You are on page 1of 42

PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG

Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Preview Percuma
Panduan Bebas Hutang
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda
Dari Bebanan Hutang!

Ebook ini bakal mendedahkan kepada anda ;-


Alasan Kenapa Ramai Orang Menghadapi Masalah Hutang & Bagaimana untuk Menyelesaikannya..
Panduan Untuk Memastikan Hutang Anda Sentiasa Terkawal
9 Langkah & Strategi Terbaik Untuk Menghapuskan Hutang

www.PanduanBebasHutang.Com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

PENAFIAN

Ebook ini ditulis dengan tujuan memberikan panduan dan maklumat bagi
meningkatkan kemahiran pembaca. Tetapi idea, cadangan dan prinsip asas yang
dikemukakan adalah tertakluk pada undang-undang tempatan, negeri dan
persekutuan. Pembaca dinasihatkan supaya merujuk pakar yang berkaitan
seperti perancang kewangan, juru runding percukaian, penasihat pelaburan, dan
peguam bagi nasihat terperinci.

Strategi yang diberikan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak
dijamin menghasilkan keputusan yang diharapkan. Ini kerana setiap individu
ataupun syarikat mempunyai profil dan situasi yang tidak sama dan berubah-
ubah dari semasa ke semasa. Sebarang istilah undang-undang, penyataan dan
fakta yang melibatkan kontrak dalam ebook ini hanya bersifat panduan dan
bukannya mutlak.

Tiada jaminan disabitkan merujuk pada ketetapan ataupun kelengkapan


maklumat yang diterbitkan. Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab di atas
sebarang liabiliti, kehilangan ataupun risiko sama ada peribadi ataupun
sebaliknya yang terjadi akibat penggunaan sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung daripada idea-idea yang disarankan di dalam ebook ini

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih berinspirasi dan


terkini tentang motivasi kekayaan, motivasi kewangan dan
motivasi diri, sila lawati Blog

www.PemikirKaya.com

Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

THINKERICH ENTERPRISE

PANDUAN BEBAS HUTANG


~ Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!
Oleh : Khairulnahar Jamaluddin a.k.a Thinkerich
Diterbitkan oleh Thinkerich Enterprise
Untuk : www.PanduanBebasHutang.com
E-mel : admin@PanduanBebasHutang.Com
Blog : www.pemikirkaya.com

Hakcipta 2009 oleh Khairulnahar Jamaluddin a.k.a Thinkerich

Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi,
isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan apa cara pun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada penerbit. Pihak kami akan bertindak TEGAS melalui saluran undang-undang jika
didapati anda melanggar hakcipta ini.

Kandungan ebook ini adalah untuk bacaan persendirian sahaja. Anda tidak
dibenarkan sama sekali untuk mencetak, menyalin, memberi, mengedarkan,
menyewakan, atau menjual ebook ini kepada orang lain tanpa kebenaran
pihak penerbit terlebih dahulu. Sekiranya anda didapati melakukan perkara
tersebut, tindakan undang-undang akan diambil ke atas anda. Dengan
membeli ebook ini, anda bersetuju dan faham bahawa anda tidak diberi dan
memiliki hak mutlak ke atas hakcipta penulisan digital ini. Jualan ebook ini
hanya boleh didapati secara sah melalui laman web jualan di
www.PanduanBebasHutang.com dan bukannya di laman web yang lain.
Sekiranya anda memperolehi salinan ebook ini selain daripada sumber yang
dinyatakan di atas, sila maklumkan segera kepada pihak kami dengan
memberikan sumber dan maklumat berkaitan. Pihak kami akan memberikan
ganjaran istimewa buat anda!

Edisi Pertama Disember 2009

Kandungan ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum mengenai
subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan
atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap
individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis
serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada
secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook
ini, secara langsung ataupun tidak langsung. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan,
sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional dari pakar yang berkelayakan.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

BAHAGIAN 1 :

KENALI HUTANG ANDA

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

BAHAGIAN 1 : KENALI HUTANG ANDA

Dalam bahagian ini kita akan mengenali dan mengetahui tentang sifat-sifat
serta ciri-ciri hutang itu sendiri. Sebenarnya hutang tidak semestinya
sesuatu yang tidak baik jika kita tahu menggunakannya denga cara yang
betul.

Dan satu perkara yang harus diingat apabila kita berhutang, kita tidak boleh
lari daripada tanggungjawab untuk membayarnya. Hutang tetap hutang dan
ianya tetap perlu dibayar walau berapa pun jumlahnya.

BAB 1 : KENAPA KITA BERHUTANG?

Sebelum kita mulakan langkah untuk membebaskan diri kita daripada


hutang, ada baiknya kita memahami terlebih dahulu sebab dan punca
mengapa kita berhutang?

Secara asasnya kita berhutang kerana kita tidak


mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung
keperluan dan kemahuan kita. Berbelanja melebihi
pendapatan juga merupakan salah satu punca kenapa kita berhutang.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Namun begitu, terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan kita berhutang:-

Membuat pinjaman hutang untuk sesuatu yang kita perlukan

Kita terpaksa berhutang untuk mendapatkan sesuatu yang benar-benar kita


perlukan kerana kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk
membayarnya.

Contohnya apabila kita mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah dan


juga kenderaan.

Membuat pinjaman hutang untuk sesuatu yang kita mahukan

Ini pula merupakan bentuk pinjaman yang kita buat semata-mata untuk
memenuhi sesuatu yang benar-benar kita mahukan tetapi ianya bukanlah
suatu keperluan.

Contohnya apabila kita membayar perbelanjaan kita dengan kad kredit


untuk makan malam, membeli pakaian berjenama mewah, telefon bimbit
model terkini, ansuran mudah untuk set TV Home Theatre, set sofa atau apa
sahaja barangan pengguna yang nilainya menyusut dengan cepat.

Ada juga di antara kita yang sanggup mengambil risiko dengan membuat
pinjaman hutang semata-mata untuk memenuhi kemahuan pelaburan
mereka dengan harapan mendapatkan keuntungan besar darinya.

Harus diingat, prinsip pelaburan yang terbaik adalah menggunakan wang


lebihan yang tidak kita perlukan bagi memastikan kewangan kita tidak
terganggu jika sekiranya pelaburan kita mengalami kerugian.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Ini kerana pelaburan mempunyai risiko spekulatif yang tidak boleh diramal
sama sekali. Tindakan meminjam untuk menjadikannya sebagai modal
pelaburan boleh mengundang bencana pada kewangan kita.

Membayar hutang pinjaman yang dilakukan oleh orang lain

Ini merupakan jenis hutang yang paling teruk terpaksa kita


tanggung sekiranya ada. Apa tidaknya kita terpaksa
membayar hutang yang dibuat oleh orang lain.

Orang lain gunakan wang tetapi kita pula yang terpaksa membayarnya.
Bukankah ianya sesuatu yang amat memeritkan bukan?

Oleh itu, kita seharusnya ingat sebaik sahaja kita bersetuju untuk menjadi
penjamin bagi hutang yang dibuat oleh orang lain, ianya bermakna kita
bersetuju untuk membayar balik hutang tersebut jika si peminjam gagal
untuk membayarnya!

Jadi pesan saya elakkan daripada menjadi seorang penjamin! Saya ulangi
sekali lagi, elakkan sama sekali!

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang Versi Penuh


www.PanduanBebasHutang.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

BAB 2 : BAGAIMANA HUTANG BOLEH TERJADI?

Dalam buku klasik The Art of War, Sun Tzu, seorang ahli
falsafah dan Jeneral Perang Cina yang terkenal, telah berkongsi
salah satu strategi perang yang berkesan untuk menewaskan
musuh. Apakah strategi tersebut?

Strateginya adalah Kenali Musuh Anda!

Begitu juga halnya dalam pengurusan hutang. Hutang bolehlah dianggap


sebagai musuh dalam pengurusan kewangan kita. Ianya boleh membuatkan
kehidupan kita sengsara jika kita tidak dapat menguruskannya dengan baik.

Jadi untuk itu, adalah jauh lebih baik jika kita dapat
mengenalinya dengan lebih dekat. Sekiranya kita tidak dapat
mengenalinya dan tidak pasti dari mana hutang tersebut,
sudah pasti kita akan menjadi hamba tawanannya.

Dalam ebook ini, kita akan melihat dan mengkaji beberapa komponen asas
bentuk dan jenis hutang. Kita juga akan dapat lihat bagaimana hutang
secara perlahan-lahan mampu membuatkan hidup kita sengsara dan
tertekan.

Baiklah sebelum kita bermula dengan lebih jauh, ada baiknya saya
maklumkan kepada anda apa yang ebook ini tidak boleh lakukan untuk
anda.

Ebook ini tidak akan menunjukkan kepada anda cara bagaimana untuk
menghapuskan hutang secara terperinci, atau teknik dan petua
mengelakkan diri daripada diburu oleh pihak bank mahu pun along!

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Sebaliknya apa yang ingin saya sampaikan di dalam ebook ini adalah idea
dan cara bagaimana untuk menghapuskan punca kepada masalah hutang
bersama-sama dengan langkah-langkah yang sudah terbukti berkesan!

Cuba kita bayangkan jika kita hanya memberi tumpuan untuk


menghapuskan hutang tanpa memberikan perhatian kepada punca
terjadinya hutang itu sendiri, saya percaya selepas selesai kita
menghapuskan satu-satu hutang itu, kemungkinan untuk kita membuat
hutang yang baru adalah tinggi.

Situasi inilah yang sering berlaku kepada masyarakat kita hari ini yang
sering dibelenggu dengan masalah hutang sepanjang hidup mereka. Mereka
menyelesaikan satu hutang tetapi dalam masa yang sama
membuat hutang yang lain pula.

Dengan kata lain, mereka menggunakan hutang baru untuk


menyelesaikan hutang yang terdahulu. Tindakan sedemikian
tak ubah seperti kata pepatah gali lubang tutup lubang!

Jika kita ingin keluar dengan mudah dari lubang yang kita gali sendiri,
apakah tindakan terbaik yang perlu kita lakukan?

Hmm.. sudah tentulah dengan berhenti menggalinya


bukan? Oleh itu, untuk tidak terus hidup di dalam lubang
yang kita gali, maka kita perlu berhenti menggali lubang
hutang tersebut!

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang Versi Penuh


www.PanduanBebasHutang.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

BAB 4 : HUTANG BAIK LAWAN HUTANG TAK BAIK

Sebelum kita pergi lebih jauh membincangkan kaedah dan langkah untuk
bebas dari hutang, ada baiknya kita mengetahui hal sebenar mengenai
hutang.

Hutang bolehlah diibaratkan seperti sebilah pedang yang


memiliki dua sisi tajam, satu sisi tajam yang boleh digunakan
untuk membantu meningkatkan kekayaan kita dan satu sisi
lagi jika salah digunakan boleh membuatkan kita terluka
dengan parah sekali.

Agar kita tidak terluka oleh sisi tajam, ingat peraturan ini: apabila kita
meminjam, sebaiknya ianya digunakan untuk mendapatkan keuntungan
hasil daripada pinjaman tersebut. Sebagai contoh pinjaman untuk tujuan
perniagaan yang boleh memberikan pulangan faedah yang lebih tinggi
daripada kadar faedah pinjaman.

Pada masa yang sama kita perlu elakkan diri kita daripada menggunakan
hutang untuk membeli barangan pengguna yang mempunyai penyusutan
nilai yang tinggi.

Jika dilihat dari unsur hutang itu sendiri, kita dapat simpulkan bahawa
terdapatnya hutang baik dan hutang tidak baik.

Hutang tidak baik adalah hutang dengan bunga/faedah tinggi yang


digunakan untuk membeli barangan pengguna dan juga aset menyusut
(akan dibincangkan dalam bab berikutnya) dan biasanya ianya sesuatu yang
tidak membantu aliran tunai kita.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Contohnya seperti hutang individu atau pinjaman peribadi yang banyak


ditawarkan oleh bank, syarikat kewangan, koperasi, dan juga Along yang
menawarkan kadar faedah bunga yang rendah dan murah sehingga ke tahap
faedah yang mencekik darah!

Contoh lainnya seperti hutang pembiayaan bagi pembelian kenderaan.


Mungkin ada di antara kita yang mula bertanya mengapa hutang
pembiayaan kenderaan dikategorikan sebagai hutang tidak baik?

Ini disebabkan oleh dua perkara berikut;-

Pertama kerana nilai kenderaan tersebut menyusut dengan cepat pada


tahun pertama hingga tahun ketiga pembiayaannya.

Dan keduanya, perkara yang perlu kita sedar dan ketahui, dalam tempoh
tersebut baki hutang pinjaman kita adalah jauh lebih tinggi nilainya
jika dibandingkan dengan nilai pasaran semasa kenderaan kita.

Kenapa perkara sedemikian terjadi?

Bagi menjawab persoalan tersebut, kita perlu sedar apabila kita membuat
pinjaman hutang terdapat 2 komponen iaitu bayaran pokok (jumlah
pinjaman) dan keduanya bayaran bunga (faedah yang dikenakan).

Dengan maksud lain, dalam tempoh masa tahun pertama hingga tahun
ketiga pembiayaan tersebut, kita hanya menjelaskan bayaran untuk
faedahnya sahaja!

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Cuba lihat pada contoh berikut;

Katakan kita membeli sebuah kereta dengan membuat pembiayaan


pinjaman kereta berjumlah RM50,000 yang dikenakan faedah 5%, dan kita
mengambil tempoh pinjaman selama 9 tahun.

RM50,000 x 5% x 9 tahun =RM22,500 (Faedah)

+ RM50,000 (Pinjaman Pokok)

------------------

RM72,500 (Jumlah Hutang)

-------------------

RM72,500 bahagi 108 bulan (9 tahun)

= RM671.30 sebulan (ansuran bulanan)

Kita perlukan masa lebih kurang 2 tahun 8 bulan atau 34 kali ansuran
bulanan (RM671.30 x 34 = RM22,824.20) untuk menyelesaikan bayaran
faedah sahaja!

Lihat berapa lama masa yang di ambil untuk menyelesaikan faedah


pinjaman sahaja? Harus diingat kita masih lagi mempunyai baki hutang
tertunggak berjumlah RM49,675.80 lagi!

Hmm..dalam keadaan tersebut, berapakah nilai semasa kereta kita? Dengan


mengambil kira kadar penyusutan 10% setahun, maka dalam masa 3 tahun
nilai kereta kita menyusut 30% daripada nilai jualan sebenar.

Jadi jika kita membeli kereta kita pada harga RM55,000 , tiga tahun
kemudiannya dengan mengambil kira penyusutan nilai 30%, maka nilai
semasanya adalah RM38,500! (RM55,000 30%)

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Baiklah mari kita lihat apa akan terjadi jika kita menjual kereta tersebut
pada harga pasaran RM38,500?

Baki tertunggak dengan bank selepas 3 tahun pertama adalah


RM48,333.20 [RM72,500 (RM671.30 x 36 bulan = RM24,166.80)]

Oleh itu kita akan dapati RM38,500 RM48,333.20 = - RM9,833.20

Ya, kita pasti terkejut apabila mendapati yang kita masih berhutang dengan
pihak bank sebanyak RM9,833.20!

Sekarang kita mulai faham dan sedar kenapa hutang pembiayaan kenderaan
dikatakan sebagai Hutang Tidak Baik! Sebabnya ianya tidak
mendatangkan keuntungan pada aliran tunai kita.

Kita sendiri dapat melihat dengan jelas nilai penyusutannya. Bukankah ianya
terlalu cepat menyusut? Tetapi itulah hakikat sebenarnya yang perlu kita
tanggung sebaik membuat sesuatu pembiayaan kenderaan!

Sedangkan Hutang baik adalah hutang yang dalam jangka panjang akan
memberikan hasil dari hutang tersebut. Misalnya, kita berhutang untuk
membeli rumah. Dan dalam beberapa bulan berikutnya kita dapat
menyewakannya yang mana hasil sewaannya lebih besar dari ansuran
bulanan yang perlu dibayar kepada pihak bank.

Apa yang menariknya, jika lokasi rumah tersebut berada dalam lingkungan
kawasan yang baik, nilai rumah kita juga akan meningkat dengan lebih
cepat. Ini yang dikatakan sebagai aset meningkat! (akan dibincangkan
dalam bab berikutnya).

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Contoh lain hutang baik apabila kita menggunakan hutang tersebut bagi
tujuan membiayai perniagaan kita. Sebagai contoh kita memerlukan modal
sejumlah RM10,000.00 dan dengannya kita berjaya menghasilkan pulangan
40% atau RM4,000.00.

Setelah ditolak dengan kadar faedah yang dikenakan iaitu 5% atau


RM5,000.00, kita masih lagi untung 35% atau RM3,500.00 daripadanya.
Lihat bagaimana hutang baik mampu membantu kita memperolehi
pendapatan dan keuntungan.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang Versi Penuh


www.PanduanBebasHutang.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

BAB 7 : HUTANG JANGKA MASA PANJANG & JANGKA MASA PENDEK

Hutang jangka masa panjang adalah pinjaman yang perlu dibuat oleh
kebanyakan orang kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkannya
secara tunai memandangkan kosnya yang tinggi. Sebagai contoh pembelian
rumah, pembelian kereta, pinjaman pendidikan, dan pinjaman peribadi.

Pada kebiasaannya tempoh masa bayaran balik menjadi panjang kerana


jumlah keseluruhan pinjaman (pokok + faedah) adalah tinggi. Kebiasaannya
mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

Ianya dilakukan bagi membolehkan bayaran ansuran bulanan dibuat dalam


jumlah yang seminima mungkin berdasarkan kemampuan kewangan si
peminjam, maka tempoh masa hutang akan dipanjangkan.

Harus diingat, biarpun secara kasar kaedah ini kelihatan baik dan banyak
membantu si peminjam, namun sebaliknya ianya sebenarnya menghasilkan
hutang pinjaman yang besar!

Dalam teori dan konsep hutang, semakin lama anda berhutang maka
semakin tinggi faedah yang terpaksa anda bayar.

Hutang jangka masa pendek pula biasanya digunakan untuk menampung


perbelanjaan harian sama ada untuk tujuan memenuhi keperluan atau
kemahuan si peminjam.

Walau bagaimana pun, hutang jangka masa pendek mungkin boleh bertukar
menjadi hutang jangka masa panjang jika kita gagal menyelesaikannya
dalam tempoh yang ditetapkan.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Contohnya hutang yang melibatkan penggunaan kad kredit. Tahukah anda,


sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit berjumlah RM5,000 dan
hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan ianya akan
mengambil masa lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan
hutang tersebut?

Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara


keseluruhan! Jadi berhati hati dan fahami cara sebenar menggunakan kad
kredit.

Ingat, kad kredit bukan wang percuma yang boleh


dibelanjakan dengan sesuka hati. Fikir dulu sebelum
mengambil keputusan untuk menggunakan kad kredit.

Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu bayar balik dan

elakkan berberlanja melebihi pendapatan kita. Pastikan kita


membayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar
amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda.

Gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit
percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau
bertanggungjawab, mungkin lebih baik kita hentikan penggunnaannya.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang Versi Penuh


www.PanduanBebasHutang.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

BAB 9 : BAYAR LEBIH DAN KURANGKAN BAYARAN FAEDAH DENGAN SEGERA!

Perkara yang paling seronok dan membahagiakan dalam hidup ini ialah
membelanjakan wang kita, betul bukan? Saya juga suka berbelanja kerana
ianya sememangnya aktiviti yang menyeronokkan.

Apa yang saya maksudkan di sini berbelanja menggunakan tunai di tangan


dan bukannya menggunakan kemudahan kredit. Berbelanja menggunakan
kad kredit memang seronok kerana kita boleh beli apa sahaja tanpa
perlukan sediakan tunai di tangan. Namun begitu ianya bukanlah tabiat yang
baik untuk kewangan kita.

Secara psikologinya kita lebih mudah dan cenderung berbelanja tanpa had
menggunakan kad kredit berbanding tunai kerana kita tidak merasakan
pengurangan pada baki wang yang berada dalam tangan kita. Apa yang kita
terima hanyalah salinan kecil resit penyata caj kad kredit.

Jadi bagaimana kita hendak menikmati perbelanjaan secara tunai ditangan


jika kita tidak mempunyai wang tunai yang cukup?

Jawabnya, kita perlu hapuskan hutang kita dengan segera supaya jumlah
ansuran bulanan yang kita gunakan untuk menjelaskan hutang dapat kita
belanjakan untuk sesuatu yang kita inginkan.

Jika kita mampu menjelaskan hutang kita dengan segera dan tempoh masa
yang lebih cepat, ini bermakna kita tidak perlu membazirkan banyak wang
kita untuk membayar hutang. Jadi kita akan ada lebih banyak wang untuk
dibelanjakan pada masa akan datang.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Saya fikir adalah lebih baik wang hasil titik peluh kita dibelanjakan untuk
dinikmati sendiri. Yang mana satukah pilihan anda?

Belanja wang untuk kegunaan sendiri atau gunakannya untuk bayar hutang
kepada orang lain? Sudah tentu belanja untuk kegunaan sendiri bukan?

Baiklah untuk memberikan gambaran dan kefahaman yang lebih jelas


kepada anda, mari kita lihat contoh berikut. Dalam buku Getting Out Of
Debt, terbitan Alpha Books penulisnya Ken Clark, CFP, seorang perunding
kewangan bertauliah memberikan contoh berikut:-

Katakanlah seseorang mempunyai hutang RM25,000 dengan purata faedah


20%. Lihat jumlah bayaran faedah berdasarkan jumlah ansuran bulanan.

Bayaran Bulanan Tempoh Masa Bayaran Jumlah Bayaran Faedah


Diselesaikan
(RM) (Bulan) (RM)

500 109 29,202.43

750 50 11,795.88

1,000 33 7,610.73

1,250 25 5,665.32

1,500 20 4,534.18

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Cuba kita perhatikan apakah perbezaan yang berlaku jika kita meningkatkan
RM250 pada bayaran ansuran bulanan dari RM500 ke RM750?

Perhatikan dengan jelas ianya membantu memendekkan tempoh masa


bayaran hampir kepada separuh dan yang menariknya ia dapat membantu
kita menjimatkan RM17,406.55 daripada faedah yang perlu dibayar!
(RM29,202.43 RM11,795.88)

Lihat pula jika kita dapat tingkatkan bayaran ansuran bulanan 3 kali ganda
daripada bayaran asal kepada RM1,500, berapakah penjimatan yang kita
dapat? Jawabnya RM24,668.25 satu jumlah yang besar! (RM29,202.43
RM4,534.18)

Apa yang ingin saya sampaikan di sini konsep membayar lebih daripada
kadar minima dapat membantu mempercepatkan proses melangsaikan dan
menghapuskan hutang kita.

Dengan itu, wang yang dapat kita jimatkan tersebut boleh digunakan untuk
menjelaskan hutang yang lain atau setidak-tidaknya boleh kita gunakan
untuk kegunaan lain seperti membuat pelaburan, membuat bayaran deposit
untuk pembelian rumah baru atau mungkin juga untuk melancong ke
destinasi idaman anda!

Mungkin ada di antara kita yang bertanya bagaimana nak bayar lebih jika
wang tidak cukup?

Hmm.. , jawabnya mudah sahaja! Dapatkan pendapatan tambahan!


Bagaimana caranya? Teruskan membaca, kita akan pelajarinya dalam bab
berikutnya nanti. Teruskanlah membaca.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang Versi Penuh


www.PanduanBebasHutang.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

BAHAGIAN 2 :

STRATEGI PEMULIHAN HUTANG

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

BAHAGIAN 2 : STRATEGI PEMULIHAN HUTANG

Baiklah jika tuan puan telah membaca pada bahagian satu ebook ini,
mungkin tuan puan telah mendapat idea dan gambaran yang lebih jelas
berkaitan hutang. Apabila kita mula memahami hutang dengan lebih jelas
maka lebih mudah untuk kita menguruskannya.

Namun jika tuan puan terus membaca ke bahagian kedua ini, ianya tidaklah
menjadi satu masalah. Ebook ini sengaja saya bahagikan kepada dua
bahagian bagi memudahkan tuan puan membaca mengikut keperluan dan
keselesaan sendiri.

Bagi yang inginkan tindakan segera bahagian ini lebih kepada proses
melakukan tindakan kerja. Anda akan dapati proses dan langkah yang saya
nyatakan nanti sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Tanpa perlu
melengahkan masa lagi mari kita ikuti panduan dan langkah-langkah yang
perlu kita ambil.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

LANGKAH 1 :

KENALPASTI DI MANA KITA SEKARANG?

Apabila berbicara mengenai hutang ramai yang tidak yakin bahawa mereka
boleh keluar daripada masalah tersebut. Bagi kebanyakan orang, mereka
tidak boleh hidup tanpa hutang kerana mereka merasakan ianya sudah
menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Bahkan ada di antara kita yang
terpaksa mewariskan hutang mereka pada keluarga yang masih hidup.

Saya masih ingat, sewaktu saya memberikan saranan dalam seminar


kewangan yang saya kendalikan, ada salah seorang peserta yang mencelah;

Mustahil lah mana ada orang yang tak berhutang dalam dunia ni! celahnya
sebaik sahaja mendengar saranan saya kepada mereka supaya kita
sebenarnya tak perlu berhutang untuk dapatkan sesuatu.

Lihatlah betapa pemikiran kebanyakan daripada kita masih terlalu kuat


terikat dengan gaya hidup berhutang hinggakan tidak dapat menerima
saranan untuk tidak berhutang!

Selagi kita terus hidup dalam masalah hutang dan tidak berusaha untuk
mencari jalan keluar, kedudukan kewangan kita akan terus berdepan
dengan pelbagai masalah.

Keadaan tersebut bolehlah di ibaratkan seolah-olah kita tersesat di dalam


hutan yang tebal. Selagi kita tidak berusaha mencari jalan keluar, maka kita
akan terus berhadapan dengan pelbagai ancaman dan bahaya.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Apabila kita tersesat di dalam hutan, sudah tentu kita perlukan peralatan
seperti peta dan kompas untuk membantu kita mencari jalan keluar.

Oleh itu, anggaplah ebook ini sebagai kompas yang akan membantu anda
bagi mencari jalan keluar dari masalah dan bebanan hutang.

Sebaik menyedari kita telah tersesat, apa yang perlu kita lakukan adalah
dengan mengenalpasti di mana kedudukan kita. Begitu juga jika kita ingin
keluar daripada masalah hutang, perkara pertama yang perlu kita lakukan
adalah dengan mengetahui di mana kedudukan kewangan kita.

Kompas sahaja mungkin tidak berguna tanpa peta. Jadi kita perlukan peta
kewangan bersama untuk menunjukkan jalan keluar daripada timbunan
hutang ini.

Jadi bagaimana untuk mendapatkan Peta Kewangan kita? Caranya dengan


menyediakan Penyata Nilai Bersih kita.

Apa Itu Penyata Nilai Bersih?

Penyata Nilai Bersih ialah kunci kira-kira yang menunjukkan ringkasan


kedudukan kewangan kita pada tarikh tertentu. Ia menunjukkan bagaimana
kita membiayai pembelian aset kita sama ada dari sumber simpanan atau
dari sumber luar seperti pinjaman bank atau syarikat kad kredit.

Penyata Nilai Bersih adalah penunjuk kekayaan sebenar kita. Sebaliknya jika
kita dibebani hutang, ianya dapat membantu kita mengenalpasti kedudukan
hutang kita.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Kunci kira-kira ini terbahagi kepada tiga elemen utama iaitu:-

Seksyen Aset yang menunjukkan apa yang kita miliki pada tarikh tertentu

Seksyen Liabiliti yang menunjukkan tanggungan atau hutang kita pada


tarikh tertentu

Seksyen Harta Bersih yang menunjukkan pemilikan ekuiti bagi aset yang
dipegang pada tarikh tertentu.

Jadi secara ringkasnya Penyata Nilai Bersih ialah;-

(PEMILIKAN) (SUMBER PEMBIAYAAN ASET)

ASET = LIABILITI + NILAI BERSIH


(MODAL/EKUITI)

Dimiliki Hutang Diperolehi

Berikut saya berikan contoh Penyata Nilai Bersih;

Penyata Nilai Bersih

Aset RM Liabiliti RM

Wang Tunai 150 Baki pinjaman kereta 25,000

Akaun Simpanan 1,250 Baki hutang kad kredit 2,350

ASB 5,000 Baki pinjaman pelajaran 2,450

Unit Amanah 2,000

Nilai Semasa Kereta 20,000

Jumlah Aset 28,400 Jumlah Liabiliti 29,800

NILAI BERSIH (Ekuiti) -5,000

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Penyata Nilai Bersih di atas menunjukkan dengan jelas kedudukan hutang


kita yang terletak di kolum Liabiliti. Semua bentuk hutang dan tanggungan
kita perlu dicatatkan di kolum ini.

Manakala semua jenis pendapatan dan juga aset kita perlu disenaraikan
dalam kolum Aset.

Jadi untuk mengenalpasti kedudukan nilai bersih anda adalah dengan


menggunakan formula berikut:-

NILAI BERSIH = ASET LIABILITI

Jika sekiranya Liabiliti lebih besar daripada Aset maka anda sedang
mengalami masalah hutang yang perlu diselesaikan segera. Oleh itu, kita
dapat lihat kedudukan Nilai Bersih kita sama ada ianya POSITIF atau
NEGATIF, jika berada dalam kedudukan negatif apa yang perlu kita lakukan
sekarang adalah melalui 2 cara berikut:-

Pertama, tingkatkan nilai aset kita

Kedua, kurangkan liabiliti kita

Kita akan lihat penyelesaian terperinci dalam bab-bab seterusnya.

Baiklah sebelum kita ke langkah seterusnya, ambil sedikit masa dan


senaraikan segala bentuk aset dan pendapatan tuan puan bersama semua
jenis hutang dan tanggungan tuan puan.

Senaraikannya dalam ruangan yang disediakan di bawah. Tuan puan juga


boleh buat pengiraan menggunakan Kalkulator Penyata Nilai Bersih
dalam format Excel (Penyata-Nilai-Bersih-PBH.xls) yang saya sediakan
sebagai bonus bagi setiap pembelian ebook ini.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Dalam lembaran kerja tersebut tuan-puan boleh menambah dan


mengurangkan apa sahaja perkara yang berkaitan atau sebaliknya. Jangan
lupa masukkan angka yang tepat.

Ini bagi memastikan penyata nilai bersih tuan puan menunjukkan


kedudukan kewangan yang sebenar! Tuan puan hanya perlu masukkan
angka pada ruangan Aset dan juga Liabiliti. Pengiraan Nilai Bersih tuan puan
akan dikira secara automatik.

Jika pada ruangan Nilai Bersih(Ekuiti) menunjukkan jumlah dalam kurungan


( ) ini bermakna Nilai Bersih anda berada dalam kedudukan negatif yang
bermakna Hutang/Liabiliti anda lebih besar daripada Aset. Ianya
menunjukkan anda berada dalam masalah kewangan yang kronik!

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Ingat, lakukan langkah ini terlebih dahulu sebelum kita ke langkah


seterusnya. Jika sekiranya tuan puan tidak mengambil langkah sepertimana
yang saya sarankan, panduan ini mungkin tidak dapat membantu tuan puan
membebaskan diri daripada bebanan hutang. Lakukan sekarang!

Tuan puan juga boleh menggunakan format lembaran kerja secara manual
sebagaimana di bawah. Cubalah dan lakukannya dengan teliti. Semak
kesemua dokumen perjanjian pinjaman dan sewa beli.

Penyata Nilai Bersih

Aset RM Liabiliti RM

Jumlah Aset Jumlah Liabiliti

NILAI BERSIH (Ekuiti)

LEMBARAN KERJA MANUAL : PENYATA NILAI BERSIH

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Ini hanyalah langkah 1, masih ada 8 langkah lagi yang perlu anda ketahui?
Jadi apa kata anda dapatkan versi penuh SEKARANG?

Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang Versi Penuh


www.PanduanBebasHutang.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

PENUTUP

Jika anda telah selesai membaca Preview Percuma ini, saya ucapkan tahniah
kepada anda! Tapi ingat, apa yang disampaikan dalam preview ini hanyalah
sebahagian daripada panduan dan strategi penghapusan hutang yang dapat
membantu membebaskan diri anda dari bebanan hutang!

Nasihat saya, semua orang mampu membebaskan diri daripada bebanan


dan masalah hutang. Semuanya bergantung di atas kemahuan dan usaha
kita sendiri. Tanpa usaha yang gigih anda tidak mampu mendapat hasil
sebagaimana yang diharapkan.

Percaya kepada diri sendiri, jadikan orang berjaya sebagai pemangkin


semangat anda untuk mencapai kejayaan yang serupa malahan lebih lagi
dari mereka.

Lupakan dahulu kemahuan dan kebendaan fokuskan kepada penghapusan


hutang dan bertindak segera menambah sumber pendapatan anda. Jika kita
gagal untuk bertindak dengan segera, hutang akan terus menjerut
kewangan kita sehingga kita menjadi hamba padanya.

Ramai di antara kita yang bercita-cita untuk membebaskan diri daripada


bebanan hutang, tetapi tidak bertindak untuk memulakan langkah pertama.
Mereka kata biarlah dulu, nanti saya akan usahakan...Itulah yang mereka
kata! Namun akhirnya hidup mereka masih dibelenggu dengan masalah
hutang sepanjang masa.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Semoga anda dikurniakan kelapangan dan kemudahan untuk menguruskan


hutang dan seterusnya menyelesaikan masalah dan bebanan hutang anda!
Dapatkan versi penuh ebook Panduan Bebas Hutang agar ianya dapat
membantu menyelesaikan masalah hutang anda dengan SEGERA!

Salam kekayaan,

Khairulnahar Jamaluddin a.k.a Thinkerich


Perunding, Penulis, Usahawan & Blogger
Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
www.PemikirKaya.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang Versi Penuh


www.PanduanBebasHutang.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

PROFIL PENULIS

Khairulnahar Jamaluddin a.k.a Thinkerich merupakan Blogger


Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang banyak berkongsi idea
dan penulisannya di www.PemikirKaya.com. Merupakan seorang
perunding kewangan, usahawan dan penulis buku dan ebook yang
prolifik. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah ebook bertemakan
motivasi, kekayaan dan kewangan peribadi.

Ebook pertama beliau 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan


Wang telah mendapat kepercayaan pihak penerbit untuk
diterbitkan semula dalam bentuk buku fizikal oleh TrueWealth
Sdn. Bhd., syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Speaker
Kewangan nombor 1 di Malaysia, Jurulatih Jutawan - Azizi Ali!

Berpengalaman dalam bidang kejurujualan seperti MLM,


Insurans Hayat/Takaful, Unit Amanah, perniagaan konvensional/internet.
Merupakan Perunding Unit Amanah bagi Public Mutual Berhad, berdaftar
bersama Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan beliau juga
seorang Perunding Kewangan Takaful untuk Takaful Malaysia Berhad.

Kini beliau sedang aktif mengikuti Program Perancang Kewangan Berdaftar atau
Registered Financial Planner (RFP) di bawah pengiktirafan Majlis Perancang
Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Turut aktif memberikan khidmat nasihat kewangan dan menjalankan ceramah


dan seminar kewangan di jabatan-jabatan serta agensi kerajaan mahu pun
swasta.

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah ebook dan buku di
antaranya;-

Bajet Wang 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang


(Buku) www.BajetWang.com terbitan TrueWealth Sdn. Bhd.

Panduan Wang Gaji (ebook) www.WangGaji.com

5 Cara Menetapkan Matlamat Yang Power! (ebook)

8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda (ebook)

Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan (ebook)

Wang, Anda & Hutang (ebook)

Panduan Bebas Hutang (ebook) www.PanduanBebasHutang.com

Rahsia Mengurus Hutang Kad Kredit (ebook)

Bagaimana Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih CEPAT! (ebook)


Strategi Pemulihan Hutang Yang Praktikal Dan Berkesan!

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

ADAKAH ANDA MENGHADAPI MASALAH MENGURUSKAN WANG GAJI?


Inginkan Panduan Khusus Bagi Menguruskannya Dengan cara yang BETUL?
Dapatkannya Melalui Ebook Panduan Wang Gaji
-Bagaimana Hendak Menguruskannya Dengan Cara Yang BETUL!

Judul : Panduan Wang Gaji


Jenis : E-book
Penulis : Khairulnahar aka Thinkerich
Terbitan : Thinkerich Enterprise

Sinopsis : E-book ini menyediakan panduan


mengenai pengurusan wang gaji dengan cara yang
betul! E-book ini turut mengandungi panduan yang
praktikal serta mudah d an berkesan yang boleh
diikuti. Turut dimuatkan pelbagai tip dan panduan
berkaitan simpanan, perlindungan, pelaburan, dan
percukaian yang boleh diikuti oleh mereka yang
sedang tercari-cari panduan khusus untuk
menguruskan kewangan mereka dengan mudah,
teratur dan berkesan supaya kedudukan kewangan
mereka menjadi lebih teguh dan stabil!

DAPATKAN VERSI PENUH DI


http://www.WangGaji.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com


PREVIEW PERCUMA PANDUAN BEBAS HUTANG
Strategi TERBUKTI Berkesan Untuk Membebaskan Diri Anda Dari Bebanan Hutang!

ANDA MENGHADAPI MASALAH KEKURANGAN WANG?


Ingin Tahu Cara Penyelesaiannya?
Dapatkan Jawapannya Melalui Buku Bajet Wang
7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Untuk memiliki buku hebat ini, anda bolehlah mendapatkannya di website


www.BajetWang.com

Judul : Bajet Wang


7 Cara Untuk Mengatasi
Masalah Kekurangan Wang

Jenis : Buku

Penulis : Khairulnahar aka Thinkerich

Terbitan : TrueWealth Sdn Bhd

Edaran : www.BajetWang.com
Thinkerich Enterprise

Sinopsis : Buku ini menyediakan 7 cara untuk mengatasi masalah kekurangan


wang yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Dimuatkan dengan pelbagai tip dan
panduan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan, membuat simpanan,
menggandakan wang, menghapuskan hutang serta melindungi wang anda daripada
kehilangan. Disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami sesuai untuk
mereka yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah kekurangan wang!

DAPATKAN NASKAH ANDA SEGERA DI


http://www.BajetWang.com

Hakcipta Terpelihara 2009 2010 www.PanduanBebasHutang.com

You might also like