You are on page 1of 5

~TEKS JURUACARA~

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN JOM


MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
TEKS CATATAN
Terima kasih pengawas yang bertugas.

Bismillah Kata Aluan


MC
Yang Berusaha
EN AZMI BIN MISRON,
PENGETUA SMK RAJA MUDA MUSA

EN HALIM BIN OMAR,


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

EN MARIMUTHU A/L MUNIANDY,


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PUAN HJH NORALIZA BINTI MD NUSI,


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PUAN HJH MASMERAH BINTI URMIN,


PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

ENCIK HAMSAN BIN JAMION


PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

Barisan guru kanan mata pelajaran, guru-guru kaunselor, para guru


serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1
Alhamdulillah,
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana
bersama-sama dapat berkumpul bagi meneruskan agenda sekolah
yang seterusnya, iaitu MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM
DAN JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT . NILAM
(Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan
kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dan sedang
dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai
kepada murid. Program ini merupakan satu pendekatan untuk
mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat
membaca. Ucapan Guru
Media & Pusat
Bagi meneruskan acara, majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan dan Sumber
penerangan aktiviti NILAM daripada PUAN SITI RUBIAH BINTI
HARUN, GURU MEDIA DAN PUSAT SUMBER SMK RAJA MUDA
MUSA. Oleh itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

*Ucapan Guru Media dan Pusat Sumber*

Demikian tadi ucapan ringkas daripada PUAN SITI RUBIAH BINTI


HARUN, GURU MEDIA DAN PUSAT SUMBER SMK RAJA MUDA
MUSA. Terima kasih diucapkan.

Para guru dan murid yang dikasihi, Ucapan


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada EN AZMI BIN Pengetua
MISRON, PENGETUA SMK RAJA MUDA MUSA. Oleh itu tanpa
melengahkan lagi masa, pihak majlis dengan sukacitanya
mempersilakan EN AZMI BIN MISRON bagi menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan MAJLIS PELANCARAN PROGRAM

2
NILAM DAN JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT.
Dipersilakan.

*Ucapan Pengetua*

Terima kasih diucapkan kepada EN AZMI BIN MISRON,


PENGETUA SMK RAJA MUDA MUSA. Semoga program yang saban
tahun diadakan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Sokongan
warga SMK Raja Muda Musa sangat digalakkan supaya objektif
untuk menggalakkan murid-murid banyak membaca akan tercapai.

Para guru dan murid yang dikasihi,


Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelancaran oleh EN AZMI BIN
MISRON, PENGETUA SMK RAJA MUDA MUSA. Oleh itu, majlis
mempersilakan PUAN SITI RUBIAH BINTI HARUN untuk
mengiringi EN AZMI BIN MISRON bagi menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.
Gimik
Perasmian
*Gimik Perasmian*

Begitulah sebentar tadi gimik bermulanya PROGRAM NILAM DAN


JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT SMK RAJA MUDA
MUSA 2017. Terima kasih diucapkan.

Para guru dan murid yang dikasihi, Aktiviti Jom


Majlis diteruskan dengan Program Jom Membaca Bersama Untuk 10 Membaca
Minit. Warga SMK Raja MUda Musa dikehendaki untuk Bersama
mengeluarkan buku KOMSAS dan membaca untuk 10 minit, bermula Untuk 3 minit
dari sekarang.

3
*aktiviti Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit*

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua.

Para guru dan murid yang dikasihi,


Majlis pada hari ini teruskan dengan ucapan daripada SAUDARI
NUR SAHIRA LIYANA BINTI ZAINAL dari kelas (5 USM 1),
TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS 2016. Dipersilakan.

*Ucapan Tokoh Nilam*


Ucapan Tokoh
Nilam

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada SAUDARI


NUR SAHIRA LIYANA BT ZAINAL dengan ucapan itu sebentar
tadi.

Para guru dan murid yang dikasihi, Persembahan


Majlis pada hari ini turut diserikan dengan persembahan dari Pelajar
pelajar. Oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan.

*Persembahan Pelajar*

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang


terlibat dengan persembahan itu tadi.

Pihak Pusat Sumber dengan ini berbesar hati untuk memberikan


hadiah kepada murid yang menjawab dengan betul tiga soalan yang
akan saya bacakan sekejap lg.

Soalan pertama:
1. Apakah nama penuh bagi nilam? (NADI ILMU AMALAN

4
MEMBACA)
2. Bilakah nilam mula dilaksanakan? Jawapan: 1999
3. Apakah faedah yg diperoleh drp membaca?
Jawapan: budak2 boleh jawab ikut logik.

Para guru dan murid yang dikasihi,


Majlis turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata
kepada EN AZMI BIN MISRON, PENGETUA SMK RAJA MUDA
MUSA. Oleh itu, dipersilakan sekali lagi PUAN SITI RUBIAH
BINTI HARUN, GURU MEDIA DAN PUSAT SUMBER SMK RAJA
MUDA MUSA untuk menyampaikan cenderamata kepada EN AZMI
BIN MISRON.

*Cenderamata*

Cenderamata
Jutaan terima kasih diucapkan. Dengan berakhirnya upacara & Penutup
penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah
MAJLIS PElANCARAN PROGRAM NILAM DAN JOM MEMBACA
BERSAMA UNTUK 10 MINIT, SMK RAJA MUDA MUSA 2017
pada pagi ini. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli
jawatankuasa Pelaksana yang menjayakan majlis ini secara langsung
atau tidak langsung . Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia
wabillahitaufik walhidayah assalamualikum wbt

Sekian, terima kasih.

You might also like