You are on page 1of 38

17

18

19

20
KANDUNGAN
=================
1. Faedah bergotong - royong .............................. 4
2. Cara-cara untuk berjimat cermat ..................... 5
3. Kebaikan mengikuti kelas tambahan ............... 6
4. Faedah bersukan ............................................... 7
5. Faedah memanfaatkan perpustakaan ............. 8
6. Ibu saya .............................................................. 9
7. Guru saya ......................................................... 10
8.Faedah-faedah membawa bekal makanan dari rumah ke
sekolah ............................................ 11
9. Faedah memanfaatkan perpustakaan ........... 12
Berbincang tentang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan
10.

Kelas ....................................... 13
11. Faedah menabung........................................... 14
12. Lawatan Ke Pulau Langkawi .......................... 15
13. Cara-Cara menjaga kesihatan diri.................. 16
14.Langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan
raya .......................................................... 17
15. Faedah membaca ............................................ 18
16. Faedah menyimpan wang ............................... 19
17. Kepentingan komputer ................................... 20
18. Kebaikan bersukan ......................................... 21
19. Kepentingan memelihara alam sekitar .......... 22
Faedah bergotong - royong
Pendahuluan:
Amalan gotong-royong merupakan amalan yang mulia dalam kehidupan kita. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan kampung, halaman rumah,
kawasan sekolah dan membaiki jambatan.
Isi 1:
Amalan bergotong-royong boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Apabila kita menjalankan
sesuatu aktiviti secara bergotong-royong, kerja yang berat akan menjadi ringan. Kita juga akan kurang
berasa letih dan bosan.
Isi 2:
Di samping itu, kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang. Hal ini demikian kerana aktiviti bergotong-
royong dijalankan secara beramai-ramai tanpa upah. Dengan adanya kerjasama daripada semua lapisan
masyarakat, sesuatu aktiviti dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah.
Isi 3:
Selain itu, kita dapat memupuk persahabatan dan sifat setiakawan. Melalui aktiviti bergotong-royong, kita
boleh berkenalan dengan jiran tetangga dan kawan-kawan baharu. Kita akan berpeluang untuk saling
memahami dan tolong-menolong. Justeru, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam
masyarakat majmuk.
Isi 4:
Amalan gotong-royong juga boleh mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Melalui amalan
ini, kita akan bekerjasama dan bermuafakat untuk mengatasi sesuatu masalah. Amalan ini dapat
menyatukan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Bak kata pepatah, "jiran sepakat membawa
berkat".
Penutup:
Kesimpulannya, kita sewajarnya menghidupkan semula semangat gotong-royong dalam kehidupan kita
demi kesejahteraan bersama. Hal ini kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada amalan gotong-
royong.
Cara-cara untuk berjimat cermat

Pendahuluan:

Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Setiap orang perlu berjimat cermat. Banyak cara

yang dapat dilakukan untuk membudayakan amalan berjimat cermat.

Isi 1:

Antara langkah yang dapat dilakukan termasuklah menjimatkan penggunaan air dan elektrik. Hal ini perlu

dilakukan untuk mengelakkan bil utiliti yang tinggi. Kita dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Isi 2:

Selain itu, kita dapat menjimatkan wang melalui amalan membawa bekal makanan ke sekolah atau ke

tempat kerja. Sudah pasti tindakan ini dapat menjimatkan wang saku kita. Selain dapat berjimat, kita juga

dapat menikmati makanan yang lebih berkhasiat dan bersih.

Isi 3:

Kita disarankan agar tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Kita hendaklah membeli sesuatu yang

penting sahaja. Hal ini perlu dilakukan untuk mengelakkan pembaziran.

Isi 4:

Di samping itu, kita juga dapat berjimat-cermat dengan cara tidak membazirkan makanan. Kita perlu

memilih makanan yang berkhasiat sahaja. Elakkan pembelian makanan segera yang tidak berkhasiat itu.

Makanan segera dapat menjejaskan kesihatan kita di samping menggalakkan pembaziran.

Penutuup:

Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan amalan berjimat cermat sepanjang masa. Hal ini merupakan

tuntutan agama. Banyak manfaat yang akan diperoleh. 6


Kebaikan mengikuti kelas tambahan

Pendahuluan :

- Kelas selepas waktu pembelajaran formal di sekolah - percuma dan berbayar - kelas untuk peperiksaan

UPSR , PT3 , SPM dan STPM

Isi Penting

1.Menambahkan pemahaman sesuatu subjek - Subjek di ajar guru tidak sempat di habiskan semasa

pembelajaran formal - pelajaran yang tertinggal di ajar melalui kelas tambahan.

2.Meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan -biasanya kelas tambahan berfokus

kepada peperiksaan-latih tubi soalan peperiksaan-guru akan mengajar teknik menjawab yang berkaitan

subjek diajar.

3.Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah- tidak akan membuang masa dengan menonton

televisyen, bermain permainan video dan bersembang dalam talian seperti 'Whatsapp' dan 'Facebook'.

4.Kelas tambahan percuma di sekolah -diajar oleh guru mereka sendiri - menjimatkan kos perbelanjaan ibu

bapa - secara tidak langsung membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa murid.

Penutup
Faedah bersukan
Pendahuluan :
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah,
kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini dikatakan demikian
kerana bersukan banyak memeberikan faedah kepada kita..
Isi 1 :
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti
berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran
lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika
belajar di dalam kelas.
Isi 2 :
Selain itu, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat
berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika
kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini
akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Isi 3 :
Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan
permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan
dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Isi 4 :
Seterusnya, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam
bidang sukan, kita dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara. Apabila kita berjaya
memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita berjaya mengharumkan nama sekolah.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita bersama-sama menyahut
seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.
Faedah memanfaatkan perpustakaan
Pendahuluan :
Perpustakaan ialah gedung ilmu yang mengumpulkan pelbagai bahan bacaan. Di perpustakaan terdapat
banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Oleh
itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikan kepada kita semua.
Isi 1 :
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu
ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak
langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan
lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih
cerah.
Isi 2 :
Selain itu, perpustakaan ialah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-
peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh dan
sebagainya. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan seterusnya
menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Isi 3 :
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-
murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di
perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan
di dalam tabung untuk kegunaan masa depan.
Isi 4 :
Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan. Melalui pembacaan di perpustakaan,
sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui isu semasa yang berlaku sama ada di
dalam dan di luar negara.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, kita akan memperoleh banyak manfaat sekiranya bijak memanfaatkan perpustakaan. Oleh
itu,ibu bapa mestilah menanamkan minat anak-anak untuk pergi ke perpustakaan supaya manfaat-manfaat
tersebut dapat dinikmati.
Ibu saya
Pendahuluan:
Ibu ialah insan yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh
kasih sayang. Kasih ibu tidak ternilai harganya dan tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Nazlina
Ibrahim. Beliau berumur 43 tahun.
Isi 1:
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu ialah wanita yang
cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Ijazah
Pendidikan dari Universiti Malaya dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya.
Isi 2:
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan
bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari. Selepas bersarapan,
saya dan ibu akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di
sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan menghantar saya
ke sekolah agama.
Isi 3:
Hobi ibu saya ialah menjahit baju. Ibu mahir menjahit pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, baju
kebaya, baju melayu dan sebagainya. Setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri, ibu akan menjahit sendiri
baju suami dan anak-anaknya. Baju-baju yang dijahit oleh ibu sangat cantik dan kemas.
Isi 4:
Ibu saya merupakan pakar motivasi dalam keluarga kami. Setiap kali musim peperiksaan menjelang tiba,
ibu pasti akan memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya melakukan yang terbaik dalam
peperiksaan. Sekiranya markah peperiksaan saya tidak begitu memuaskan, ibu akan menyuntik semangat
saya agar tidak berputus asa untuk terus berusaha sehingga berjaya.
Penutup:
Saya amat menghargai jasa ibu terhadap saya. Saya bersyukur kerana memiliki ibu yang hebat. Saya
berharap agar ibu saya sentiasa sihat sejahtera dah dipanjangkan umur. Saya berjanji akan berada di sisi
ibu hingga akhir hayat hidup saya.
Guru saya
Pendahuluan:
Guru merupakan insan yang paling penting dalam mencorakkan kehidupan seseorang pelajar. Tanpa
bimbingan dan didikan guru pastinya tidak akan lahirlah jurutera, doktor dan arkitek yang berjaya. Guru
yang paling saya sayangi di sekolah saya ialah Cikgu Maya. Cikgu Maya berumur empat puluh tahun.
Beliau sudah berumah tangga dan kini mempunyai empat cahaya mata.
Isi 1:
Saya amat menyayangi Cikgu Maya kerana beliau seorang guru yang baik hati dan bertanggungjawab.
Beliau mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Semasa mengajar di dalam kelas, beliau
amat tegas, tetapi pandai berjenaka. Sikap yang dimiliki oleh Cikgu Maya menyebabkan saya dan rakan-
rakan yang lain tidak pernah berasa bosan mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh beliau.
Isi 2:
Cikgu Maya juga pandai mengambil hati murid-muridnya. Apabila kami melakukan kesalahan, beliau tidak
akan memarahi kami. Sebakilnya, beliau akan membimbing dan menasihati kami supaya tidak akan
melakukan kesalahan yang sama.
Isi 3:
Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Maya akan berbual-bual dengan saya dan rakan-rakan saya. Lazimnya
Cikgu Maya akan bertanyakan masalah yang kami hadapi terutamanya dalam hal pelajaran. Beliau
sememangnya begitu prihatin terhadap anak-anak muridnya.
Isi 4:
Pada sebelah petang, Cikgu Maya akan melatih kami bermain hoki. Beliau merupakan jurulatih hoki yang
sangat berdedikasi di sekolah saya. Teknik permainan yang diajarkan oleh Cikgu Rahmah banyak
membantu pasukan hoki sekolah saya meraih kejayaan dalam setiap perlawanan.
Penutup:
Kami berasa amat bersyukur kerana mempunyai guru yang baik hati dan penyayang seperti Cikgu maya.
Beliau bukan sahaja seorang pendidik, malahan kami menganggapnya sebagai ibu. Segala jasa dan
pengorbanan yang telah diberikan kepada kami amat kami hargai dan dikenang sampai bila-bila.
Faedah-faedah membawa bekal makanan dari rumah ke
sekolah
Pendahuluan
Bekal makanan merupakan sesuatu makanan yang disediakan di rumah dan dibawa ke sesuatu tempat.
Akhir-akhir ini, kita boleh dapati bahawa ramai murid yang telah membawa bekal makanan ke sekolah.
Budaya ini patut digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.
Isi 1
Antara faedah yang nyata ialah murid-murid dapat menjaga kesihatan. Bekal makanan yang disediakan
oleh ibu bapa merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Dengan itu, murid tidak akan
mengambil makanan yang berlemak seperti ayam goreng, nuget dan sosej di kantin sekolah. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental murid.
Isi 2
Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dapat berjimat cermat. Mereka dapat
menyimpan wang saku yang lebih dalam tabung. Ini dapat menanam sikap menabung sejak kecil, bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Isi 3
Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin hubungan rapat dengan
keluarga. Sebagai contoh, anak-anak yang makan makanan hasil daripada ibu atau ayah akan merasai
kasih sayang keluarga. Ini secara tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang tahu menghayati dan
menghargai jasa ibu bapa.
Isi 4
Murid-murid yang membawa bekalan makanan ke sekolah adalah lebih berdikari berbanding dengan yang
lain. Murid-murid akan belajar menyediakan makanan kegemaran secara sendiri atau dengan bantuan ibu
bapa. Maka, murid-murid akan menghabiskan semua makanan yang dibawa dari rumah.
*
Penutup
Memandangkan terdapat banyak faedah yang diperoleh melalui budaya membawa bekal makanan ini,
maka murid-murid digalakkan berbuat demikian. Semua pihak diminta berganding bahu dalam membina
dan mengamalkan budaya ini.
Faedah memanfaatkan perpustakaan
Pendahuluan
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti
buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-
mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-
murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak
memberi faedah kepada kita. Isi 1
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu
ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak
langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan
lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih
cerah.
Isi 2
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-
peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh,
menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih
mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Isi 3
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa
murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di
perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan
di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.
Penutup
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna
perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga
dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di
perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.
Berbincang tentang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
Pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Sewaktu rehat kamu dan
kawan kamu berbincang cara-cara mencantikkan kelas.
Harun : Firdaus, apa rancangan kamu tentang pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas kita?
Firdaus : Saya rasa kita patut menyediakan sebuah jadual bertugas yang baru dan lantik seorang ketua
kebersihan bagi mengawasi semua kawan kita menjalankan tugas masing-masing setiap hari.
Muthu : Bukan itu saja, saya rasa kita patut bergotong-royong pada hari Sabtu ni bagi membersihkan
semua sarang lelabah dan coretan dinding dan meja kita.
Harun : Bagus cadangan Muthu. Nanti kita bincang dalam kelas. Selain itu, kita patut mengadakan satu
papan kenyataan bagi menghiasi dengannya lukisan yang cantik.
Firdaus : Bukan itu sahaja, kita patut menghiasi semula ruang bacaan yang kita adakan dulu. Bahan
bacaan harus ditambah dan diganti baru.
(Riiiiiing.... Loceng telah berbunyi melambang waktu rehat telah berakhir) 14
Faedah menabung
Pendahuluan
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu
dipupuk sejak kecil. Menabung member banyak faedah kepada kita.
Isi 2
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu
merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah.
Justeru, baki duit yang diberi ibu bapa dapat disimpan kedalam tabung.
Isi 2
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk
menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan
juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibubapa pasti akan berasa bangga
dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.
Isi 3
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh
digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita
sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.
Isi 4
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita
akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung
kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.
Penutup
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum
kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu ,mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit. 15
Lawatan Ke Pulau Langkawi
Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Tuliskan laporan
mengenainya.
Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan
sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang
murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.
Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton
tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan
tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah.
Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, BerasTerbakar, TelagaTujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting,
Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai
jenis makanan laut disediakan pihak hotel. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya
sunguh sedap dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi. Kami berpeluang menaiki kereta ke balke puncak gunung.
Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan
laut di dasar laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.
Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah
bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan,
namun kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.
Laporan disediakan oleh, 2 Jun 2011
Anita
(ANITA BT AHMAD)
SetiausahaPersatuanSains
SK. Mangkapon, Pitas. 16
Cara-Cara menjaga kesihatan diri.
Pendahuluan
Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam
hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Isi 1
Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjagakebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakai
pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling
praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Isi 2
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera
perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalamkuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin
kesihatan yang baik.
Isi 3
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan
peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi
yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.
Isi 4
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doctor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual
sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat
doctor hendaklah dipatuhi selalu.
Penutup
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan
penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi
memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua. 17
Langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya
Pendahuluan
Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalanraya semakin meningkat. Oleh itu, kita haruslah
mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.
Isi 1
Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya adalah dengan memberi didikan
tentang pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalanraya kepada murid-murid sejak kecil lagi.
Contohnya melalui matapelajaran PKJR, murid-murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan
keselamatan jalanraya dan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil ketika berada di jalanraya. Ini
dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan jalanraya.
Isi 2
Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalanraya dalam kalangan murid-murid.
Misalnya ketika berbasikal, murid- murid hendaklah mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak
bersaing. Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada dilanggar oleh kenderaan.
Isi 3
Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalanraya yang berhemah dan bertolak ansur. Contohnya para
pemandu hendaklah sentiasa berwaspada dan perlahankan kenderaannya ketika melalui kawasan sekolah
terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-kanak sekolah biasanya akan bersikap cuai dan
tergesa-gesa untuk melintas jalanraya. Apabila pemandu perlahankan kenderaannya , maka kanak-kanak
sekolah dapat melintas dengan selamat.
Penutup
Sesungguhnya, setiap pengguna jalanraya hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan
jalanraya untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan
kita untuk berganding bahu agar dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. 18
Faedah membaca
Pendahuluan
Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Seseorang yang suka membaca mempunyai
minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang
pemikirankita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan
Isi 1
Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Perb endaharaan kata yang meluas
baik dalam bahasa akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisana taupun
bertulis.
Isi 2
Di sampingitu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering
membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan
sejarah boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.
Isi 3
Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Oleh itu, masa
lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia dengan membaca.
Penutup
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat
suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, membaca jambatan ilmu. 19
Faedah menyimpan wang
Pendahuluan
Sedikit-sedikit lama-lama menjadibukit. Itulah pegangan orang yang pandai berjimat-cermat demi masa
depan mereka. Wang amat penting dalam kehidupan manusia. Dengan wang kita dapat membeli apa
sahaja yang diingini..
Isi 1
Oleh itu, kita hendaklah berjimat-cermat ketika menggunakan wang. Kita boleh menyimpan wang di dalam
tabung, bank dan pejabat pos. Sungguhpun pada mulanya wang yang kita simpan itu sedikit, tetapi lama-
kelamaan ia akan menjadi banyak. Dengan wang yang kita simpan itu, kita boleh menampung serba sedikit
perbelanjaan sekolah seperti membeli buku-buku dan alattulis.
Isi 2
Setiap hari ibu bapa membanting tulang mencari wang untuk menyekolahkan kita. Kita harus memikirkan
betapa susahnya mereka mencari wang. Jadi, dengan menabung, mungkin suatu hari nanti kita dapat
membantu pula ibubapa kita.
Isi 3
Jika kita jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, wang yang disimpan boleh digunakan pada saat-saat genting
ini. Begitu juga jika kita ingin berniaga. Sudah tentu kita memerlukan modal yang banyak. Wang simpanan
kita akan membantu kita menyenangkan perbelanjaan. Hari ini amat berbeza dengan zaman dahulu. Wang
adalah segala-galanya untuk kita meneruskan hidup.
Penutup
Kesimpulannya, tabiat menyimpan wang mempunyai banyak faedah. Tabiat ini haruslah ditanam sejak kecil
lagi. Kata pepatah, kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya. 20
Kepentingan komputer
Pendahuluan
Komputer sangat penting bagi murid-murid. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk, Kepentingan
Komputer Kepada Murid-murid.
Isi 1
Sebuah Rumah Sebuah Komputer, begitulah ungkapan yang dilaungkan oleh kerajaan Negara kita.
Mengapakah computer sangat penting? Bolehkah computer membantu kita terutamanya murid-murid
dalam pelajaran?
Isi 2
Sebenarnya computer memang banyak mendatangkan kesan yang baik jika digunakan dengan jalan yang
betul. Perisian yang ada dalam computer dapat membantu murid-murid dalam pelajaran. Segala tugasan
dapat diselesaikan dengan mudah dan berkualiti.
Isi 3
Bagi murid-murid yang melayari internet, duniamerekahanya dihujungjari. Segala maklumat dan perkara-
perkara yang berlaku di dunia akan dapat diketahui dengan segera dan mudah. Ini membantu mereka
mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara.
Isi4
Dengan mempelajari komputer, hubungan silaturahim dapat dieratkan. Kita boleh berhubung antara satu
sama yang lain melalui computer terutamanya rakan kita yang berada di luar negara. Kaedah ini mudah
dan menjimatkan kos.
Isi 5
Selain itu, computer boleh dijadikan alat hiburan ringan. Apabila kita mengalami tekanan atau kerunsingan,
computer boleh membantu kita menenangkan fikiran. Kita juga boleh bermain permainan yang terdapat di
dalamnya.
Penutup
Oleh yang demikian, murid-murid digalakkan mempelajari dan menguasai bidang komputer. Hasrat
kerajaan yang ingin menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020 dapat direalisasikan dengan ilmu
pengetahuan yang lebih mudah diakses menggunakan komputer. Olehcitu, di peringkat sekolah lagi
pendedahan tentang kemahiran menggunakan computer perlu dilatih untuk persediaan menghadapi dunia
teknologi. 21
Kebaikan bersukan
Pendahuluan
Aktiviti bersukan merupakan aktiviti yang boleh kita dilakukan pada masa lapang mengikut kesuaian
individu.Aktiviti sukan banyak kebaikan kepada kita jika kita mengamalkannya.
Isi 1
Antara kebaikan bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita. Apabila kita menyertai aktiviti
sukan,kita akan melakukan aktiviti pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh. Apabila badan kita
berpeluh, kita akan berasa lebih segar dan sihat. Peluh yang keluar merupakan bahan kumuhan yang tidak
diperlukan oleh badan kita.
Isi 2
Bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah. Dengan bersukan masa
yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang boleh menyihatkan badan dan terhindar daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan merokok .Kita juga boleh bersukan pada waktu petang
dan pada hari cuti.
Isi 3
Bersukan juga dapat menghindar kita daripada menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah
tinggi. Ramai orang yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi merupakan orang yang tidak
suka bersukan. Selain menjaga pemakanan, aktiviti bersukan juga penting bagi mengatasi masalah
kencing manis dan darah tingg.
Isi 4
Kebaikan yang seterusnya ialah bersukan dapat menenangkan fikiran selepas penat mengulangkaji
pelajaran. Apabila kita belajar, kita telah menggunakan minda kita untuk berfikir dan mengingati pelajaran
secara maksimun. Hal ini akan menyebabkan minda kita berasa letih dan lesu.Oleh itu, untuk merehatkan
fikiran kita mestilah bersukan. Apatah lagi.jika bersukan di tempat-tempat yang menarik seperti di tepi tasik
dan di taman permainan.
Penutup
Kesimpulannya, bersukan merupakan aktiviti yang memberi banyak kebaikan dan berguna kepada kita.
Lantaran itu.marilah kita mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan kita. 22
Kepentingan memelihara alam sekitar
Pendahuluan
Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau. Kita perlu
memelihara keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih
baik.
Isi 1
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alamsekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan
jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu, alam sekitar yang tidak
tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.
Isi 2
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam. Tumbuh-
tumbuhan mengeluarkan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan. Haiwan
juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber makanan.
Isi 3
Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang menghijau dijadikan
sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,
singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan
keseimbangan alam sekitar.
Isi 4
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alamsekitar yang perlu dipelihara. Sungai yang bersih
merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap
pelbagai jenisikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan
dapat terus membiak.
Penutup
Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang
bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan
hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.

You might also like