zahar telah mendeklemasikan sajak hasil ciptaan mereka sendiri pada
malam pentup minggu suai kenal di IKM Sungai Petani.
Awal bulan
-Semua pelatih IKM termasuk Zahar akan menerima wang imbuhan sebanyak
RM200.00 pada setiap bulan.
Tiga bulan
-Mak Kiah, ibu Zahar pernah dirawat selama tiga bulan di wad Tibi.
-Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas,barulah Zahar dan rakan-rakannya
mendapat keputusan peperiksaan mereka.
Dua minggu
-Pasukan bola sepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu
selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.
Enam bulan
-Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam
bulan.
-Zahar dan rakan-rakannya perlu menjalani latiah dalam loji selama enam bulan.Zahar
diterima menjalani latihan di KIlang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian
Kamunting,Taiping.
LATAR TEMPAT
Bengkel Pak Yusuf
-Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf bagi membantu
pendapatan keluarganya.
-Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal,Pak Yusuf menyiapkan
tempahan perabot daripada penduduk kampung dan jiran-jirannya.
Bengkel Pertukangan Perabot
-Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di k dalam bengkel
Pertukangan Perabot.Mereka diberi masa 15 jam untuk menyiapkan rak buku.
Padang
-Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang bola kerana mereka
kekurangan pemain.

Rumah Ketua Kampung


-Pada hari satu kepulangan Zahar ke kampung,ada kenduri di rumah ketua kampung
Pak Karim.
Stesen Bas MARA
-Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili.
Kompleks City Point,Alor Setar
-Zahar dan Suhaili makan di Restoran Kentucky Fried Chicken di Kompleks City
Point,Alor Setar.
IKM Sungai Petani
-Zahar dan Norimi bertemu pertama kali semasa mereka mendaftar di IKM Sungai
Petani.Zahar mengikuti kursus Pertukangan Perabot manakala Norimi mengikuti kursus
Lukisan Seni Bina.
Kampung Carok Petitih,Sik
Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih menuju ke IKM Sungai
Petani menaiki teksi Pak Usin.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat pekebun
-Selain menerima tempahan perabot di bengkelnya,Pak Yusuf juga sering pergi
membersihkan kebunnya.
-Mak Kiah,ibu Zahar bekerja menoreh getah bagi menampung keperluan keluarganya.
Masyarakat pelajar
-Pelatih-pelatih di IKM termasuk Zahar,Ramli dan Norimi belajar bersungguh-sungguh
sebelum menduduki peperiksaan asas.
Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain
-Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau teksi
bersama-sama kerana sikap masyarakat suka bercerita dan menokok tambah cerita.
Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain
-Suhaili selalu memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM sebagai
pelatih berbanding dirinya berkelulusan ITM.
Masyarakat yang rajin bekerja

-Zahar dan Razaki bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu walaupun dia
menjalani latihan loji sahaja.
Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat
-Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan perabot terutama
setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar.
Masyarakat yang bergotong-royong
-Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot milik Zahar di sudut
kanan halaman rumahnya.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
-Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6,Zahar memohon untuk memasuki IKM untuk
menambah ilmu pengetahuan.
Masyarakat yang ambil berat
-Pak Yusuf mengambil berat tentang anak saudaranya dengan menyewa teksi dan
menghantar Zahar mendaftar di IKM.

g) Nilai:Berdisiplin
Pengajaran:Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahan
Contoh:
1.Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan
berbaris dengan tegak semasa minggu suai kenal.
2.Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan
menaiki basikal sejauh 2 km.
h)Nilai:Tabah
Pengajaran:
1.Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan orang terhadap diri kita.
2.Janganlah kita mudah berputus asa menghadapi kesusahan dalam hidup.
Contoh:
1.Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili yang memandang rendah kepada

mereka yang mempunyai kelulusan IKM.


2.Mak Kiah dengan tabah membesarkan tiga anaknya dengan hasil menoreh
getah,menganyam tikar dan mengambil upah menjahit baju selepas kamatian
suaminya.
i)Nilai:Kerja sama
Pengajaran: dalam sebuah pasukan,kerja sama haruslah ada untuk mencapai
kejayaan.
Contoh:
1.Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk
memastikan kejayaan pasukan mereka.
2.Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerja sama membersihkan kawasan
semak seluas padang bola dalam masa yang singkat.
j)Nilai:Tegas
Pengajaran:Kita mestilah tegas dengan tindakan atau pendirian yang telah kita buat.
Contoh:
1.Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya
mendapatkan pekerjaaan di kilang perabot selepas tamat latihannya di sana.
k)Nilai:Berani
Pengajaran:Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kemampuan
diri.
Contoh:
1.Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri
semasa penutup minggu suai kenal.
l)Nilai:Bergotong-royong
Pengajaran:Kita haruslah bergotong-royong melakukan sesuatu perkara yang sukar
agar menjadi lebih mudah.
Contoh:
1.Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik
Zahar tanpa menghiraukan terik panas matahari.
m)Nilai:Berjimat cermat
Pengajaran:Kita haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat.

Contoh:
1.Walaupun hanya menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 sebulan,namun
Zahar sentiasa berjimat cermat untuk memastikan perbelanjaannya sentiasa
mencukupi.
n)Nilai:Tekun
Pengajaran:Kita mestilah tekun dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Contoh:
1.Zahar tekun bekerja di bengkel Pak Yusuf sejak setahun yang lalu.
2.Zahar dan rakan-rakan sekelasnya sentiasa tekun melaksanakan tugasan mereka
sejak latihan mereka bermula di IKM.
o)Nilai:Merendah diri
Pengajaran:Kita mestilah sentiasa bersikap merendah diri terutama di tempat orang.
Contoh:
1.Sikap Zahar yang suka merendah diri menyebabkan dia mudah didekati dan
disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting.
p)Nilai:Gigih
Pengajaran:Sikap gigih dalam melakukan sesuatu perlulah dijadikan pegangan
hidup jika ingin berjaya.
Contoh:
1.Zahar gigih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh di IKM untuk
membuktikan bahawa pelatih IKM juga boleh berjaya.
q)Nilai:Menghormati
Pengajaran:
1.Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita.
2.Kita mestilah menghormati guru yang mencurahkan ilmu kepada kita.
Contoh:
1.Pelatih IKM Sungai Petani menyediakan jamuan ringan untuk pasukan bola sepak
IKM Alor Setar yang bertancang ke tempat mereka.
2.Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak
lokek mencurahkan segala ilmunya.
r)Nilai:Baik hati
Pengajaran:Kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Contoh:
1.Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah
sewanya walaupun dia baru mengenali Zahar.
2.Zahar mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kilang perabot tempat
latihan lojinya dan semua rakan sekerja yang begitu baik terhadapnya sejak dia
memulakan latihannya di sana.
s)Nilai:Insaf
Pengajaran:Kita mestilah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan
Contoh:
1.Suhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar kerana dia menginsafi perbuatannya yang
telah menghina dan memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM.
t)Nilai:Bijaksana
Pengajaran:Kita haruslah bijak menangani sesuatu situasi.
Contoh:
1.Zahar berjaya memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan seterusnya
membuat rembakan kencang ke pintu gol pihak lawan semasa perlawanan bola
sepak dengan pasukan IKM Alor Setar.

You might also like