You are on page 1of 1

4.

0 Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

4.A1 : Latihan 1
1. Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara
pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka,
selepas merdeka dan sekarang).
Pembangunan ekonomi daripada zaman penjajah sehingga sekarang terus berlaku
dengan begitu pesat sehingga Malaysia dapat bersaing dengan negara maju yang lain.
Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu dapat dipisahkan mengikut kaum iaitu kaum
Melayu berorientasikan ekonomi tradisional dan lebih kepada sara diri, manakala
masyarakat India pula lebih kepada estet iaitu ladang getah, manakala masyarakat
Cina pula lebih kepada perlombongan dan lebih kepada perniagaan di bandar. Dasar
Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mengganti ekonomi tradisional. DEB ini
diwujudkan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat. Matlamat utama
DEB ialah untuk membangunkan kawasan tanah untuk perpaduan negara dan
pembangunan penduduk melalui dua strategi iaitu golongan yang tidak memiliki
tanah dan menyusun semula agensi kerajaan. Strategi ini berperanan untuk
menghapuskan perbezaan kelas kaum berdasarkan tempat tinggal dan ekonomi yang
telah diperkenalkan oleh penjajah. Ianya bertujuan untuk memperlihatkan kewujudan
pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, merapatkan jurang pendapatan dan
mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum di samping dapat menjamin
pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan pada masa sama cuba
mewujudkan keseimbangan antara kaum. Ekonomi pada masa sekarang lebih terbuka
dan amat mementingkan perpaduan antara kaum di Malaysia di mana setiap sektor
pekerjaan adalah terbuka untuk semua kaum. Taraf peluang pekerjaan juga amat adil
di mana tiada sebarang sifat ketidakadilan wujud.
2. Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera /
Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila
pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial
semasa.

You might also like