You are on page 1of 19

FACULTY OF EDUCATION AND LAGUAGES

MAY 2015

MPU 2133

MALAYSIAN STUDIES

NO. MATRIKULASI : 900112015850001

NO. KAD PENGENALAN : 900112-01-5850

NO. TELEFON : 017-7000130

EMAIL : ain1201@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR LEARNING CENTER


Contents.

PENGENALAN. ............................................................................................................................................... 2

PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK. ........................................................................ 4

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK. ................................................................................................... 10

MASYARAKAT MAJMUK DAN IMPAK KE ATAS HUBUNGAN ETNIK. ....................................... 13

DASAR-DASAR UTAMA NEGARA. ...................................................................................................... 14

KESIMPULAN. .......................................................................................................................................... 17

RUJUKAN. .................................................................................................................................................... 18

i
PENGENALAN.

Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi
sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu
adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah
komuniti yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan secara
umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang
hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta berkongsi
sumber yang ada dalam kawasan tersebut. Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah
kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat.
Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.
Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan
gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul
menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan,
membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang
telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam
masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis
antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.

2
Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk The Development of a Plural
Society in Malaya beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai
bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang
berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan
India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi
pekerjaan dan tempat tinggal. Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe The Sociology of
the Thirdworld. Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih kurang
sama degan kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe berpendapat kewujudan
masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu
dengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut untuk mamenuhi peluang pekerjaan di
sini. Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahan
seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk
di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum
melalui perkerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang
dominan dari segi politik.

3
PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK.

Penjajahan British

Penjajahan British merupakan faktor utama terjadinya masyrakat majmuk di Malaysia


dan ia juga sebenarnya telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam sejarah
pentadbiran Negara.
Semasa British mentadbir Tanah Melayu, pelbagai cara telah dibuat untuk mengubah
sistem pemerintahan kerajaan tradisi kepada pemerintahan bercorak barat.
British juga telah memperkenalkan sistem Divide & Rule iaitu pecah dan perintah yang
mana mereka telah membahagikan kawasan mengikut provinsi tertentu kemudian
memerintah kawasan tersebut mengikut cara kesatuan.
Dasar British ini telah menyebabkab ketiga-tiga kaum itu hidup berpisah antara satu sama
lain.
Melalui Dasar ini juga British telah menentukan peranan setiap untuk tidak berinteraksi
antara kaum tersebut. British tidak mahu tiga kaum utama itu bersatu dan seterusnya akan
menentang pihak British.

4
Perkembangan Sektor Ekonomi (Getah dan Bijih Timah).

Kemajuan ekonomi tanah Melayu serta permintaan yang tinggi terhadap bijih timah dan
getah di pasaran dunia (Revolusi Industri di Eropah) telah menyebabkan pihak British
mula sedar bahawa pembangunan ekonomi tanah Melayu dapat berjalan lancar sekiranya
terdapat bekalan buruh yang banyak dan murah.
Oleh sebab itu mereka telah memberi peluang kepada kemasukan imigran secara
beramai-ramai ke Tanah Melayu. Lanjutan daripada itu telah membawa kepada
pembukaan kawasan perlombongan bijih antaranya di Larut pada tahun 1850 dan di
Selangor pada tahun 1860.
Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh kemasukan imigran dari India yang dibawa
oleh British sekitar awal abad 20 ekoran daripada perusahaan automobil di Amerika yang
amat pesat membangun. Permintaan yang tinggi juga telah menyebabkan lebih banyak
kawasan baru di buka untuk tanaman getah.

Penghijrahan Kaum Dari Luar Tanah Melayu.

Ekoran kedatangan golongan imigran ini, secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya
kepelbagaian dalam masyarakat dan seterusnya membawa kepada kemajmukan dalam
masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.Terdapat beberapa faktor penghijrahan golongan imigran
yang boleh dikelaskan sebagai faktor penolak dan faktor penarik.

5
Faktor Penolak.

Pertambahan penduduk sama ada di India mahupun di China. Negara India misalnya,
pertambahan penduduk yang begitu pesat sehingga menyebabkan kekurangan dari segi
pengeluaran dan pembekalan makanan. Maka ia telah menyumbang kepada masalah
kemiskinan yang kronik.
Ketidakstabilan politik, sebagai contohnya, China. Ia adalah kerana pemberontakan dan
cubaan mengulingkan Dinasti Manchu di Kwangtong dan Kwansi oleh orang Cina yang
berbangsa Han.
Bencana alam.
Di India, kerap berlaku banjir besar dan kemarau yang melampau telah menyebabkan
pengeluaran hasil tanaman semakin merosot. Begitu juga hal yang berlaku di China,
sehingga memaksa mereka berhijrah ke Tanah Melayu.

Faktor Penarik:

Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu yang amat memberangsangkan telah menarik


minat imigran Cina dan India untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
Ia adalah kesan daripada aktiviti perlombngan bijih timah dan perusahaan getah yang
dijalankan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu.
Kedatangan imigran ini juga adalah bagi memenuhi keperluan buruh-buruh dalam kedua-
dua perusahaan tersebut. Contohnya, perlombongan bijih timah dikuasai oelh imigra Cina
dan perusahaan getah di monopoli oleh buruh dari India.

6
Agama Dan Kepercayaan Masyarakat di Malaysia

Masyarakat Melayu
Agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Ianya ditegaskan di dalam Perkara 3
Perlembagaan Malaysia. Al Quran merupakan asas perundangan yang utama dalam
Islam. Ia menjadi sumber rujukan dan Kitab Unggul umat Islam. Perkataan Islam berasal
dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia
juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai.
Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu hanya
percaya pada kekuasaan Allah. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang
tersusun dan sistematik.
Akidah ialah kepercayaan sepenuhnya kepada keesaan Allah dan apa-apa yang
diwahyukan oleh Allah.
Tauhid ialah kepercayaan sepenuh jiwa dan raga kepada keesaan Allah.
Syariah ialah undang-undang dan hukum (peraturan) Islam yang terkandung dalam kitab
suci Al-Quran dan Sunnah (Hadis).

Dalam Islam, terdapat tiga konsep yang penting iaitu Iman, 'amal dan Ihsan.

Iman: berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim.


Amal: segala perbuatan baik dan tingkah laku yang mendapat balasan pahala.\
Ihsan: menyentuh adab-adab seorang Muslim.
Hubungan manusia dengan Allah: Orang islam harus taat dan patuh kepada Allah dalam
menjalankn amal ibadat.
Hubungan manusia dengan manusia: Orang islam di suruh supaya hormati bangsa lain,
berbaik-baik, bantu membantu dan hidup bersama
Hubungan manusia dengan alam: Orang islam juga perlu menjaga dan memelihara serta
memulihara alam kerana manusia adalah khalifah yang mentakbir bumi mengikut ajaran
Agama Islam.

7
Masyarakat Cina.

Golongan ini membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara
ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan.
Toisme: Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah
fahaman Taoisme (sistem falsafah Cina). Diasaskan oleh Lao Tze. Kepercayaan ini lebih
cenderung kepada semangat cintakan alam semulajadi dan kedamaian. Taoisme berasal
dari perkataan Tao bermaksud jalan atau cara. Ia bermatlamat untuk mencapai
ketenangan jiwa, kedamaian dan keharmonian emosi.
Confucianisme: Satu lagi anutan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme yang
diasaskan oleh Kung Fu Tze (Confucius). Confucianisme diasaskan di China oleh Kung
Chung-Ni atau Kung Fu-Tze. Kung Fu-Tze cuba mengembalikan nilai-nilai tradisional
yang bertatasusila dan berakhlak dalam masyarakat Cina. Ajaran ini amat mementingkan
organisasi kekeluargaan.
Keserasian dalam keluarga iaitu:Ia juga memperkenalkan satu sistem moral yang sangat
penting dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun) iaitu:
A) Hubungan pemerintah dengan rakyat
B) Hubungan suami dengan isteri
C) Hubungan bapa dengan anak
D) Hubungan abang dengan adik
E) Hubungan sahabat dengan sahabat

8
Konsep Yin dan Yang.
Semua benda yang ada di dunia ini adalah gabungan unsur-unsur pasif yang dikenali
sebagai Yin dan unsur aktif yang dikenali sebagai Yang. Gabungannya akan membawa
keharmonian.

Jen.
Jen (perikemanusiaan) ajaran supaya membuat kebaikan sesama manusia. Bermatlamat
untuk membentuk individu yang bermoral. Manusia mempunyai sifat baik secara semula
jadi.

Chun Zhi.
Chun Zhi ialah peribadi agung. Iaitu mempunyai pendirian yg tetap, penuh kasih sayang,
toleransi dan tdk sombong. Merupakan konsep manusia yang benar, sempurna dan
terbaik. (seperti insan kamil).

Masyarakat India

Agama Hindu ini agak berbeza berbanding agama-agama lain kerana ia tidak mempunyai
pembawa dan tidak diketahui kemunculannya. Ahli sejarah berpendapat bahawa agama Hindu
lebih merupakan agama kebudayaan daripada agama wahyu. Ciri agama Hindu :

Kepercayaan kepada banyak Tuhan: bentuk politestik: konsep trimurti


Tuhan Pencipta (Brahma), Tuhan pelindung (Vishnu), Tuhan pembinasa (Siva)
Konsep Karma dan Kelahiran Semula / Penjelmaan semula:
Kitab-kitab Vedas: mempunyai riwayat hidup dan amalan
Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di
mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan
menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain.

9
CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK.

Antara ciri-ciri masyarakat majmuk ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti
Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu
sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem
politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan
kaedah sendiri

Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga
komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau, Kadazan,
Murut (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa dan dialeknya.
Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk menjaga hubungan
etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka
tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat majmuk di
Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun
Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam,
Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois.

Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti agama-
agama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yang
memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragama yang
dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaan berpecah-
belah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai kumpulan etnik
hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat
semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep akomodasi yang diamalkan
di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas
mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni.

10
Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik. Walaupun
Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga berkongsi dari segi
perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira
apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari RayaAidilfitri yang
disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah terbuka yang diamalkan oleh
masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan beragama Islam. Perayaan
sambutan Kemerdekaan juga dapat merapatkan lagi hubungan antara etnik melalui aktiviti yang
dijalankan dan dapat melahirkan perasaan patriotism dan saling bekerjasama. Rakyat Malaysia
juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan ini dapat melambangkan jati diri rakyat yang
berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku
kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Di antara
makanan tradisi yang terkenal di Malaysia ialah nasi lemak, char koay teow, roti canai dan
banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisi ini berasal daripada kaum tertentu contohnya nasi
lemak, makanan ini bukan hanya digemari oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari
oleh kaum lain. Kini, masyarakat Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum
ini berasal daripada kaum tertentu.

Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian seperti baju
kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi masyarakat majmuk di
Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam menentukan perbezaan
kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan
dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan melayu adalah berasal
daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum lain juga turut menggayakan
baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung. Contoh keadaan seperti ini boleh
didapati di sekolah mahupun di tempat kerja.

11
Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan
fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu
kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat majmuk mengiktiraf
adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah wadah penyatu
kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta budayanya membentuk
kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan budaya masing-masing juga
mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok
etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah
Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa
masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah
pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui
bersama.

12
MASYARAKAT MAJMUK DAN IMPAK KE ATAS HUBUNGAN
ETNIK.

Perpaduan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia telah membawa negara mencapai


kemajuan dalam semua bidang seperti ekonomi, politik, sosial, psikologi dan kejiwaan
sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.
Menjelang 2020 Malaysia akan mencapai sebagai sebuah negara perindustrian dan maju
sepenuhnya dimana masyarakatnya bersatu dan yakin, hidup dalam demokkratik, liberal
dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, bersaing, dinamik,
giat dan kental.
Kini hasil kemajuan ekonomi dan kestabilan politik masyarakat majmuk Malaysia dalam
tempoh tiga dekad lalu telah menjadi ikutan beberapa negara lain.
Rangkaian usaha yang telah dilaksanakan membawa pelbagai kejayaan yang boleh
dimegahkan. Dalam masa yang sama, kejayaan ini juga telah menimbulkan cabaran baru
yang mesti ditangani untuk mempertahankan prestasi dalam pelbagai bidang.
Cabaran tersebut ialah usaha mengekalkan perpaduan nasional kerana usaha ini sudah
menjadi semacam satu tuntutan alamiah terhadap sesebuah masyarakat yang bersifat
majmuk.
Melalui perpaduan, masyarakat majmuk Malaysia akan mengamalkan satu bentuk
persefahaman yang matang dan demokrasi Malaysia berasaskan musyawarah dan
muafakat.

13
DASAR-DASAR UTAMA NEGARA.

Dasar Ekonomi baru (DEB).

Dasar ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kedua
(1971 -1975). Pembentukan DEP adalah bermatlamat untuk membetulkan
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum.
Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka rancangan Jangka
Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990.
Strategi DEB dilaksnakan dengan menggnakan serampang dua mata, iaitu: (a)
mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peleuang pekerjaan
kepada semua kaum; (b) menyususn semula masyarakat untuk menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Asas yang menajdi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan ekonomi yang
tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang masih ketinggalan
dalam ekonomi kerena faktor kemiskinan.
Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan
kepada golongan miskin di luar bandar dan bandar. Pada tahun 1970, terdapat kira-kira
49.3 % penduduk berpendapatan dibawah paras kemiskinan (disekitar 200RM), dan kira-
kira 86% adalah terdiri dari penduduk luar bandar.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan dapat dilihat dengan penyediaan
pelbagai program kemudahan untuk keselesaan hidup rakyat seperti pembinaan jalan-
jalan raya, jambatan, bekalan ayer, bekalan letrik, sekolah, pusat kesihatan, dan lain-lain
bantuan seperti bekalan baja, bantuan buku teks, makanan dan minuman untuk pelajar-
pelajar sekolah yang miskin dan sebaginya.

14
Dasar Pembangunan Sosial.

Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Di dalam era negara menuju kemerdekaan, telah ada kesedaran di pihak kerajaan untuk
menyeragam dan mengemaskan system pendidikan negara. Oleh sebab itulah lahirnya
dasar pendidikan kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan di dalam
ordinan pelajaran 1957.
Dasar pendidikan telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan
Rahman Talib. Laporan tersebut kemudian dimaktubkan dalam akta pelajaran 1961
Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula
dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya untuk melahirkan
sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat yang terlatih agar pembangunan negara dapat di capai. Laporan ini dikenali
sebagai Laporan Kabinet.

15
Dasar Luar Negara.

Penggubalan Dasar Luar Negara.

Dasar luar Malaysia ialah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga
dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejehteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan
negara.

Dasar luar dalam zaman pemerintahahnTunku Abdul rahman Putra al-Hal, Perdana Menteri
Malaysia Pertama dikenali sebagai pro-Barat dan anti-Komunis. Rasionalnya ialah kerana negara
baru sahaja mencapai kemerdekaan.

Dalam era Tun Abdul razak Hussein, Perdana Menteri Kedua, dasar luar Malaysia
mentikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan
diplomatic dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.

Pada zamn pentadbiran Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Keempat, penekenan telah dibuat
untuk kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.

Semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad, dasar luar negara lebih mementingkan
hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain itu soal keamanan dan
keadilan masayrakat antarabangsa juga turut menjadi agenda penting.

16
KESIMPULAN.

Pada hari ini, Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal
abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad
ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal
Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di
Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,
pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan
bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan
pelbagai etnik yang lain. Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada hari ini didiami
oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik
inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku
terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia
tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika
itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.
Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan,
sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita
melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu
telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan
daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan
sebagainya.

17
RUJUKAN.

(http://ansuez.blogspot.com/2015/03/pembentukan-masyarakat-majmuk-di.html)

18

You might also like