You are on page 1of 4

TEKS JURUACARA

MESYUARAT PIBG TAHUN 2017


SEK. KEB. SERI MEDAN, BATU PAHAT

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Zulkurnain Bin Haji Kamisan serta dif-
dif jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Medan Kali ke 42 Tahun 2017.
Para hadirin dipohon berdiri.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.
Yang Berhormat,
Datuk Zulkurnain Bin Haji Kamisan
Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor merangkap
Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi DUN Seri Medan
Yang Berusaha,
Encik Musiran Bin Tumin
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Medan
Yang Dihormati,
Puan Hajjah Salehah Binti Haji Mohamed
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Medan
Para Jawatankuasa PIBG
Ketua-ketua kampung
Para ibu bapa
Guru-guru
Serta murid-murid yang diraikan sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat
sama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini iaitu, Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 42
Sekolah Kebangsaan Seri Medan.

Saya mewakili jawatankuasa majlis, terlebih dahulu ingin mengalu-alukan serta mengucapkan
ribuan terima kasih atas kehadiran Yang Berhormat Datuk Zulkurnain Bin Haji Kamisan, para
jemputan, ibu bapa dan murid-murid ke majlis ini.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Muhammad Bin Siman bagi
memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
BACAAN DOA
Amin amin Ya Robbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Bin Siman
Yang Berhormat Datuk dan para hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan persembahan
tayangan. Marilah kita bersama-sama memberikan tumpuan ke skrin.
PERSEMBAHAN TAYANGAN BERGAMBAR
Begitulah tadi persembahan tayangan yang telah dipancarkan. Terima kasih kerana telah
memberi perhatian.
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selasih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Yang Berhormat Datuk dan para hadirin sekalian,


Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Medan, Puan Hajjah Salehah Binti Haji Mohamed untuk
memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajjah Salehah Binti Haji Mohamed atas
ucapan itu tadi.
Seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Seri Medan, Encik Musiran Bin Tumin untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
UCAPAN YDP PIBG
Terima kasih diucapkan kepada Encik Musiran Bin Tumin di atas ucapan itu tadi.
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Kepada tuan sembah diberi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Majlis dengan rasa hormat dan penuh takzim menjemput Yang Berhormat Datuk Zulkurnain
Bin Haji Kamisan, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor merangkap
Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi DUN Seri Medan untuk menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 42, Sekolah Kebangsaan Seri Medan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat
Datuk Zulkurnain Bin Haji Kamisan atas ucapan perasmian itu tadi.
Yang Berhormat Dato dan para hadirin yang dikasihi sekalian, bagi meneruskan acara kita
pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dipertua PIBG SK Seri
Medan, Encik Musiran Bin Tumin untuk mengiringi Yang Berhormat Datuk Zulkurnain Bin
Haji Kamisan bagi menyampaikan Anugerah Murid Bagi Tahun 2016.
Untuk Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 6A, dipersilakan
1. Adik Faris Iskandar Bin Zamani atau wakilnya
Seterusnya untuk Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 5A 1B,
Dipersilakan..
1. Adik Nur Ayuni Nabilah Binti Abd Sukor atau wakilnya
2. Adik Nur Dania Irdina Binti Hairul Helmi atau wakilnya
Seterusnya untuk Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 4A 2B,
Dipersilakan..
1. Adik Noor Ruqaiyah Ibtisham Binti Noor Heshamuddin atau wakilnya
2. Adik Nur Aliya Maisarah Binti Abdul Aziz atau wakilnya
Seterusnya untuk Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 3A 3B,
Dipersilakan..
1. Adik Nur Amiril Aisha Binti Ramli atau wakilnya
2. Adik Nurin Irdina Binti Sharom atau wakilnya
3. Adik Nur Fatma Aqlima Binti Mohamad Taib atau wakilnya
4. Adik Nur Aqilah Binti Ramli atau wakilnya
Seterusnya untuk pemberian bayaran insentif murid yang pernah melayakkan diri ke kejohanan
olahraga peringkat Negeri Johor dalam acara 80 meter lari berpagar tahun 2016,
Dipersilakan..
1. Adik Mohamad Rasul Akmar Bin Mohamad Zainal

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Zulkurnain Bin Haji Kamisan atas
kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Hajjah Salehah Binti Haji Mohamed untuk
menyampaikan cenderahati kepada perasmi, Yang Berhormat Datuk Zulkurnain Bin Haji
Kamisan

Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Zulkurnain Bin Haji Kamisan untuk menerima
cenderahati daripada pihak majlis.
Terima kasih diucapkan.
Akhir kata penyudah bicara,
Sepuluh jari kami hulurkan,
Panjang umur kembali bersua,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Yang Berhormat Datuk dan para hadirin sekelian, sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung
PIBG SK Seri Medan bagi tahun 2017, saya memohon ribuan kemaafan sekiranya ada terdapat
kesilapan tutur bicara sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Terlebih dahulu majlis menjemput Yang Berhormat Datuk Zulkurnain Bin Haji Kamisan dan
dif-dif kehormat untuk menikmati jamuan ringan.

Sekian sahaja daripada saya, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarokatuh. Majlis diserahkan kepada barisan Jawatankuasa PIBG.

You might also like