You are on page 1of 67

Hadis: Satu Penilian Semula #1

Kassim Ahmad

Daftar Isi

Kata Penghantar

Bab I : Pendahuluan: Mengapa Kita Menimbulkan Masalah ini?

Latarbelakang ceramah; Perlunya Penilaian semula terhadap waisan tamadun Islam; Zaman
Kacau-bilau Agung; Di mana kita tersilap? Mengelak salah faham.

Bab II : Penolakan Teori Ahlul-Hadis

Empat hujah kaum Ahlul-hadis; Hujah Sunnah adalah wahyu; Perkataan-perkataan sunnah
dan hadis dalam Quran; Hujah taat kepada rasul bermakna berpegang kepada hadis; Peranan
nabi sebagai pemimpin; Hujah nabi penghurai dan pentafsir Quran; Kaedah sembahyang ;
Hujah nabi satu teladan baik; Quran lengkap, sempurna dan terperinci.

Bab III : Sumber, Sebab dan Kesan Hadis

Permulaan hadis; Pertelagahan politik; Pembukuan hadis; Kesan-kesan hadis; Faham kepuakan;
Anti-intelektualisme; Kebekuan dan aportunisme politik.

Bab IV : Sumber, Sebab dan Kesan Hadis

Aliran kritikan senantiasa wujud; Kelemahan umum hadis; Kelemahan kritikan isnad; Teori
keselarasan hadis; Kontradiksi dengan Quran; Kontradiksi dengan hadis; Kontradiksi dengan
sains, sejarah dan akal.

Bab V : Kesimpulan: Kembali Kepada Ajarana Nabi Muhammad Yang Asal Quran

Dilema umat Islam; Kedudukan sebenar hadis/sunnah; Satu kelemahan manusia yang berlarutan;
Tujuan Quran menghapuskan penyelewengan; Penyelewengan umat Islam; Quran membebaskan
manusia; Dua penyelewengan umat Muhammad; Dunia sedang kembali kepada Quran.

Bibliografi

Kata Penghantar
Buku ini terdiri daripada lima buah ceramah saya di atas tajuk yang sama, Penilaian Semula
Hadis, di Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah anjutan Jabatan antropologi dan Sosiologi
universiti tersebut.* Latar belakang ceramah ini telah saya ceritakan dalam Bab I.

Tajuk ini sebenarnya memerlukan satu kajian PH.D. dan masa sekurang-kurangnya dua tahun.
Saya telah melakukannya dalam masa lapan bulan! Ini tidak dapat saya elak oleh kerana
keadaan-keadaan khusus yang telah menyebabkan siri ceramah tersebut. Saya cuma berharap ia
telah mencapai tujuannya.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan terima kasih kepada Jabatan Anthropologi
dan Sosiologi, U.K.M. (dengan kebenaran dan restu pihak pentadbiran U.K.M.) yang telah
sanggup menganjurkan siri ceramah itu. Juga kepada Menteri Pelajaran Malaysia yang telah
bertindak membenarkan siri ceramah itu setelah mula-mula dibatalkan oleh pihak pentadbiran
U.K.M. Tidak syak lagi kepada rakyat Malaysia yang berfikiran saksama dan adil yang serentak
bangun mendesak supaya ceramah ini diadakan, saya perlu memberi terima kasih dengan penuh
rasa syukur.

Beberapa orang sahabat saya di dalam dan di luar universiti telah saya minta untuk mengulas dan
mengkritik draf-draf pertama ceramah-ceramah ini. Kepada mereka saya mengucapkan
berbanyak terima kasih.

Selain daripada itu, saya terhutang budi kepada ramai rakyat biasa di Malaysia, Singapura dan
Amerika Syarikat, yang telah memberi sokongan, galakan dan pandangan yang berguna semasa
saya bertungkus-lumus menyediakan ceramah-ceramah ini.

Kassim Ahmad

Kuala Lumpur

17 Mac 1986

Ceramah-ceramah ini, malangnya, telah dibatalkan oleh pihak pentadbir U.K.M. atas arahan
Majlis Agama Islam Selangor pada saat-saat akhir. (Ed.)

Oleh yang demikian, janganlah kamu takut kepada rakyat, tetapi takutilah Aku, dan jangan
memperdagangkan kitabKu untuk mendapat sedikit keuntungan material.

Quran, 5:44
Katakanlah, Aku tidak meminta apa-apa upah daripada kamu. Aku hanya meminta supaya
mereka di antara kamu yang mahu akan mengikut jalan kepada Allah.

Quran, 25:57

Bab 1: Pendahuluan Mengapa Kita Menimbulkan Masalah Ini?

Mereka (orang-orang mukmin) mendengar semua pandangan, kemudian mengikut yang paling
baik.

Quran, Al-Zumar (39): 18

SEMUA orang Islam mengetahui mereka dikehendaki berpegang kepada Hadis dan Sunnah
Nabi, di samping Quran, mengikut ajaran Fikah. Tetapi tidak semua, malah sedikit sekali, yang
mengetahui bahawa asas teori fikah ini diwujudkan oleh Imam Shafii (m.204/820) dalam abad
kedua Islam, dua ratus tahun setelah Nabi wafat, dan apa yang dikatakan Enam Buku Hadis
sahih kaum ortodoks Ahli Sunnah wal-Jamaah dikumpul oleh Bukhari (m.256/870), Muslim
(m.261/875), Abu Daud (m.275/888), Tirmidhi (m.279/892), Ibn Majah (m.273/886), dan al-
Nasai (m.303/915) pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, antara 200 dengan
250 tahun setelah Nabi.

Dalam pada itu pula, kaum Syiah mempunyai kumpulan-kumpulan Hadis mereka sendiri, yang
dikumpul dalam abad-abad keempat dan kelima oleh al-Kulaini (m.328 atau 329), Ibn Babuwayh
(m.381), Jaafar Muhammad al-Tusi (m.411) dan al-Murtada (m.436) (Laporan kata-kata Ali).
Berdasarkan teori Imam Shafii dan apa yang kemudian dikatakan ijmak ulama, Hadis/Sunnah
telah diajukan dan diterima oleh umat Islam sebagai penjelas dan pelengkap kepada al-Quran
(dan dengan demikian menyatakan Quran tidak jelas dan tidak lengkap).1

Latarbelakang Ceramah

Saya juga menerima pendirian ini waktu saya menulis buku saya, Teori Sosial Moden Islam,
dalam tahun-tahun 1981-82, walaupun saya membataskan penerimaan itu mengikut kesimpulan
Ibn Khaldun yang menghendakkan semua hadis disahkan oleh al-Quran dan ukuran-ukuran
rasional sebelum dapat diterima.2 Namun demikian, kedudukan penerimaan bersyarat ini juga
tidak begitu mantap. Sarjana-sarjana berbeza pendapat tentang hadis-hadis yang sesuai dan
bercanggah dengan Quran. Hal ini akan saya huraikan dalam Bab III.

Pada awal tahun 1985 saya terjumpa dan membaca sebuah buku bertajuk The Computer Speaks:
Gods Message to the world oleh seorang sarjana Islam Mesir bernama Dr. Rashad khalifa, yang
terbit pada 1981. Buku ini secara saintifik membuktikan ketulenan al-Quran sebagai perutusan
Tuhan kepada manusia yang sepenuhnya terpelihara, dan menarik perhatian pembaca kepada
kesempurnaannya, lengkapnya dan keterperinciannya, menyebabkan manusia tidak memerlukan
buku-buku lain sebagai sumber bimbingan. Ini bermakna Hadis sekaligus tertolak sebagai
sumber teologi dan perundangan.

Ini satu kesimpulan yang mempunyai implikasi yang amat besar kepada teologi dan perundangan
klasik Islam. Ia bererti umat Islam mesti menimbang semula secara kritikal keseluruhan teologi
dan perundangan tersebut. Ini satu kesimpulan yang sungguh mengejutkan bagi saya, tetapi dari
segi lain, satu kesimpulan yang segar dan mencabar yang tidak dapat saya tolak begitu saja.

Oleh yang demikian, saya berazam untuk menguji semua kenyataan yang dibuat oleh Dr. Rashad
Khalifa. Saya pun membaca dan mengkaji semua bukunya serta ulasan-ulasan yang telah dibuat
terhadapnya dengan teliti. Dalam masa lebih kurang tiga bulan saya berpuas hati bahawa tesis
pokok Rashad Khalifa, iaitu Hadis/Sunnah merupakan satu penyelewengan daripada ajaran-
ajaran Nabi Muhammad dan tidak boleh diterima sebagai sumber perundangan adalah benar.

Ada satu lagi aspek peribadi dalam perkara ini. Bila saya mengulas dan memuji buku The
Computer Speaks dalam akhbar mingguan Watan 30 Mac 1985, dan kemudian dalam sebuah
kertas kerja yang dibentangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 4 Mei 1985, saya
membuat satu ulasan sampingan yang kritikal terhadap Hadis, beberapa orang pembaca Watan
telah mempertikai dan mengkritik pendirian saya.3 Pada waktu itu saya sudah mengambil
keputusan untuk meninjau semula keseluruhan perkara Hadis/Sunnah.

Perlunya Penilaian Semula Terhadap Warisan Tamadun Islam

Tidak perlulah saya memanjangkan cerita tentang latarbelakang siri ceramah ini. Saya yakin
masanya sudah tiba bagi masyarakat Islam dan cerdik pandainya mengkaji semula secara kritikal
keseluruhan warisan tamadun Islam tradisional. Walaupun banyak kajian telah dibuat mengenai
kejatuhan dan kemunduran umat Islam sejak gerakan Islam moden Jamaluddin al-Afghani,
Muhammad Abduh dan Rashid Rida di akhir abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh
hingga kini, termasuk oleh ahli-ahli fikir Islam seperti Muhammad Iqbal, Malek Bennabi dan
Fazlur Rahman, keadaan masyarakat Islam masih tidak banyak berubah dan masih tenat.

Jika dibandingkan dengan umat-umat lain, khasnya di Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan
Jepun, umat Islamlah yang termundur dan terkebelakang sekali. Dari segi bilangan (lebih 1
bilion) umat Islam sudah melebihi umat Kristian, dan dari segi kekayaan semulajadi, negara-
negara Islam di antara negara-negara yang terkaya di dunia.

Mengapakah dalam masa seratus hingga tiga ratus tahun pertama umat Islam naik begitu cepat
mencapai kemuncak kuasa politik dan tamadun dunia (dalam pemerintahan Harun al-Rashid
(786-809), Baghdad dikatakan sebuah kota tanpa tolok bandingnya di seluruh dunia oleh
seorang ahli sejarah), dan kemudian jatuh? Tuhan berjanji dalam Qurannya bahawa Dia akan
menolong orang-orang mukmin,4 dan Tuhan tidak pernah mungkir janji. Adakah ini bermakna
Tuhan telah tidak menolong orang-orang Islam selama kira-kira seribu tahun yang lalu? Jika
demikian, mengapa? Adakah kerana mereka telah mengabaikan ajaran-ajaran Quran, seperti
yang dinyatakan oleh Quran sendiri.5 Kalau betul mereka telah mengabaikan ajaran-ajaran
Quran, apakah ajaran-ajaran baru yang salah yang telah masuk ke dalam masyarakat Islam dan
yang telah dipegang oleh masyarakat Islam sejak 200-300 tahun Nabi wafat hingga kini, dan
yang telah menyebabkan kejatuhan mereka?

Inilah soalan-soalan besar yang harus dikaji oleh cerdik pandai Islam. Kajian ini tidak dapat
tidak mesti mencakupi teologi dan perundangan Islam tradisional. Hadis ialah salah satu aspek
yang penting dalam teologi dan perundangan Islam tradisional yang harus dikaji semula.

Zaman Kacau-Bilau Agung

Pada pendapat saya, masanya sudah tiba bagi umat Islam mengkaji keadaan tenat mereka dengan lebih
kritikal dan berani. Keadaan tenat ini malah bukan saja menyelubungi dunia Islam; ia menyelubungi
seluruh dunia. Ramai ahli falsafah, ahli sejarah dan pengkritik sosial abad kedua puluh sepakat
mengatakan bahawa abad ini abad yang amat genting dalam sejarah manusia.
Pemimpin Tiongkok moden, Mao Zedong, mensifatkan abad ini sebagai Kacau-bilau Agung. Dalam
abad inilah dua peperangan dunia telah berlaku, dan satu lagi, yang lebih besar, yang akan
memusnahkan tamadun moden, dibimbang akan berlaku sebelum akhir abad ini. Dalam abad inilah juga
pelbagai macam faham, teori dan sistem tradisional, termasuk liberalisme, Marxisme, Nasionalisme,
Nazisme, Fasisme, Stalinisme, Maoisme, dan Islamisme tradisional, runtuh. Bila falsafah-falsafah, teori-
teori dan sistem maujud yang dominan tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah keselamatan dan
kebahagiaan manusia, nyatalah satu krisis yang besar sedang berlaku. Ramai pengarang dan penyair
moden Eropah telah melafazkan suasana dan keadaan krisis besar ini, di antaranya Dostoeyevsky, Albert
Camus, Jean-Paul Sartre, W.B. Yeats dan T.S. Eliot.
Dalamnya kesunyian dan kehibaan Eliot dapat didengar dari rangkapnya:

I said to my soul, be still, and wait without hope


For hope would be hope for the wrong thing; wait without love

For love would be love for the wrong thing; there is yet faith
But the faith and the love and the hope are all in the waiting.

East Coker dalam


Four Quartets (1940)

Kekecewaan Yeats tidak kurang pedihnya, tetapi beliau menimbulkan harapan:

Things fall apart; the centre cannot hold;


Mere anarchy is loosed upoh the world;
The blood-dimmed tide is loosed, and everywhere
The ceremony of innocence is drowned;
The best lack all conviction, while the worst are full
of passionate intensity.
Surely some revelation is at hand;
Surely the Second Coming is at hand.

The Second Coming,


dari Michael Robertesand the Dancer (1921)

Tentullah saya boleh memaafkan kalau saya memperturunkan di sini sebuah rangkap sajak saya yang
berjudul Sidang Ruh:

Perlu satu-satu diperhitungkan kembali


hari ini kita dewasa
tanpa tuhan tanpa impian
kerana besok mungkin terlalu lewat
bagi kiamat yang telah ditangguhkan.

Dari Kemarau di Lembah (1967)

Keadaan kegentingan dan kacau-bilau besar ini turut meliputi umat Islam, seperti telah dikatakan. Di
mana-mana belum wujud sebuah negara Islam moden dengan pentadbiran yang adil dan kehidupan
rakyatnya yang sejahtera yang boleh dibandingkan dengan pemerintahan-pemerintahan Nabi, Khalifah
Abu Bakar dan Khalifah Umar Ibn Khattab, apalagi kalau hendak dibandingkan kemajuan negara-negara
Islam sekarang dengan kemajuan yang telah dicapai oleh tamadun Islam pertama sebelum kejatuhan
kota Baghdad. Malah di mana-mana negara Islam hari ini belum terdapat taraf keadilan sosial,
pemerintahan berdasarkan undang-undang dan taraf kemajuan ilmu, sains dan teknologi yang setanding
dengan negara-negara maju Barat dan Timur. Sebaliknya, setengah negara Islam merupakan negara-
negara yang termundur dan terzalim di dunia.
Selanjutnya, kita melihat sebahagian umat Islam masih dijajah dan ditindas oleh kuasa-kuasa asing.
Sedangkan rakyat Vietnam, telah berjaya membebaskan dirinya dari penjajahan Perancis dan amarika
Syarikat melalui satu perjuangan selama 30 tahun, rakyat Arab Islam masih tidak dapat membebaskan
Palestin dari taklukan dan penjajahan Zionis, walaupun rakyat Arab sepuluh kali ganda lebih ramai
daripada rakyat Israel dan telah berjuang menentang penjajahan Zionis selama 40 tahun.
Satu daripada sebab-sebab utama yang menyebabkan kelemahan dan kemunduran yang ketara di
kalangan umat Islam ialah perpecahan. Perpecahan ini bukan setakat kegagalan untuk bermuafakat dan
berkerjasama untuk menentang musuh, seperti yang berlaku di dunia Arab dan Afgahnistan, tetapi juga
menjelma dalam sengketa dan peperangan di antara orang-orang Islam sendiri, seperti di antara Iran
dan Iraq dan di Lubnan. Di negara kita Malaysia, jika pemimpin-pemimpin kita tidak berhati-hati,
khasnya pemimpin-pemimpin kerajaan, sengketa di antara UMNO dan PAS akan mencetuskan satu
keadaan Lubnan.
Mengapakah perpecahan ini berlaku, sedangkan umat Islam mendakwa menganut satu agama, Islam;
mengikut satu kitab, Quran; dan menyembah satu Tuhan? Sebenarnya, ini merupakan satu masalah
pokok yang mendorong kita membuat kajian semula tentang Hadis. Andaian kajian ini ialah bahawa
hadis, pada prinsipnya, satu ajaran palsu yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad, merupakan salah satu
punca perpecahan dan kemunduran umat Islam. Adalah tujuan kajian ini untuk membuktikan kebenaran
andaian ini.
Di Mana Kita Tersilap?

Pendek kata, masanya sudah tiba, dan memang tepat pada masanya, bagi umat Islam dan
manusia seluruhnya mengkaji keadaan krisis agung ini dari segi yang paling pokok. Di manakah
umat islam dan umat manusia seluruhnya telah tersilap? Eropah moden sekular telah muncul dari
pemberontakannya terhadap Gereja Katolik dan terhadap agama untuk menganut fahaman
humanisme sekular, sama ada corak liberal atau corak Marxis, dan kemudian terbukti gagal
untuk mencapai kebahagiaan bagi manusia. Masyarakat dan negara Islam yang baru, setelah
diwujudkan oleh Nabi Muhammad, berkembang dan maju begitu cepat, dan dalam kira-kira dua
ratus tahun menjadi pemimpin dunia pada waktu Eropah masih tenggelam dalam kegelapan
Zaman Pertengahannya, tetapi kemudian dengan cepat juga merosot, berpecah dan jatuh.

Tanda tanya yang besar bagi umat Islam dan umat manusia ialah: Mengapa? Jawapan yang
ringkas yang menjadi hipotesis kajian ini ialah manusia, termasuk umat Islam, telah
menyeleweng dari ajaran Tuhan yang sebenar. Ajaran Tuhan yang sebenar dalam zaman nabi
terakhir, Nabi Muhammad, dan yang dibawa oleh beliau ialah Quran dan tidak yang lain
daripada Quran. Hadis atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun
kemudan dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad. Pendek kate penyelewengan umat Islam
sejak itu ialah kerana mereka atelah menentang Nabi Muhammad dengan dakwaan mereka
bahawa beliau telah membawa dua buah kitab, Quran dan Sunnah.6 Sementara umat Islam telah
membelakangkan Quran dengan menggunakan buku Hadis dan kitab-kitab ulama, umat
Muhammad yang lain telah membelakangkan Quran dengan menggunakan buku-buku
humanisme sekular, sama ada liberal atau Marxis.

Mengelak Salah Faham

Dalam Pendahulaun ini, saya terlebih dahulu ingin mengelak dan menghapuskan sebarang salah
faham atau kekeliruan berhubung dengan kajian ini.

Pertama, sama sekali bukan niat atau tujuan saya untuk menimbulkan apa-apa kekeliruan,
perbantahan atau perpecahan di kalangan umat Islam di negara kita dengan mempertikaikan
Hadis dan Sunnah. Malah tujuan saya adalah sebaliknya. Saya ingin melihat perpaduan,
muafakat dan kerjasama di kalangan umat Islam. Saya terlalu cinta kepada Islam, seperti yang
dibawa oleh Nabi, dan cinta kepada Islam, seperti yang dibawa oleh Nabi, dan cinta ini tersemat
di dada saya sejak saya di bangku sekolah, dua puluh tahun lebih dulu daripada kemunculan
gerakan dakwah di negara kita. Pembaca-pembaca yang peka yang telah membaca cerpen-cerpen
dan sajak-sajak saya dalam antologi, Kemarau di Lembah (edisi pertama Saudara Sinaran Bhd.,
1967; edisi kedua Teks Publishing, 1985) tidak dapat tidak telah melihat unsur ini. Walau
bagaimanapun, dapat dilihat juga dari pelbagai tulisan saya bahawa konsep saya tentang Islam
agak berbeza dengan konsep ortodoks. Pada satu peringkat, saya tertarik dan terpengaruh dengan
teori sosialis, seperti berlaku kepada beberapa orang cendekiawan Islam di seluruh dunia Islam.
Namun demikian, ini tidak bermakna saya meninggalkan dan menolak Islam pada waktu itu. Ia
hanya menggambarkan pengembaraan spiritual saya untuk mencari sebuah teori dan falsafah
sosial yang sesuai yang tidak terdapat dalam masyarakat Islam pada waktu itu.
Sekarang saya kembali semula sepenuhnya kepada Islam seperti yang diajar oleh Nabi
Muhammad. Seperti pencinta-pencinta Islam lain, saya ingin melihat kebangkitan semula Islam
yang tulen, satu-satunya agama Tuhan yang dapat menyelamatkan manusia, termasuk umat
Islam, dari kehancuran total yang menantinya di akhir abad kedua puluh dan menjelang abad
kedua puluh satu. Pada pendapat saya, umat Islam tidak akan dapat bangun semula dengan
sepenuhnya kecuali setelah mereka membebaskan diri mereka dari segala macam kuasa palsu,
dan kembali tunduk sepenuhnya kepada Tuhan, pemilik kuasa yang sebenar.7 Satu daripada
kuasa-kuasa palsu yang telah dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun ialah Hadis/Sunnah.
Walaupun ada lagi kuasa-kuasa palsu lain yang sedang dipegang oleh setengah umat Islam,
khasnya liberalisme dan Marxisme, Hadislah kuasa palsu yang telah dipegang begitu lama dan
meluas oleh kebanyakan umat Islam.

Tujuan kita mestilah untuk mencari kebenaran. Firman Tuhan: Kebenaran hendaklah
ditegakkan, dan kepalsuan hendaklah dibatalkan, walaupun tidak disukai oleh pendosa-pendosa.
Al-Anfaal (8): 8

Hanya dengan kebenaran barulah kita dapat membebaskan diri kita dari segala macam khurafat
dan bidah palsu. Hanya dengan pembebasan umat Islam dari segala kuasa palsu barulah dapat
kita bangun semula sepenuhnya dan mencapai cita-cita dan tujuan kebangkitan semula umat
Islam.

Kedua, saya merayu kepada semua pembaca yang budiman supaya mendengar apa yang akan
saya kemukakan dengan fikiran terbuka dan dengan teliti serta menimbangnya secara objektif,
tanpa sebarang prasangka dan tanpa menuduh bahawa ini pandangan kaum Orientalis dan
sebagainya. Tidak lain daripada seorang sarjana Islam moden yang terkenal, Seyyed Hossein
Nasr, yang telah membuat tuduhan seperti ini. Saya memetik beliau: satu serangan hebat
telah dibuat dalam tahun-tahun kebelakangan ini oleh satu mazhab Orientalis yang berpengaruh.
Tidak ada satu serangan yang lebih ganas dan jahat yang boleh dibuat terhadap Islam selain
daripada ini, yang mencantas asas-asas Islam itu sendiri dengan kesan yang lebih berbahaya
daripada jika satu serangan fizikal dibuat terhadap Islam.8

Saya fikir kita tidak perlu takut kepada apa-apa kritikan yang telah dibuat oleh sarjana-sarjana
Orientalis Barat terhadap mana-mana aspek Islam. Ketakutan kepada kritikan bermakna kita
sendiri tidak yakin kepada kebenaran kita. Jika kita meneliti Quran, akan kita dapati bahawa
Quran sendiri mengenengahkan pelbagai macam hujah orang-orang kafir dan munafik terhadap
orang-orang mukmin, tetapi hujah-hujah ini dipatahkan dengan hujah-hujah kebenaran yang
lebih baik. Demikian juga sarjana-sarjana Islam mestilah mengkaji semua hujah musuh-musuh
Islam dan mematahkan hujah-hujah itu dengan hujah-hujah yang lebih baik. Tuhan sendiri telah
memerintahkan kita supaya mendengar semua pandangan, kemudian mengikut yang paling
baik.9 Perbezaan pendapat di antara kita mestilah diselesaikan mengikut ajaran-ajaran Tuhan
dan Rasulnya, iaitu di atas asas-asas persaudaraan mukmin (orang-orang mukmin itu
bersaudara. Quran, 49:10), kajian saksama (Mereka mendengar semua pandangan,
kemudian mengikut yang paling baik. Quran, 39:18) dan perundingan (Urusan-urusan
mereka diputuskan melalui rundingan di antara mereka. 42:38)
Saya membuat rayuan khusus ini kerana perkara yang akan kita bahaskan menyentuh hati kecil
kita serta cara pemikiran yang telah kita warisi turun-temurun dan telah menjadi darah daging
kita. Tetapi seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad kepada kita, tradisi lama yang jahat
mestilah kita buang.10

Apa yang akan saya kemukakan bukanlah perkara baru. Golongan-golongan ahlul-Quran lain,
baik pada zaman Imam Shafii mahupun pada zaman sekarang, telah mendahului kita.11 Saya
cuma cuba mendekati masalah ini secara keseluruhan dan dengan lebih sistematik.

Ketiga, menolak Hadis/Sunnah sebagai sumber perundangan dan teologi sama sekali tidak
bermakna kita merendah-rendahkan Nabi Muhammad dan tidak menghormati dan mengasihinya,
apalagi menolak beliau. Mustahillah kita menolak beliau atau tidak menghormati dan mengasihi
beliau, sedangkan melalui perjuangan dan pengorbanan beliaulah kita mendapat Quran daripada
Tuhan, satu-satunya perutusan dan petunjuk bagi manusia, yang dijamin keaslian dan
kemurniannya oleh Tuhan sendiri,12 dan perutusan beliau disifatkan oleh Tuhan sebagai rahmat
Tuhan kepada seluruh dunia.13 Tetapi menghormati, menghargai dan mencintai beliau tidak
bermakna kita sampai mendewa-dewakan beliau hingga kita sanggup meletakkan kata-kata dan
perbuatan beliau, atau lebih tepat, apa yang dilaporkan sebagai kata-kata dan perbuatan beliau
(Hadis/Sunnah) sebagai wahyu dan setaraf dengan Quran.14 Malah kita boleh menegaskan
sebaliknya: bahawa Nabi, pada dasarnya, mustahil berkata atau berbuat sesuatu bercanggah
dengan Quran.15 Justeru kerana kita sangat menghormati dan mengasihi beliau sebagai rasul
Tuhan maka kita berkewajiban membersihkan nama beliau daripada ajaran-ajaran palsu yang
telah dikaitkan dengan beliau.

Keempat, bila kita menolak Hadis/Sunnah sebagai sumber undang-undang dan teologi, kita
sama sekali tidak berniat untuk merendah-rendahkan atau menjatuhkan nama ahlul-Hadis, sama
ada yang masih hidup atau yang telah mati. Namun demikian, dalam kita membuat penilaian
semula terhadap Hadis, kita terpaksalah mengkritik apa yang kita anggap penyelewengan dan
kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh agama kita. Kritikan ini berdasarkan
ilmu dan tidak kena-mengena dengan sentimen kita terhadap seseorang.

Kelima, seperti telah saya terangkan awal tadi, kita menganjurkan penilaian semula masalah
Hadis/Sunnah, bukan dengan niat untuk menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan
umat Islam. Sebaliknya saya berpendapat ajaran-ajaran palsu inilah (Hadis/Sunnah) yang telah
dan terus menjadi punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar di kalangan umat Islam selama
lebih seribu tahun. Nyata sekali bagi mereka yang melihat dan menggunakan akal bahawa di
mana-mana di seluruh dunia Islam hari ini tidak wujud perpaduan dan kerjasama yang kita
kehendaki dan seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad. Lihat saja apa yang sedang
berlaku di Asia Barat: di Lubnan, Palestin dan di antara Iran dan Iraq. Perhatikan apa yang
sedang berlaku di depan mata kita di negara kita sendiri di antara PAS dan UMNO. Lihat juga
berapa banyak perpaduan dan kerjasama yang wujud dalam Pertubuhan Negara-negara Islam.

Kata Perdana Menteri kita, Dr. Mahathir, dalam wawancaranya dengan majalah Arabia, (Ogos
1985): Perpaduan atau kerjasama di antara negara-negara Islam masih satu impian Orang-
orang Islam belum mengerti makna persaudaraan ummah seperti yang diajar oleh Islam.
Kajian ini mendukung tesis bahawa Hadis/Sunnah merupakan punca kekeliruan dan perpecahan
yang terbesar di kalangan umat Islam selama lebih seribu tahun. Kita akan cuba membuktikan
tesis ini dengan keterangan-keterangan yang kukuh dan terang dari Quran, sejarah dan ilmu
rasional.

Walaupun kita menganjurkan Hadis/Sunnah ditolak sebagai sumber undang-undang dan teologi,
kerana tidak ada asasnya dalam Quran seperti yang akan kita buktikan, ini tidak bermakna kita
menolak Hadis sama sekali. Tidak syak lagi, ada hadis-hadis yang benar dan yang berasal
daripada Nabi. Umpamanya, Piagam Madinah yang terkenal, perjanjian-perjanjian yang dibuat
oleh Nabi dengan pelbagai golongan dan surat-surat Nabi yang telah dirakam oleh sejarah boleh
juga dianggap sebagai hadis, tetapi nyatalah dokumen-dokumen ini tidak mengikat kita,
sepertimana Quran mengikat kita. Mereka merupakan dokumen sejarah yang penting.
Demikianlah Hadis/Sunnah merupakan satu catatan sejarah yang boleh dan perlu dikaji oleh ahli-
ahli sejarah dan para penyelidik lain untuk memahami dan menilai zaman itu.

Keenam, kajian ini kita buat berdasarkan ilmu, dan bukan sentimen dan prasangka. Kaedah
ilmiah Islam menggunakan ketiga-tiga sumber ilmu, iaitu ilmu dari keterangan deria atau
pancaindera (ainul-yaqin)16, ilmu dari keterangan akal (ilmu-yaqin)17, dan ilmu dari
keterangan wahyu (haqqal-yaqin)18. Dalam kaedah ilmiah Islam, ketiga-tiga sumber ini
digabungkan untuk memberi kita keberatan atau ilmu yang sepadu mengenai sesuatu perkara19.
Kita akan menggunakan kaedah ilmiah ini untuk membuat penilaian semula terhadap Hadis.
Oleh yang demikian kita akan menggunakan keterangan-keterangan sejarah atau empiris,
keterangan-keterangan akal rasional atau logikal dan keterangan-keterangan Quran. Kita
berharap, dengan menggunakan kaedah saintifik Islam ini, kita akan mencapai kebenaran.
Seperti firman-firman Tuhan:

Kebenaran sekarang dibezakan daripada kepalsuan. Oleh yang demikian, mereka yang menolak
penyembahan patung dan beriman kepada Tuhan semata-mata telah berpegang kepada ikatan
yang paling kuat yang tidak akan putus.

Al-Baqarah (2):256: Dan katakanlah, Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus.
Sesungguhnya, kepalsuan pasti akan hapus.

Bani Israel (17) 81: Dan Tuhan memadamkan kepalsuan dan mensahkan kebenaran dengan
kalimahNya.

Al-Syura (42):24

Ketujuh dan akhir, sama sekali bukan tujuan kita untuk memaksakan pendapat-pendapat yang
dikemukakan dalam siri ceramah ini ke atas siapa-siapa. Kita pun tidak mempunyai kuasa untuk
berbuat demikian, dan saya tidak menganjur supaya pihak berkuasa berbuat demikian. Dengan
segala rendah hati, kita kemukakan pandangan dan pendapat ini, berdasarkan keterangan-
keterangan saintifik, kepada masyarakat Islam dengan harapan masyarakat Islam akan memberi
pertimbangan yang wajar, sesuai dengan perintah-perintah Tuhan:
Mereka (orang-orang mukmin) mendengar semua pendapat, kemudian mengikut yang paling
baik. (39:18)

Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari seketul
darah. Bacalah, Tuhanmu paling mulia. Dia mengajar melalui pena. Dia mengajar manusia apa
yang tidak pernah diketahui. (95:1-5)

Apa yang saya kemukakan di sini boleh jadi betul, dan boleh jadi salah. Apa yang betul lambat-
laun akan diterima oleh masyarakat; apa yang salah akan ditolak, sesuai dengan hukum
kebenaran yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Saya tidak meminta lebih daripada itu. Malah saya
meminta itu saja. Imam Shafii dan ulama Hadis Klasik kita yang telah menciptakan teori Hadis
juga tidak boleh meminta lebih daripada itu. Tugas pemimpin, cerdik pandai dan ulama kita yang
berfikiran waras dan adil ialah mempastikan masyarakat Islam kita, di bawah hasutan taksub
kepada tokoh, tidak melemparkan tuduhan-tuduhan yang melulu terhadap pandangan-pandangan
dan pendapat-pendapat yang berbeza yang dikemukakan secara sopan, wajar dan rasional.
Kerapkali juga perkara-perkara seperti ini berlaku dalam masyarakat Islam. Perkara-perkara
seperti ini hanya mendedahkan kejahilan dan kezaliman kita sendiri. Firman Tuhan:

Jangan terima apa-apa yang kamu sendiri tidak dapat memastikan. Kamu diberi pendengaran,
penglihatan dan akal supaya kamu memeriksa dan mensahkan. Bani Israel (17):36

Adalah tanggungjawab kita untuk memastikan kebenaran apa-apa yang diajukan kepada kita
tanpa mengikut guru-guru, sarjana-sarjana, ulama ataupun wali-wali dengan buta-tuli. Dalam
semangat inilah kita Penolakan Teori Ahlul-Hadis

EROPAH MODEN telah berjaya meneroka pelbagai bidang ilmu moden serta menjadi
pemimpin dunia dalam bidang ini, khasnya sains dan teknologi, kerana ia berpegang teguh
kepada cogankata Zaman Keserlahan yang diberikan ahli falsafah Kant: Beranilah
Mengetahui. Dunia Islam, di awal zaman kebangkitan semula Islam ini, tidak dapat tidak
mestilah mencontohi Eropah, jika ia benar-benar ingin mencapai kebangkitan semula Islam ini.
Oleh kerana dalam Islam ilmu bersandar kepada wahyu, maka cogankata kebangkitan semula
Islam mestilah berbunyi: Beranilah mengetahui di bawah bimbingan al-Quran.

Kajian kita mengenai Hadis/Sunnah perlulah berdasarkan Quran, sanggup meletakkan segala
sesuatu yang telah diperkatakan mengenai Hadis di bawah teropong kritikan Quran dan ilmu, dan
menerima hanya apa yang lulus dari ujian ini.

Perkataan hadis bermakna berita atau perutusan, manakala sunnah bermakna undang-
undang atau kelakuan. Dalam kesusasteraan Hadis, hadis mempunyai makna satu laopran
tentang apa yang kononnya telah dikatakan atau dibuat oleh Nabi Muhammad. Oleh yang
demikian, walaupun sunnah pada asalnya merujuk kepada amalan Nabi, dalam kesusasteraan
Hadis ia mempunyai makna yang sama.

Empat Hujah Kaum Ahlul-Hadis


Ahlul-Hadis atau pelopor-pelopor Hadis/Sunnah, yang tidak muncul dengan terangnya kecuali
dalam abad kedua Islam setelah lebih seratus tahun Nabi wafat, semuanya mendakwa bahawa
Hadis/Sunnah mendapat kuasa dan peranannya dari Quran. Ini memang semestinya, kerana jika
Hadis tidak mempunyai kuasa dalam Quran, ia tertolak dengan sendirinya.

Mereka mengemukakan empat alasan pokok dari Quran, atau, sebenarnya, apa yang mereka
faham dari Quran, mengapa Hadis mesti diterima sebagai satu lagi sumber hukum selain
daripada Quran. Pertama, Hadis juga merupakan wahyu. Kedua, perintah Tuhan supaya orang-
orang mukmin taat kepada rasul bermakna mereka perlu mengikut perintahnya (selain daripada
Quran) dan berpegang kepada Hadis/Sunnah. Ketiga, Nabi penjelas dan pentafsir Quran, dan
Hadisnya perlu untuk memahami dan melaksanakan arahan-arahan Quran. Keempat, Nabi
contoh yang baik bagi orang-orang mukmin, dan contohnya (yakni, Sunnah) perlu diikut oleh
orang-orang mukmin.1

Kita akan membincang dan membahas keempat-empat alasan pokok ini satu-persatu.

Hujah Sunnah Adalah Wahyu

Dakwaan mereka bahawa Hadis/Sunnah juga wahyu berdasarkan ayat-ayat Quran berikut:

Tuhan kami, bangkitkanlah di antara mereka seorang rasul yang akan membaca wahyu-
wahyuMu bagi mereka, dan mengajar mereka kitab dan hikmah, dan membersihkan mereka.
(2:129)

Beliau tidak bercakap mengikut keinginannya sendiri. Ini wahyu Ilahi. (53:3-4)

Imam Shafii (m.204/820), pengasas teori perundangan Islam klasik, mentafsirkan perkataan
hikmah dalam ayat pertama di atas dan dalam ayat-ayat yang seumpamanya dengannya sebagai
Sunnah atau Hadis. Dalam bukunya, al-Risala, beliau berkata: Jadi, Tuhan menyebut kitabNya,
yakni al-Quran, dan hikmah, dan saya telah mendengar daripada mereka yang mahir dalam
Quran mereka yang saya persetujui menyatakan bahawa hikmah itu ialah sunnah Rasulullah.
Ini samalah seperti perkataan [Tuhan sendiri]; tetapi Tuhan lebih mengetahui! Kerana Quran
disebut, diikut dengan Hikmah, kemudian Tuhan menyatakan nikmatNya kepada manusia
dengan mengajarkan Quran dengan hikmah. Jadi, tidak mungkin hikmah dikatakan apa-apa
selain daripada sunnah Rasulullah (tekanan ditambah.)2

Walaupun kita mengakui ketokohan Shafii sebagai seorang ahli hukum, kita tidak dapat
menerima begitu saja tafsiran beliau mengenai perkataan hikmah. Tidak dapat tidak, kita harus
mengajukan soalan: Adakah munasabah beliau menafsirkan perkataan hikmah di sini sebagai
Sunnah? Pada pendapat saya, tafsiran ini tidak munasabah. Perhatikan bagaimana beliau, dalam
petikan tersebut, bermula dengan mengutip pendapat ahli-ahli yang beliau persetujui dan
kemudian melompat kepada kepastian beliau bahawa hikmah tidak lain adalah sunnah! Kita
tahu bahawa tiap-tiap pendapat boleh dipertikai, tetapi kepastian tidak boleh. Dalam petikan di
atas kita melihat Imam Shafii melompat daripada pendapat kepada kepastian tanpa memberi
hujah-hujah yang kukuh untuk membolehkan kita menerima pendapat tersebut sebagai kepastian.
Ini satu contoh penghujahan yang longgar yang tidak boleh diterima dalam kaedah saintifik.
Bila kita mengkaji penggunaan perkataan hikmah dalam Quran, jelaslah maksudnya adalah
Quran atau ajaran-ajaran Quran juga. Malah Maulana Muhammad Ali dalam tafsirnya menyebut
al-Hikmah sebagai salah satu nama Quran. Beliau merujuk kepada ayat 39 Surah 17 sebagai
contoh dan bukti: Inilah sebahagian daripada hikmah yang telah diwahyukan kepadamu oleh
Tuhanmu. Amat penting, janganlah engkau mempersekutukan Tuhan. Jika engkau berbuat
demikian, engkau akan dicampakkan ke dalam neraka. Dikecam dan dihina.3

Meneliti ayat-ayat 23-29 surah tersebut, yang disifatkan sebagai hikmah, kita dapati mereka
merujuk kepada beberapa ajaran pokok Quran, seperti jangan menyembah selain daripada
Tuhan, berbuat baik dan menghormati kedua ibu-bapa, menolong kaum keluarga dan mereka
yang susah tanpa membazir, jangan membunuh tanpa keadilan, jangan makan harta anak-anak
yatim, tunaikan janji, jangan menipu dalam perniagaan, jangan menerima pendapat-pendapat
yang kita sendiri tidak pasti, dan jangan sombong. Dapat dilihat bahawa ini sebahagian daripada
ajaran-ajaran etika Quran.

Bukti-bukti lain bahawa perkataan hikmah atau hakim dengan makna bijaksana merujuk
kepada Quran dapat dilihat daripada ayat-ayat berikut:

Inilah wahyu-wahyu dan perutusan hakim yang kami bacakan kepadamu. (3:58)

Y.S.; dan Quran ini penuh dengan hikmah. (36:1-2)

H.M. Dan kitab yang nyata ini. Kami telah menjadikannya bacaan dalam bahasa Arab supaya
kamu boleh faham. Ia tercatat dalam simpanan kami dalam atau catatan induk, mulia dan penuh
hikmah. (43:1-4)

Hikmah agung (yang telah datang kepada mereka), tetapi amaran-amaran nampaknya tidak
berkesan. (54:5)

Juga semua perkataan hakim dalam Quran dengan maksud bijaksana tanpa kecuali merujuk
kepada Tuhan. Umpamanya:

Tuhan kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul yang akan membacakan kepada
mereka wahyu-wahyuMu, dan mengajar mereka kitab dan hikmah, dan membersihkan mereka.
Engkaulah maha berkuasa, maha bijaksana (hakim). (2:129)

Segala sesuatu di langit dan di bumi bertasbih kepada Tuhan; Dia maha berkuasa, maha
bijaksana (hakim). (61:1)

Dari keterangan-keterangan Quran yang banyak di atas, kita boleh membuat kesimpulan yang
pasti bahawa perkataan hikmah dalam ayat-ayat yang dirujuk oleh Imam Shafii dan dalam
ayat-ayat lain yang seumpamanya dengannya bermakna Quran atau ajaran-ajaran Quran.
Tafsiran Shafii bahawa ia bermakna sunnah atau hadis merupakan satu tafsiran yang
subjektif dan sewenang-wenang, dan tidak dapat kita terima.

melakukan semula penilaian Hadis.

BAB II: PENOLAKAN TEORI AHLUL-HADIS

EROPAH MODEN telah berjaya meneroka pelbagai bidang ilmu moden serta menjadi
pemimpin dunia dalam bidang ini, khasnya sains dan teknologi, kerana ia berpegang teguh
kepada cogankata Zaman Keserlahan yang diberikan ahli falsafah Kant: Beranilah
Mengetahui. Dunia Islam, di awal zaman kebangkitan semula Islam ini, tidak dapat tidak
mestilah mencontohi Eropah, jika ia benar-benar ingin mencapai kebangkitan semula Islam ini.
Oleh kerana dalam Islam ilmu bersandar kepada wahyu, maka cogankata kebangkitan semula
Islam mestilah berbunyi: Beranilah mengetahui di bawah bimbingan al-Quran.

Kajian kita mengenai Hadis/Sunnah perlulah berdasarkan Quran, sanggup meletakkan segala
sesuatu yang telah diperkatakan mengenai Hadis di bawah teropong kritikan Quran dan ilmu, dan
menerima hanya apa yang lulus dari ujian ini.

Perkataan hadis bermakna berita atau perutusan, manakala sunnah bermakna undang-
undang atau kelakuan. Dalam kesusasteraan Hadis, hadis mempunyai makna satu laopran
tentang apa yang kononnya telah dikatakan atau dibuat oleh Nabi Muhammad. Oleh yang
demikian, walaupun sunnah pada asalnya merujuk kepada amalan Nabi, dalam kesusasteraan
Hadis ia mempunyai makna yang sama.

Empat Hujah Kaum Ahlul-Hadis

Ahlul-Hadis atau pelopor-pelopor Hadis/Sunnah, yang tidak muncul dengan terangnya kecuali
dalam abad kedua Islam setelah lebih seratus tahun Nabi wafat, semuanya mendakwa bahawa
Hadis/Sunnah mendapat kuasa dan peranannya dari Quran. Ini memang semestinya, kerana jika
Hadis tidak mempunyai kuasa dalam Quran, ia tertolak dengan sendirinya.

Mereka mengemukakan empat alasan pokok dari Quran, atau, sebenarnya, apa yang mereka
faham dari Quran, mengapa Hadis mesti diterima sebagai satu lagi sumber hukum selain
daripada Quran. Pertama, Hadis juga merupakan wahyu. Kedua, perintah Tuhan supaya orang-
orang mukmin taat kepada rasul bermakna mereka perlu mengikut perintahnya (selain daripada
Quran) dan berpegang kepada Hadis/Sunnah. Ketiga, Nabi penjelas dan pentafsir Quran, dan
Hadisnya perlu untuk memahami dan melaksanakan arahan-arahan Quran. Keempat, Nabi
contoh yang baik bagi orang-orang mukmin, dan contohnya (yakni, Sunnah) perlu diikut oleh
orang-orang mukmin.1

Kita akan membincang dan membahas keempat-empat alasan pokok ini satu-persatu.
Hujah Sunnah Adalah Wahyu

Dakwaan mereka bahawa Hadis/Sunnah juga wahyu berdasarkan ayat-ayat Quran berikut:

Tuhan kami, bangkitkanlah di antara mereka seorang rasul yang akan membaca wahyu-
wahyuMu bagi mereka, dan mengajar mereka kitab dan hikmah, dan membersihkan mereka.
(2:129)

Beliau tidak bercakap mengikut keinginannya sendiri. Ini wahyu Ilahi. (53:3-4)

Imam Shafii (m.204/820), pengasas teori perundangan Islam klasik, mentafsirkan perkataan
hikmah dalam ayat pertama di atas dan dalam ayat-ayat yang seumpamanya dengannya sebagai
Sunnah atau Hadis. Dalam bukunya, al-Risala, beliau berkata: Jadi, Tuhan menyebut kitabNya,
yakni al-Quran, dan hikmah, dan saya telah mendengar daripada mereka yang mahir dalam
Quran mereka yang saya persetujui menyatakan bahawa hikmah itu ialah sunnah Rasulullah.
Ini samalah seperti perkataan [Tuhan sendiri]; tetapi Tuhan lebih mengetahui! Kerana Quran
disebut, diikut dengan Hikmah, kemudian Tuhan menyatakan nikmatNya kepada manusia
dengan mengajarkan Quran dengan hikmah. Jadi, tidak mungkin hikmah dikatakan apa-apa
selain daripada sunnah Rasulullah (tekanan ditambah.)2

Walaupun kita mengakui ketokohan Shafii sebagai seorang ahli hukum, kita tidak dapat
menerima begitu saja tafsiran beliau mengenai perkataan hikmah. Tidak dapat tidak, kita harus
mengajukan soalan: Adakah munasabah beliau menafsirkan perkataan hikmah di sini sebagai
Sunnah? Pada pendapat saya, tafsiran ini tidak munasabah. Perhatikan bagaimana beliau, dalam
petikan tersebut, bermula dengan mengutip pendapat ahli-ahli yang beliau persetujui dan
kemudian melompat kepada kepastian beliau bahawa hikmah tidak lain adalah sunnah! Kita
tahu bahawa tiap-tiap pendapat boleh dipertikai, tetapi kepastian tidak boleh. Dalam petikan di
atas kita melihat Imam Shafii melompat daripada pendapat kepada kepastian tanpa memberi
hujah-hujah yang kukuh untuk membolehkan kita menerima pendapat tersebut sebagai kepastian.
Ini satu contoh penghujahan yang longgar yang tidak boleh diterima dalam kaedah saintifik.

Bila kita mengkaji penggunaan perkataan hikmah dalam Quran, jelaslah maksudnya adalah
Quran atau ajaran-ajaran Quran juga. Malah Maulana Muhammad Ali dalam tafsirnya menyebut
al-Hikmah sebagai salah satu nama Quran. Beliau merujuk kepada ayat 39 Surah 17 sebagai
contoh dan bukti: Inilah sebahagian daripada hikmah yang telah diwahyukan kepadamu oleh
Tuhanmu. Amat penting, janganlah engkau mempersekutukan Tuhan. Jika engkau berbuat
demikian, engkau akan dicampakkan ke dalam neraka. Dikecam dan dihina.3

Meneliti ayat-ayat 23-29 surah tersebut, yang disifatkan sebagai hikmah, kita dapati mereka
merujuk kepada beberapa ajaran pokok Quran, seperti jangan menyembah selain daripada
Tuhan, berbuat baik dan menghormati kedua ibu-bapa, menolong kaum keluarga dan mereka
yang susah tanpa membazir, jangan membunuh tanpa keadilan, jangan makan harta anak-anak
yatim, tunaikan janji, jangan menipu dalam perniagaan, jangan menerima pendapat-pendapat
yang kita sendiri tidak pasti, dan jangan sombong. Dapat dilihat bahawa ini sebahagian daripada
ajaran-ajaran etika Quran.

Bukti-bukti lain bahawa perkataan hikmah atau hakim dengan makna bijaksana merujuk
kepada Quran dapat dilihat daripada ayat-ayat berikut:

Inilah wahyu-wahyu dan perutusan hakim yang kami bacakan kepadamu. (3:58)

Y.S.; dan Quran ini penuh dengan hikmah. (36:1-2)

H.M. Dan kitab yang nyata ini. Kami telah menjadikannya bacaan dalam bahasa Arab supaya
kamu boleh faham. Ia tercatat dalam simpanan kami dalam atau catatan induk, mulia dan penuh
hikmah. (43:1-4)

Hikmah agung (yang telah datang kepada mereka), tetapi amaran-amaran nampaknya tidak
berkesan. (54:5)

Juga semua perkataan hakim dalam Quran dengan maksud bijaksana tanpa kecuali merujuk
kepada Tuhan. Umpamanya:

Tuhan kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul yang akan membacakan kepada
mereka wahyu-wahyuMu, dan mengajar mereka kitab dan hikmah, dan membersihkan mereka.
Engkaulah maha berkuasa, maha bijaksana (hakim). (2:129)

Segala sesuatu di langit dan di bumi bertasbih kepada Tuhan; Dia maha berkuasa, maha
bijaksana (hakim). (61:1)

Dari keterangan-keterangan Quran yang banyak di atas, kita boleh membuat kesimpulan yang
pasti bahawa perkataan hikmah dalam ayat-ayat yang dirujuk oleh Imam Shafii dan dalam
ayat-ayat lain yang seumpamanya dengannya bermakna Quran atau ajaran-ajaran Quran.
Tafsiran Shafii bahawa ia bermakna sunnah atau hadis merupakan satu tafsiran yang
subjektif dan sewenang-wenang, dan tidak dapat kita terima.

Perkataan-Perkataan Sunnah dan Hadis dalam Quran

Selanjutnya, sungguh menarik kalau kita perhatikan penggunaan perkataan-perkataan sunnah


dan hadis dalam Quran. Perkataan sunnah digunakan dengan tiga makna: institusi atau adat-
resam, kelakuan, tabiat atau sistem, dan nasib. Tiada satu pun perkataan sunnah merujuk
kepada kelakuan atau tabiat Nabi. Banyak perkataan sunnah merujuk kepada sistem Tuhan,
seperti:

Demikianlah dengan semua rasul yang lalu, dan engkau akan mendapati sunnah kami
tidak berubah. (17:77)

Inilah sunnah Tuhan yang senantiasa berlaku. Sunnah Tuhan tidak berubah-ubah.
(48:23)
Nabi memberitahu kepada setengah isterinya suatu rahsia (hadis), tetapi seorang
daripada mereka membocorkannya (66:3)

Sebaliknya, perkataan hadis digunakan sebanyak sebelas kali dalam Quran untuk merujuk
kepada Quran. Umpamanya:

Inilah wahyu-wahyu Tuhan yang kami bacakan kepadamua dengan sebenarnya; hadis
yang manakah selain wahyu-wahyu ini yang mereka percayai? (45:6)

Tuhan menurunkan hadis terbaik, sebuah kitab yang tidak bercanggah, dan menyatakan
kedua-dua jalan (ke syurga dan neraka). (39:23)

Ini sebuah kitab yang mulia. Dalam sebuah kitab yang sepenuhnya terpelihara. Tiada
siapa boleh menyentuhnya kecuali yang terbaik. Ini sebuah wahyu dari Tuhan sekalian
alam. Kamu ingin mengelak hadis inikah? (56:77-81)

Perlu diperhatikan juga bahawa dalam Quran perkataan hadis digunakan dalam dua pengertian
yang bertentangan untuk membezakan antara yang benar dengan yang palsu. Hadis Quran
diungkapkan sebagai hadis terbaik (ahsanal-hadis) dalam ayat 23, Surah 39, yang telah kita
petik di atas dan hadis-hadis lain diungkapkan sebagai omong kosong (lahwal-hadis) dalam
ayat 6, Surah 31. Ayat ini sepenuhnya berbunyi:

Setengah orang menegakkan omong kosong (lahwal-hadis) untuk menyesatkan manusia


dari jalan Tuhan tanpa pengetahuan, dan untuk memperolok-olokkannya. Mereka akan
mendapat seksaan yang menghinakan.

Untuk menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa Hadis juga wahyu, kaum ahlul-Hadis
mendatangkan ayat Quran berikut, yang telah pun kita sebutkan:

Beliau tidak bercakap menurut keinginannya sendiri. Ini wahyu Ilahi. (53:3-4)

Sambil memetik ayat ini, Fazlul Karim menyatakan: Quran menggesa rakyat mempercayai
Hadis Nabi sebagai tidak lain daripada wahyu jugaPerbezaan di antara kedua-duanya hanyalah
manakala Quran diwahyukan tanpa bentuk huruf dan perkataan.4 Tetapi, jika kita meneliti
konteks ayat-ayat tersebut, nyatalah ayat-ayat ini merujuk kepada proses wahyu dan bukan
kepada percakapan biasa beliau. Perhatikan konteksnya:

Demi bintang jatuh. Kawanmu tiadalah sesat, atau pendusta. Dia tidak bercakap
menurut keinginannya sendiri. Ini wahyu Ilahi. Satu ajaran daripada yang amat kuat.
Pemilik kuasa tertinggi, yang mengendalikan (semua kuasa). Dari ukuf tertinggi. Ia
menghampiri dengan bergerak turun. Hingga ia datang sedekat-dekatnya. Lalu ia
wahyukan kepada hambaNya apa yang Ia wahyukan. (53:1-10)

Ayat-ayat ini nyata memerikan proses wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad. Hal
ini disahkan oleh ahli-ahli tafsir yang masyhur.5 Di mana dan bagaimana wahyu itu diberikan,
tidak ada manusia yang mengetahui, tetapi ayat-ayat tersebut jelas merujuk kepada proses
wahyu, dan bukan kepada percakapan biasa Nabi. Bahawa Muhammad juga seorang manusia
biasa atelah diterangkan dalam Quran6 dan telah dibuktikan dengan menunjukkan kepada
beberapa kesilapan yang telah dilakukannya dalam Quran7 dan juga dalam beberapa buah hadis.8

Hujah Fazlul Karim di atas bahawa Hadis ialah wahyu tanpa bentuk huruf dan perkataan
dibantah dan dibatalkan oleh ayat Quran sendiri yang menegaskan bahawa Nabi Muhammad
berpegang kepada kalimah Allah.9 Jadi, mengikut Nabi Muhammad bermakna berpegang
kepada Quran, dan bukan Hadis/Sunnah.

Hujah Taat Kepada Rasul: Bermakna Berpegang Kepada Hadis

Alasan pokok kedua yang didatangkan oleh ahlul-Hadis berhubung dengan perintah Tuhan
menyuruh orang-orang mukmin mentaati rasul, yang telah mereka salah-tafsirkan sebagai
berpegang kepada Hadis/Sunnah. Imam Shafii menggunakan hujah ini sebagai hujah pokok dan
mengulangnya berkali-kali dalam buku beliau, al-Risala. Beliau berkata: Tetapi apa juga yang
ditetapkan oleh beliau dalam sunnah telah diperintahkan kita taati oleh Tuhan, dan Dia
menganggap ketaatan [kita] kepadanya sebagai ketaatan kepadaNya, dan keingkaran [kita]
mentaatinya sebagai keingkaran kepadaNya, yang tidak akan dimaafkan10 Di antara ayat-ayat
Quran yang digunakan oleh ahlul-Hadis untuk menyandarkan pendapat ini ialah:

Wahai kamu yang beriman hendaklah kamu taat kepada Tuhan dan hendaklah kamu taat
kepada rasul dan kepada mereka yang berkuasa di antara kamu. (4:59)

Apa-apa harta rampasan perang yang diberi oleh rasul kepadamu hendaklah kamu
terima, dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu tinggalkan. (59:7)11

Tidak! Oleh Tuhanmu mereka tidak akan dianggap beriman sehingga mereka meminta
engkau menghakimi mereka, kemudian tidak teragak-agak di dalam hati mereka
mengenai keputusanmu, dan sehingga mereka tunduk sepenuhnya. (4:65)

Ada dua idea yang hendak diketengahkan oleh pendukung-pendukung Hadis di sini. Pertama,
Nabi harus dipatuhi tanpa syarat, sama ada sebagai rasul atau sebagai pemimpin dan hakim, dan
kedua, kepatuhan kepada Nabi bermakna berpegang kepada Hadis/Sunnah. Benarkah pendapat
ini? Dalam ayat pertama, ketaatan kepada rasul bermakna ketaatan kepada Tuhan, kerana rasul
utusan Tuhan, yang menyampaikan Quran. Quran memaklumi kita bahawa, Satu-satunya tugas
rasul ialah menyampaikan perutusan.12 Perhatikan juga bahawa Tuhan menggunakan perkataan
rasuldan tidak Muhammad dalam ayat itu. Ini terang menunjukkan bahawa perutusan rasul
yang dikehendaki kita taat, dan bukan perkataan Muhammad.

Bahawa ketaatan kepada rasul bermakna ketaatan kepada Tuhan dapat dibuktikan lagi dari ayat-
ayat Quran yang banyak yang menyuruh manusia tunduk kepada Tuhan semata-mata,
umpamanya:
Katakanlah, Aku menggesa kamu melakukan satu perkara: bahawa kamu tunduk
sepenuhnya kepada Tuhan berpasang-pasang atau seorang diri, kemudian berfikir.
(34:46)

Kenalah kamu berpegang kepada Tuhan supaya kamu beroleh rahmat. (49:10)

Barangsiapa menundukkan dirinya kepada Tuhan dan berbuat baik telah berpegang
kepada ikatan yang kuat. (31:22)

Hendaklah kamu patuh kepada Tuhanmu dan tunduk sepenuhnya kepadaNya sebelum
seksaan datang kepadamu; kemudian kamu akan mendapati terlalu lewat untuk
mendapat pertolongan. (39:54)

Ayat-ayat Quran mentafsirkan satu sama lain. Nyatalah ayat-ayat di atas menjelaskan makna
ketaatan kepada rasul, yang membawa makna ketaatan kepada Tuhan, kerana Tuhan tidak datang
kepada manusia kecuali melalui rasul-rasulNya.

Peranan Nabi Sebagai Pemimpin (Ulil-Amr)

Ayat 7, Surah 59 dan ayat 65, Surah 4 yang telah kita petik di atas memperlihatkan Nabi dalam
peranannya sebagai pemimpin atau ketua, dan juga sebagai hakim. Konsep pemimpin
terkandung dalam ungkapan ulil-amr (mereka yang berkuasa) dalam ayat pertama tadi (4:59).
Dalam ayat ini Muhammad memegang dua peranan: rasul kepada manusia (yang menyeru
dengan Quran), dan pemimpin kepada masyarakatnya. Sebagai pemimpin kepada masyarakatnya
dengan kuasa ulil-amr, beliau perlu ditaati oleh masyarakat itu: sama ada sebagai kepala negara,
ketua kerajaan, hakim atau penglima perang. Sebagai pemimpin, ketaatan kepada beliau
bersyarat: yakni tertakluk kepada syarat perintah-perintahnya tidak bercanggah dengan Quran,
dan juga syarat perintah-perintahnya terbatas kepada masyarakatnya saja.

Oleh yang demikian, bila kononnya ada hadis yang menyatakan hukum zina ialah rejam hingga
mati, hadis ini tidak terpakai, kerana ia melanggar ketentuan Quran.13 Demikian juga dengan
contoh zakat. Kaedah-kaedah zakat yang ditentukan oleh Nabi (barang-barang yang dikenakan
zakat dan kadarnya) telah ditentukan mengikut keadaan pada waktu itu, dan tidak semestinya
diikuti oleh masyarakat-masyarakat Islam kemudian, walaupun boleh dijadikan contoh. Inilah
contoh kebijaksanaan Ilahi yang tidak menentukan banyak perkara, khasnya kaedah-kaedah yang
berhubung dengan sosio-budaya, dalam kitabNya untuk memberi kebebasan kepada manusia
menentukan kaedah-kaedah itu mengikut keperluan dan keadaan masing-masing.14

Wahai Nabi, jika orang-orang mukmin wanita datang kepadamu dan berikrar mereka
tidak akan mempersekutukan Tuhan, tidak akan mencuri, tidak akan melakukan zina,
tidak akan membunuh anak-anak mereka, tidak akan menyatakan dusta, dan tidak akan
membantah kau bila engkau benar, engkau kenalah menerima ikrar mereka, serta
memohon Tuhan mengampuni mereka. (60:12)
Apa-apa kebaikan yang berlaku kepadamu (Wahai Muhammad) adalah daripada Tuhan.
Apa-apa keburukan yang berlaku kepadamu adalah daripadamu. Kami telah menghantar
engkau sebagai utusan kepada rakyat, dan Tuhan cukup sebagai saksi. Barangsiapa taat
kepada rasul taat kepada Tuhan. Mengenai mereka yang berpaling, kami tidak
menghantar engkau sebagai penjaga mereka. (4:79-80)

Setelah beliau wafat, pimpinan beliau serta ketaatan kepada pimpinan beliau sebagai pemimpin
masyarakat Islam pertama terhenti dengan sendirinya. Tetapi, sebagai rasul pembawa wahyu,
tegasnya Quran, pimpinan beliau dan ketaatan kepada beliau terus berlaku hingga hari kiamat.
Kekeliruan di antara dua peranan beliau yang berbeza inilah yang menjadi punca kekacauan di
antara Quran dan Hadis/Sunnah.

Di bawah konsep umum ketaatan kepada Nabi ini juga kaum ahlul-Hadis membina konsep Nabi
sebagai penggubal undang-undang, mengadakan undang-undang baru selain daripada yang
terdapat dalam Quran. Dr. Mahmud Saedon memetik pendapat Abdul Wahab Khallaf bahawa
Al-Sunnahmembina dan menthabitkan beberapa hukum yang tidak disebut oleh al-Quran.15
Dr. Saedon memetik ayat Quran berikut sebagai sandarannya:

Juga bagi mereka yang mengikuti rasul, nabi ummi, yang mereka dapati tercatat dalam
kitab-kitab Taurat dan Injil mereka. Beliau menyuruh mereka berbuat baik dan menjauhi
kejahatan, dan beliau menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik dan
mengharamkan benda-benda yang buruk, dan membebaskan mereka dari bebanan-
bebanan perjanjian mereka dan membuang belenggu-belenggu yang mengikat mereka.
(7:157)

Tetapi nyatalah ayat ini tidak membawa makna Nabi mengadakan undang-undang dan peraturan-
peraturan baru, seperti yang didakwa oleh kaum ahlul-Hadis. Maknanya syariat yang dibawa
oleh Nabi Muhammad, yang terkandung dalam Quran, lebih ringan daripada syariat-syariat Nabi
Muda dan Nabi Isa. Muhammad Asad, dalam tafsir beliau, mengulas ayat tersebut demikian:
(Ini) merujuk kepada banyak upacara dan kewajipan yang keras yang diperundang-undangkan
dalam syariat Musa, dan juga kecenderungan untuk pertapaan yang ternyata dalam ajaran-ajaran
Injil. Oleh yang demikian, Quran menyatakan bahawa bebanan-bebanan dan belenggu-
belenggu yang ditujukan sebagai satu kaedah disiplin rohaniah bagi masyarakat-masyarakat
tertentu dan bagi tahap-tahap tertentu dalam perkembangan manusia, tidak perlu lagi, bagi
perutusan Tuhan kepada manusia telah mencapai peringkat universal dan akhir dalam ajaran-
ajaran nabi terakhir, Muhammad.16

Bukan saja ayat-ayat di atas tidak membuktikan Nabi Muhammad sebagai pembuat undang-
undang di luar Quran, Quran sendiri dengan tegas menolak kemungkinan ini. Contohnya:

Apakah akan kucari selain Tuhan sebagai sumber undang, sedang Dia telah
menurunkan kitab ini kepadamu dengan terperincinya? (6:114)

Perkataan Tuhanmu lengkap dengan benar dan adilnya. Tidak apa pun yang boleh
memansuhkan kalimahNya. (6:115)
Kami tidak meninggalkan suatu pun daripada kitab ini. (6:38)

Patutkah kami perlakukan orang-orang mukmin seperti orang-orang berdosa?


Betapakah hal kamu? Adakah kamu sebuah buku lain yang kamu pakai? Yang
memberi kepada kamu apa-apa yang kamu kehendaki? (68:35:38)

Empat ayat di atas lebih dari cukup untuk menolak dakwaan ahlul-Hadis bahawa Nabi pembuat
undang-undang di luar Quran, dan untuk mensahkan bahawa hanya Quran sumber undang-
undang bagi umat Muhammad. Ini tidak bermakna Nabi sebagai ulil-amr tidak pernah dan tidak
boleh membuat keputusan-keputusan hukum bagi masyarakatnya, seperti kadar zakat yang tidak
disebut dalam Quran tetapi yang telah diputuskan oleh beliau untuk masyarakat dan zaman itu.

Ini juga tidak bermakna manusia, melalui ulul-amr mereka masing-masing, tidak boleh membuat
peraturan-peraturan yang diperlukan dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Ini pun memang
telah dibuat. Nabi Muhammad sendiri telah menggubal sebuah perlembagaan untuk negara-kota
Madinah bila beliau dan pengikut-pengikutnya terpaksa berhijrah ke sana. Namun demikian,
Piagam Madinah, yang memang merupakan sebuah hadi/sunnah, tidak mengikat umat Islam,
sepertimana Quran mengikat kita. Perbezaan di antara undang-undang Quran dengan peraturan-
peraturan manusia (termasuk yang dibuat oleh Muhammad sebagai ketua kerajaan) ialah yang
pertama bersifat mutlak dan universal, sedangkan yang kedua bersifat relatif dan setempat.

Bab II: Penolakan Teori Ahlul-Hadis (Sambongan)

Hujah Nabi Penghurai dan Pentafsir Quran

Kaum ahlul-Hadis mendakwa bahawa Nabi ialah penghurai dan pentafsir Quran, dan huraian
dan tafsiran beliau diperoleh melalui Hadis. Tanpa Hadis, kata mereka, umat Islam tidak dapat
memahami dan menjalankan perintah-perintah dalam Quran.

Andaikata keterangan Nabi (s.a.w.) terhadap hal-hal yang mujmal ini tidak terpelihara
dan terjamin dari campur tangan pihak luar, nescaya tidak dapat digunakan lagi nas-nas
Quran itu. Dengan begitu akan gugurlah sebahagian terbesar nas-nas Quran yang wajib
kita jalankan. Jika demikian, tentu kita tidak dapat mengetahui maksud Allah
sebenarnya.17

Mereka mengemukakan ayat-ayat Quran berikut sebagai sandaran pendapat ini:

Demikian juga, Kami wahyukan perutusan ini kepadamu untuk menujukkan kepada
manusia apa yang diwahyukan kepada mereka dan untuk mereka berfikir. (16:44)

Kami tidak menurunkan kitab ini kepadamu kecuali untuk menunjukkan kepada mereka
apa yang mereka perbantahkan dan untuk memberi petunjuk dan rahmat kepada mereka
yang beriman. (16:64)

Menerangkan ayat-ayat di atas, Dr. Mahmud Saedon menyatakan Nabi memperincikan perkara-
perkara yang mujmal atau universal dalam Quran, seperti waktu dan rakaat sembahyang dan
kadar zakat; Nabi menjelaskan perkara-perkara yang samar dalam Qquran, seperti waktu imsak;
Nabi mengkhususkan perintah-perintah yang umum dalam Quran, seperti dalam pembahagian
harta pusaka, di mana kononnya, Hadis melarang pembahagian kepada anak-anak yang
membunuh ibu-bapa; dan Nabi menghadkan atau membataskan perintah-perintah Quran, seperti
penentuan kaedah melaksanakan hukum potong tangan.18

Jelaslah bahawa apa yang dimaksudkan oleh ahlul-Hadis di sini ialah tugas Nabi sebagai
pemimpin yang terkandung dalam konsep ulil-amr, seperti yang telah saya terangkan di atas.
Adalah mustahil untuk Nabi Muhammad atau bagi mana-mana ahli tafsir untuk menjelaskan dan
mentafsirkan Quran sekaligus, secara mutlak, kerana Quran adalah sebahagian daripada ilmu
Tuhan, yang hanya boleh dicapai sedikit demi sedikit melalui kajian-kajian saintifik dan
pemikiran rasional dalam satu jangka masa yang panjang. Sejarah tafsir yang mencatat banyak
tafsir yang telah dibuat oleh ahli-ahli tafsir zaman klasik membawa ke zaman pertengahan
hingga ke zaman moden Islam membuktikan perkara ini. Hal ini juga telah diterangkan dalam
Quran sendiri.

Tidak seorang pun mengetahui tafsirnya (ayat-ayat mutasyabihat) yang sebenarnya,


kecuali Tuhan dan mereka yang mendalami ilmu. (3:7)

Janganlah menggerakkan lidahmu (wahai Muhammad) untuk mempercepatkan wahyu


ini. Kamilah bertanggungjawab mengumpulkannya menjadi Quran. Bila kami
membacanya, hendaklah kamu ikut Quran ini. Kemudian kamilah yang akan
menghuraikannya. (75:16-19)

Dia maha pemurah. Dialah yang mengajar Quran. (55:1-2)

Kaedah Sembahyang

Pendukung-pendukung Hadis bertanya: Jika kita menolak Hadis, bagaimana kita


bersembahyang? Sebenarnya, jawapannya ada di dalam Quran sendiri. Sesiapa yang mengkaji
Quran mengetahui bahawa ibadah-ibadah agama, salat, puasa, zakat dan haji telah diajar oleh
Tuhan kepada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya dan diperturunkan daripada mereka,
generasi, kepada Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya.

Tuhan kami, jadikanlah kami Muslim (tunduk) kepadaMu, dan daripada keturunan kami
biarlah lahir suatu bangsa Muslim (yang tunduk) kepadaMu. Ajarkanlah kami
bagaimana hendak mengamalkan ibadah-ibadah agama kami, dan ampunilah kami;
Kau maha pengampun, maha penyayang. (2:128)

Quran juga memberitahu kepada kami bahawa orang-orang Arab sebelum Muhammad sudah
mengamalkan salat:

Salat mereka di rumah suci tidak lain daripada penipuan dan kesesatan. (8:35);
dan wahyu-wahyu Quran yang paling awal sudah menyebut salat dan zakat, membukttikan
bahawa ibadah-ibadah ini sudah terkenal di kalangan orang Arab. Wahyu ketiga, Surah Al-
Muzzammil (73) ayat 20, menyatakan:

Oleh yang demikian bacalah apa yang mampu olehmu darinya (Quran), dan amalkanlah
salat dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah Tuhan satu pinjaman kebajikan.

Periwayat Nabi yang pertama, Ibn Ishaq, mencatat dalam sirahnya bahawa sebelum beliau
diangkat menjadi rasul, Muhammad mengunjungi Gua Hira tiap-tiap tahun dalam bulan
Ramadan untuk berhening cipta dan bersembahyang, dan memberi makan kepada orang-orang
miskin yang datang kepadanya.19 Ibn Ishaq juga mencatat bahawa sebelum Nabi israk dan mikraj
pada malam bersejarah itu, Nabi bersembahyang isyak di rumah Umm Hani.20 Kesemua fakta
ini menafikan laporan-laporan Hadis yang menyatakan bahawa ibadah sembahyang
diperintahkan oleh Tuhan kepada Nabi pada malam israk dan mikraj.

Berhubung dengan kaedah-kaedah salat (waktu, rakaat dan gerak-gerinya), tidak syak lagi
bahawa amalan yang dilakukan oleh umat Islam sekarang, pada dasarnya, berpunca daripada
amalan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya, dan kaedah-kaedah ini diperturunkan, generasi
demi generasi, hingga kepada Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya. Namun demikian,
Quran telah juga menyatakan beberapa perincian kaedah salat: umpamanya, semua lima
waktunya (11:114, 17:78, 24:58, 2:238, 30:17-18 dan 20:130); perbuatan rukuk dan sujud
(22:77); meringkaskan sembahyang dalam perjalanan (4:101); bentuk yang boleh disesuaikan
dalam keadaan perang dan keadaan luar biasa (2:239); berpakaian elok (7:31); cara bacaan yang
sederhana (17:110); jangan menyerukan selain Allah dalam sembahyang (72:18) dan cara-cara
wuduk (5:6 dan 4:43). Jadi, walaupun perincian gerak-geri salat tidak diberi dalam Quran,
banyak perincian kaedah ada diberikan.

Juga Quran mengajar kita supaya jangan mempertikai bentuk dan kaedah. Bentuk dan kaedah
tidak begitu penting jika dibandingkan dengan tujuan. Apa yang penting ialah kebaikan dan
kejujuran untuk melakukan kebaikan.

Kebaikan bukanlah berpaling ke Timur atau ke Barat. Kebaikan ialah beriman kepada
Tuhan, hari kiamat, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi; dan mendermakan
wang yang kita sayangi kepada kaum keluarga, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
orang-orang asing, pengemis-pengemis, dan membebaskan hamba-abdi, dan
melaksanakan salat dan zakat, dan menunaikan janji-janji yang dibuat, dan tetap teguh
menghadapi bencana, kesusahan dan peperangan. Inilah mereka yang benar; inilah
mereka yang baik. (2:177)

Tahukah engkau siapa yang menolak keimanan? Dia yang mengabaikan anak-anak yatim. Dan
tidak pernah menganjurkan diberi makanan kepada orang-orang miskin. Oleh itu, celakalah
mereka yang melaksanakan salat. Sedangkan mereka lalai tentang salat mereka. Mereka hanya
menunjuk. Dan enggan bersedekah. (107:1-7)

Ada hikmahnya yang besar mengapa Tuhan tidak memperincikan bentuk dan kaedah salat dalam
Quran. Pertama, kerana bentuk dan kaedah ini telah diajar kepada Nabi Ibrahim dan pengikut-
pengikutnya, dan disahkan untuk diikut oleh umat Muhammad. Kedua, kerana bentuk dan
kaedah tidak begitu penting, dan Tuhan ingin memberi kelonggaran kepada umat Muhammad
supaya mereka boleh melakukan salat mereka dalam keadaan apa juga, seperti dalam perjalanan
jauh, dalam peperangan, di Kutub Utara, atau di angkasa lepas, mengikut cara yang sesuai.
Peristiwa Putera sultan Salman dari Arab Saudi yang turut serta dalam kapal angkasa Amerika,
Discovery pada Jun 1985 meminta perunjuk daripada tokoh-tokoh agama negaranya bagaimana
hendak bersembahyang di dalam kapal angkasa itu bukan saja telah menimbulkan pertentangan
di kalangan ulama yang jumud dan anti-sains, tetapi adalah satu peringatan yang amat baik
kepada umat Islam supaya kembali dan berpegang kepada Quran dan jangan mempertikai bentuk
dan kaedah.

Bab II: Penolakan Teori Ahlul-Hadis (Sambongan)

Hujah Taat Kepada Rasul Bermakna Berpegang Kepada Hadis

Alasan pokok kedua yang didatangkan oleh ahlul-Hadis berhubung dengan perintah Tuhan
menyuruh orang-orang mukmin mentaati rasul, yang telah mereka salah-tafsirkan sebagai
berpegang kepada Hadis/Sunnah. Imam Shafii menggunakan hujah ini sebagai hujah pokok dan
mengulangnya berkali-kali dalam buku beliau, al-Risala. Beliau berkata: Tetapi apa juga yang
ditetapkan oleh beliau dalam sunnah telah diperintahkan kita taati oleh Tuhan, dan Dia
menganggap ketaatan [kita] kepadanya sebagai ketaatan kepadaNya, dan keingkaran [kita]
mentaatinya sebagai keingkaran kepadaNya, yang tidak akan dimaafkan10 Di antara ayat-ayat
Quran yang digunakan oleh ahlul-Hadis untuk menyandarkan pendapat ini ialah:

Wahai kamu yang beriman hendaklah kamu taat kepada Tuhan dan hendaklah kamu taat
kepada rasul dan kepada mereka yang berkuasa di antara kamu. (4:59)

Apa-apa harta rampasan perang yang diberi oleh rasul kepadamu hendaklah kamu
terima, dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu tinggalkan. (59:7)11

Tidak! Oleh Tuhanmu mereka tidak akan dianggap beriman sehingga mereka meminta
engkau menghakimi mereka, kemudian tidak teragak-agak di dalam hati mereka
mengenai keputusanmu, dan sehingga mereka tunduk sepenuhnya. (4:65)

Ada dua idea yang hendak diketengahkan oleh pendukung-pendukung Hadis di sini. Pertama,
Nabi harus dipatuhi tanpa syarat, sama ada sebagai rasul atau sebagai pemimpin dan hakim, dan
kedua, kepatuhan kepada Nabi bermakna berpegang kepada Hadis/Sunnah. Benarkah pendapat
ini? Dalam ayat pertama, ketaatan kepada rasul bermakna ketaatan kepada Tuhan, kerana rasul
utusan Tuhan, yang menyampaikan Quran. Quran memaklumi kita bahawa, Satu-satunya tugas
rasul ialah menyampaikan perutusan.12 Perhatikan juga bahawa Tuhan menggunakan perkataan
rasuldan tidak Muhammad dalam ayat itu. Ini terang menunjukkan bahawa perutusan rasul
yang dikehendaki kita taat, dan bukan perkataan Muhammad.
Bahawa ketaatan kepada rasul bermakna ketaatan kepada Tuhan dapat dibuktikan lagi dari ayat-
ayat Quran yang banyak yang menyuruh manusia tunduk kepada Tuhan semata-mata,
umpamanya:

Katakanlah, Aku menggesa kamu melakukan satu perkara: bahawa kamu tunduk
sepenuhnya kepada Tuhan berpasang-pasang atau seorang diri, kemudian berfikir.
(34:46)

Kenalah kamu berpegang kepada Tuhan supaya kamu beroleh rahmat. (49:10)

Barangsiapa menundukkan dirinya kepada Tuhan dan berbuat baik telah berpegang
kepada ikatan yang kuat. (31:22)

Hendaklah kamu patuh kepada Tuhanmu dan tunduk sepenuhnya kepadaNya sebelum
seksaan datang kepadamu; kemudian kamu akan mendapati terlalu lewat untuk
mendapat pertolongan. (39:54)

Ayat-ayat Quran mentafsirkan satu sama lain. Nyatalah ayat-ayat di atas menjelaskan makna
ketaatan kepada rasul, yang membawa makna ketaatan kepada Tuhan, kerana Tuhan tidak datang
kepada manusia kecuali melalui rasul-rasulNya.

Peranan Nabi Sebagai Pemimpin (Ulil-Amr)

Ayat 7, Surah 59 dan ayat 65, Surah 4 yang telah kita petik di atas memperlihatkan Nabi dalam
peranannya sebagai pemimpin atau ketua, dan juga sebagai hakim. Konsep pemimpin
terkandung dalam ungkapan ulil-amr (mereka yang berkuasa) dalam ayat pertama tadi (4:59).
Dalam ayat ini Muhammad memegang dua peranan: rasul kepada manusia (yang menyeru
dengan Quran), dan pemimpin kepada masyarakatnya. Sebagai pemimpin kepada masyarakatnya
dengan kuasa ulil-amr, beliau perlu ditaati oleh masyarakat itu: sama ada sebagai kepala negara,
ketua kerajaan, hakim atau penglima perang. Sebagai pemimpin, ketaatan kepada beliau
bersyarat: yakni tertakluk kepada syarat perintah-perintahnya tidak bercanggah dengan Quran,
dan juga syarat perintah-perintahnya terbatas kepada masyarakatnya saja.

Oleh yang demikian, bila kononnya ada hadis yang menyatakan hukum zina ialah rejam hingga
mati, hadis ini tidak terpakai, kerana ia melanggar ketentuan Quran.13 Demikian juga dengan
contoh zakat. Kaedah-kaedah zakat yang ditentukan oleh Nabi (barang-barang yang dikenakan
zakat dan kadarnya) telah ditentukan mengikut keadaan pada waktu itu, dan tidak semestinya
diikuti oleh masyarakat-masyarakat Islam kemudian, walaupun boleh dijadikan contoh. Inilah
contoh kebijaksanaan Ilahi yang tidak menentukan banyak perkara, khasnya kaedah-kaedah yang
berhubung dengan sosio-budaya, dalam kitabNya untuk memberi kebebasan kepada manusia
menentukan kaedah-kaedah itu mengikut keperluan dan keadaan masing-masing.14
Wahai Nabi, jika orang-orang mukmin wanita datang kepadamu dan berikrar mereka
tidak akan mempersekutukan Tuhan, tidak akan mencuri, tidak akan melakukan zina,
tidak akan membunuh anak-anak mereka, tidak akan menyatakan dusta, dan tidak akan
membantah kau bila engkau benar, engkau kenalah menerima ikrar mereka, serta
memohon Tuhan mengampuni mereka. (60:12)

Apa-apa kebaikan yang berlaku kepadamu (Wahai Muhammad) adalah daripada Tuhan.
Apa-apa keburukan yang berlaku kepadamu adalah daripadamu. Kami telah menghantar
engkau sebagai utusan kepada rakyat, dan Tuhan cukup sebagai saksi. Barangsiapa taat
kepada rasul taat kepada Tuhan. Mengenai mereka yang berpaling, kami tidak
menghantar engkau sebagai penjaga mereka. (4:79-80)

Setelah beliau wafat, pimpinan beliau serta ketaatan kepada pimpinan beliau sebagai pemimpin
masyarakat Islam pertama terhenti dengan sendirinya. Tetapi, sebagai rasul pembawa wahyu,
tegasnya Quran, pimpinan beliau dan ketaatan kepada beliau terus berlaku hingga hari kiamat.
Kekeliruan di antara dua peranan beliau yang berbeza inilah yang menjadi punca kekacauan di
antara Quran dan Hadis/Sunnah.

Di bawah konsep umum ketaatan kepada Nabi ini juga kaum ahlul-Hadis membina konsep Nabi
sebagai penggubal undang-undang, mengadakan undang-undang baru selain daripada yang
terdapat dalam Quran. Dr. Mahmud Saedon memetik pendapat Abdul Wahab Khallaf bahawa
Al-Sunnahmembina dan menthabitkan beberapa hukum yang tidak disebut oleh al-Quran.15
Dr. Saedon memetik ayat Quran berikut sebagai sandarannya:

Juga bagi mereka yang mengikuti rasul, nabi ummi, yang mereka dapati tercatat dalam
kitab-kitab Taurat dan Injil mereka. Beliau menyuruh mereka berbuat baik dan menjauhi
kejahatan, dan beliau menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik dan
mengharamkan benda-benda yang buruk, dan membebaskan mereka dari bebanan-
bebanan perjanjian mereka dan membuang belenggu-belenggu yang mengikat mereka.
(7:157)

Tetapi nyatalah ayat ini tidak membawa makna Nabi mengadakan undang-undang dan peraturan-
peraturan baru, seperti yang didakwa oleh kaum ahlul-Hadis. Maknanya syariat yang dibawa
oleh Nabi Muhammad, yang terkandung dalam Quran, lebih ringan daripada syariat-syariat Nabi
Muda dan Nabi Isa. Muhammad Asad, dalam tafsir beliau, mengulas ayat tersebut demikian:
(Ini) merujuk kepada banyak upacara dan kewajipan yang keras yang diperundang-undangkan
dalam syariat Musa, dan juga kecenderungan untuk pertapaan yang ternyata dalam ajaran-ajaran
Injil. Oleh yang demikian, Quran menyatakan bahawa bebanan-bebanan dan belenggu-
belenggu yang ditujukan sebagai satu kaedah disiplin rohaniah bagi masyarakat-masyarakat
tertentu dan bagi tahap-tahap tertentu dalam perkembangan manusia, tidak perlu lagi, bagi
perutusan Tuhan kepada manusia telah mencapai peringkat universal dan akhir dalam ajaran-
ajaran nabi terakhir, Muhammad.16

Bukan saja ayat-ayat di atas tidak membuktikan Nabi Muhammad sebagai pembuat undang-
undang di luar Quran, Quran sendiri dengan tegas menolak kemungkinan ini. Contohnya:
Apakah akan kucari selain Tuhan sebagai sumber undang, sedang Dia telah
menurunkan kitab ini kepadamu dengan terperincinya? (6:114)

Perkataan Tuhanmu lengkap dengan benar dan adilnya. Tidak apa pun yang boleh
memansuhkan kalimahNya. (6:115)

Kami tidak meninggalkan suatu pun daripada kitab ini. (6:38)

Patutkah kami perlakukan orang-orang mukmin seperti orang-orang berdosa?


Betapakah hal kamu? Adakah kamu sebuah buku lain yang kamu pakai? Yang
memberi kepada kamu apa-apa yang kamu kehendaki? (68:35:38)

Empat ayat di atas lebih dari cukup untuk menolak dakwaan ahlul-Hadis bahawa Nabi pembuat
undang-undang di luar Quran, dan untuk mensahkan bahawa hanya Quran sumber undang-
undang bagi umat Muhammad. Ini tidak bermakna Nabi sebagai ulil-amr tidak pernah dan tidak
boleh membuat keputusan-keputusan hukum bagi masyarakatnya, seperti kadar zakat yang tidak
disebut dalam Quran tetapi yang telah diputuskan oleh beliau untuk masyarakat dan zaman itu.

Ini juga tidak bermakna manusia, melalui ulul-amr mereka masing-masing, tidak boleh membuat
peraturan-peraturan yang diperlukan dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Ini pun memang
telah dibuat. Nabi Muhammad sendiri telah menggubal sebuah perlembagaan untuk negara-kota
Madinah bila beliau dan pengikut-pengikutnya terpaksa berhijrah ke sana. Namun demikian,
Piagam Madinah, yang memang merupakan sebuah hadi/sunnah, tidak mengikat umat Islam,
sepertimana Quran mengikat kita. Perbezaan di antara undang-undang Quran dengan peraturan-
peraturan manusia (termasuk yang dibuat oleh Muhammad sebagai ketua kerajaan) ialah yang
pertama bersifat mutlak dan universal, sedangkan yang kedua bersifat relatif dan setempat.

Bab II: Penolakan Teori Ahlul Hadis (Sambongan)

Hujah Nabi Penghurai dan Pentafsir Quran

Kaum ahlul-Hadis mendakwa bahawa Nabi ialah penghurai dan pentafsir Quran, dan huraian
dan tafsiran beliau diperoleh melalui Hadis. Tanpa Hadis, kata mereka, umat Islam tidak dapat
memahami dan menjalankan perintah-perintah dalam Quran. Andaikata keterangan Nabi
(s.a.w.) terhadap hal-hal yang mujmal ini tidak terpelihara dan terjamin dari campur tangan pihak
luar, nescaya tidak dapat digunakan lagi nas-nas Quran itu. Dengan begitu akan gugurlah
sebahagian terbesar nas-nas Quran yang wajib kita jalankan. Jika demikian, tentu kita tidak dapat
mengetahui maksud Allah sebenarnya.17

Mereka mengemukakan ayat-ayat Quran berikut sebagai sandaran pendapat ini:

Demikian juga, Kami wahyukan perutusan ini kepadamu untuk menujukkan kepada
manusia apa yang diwahyukan kepada mereka dan untuk mereka berfikir. (16:44)
Kami tidak menurunkan kitab ini kepadamu kecuali untuk menunjukkan kepada mereka
apa yang mereka perbantahkan dan untuk memberi petunjuk dan rahmat kepada mereka
yang beriman. (16:64)

Menerangkan ayat-ayat di atas, Dr. Mahmud Saedon menyatakan Nabi memperincikan perkara-
perkara yang mujmal atau universal dalam Quran, seperti waktu dan rakaat sembahyang dan
kadar zakat; Nabi menjelaskan perkara-perkara yang samar dalam Qquran, seperti waktu imsak;
Nabi mengkhususkan perintah-perintah yang umum dalam Quran, seperti dalam pembahagian
harta pusaka, di mana kononnya, Hadis melarang pembahagian kepada anak-anak yang
membunuh ibu-bapa; dan Nabi menghadkan atau membataskan perintah-perintah Quran, seperti
penentuan kaedah melaksanakan hukum potong tangan.18

Jelaslah bahawa apa yang dimaksudkan oleh ahlul-Hadis di sini ialah tugas Nabi sebagai
pemimpin yang terkandung dalam konsep ulil-amr, seperti yang telah saya terangkan di atas.
Adalah mustahil untuk Nabi Muhammad atau bagi mana-mana ahli tafsir untuk menjelaskan dan
mentafsirkan Quran sekaligus, secara mutlak, kerana Quran adalah sebahagian daripada ilmu
Tuhan, yang hanya boleh dicapai sedikit demi sedikit melalui kajian-kajian saintifik dan
pemikiran rasional dalam satu jangka masa yang panjang. Sejarah tafsir yang mencatat banyak
tafsir yang telah dibuat oleh ahli-ahli tafsir zaman klasik membawa ke zaman pertengahan
hingga ke zaman moden Islam membuktikan perkara ini. Hal ini juga telah diterangkan dalam
Quran sendiri.

Tidak seorang pun mengetahui tafsirnya (ayat-ayat mutasyabihat) yang sebenarnya,


kecuali Tuhan dan mereka yang mendalami ilmu. (3:7)

Janganlah menggerakkan lidahmu (wahai Muhammad) untuk mempercepatkan wahyu


ini. Kamilah bertanggungjawab mengumpulkannya menjadi Quran. Bila kami
membacanya, hendaklah kamu ikut Quran ini. Kemudian kamilah yang akan
menghuraikannya. (75:16-19)

Dia maha pemurah. Dialah yang mengajar Quran. (55:1-2)

Kaedah Sembahyang

Pendukung-pendukung Hadis bertanya: Jika kita menolak Hadis, bagaimana kita


bersembahyang? Sebenarnya, jawapannya ada di dalam Quran sendiri. Sesiapa yang mengkaji
Quran mengetahui bahawa ibadah-ibadah agama, salat, puasa, zakat dan haji telah diajar oleh
Tuhan kepada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya dan diperturunkan daripada mereka,
generasi, kepada Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya.

Tuhan kami, jadikanlah kami Muslim (tunduk) kepadaMu, dan daripada keturunan kami
biarlah lahir suatu bangsa Muslim (yang tunduk) kepadaMu. Ajarkanlah kami
bagaimana hendak mengamalkan ibadah-ibadah agama kami, dan ampunilah kami;
Kau maha pengampun, maha penyayang. (2:128)
Quran juga memberitahu kepada kami bahawa orang-orang Arab sebelum Muhammad sudah
mengamalkan salat:

Salat mereka di rumah suci tidak lain daripada penipuan dan kesesatan. (8:35);

dan wahyu-wahyu Quran yang paling awal sudah menyebut salat dan zakat, membukttikan
bahawa ibadah-ibadah ini sudah terkenal di kalangan orang Arab. Wahyu ketiga, Surah Al-
Muzzammil (73) ayat 20, menyatakan:

Oleh yang demikian bacalah apa yang mampu olehmu darinya (Quran), dan amalkanlah
salat dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah Tuhan satu pinjaman kebajikan.

Periwayat Nabi yang pertama, Ibn Ishaq, mencatat dalam sirahnya bahawa sebelum beliau
diangkat menjadi rasul, Muhammad mengunjungi Gua Hira tiap-tiap tahun dalam bulan
Ramadan untuk berhening cipta dan bersembahyang, dan memberi makan kepada orang-orang
miskin yang datang kepadanya.19 Ibn Ishaq juga mencatat bahawa sebelum Nabi israk dan mikraj
pada malam bersejarah itu, Nabi bersembahyang isyak di rumah Umm Hani.20 Kesemua fakta
ini menafikan laporan-laporan Hadis yang menyatakan bahawa ibadah sembahyang
diperintahkan oleh Tuhan kepada Nabi pada malam israk dan mikraj.

Berhubung dengan kaedah-kaedah salat (waktu, rakaat dan gerak-gerinya), tidak syak lagi
bahawa amalan yang dilakukan oleh umat Islam sekarang, pada dasarnya, berpunca daripada
amalan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya, dan kaedah-kaedah ini diperturunkan, generasi
demi generasi, hingga kepada Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya. Namun demikian,
Quran telah juga menyatakan beberapa perincian kaedah salat: umpamanya, semua lima
waktunya (11:114, 17:78, 24:58, 2:238, 30:17-18 dan 20:130); perbuatan rukuk dan sujud
(22:77); meringkaskan sembahyang dalam perjalanan (4:101); bentuk yang boleh disesuaikan
dalam keadaan perang dan keadaan luar biasa (2:239); berpakaian elok (7:31); cara bacaan yang
sederhana (17:110); jangan menyerukan selain Allah dalam sembahyang (72:18) dan cara-cara
wuduk (5:6 dan 4:43). Jadi, walaupun perincian gerak-geri salat tidak diberi dalam Quran,
banyak perincian kaedah ada diberikan.

Juga Quran mengajar kita supaya jangan mempertikai bentuk dan kaedah. Bentuk dan kaedah
tidak begitu penting jika dibandingkan dengan tujuan. Apa yang penting ialah kebaikan dan
kejujuran untuk melakukan kebaikan.

Kebaikan bukanlah berpaling ke Timur atau ke Barat. Kebaikan ialah beriman kepada
Tuhan, hari kiamat, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi; dan mendermakan
wang yang kita sayangi kepada kaum keluarga, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
orang-orang asing, pengemis-pengemis, dan membebaskan hamba-abdi, dan
melaksanakan salat dan zakat, dan menunaikan janji-janji yang dibuat, dan tetap teguh
menghadapi bencana, kesusahan dan peperangan. Inilah mereka yang benar; inilah
mereka yang baik. (2:177)

Tahukah engkau siapa yang menolak keimanan? Dia yang mengabaikan anak-anak
yatim. Dan tidak pernah menganjurkan diberi makanan kepada orang-orang miskin.
Oleh itu, celakalah mereka yang melaksanakan salat. Sedangkan mereka lalai tentang
salat mereka. Mereka hanya menunjuk. Dan enggan bersedekah. (107:1-7)

Ada hikmahnya yang besar mengapa Tuhan tidak memperincikan bentuk dan kaedah salat dalam
Quran. Pertama, kerana bentuk dan kaedah ini telah diajar kepada Nabi Ibrahim dan pengikut-
pengikutnya, dan disahkan untuk diikut oleh umat Muhammad. Kedua, kerana bentuk dan
kaedah tidak begitu penting, dan Tuhan ingin memberi kelonggaran kepada umat Muhammad
supaya mereka boleh melakukan salat mereka dalam keadaan apa juga, seperti dalam perjalanan
jauh, dalam peperangan, di Kutub Utara, atau di angkasa lepas, mengikut cara yang sesuai.
Peristiwa Putera sultan Salman dari Arab Saudi yang turut serta dalam kapal angkasa Amerika,
Discovery pada Jun 1985 meminta perunjuk daripada tokoh-tokoh agama negaranya bagaimana
hendak bersembahyang di dalam kapal angkasa itu bukan saja telah menimbulkan pertentangan
di kalangan ulama yang jumud dan anti-sains, tetapi adalah satu peringatan yang amat baik
kepada umat Islam supaya kembali dan berpegang kepada Quran dan jangan mempertikai bentuk
dan kaedah.

Bab II: Penolakan Teori Ahlul Hadus (Sambongan)

Hujah Nabi Satu Teladan Baik

Hujah pokok ahlil-Hadis yang keempat dan yang akhir ialah bahawa Nabi satu teladan yang baik
bagi orang-orang mukmin, dan teladan ini perlu diikut oleh mereka dengan mengikut sunnah
Nabi. Mereka mengemukakan ayat Quran berikut sebagai alasan:

Rasulullah satu contoh baik (uswah hasanah) bagi kamu; bagi sesiapa yang betul-betul
mencari Tuhan dan akhirat serta kerap, mengingati Tuhan. (33:21)

Merujuk kepada ayat ini dan ayat:

Dan kamu dikurniakan watak yang agung. (68:4)

Mahmud Saedon berkata, Rasulullah s.a.w. adalah insan kamil. Menjadi contoh dan ikutan
yang paling utama di dalam semua aspek dan bidang, kecuali dalam perkara-perkara yang tidak
boleh diikuti dan dicontohi21 Mengikut A.A. Azami, seorang sarjana hadis ortodoks moden,
Jika kita memandang Nabi sebagai teladan kepada ummah, maka orang-orang mestilah
mengikut contohnya dalam semua hal22 Demikian juga Fazlur Rahman yang menegaskan
adanya contoh kelakuan Nabi Allah.23

Walau bagaimanapun, jika kita meneliti konteks ayat 21 Surah 33 tersebut, nyatalah ia tidak
merujuk kepada setiap gerak-geri dan kelakuan Nabi, seperti cara beliau makan, pakai, tidur dan
sebagainya. Ia sebenarnya merujuk kepada keyakinan Nabi akan pertolongan dan kemenangan
Tuhan. Ayat ini diletak di tengah-tengah cerita perang Al-Ahzab bila orang-orang mukmin
betul-betul gementar dan menganggap Islam akan kalah dan luput. Namun demikian, tidaklah
salah kalau kita menarik satu pengertian umum dari ayat ini bahawa Nabi merupakan satu contoh
yang baik bagi orang-orang Islam. Contoh Nabi tidak lain ialah pegangannya yang teguh kepada
Quran dan tidak lain daripada Quran.
Bahawa ungkapan uswah hasanah atau contoh yang baik dalam ayat itu merujuk kepada
pegangan, pendirian dan perjuangan, dan bukan kepada gerak-geri dan kelakuan dapat
dibuktikan dengan penggunaan ungkapan itu juga, dua kali, untuk Nabi Ibrahim, yang
memegang teguh kepada agama tauhid.

Satu contoh baik (uswah hasanah) telah diadakan untuk kamu oleh Ibrahim dan mereka
yang menyertainya. Mereka berkata kepada kaum mereka: Kami tidak mengakui kamu
dan patung-patung yang kamu adakan di samping Tuhan. Kami menolak kamu, dan kau
tidak akan melihat apa-apa daripada kami kecuali permusuhan dan pertentangan hingga
kamu beriman kepada satu Tuhan saja. (60:4)

Satu contoh baik (uswah hasanah) telah diadakan untuk kamu oleh mereka (Ibrahim dan
pengikut-pengikutnya). (60:6)

Dua ayat di atas menjelaskan makna sebenar ungkapan uswah hasanah. Ini satu lagi contoh
bagaimana Quran mentafsirkan dirinya.

Adalah tidak munasabah dan mustahil bagi Tuhan menyuruh umat Islam mengikut segala gerak-
geri dan tingkah-laku Nabi, kerana gerak-geri dan tingkah-laku seseorang ditentukan oleh faktor-
faktor seperti kebudayaan, pendidikan, masa dan tempat dan feel peribadi. Cara Nabi makan dan
pakai mengikut kebudayaan Arab. Kandungan Islam dalam cara-cara ini semata-mata terletak
pada makanan yang dihalalkan oleh Islam dan pakaian sopan yang menutupi aurat. Sekiranya
Nabi lahir di kalangan bangsa Cina, tentulah beliau akan makan dan pakai mengikut kebudayaan
Cina. Gerak-geri dan kelakuan ini sedikit pun tidak akan kena-mengena dengan akidah,
pegangan, pendirian dan perjuangan seseorang.

Demikian juga dengan cara Nabi berperang atau mentadbirkan negara-kota Madinah.
Kelengkapan yang digunakan oleh beliau, seperti pedang, tombak, anak panah, perisai dan kuda
mengikut teknologi zaman itu. Sekarang zaman sudah berubah dan orang-orang Islam tidak
boleh lagi menggunakan teknik-teknik perang Nabi, walaupun prinsip-prinsip perang masih juga
sama.

Dalam pemerintahan, prinsip-prinsip pemerintahan Islam masih sama pemerintahan


berdasarkan undang-undang yang adil, kebebasan beragama, pemimpin-pemimpin yang layak
dan pemerintahan berdasarkan perundingan dengan rakyat tetapi kaedah-kaedahnya berubah-
ubah mengikut keadaan masa. Kaedah-kaedah yang digunakan oleh Nabi dalam masyarakat
Arab abad ketujuh tidak boleh kita gunakan lagi dalam masyarakat-masyarakat Islam abad kedua
puluh.

Sebenarnya, sunnah Nabi ialah Quran.24 Beliau berpegang teguh kepada Quran dan mengikut
perintah-perintah Tuhan. Dengan demikian, mengikut teladan atau sunnah Nabi bermakna
mengikut Quran. Walau bagaimanapun, pendukung-pendukung Hadis mendakwa bahawa Quran
umum dan tidak memberi ajaran-ajaran yang terperinci, dan Hadis memperincikan ajaran-ajaran
umum Quran, seperti kaedah-kaedah ibadah. Mahmud Saedon menyatakan: Hukum-hukum
yang terkandung di dalam al-Quran keseluruhannya adalah secara umum dan berbentuk hukum-
hukum prinsip; untuk memahami dan melaksanakannya, ia perlu kepada penjelasan dan
penerangan lanjut daripada sunnah Rasulullah25 Fazlul Karim pula menyatakan: Sebenarnya
Quran tanpa Hadis tetap tidak dapat difahami dalam banyak hal dalam kehidupan harian
seseorang.26

BAB II: PENOLAKAN TEORI AHLUL-HADIS

Quran Lengkap, Sempurna dan Terperinci

Dakwaan-dakwaan ini tidak berasaskan dan tidak benar. Dalam kenyataan-kenyataannya dan
pada hakikatnya Quran adalah terpetinci. Perhatian ayat-ayat berikut:

Kami tidak meninggalkan sesuatu pun dari kitab ini. (6-38)

Apakah akan kucari selain Allah sebagai sumber undang-undang, sedangkan Dialah
yang menurunkan kitab ini kepadamu dengan terperincinya? (6-114)

Perkataan Tuhanmu telah sempurnalah dengan benar dan adilnya. Tiada suatu pun
yang boleh merubah kata-katanya. (6:115)

Kami telah mengadakan dalam Quran ini segala macam contoh untuk manusia supaya
mereka beringat. (39:27)

Ayat-ayat di atas menerangkan bahawa Quran lengkap, sempurna dan terperinci, berlawanan dan
dakwaan kaum ahlul-Hadis. Sifat-sifat Quran lengkap, sempurna dan terperinci boleh dibuktikan
dengan kita mengkaji isi Quran itu sendiri.

Kajian demikian akan membuktikan bahawa tidak ada suatu masalah manusia dari sekecil-
kecilnya, seperti disiplin kanak-kanak, kepada sebesar-besarnya, seperti pentadbiran negara atau
lebih dari itu, yang tidak disebut dalam Quran, dan disebut pula dengan memberi jawapan-
jawapan yang paling baik. Kajian ini juga menunjukkan dakwaan ahlul-Hadis bahawa Quran
hanya mengajar prinsip-prinsip umum adalah tidak benar. Bila perlu, Quran memang memberi
prinsip-prinsip umum dan tidak kaedah-kaedahnya, serti bila ia memperkatakan perkara-perkara
sosioekonomi atau sosiobudaya, kerana bentuk-bentuk dan kaedah-kaedahnya berubah-ubah
mengikut zaman dan tempat. Ajaran-ajaran Quran: Kamu hendaklah taat kepada Allah, kamu
hendaklah taat kepada rasul dan mereka yang berkuasa di antara kamu27 dan urusan-urusan
mereka diputuskan melalui muafakat di antara mereka28 adalah prinsip-prinsip politik di
mana kaedah-kaedah pelaksanaannya tidak diperincikan, dan ditinggalkan supaya masyarakat itu
sendiri menentukan mengikut tradisi atau kehendak mereka sendiri. Tetapi bila perlu, perintah-
perintah yang terperinci diberikan, seperti dalam hal-hal hak individu, milik harta, peraturan-
peraturan kahwin-cerai, undang-undang faraid, hukuman bagi setengah kesalahan, undang-
undang kesaksian, undang-undang makanan dan kaedah wuduk.

Juga kita akan mendapati bahawa Quran kadang-kadang memberi kedua-dua prinsip dan kaedah.
Hukuman-hukuman potong tangan untuk pencuri dan sebat seratus rotan untuk penzina adalah
bentuk-bentuk hukuman yang boleh dirujukkan kepada sesuatu keadaan sejaraj tertentu, tetapi
apakah prinsip atau prinsip-prinsip hukuman mengikut ajaran Quran?29 Quran memberi dua
jawapan: pertama, tiap-tiap kesalahan mestilah dihukum dengan hukuman setimpal; dan
kedua, hukuman ihsan, seperti ternyata dari ayat-ayat berikut:

Barangsiapa melakukan kejahatan akan dihukum. (4:123)

Mereka membalas kejahatan dengan balasan yang setimpal. Tetapi barangsiapa yang
memaafkan dan berdamai mendapat balasan yang lebih baik daripada Tuhan. (42:40)

Cegahlah kejahatan dengan kebaikan. (13:22)

Ayat-ayat di atas menerangkan bahawa bentuk-bentuk hukuman yang disebut dalam Quran,
seperti hukum potong tangan untuk pencuri dan seratus kali sebat untuk penzina, merupakan
hukuman menurut prinsip pertama. Jika prinsip kedua digunakan, bermakna hukuman boleh
diringankan hingga pengampunan.

Demikian juga kaedah dan prinsip diberi untuk pembahagian harta pusaka. Perhatikan ayat-ayat
berikut:

Lelaki berhak mendapat sebahagian daripada apa yang ditinggalkan oleh ibu-bapa dan
kaum-kerabat, dan perempuan berhak mendapat sebahagian daripada apa yang
ditinggalkan oleh ibu-bapa dan kaum kerabat, baik sedikit mahupun banyak,
sebahagian yang ditetap. (4:7)

Tuhan memerintahkan apa yang kamu tinggalkan bagi anak-anak kamu: lelaki mendapat
dua bahagian perempuan (4:11-12)

Dapat dilihat bahawa ayat pertama menetapkan prinsip umum tanpa menetapkan bahagian
masing-masing, sementara ayat-ayat berikutnya menetapkan bahagian-bahagian itu. Adalah
munasabah dan logikal kita mentafsirkan bahawa ayat pertama menyatakan prinsip, iaitu harta si
mati perlu dibahagi-bahagikan kepada anak-anak dan kaum kerabatnya, dan ayat-ayat yang
kedua memberikan kaedah bagaimana prinsip itu perlu dilaksanakan dalam masyarakat Arab
abad ketujuh dan masyarakat-masyarakat yang seumpama dengannya.

Lebih jauh dari itu, kita akan mendapati bahawa Quran juga membuat peruntukan bagi keadaan-
keadaan luar biasa di mana perintah-perintah itu dibenarkan dikesampingkan buat sementara
waktu hingga keadaan luar biasa itu tidak wujud lagi. Demikianlah makanan-makanan yang
diharamkan dalam keadaan biasa menjadi halal jika terpaksa, kerana tidak ada makanan lain.30

Huraian di atas membuktikan dengan sepenuhnya dan dengan jelas bahawa Quran lengkap,
sempurna dan terperinci. Bila Tuhan sengaja meninggalkan sesuatu perkara dalam Quran, seperti
kaedah sembahyang dan banyak hal lain, itu mengandungi hikmatnya. Hikmat ini telah kita
huraikan. Namun demkian, eloklah kita perhatikan ayat peninggalan ini dengan lebih teliti:

Wahai kamu yang beriman, janganlah bertanya tentang hal-hal yang jika diwahyukan
kepada kamu akan menyusahkan kamu. Jika kamu menimbangnya dari segi Quran, kamu
akan sedar bahawa Tuhan meninggalkannya untuk meringankan. Tuhan pemaaf,
penimbang rasa. (5:101)

Muhammad Ali dalam tafsirnya mengulas ayat ini demikian: Sepertimana Islam tidak
menggalakkan amalan-amalan yang terlalu berat, seperti cara hidup rahib, ia juga melarang
soalan-soalan mengenai perincian-perincian banyak perkara yang akan menjadikan amalan itu
atau ini wajib, dan banyak ditinggalkan kepada kehendak seseorang atau kepada keadaan-
keadaan masa dan tempat. Penggunaan pertimbangan akal mendapat tempat yang penting dalam
Islam dan ini memberikan kebebasan yang luas kepada pelbagai bangsa dan masyarakat untuk
mengadakan undang-undang mereka sendiri bagi menghadapi keadaan-keadaan baru yang sudah
berubah.31

Ayat peninggalan ini menjelaskan dua perkara. Pertama, yang perlu dipatuhi oleh orang-orang
mukmin tanpa syarat ialah wahyu, yakni Quran. Jadi, jangan kita bertanya tentang hal-hal yang
sengaja ditinggalkan oleh Tuhan dalam wahyu-wahyuNya, kerana jika hal-hal itu diperundang-
undangkan dalam Quran, orang-orang mukmin mestilah mematuhinya. Kedua, setengah hal
sengaja tidak ditentukan oleh Tuhan dalam Quran dengan tujuan untuk membolehkan manusia
bertindak mengikut kehendak dan keperluan mereka masing-masing. Oleh yang demikian, ayat
ini menolak buku-buku lain, selain daripada Quran, sebagai sumber undang-undang. Ini
bermakna Hadis/Sunnah tertolak sebagai sumber undang-undang. Hal ini dapat dibuktikan secara
langsung dengan keterangan banyak ayat Quran, di antaranya:

Apakah akan kucari selain Allah sebagai sumber undang-undang, sedangkan Dialah
yang menurunkan kitab ini kepada kamu dengan terperincinya? (6:114)

Mereka yang tidak memerintah mengikut kitab Tuhan adalah zalim (5:45)

Kamu hendaklah menghukum mengikut kitab Tuhan, dan janganlah mengikut idea-
idea mereka, dan jagalah kalau-kalau mereka menyelewengkan kamu dari setengah
wajyu-wahyu Tuhan kepadamua. Jika mereka berpaling tadah, kamu haruslah
mengetahui bahawa Tuhan ingin mendera mereka kerana dosa-dosa mereka. Sebenarnya
, ramai orang jahat. Undang-undang zaman jahiliahkah yang ingin mereka ikut?
Undang-undang siapakah yang lebih baik daripada Tuhan bagi mereka yang teguh
imannya? (5:49-50)

Mereka yang merekakan peraturan-peraturan agama tidak percaya kepada wahyu-


wahyu Tuhan; merekalah sebenarnya pendusta. (16:105)

Patutkah kami perlakukan orang-orang beriman seperti orang-orang berdosa?


Betapakah hal kamu? Bagaimanakah kamu menghukum? Adakah kamu sebuah buku
lain yang kamu pakai? Yang memberi kepada kamu apa-apa yang kamu kehendaki?
(68:35-38)

Bukan sahaja kita tidak boleh menggunakan buku-buku lain, selain Quran, untuk menghukum;
malah berbuat demikian bererti menyeleweng. Ini bertentangan dengan pendapat ahlul-Hadis
yang mendakwa barangsiapa tidak mengikut Hadis terkeluar dari Islam. Muhammad Thalib
memetik pendapat ahlil hukum Ibn Hazm (m.1065): kalau ada yang berkata kami hanya
berpegang kepada al-Quran saja, maka menurut ijmak ia telah menjadi kafir32 (tekanan
ditambah) Sekiranya teori ahlul-Hadis betul, maka pendapat ini betul, dan orang-orang Islam
mestilah berpegang kepada Hadis/Sunnah. Tetapi kita telah mengkaji teori mereka dengan
terperinci dan teliti serta mendaptinya amat lemah dan tidak boleh dipakai.

Sebaliknya, menjadikan Hadis/Sunnah sebagai sumber undang-undang Islam bersama-sama


Quran, seperti yang dianjurkan oleh ahlul-Hadis, disifatkan oleh Tuhan sebagai
mempersekutukanNya. Perhatikan ayat-ayat berikut.

Mereka mengikut patung-patung yang menentukan bagi mereka undang-undang yang


tidak pernah diluluskan oleh Tuhan. (42:21)

Siapakah yang lebih jahat daripada mereka yang merekakan dusta, kemudian
menyatakan dikatakan oleh Tuhan, atau menolak wahyu-wahyuNya. Sesungguhnya,
orang-orang jahat tidak pernah berjaya. Pada hari kami mengumpulkan mereka semua,
kami akan bertanya kepada penyembah-penyembah berhala, Di manakah berhala-
berhala yang telah kamu ciptakan? Mereka akan mendakwa, Demi Allah Tuham kami,
kami bukan penyembah berhala! Perhatikan bagaimana mereka berdusta kepada diri
mereka sendiri, dan berhala-berhala yang mereka wujudkan meninggalkan mereka.
(6:21-24)

Bila Tuhan saja yang dianjurkan, hati mereka yang tidak beriman kepada hari kiamat
kecut kerana benci. Tetapi bila berhala-berhala disebut bersamaNya, mereka
gembira. (39:45)

Ini kerana bila diajak menyembah Tuhan saja, kamu tidak percaya, tetapi bila berhala-
berhala dfisebut di sampingNya, kamu percaya. (40:12)

Tuhan menunjukkan contoh seorang dengan sekutunya yang bertentangan satu sama lain
dan seorang yang berpegang kepada satu sumber yang tetap: adakah mereka sama?
Segala pujian bagi Tuhan; kebanyakan tidak mengetahui. (39:20)

Ayat-ayat di atas cukup jelas dan tidak memerlukan huraian.

Sebagai kesimpulan, aspek teori Hadis ialah aspek terpenting dalam keseluruhan masalah Hadis.
Walaupun kita telah menolak teori ini, dan dengan demikian menolak Hadis/Sunnah sebagai
sumber perundangan dan teologi di samping Quran, ini tidak bermakna kita menolak Hadis
sebagai satu catatan atau sumber sejarah yang boleh dirujuk oleh ahli-ahli sejarah, atau sebagai
satu kumpulan kata-kata hikmah yang boleh diterima jika tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran
Quran, keterangan-keterangan sejarah dan sains dan hukum akal. Hal ini akan kita huraikan
dalam bab akhir.

Bab III: Sumber, Sebab dan Kesan Hadis


Tuhanlah yang menciptakan langit dan bumi berdasarkan kebenaran. (Quran, 29:44)

Tiap-tiap perkara ada sebabnya dan ada pula akibatnya. Tidak ada satu perkara yang berlaku
tanpa sebabnya dan tanpa pula akibatnya. Ini merupakan satu hukum alam yang telah diiktiraf
oleh manusia. Mengikut ahlul Hadis Nabi Muhammad mewariskan dua perkara kepada umatnya:
kitab Allah dan sunnah Nabi.1 Kita akan membuktikan dalam Bab IV bahawa hadis ini palsu.

Sebenarnya, sejarah telah membuktikan dengan sepenuhnya bahawa pada ketika Nabi wafat, apa
yang ditinggalkan oleh beliau ialah Quran, selain daripada sebuah masyarakat Islam di
Semenanjung Arab, yang telah dilahirkan dan dididik oleh beliau. Quran ini belum tersusun
menjadi sebuah buku pada waktu itu, tetapi catatan-catatannya di atas kulit dan di atas bahan-
bahan lain ada tersimpan di rumah Nabi dan dengan beberapa orang setiausaha Nabi yang telah
bertindak sebagai pencatat-pencatat wahyu. Juga Nabi sendiri telah menyusun Quran, di bawah
bimbingan Jibrail, mengikut susunan yang wujud sekarang, dan beliau telah mengajar susunan
ini kepada banyak sahabat dengan menghafal bahagian-bahagian Quran yang wujud tiap-tiap
Ramadan, dan seluruhnya sebelum beliau wafat. Dalam pemerintahan Abu Bakr, Abu Bakr telah
mengarah Zaid bin Thabit, salah seorang setiausaha Nabi yang rapat, mengumpul dan menyusun
Quran daripada semua catatan yang wujud dan juga daripada para hafiz. Inilah Quran yang
dijadikan edisi rasmi dan disebarkan ke segenap pelosok empayar Islam oleh Khalifah Uthman
dalam pemerintahan beliau. Dengan demikian, Quran dibuktikan oleh sejarah sebagai sebuah
dokumen yang mutawatir.2

Permulaan Hadis

Hadis-hadis sebenarnya timbul beberapa dekad kemudian dan dikumpulkan secara rasmi antara
dua dengan dua setengah abad kemudian, bukan atas kehendak atau perintah Nabi, tetapi oleh
sebab-sebab lain. Malah ada tiga buah hadis yang melarang catatan hadis,3 tetapi kaum ahlul-
Hadis telah berhujah bahawa larangan terhadap catatan hadis dibuat oleh Nabi pada peringkat
awal untuk mengelak daripada dicampur-adukkan hadis dengan Quran, dan, kata mereka,
larangan ini kemudian telah dibatalkan.4

Seperti telah saya nyatakan dalam Bab I, apa yang dikatakan oleh kaum Sunnah Enam Buku
sahih yang dikumpul oleh Bukhari, Muslim, Tirmidhi Abu Daud, Ibn Majah dan al-Nasai tidak
wujud pada waktu Nabi wafat, sepertimana Quran sudah wujud, tetapi wujud hanya antara 210
hingga 230 tahun selepas Nabi wafat. Mengapa? Bukankah hakikat ini saja menunjukkan
bahawa Hadis satu perkembangan baru yang tidak diajarkan oleh Nabi Muhammad sendiri?
Beberapa orang sarjana Hadis moden5 telah berusaha kuat untuk membuktikan bahawa hadis-
hadis telah dicatat pada waktu Nabi masih hidup lagi, dihafal dan diperturun kan dari generasi ke
generasi hingga ke abad kedua Hijrah bila kumpulan-kumpulan rasmi dibuat. Soalan yang masih
tidak terjawab, walaupun sekiranya kita menerima kesimpulan mereka, ialah mengapakah
kumpulan atau kumpulan-kumpulan rasmi Hadis tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam
pemerintahan khalifah-khalifah al-Rasyidun?

Jawapan yang diberi oleh kaum ahlul-Hadis bahawa hadis-hadis tidak ditulis pada masa Nabi
masih hidup untuk mengelak daripada dicampur-adukkan dengan Quran tidak begitu
memuaskan, kerana beberapa dokumen Nabi, seperti Piagam Madinah, perjanjian-perjanjian
beliau dan surat-surat beliau, telah ditulis atas perintah beliau. Hadis juga boleh ditulis dengan
dinyatakan bahawa ia hadis, dan bukan Quran. Sebaliknya, hakikat bahawa hadis dicatat dan
dikumpul kemudian tidak pula menghindar setengah hadis dicampur-aduk dengan Quran, seperti
yang terjadi dalam kes hukuman zina.6 Kita juga mempunyai sumber-sumber sejarah kemudian
yang menyatakan bahawa Khalifah Abu Bakr telah membakar catatan hadisnya (dikatakan 500
semuanya), kerana takut hadis-hadis itu tidak benar,7 dan bahawa Khalifah Umar Ibn Khattab
telah membatalkan rancangannya untuk mengumpul hadis-hadis, kerana tidak mahu mengalih
pandangan umat Islam daripada Quran kepada Hadis.8

Pada pendapat saya, kita hanya boleh menggali asal-usul Hadis dengan bertanya kepada Quran,
satu-satunya kitab yang lengkap yang tidak mengandungi kepalsuan. Quran menerangkan
bahawa sesuatu umat tidak berpecah kepada puak-puak setelah perutusan Tuhan datang kepada
mereka kecuali kerana cemburu dan perhitungan kepentingan menguasai mereka, maka
perpecahan berlaku dan puak-puak timbul.

Dia menetapkan bagi kamu agama yang ditetapkan bagi Noh, dan apa yang diwahyukan
di sini, dan apa yang ditetapkan bagi Ibrahim, Musa dan Isa. Kamu hendaklah
berpegang kepada agama yang satu, dan jangan berpecah-belah. Memang amat sukar
bagi penyembah-penyembah berhala untuk menerima apa yang kamu anjurkan.
Tuhanlah yang mendekatkan kepadaNya sesiapa yang Ia kehendaki; Dia memimpin
kepadaNya mereka yang tunduk. Mereka menjadi pecah-belah hanya setelah datang
ilmu kepada mereka semata-mata kerana cemburuKamu hendaklah menyerukan
dan berpegang kepada kitab ini seperti telah diperintahkan, dan jangan mengikut
kehendak-kehendak mereka. (Quran, 42:13-15)

Kamu hendaklah berpegang teguh kepada tali Allah, kesemuanya, dan jangan berpecah-
belah. Bersyukurlah kerana nikmat-nikmat Tuhan kepadamu: kamu dulunya bermusuhan,
dan Dia mempersatukan hati kamu. Berkat rahmatNya kamu menjadi
saudaraHendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyerukan kebajikan,
menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan. Inilah mereka yang menang. Janganlah
jadi seperti mereka yang berpecah-belah, dan berbantah satu sama lain, walaupun
setelaah datang wahyu-wahyu kepada mereka. (Quran, 3:103-05)

Ayat-ayat di atas menjelaskan dua perkara yang penting. Pertama, perutusan Tuhan yang
dibawa oleh Nabi Muhammad dan nabi-nabi lain, walaupun benar dan baik sukar hendak
diterima oleh penyembah-penyembah berhala. Mereka menerima sekejap, kemudian berbalik
kepada keadaan mereka yang lama. Kedua, mereka berbalik kepada keadaan lama kerana
cemburukan satu sama lain dan hendak menghambat kebendaan. Pendek kata, kecenderungan
manusia kepada kebendaan dan sukarnya untuk mereka mengikut ajaran-ajaran para nabi,
termasuk Nabi Muhammad, merupakan punca perpecahan setelah ajaran-ajaran itu datang
kepada mereka.

Kita akan melihat bahawa hadis-hadis muncul dengan banyaknya pada waktu yang sama dengan
kemunculan perpecahan di dalam masyarakat awal Islam. Hubungan di antara kedua fenomena
ini timbal-balik: perpecahan membawa kepada perekaan hadis: perekaan hadis mengekalkan
perpecahan.

Bab III: Sumber, Sebab dan Kesan Hadis (Sambongan)

Pertelagahan Politik

Satu kajian terhadap sumber-sumber asal, seperti Ibn Sad (m.230/845), Malik Ibn Anas
(m.179/795), Tayalisi (m.203/818), Humaydi (m.219/834) dan Ibn Hanbal (m.241/855), akan
menunjukkan bahawa keempat-empat khalifah al-Rasyidun di dalam pentadbiran-pentadbiran
mereka sedikit sekali menggunakan sunnah.9

Malah konsep sunnah Nabi tidak disebut oleh Nabi sendiri dan tidak muncul hingga enam dan
tujuh dekad selepas Nabi, dalam pemerintahan Umar abdul Aziz (m.720), dan mula digunakan
oleh beliau sendiri.10 Tetapi sumber-sumber kemudian, seperti Ibn Qayyim (m.691/1292) telah
mengaitkan nama-nama Khalifah-khalifah Abu Bakr dan Umar Ibn Khattab dengan amalan
mengikut sunnah.11 Nyatalah ini satu perkembangan kemudian untuk mengesahkan sunnah
dengan menggunakan kewibaan tokoh-tokoh besar ini.

Pertumbuhan hadis, nampaknya bermula dengan bentuk cerita-cerita mengenai Nabi, yang
diceritakan oleh tukang-tukang cerita, bentuk puji-pujian (fadail) terhadap Ali dan Abu Bakr,
dan bentuk panduan-panduan dalam hal halal dan haram (halal wa haram).12 Inilah yang
kemudiannya diberi bentuk hadis.

Kata-kata rekaan berbentuk pujian kepada Ali dan abu Bakr yang muncul selepas Nabi adalah
gambaran sengketa politik yang pertama di antara penyokong-penyokong Ali dan penyokong-
penyokong Abu Bakr. Ibn AbiI-Hadid (m.655/1257), pengulas kumpulan kata-kata masyhur
yang dikaitkan kepada Ali Abi Talib, Nahj al-Balagha, mengaku bahawa kaum Syiahlah yang
mula-mula menciptakan hadis-hadis pujian. Kata beliau, Ketahuilah bahawa perekaan hadis-
hadis pujian mula-mula dibuat oleh kaum Syiah, kerana mereka pertama sekali menciptakan
hadis-hadis mengenai pemimpin mereka. Permusuhan terhadap musuh mereka mendorong
mereka melakukan pemalsuan iniBila golongan Bakriyah melihat apa yang telah dibuat oleh
Syiah, mereka pula mereka hadis-hadis untuk pemimpin mereka. Bila Syiah melihat apa yang
telah dilakukan oleh Bakriyah, mereka melipat-gandakan usaha-usaha mereka13

Penulis yang sama menulis lagi mengenai hadis-hadis palsu yang dianjurkan oleh khalifah
Muawiyah untuk menentang Ali. Mengikut beliau, Kemudian Muawiyah menulis kepada
gabenor-gabenor, mengatakan: Hadis mengenai Uthman telah bertambah dan merebak di
segenap kota, bandar dan daerah. Bila surat saya sampai kepada kamu, kerahkan rakyat supaya
menceritakan kebaikan-kebaikan para sahabat dan khalifah-khalifah yang pertama. Dan jangan
benarkan sesiapa menceritakan tentang Ali tanpa mendatangkan yang lain yang menyalahi ini
mengenai para sahabat. Saya lebih suka begini, dan saya lebih gembira; ia menafikan dakwaan-
dakwaan Abu Turab dan kaum Syiahnya dengan lebih terang, dan bagi mereka lebih susah
hendak ditanggung daripada kebaikan-kebaikan dan kelebihan-kelebihan Uthman.

Surat-surat Muawiyah dibaca kepada rakyat. Dan banyak laporan palsu yang langsung tidak
mengandungi sedikit kebenaran pun dibuat mengenai kebaikan-kebaikan para sahabat. Rakyat
bergiat sungguh mengada-adakan cerita-cerita seperti ini hingga mereka membuat pidato-pidato
pujian dari atas mimbar. Guru-guru di sekolah diarahkan mengajar murid-murid mereka yang
muda cerita-cerita dengan banyaknya hingga mereka boleh menceritakannya dan mengkajinya
sepertimana mereka mengkaji Quran dan sehingga mereka mengajarnya kepada anak-anak gadis,
isteri-isteri dan pembantu-pembantu rumah mereka. Tuhan saja yang mengetahui berapa lama
mereka terus berbuat demikian.14

Jelaslah dari laporan-laporan di atas bahawa satu daripada punca-punca pemalsuan hadis di
peringkat awal ialah sengketa politik di antara penyokong-penyokong Ali dan penyokong-
penyokong Abu Bakr yang berterusan hingga pemerintahan Uthman dan kemudian sengketa dan
permusuhan di antara puak Syiah dan puak Muawiyah. Punca ini dan punca-punca lain
dijelaskan oleh sejarawan moden Arab, Dr, Ahmad Amin, dalam bukunya Fajar Islam.
Mengikut beliau, pemalsuan hadis dibuat kerana lima sebab, iaitu pertelagahan politik antara
pelbagai puak, perselisihan pendapat dalam bidang-bidang ilmu kalam dan fikah, cita kebendaan
di setengah kalangan ulama, tujuan untuk menggalakkan kebaikan dan mencegak maksiat
dengan cara mudah, yakni memalsukan hadis-hadis yang menggalakkan dan yang mencegah
(tarhib wa-targhib), dan untuk menyalurkan ajaran-ajaran baik dari sumber-sumber bukan
Islam.15

Walaupun kebanyakan hadis palsu ini tidaka terdapat lagi dalam kumpulan-kumpulan hadis
klasik, barangsiapa yang mengkaji Hadis masih dapat melihat ciri-ciri yang disebut di atas.
Hadis-hadis pujian terhadap para sahabat dalam Mishkat-ul-Masabih masih memperlihatkan
sengketa politik di antara puak Syiah dan puak Bakriyah dan menunjukkan bahawa hadis ini
telah diciptakan oleh puak-puak tersebut untuk menegakkan pendirian masing-masing.
Umpamanya, perhatikan contoh-contoh berikut:16

Anas meriwayatkan Nabi mendaki Uhud bersama-sama Abu Bakr, Umar dan Uthman. Ia
gementar kerananya, lalu Nabi membentak kakinya seraya berkata, Bertetaplah, wahai
Uhud! Sesungguhnya di atasmu seorang Nabi, seorang yang benar dan dua orang syahid
(Riwayat Bukhri)

Zerre b. Hubaish meriwayatkan Ali telah berkata, Demi Dia yang membelah benih dan
menciptakan nafas, Nabi ummi telah memberi kepadaku satu perjanjian: bahawa tiada
siapa kecuali seorang mukmin akan mencintai aku, dan tiada siapa kecuali seorang
munafik akan membenciku (Riwayat Muslim)
Hadis-hadis di atas dikutip dari banyak yang lain sebagai contoh saja untuk menunjukkan sifat
berpihak hadis-hadis ini. Mengapa hadis yang pertama tidak menyebut Ali, sedangkan beliau
seorang daripada empat khalifah al-Rasyidun? Nyatalah hadis ini telah diciptakan setelah Nabi
wafat dan setelah berlaku pertelagahan antara puak Syiah dan puak Bakriyah, seperti yang telah
kita sebutkan di awal tadi. Hadis yang kedua pula menunjukkan Nabi mengutuk golongan yang
membencikan Ali. Nyatalah hadis ini telah diciptakan oleh puak Syiah untuk menentang musuh-
musuh mereka.

Kita akan mengambil masa yang panjang jika kita hendak memberi contoh-contoh bagi tiap-tiap
jenis pemalsuan hadis. Hal inipun tidak perlu. Memadailah kita memetik keterangan-keterangan
beberapa orang sarjana Hadis:

Ibn Adli telah mengatakan, Ketika seorang pemalsu hadis bernama Abdul Karim bin
Abu al-Auja diambil ke tempat hukum bunuh ia berkata: Saya telah memalsukan hadis
kepadamu sebanyak empat ribu hadis di mana saya mengharamkan dan menghalalkan.
(Ahmad Amin, Fajar Islam, h.290)

Dalam buku yang sama, pengarang itu mencatat lagi (h.290-91): Muslim telah
meriwayatkan dari Muhammad bin Yahya bin Said al-Qattan, dan dari bapanya, ia
berkata: Saya tidak nampak bahawa orang salih lebih banyak bohongnya dalam satu-
satu hal lebih dari seorang yang berbohong dengan hadis-hadis. Muslim menerangkan
kata-kata ini: Pembohongan yang berlaku itu tidak sengaja. Setengah-setengah orang
yang mengadakan hadis palsu itu terdorong oleh maksud baik, iaitu dikumpulkannya
segala ucapan yang didengar dengan keyakinannya bahawa semua perkara itu benar.
Dalam hatinya tidak ada maksud berbohong, dan ia mengatakan segala yang telah
didengarnya. Kemudian orang-orang lain mengutip daripadanya kerana mereka tertipu
dengan kebenarannya.

Fazlur Rahman dalam karya besarnya Islam, h.49, berkata: Bahawa parti-parti politik
yang bertentangan mencuba mempengaruhi fikiran umum melalui saluran Hadis dan
menggunakan nama-nama ahli-ahli yang agung dalam Sunnah adalah satu kenyataan
yang tidak dinafikan oleh sesiapa yang mengkaji sejarah awal Islam.

Sarjana Orientalis Hadis yang masyhur, Ignas Goldziher, mencatat dalam buku
perintisnya Muslim Studies (Jil.11, h.126): Tiap-tiap aliran dan kontra aliran fikiran
dalam Islam telah dilafazkan dalam bentuk hadis, dan tidak ada perbezaan dari segi ini
di antara pendapat-pendapat yang bertentangan dalam semua bidang. Apa yang kita
pelajari mengenai parti-parti politik, demikian juga bagi perbezaan-perbezaan mengenai
syariat, perkara-perkara dogma dan lain-lain. Tiapa-tiap pendapat atau keinginan, tiap-
tiap adat dan bidah timbul dan menjelma dalam bentuk hadis.

Dr. M.M. Azami dalam kajian untuk ijazah Ph. D.nya, Studies in Early Hadis
Literature, h.217, berkata: Kemungkinan besar pemalsuan sunnah bermula dalam
bidang politik, memuji dan mencaci parti-parti berkenaan. Dalam karya al-Shaukani
yang terkenal mengenai sunnah-sunnah rekaan kita mendapati 42 sunnah rekaan
mengenai Nabi, 38 sunnah rekaan mengenai tiga khalifah pertama, 96 sunnah rekaan
mengenai Ali dan isterinya Fatimah, [dan] 14 sunnah rekaan mengenai Muawiyah.
Oleh yang demikian, nampaknya, sunnah-sunnah palsu bermula kerana maksud-maksud
politik pada dan sekitar zaman peperangan antara Ali dan Muawiyah, dan berlanjutan
kemudian sebagai serangan balas terhadap daulah Umawiyah.

Dari pemerintahan Muawiyah (661-680) hingga ke akhir abad kedua Hijrah bila hadis-hadis
dibukukan secara rasmi, pemalsuan hadis berlaku secara berleluasa. Bukan saja Hadis
merupakan cerita dan alat untuk puak-puak politik dan teologi untuk menegakkan pendapat
masing-masing, malah, seperti kata Maurice Bucaille, Oleh kerana sedikit saja bilangan hadis
yang boleh dianggap sebagai menyatakan fikiran-fikiran Nabi dengan pasti, yang lain pastilah
mengandungi fikiran-fikiran rakyat pada zaman itu17 Oleh kerana hendak mencegah
pemalsuan hadis yang berterusan dan membendung perpecahan di kalangan masyarakat Islam
pada waktu itu maka timbullah gerakan untuk menetapkan sumber-sumber perundangan dalam
Islam dan untuk mempiawaikan hadis. Inilah sebab sosial yang menimbulkan tokoh besar
perundangan Islam, Imam Shafii (m.204/820), yang telah menetapkan buat selama-lamanya,
yakni hingga sekarang, asas perundangan Islam dengan teori perundangan yang mengatakan
sumber-sumber perundangan Islam ialah Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.18

Bab III: Sumber, Sebab dan Kesan Hadis

Pembukuan Hadis

Di sekitar masa ini juga hadis-hadis dari segenap pelosok dunia Islam dikumpul, ditapis dan
diwujudkan apa yang dipanggil Enam Buku hadis-hadis sahih oleh kaum Sunni, iaitu Sahih
Bukhari (m.256/870), Sahih Muslim (m.261/875), Sunan Ibn Majah (m.273/886), Sunan Abu
Daud (m.275/888), Jami al-Tirmidhi (m.279/892) dan Jami al-Nasai (m.303/915). Kaum
Syiah pula mempunyai kumpulan-kumpulan hadis mereka sendiri iaitu kumpulan al-Kulaini
(m.328/9 H.), kumpulan Ibn Babuwayh (m.381 H.) dan dua kumpulaan Jaafar Muhammad al-
Tusi (m.411 H.).

Dengan kemenangan dan penerimaan teori perundangan Shafii di mana Hadis diberi tempat
yang utama bersama-sama Quran, penggunaan fikiran kreatif atau ijtihad, pada praktiknya, tidak
diperbolehkan lagi. Inilah yang kemudiannya dikenal dengan ungkapan masyhur penutupan
pintu ijtihad dan permulaan zaman taqlid yang berlanjutan hingga akhir abad kesembilan belas
dan awal abad kedua puluh.

Boleh dilihat dari apa yang telah dihuraikan di atas bahawa pertentangan di antara aliran fikiran
kreatif dengan aliran Sunnah (dalam kedua-dua ertikata tradisi masyarakat dan amalan Nabi)
dalam masyarakat Islam awal telah dimenangi oleh aliran Sunnah. Jika tujuan Imam Shafii ialah
untuk menggabungkan dan mendamaikan kedua-dua aliran ini, dan dengan itu membendung
perpecahan dalam masyarakat Islam, nyatakanlah beliau tidak berjaya. Perpecahan teologi dan
undang-undang terus berlaku. Malah, dengan menginstitusikan Hadis untuk mencapai apa yang
beliau takrifkan sebagai ijmak, beliau sekaligus telah membunuh pemikiran kreatif masyarakat
Islam. Seperti kata Fazlur Rahman.19

Jelas bahawa pengertian ijmak Shafii amat berbeza dengan pengertian mazhab-mazhab
awal. Tanggapan ijmak beliau ijmak yang formal dan menyeluruh; beliau menuntut
persetujuan yang tidak membenarkan perbezaan

Oleh itu, dengan menterbalikkan susunan wajar Ijtihad-Ijmak kepada Ijmak-Ijtihad,


perhubungan sebatiannya terputus. Daripada satu proses dan satu benda yang melihat
ke depan muncul selepas satu Ijtihad bebas Ijmak menjadi sesuatu yang beku dan
melihat ke belakang. Daripada sesuatu yang akan dicapai, ia menjadi sesuatu yang telah
dicapai di masa lalu. Genius al Shafii mewujudkan satu kaedah yang memberikan
kestabilan kepada wajah sosio-agama zaman pertengahan kita, tetapi dengan membayar
kerugian kehilangan daya kreatif dan keaslian dalam jangka panjang.

Proses penggantian Ijtihad dengan Hadis yang memakan masa dua ratus tahun lebih amatlah
kompleks. Faktor-faktor sejarah dan sosial yang menyebabkannya masih belum begitu terang
kepada kita. Namun demikian, memandang dari sudut zaman kita sekarang, kita hairan
mengapakah, dengan anjuran dan gesaan Quran yang begitu terang kepada peranan kreatif
manusia dan kepada kebebasan sesuatu masyarakat untuk mentadbirkan dirinya,20 tenaga-tenaga
konservatif dan reaksioner dapat mengalahkan tenaga-tenaga dinamik dan progresif.

Kita menilai semula kesusasteraan Hadis bukan sebagai satu latihan akademik untuk mendapat
ijazah. Satu aspek Hadis yang amat penting ialah kesannya kepada masyarakat Islam. Kita telah
melihat bahawa pemalsuan hadis berlaku kerana perpecahan politik dan agama yang kemudian
membawa kepada munculnya mazhab-mazhab. Kita juga telah melihat bahawa hadis-hadis telah
dijadikan alat untuk menyalurkan pandangan-pandangan dan pendapat-pendapat masyarakat
pada waktu itu, dan kebanyakan pandangan dan pendapat ini merupakan tahyul dan bidah yang
jahat.

Adalah wajar sekali kalau kita membuat andaian bahawa Nabi Muhammad tidak akan
menyatakan atau berbuat sesuatu yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran. Andaian ini kita
buat kerana, sebagai rasul, beliau tentu amat faham akan ajaran-ajaran itu. Walau bagaimanapun,
kita juga diberitahu oleh Tuhan dalam Quran bahawa Muhammad seorang manusia,21 dan beliau
telah melakukan beberapa kesilapan sebelum beliau menjadi Nabi dan juga sesudahnya.22 Ini
semua membuktikan kepada kita bahawa kelemahan yang kita dapati pada kebanyakan hadis
yang dianggap sahih oleh kritikan klasik adalah kerana hadis-hadis ini palsu, yakni tidak
sebenarnya berasal daripada Nabi, tetapi telah dikatakan berasal daripada Nabi. Mereka
sebenarnya berasal daripada pelbagai puak dan golongan dalam masyarakat pada waktu itu, yang
oleh kerana sebab-sebab yang telah kita lihat, memasukkan ke dalam hadis-hadis segala macam
tahyul dan bidah jahat.

Quran memberitahu kepada kita bahawa Tuhan masih pengasih, sentiasa menghantar
bimbingannya kepada manusia melalui rasul-rasulNya untuk membimbing manusia dengan
wahyu-wahyuNya ke jalan selamat.23 Rasul-rasul ini bermula dengan Nabi Adam dalam zaman
primitif membawa kepada Nabi Ibrahim hingga nabi terakhir dalam zaman moden, Nabi
Muhammad. Penyelewengan daripada wahyu-wahyu Tuhan dan jalan selamat ini, yakni Islam
(inilah makna ayat masyhur bahawa agama di sisi Tuhan ialah Islam)24 bermakna kerosakan dan
kemusnahan bagi masyarakat manusia. Quran menceritakan kerosakan dan kemusnahan
beberapa masyarakat dan tamadun dalam zaman purba akibat penyelewengan ini. Dalam zaman
moden (moden di sini dikira dari kemunculan Nabi Muhammad) kita telah menyaksikan
kerosakan dan kehancuran beberapa buah empayar Eropah. Oleh kerana hukum sejarah berlaku
secara objektif bagi semua bangsa dan tamadun, kejatuhan umat Islam tidak dapat tidak mestilah
berhubung dengan penyelewengan daripada wahyu-wahyu Tuhan yang telah mereka lakukan.
Kita akan mengkaji secara ringkas peranan Hadis dalam penyelewengan ini.

Bab III: Sumber, Sebab dan Kesan Hadis (Sambongan)

Kesan-Kesan Hadis: Faham Kepuakan

Seperti telah kita lihat, satu daripada akibat-akibat besar yang pertama ialah perpecahan
masyarakat Islam awal kepada beberapa mazhab politik, teologi dan undang-undang, khasnya
mazhab Sunni dan Syiah dengan fahaman-fahaman politik dan teologi masing-masing. Seperti
telah kita lihat juga, punca perpecahan ini ialah Hadis. Puak Syiah yang ingin melihat Ali
dilantik sebagai khalifah selepas Nabi wafat menciptakan hadis untuk membenarkan pandangan
mereka. Mereka mendakwa Nabi telah berkata sebelum beliau wafat: Barangsiapa mengiktiraf
aku sebagai tuannya, bagi mereka Ali juga tuannya.25 Kemudian hadis palsu ini ditentang oleh
hadis palsu lain yang diciptakan oleh puak Bakriyah. Demikianlah hadis-hadis palsu muncul
disebabkan oleh kepentingan politik.

Hadis-hadis demikian berfungsi untuk menegakkan kebenaran atau fahaman puak masing-
masing dan, dengan demikian, mencetuskan, mensahkan dan mengekalkan perpecahan.
Sekiranya, institusi hadis tidak wujud dan masyarakat Islam pada waktu itu merujuk kepada
Quran untuk menyelesaikan perselisihan pendapat mereka mengenai jawatan khalifah, mereka
akan dapat menyelesaikannya atas asas persaudaraan mukmin melalui perundingan dan
muafakat. Tetapi oleh kerana mereka telah mementingkan puak lebih daripada persaudaraan
Islam dan lebih percaya kepada hadis daripada Quran, dan oleh kerana Hadis membenarkan
faham kesukuan dan kepuakan yang masih kuat dalam masyarakat Arab pada waktu itu, maka
perpecahan itu tidak dapat diselesaikan dan berterusan hingga ke hari ini.

Anti-Intelektualisme

Kita telah melihat juga bahawa punca perpecahan kepada empat mazhab di kalangan kaum Sunni
ialah perbezaan pendapat di antara aliran Imam Abu Hanifah (m.150/767) yang mengutamakan
fikiran kreatif dan aliran Imam Malik (m.179.795) yang menitik-beratkan sunnah, yakni amalan
penduduk-penduduk Madinah dan amalan para sahabat. Oleh kerana masyarakat Islam pada
waktu itu, khasnya pemerintah, tidak dapat menyelesaikan perbezaan pendapat ini dengan
merujuk kepada Quran, maka perbezaan pendapat ini akhirnya diselesaikan oleh teori
perundingan Islam Imam Shafii (m.204/820) yang menjadikan Hadis/Sunnah sebagai satu
sumber perundangan yang utama di samping Quran. Dengan diterimanya teori ini dan dijadikan
pegangan kaum ortodoks atau apa yang dikatakan Ahli Sunnah wal-Jamaah, maka perpecahan
yang telah ditimbulkan oleh Hadis dihalalkan dan diinstitusikan, dan Hadis menggantikan serta
menekan fikiran kreatif dalam Islam. Inilah puncanya fikiran kreatif merosot dan terus mati
dalam masyarakat Islam sekitar abad-abad kesebelas dan kedua belas selama seribu tahun lebih,
dan obor ilmu pengetahuan diambil-alih oleh Eropah moden.

Sebenarnya, seperti telah dikatakan, fikiran kreatif digalakkan dan diberi tempat tinggi dalam
ajaran Quran. Peranan manusia sebagai khalifah Tuhan di dunia dan penerimaan peranan ini
secara sukarela oleh manusia menunjukkan betapa pentingnya peranan kreatif manusia ini. Oleh
kerana masyarakat Islam awal memahami serta mengamalkan ajaran-ajaran Quran ini, dalam
masa yang singkat di antara seratus hingga dua ratus tahun saja, mereka telah mencapai mercu
kejayaan pelbagai bidang pada zaman itu.

Bila Hadis dan ijmak ulama diberikan peranan mutlak untuk memutuskan perkara-perkara yang
berhubung dengan masyarakat dalam teori ortodoks ini, maka dengan sendirinya dan secara
automatis, peranan fikiran kreatif masyarakat ditekan. Hadis menjadi saluran dan media segala
macam tahyul dan prasangka dalam masyarakat. Hal ini diterangkan dengan begitu jelas dan
tepat dalam sepotong ayat Quran berbunyi: Patutkah kami perlakukan orang-orang mukmin
seperti orang-orang berdosa? Betapakah hal kamu? Bagaimanakah kamu menghukum? Adakah
kamu sebuah buku lain yang kamu pakai? Yang memberi kepada kamu apa-apa yang
kamu kehendaki.26 Buku lain di sini merujuk kepada buku-buku lain yang digunakan oleh
umat Islam dan umat Muhammad selain daripada Quran sebagai panduan asas. Bolehkah kita
sangkal bahawa sebuah daripada buku-buku lain yang telah dipakai oleh umat Islam selama
seribu tahun lebih ialah Hadis? Buku Hadis memberikan kita segala macam hal, termasuk
perincian bagaimana kita patut tidur, makan dan pakai!

Kebekuan dan Oportunisme Politik

Di antara pelbagai macam khurafat yang telah masuk ke dalam Hadis ialah mitos Imam Mahadi27
yang konon akan muncul di akhir zaman untuk membela dan menyelamatkan umat Islam dan
manusia dari pemerintahan-pemerintahan yang zalim, dan mitos orang-orang Islam boleh masuk
syurga semata-mata dengan mengucap dua kalimah syahadat di saat sakratul maut!28 Kedua-
dua hadis ini terang-terang bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran dan dengan hukum akal.
Quran senantiasa menggesa orang-orang mukmin menyeru kepada kebaikan dan melarang
kajahatan, yakni berjuang di jalan Allah, tiap-tiap saat tanpa menunggu kedatangan seorang
Imam Mahadi, dan hukum akal tidak menerima bahawa sesuatu perubahan akan berlaku kepada
masyarakat Islam kecuali masyarakat Islam sendiri melakukan perjuangan.
Hadis kedua di atas juga secara langsung bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran yang
menentukan hukuman-hukuman Tuhan bagi semua kejahatan dan dosa. Hadis ini, nampaknya,
secara sihir ingin menghapuskan hukuman-hukuman Tuhan dengan dua potong ayat saja!

Kedua-dua hadis di atas adalah dua contoh yang nyata di antara berpuluh-puluh yang boleh
dikemukakan hadis-hadis yang membuahkan dan menggalakkan sikap politiko-sosial yang
beku, pasif dan oportunis yang telah menyebabkan kemunduran dan kejatuhan umat Islam.

Di sini saya ingin memetik beberapa hadis yang nyata telah diciptakan dalam keadaan
peperangan saudara dalam pemerintahan-pemerintahan Ali dan khalifah-khalifah Umawiyah
untuk menanam sikap pasif, malah perasingan diri, dalam pergolakan-pergolakan politik yang
sedang berlaku pada waktu itu. Hadis-hadis ini dikatakan diriwayatkan oleh sahabat Nabi,
Hudhayfah, dan dikutip oleh Bukhari dan Muslim. Mula-mula Hudhayfah, bermula dengan
melaporkan bahawa, kononnya, Nabi telah menceritakan segala sesuatu yang bakal berlaku
hingga hari kiamat.

Nabi pada satu waktu berucap kepada kami hingga beliau tidak meninggalkan suatu pun
(yang penting) yang bakal berlaku hingga, hari kiamat. Mereka yang mengingatinya
ingat, dan ada yang telah lupaAda beberapa perkara yang telah saya lupa, tetapi bila
saya tersua dengan perkara-perkara ini, saya teringat seperti seseorang teringat (secara
samar-samar) akan wajah seorang yang tidak ada, tetapi bila dia berjumpa lagi
dengannya, dia kenal orang itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)29

Orang biasa bertanya kepada Nabi tentang kebaikan, sedangkan saya bertanya tentang
kejahatan, kerana saya bimbang kejahatan itu akan menimpa saya. Lalu saya berkata,
Wahai rasul Allah! Kami sebelum ini dalam keadaan kejahilan dan kejahatan, lalu
Tuhan mendatangkan kebaikan kepada kami. Akan berlakukah kejahatan lagi selepas
kebaikan ini? Ya, jawab Nabi. Dan adakah kebaikan akan kembali lagi selepas
kejahatan ini? saya bertanya. Nabi menjawab, Ya, tetapi ia bercampur-baur dengan
kejahatan. Apakah kejahatan itu? saya bertanya. Nabi menjawab, Setengah orang
akan mengikut selain daripada sunnahku dan akan memimpin mereka ke jalan lain
daripada jalanku. Setengah perbuatan mereka baik, setengah jahat. Saya bertanya,
Adakah akan wujud kejahatan lagi setelah kebaikan (campuran) ini? Beliau
menjawab, Ya, pendakyah-pendakyah yang berdiri di pintu neraka; barangsiapa
mendengar mereka kan mereka campakkan ke dalamnya. Terangkanlah kepada kami
sifat-sifat mereka, wahai rasul Allah! saya meminta. Nabi berkata, Mereka dari bangsa
kita dan bercakap bahasa kita. Apakah perintahmu kepadaku jika aku berada di dalam
keadaan itu? saya bertanya. Nabi berkata, Ikutlah puak majoriti orang-orang Islam
dan pemimpin mereka. Tetapi jika mereka tidak ada puak majoriti atau seorang
pemimpin? saya bertanya. Nabi menjawab, Jika demikian, tinggallah semua puak
walau kamu terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kamu mati. (Riwayat Bukhari
dan Muslim)30

Akan wujud peperangan-peperangan saudara: pada waktu itu duduk di dalam rumah
lebih baik daripada berdiri di luar; berdiri di luar lebih baik daripada berjalan; dan
berjalan lebih baik daripada berlari(Riwayat Muslim)31
Tinggallah di rumahmu dan kawal lidahmu; ambil apa yang kamu ketahui sebagai baik
dan tinggalkan apa yang kamu ketahui sebagai tidak baik; jagalah urusanmu sendiri dan
jauhilah urusan-urusan umum. (Riwayat Tirmidhi)32

Hadis-hadis mengenai Imam Mahadi dan hadis-hadis di atas mengajar umat Islam bukan
semangat berjihad atau berjuang di jalan Allah, tetapi semangat pasif, beku dan pengunduran diri
dari perjuangan. Hadis-hadis ini, seperti kata Fazlur Rahman, menggambarkan pendirian kaum
ortodoks Ahli sunnah wal-Jamaah terhadap peperangan-peperangan politik dan kontroversi-
kontroversi teologi dan dogma yang mengikutinya.33 Mereka menggunakan Hadis untuk
merumuskan satu definisi Islam yang meluas untuk melenyapkan faham-faham Khawarij dan
Mutazilah, dan dengan itu, mengikut beliau menyelamatkan Ummah daripada membunuh
diri.34

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa hadis-hadis tersebut telah diwujudkan oleh kaum
ortodoks untuk dijadikan jambatan untuk menghubungkan pelbagai puak yang bersengketa dan
mengekalkan perpaduan ummah, nyatalah jambatan ini jambatan yang tidak kukuh. Bolehkah
kebekuan politik dan pelepasan perjuangan menjaminkan kestabilan, perpaduan dan keadilan?
Seperti telah kita katakan, ajaran ini terang-terang bercanggah dengan ajaran Quran. Sejarah
Islam kemudian, apabila semangat kebekuan politik menjadi pegangan masyarakat melalui
ajaran-ajaran kaum ortodoks ini, menunjukkan bagaimana pemerintah-pemeringah yang zalim
dan korup dengan senang diterima oleh masyarakat Islam. Inilah punca kejatuhan umat Islam.

Seperti telah dikatakan, ajaran pasifisme politik kaum ortodoks ini amat bercanggah dengan
ajaran-ajaran Quran. Oleh yang demikian, timbul soalan bagaimana hendak mengatasi
percanggahan ini? Cara yang paling baik ialah dengan mematikan semangat intelektualisme di
kalangan umat Islam. Fikiran kreatif tidak boleh digalakkan di kalangan rakyat. Hanya satu
golongan tertentu saja yang boleh mentafsirkan Quran dan yang boleh menghuraikan agama,
iaitu kelas ulama. Inilah yang menyebabkan timbulnya hadis-hadis anti-intelektual yang
menekan fikiran kreatif dan yang menonjolkan kelas ulama, umpamanya:

Ulama pewaris para nabi (Riwayat Abu Daud dan Tirmidhi)

Abn Abbas melaporkan bahawa rasul Allah berkata Barangsiapa mentafsirkan Quran
mengikut fikirannya sendiri, bersedialah mencari tempatnya dalam api neraka.
(Riwayat Tirmidhi)35

Anehnya, tafsiran mengikut fikiran sendiri, walaupun betul, adalah salah, mengikut sebuah hadis
lain:

Jundub melaporkan rasul Allah berkata, Barangsiapa mentafsirkan Quran mengikut


fikirannya sendiri dan tafsiran itu betul, maka dia berdosa. (Riwayat Tirmidhi dan
Abu Daud)36

Tidak hairanlah kalau selama kira-kira seribu tahun umat Islam berpegang kepada khurafat dan
bidah jahat seperti ini keadaan mereka daif dan mundur seperti yang telah kita lihat dalam Bab
I. Jika gerakan kebangkitan Islam sekarang ingin mencapai tujuannya, ia tidak dapat tidak mesti
membenteras khurafat dan bidah jahat yang berpunca dari Hadis/Sunnah.

B ab IV Kritikan Terhadap Hadis

Seperti telah kita lihat dalam bab lalu, sejarah telah membuktikan sepenuhnya bahawa pada
waktu Nabi Muhammad wafat pada 11 Hijrah (632 T.M.) seluruh Quran sepertimana yang
diwahyukan oleh Tuhan kepada beliau melalui malaikat Jibrail telah tercatat dan telah disusun
oleh beliau di bawah arahan wahyu. Hal ini bukan sahaja telah disaksikan oleh sejarah, tetapi
telah juga ditegaskan oleh Tuhan sendiri dalam firmanNya: Kamilah yang bertanggungjawab
menyusunnya menjadi Quran.1 Sebaliknya, catatan-catatan hadis yang disahkan oleh Nabi,
seperti yang dilakukan olehnya terhadap Quran, tidak ada.2

Seperti telah kita lihat dalam Bab III, hadis-hadis telah dikumpul dan ditapis untuk mengadakan
apa yang dipanggil hadis-hadis sahih antara 200 dengan 250 tahun kemudian. Pemilihan dan
penapisan enam pengumpul Hadis, khasnya Bukhari dan Muslim, merupakan tidak lebih
daripada pendapat-pendapat mereka tentang apa yang dikatakan hadis sahih. Pengkaji-
pengkaji lain di zaman lain mengadakan ukuran-ukuran kesahihan yang lain pula. Inilah punca
kontroversi yang tidak berkesudahan mengenai Hadis. Ia merupakan tekaan dan agakan terhadap
apa yang telah diucapkan dan dilakukan oleh Nabi. Pendek kata, ia merupakan pendapat manusia
yang tidak terjamin kebenarannya, sedangkan Quran dijaminkan kebenarannya oleh Tuhan
sendiri.3 Inilah kelemahan umum Hadis.

Aliran Kritikan Senantiasa Wujud

Kritikan terhadap Hadis, malah penolakan teori Hadis seperti yang ditaja oleh Imam ShafiI
bukan satu perkara baru. Kaum Mutazilah dari zaman Shafii lagi telah mendatangkan dua hujah
yang kukuh untuk menolak teori ini, iaitu Hadis merupakan tekaan dan agakan, dan Quran
lengkap dan tidak memerlukan buku-buku lain untuk melengkapkannya.4 Malangnya, oleh
kerana gerakan Hadis terlalu kuat dan oleh kerana beberapa faktor sosial dan intelektual lain
yang menyebelahi gerakan Hadis pada waktu itu maka kritikan dan penentangan ini merupakan
satu aliran minoriti yang tidak berkesan.

Gerakan islah Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh yang bermula pada akhir abad
kesembilan belas menumpukan perhatian kepada pemberantasan faham taqlid dan tidak kepada
masalah Hadis. Umumnya, gerakan ini tidak menolak Hadis sebagai sumber teologi dan hukum.
Para mujadid ini hanya ingin membuat pemilihan yang lebih ketat terhadap hadis-hadis yang
diterima.5 Namun demikian, kita juga dapat menyaksikan aliran yang menolak Hadis di Mesir
dan di India.6 Kemungkinan besar aliran ini telah juga muncul di negara-negara Islam lain. Oleh
yang demikian, aliran penolakan Hadis senantiasa wujud dalam masyarakat Islam. Ini satu
hakikat yang penting diperhatikan.
Kelemahan Umum Hadis: Tekaan dan Agakan

Akhir-akhir ini setengah penulis cuba mendatangkan apa yang mereka anggap bukti-bukti
sejarah bahawa hadis telah mulai dicatat sejak Nabi hidup lagi. Dikatakan beberapa sahifah atau
catatan peribadi beberapa orang sahabat Nabi telah wujud.7 Malangnya, rekod sahifah-sahifah ini
tidak ada lagi kecuali apa yang dikatakan sahifah Hammam ibn Munabbih (m. 101 atau 102),
seorang murid Abu Hurairah yang menurunkan 140 hadis daripada Abu Hurairah.8 Namun
demikian, kita tidak mempunyai keterangan-keterangan yang pasti tentang kewujudan sahifah-
sahifah ini.9

Bukan saja pengumpulan hadis-hadis ke dalam Enam Buku sahih tidak disaksikan, malah
mengikut beberapa buah hadis sahih, Nabi sendiri telah melarang penulisan hadis. Sebuah
hadis riwayat Muslim dan Ibn Hambal menyatakan: Abi Said al-Khudri melaporkan bahawa
Rasulullah telah berkata, Jangan menulis sesuatu daripadaku kecuali Quran. Barangsiapa telah
menulis sesuatu selain daripada Quran hendaklah memadamnya.. Ibn Hanbal juga melaporkan
lagi, Zayd Ibn Thabit (seorang pencatat wahyu Nabi yang rapat) menziarahi Khalifah
Muawiyah dan mencerita kepadanya sebuah cerita mengenai Nabi. Muawiyah suka mendengar
cerita itu lalu memerintahkan seorang pencatat menulisnya. Tetapi Zayd berkata, Rasulullah
telah memerintahkan kami supaya tidak menulis sesuatu daripada hadisnya.

Kita menurunkan hadis-hadis ini bukan sebagai bukti-bukti mutlak untuk menafikan autoriti
Hadis (kerana wujud hadis-hadis lain yang membenarkan penulisan Hadis),10 tetapi, secara nisbi,
nyatalah hadis-hadis ini lebih munasabah dan lebih menggambarkan pendirian Nabi. Adalah
tidak munasabah sama sekali bagi Nabi meletakkan kata-katanya setaraf dengan Quran. Juga
tidak munasabah bagi Nabi menghendaki umatnya mengikut sesuatu yang tercatat secara sah dan
pasti sebelum beliau wafat, seperti konon dinyatakan dalam hadis Pidato Perpisahan.

Marilah kita memeriksa apa yang telah dilaporkan sebagai hadis mengenai sunnah dalam Pidato
Perpisahan Nabi sewaktu beliau melakukan haj akhir. Hadis ini mempunyai dua isnad: satu oleh
Jabir b. Abdullah dan satu lagi oleh Malik b. Anas. Laporan Jabir ada dua versi:

(a) Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa Rasulullah berpidato kepada rakyat dan
berkata, dan aku telah meninggalkan kepadamu satu perkara: jika kamu berpegang
teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku, iaitu kitab Allah. Kamu akan ditanya
tentangku. Jadi, apa akan kamu kata? Mereka menjawab, Kami akan memperaku
bahawa kamu sebenarnya telah menyampaikan dan menyempurnakan perutusan dan
memberi peringatan. (Riwayat Muslim)11 (Tekanan ditambah).

(b) Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata dalam Haj Akhir:
Dan aku telah meninggalkan di antara kamu satu perkara: jika kamu berpegang teguh
kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku - kitab Allah dan apa yang kamu dapat
daripadaku melalui soalan (Hadis) (Riwayat Muslim)12 (Tekanan ditambah).
Malik bin Anas melaporkan sebuah hadis cacat bahawa Rasulullah berkata: Aku
meninggalkan kepadamu dua perkara; selagi kamu berpegang teguh kepadanya, kamu
tidak akan sesat kitab Allah dan sunnah rasulNya. (Muwatta)13 (Tekanan ditambah)

Tidak perlulah saya huraikan kontradiksi-kontradiksi yang ketara dalam kedua-dua hadis ini.
Laporan Jabir dalam kedua-dua versinya menyatakan bahawa Nabi meninggalkan satu perkara
saja, tetapi dalam versi kedua ayat akhir telah dipinda dan perkataan hadis ditambah oleh editor
dalam kurungan. Hadis kedua yang menyatakan Nabi telah meninggalkan dua perkara dikatakan
cacat oleh ahlul-Hadis sendiri!

Saya ingin menambah satu lagi keterangan mengenai hadis ini. Dalam sirahnya, Ibn Ishaq
berkata: Al-Zuhri memberitahu kepada saya daripada Anas bin Malik: Pada esoknya selepas
Abu Bakr menerima pelantikan di dalam dewan, beliau duduk lalu Umar bangun dan
bercakapbeliau berkata, Wahai rakyatTuhan telah meninggalkan kepada kamu
kitabNya; dengannya Dia membimbing rasulNya14 (Tekanan ditambah).

Dapat dilihat dari sini bahawa hadis Pidato akhir yang mendakwa Nabi telah meninggalkan dua
perkara kepada umatnya adalah palsu.

Kata putus mengenai Hadis dan larangan terhadap Hadis diberikan secara langsung dan tidak
langsung oleh Quran sendiri. Dalam Bab II kita telah merujuk kepada penggunaan perkataan-
perkataan hadis dan sunnah dalam Quran dan kita telah mendapati bahawa tidak satu pun
daripada perkataan-perkataan ini membenarkan kewujudan Hadis atau Sunnah Nabi.15 Beberapa
perkataan hadis merujuk kepada Quran dan menafikan makna selain daripada Quran.
Perhatikan:

Inilah wahyu-wahyu Tuhan yang kami bacakan kepadamu dengan sebenarnya; hadis
yang manakah selain wahyu-wahyu ini yang mereka percayai? (45:6)

Tuhan menurunkan hadis terbaik, sebuah kitab yang tidak bercanggah, dan menyatakan
kedua-dua jalan (ke syurga dan neraka). (39:23)

Ini sebuah wahyu dari Tuhan sekalian alam. Kamu ingin mengelak hadis inikah? (56:80-
81)

Perlu diperhatikan bahawa ayat pertama melarang kita mempercayai hadis selain daripada
Quran, yang kedua menyatakan bahawa hadis yang terbaik ialah Quran, dan yang ketiga
menyindir kita kerana kecenderungan kita untuk membelakangkan Quran serta menggunakan
hadis-hadis lain.

Perlu diperhatikan juga bahawa dalam Quran perkataan hadis digunakan dalam dua pengertian
yang bertentangan. Hadis Quran diungkapkan sebagai hadis terbaik (ahsanal hadis) dalam
ayat 23 surah 39 tadi dan omong kosong (lahwal-hadis) dalam ayat 6 surah 31. Perhatikan
ayat ini sepenuhnya:
Setengah orang menegakkan omong kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan
Tuhan tanpa pengetahuan, dan untuk memperolok-olokkannya. Mereka akan mendapat
seksaan yang menghinakan.

Kita telah melihat bukti-bukti bahawa Quran merupakan hadis terbaik dalam Bab II. Kita telah
dan akan melihat, sambil kita maju dalam kajian ini, bahawa kebanyakan hadis merupakan
omong kosong yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan tanpa pengetahuan.

Bab IV: Kritikan Terhadap Hadis (Sambongan)

Kelemahan Kritikan Isnad

Ahlul-Hadis mendakwa bahawa pengumpulan dan penapisan hadis telah dilakukan dengan
begitu teliti dan rapi, khasnya oleh Bukhari dan Muslim, dua sahih yang disanjung lebih
daripada yang lain, melalui kritikan klasik terhadap isnad atau pelapor-pelapor hadis.16 Suatu
ilmu khusus yang dinamakan Ilmu al-Jarh watTadil, atau ilmu penerimaan dan penolakan
pelapor-pelapor hadis di mana pelapor-pelapor diperiksa dari segi kewibawaan mereka.

Walau bagaimanapun, kita telah melihat bahawa kebanyakan hadis muncul dalam zaman tabiin
(penganti sahabat Nabi) dan zaman tabi tabiin, (penganti-penganti sahabat) iaitu empat puluh
atau lima puluh tahun ke atas selepas Nabi wafat,17 dan kritikan isnad hanya dimulakan setelah
satu setengah abad selepas itu bila generasi-generasi pelapor pertama, kedua dan ketiga sudah
mati dan tidak dapat ditemui dan diperiksa lagi.18 Oleh yang demikian, kepastian pelapor-pelapor
pertama, kedua dan ketiga tidak dapat dijamin, malah boleh diandaikan mereka ini telah diada-
adakan kemudian oleh golongan hadis.

Di samping itu, ahlul-Hadis akhir abad ketiga dan awal abad keempat telah membina satu
benteng untuk pelapor-pelapor hadis yang pertama, di mana didakwa para sahabat terpelihara
dari kesalahan bila mereka melaporkan hadis daripada Nabi.19 Konsep ini nyatalah tidak
munasabah dan menyalahi kaedah saintifik.

Mari kita periksa beberapa contoh isnad:20

Nabi Nabi

1. Umar ibn Khattab Aishah

2. Alqamah ibn Waqqas al-Laithi Urwah ibn az-Zubair

3. Ibni Ibrahim at-Taimi Ibni Shihab


4. Yahya ibn Said al-Ansari Uqail

5. Sufyan Al-Laith

6. Abdullah ibn az-Zubair Yahya ibn Bukair

BUKHARI BUKHARI

Bila kritikan isnad timbul sebagai satu disiplin untuk menapis hadis pelapor-pelapor 1, 2 dan 3
telah tidak ada lagi. Apakah bukti-bukti yang kukuh yang tidak boleh disangsikan bahawa hadis-
hadis yang disokong oleh isnad-isnad di atas benar-benar berasal daripada Umar ibn Khattab dan
Aihah? Bukti-bukti itu tidak ada. Yang ada hanyalah pendapat atau agakan. Inilah yang
diterangkan dalam Quran:

Selanjutnya, kami mengadakan bagi tiap-tiap nabi musuh-musuh dari kalangan syaitan-
syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin yang merekakan dan menceritakan satu sama
lain perkataan-perkataan indah-indah untuk memperdaya. Sekiranya Tuhanmu
kehendaki, mereka tidak akan melakukannya. Kamu janganlah memperdulikan mereka
dan rekaan-rekaan mereka Adakah akan kucari selain Tuhan sebagai sumber undang-
undang, sedangkan Dia telah mewahyukan kepada kamu buku ini dengan
terperincinya? Kalimah Tuhanmu lengkap dengan benar dan adilnya. Tiada suatu pun
yang boleh memansuhkan kalimahNya Jika kamu mentaati kebanyakan manusia di
dunia, mereka akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah. Mereka hanya mengikut
agakan, dan mereka hanya meneka. (6:112-116)

Kebanyakan orang hanya mengikut agakan, dan agakan tidak boleh menggantikan
kebenaran Tetapi Quran tidak boleh diciptakan oleh sesiapa selain daripada Tuhan.
(10:36-37)

Konteks ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa Tuhan mensifatkan kitab-kitab manusia sebagai
agakan dan tekaan. Bolehkah sesiapa menafikan bahawa Hadis merupakan salah sebuah kitab
manusia?

Mengikut satu sumber, Bukhari mengutip 600,000 buah hadis, tetapi menerima hanya 7,275
buah ke dalam sahihnya.21 Nyatalah hal ini ditonjolkan untuk membuktikan betapa telitinya
Bukhari memeriksa hadis-hadisnya hingga hanya 1.2 peratus sahaja lulus dari tapisannya. Tetapi
satu perkiraan matematik yang mudah akan menunjukkan kepada kita bahawa hal ini mustahil
boleh dilakukan oleh Bukhari. Jika sebuah hadis, hitung panjang, terdiri dari tiga ayat, bermakna
beliau telah mencatat, menyemak dan menapis dalam masa 40 tahun 1,800,000 ayat, atau kira-
kira 300 buah buku masing-masing setebal Quran!

Mengikut satu sumber lain, Ibn Hanbal telah menyatakan bahawa ada 7,000,000 hadis sahih.22
Jika laporan ini benar, bermakna dalam masa 23 tahun, bekerja pada kadar 18 jam sehari untuk
mengeluarkan hadis, Nabi kenalah berbuat demikian pada kadar satu hadis untuk tiap-tiap 77
saat! Tidak perlulah diulas perkara yang mustahil seperti ini.

Nyatalah kritikan Hadis dari segi isnad semata-mata tidak memadai. Hadis perlu juga dikritik
dan dinilai dari segi isinya atau matannya. Malah, hadis-hadis yang isnadnya sempurna tetapi
yang matannya cacat haruslah dinilai sebagai hadis-hadis yang lemah dan tidak terpakai. Dari
segi ini kita akan dapati bahawa banyak, mungkin kebanyakan, hadis di dalam enam kumpulan
itu tidak dapat diterima.

Kelemahan Hadis dari segi matan dapat dianalisa dari tiga jurusan. Pertama, dari jurusan
kontradiksinya dengan Quran. Kedua, dari jurusan kontradiksinya dengan sejarah, sains dan
hukum akal. Ketiga, dari jurusan kontradiksinya sama sendiri, yakni antara hadis dengan hadis.

Bab IV: Kritikan Terhadap Hadis

Teori Keselarasan Hadis

Menjangka kritikan-kritikan dari pembantah-pembantah teorinya, Imam Shafii telah


mewujudkan teori keselarasan Hadis, yakni Hadis tidak boleh bercanggah dengan Quran dan
tidak boleh bercanggah sama sendiri. Jika didapati bercanggah sama ada dengan Quran atau
dengan hadis-hadis lain, maka percanggahan ini pada lahir saja dan tidak percanggahan
sebenar..23 Ini nyata sebuah teori yang pintar untuk mengelak kelemahan-kelemahan Hadis yang
ketara, tetapi apakah teori ini boleh menyelamatkan Hadis adalah satu perkara lain. Kita akan
melihat bahawa ia tidak boleh menyelamatkan Hadis.

Dalam satu huraian yang agak berbelit-belit, Shafii mendakwa bahawa Hadis tidak boleh
bercanggah dengan Quran dan tidak boleh bercanggah sama sendiri. Ringkasnya, beliau
menegaskan Nabi sebagai jurubicara Tuhan, yang perlu ditaati oleh orang-orang mukmin secara
mutlak atas perintahNya, mempunyai kuasa untuk menjelaskan hal-hal yang dinyatakan secara
umum dalam Quran dan dengan demikian tidak terdapat percanggahan di antara sunnah dan
Quran. Percanggahan kadang-kadang ternampak di antara satu sunnah dengan yang lain kerana
keadaan-keadaan yang berbeza yang menimbulkan sunnah-sunnah itu atau kerana laporan-
laporan yang tidak lengkap, dan kontradiksi yang sebenar tidak wujud.

Perhatikan dialog antara Shafii dengan penyoalnya:

Dia (penyoal) bertanya: Mungkinkah sunnah bertentangan dengan Kitab (Tuhan)?

Shafii menjawab: Tidak mungkin! Kerana Allah subhanahu wa taala mengenakan


kewajipan ke atas manusia (mentaati syariah) melalui dua jurusan yang berasal dari
Kitab KitabNya dan sunnah. (Yang kedua ini mengikat kerana kewajipan untuk taat
diletakkan dalam kitab dan patutlah diikut. Jika tidak mungkin Rasul membenarkan
sunnahnya dimansuhkan (oleh Kitab) tanpa beliau sendiri mengadakan satu sunnah lain
untuk memansuhkannya. Sunnah yang memansuhkan diketahui kerana ia datang
kemudian, sedangkan kebanyakan ayat Quran yang memansuhkan hanya dapat diketahui
dengan (petunjuk-petunjuk melalui) Sunnah Rasul.24

Shafii sebenarnya tidak memberi contoh-contoh yang terang untuk membuktikan teori
keselarasan Hadisnya. Apa yang dihuraikan oleh beliau ialah apa yang dikatakan oleh ahlul
Hadis peranan sunnah sebagai penjelas dan pengkhusus kepada ketentuan-ketentuan umum
dalam Quran. Perkara ini telah saya bincang dan bahas dalam Bab II. Walau bagaimanapun,
eloklah kita bincang hujah Shafii mengenai hukuman zina di mana hukuman Wuran bercanggah
dengan hukuman Hadis.

Quran menetapkan hukuman zina dengan ayat yang berbunyi:

Penzina perempuan dan penzina lelaki, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang mereka
seratus rotan, dan janganlah perasaan belas kasihan menghalang kamu daripada
menjalankan hukuman Tuhan, jika kamu benar-benar beriman kepada Tuhan dan hari
kemudian.25

Hadis pula menyatakan: Umar melaporkan, Tuhan telah menghantar Muhammad


dengan sebenarnya dan mewahyukan Kitab kepadanya. Di antara ayat-ayat yang telah
diwahyukan Tuhan maha kuasa ialah ayat merejam dengan batu hingga mati dan kami
pun merejam dengan batu hingga mati. Merejam hingga mati dalam Kitab Allah adalah
benar terhadap suami dan isteri yang berzina, jika disabitkan kesalahannya atau jika
mengandung, atau ada pengakuan salah.26

Shafii menghuraikan kontradiksi ini demikian: Sunnah Rasul menentukan bahawa hukuman
sebat seratus kali untuk (penzina) yang belum berkahwin disahkan, tetapi dimansuhkan untuk
yang telah berkahwin; dan hukuman rejam untuk (zina) pasangan yang telah berkahwin
disahkan.27

Tafsiran di atas amat menarik. Bukan saja hukuman sunnah bercanggah dengan hukuman Quran,
tetapi nampaknya sunnah telah diberi kuasa untuk mensahkan dan membatalkan hukuman quran!
Anehnya, di tempat lain Shafii tidak membenarkan sunnah membatalkan Quran atau Quran
membatalkan sunnah. Di situ beliau menegaskan hanya Quran boleh membatalkan quran, dan
hanya sunnah boleh membatalkan sunnah.28 Nyatalah teori keselarasan Hadius tidak terpakai.

Kelemahan Hadis yang terbesar ialah kontradiksinya dengan kalimah Tuhan, iaitu Quran.
Beratus-ratus contoh boleh kita berikan, tetapi kita akan membataskan contoh-contoh ini kepada
beberapa perkara yang besar saja. Berikut kita senaraikan:

Kontradiksi Dengan Quran


Kemunculan Imam Mahdi Di Akhir Zaman

Lihat Mishkat-ul-Masabih, jil. iv, h.44-47, no.74-77. Hadis-hadis ini terang-terang bercanggah
dengan ajaran Quran yang menggesa orang-orang mukmin berjuang di jalan Tuhan dan
menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan pada tiap saat. Mereka menggalakkan sikap pasif
menyerah kepada keadaan. Mitos Imam Mahdi timbul dari kepercayaan orang-orang Yahudi
yang masih menunggu kedatangan seorang penyelamat. Sebenarnya penyelamat ini ialah Nabi
Muhammad yang tidak diterima oleh orang-orang Yahudi. Ia bergabung dengan mitos orang-
orang Kristian yang percaya Nabi Isa diangkat ke langit dan akan turun kali kedua di akhir
zaman. Mitos-mitos ini berpadu dengan kepercayaan kaum Syiah bahawa imam mereka yang
kedua belas, Muhammad Ibn Al-Hasan Al-Askari, yang telah ghaib akan muncul di akhir zaman
sebagai Imam Mahdi dan akan mentadbir dunia yang adil.

Mukjizat Nabi Muhammad

Ada banyak hadis mengenai pelbagai macan mukjizat Nabi, tetapi Quran dengan jelas
menerangkan bahawa Nabi tidak diberi apa-apa mukjizat kecuali Quran. (Lihat 29:50-51)

Syafaat Nabi

Banyak hadis memberi kuasa syafaat kepada Nabi. Lihat Mishkat-ul-Masabih, jil. iv, bab xii,
seksyen 3. Tetapi banyak ayat Quran menjelaskan bahawa tiada siapa yang mempunyai syafaat
kecuali mengikut kehendak Tuhan. Sebuah ayat berbunyi:

Hai orang-orang yang berikan, dermalah dari rezeki kami kepadamu sebelum datang
satu hari manakala tidak ada tawar-menawar, pilih kasih atau syafaat. (2:254) Lihat
juga 2:225, 10:18, 49; 21:28; 36:23; 39:44; dan 73:21-22.

Hukuman Murtad

Hadis menentukan hukuman bunuh untuk kesalahan murtad. Barangsiapa menukar agamanya,
bunuhlah dia. (Riwayat Bukhari dan abu Daud). Semua ayat Quran mengenai perkara ini hanya
mengancam seksaan di akhirat. Umpamanya:

Hai orang-orang yang beriman, jika seseorang dari kamu berpaling dari agamanya,
maka Tuhan akan menimbulkan satu bangsa yang Ia kasihi seperti mereka kasihiNya,
dan merendahkan diri mereka terhadap orang-orang mukmin, sambil mereka gagah
terhadap orang-orang kafir; dan berjuang di jalan allah, dan tidak sedikit pun bimbang
terhadap celaan sesiapa yang mungkin mencela mereka. (5:54) Lihat juga 16:106;
2:217 dan 2:256.

5. Boleh Masuk Syurga Hanya Dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadah Di Saat
Sakratulmaut

Ada banyak hadis yang menyatakan ini. Nyatalah ajaran ini ingin membatalkan semua hukum
Quran tentang kebaikan dan kejahatan. Hadis ini tertolak dengan sendirinya.

6. Melepaskan Perjuangan Di Jalan Allah

Saya telah memberi beberapa contoh hadis menyuruh mengasingkan diri dari perjuangan
masyarakat dalam Bab III. Nyata hadis ini bercanggah dengan ajaran Quran.

7. Hukuman Zina

Hal ini telah dihuraikan di atas, h. 96.

8. Perintah Sembahyang

Mengikut Hadis, perintah sembahyang diterima oleh Nabi Muhammad di dalam Perjalanan
Malam israk dan mikraj di mana cerita-cerita hadis menggambarkan beliau tawar-menawar
dengan Tuhan tentang bilangan waktu sembahyang untuk umat Islam, dengan Nabi Musa
sebagai penasihat beliau! Nyatalah ini satu cerita rekaan untuk menyedapkan telinga yang
mendengar. Quran menerangkan bahawa ibadah-ibadah sembahyang, puasa, zakat dan haji telah
diajar oleh Tuhan kepada Nabi Ibrahim dan telah diperturunkan, generasi demi genarasi, hingga
ke zman Muhammad. Perhatikan doa Nabi Ibrahim, Tuhan kami, jadikanlah kami Muslim
(tunduk) kepadamu dan daripada keturunan kami biarlah lahir satu bangsa Muslim (yang tunduk)
kepadaMu. Ajarkanlah kami bagaimana hendak mengamalkan ibadah-ibadah agama
kami, dan ampunilah kami, Kau maha pengampun, maha penyayang. (2:128) Sirah Nabi juga
menunjukkan bahawa Muhammad telah mengamalkan salat sebelum beliau menjadi nabi. (Lihat
The Life of Muhammad, h.105).

9. Ramalan-Ramalan Nabi
Banyak hadis melaporkan ramalan-ramalan Nabi tentang masa depan. Ini bercanggah dengan
ajaran Quran bahawa Nabi tidak mengetahui masa depan.

Katakanlah (wahai Muhammad), Aku tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan


munafaat atau mudarat bagi diriku sendiri. Hanya kehendak Tuhan berlaku. Sekiranya
aku mengetahui masa depan, tentu kekayaanku akan bertambah, dan kejahatan tidak
akan menimpaku. (7:118). Lihat juga 5:109; 6:50; 11:31; 46:9 dan 72:25-27.

10. Syafaat Ulama Dan Syuhada

Hadis ini berbunyi: Uthman bin Affan melaporkan bahawa Rasulullah berkata, Pada hari
kiamat tiga orang akan memberi syafaat para nabi, ulama dan para syuhada. (Riwayat Ibn
Majah) Seperti hadis-hadis mengenai syafaat nabi-nabi, hadis ini juga bercanggah dengan Quran.

Kontradiksi Dengan Hadis

Seperti telah dinyatakan, oleh kerana Hadis merupakan pandangan dan pendapat pelbagai puak
dan golongan, maka terdapat banyak percanggahan antara satu dengan lain. Berikut kita
senaraikan setengah daripadanya:

1. Mengenai Penulisan Hadis

Terdapat hadis-hadis sahih yang melarang dan juga yang membenarkan penulisan hadis.
Sebuah yang melarang berbunyi: Abi Said Al-Kudri melaporkan bahawa Rasulullah telah
berkata, Jangan menulis sesuatu daripadaku selain Quran. Barangsiapa menulis sesuatu selain
Quran hendaklah memadamnya. (Riwayat Muslim dan Ibn Hanbal). Sebuah yang menyuruh
pula berbunyi: Abdullah bin Amr melaporkan bahawa Rasulullan telah berkata, Sebarkanlah
daripadaku walaupun satu ayatBarangsiapa mendustakan aku dengan sengaja, bersedialah ia
untuk duduk dalam neraka. (Riwayat Bukhari). M. Hamidullah berhujah mengatakan larangan
itu disebabkan oleh keadaan tertentu dan kemudian dimansuhkan. (Sahifah Hamam Ibni
Manabih, h. 100-03). Hujah ini lemah.

2. Pidato Perpisahan

Ada dua buah hadis mengenai Haj akhir dan pidato perpisahan Nabi. Sebuah yang diriwayatkan
oleh Malik bin Anas yang menyatakan Nabi meninggalkan dua perkara Kitab Allah dan
Sunnah Rasul dianggap lemah. Sebuah lagi dilaporkan oleh Jabir bin Abdullah mempunyai dua
versi: (i) Dan telah aku tinggalkan di kalanganmu satu perkara: jika kamu berpegang
kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku Kitab Allah. Kamu akan ditanya mengenaiku
(ii) Dan telah aku tinggalkan di kalanganmu satu perkara: jika kamu berpegang kepadanya,
kau tidak akan sesat selepasku Kitab Allah dan apa yang kamu dapat daripadamu melalui
soalan (hadis). (Riwayat Muslim) (Lihat Mishkat, jil. iii, h. 584-90, no. 46 dan jil. I, h. 172 no.
118). Nampaknya versi (ii) laporan Jabir telah disalah-terjemah dan dipinda. (Lihat atas, h. 88-
89)
3. Hukuman Zina

Telah kita lihat di atas bahawa Hadis menentukan hukuman rejam hingga mati ke atas penzina-
penzina yang telah berkahwin, tetapi perhatikan hadis ini: Jabir bin Abdullah melaporkan
bahawa Rasulullah telah berkata, Kamu mempunyai (hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteti
kamu) agar mereka tidak meniduri sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini,
pukuli mereka tanpa menyebabkan cedera (Riwayat Bukhari dan Muslim, Mishkat, jil. I, h.
217, no. 76). Mungkinkah gerakan pembebasan wanita zaman pertengahan yang merekakan
hadis ini?!

4. Perjuangan di Jalan Allah

Kita telah melihat hadis-hadis yang menggalakkan pengunduran diri dari pergolakan masyarakat.
Ada juga hadis-hadis sahih yang menyeru supaya berpegang teguh kepada perjuangan di jalan
Allah.

5. Taraf Nabi-Nabi

Seperti yang diajar oleh Quran, ada hadis yang melarang dibuat perbezaan di antara nabi-nabi
(lihat Mishkat, jil. iv, h. 213, no. 11), tetapi ada juga yang melebihkan Nabi Muhammad. (Lihat
Ibid. h. 324, no. 19)

6. Quran

Kita telah melihat hadis-hadis yang mewajibkan kita memakai Hadis selain daripada Quran,
tetapi ada juga hadis yang menegaskan bahawa kita akan sesat jika kita mencari petunjuk
daripada selain Quran. Lihat Mishkat. Jil. iii, h. 680-81, no. 29.

Kontradiksi Dengan Sains, Sejarah dan Akal

Akhir sekali, kita perlu menguji Hadis dari segi keselarasannya dengan sains, sejarah dan hukum
akal. Quran mengajar kita bahawa alam semulajadi merupakan tanda-tanda atau ayat-ayat Tuhan.
Sains satu ilmu yang mengkaji pelbagai aspek alam semulajadi. Hasil-hasil kajian ini yang
kebenaranya telah teruji tidak dapat tidak akan mensahkan kenyataan-kenyataan yang terdapat
dalam Quran dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Quran dan kenyataan-kenyataan lain
yang benar. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan hasil-hasil kajian sains yang telah
teruji, sebaliknya tidaklah dapat diterima. Begitu dengan sains dalam bidang alam semulajadi,
begitu juga dengan sejarah dalam bidang aktiviti manusia. Apa yang dibuktikan oleh sejarah
adalah benar dan tidak boleh bercanggah dengan Quran. Sebaliknya, apa yang dipalsukan oleh
sejarah adalah tidak benar. Demikian juga dengan hukum akal.
Seorang ahli sains yang telah membuat satu kajian yang mendalam terhadap Quran dan Hadis,
Dr. Maurice Bucaille, berkata: Saya telah membanding hasil-hasil kajian saya tentang hadis
dengan yang telah saya kemukakan dalam bahagian mengenai Quran dan sains moden. Hasil-
hasil perbandingan ini berdiri sendiri sebagai bukti. Pernbezaannya sungguh menakjubkan di
antara ketepatan maklumat yang terkandung dalam Quran, bila dibandingkan dengan
pengetahuan moden sains, dan kesangsian yang amat ketara pada setengah kenyataan hadis
berhubung dengan perkara-perkara saintifik Pernbandingan ini menonjolkan perbezaan yang
amat ketara di antara karangan-karangan zaman ini (iaitu hadis), yang bertaburan dengan
kenyataan-kenyataan yang tidak tepat dari segi sains, dan Quran, Kitab Wahyu Bertulis, yang
bersih dari kesilapan-kesilapan ini.29

Kalau kita ada masa, kita boleh mengutip beratus contoh, tetapi memadailah dengan sedikit saja.

1. Perjalanan Matahari

Sebuah hadis berkata: Abu Zarr melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata bila matahari
jatuh, Tahukah anda ke mana ia pergi?Ia beredar hingga ia sujud di bawah Arasy. Ia meminta
izin lalu dibenarkan Ia sujud tetapi tidak diterima, dan ia akan meminta izin tetapi tidak
dibenarkan dan ia akan diperintah: balik ke tempat kamu datang. Jadi, ia akan naik di tempat ia
jatuh (Riwayat Bukhari dan Muslim, Mishkat, jil. iv, h. 53-54, no. 88) Hadis ini bercanggah
dengan Quran yang menerangkan Dan matahari beredar mengikut peredaran tertentu. (36:38)
Kenyataan hadis ini juga bercanggah dengan apa yang berlaku sebenarnya, seperti yang telah
dibuktikan oleh sains, iaitu bumi mengelilingi matahari, dan bukan sebaliknya.

2. Perintah Sembahyang

Kita telah membuktikan bahawa perintah sembahyang telah diberi oleh Tuhan kepada Nabi
Ibrahim dan kaumnya, dan amalan ini telah diperturunkan, generasi demi generasi, hingga
kepada Nabi Muhammad dan umatnya. Hal ini disahkan oleh sejarah, seperti telah saya
tunjukkan.

3. Anti-Wanita

Beberapa hadis bersifat anti-kaum wanita. Ini bercanggah dengan ajaran Quran dan hukum akal.
Satu daripadanya berbunyi: Abu Sayeed al-Khudri melaporkan seorang wanita datang kepada
Rasulullah semasa kami berada bersama-sama beliau dan berkara, Suami sayamemaksa saya
membuka puasa sedangkan saya berpuasa (Setelah Nabi mendengar jawapan suaminya yang
kuat nafsu) Nabi pun berkata, Wanita tidak boleh berpuasa kecuali dengan izin suaminya
(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, Mishkat, jil. I, h. 215-16, no. 72) Saya yakin Nabi tidak
pernah berkata demikian kerana ia bercanggah dengan ajaran Quran dan bertentangan dengan
watak Nabi yang menghormati dan memuliakan wanita. Bukankah hadis ini, seperti banyak
hadis lain, memalsukan dan memfitnahkan Nabi?

4. Anti-Riadah
Mengenai riadah yang memang baik untuk kesihatan badan, mengikut kajian sains dan hukum
akal, sebuah hadis berkata: Oqabah bin Amer melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata,
Semua permainan lelaki haram kecuali berpanah, melatih kudanya dan bermain dengan
isterinya (Riwayat Tirmidhi, Ibn Majah dan Abu Daud, Ibid., h. 216-17, no. 75)

5. Anti-Akal

Banyak hadis bersifat anti-akal sedangkan Quran menyuruh manusia menggunakan akalnya.
Satu daripadanya berbunyi: Jundub melaporkan Rasulullah telah berkata, Barangsiapa
mentafsirkan Quran mengikut fikirannya sendiri dan tafsiran itu betul, maka dia berdosa.
(Riwayat Tirmidhi dan Abu Daud, Mishkat, jil. I, h. 364, no. 56) Sifat anti-akal hadis ini tidak
perlu diulas.

Sudahlah nyata bahawa banyak hadis di dalam Enam Buku sahih ialah omong kosong untuk
menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk memperolok-olokkannya,
seperti yang diterangkan oleh Quran dengan begitu tepat, padat dan cantik. Sekarang terpaksalah
kita mengaku bahawa Hadis/Sunnah tidak boleh kita pegang sebagai autoriti dan sebagai sumber
perundangan dan akidah.

Ini tidak bermakna kita perlu membakar semua buku hadis. Buku-buku Hadis tetap berdiri
sebagai catatan sejarah, sepertimana buku-buku sejarah lain, atau sepertimana buku-buku lain.
Kebimbangan seorang sarjana Islam moden radikal yang masyhur, Profesor Fazlur Rahman,
dalam hal ini tidak kena pada tempatnya. Beliau berkata: Kerana jika Hadis pada
keseluruhannya dibuang, dasar sejarah bagi Quran dibuang sekaligus.30 Hujah ini kerap sekali
diulang dan ditekan oleh ahlul-Hadis, tetapi ia tidak berasas langsung. Bukti sejarah bagi Quran,
dan Nabi Muhammad yang membawanya juga, ialah Quran sendiri, kewujudan umat Islam
hingga hari ini dan kewujudan beberapa rekod dan laporan sejarah, termasuk buku-buku hadis
sendiri. Quran tanpa hadis sedikit pun tidak terjejas. Demikian juga Nabi Muhammad. Malah
Nabi Muhammad akan muncul lebih bersinar dan lebih agung tanpa khurafat dan bidah
Hadis/Sunnah yang telah difitnahkan kepada beliau.

Sebagai satu laporan sejarah, Hadis tetap berguna dan akan dipakai, tetapi, seperti semua laporan
sejarah, ia tidak boleh diterima sepenuhnya sebagai benar sebelum dikritik dan ditapis dengan
keterangan sah dari sains, sejarah dan wahyu.

Bab V: Kesimpulan: Kembali Kepada Ajaran Nabi Yang Asal - Quran

Kenalah kamu taat kepada Tuhan, dan kenalah kamu taat kepada rasul, dan berhati-hati. Jika kamu berpaling, ketahuilah
bahawa satu-satunya tugas rasul kami ialah menyampaikan perutusan. Quran, Al-Maaidah (5):92

Oleh yang demikian, kenalah kamu beriman kepada Tuhan dan rasulNya, nabi ummi, yang beriman kepada Tuhan dan
kalimahNya, dan ikutlah beliau supaya kamu beroleh tetunjuk.

Quran, Al-Araf (7):158

Dilema Umat Islam


Seperti yang telah kita lihat dari keterangan-keterangan sejarah yang kukuh, bila Nabi Muhammad wafat, beliau meninggalkan
Quran sebagai warisan kepada umat Islam dan kepada umat manusia, dan tidak lain daripada Quran. Hakikat ini pun telah
diisytiharkan dalam Quran bila Tuhan menyatakan berkali-kali bahawa tugas rasulNya hanyalah menyampaikan perutusan. 1

Namun demikian, bab-bab lalu telah menunjukkan bagaimana masyarakat Islam, melalui sarjana-sarjana agama kita, khasnya
Imam Shafii, antara 200-250 selepas Nabi wafat, membina satu fahaman baru bahawa apa yang diwariskan oleh Nabi kepada
mereka ialah Quran dan Hadis/Sunnah, dan mereka mestilah berpegang kepada kedua-duanya. Inilah dilema yang terbesar yang
dihadapi oelh umat Islam hari ini.Beranikah kita mengakui kesilapan kita selama seribu tahun, dan balik ke pangkal jalan? Atau
kita tetap akan berdegil untuk mempertahankan tradisi yang telah kita warisi turun-temurun dan membiarkan diri kita terus
hanyut dalam keadaan mundur, hina dan pecah-belah yang telah menimpa kita selama ini?

Sambil kita merenungi nasib umat Islam, eloklah kita mengingari peringatan Tuhan kepada kita: Kemudian, bila mereka
diberitahu, Ikutlah perintah-perintah Tuhan saja, mereka berkara, Kami mengikuti apa yang kami dapati dilakukan oleh
ibu-bapa kami. Bagaimana kalau ibu-bapa mereka tidak faham dan tidak mendapat bimbingan? Ibarat orang-orang kafir seperti
itu ialah burung kakaktua; mereka mengulang apa yang mereka dengar tanpa mengerti. Tuli, bisu dan buta, mereka tidak dapat
mengerti.2Jawapan kepada dilema ini ada pada tangan kita, khasnya golongan-golongan pemimpin dan cerdik pandai kita.

Kedudukan Sebenar Hadis/Sunnah

Seperti telah kita terangkan, penolakan kita terhadap Hadis/Sunnah sebagai sumber teologi dan perundangan sama sekali tidak
bermakna penolakan terhadap Nabi Muhammad. Malah penolakan ini persis ialah untuk membersihkan nabi kita daripada ajaran
palsu yang telah dikaitkan kepada beliau, berlawanan dengan ajaran beliau, sepertimana ajaran palsu bahawa Nabi Isa anak
Tuhan telah dikaitkan oleh paderi-paderi Kristian kepada Nabi Isa. Biarlah kita merumuskan alasan-alasan penolakan kita
terhadap Hadis/Sunnah sebagai sumber teologi dan perundangan seperti berikut:

Quran sebuah kitab yang lengkap, sempurna dan terperinci, dan tidak memerlukan kitab-kitab lain untuk menyempurnakan dan
melengkapkannya.3

Tugas Nabi Muhammad semata-mata menyampaikan Quran, dan tidak lebih dari itu.4

Hadis merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tidak terjamin kebenarannya. Ia tidak lebih daripada tekaan dan
agakan;5 dan

Ibadah-ibadah sembahyang, puasa, zakat dan haji bukan disampaikan melalui Hadis, tetapi adalah amalan turun-temurun yang
berpunca daripada ajaran Tuhan kepada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya.6

Seperti telah diterangkan juga, sunnah dan hadis tetap wujud, tetapi martabat mereka tidak sama dengan Quran. Perintah-perintah
dan keputusan-keputusan Nabi di luar Quran, sebagai pemimpin masyarakat Islam, seperti yang termaktub dalam Piagam
Madinah yang terkenal dan dalam perjanjian-perjanjian dan surat-surat beliau merupakan sunnah beliau dan hadis yang sahih.
Tetapi sunnah ini tidak mengikat mereka. Sunnah ini hanya merupakan satu contoh yang boleh diikut, jika sesuai dengan keadaan,
dan boleh dikesampingkan, jika tidak sesuai dengan keadaan.

Walaupun kita tidak memerlukan Hadis sebagai bimbingan (kerana Quran sudah mencukupi), kita tidak perlu membakar buku-
buku hadis. Buku-buku hadis merupakan satu catatan kesusasteraan dan sejarah yang perlu kepada pengkaji-pengkaji sejarah dan
masyarakat bila mereka mengkaji sejarah dan masyarakat Islam pada waktu itu. Malah, pada pendapat saya, seorang ahli sejarah
dan ahli kajimasyarakat tidak akan dapat memahami sejarah dan masyarakat Islam sekarang tanpa mengkaji hadis.

Setengah orang akan bertanya: Tidak bolehkah hadis digunakan sebagai panduan dalam kehidupan kita? Kepada soalan ini kita
boleh menjawab dengan tegasnya bahawa segala panduan yang kita perlukan dapat kita peroleh tanpa gagal daripada Quran.
Namun demikian, kita boleh membaca dan mengkaji buku-buku hadis, sepertimana kita boleh membaca dan mengkaji buku-buku
manusia lain, dengan syarat kita sedar bahawa kita tidak boleh menerima saranan-saranan dan idea-idea yang bercanggah dengan
ajaran-ajaran Quran, dengan keterangan-keterangan sejarah yang sahih dan dengan hukum akal. Memang ada banyak saranan dan
idea yang bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran, dengan keterangan-keterangan sejarah yang sahih dan dengan hukum akal.
Memang ada banyak saranan dan idea yang baik dalam Hadis, kerana seperti telah kita lihat dalam Bab III, dua daripada sebab-
sebab pemalsuan hadis ialah untuk menggalakkan kebaikan dan mencegak kejahatan, dan untuk menyalurkan ajaran-ajaran yang
baik dari sumber-sumber bukan Islam.7Saranan dan idea yang baik daripada Hadis, sepertimana saranan dan idea yang baik
daripada mana-mana sumber pun, memang boleh dan perlu diterima. Ini perkara nyata yang logikal dan yang tidak perlu
dihuraikan.
Sambongan: Satu Kelemahan Manusia Yang Berlarutan

Bab V: Kesimpulan: Kembali Kepada Ajaran Nabi Muhammad Yang Asal - Quran

Satu Kelemahan Manusia Yang Berlarutan

Sejarah satu guru yang baik kepada manusia, dan sejarah tidak memungkiri manusia. Oleh sebab
itu, kita perlu berguru kepada sejarah. Tuhan menghantar Nabi Isa kepada kaum Israel untuk
membawa kepada mereka kitab Injil dan mengajar mereka menyembah Tuhan yang satu, tetapi
setelah kitakira 300 tahun Nabi Isa wafat, sarjana-sarjana agama mereka membuat satu fahaman
baru yang tidak diajar oleh Nabi Isa, bahawa Isa anak tuhan dengan seorang Bapa dan Emak
Tuhan! Sebelum ini Tuhan mengirim Nabi Musa kepada kaum Israel dengan kitabNya Taurat,
tetapi beberapa abad selepas Nabi Musa wafat, sarjana-sarjana agama mereka mengadakan
sebuah buku lain, Talmud, yang mereka pakai dan Taurat mereka kesampingkan.

Demikian juga yang telah berlaku kepada umat Islam. Tuhan mengirim Nabi Muhammad, nabi
terakhir, kepada manusia dengan kitabNya yang sempurna, lengkap dan terperinci, Quran, untuk
membetulkan buat selama-lamanya penyelewengan-penyelewengan yang telah dilakukan oleh
umat Yahudi dan umat Kristian. Tetapi setelah kira-kira 250 tahun Nabi Muhammad wafat,
sarjana-sarjana agama kita mewujudkan buku-buku Hadis untuk menggantikan Quran! Sejarah
telah berulang lagi!

Mengapakah perkara ini berlaku? Nampaknya, inilah kelemahan manusia yang berlarutan ingin
mempersekutukan Tuhan dengan tuhan-tuhan lain. Quran mengajar kita: Sembah itu bagi Tuhan
semata-mata. Mereka yang mengadakan patung-patung disampingNya berkata, Kami
menyembah mereka untuk mendekatkan kami kepada Tuhan.8 Tetapi ini alasan mereka
semata-mata. Sebenarnya, mereka mengadakan patung-patung di samping Tuhan, kerana mereka
ingin menghambat kebendaan dan tidak percaya kepada hari kiamat di mana mereka akan diadili
mengikut perbuatan mereka di dunia. Melalui patung-patung ini, mereka menghalalkan kehendak
hawa nafsu mereka tanpa menghiraukan hukum-hukum Tuhan. Inilah yang diterangkan oleh
Tuhan dalam ayat-ayat yang berbunyi: Selanjutnya, kami telah melantik bagi tiap-tiap nabi
musuh-musuh dari kalangan syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin, yang menciprakan
dan menceritakan kepada satu sama lain perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jika
Tuhanmu menghendaki, mereka tidak akan berbuat demikian. Kamu hendaklah meninggalkan
mereka dan rekaan-rekaan mereka. (Ini adalah kehendak Tuhan) supaya hati mereka yang tidak
sebenarnya beriman kepada hari kemudian mendengar dan menerimanya, dan supaya mereka
melakukan apa yang harus mereka lakukan.9

Penyelewengan dari wahyu-wahyu Tuhan telah berlaku berulang kali dalam sejarah dari zaman
purba hingga ke zaman moden. Quran banyak menceritakan sejarah-sejarah kaum-kaum, bangsa-
bangsa dan tamadun-tamadun purba yang telah dikirimi rasul-rasul oleh Tuhan untuk membawa
wahyu-wahyuNya, seperti Aad, Midian dan thamud, dan kemudian kaum-kaum, bangsa-bangsa
dan tamadun-tamadun ini dimusnahkan oleh kerana mereka menolak wahyu-wahyu Tuhan serta
menyembah patung-patung di samping Tuhan.

Tujuan Quran Menghapuskan Penyelewengan Buat Selama-lamanya

Oleh kerana wahyu-wahyu Tuhan sebelum Nabi Muhammad, nabi terakhir yang dibangkitkan
bila dunia melangkah pintu zaman moden, tidak dapat dipelihara kemurniannya oleh sebab-sebab
intelektual yang tertentu, maka Tuhan mengirim Nabi Muhammad kepada seluruh manusia
dengan kitabNya yang terakhir, Quran, yang lengkap, sempurna dan terperinci, dan yang
sepenuhnya terpelihara daripada korupsi manusia.10 Kitab ini, iaitu Quran, membebaskan
manusia dari segala macak ikatan dan bebanan dan dari segala macam khurafat dan bidah jahat
zaman-zaman lampau serta membimbing manusia ke jalan selamat.11

Bila, di peringkat awal, iaitu dalam masa kira-kira 300 tahun yang pertama, masyarakat Islam
berpandukan Quran, mereka meningkat naik dan maju dengan begitu cepat hingga menakjubkan
dunia, mengatasi kuasa-kuasa terbesar pada zaman itu, iaitu Byzantium dan Parsi. Mereka
menciptakan sebuah tamadun material dan intelektual yang teragung pada zaman itu, dan nama-
nama khalifah-khalifah, seperti Abu Bakar, Umar Ibn Khattab dan lain-lain, panglima perang
seperti Khalid Ibn Walid, ahli-ahli sains seperti Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Al-Razi dan lain-
lain, ahli-ahli falsafah seperti Al-Kindi, Al-Farabi dan Ibn Sina, dan ahli-ahli sejarah seperti Al-
Tabari, Al-Baladhuri dan Al-Masudi adalah nama-nama yang mengharumkan tamadun pertama
Islam dan yang termaktub dalam sejarah kebudayaan dunia. Hakikat pencapaian umat Islam awal
yang tinggi inilah yang menyebabkan sejarawan sains Barat, G. Sarton berkata: Tugas besar
manusia telah dilakukan oleh orang-orang Muslim. Ahli falsafah terbesar, ll-Farabi, seorang
Muslim, ahli-ahli matematik terbesar, Abu Kamil dan Ibrahim ibn Sinan, orang-orang Muslim,
ahli geografi dan penulis ensiklopedia terbesar, al-Masudi, seorang Muslim; sejarawan terbesar,
al-Tabri, juga seorang Muslim.12

Penyelewengan Umat Islam

Proses penukaran pegangan umat Islam daripada Quran semata-mata kepada Quran dan Hadis
sebagai sumber teologi dan perundangan, seperti yang ditaja oleh Imam Shafii pada awal abad
ketiga Islam, tidak berlaku sepenuhnya dan dengan pstinya dalam masa satu dekad ataupun
setengah abad. Ia memakan masa kita-kira empat atau lima abad, bermula dari abad kedua
hingga abad keenam Islam.13 Seperti telah kita lihat bab Bab III pertelagahan politik dan teologi
telah mula berlaku dalam dekad-dekad kedua, ketiga, keempat dan kelima; namun demikian
selagi Quran saja dianggap sebagai sumber perundangan dan teologi Islam dan sunnah Nabi
sebagai satu contoh (yang boleh diikut atau ditolak) dan Hadis/Sunah belum diinstitusikan
sebagai satu autoriti, umat Islam masih boleh menyelesaikan perbezaan pendapat dan perbalahan
mereka, seperti wang diperingahkan oleh /tuhan dengan merujuk kepada Tuhan dan rasul, yakni
perutusanNya, Quran.14 Tetapi dari abad ketiga hingga abad keenam Islam keadaan-keadaan
sosial umat Islam sudah banyak berubah dan Hadis/Sunnah sudah diterima dan dipegang sebagai
satu sumber teologi dan perundangan oleh seluruh umat Islam. Dengan pegangan baru ini,
perpecahan tidak dapat dielak, dan kemerosotan, kemunduran, keruntuhan dan kejatuhan mula
menimpa masyarakat Islam.15
Seperti telah kita lihat, apa yang dikatakan buku-buku Hadis sahih tidaklah mengandungi kata-
kata atau perbuatan-perbuatan Nabi. Mereka hanya mengandungi apa yang dianggap oleh
pengumpul-pengumpul Hadis, iaitu Bukhari, Muslim, Tirmidhi, Abu Daud, al-Nasai dan Ibn
Majah, sebagai hadis-hadis sahih, atau laporan-laporan sahih mengenai kata-mara dan
perbuatan-perbuatan Nabi. Pendek kata, hadis tidak lain ialah satu ajaran palsu yang telah
dikaitkan dengan nama Nabi, bertentangan dengan kehendak beliau. Oleh sebab itu, Tuhan telah
memberitahu kepada kita dalam Quran bahawa pada hari akhirat kelak Nabi akan mengadu
kepada Tuhan bahawa umatnya telah membelakangkan Quran.16 Harus diperhatikan bahawa
Nabi Muhammad tidak mengadu umatnya membelakangkan Hadis/Sunnah!

Adalah logikal sekali jika kita ingin memuliakan dan mengikut Nabi Muhammad, kita mestilah
kembali kepada ajaran beliau yang asal dan yang sebenar, iaitu Quran, serta membersihkan nama
beliau dari khurafat dan bidah jahat yang telah dihubungkan dengan nama beliau. Kita tidak
boleh mengelak daripada tanggungjawab ini, walaupun setengah kita tidak suka. Nabi sendiri
telah menerangkan bahawa tugas beliau semata-mata menyampaikan Quran, dan beliau sendiri
mengikut Quran dan tidak lain daripada Quran.17

Perkembangan negatif ini telah berlaku dalam masyarakat Islam, seperti telah kita katakan tadi,
oleh kerana kelemahan umum manusia untuk mendewa-dewakan sesama manusia. Dalam
sejarahnya manusia telah mendewa-dewakan nabi-nabi, wali-wali, para rahib dan ulama, guru-
guru, pemimpin-pemimpin, kebendaan dan patung-patung. Kesilapan ini telah dilakukan oleh
semua umat, umat Islam tidak terkecuali. Cara yang terbaik untuk mengelak dan mengatasi
kelemahan ini, pada pendapat saya, ialah dengan mengenakan kritikan saintifik Islam terhadap
semua faham, teori, falsafah dan sistem yang diwujudkan oleh manusia dan terhadap semua
tokoh, seperti yang telah saya terangkan dalam Bab I.18 Hanya dengan berbuat demikian dapat
kita mengasingkan kebenaran dari kepalsuan dan menegakkan kebenaran dan menghapuskan
kepalsuan dalam sesuatu ajaran.

Oleh kerana satu rejim taqlid telah dipaksakan ke atas umat Islam dari kira-kira abad kedua belas
hingga akhir abad kesembilan belas atas nama agama maka segala ajaran empat Imam Besar,
malah seluruh warisan teologi dan perundangan Islam diterima bulat-bulat oleh umat Islam.19
Ada banyak faktor yang telah menimbulkan rejim taqlid ini padazaman itu, tetapi kita tidak dapat
membicarakan perkara itu di sini. Namun demikian, perlulah kita sedar bahawa setelah hampir
setarus tahun pintu ijtihad disytiharkan dibuka kembali oleh gerakan islah Muhammad Abduh,
rejim taqlid ini masih belum hapus sama sekali. Malah ia masih kuat.

Kekecohan yang telah berlaku di sekitar ceramah ini satu bukti yang nyata. Sekiranya
masyarakat Islam, khasnya golongan-golongan pemimpin dan cendekiawannya, telah terus
berpegang teguh kepada perintah-perintah Tuhan supaya kita tidak menerima sesuatu yang kita
sendiri tidak pasti,20 dan supaya kita mendengar semua pandangan dan mengikut yang paling
baik,21 dan melakukan kritikan saintifik Islam terhadap semua karya ahli-ahli teologi kita yang
penting, sepertimana cendekiawan Eropah moden melakukan kritikan saintifik mereka terhadap
karya-karya cendekiawan mereka, kemungkinan besar rejim taqlid ini tidak akan berkepanjangan
hingga kira-kira tujuh abad. Pada pendapat saya, penilaian semula secara kritikal terhadap
seluruh warisan tamadun Islam ialah satu daripada tugas-tugas besar yang harus dilaksanakan
oleh cendekiawan Islam dalam masa tiga puluh tahun akan datang.
Quran Membebaskan Manusia

Quran mengajar kita bahawa agama tauhid Islam pertama kali dibawa oleh Nabi Ibrahim22 dan
diperturunkan dan disesuaikan melalui satu rangkaian nabi-nabi, termasuk Musa dan Isa, hingga
disempurnakan pada nabi terakhir, Nabi Muhammad. Walaupun agama itu sama, Islam (yang
bererti tunduk kepada Tuhan), tetapi undang-undang atau syariat yang dibawa oleh Nabi
Muhammad berbeza dari undang-undang Nabi Isa dan Nabi Musa. Ini adalah kerana masyarakat
manusia berkembang dan perubahan-perubahan undang-undang perlu untuk menyesuaikan
dengan perkembangan-perkembangan itu.23

Oleh kerana Nabi Muhammad nabi penghabisan, yang dikirim kepada dunia yang pada waktu itu
sedang melangkah pintu zaman moden yang berdasarkan ilmu, maka ciri terpenting dalam
undang-undang Muhammad ialah pembebasan manusia dari segala macam tahyul dan khurafat.
Ciri ini dinyatakan dalam salah sebuah ayat Quran yang berbunyi: Juga bagi mereka yang
mengikuti rasul, nabi ummi, yang mereka dapati tercatat dalam kitab-kitab Taurat dan Injil
mereka. Beliau menyuruh mereka berbuat baik dan menjauhi kejahatan, dan beliau
menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang
buruk, dan beliau membebaskan mereka dari bebanan-bebanan perjanjian mereka dan
membuang belenggu-belenggu yang mengikat mereka. Dengan demikian, mereka yang
percaya kepadanya, memuliakannya, menyokongnya dan mengikut cahaya yang diturunkan
bersamanya, merekalah yang menang.24 Pembebasan ini ialah pembebasan daripada sekatan-
sekatan dan kongkongan-kongkongan syariat-syariat dulu.

Seperti telah kita lihat, bila umat Islam awal, dalam masa tiga ratus tahun pertama, menggunakan
sepenuhnya kebebasan ini, mereka menempa sebuah tamadun material dan intelektual yang
agung di waktu Eropah masih tenggelam dalam kegelapan Zaman Pertengahannya. Bila Eropah
bangun semula dalam abad-abad keenam belas dan ketujuh belas setelah mendapat inspirasi dan
galakan dari tamadun dan ilmu baru Islam, Eropahlah yang meneruskan dan mengembangkan
tradisi keilmuan yang dibawa oleh Islam. Inilah yang menyebabkan seorang ahli falsafah Islam
moden, Muhammad Iqbal, berkata: Ada satu masa bila pemikiran Eropah menerima ilham
daripada dunia Islam. Perkembangan yang amat menarik perhatian dalam sejarah moden, walau
bagaimanapun, ialah pesatnya pergerakan pemikiran dunia Islam ke arah Eropah. Tidak ada
kesalahan apa-apa di dalam pergerakan ini, kerana kebudayaan Eropah di lapangan intelaknya,
ialah semata-mata satu perkembangan kemudiannya dari setengah tahap-tahap penting
kebudayaan Islam.25

ua Penyelewengan Umat Muhammad

Walau bagaimanapun, oleh kerana kebangkitan Eropah moden disebabkan juga oleh
pemberontakannya terhadap kuasa Gereja yang telah menyeleweng dan seterusnya terhadap
kuasa agama, maka hubungan sah antara ilmu dan agama telah terputus. Inilah yang
menyebabkan cogan kata Zaman Keserlahan Eropah yang diberi oleh Kant berbunyi: Beranilah
mengetahui! dan tidak seperti sepatutnya: Beranilah mengetahui di bawah bimbingan Quran!
Oleh yang demikian, tamadun moden Barat tempang, terlalu berat di sebelah keduniaan, dan
menemui jalan buntu di akhir abad kedua puluh ini.

Sebaliknya, dunia Islam dalam zaman taqlid dan kejatuhannya, telah mengambil satu jalan
pelampau yang lain, yang menyeleweng dari jalan lurus al-Quran. Jalan lurus al-Quran ialah
jalan luas yang meliputi dunia material dan dunia spiritual, sedangkan dunia yang dipilih oleh
umat Islam setelah itu ialah dunia spiritual semata-mata, menjadikan kehidupan mereka
tempang dan berat ke atas keagamaan saja.

Dapat dilihat bahawa baik masyarakat Islam mahupun masyarakat Eropah telah menyeleweng
dari wahyu-wahyu Tuhan, tegasnya Quran. Inilah sebabnya Quran menceritakan kepada kita
bahawa di akhirat kelak Nabi Muhammad akan mengadu kepada Tuhan bahawa umatnya telah
membelakangkan Quran. Dengan perkataan umatku yang digunakan oleh Nabi nyatalah ia
bermakna seluruh manusia, kerana Muhammad ialah rasul Tuhan kepada seluruh dunia.
Manakala Barat moden telah membelakangkan Quran dengan menggunakan kitab-kitab liberal
dan Marxis sebagai panduan asas, dunia Islam telah membelakangkan Quran dengan
menggunakan kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab ulama. Untuk membetulkan penyelewengan ini,
nyatakan seluruh dunia mesti kembali kepada Quran.

Dunia Sedang Kembali Kepada Quran

Tidak syak lagi, perkara ini sedang berlaku. Dalam Bab I kita telah menarik perhatian pembaca
kepada keadaan Kacau-bilau Agung yang telah menimpa dunia abad kedua puluh di mana
segala teori, falsafah dan sistem tradisional runtuh.27 Apakah yang akan muncul untuk
menggantikan tempat teori, falsafah dan sistem tradisional yang telah runtuh itu? Jawapannya
jelas: teori, falsafah dan sistem yang berdasarkan ajaran-ajaran Quran.

Walaupun aliran-aliran falsafah dominan di Eropah dalam masa dua ratus tahun yang lalu sama
ada agnostik atau atheistik, seperti positivisme logika dan materialisme dialektika, satu aliran
teisme yang kuat juga tidak pernah hapus. Aliran ini bertambah kuat dalam masa empat lima
dekad yang lalu dengan penemuan-penemuan sains mutakhir mengenai jirim. Seorang profesor
falsafah telah menulis: Falsafah alam dengan demikian adalah sebahagian daripada bidang yang
bertindih antara sains dan falsafah sebagai jenis-jenis ilmu. Sains moden telah maju melampaui
sikap empiris dan condong ke arah falsafah. Dalam pada itu falsafah moden kian bertambah
rapat hubungannya dengan sains, dan ahli-ahli falsafah kita yang terkemuka adalah juga tokoh-
tokoh sains yang terkenal. Ini bukan satu keadaan baru dalam sejarah fikiran. Tetapi gerakan
yang bermula dengan Renaissance, sebagai reaksi menentang kekejaman teologi Zaman
Pertengahan, memecahkan sains sebagai ilmu-ilmu bebas daripada falsafah, telah kembali ke
pangkal, dan sains dalam perjalanannya membuat kajian-kajian yang bebas, telah kembali
mengambil pendirian falsafah yang sekaligus sepadu dengan khazanah teori saintifik.

Demikain juga sengketa abad kesembilan belas antara sains dan agama telah berlalu
kewujudan Tuhan adalah andaian sains yang mutlak dan yang tidak dapat digantikan, dan jauh
daripada adanya keterasingan sains dari agama di zaman moden, wujud secara tidak dapat tidak
perhubungan semula yang paling rapat antara mereka sekiranya kedua-dua konsep sains dan
agama ditafsirkan dengan betul.28
Seperti di Eropah moden, demikian juga di dunia Islam. Walaupun aliran fikiran yang dominan
sejak abad kedua belas ialah taqlid, wujud satu aliran fikiran minoriti anti-taqlid yang kuat dari
awal, khasnya di kalangan ahli-ahli falsafah dan ahli-sahli sains, seperti Ibn Rushd (m. 595/1198)
dan Ibn Khaldun (m. 808/1406). Aliran fikiran ini bertambah kuat dan berpengaruh setelah
munculnya gerakan islah Muhammad Abduh di akhir abad kesembilan belas. Pada pendapat
saya, tidak syak lagi aliran fikiran islah anti-taqlid dalam masyarakat Islam akan bergabung
dengan aliran fikiran teisme dalam masyarakat Eropah dan akan mengembalikan manusia kepada
ajaran Quran dalam masa satu, dua atau tiga generasi akan datang. Inilah satu-satunya alternatif
bagi umat Islam dan bagi umat manusia untuk keluar dari dilema Kacau-bilau Agung yang
meliputi mereka sekarang. Tidak ada alternatif lain.

Kembali kepada Quran inilah cogankata yang tepat sekali bagi umat Nabi Muhammad,
kerana Quranlah perutusan yang dibawa oleh beliau, dan kerana inilah jawapan yang paling
wajar kepada komplain beliau yang masyhur dalam Quran. Tetapi, sekali lagi kita ulang, kembali
kepada Quran tidak bermakna kita perlu membakar kitab-kitan Hadis dan kitab-kitab ulama, dan
kita tidak akan memakai ulama lagi. Ia hanya bermakna kita akan menggunakan Quran
semata-mata sebagai sumber bimbingan dalam semua hal, dan kita akan menggunakan
budibicara kita untuk menerima atau menolak tafsiran, huraian dan saranan kitab-kitab
lain, sama ada kitab Hadis atau kitab ulama, sama ada kitab liberal atau kitab Marxis,
mengikut sama ada tafsiran, huraian dan saranan itu sesuai dengan ajaran-ajaran Quran
dan dengan keperluan-keperluan masyarakat moden kita atau tidak. Ulama kita yang
selama ini hanya terdidik dan mengetahui ilmu-ilmu agama (Zaman Pertengahan) mestilah
menguasai ilmu-ilmu sekular yang penting supaya kesepaduan ilmu wujud dalam diri mereka.
Demikian juga harus dilakukan oleh cerdik pandai kita yang berpendidikan sekular: mereka perlu
menguasai ilmu-ilmu agama yang penting.

Saranan ini mengemukakan tiga tugas besar kepada orang-orang mukmin. Pertama, menilai
semula secara kritikal keseluruhan warisan tamadun Islam; kedua, mengasimilasikan secara
kritikal tamadun moden Barat; dan ketiga, membina asas tamadun baru Islam yang akan
menyelamatkan dunia dari kehancuran nuklear. Ketiga-tiga tugas ini kait-mengaiat antara satu
dengan lain. Pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai Islam yang tulen mestilah menggabungkan
tenaga dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai agama-agama lain yang
beriman kepada Tuhan dan hari kemudian dan mengerjakan kebaikan29 untuk melaksanakan
tugas-tugas besar manusia di akhir abad kedua puluh dan dalam abad kedua puluh satu. Tidak
ada Imam Mahdi dan tidak ada kedatangan kedua Nabi Isa kedua-duanya tahyul-tahyul besar
yang telah dimasukkan ke dalam Hadis untuk menyelamatkan manusia dari mala petaka agung
akibat penyelewengan-penyelewengannya sendiri.30 Berpandukan Quran, manusia mestilah
mengubah dirinya, yakni jiwa, hati dan fikirannya, dan melakukan perjuangan untuk
menyelamatkan dirinya.31

Jika tugas-tugas ini nampak terlalu besar, orang-orang mukmin di seluruh dunia haruslah
mengambil inspirasi, galakan dan keberanian dari firman-firman Tuhan:

Telah Kujadikan tugasKu untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin.


(30:47)
Dialah yang menghantar rasulNya dengan bimbingan dan agama yang benar supaya ia
mengatasi semua agama. (48:28)

Dan katakanlah, Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus. Kepalsuan pasti akan
hapus. (17:81)

Tuhan telah menetapkan, Aku, dan rasul-rasulKu, senantiasa akan menang. (58:21)

Muhammad, s.a.w., dan generasi-generasi Muslim yang awal percaya penuh kepada janji-janji
Tuhan di atas, berpegang teguh kepada wahyu-wahyuNya, iaitu Quran, dan mencapai kejayaan
yang gilang-gemilang. Mengikut beliau dan generasi-generasi Muslim yang awal, kita juga boleh
mencapai kejayaan demikian.

Nota:

27. The Reconstruction of Religious Thought in Islam, h. 7.

28: Lihat 25:30

29: Lihat di atas, Bab I, h. 14-15.

30: Errol E. Harris, Nature, Mind and Modern Science, h. 451-52.

31: Quran, 2:62. Lihat juga 5:69 dan 2:25.

Korupsi telah berlaku di seluruh daratan dan lautan, kerana pekerjaan rakyat. Oleh yang
demikian, Dia menyebabkan mereka merasai akibat-akibat setengah pekerjaan mereka supaya
mereka kembali. (Quran, 30:41)

Tuhan tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali mereka mengubah diri mereka.
(Quran, 13:11)

You might also like