You are on page 1of 2

Bab 4: Pembiakan Tumbuhan

Eksperimen 4.1

Pernyataan masalah: Adakah udara, air dan suhu yang sesuai perlu untuk biji benih bercambah?

Hipotesis: Biji benih memerlukan udara, air dan suhu yang sesuai untuk percambahan

Tujuan: menentukan syarat percambahan biji benih

Pemboleh ubah:

1) Dimanipulasi: kehadiran air, udara dan suhu


2) Bergerak balas: percambahan biji benih
3) Dimalarkan: jenis biji benih

Bahan dan radas: Tabung didih, kapas, air, minyak masak, kertas hitam, kacang hijau, peti sejuk.

Prosedur:

1. Sediakan empat tabung didih berlabel A, B, C, dan D seperti dalam rajah di atas.
2. Tabung didih A, B dan C diletakkan di dalam makmal manakala tabung didih D diletakkan di dalam
peti sejuk.
3. Perhatikan biji benih selepas lima hari bagi semua tabung didih.
4. Catatkan keputusan yang diperoleh dalam bentuk jadual.

Keputusan:

Tabung Kehadiran Percambahan biji benih


didih (bercambah/ tidak bercambah)
Air Udara Suhu yang sesuai
A / / / Biji benih bercambah
B / / Biji benih tidak bercambah
C / / Biji benih tidak bercambah
D / / Biji benih tidak bercambah

Perbincangan:
1. Apakah syarat percambahan biji benih?
Air, udara dan suhu yang sesuai.

2. Apakah tujuan anda menggunakan minyak masak dalam eksperimen ini?


Untuk menghalang udara masuk ke dalam tabung uji.

3. Mengapakah tabung uji dibalut dengan kertas hitam?


Untuk menunjukkan cahaya tidak diperlukan dalam percambahan.

4. Nyatakan dua cara yang boleh anda lakukan supaya biji benih dalam tabung uji C bercambah.
Buangkan minyak. Gantikan air didih sejuk dengan air yang tidak dididihkan.

5. Mengapakah biji benih dalam tabung uji A bercambah walaupun dibalut dengan kertas hitam?
Cahaya tidak diperlukan untuk percambahan. Cahaya bukan satu syarat percambahan.

6. Nyatakan tiga cara menyimpan biji benih supaya tidak bercambah.


Menyimpan di tempat yang kering, menyimpan di dalam peti sejuk, menyimpan di dalam bekas
vakum, menyimpan di dalam bekas kedap udara.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Biji benih memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai untuk percambahan.

You might also like