You are on page 1of 5

1 ayat pasif diri pertama, iaitu aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.

2 ayat pasif diri kedua, iaitu awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
3 ayat pasif diri ketiga, iaitu ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah.


(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.

(a) Kasut sekolah saya cuci.


(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.


(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.

(a) Kerja itu harus anda siapkan.


(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.

yat Aktif

Ayat Pasif Diri Ketiga

) Mereka mengecat bangunan.


) Baginda meminta rakyat supaya bersabar.
) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur.
) Dia sedang menjahit baju.

(a) Bangunan dicat oleh mereka.


(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.

TATABAHASA (MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)


1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

6. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.

7. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.

8. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

9. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.

10. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

11. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan
perubatan.

TATABAHASA (MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF)


1.Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing
dengan bangsa lain.
2.Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke
mahkamah.
3.Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.
4.Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di
sepanjang sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.

5. Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

6.Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

7.Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri
kecil itu.

8. Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di
warung.

9. Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk


setempat.

10. Azman telah saya panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

11. Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

Peribahasa
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi
yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.
Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau di luar negara. Kini
dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan
oleh penduduk kampung untuk memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk
menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun,
hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, dia akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.
1.

ibarat sirih pulang ke gagang (Peribahasa lain yang boleh di gunakan, sila rujuk di sini)

2.

pucuk dicita ulam mendatang Memperolehi sesuatu melebihi daripada yang dikehendaki.

3.

hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih jika kita hendak melakukan sesuatu ,kita akan

menyempurnakan sedaya upaya kita

Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya. Rakan-rakannya sering
berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat
menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan
mula menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun,
segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.
1.

tangkai jering/ketam batu

2.
3.

kera sumbang ()
nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya itu. Dia selalu
menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia sendiri selalu tidak berada di
pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar
akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan bersungguhsungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang
telah berlaku.
1.

ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul/lurus

2.
3.

makan gaji buta


nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Peribahasa

ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul/lurus


kera sumbang ()
ibarat sirih pulang ke gagang
nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

pucuk dicita ulam mendatang Memperolehi sesuatu melebihi daripada yang dikehendaki.

tangkai jering/ketam batu


makan gaji buta
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau di luar
negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada tempatnya dan
sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan
telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan
dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, dia akhirnya berjaya
menubuhkan koperasi tersebut.
1.
2.
3.
Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya. Rakan-rakannya
sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan yang dimilikinya. Farhan juga
tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lamakelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah
dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan
sikapnya itu.
1.
2.
3.
Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya itu. Dia
selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia sendiri selalu tidak

berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya pada masa pejabat. Bagaimanapun,
Maznan sedar akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar
dengan bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada
guna disesalkan hal yang telah berlaku.
1.
2.
3.

You might also like