You are on page 1of 2

PERMASALAHAN KAJIAN

Secara amnya kejayaan dan kegagalan projek banyak bergantung kepada keberkesanan
pengurusan yang berhubungkait dengan projek yang dilaksanakan. Faktor-faktor pendekatan
yang dapat menuju atau menghala ke arah kecemerlangan perlu dilaksanakan dan diambilkira
bagi mencapai pengurusan berkesan. Namun, terdapat juga masalah dalam pengurusan
projek. Antaranya ialah masa, kos dan dan skop.
i.

Masa
Kumpulan kami telah mendapat tugasan berkaitan dengan bangunan bersejarah di
mana kami telah memilih rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir sebagai tugasan
kumpulan. Masalah yang dihadapi oleh kumpulan kami ketika hendak menemu bual
pihak tersebut adalah masa, di mana kami sukar untuk menentukan masa yang sesuai
bagi sesi menemu bual pihak berkenaan. Kami juga mempunyai masalah apabila kami
tidak mempunyai kelapangan waktu untuk pergi menemu bual pihak tersebut kerana
kami perlu menghadiri kelas seperti biasa iaitu dari hari Ahad hingga Khamis. Kami
hanya mempunyai kelapangan pada hari Jumaat dan Sabtu tetapi pihak berkenaan
bercuti pada hari tersebut. Oleh itu, kami perlu menelefon dan membuat temu janji
terlebih dahulu sebelum kami pergi menemu bual pihak berkenaan.

ii.

Kos
Selain itu, kami juga mempunyai masalah dari segi belanjawan kerana kami terpaksa
menggunakan duit sendiri untuk pergi menemu bual dan melawat rumah kelahiran
Tun Dr. Mahathir. Rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir terletak di Alor Setar di mana
perjalanan kami ke sana memakan masa selama satu jam dari Universiti Utara
Malaysia.

iii.

Skop
Masalah seterusnya adalah dari segi skop tugasan di mana tajuk tugasan dan
kumpulan telah ditetapkan oleh pensyarah. Setiap tugasan yang diberikan mempunyai
skop yang berbeza. Kami tidak diberikan peluang untuk membuat pilihan untuk
memilih tajuk tugasan yang kami inginkan.

You might also like