You are on page 1of 4

KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM MEMBINA KUALITI HIDUP

SEJAHTERA

1. Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan
membentuk masyarakat yang sejahtera (Preston dan Elo, 1996). Pendidikan yang berkualiti
juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka,
menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran
individu kepada dunia tanpa sempadan. Mempelajari pelbagai kemahiran akan menyediakan
individu untuk lebih berjaya dalam kehidupan di rumah, komuniti, serta di tempat kerja.

2. Pendidikan sangat penting dalam konteks kesejahteraan ekonomi kerana ia boleh


memimpin individu ke arah pemperolehan pendapatan tidak-terhad (Marx, 1964, 1971), serta
mampu meningkatkan perasaan kawalan-diri seseorang (Christoffel dan Gallagher, 2006).
Kerja tidak-terhad melibatkan kepelbagaian tugas, tidak bersifat rutin, serta mempunyai
peluang untuk melanjutkan pelajaran dan perkembangan ilmu. Dalam konteks kerja tidakterhad juga, para pekerja dapat mengawal proses buruh; mereka mempunyai peluang untuk
mengguna pelbagai kemahiran yang ada pada setiap buruh bagi memenuhi kesesuaian
sesuatu rekabentuk kerja.

3. Pendidikan juga berkaitrapat dengan kondisi ekonomi manusia. Individu yang rendah
tahap pendidikannya cenderung untuk berhadapan dengan masalah ekonomi (Imazeki dan
Reschovsky, 2003). Hal ini disebabkan mereka kurang diminati oleh organisasi pekerjaan
untuk diambil sebagai pekerja. Tahap pendidikan yang rendah dikalangan pekerja juga
cenderung memberi tekanan kepada pihak pengurusan, disamping bebanan kepada ekonomi
keluarga. Bebanan ekonomi ini berupaya meningkatkan tekanan psikologi pekerja berkenaan
ketika berhadapan dengan pelbagai masalah atau usaha seperti pembayaran bil, penyediaan
keperluan rumahtangga, dan urusan keluarga.

4. Pendidikan memberi laluan kepada kestabilan hubungan sosial terutamanya perkahwinan.


Pendidikan yang baik juga boleh mengurangkan kadar perceraian kerana pasangan berkahwin
dan melaksanakan kehidupan bersama di bawah arus yang sesuai dengan kondisi ekonomi
pasangannya. Pendidikan juga dapat mengurangkan gejala duda dan janda kerana lelaki
dan wanita cenderung untuk memilih pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang
sama.

5. Disamping itu, menurut Rogot, Sorlie dan Johnson (1992), individu yang memperolehi
tahap pencapaian pendidikan yang baik mempunyai jangka hayat yang lebih panjang
berbanding dengan individu yang rendah tahap pendidikannya.

6. Individu yang memiliki tahap pendidikan yang baik mempunyai kadar kawalan diri yang
tinggi dalam beberapa situasi seperti pengurusan kerja, kepimpinan kerja, pemperolehan
wang, pengurusan rumahtangga, dan beban kerja rumah, berbanding dengan individu yang
kurang berpendidikan. Individu berpendidikan tinggi diikuti dengan kadar kawalan diri yang
tinggi didapati mempunyai kadar tekanan psikologi yang rendah. Hal ini disebabkan, kawalan
diri yang tinggi membantu individu mengawal tingkahlaku, emosi serta minda secara positif
dan fleksibel dalam menangani pelbagai masalah.

7. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan


dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri.

8. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin
individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan
kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi
cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf
pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah pembangunan diri,
bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan.

KEPENTINGAN PADA NEGARA


9. pendidikan bukan sahaja akan melahirkan sumber daya manusia yang berkualiti, memiliki
pengetahuan dan keterampilan, serta menguasai teknologi, tetapi pendidikan juga dapat
menumbuhkan iklim peniagaan yang sihat dan kondusif bagi pertumbuhan ekonomi di dalam
negara.

10. dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Dengan wujudnya rakyat yang
berilmu, maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini kerana mereka yang
berpendidikan akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan. Dengan
pendapatan yang lumayan, maka rakyat dapat membeli keperluan asas yang lebih baik dan
kehidupan mereka akan lebih bahagia. Rakyat yang berilmu pengetahuan juga dapat menjadi
pemangkin ke arah pembangunan negara.

11. Kerana itu bidang pendidikan bukan sahaja memberi faedah kepada seseorang individu,
tetapi juga memberikan faedah kepada komuniti peniaga dan masyarakat umum. Pencapaian
pendidikan pada semua tahap akan meningkatkan pendapatan dan produktiviti masyarakat.
Pendidikan merupakan jalan menuju kemajuan dan pencapaian kesejahteraan sosial serta
meningkatkan ekonomi negara, sedangkan kegagalan dalam pendidikan akan melahirkan
pelbagai masalah dalam negara contohnya seperti masalah pengangguran, peningkatan kes
jenayah dan penyalahguaan dadah yang akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi
gangguan kepada masyarakat.

12.Kepentingan pendidikan kepada rakyat yang seterusnya ialah dapat meninggikan lagi
mutu pendidikan negara. Jika ramai rakyat yang berilmu pengetahuan, maka sudah tentulah
sebahagian daripada mereka akan menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pusat
pengajian tinggi. Golongan pendidik ini pasti dapat membimbing generasi muda untuk
menjadi rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran.

13. rakyat yang berpendidikan juga dapat memajukan negara. Sejarah telah
membuktikan bahawa negara-negara yang maju memiliki rakyat yang berlimu pengetahuan.
Contohnya, negara Jepun, Korea Selatan serta Amerika Syarikat. Rakyat yang berilmu
pengetahuan ini dapat mencipta benda-benda baru untuk membangunkan negara. Oleh itu,
dengan adanya rakyat yang berilmu pengetahuan, maka Malaysia juga pasti menjadi negara
maju pada suatu hari nanti.

14. Di samping itu, pendidikan kepada rakyat membolehkan neg


ara memiliki
pemimpin pelapis yang lebih hebat dan cemerlang. Sesungguhnya negara kita amat
memerlukan pemimpin-pemimpin yang berilmu pengetahuan dan berwawasan jauh dalam
memajukan negara. Hal ini kerana, rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat memerlukan
pemimpin yang bijak serta dapat diterima oleh semua kaum. Pemimpin yang berilmu
pengetahuan ini akan membuat pertimbangan yang lebih rasional dalam melaksanakan
sesuatu program yang dirancang.

15. Pendidikan juga berperanan dalam membangunkan sains dan teknologi negara.
Penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Negara Malaysaia perlu melahirkan
tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya
tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.

16. Pendidikan sebagai satu institusi sosial memainkan peranan yang penting dalam
penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan juga dapat membentuk
sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk menerima perubahan, inovasi serta
penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya di
kalangan generasi muda.

17. pendidikan juga berperanan dalam meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam
kalangan masyarakat sekali gus dapat melupuskan atau menghilangkan kadar buta huruf
masyarakat. Hal ini merupakan peranan terpenting pendidikan kepada negara kerana
kebolehan membaca dan menulis merupakan asas yang utama dalam menjalani kehidupan di
zaman yang serba moden ini. Setelah kemahiran ini dapat di kuasai, sebarang maklumat atau
segala ilmu pengetahuan akan dapat di peroleh dan di fahami dengan mudah

18. Selain itu pendidikan juga berperanan dalam mempengaruhi sosialisasi negara. Samada
secara sedar atau tidak, peningkatan kes-kes yang dikategorikan sebagai gejala sosial kini
berada pada tahap yang agak membimbangkan. Dalam hal ini pendidikan berperanan dalam
mencorakkan perkembangan dan pembentukan watak seseorang bagi melahirkan individu
yang baik. Sekolah adalah institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar
menghabiskan masa selama enam hingga lapan jam sehari di situ. Mereka belajar tentang
peraturan, menghormati, kasih sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yang
dibentuk secara berhati-hati, diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasi
setiap hari.

19. Di samping sikap rakyat yang berbudi bahasa, ilmu pengetahuan rakyat juga dapat
menaikkan imej negara di mata dunia. Langkah kerajaan menghantar seorang angkasawan
negara ke angkasa lepas telah memberikan imej positif tentang taraf pendidikan rakyat
Malaysia. Kini terdapat juga rakyat Malaysia yang ditawarkan pekerjaan di luar negara
kerana memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Justeru, negara luar
memandang tinggi rakyat Malaysia yang berkemahiran dan berpendidikan bekerja di negara
mereka.

20. Pendidikan yang terdapat di Malaysia memainkan peranan penting dalam meningkatkan
perpaduan kaum. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang wujud pada hari ini telah membantu
merealisasikan cita-cita negara untuk menyatupadukan kaum juga meningkatkan integrasi
nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perpaduan kaum yang terbina ini seterusnya
membawa kepada keberkesanan dalam sistem pentadbiran negara.

21. Melalui pendidikan juga juga dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Modal insan
yang berkualiti boleh menjadi tenaga kerja dalam membangunkan negara Malaysia. Tenagatenaga mereka amat diperlukan dalam proses membina dan melahirkan sebuah
negaraMalaysia yang maju, hebat serta berdaya saing dengan negara-negara lain. Negara
yangmempunyai rakyat yang mempunyai ilmu akan maju dari segala aspek termasuk
politikekonomo dan sosial. Melalui pendidikan ilmu dapat dipelajari dan ilmu dapat
digunakan untukpembangunan negara Malaysia.

22.

You might also like