You are on page 1of 4

TEKS JURUACARA

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG & MESYUARAT PIBG TAHUN 2014


SEK. KEB. SERI MEDAN, BATU PAHAT

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Sarjan Mejar Zainuddin Bin Dalha,
Ketua Polis Balai, Balai Polis Seri Medan serta dif-dif jemputan ke Majlis Anugerah
Pelajar Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 39Tahun 2014.
Para hadirin diminta berdiri.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.
Yang Dihormati,
Tuan Sarjan Mejar Zainuddin Bin Dalha
Ketua Polis Balai, Balai Polis Seri Medan
Yang Berusaha,
Puan Azimah Binti Ambiah
Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Medan
Yang Dihormati,
Tuan Haji Mesri Bin Damin
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Medan
Para Jawatankuasa PIBG
Ketua-ketua kampung, para imam,
Ibu bapa
Guru-guru
Serta murid-murid yang diraikan sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatnya dapat sama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, Majlis Anugerah
Pelajar Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 39 Sekolah Kebangsaan Seri
Medan.

Saya mewakili jawatankuasa majlis, terlebih dahulu ingin mengalu-alukan serta


mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran perasmi Tuan Sarjan Mejar Zainuddin
Bin Dalha, para jemputan, ibu bapa dan murid-murid ke majlis ini.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Muhammad Esa Bin Ramli
bagi memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
BACAAN DOA
Amin amin Ya Robbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Esa Bin Ramli.
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selasih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Para hadirin sekalian,


Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini pihak majlis dengan segala hormatnya
menjemput Tuan Haji Mesri Bin Damin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Medan
untuk memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mesri Bin Damin atas
ucapan itu tadi.
Seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Seri Medan, Puan Azimah Binti Ambiah untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
UCAPAN YDP PIBG
Terima kasih diucapkan kepada Puan Azimah Binti Ambiah di atas ucapan itu tadi.
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Kepada tuan sembah diberi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Majlis dengan rasa hormat dan penuh takzim menjemput Tuan Sarjan Mejar Zainuddin
Bin Dalha, Ketua Polis Balai, Balai Polis Seri Medan untuk menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke 39, Sekolah Kebangsaan Seri Medan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
UCAPAN PERASMIAN
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Sarjan
Mejar Zainuddin Bin Dalha atas ucapan perasmian itu tadi.
Para hadirin yang dikasihi sekalian, bagi meneruskan acara kita pada pagi ini, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Guru Besar SK Seri Medan, Tuan Haji Mesri Bin
Damin untuk mengiringi Tuan Sarjan Mejar Zainuddin Bin Dalha bagi menyampaikan
Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2013.
Untuk Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 5A, dipersilakan
1. Adik
Seterusnya untuk Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 4A 1B,
Dipersilakan..
1. Adik.
2. .
Untuk Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 4A 1C,
Dipersilakan..
3. Adik.
.
Seterusnya untuk Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 3A 2B,
Dipersilakan..
4. Adik.
.
Untuk makluman para hadirin sekelian, pada tahun ini terdapat seorang murid yang
terpilih untuk menerima Anugerah Khas Tokoh Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri
Medan. Anugerah ini diberikan kepada murid yang memenuhi kriteria cemerlang dalam
bidang akademik, aktiviti koakademik dan aktiviti kokurikulum. Penerima anugerah ini
telah mula mewakili sekolah dalam pelbagai bidang sejak tahun tiga hingga ke tahun
enam.

Ketika beliau berada di tahun tiga, beliau telah mewakili sekolah dan zon dalam
pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Batu Pahat dan mendapat tempat
ketiga. Ketika beliau di tahun empat pula, beliau telah menyertai program Kem Bina
Juara peringkat zon.

Kecemerlangan beliau semakin menyerlah apabila beliau mendapat Johan pertandingan


Tilawah Al-Quran peringkat zon Parit Sulong dan tempat ketiga di peringkat daerah
Batu Pahat ketika beliau di tahun lima. Selain itu, beliau juga menyertai program Kids
Event peringkat zon Parit Sulong.

Sepanjang tahun 2013 iaitu ketika beliau di tahun enam, beliau mendapat Johan
pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat zon Parit Sulong dan tempat ketiga di
peringkat daerah Batu Pahat. Tidak dilupakan juga dalam bidang sukan, beliau telah
menyertai pasukan bola sepak sekolah ke pertandingan bola sepak peringkat zon,
pasukan bola tampar sekolah dan mendapat tempat ketiga peringkat zon Parit Sulong,
pasukan bola baling dan mendapat tempat keempat peringkat daerah Batu Pahat.

Untuk itu, majlis mempersilakan penerima Anugerah Khas Tokoh Cemerlang Sekolah
Kebangsaan Seri Medan tahun 2014, Adik Muhammad Akmal Haris Bin Santoso untuk
menerima hadiah sumbangan daripada PIBG. Dipersilakan.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato dan para hadirin sekelian, pada 26 dan 27
Februari yang lalu, SK Seri Medan telah menghantar satu kontinjen ke Kejohanan Trek
dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Cawangan Parit
Sulong Tahun 2013. Kesemua acara yang dianjurkan telah disertai oleh murid-murid
sekolah ini. Beberapa acara yang dipertandingkan telah dimenangi oleh kontijen SK
Seri Medan. Untuk itu, dipersilakan
Adik.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Sarjan Mejar Zainuddin Bin Dalha atas kesudian
menyampaikan anugerah itu tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Haji Mesri Bin Damin untuk menyampaikan
cenderahati kepada perasmi, Tuan Sarjan Mejar Zainuddin Bin Dalha.

Dipersilakan Tuan Sarjan Mejar Zainuddin Bin Dalha untuk menerima cenderahati
daripada pihak majlis.
Terima kasih diucapkan.
Akhir kata penyudah bicara,
Sepuluh jari kami hulurkan,
Panjang umur kembali bersua,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Para hadirin sekelian, sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Medan
bagi tahun 2014, saya memohon ribuan kemaafan sekiranya ada terdapat kesilapan tutur
bicara sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Sarjan Mejar Zainuddin Bin Dalha dan dif-dif
kehormat untuk menikmati jamuan ringan.

Mesyuarat agung akan dimulai sejurus selesai jamuan ringan. Sekian sahaja daripada
saya, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.
Majlis diserahkan kepada barisan Jawatankuasa PIBG.

You might also like