You are on page 1of 26

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program

Kanak-kanak

PENGENALAN

Awal kanak-kanak adalah mereka yang baru dilahirkan sehingga berumur lapan tahun.
Mereka dibesarkan dalam persekitaran ekologi yang bermula dari dirinya sendiri dan diikuti
dengan ibu bapa (keluarga) serta komuniti (jiran, rakan sebaya, institusi pendidikan dan
institusi sosial yang lain).

Bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berkualiti, program asuhan dan pendidikan
awal kanak-kanak yang terancang perlu disediakan untuk mempastikan potensi intelek,
kerohanian/moral, sosioemosi, bahasa dan komunikasi, estetika dan kreativiti serta jasmani
mereka dapat dikenalpasti dan diperkembangkan hingga ke tahap optimum.

Memandangkan pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dan menjadi tunjang kepada
pembentukan modal insan berkualiti dan mencegah masalah sosial, justeru tumpuan kepada
pendidikan awal mereka merupakan strategi yang boleh memberikan impak besar bagi jangka
masa pendek dan panjang.

Di Malaysia dewasa ini terdapat beberapa jenis program yang menjadi pilihan ibu bapa
kedua-duanya bekerja bagi menyelesaikan masalah jagaan anak-anak. Di antaranya adalah
TASKA, singkatan bagi Taman Asuhan Kanak-kanak dan dijalankan bagi kanak-kanak 4
tahun ke bawah, Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) bagi anak-anak 4 hingga 6 tahun
dan pusat jagaan terdiri dari mereka pelbagai peringkat umur.

Namun bagi tugasan ini kita hanya akan membincangkan topik berkaitan TASKA sahaja.

1.1 Definisi TASKA


Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Seksyen 2 mentafsirkan
pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis di mana empat atau lebih kanak-
kanak umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga
dengan upah.

1
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

1.2 Statistik Bilangan TASKA Berdaftar

Tenaga pengasuh terlatih, sistem pembelajaran teratur dan berkualiti mengikut modul
ditetapkan JKM PENGUSAHA Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang masih belum
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dikenakan penalti maksimum
RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah melanggar Akta
Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 pindaan Akta 2007 yang mewajibkan semua taska
mendaftar dengan jabatan berkenaan.

Bagi tahun 2009, JKM memberi tempoh sehingga 12 Februari lalu untuk taska di seluruh
negara membuat pendaftaran sebelum tindakan undang-undang diambil mengikut akta
berkenaan. Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, JKM, Sharudin Shah Kassim,
berkata walaupun pengumuman sudah dibuat tahun lalu (2008) yang mewajibkan taska
berdaftar dengan JKM, masih banyak pengusaha yang tidak mematuhinya.Sehingga
November tahun lalu sebanyak 2,255 Taska sudah berdaftar di JKM, tetapi masih belum
memperbaharui perakuan pendaftaran mereka. Sebaliknya, 1,987 Taska dikesan masih belum
berdaftar walaupun sudah dimaklumkan mengenai tempoh Amnesty yang diumumkan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Ogos lalu.

Statistik Taska berdaftar mengikut negeri boleh dirujuk pada jadual dan carta berikut.
Berdasarkan data diperolehi daripada portal rasmi Jabatan Kebajikan Masayarakat Malaysia
yang telah dikemaskini pada 14 Mei 2009.

Bilangan Taska Berdaftar Mengikut Negeri Pada Tahun 2009

NEGERI BILANGAN
Selangor 30
Kelantan 4
Perlis 1
Labuan 3
Kuala Lumpur 15
Trengganu 2
Sarawak 17
Sabah 54
Pulau Pinang 1

2
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Perak 35
Pahang 54
Negeri Sembilan 34
Melaka 0
Kedah 4
Johor 20
JUMLAH 274

Jadual 1: Bilangan Taska Berdaftar Mengikut Negeri Pada Tahun 2009

Taska Berdaftar Mengikut Negeri Di Malaysia


Sehingga Mei 2009
60 54 54

50

40 35 34
Bilangan

30
30
20
15 17
20

10 4 3 4
1 2 1 0
0

Negeri

Taska Berdaftar Mengikut Negeri Di Malaysia

Carta 1 : Bilangan Taska berdaftar mengikut negeri bagi tahun 2009

Sumber : http://www.jkm.gov.my

3
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Daripada statistik yang didapati, telah menunjukkan pada tahun 2009 dua buah negeri yang
mencatatkan bilangan taska berdaftar yang paling banyak iaitu Sabah dan Pahang di mana
masing-masing sebanyak 54 buah taska. Manakala, negeri Melaka tidak menunjukkan
sebarang Taska yang berdaftar dengan JKM. Bagi negeri Selangor, Perak dan Negeri
Sembilan mencatatkan 30 hingga 35 buah Taska berdaftar. Demikian bagi setiap negeri lain
yang turut mencatatkan angka tersendiri bagi jumlah Taska yang mendaftar.

1.3 Masalah Taska Tidak Berdaftar

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan
kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu memberi
perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan
perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain itu, akta ini juga
mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak di
bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak
dilindungi, iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Namun masih terdapat
banyak Taska tidak berdaftar disebabkan beberapa alasan.

1.3.1 Masalah Birokrasi

Bagi mereka yang berminat menjadi pengusaha taska, mereka dikehendaki mematuhi
peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak
Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan. Mereka juga hendaklah
mendaftarkan perkhidmatan mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kajian rambang yang dijalankan mendapati antara sebab pemilik atau taska tidak
mendaftar kerana menganggap ia sebagai perkara remeh-temeh dan melecehkan. Selain
daripada itu, ramai pengusaha taska berpendapat proses dan borang yang banyak yang
diperlukan bagi mendaftarkan taska mereka menyebabkan mereka bertindak menangguh atau
tidak mendaftar terus taska tersebut. Di antara borang-borang yang perlu diisi disertakan di
bahagian lampiran.

4
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Sebagai contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai final agency bagi
pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu
perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi
seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan untuk premis dan lokasi, Jabatan Bomba dan
Penyelamat untuk keselamatan serta Kementerian Kesihatan untuk menjamin kesejahteraan
anak-anak

Malah, sebelum permohonan kepada Jabatan-jabatan di atas dilakukan, pihak pengusaha juga
perlu mendaftarkan dahulu perniagaan mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang
turut mengandungi pelbagai proses dan syarat seperti pemilihan nama syarikat pengusaha
perlu mengisi borang 13A , syaratnya pula mesti seratus peratus bahasa Inggeris atau bahasa
Melayu tidak melebihi 50 huruf dan diikuti proses seterusnya dengan pelbagai jenis borang .

1.3.2 Tempoh pemprosesan yang mengambil masa

Penubuhan taska ini bukanlah mudah tidak kurang juga proses meluluskan Taska mengambil
masa yang lama. Kerjasama dan ketelitian dari pihak berwajib dalam membantu
mempercepatkan proses tanpa melengah-lengahkan pendaftaran secara tidak langsung
mengubah pandangan serong terhadap agensi berkenaan.

Berdasarkan temubual eksklusif bersama seorang pengusaha Taska Pintar di Pasir Gudang,
Pn Normah bt Abd Rahman berkata, beliau sendiri merasai pengalaman proses pendaftaran
itu yang terpaksa menunggu 6-9 bulan untuk meluluskan permitnya. Beliau turut berkongsi
pengalaman selama beberapa bulan untuk menunggu kakitangan yang terbabit untuk
menandatangani dokumen yang diperlukan tidak terusik bagi tempoh beberapa bulan.

1.3.3 Tidak mendapat sokongan tiga agensi

Setiap jabatan mengawasi operasi dan perkhidmatan Taska dari perspektif yang berlainan.
Jika peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kesemua agensi ini tidak dipatuhi,
pengusaha tidak akan diberikan permit untuk beroperasi.

Bagi pengusaha taska yang mempunyai perancangan ingin membuka taska, ada di antaranya
menghadapi masalah kekurangan maklumat mengenai bagaimanakah proses penubuhan taska
ini. Misalnya, setiap pengusaha mesti mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba dan
Penyelamat bagi tujuan keselamatan, namun masalah yang timbul adalah siapakah pegawai

5
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

yang bertanggungjawab, bahagian mana serta bagaimana cara untuk membuat surat-surat
permohonan. Tuntutan teknikal oleh Jabatan Bomba dari segi struktur bangunan, aspek
keselamatan , kepadatan dan penyediaan alat pemadam api serta lokasi plag perlu
dititikberatkan.

Juga keperluan-keperluan untuk mendapatkan lesen peraturan operasi daripada Jabatan


Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat. Sementara itu , banyak lagi masalah yang bakal
dihadapi oleh para pengusaha seperti peraturan pekerja, peraturan perabot serta tuntutan
aktiviti yang bersesuaian juga perlu difikirkan.

Mereka perlu juga menghadapi tuntutan teknikal berkaitan pelan struktur, penggunaan ruang,
penggunaan tanah, ciri-ciri pengudaraan dan pencahayaan serta beberapa perkara daripada
Pihak Berkuasa Tempatan.

Tuntutan daripada Jabatan Kesihatan seperti kebersihan permis, penyediaan ruang rehat yang
sesuai, penyediaan makanan seperti jenis makanan yang dibenarkan dan prosedur
membersihkan botol susu perlu diambilkira.

Kekurangan para pengusaha dalam menyediakan tuntutan daripada agensi-agensi ini pastilah
akan membataskan kebenaran penubuhan taska berkenaan.

1.3.4 Masalah kewangan

Para pengusaha juga beranggapan pengasuh sedia ada sudah berpengalaman dan tidak
memerlukan kursus asas mengenai cara mendidik dan menjaga anak-anak kecil. Tambahan
pula, bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan ini, kekurangan modal antara
faktor mereka tidak menghantar pengasuh ke Kursus Asas Awal Kanak-kanak yang
dijalankan untuk tempoh 21 hari dengan kadar bayaran RM 480.00 bagi seorang pengasuh
yang perlu ditanggung oleh taska-taska berkenaan.

Selain daripada masalah yang dinyatakan di atas, kos membayar pengasuh tempatan yang
diwajibkan oleh JKM jauh lebih mahal berbanding mengambil pekerja asing yang jauh lebih
murah. Tetapi kita perlu ingat menggunakan khidmat warga asing secara tidak langsung
membuatkan anak keliru terutama dari segi bahasa, adat dan budaya.

6
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Begitu juga bayaran deposit bagi sesuatu lokasi yang dikenakan oleh pihak Penguasa
Tempatan yang mencecah angka RM 5000.00 adalah satu jumlah yang besar terutama bagi
sesebuah taska yang mempunyai pelanggan sedikit.

1.3.5 Premis tidak sesuai

Menurut Md Noor Chik, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan berkata


kebanyakan taska tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan JKM termasuk pemilihan
premis. ''Sebagai contoh, sekiranya pengusaha taska membuka pusat jagaan kanak-kanak di
kawasan taman perumahan, ia perlu di unit terakhir taman berkenaan yang turut mempunyai
kawasan lapang,'' katanya.

Tiap-tiap bangunan yang hendak digunakan sebagai Taska mestilah sesuai dari segi
keselesaan, reka bentuk, struktur dan keselamatan. Terdapat sesetengah pengusaha secara
sengaja tidak mendaftarkan taska mereka kerana kedudukan premis mereka yang tidak sesuai.
Ini termasuklah keadaan premis yang dipilih adalah berdekatan dengan premis taska lain
yang telah berdaftar.

Selain itu kedudukan dan lokasi bangunan berkenaan juga perlu diambil kira. Para
pengusaha sewajarnya memilih rumah yang ingin dijadikan taska tidak terletak di hujung
persimpangan atau berhampiran lebuhraya dan jalan-jalan yang terlalu sesak dan sibuk
dengan lalu lintas. Begitu juga dengan unit-unit rumah yang terletak di tingkat 2 dan ke atas
dalam blok rumah pangsa juga tidak dibenarkan. Premis taska haruslah mempunyai keluasan
ruang yang mencukupi dengan bilangan kanak-kanak seperti yang telah ditetapkan oleh
Ordinan Sekolah 1950, yang menetapkan seorang pelajar taska memerlukan ruang seluas 3.5
meter persegi. Sekiranya ciri-ciri yang dinyatakan itu tidak dipatuhi, pastilah sukar untuk
pihak berwajib untuk meluluskan pendaftaran Taska berkenaan.

7
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

1.4 Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Bagi Meningkatkan Bilangan Taska Berdaftar

Dalam menangani isu taska tidak berdaftar yang tiada berkesudahan, kerajaan telah
mengambil langkah yang drastik tetapi bijak. Pengawalan terhadap pertumbuhan taska
memerlukan kerjasama dan perhatian daripada semua pihak.

Di antara usaha yang boleh diambil adalah memberikan kod baru kepada semua taska
berdaftar dalam membangunkan Sistem Maklumat Taska oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Matlamat akhir langkah ini diambil adalah untuk mewajibkan taska berkenaan
menggunakan kod tersebut di dalam sebarang jenis iklan agar dapat dikenalpasti tadika yang
berdaftar dengan yang tidak berdaftar.

Langkah seterusnya adalah menyenaraikan taska berdaftar di dalam website JKM untuk
diakses oleh orang ramai. Cadangan ini pernah diajukan oleh Senator Datuk Saripah Aminah
bt Syed Mohamed di Persidangan Dewan Negara ketika Perbahasan Rang Undang-Undang
Taman Asuhan Kanak-kanak (Pindaan) 2006.

Selain itu, usaha kerajaan menambah kakitangan bagi penguatkuasaan Rang Undang-undang
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan 2006) yang telah diluluskan di Dewan Negara
pada tahun 2006. Tenaga kerja tambahan itu diperlukan bagi memastikan semua pengusaha
taska mematuhi peraturan ditetapkan dan membolehkan tindakan tegas dikenakan ke atas
pengusaha taska haram. Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, kakitangan itu akan
digunakan bagi menjalankan kerja-kerja penguat kuasaan seperti tindakan kompaun,
pendakwaan serta penyitaan premis taska yang beroperasi secara haram.

Dalam menangani situasi terdesak ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menghantar
anak ke taska, kerajaan telah memulakan misi nasionalnya melalui penubuhan Taska
Komuniti (TASKOM), PERMATA dan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.Penubuhan
taska komuniti bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah terutama di
bandar yang tidak mampu menghantar anak mereka ke taska swasta kerana yurannya tinggi.
Peruntukan RM1.9 juta telah diluluskan sebagai geran membina 10 taska komuniti di lokasi
strategik di seluruh negara dengan berteraskan konsep perkongsian bijak antara kerajaan,
swasta dan masyarakat. Sebagai bantuan awal, setiap taska komuniti yang ditubuhkan itu
diberikan geran pelancaran RM50,000.

8
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Kerajaan juga akan menghadkan jumlah kanak-kanak di setiap taska komuniti itu kepada 30
orang. Ibu bapa yang berkelayakan juga akan diberi subsidi yuran sebanyak RM 180 sebulan
untuk menghantar anak-anak mereka ke TASKOM. Walau bagaimanapun, pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat diminta bersama-sama bertanggungjawab
menguruskan taska komuniti itu bagi membantu menampung sebahagian kos pengurusannya.
TASKOM pertama telah beroperasi di Bandar Sri Damansara dengan nama Taska Komuniti
Penyayang Bakti yang diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Manakala di Johor Bahru ini sendiri terdapat sebuah Taska Komuniti
Penyayang yang terletak di Jalan Jelatek, Larkin Jaya.

Kerajaan telah menggubal dasar pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang
komprehensif bagi membolehkan semua pusat asuhan kanak-kanak diselaraskan dari segi
kurikulum dan piawainya seperti mana dilaksanakan oleh program Pusat Permata Negara
yang dicetuskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Program PERMATA ini telah pun bermula
di seluruh negara dengan satu unit perintis bagi setiap negeri. Pihak yang bertanggungjawab
terhadap penyediaan modul pembelajaran dan teknik pengajaran adalah pihak Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Pernyataan Dasar Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut :

Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif
bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga
empat tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak
berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar
Pendidikan Kebangsaan sedia ada. Memoradum Jemaah Menteri,JPM.SP.(R)1/7Jld4

Kertas Kerja : Memberi Peluang Kepada Setiap Kanak-kanak


Mengikuti Pendidikan Awal Kanak-kanak (Umur 0-6 tahun) ,
Pelaksanaan Pendidikan Awal Kanak-kanak Dan Prasekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Bagi menjimatkan masa dan mengamalkan konsep paper less, pendaftaran Taska boleh
dibuat menerusi talian atau laman web. Ini akan memudahkan orang ramai tanpa perlu
tercari-cari di mana dan ke mana arah tuju untuk menyerahkan borang-borang sewaktu proses
pendaftaran tersebut.

9
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

2.1 Pelan dalam kelas

Maksud kanak-kanak keperluan khas bagi penempatan di Taska dan tadika adalah:-

a. Kurang upaya penglihatan


b. Kurang upaya pendengaran
c. Terencat akal sederhana
d. Masalah pembelajaran

Pengurusan bilik di Taska berkait rapat dengan aktiviti pembelajaran kanak-kanak selain
aspek pengurusan diri kanak-kanak tersebut.Dalam menjalankan aktiviti, murid memerlukan
ruang yang mencukupi dan sesuai untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang
disediakan. Penyusunan dan suasana yang kondusif akan merangsang minda, sikap dan minat
kanak-kanak terhadap aktiviti pembelajaran.

Sebagai seorang Pengusaha Taska, pengurusan bilik Taska berkenaan haruslah mempunyai
keluasan yang bersesuaian , pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Perlu juga
menyediakan ruang dan susun atur peralatan yang boleh diubah suai dari masa ke semasa dan
pelbagai guna. Ruang dalam yang disediakan juga haruslah merupakan satu ruang
pembelajaran yang bermakna yang dapat merangsang perkembangan kanak-kanak.

Sebagai contoh, sudut bahasa diwujudkan untuk membolehkan kanak-kanak meningkatkan


kemahiran berkomunikasi, menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata, menanam
minat suka mmbaca di samping membina keyakinan diri.

10
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Rajah 1 : Pelan Dalam Kelas Taska

pP 1 katil

2 Bilik persediaan guru Bilik rehat /kecemasan

3
4
8
Ruang
berkumpul Bilik Tidur Bayi 50

kaki
6 5

Sudut
Sudutbacaan
Sudut manipulatif /
bacaan
Sudut matematik
7

c
Sudut Sains
Sudut Komputer c

Sudut Seni

dan kraf

Sudut Muzik dan Drama

Ruang Makan Dan Dapur Stor


Tandas (P) Tandas (L)
Petunjuk : kabinet 9

30 kaki

Petunjuk :

1 - Almari fail pengurusan Sinki dapur


2 - Meja guru c Komputer

11
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

- Televisyen Papan putih berkaki


3 - Rak pelbagai guna Bangku guru
4 - Rak fail peribadi Kerusi
5 - Almari pelbagai guna Peralatan bantuan kecemasan
- Rak buku bacaan Sinki
6 - Almari bahan keperluan murid
7 - Peti ais

Senarai Peralatan dan Ruang Yang Disediakan.

Ruang Senarai Peralatan


Bilik Persediaan Guru 1. Papan kenyataan
2. Meja Guru
3. Bahan rujukan
4. Fail Pengurusan
Bilik Rehat/Kecemasan 1. Katil
2. Kerusi
3. Peralatan kecemasan (First Aid)
Ruang berkumpul 1. Televisyen
2. Rak pelbagai guna
3. Bangku guru
4. Papan putih berkaki
5. Hamparan
Bilik Tidur Bayi 1. Katil bayi
2. Almari
3. Tilam
4. Bantal
Sudut Manipulatif 1. Meja, kerusi, ruang lantai dan rak
2. Bongkah pelbagai saiz,bentuk dan warna
3. Alat permainan memadan dan mengelas
4. Kad cantuman bergambar/jigsaw puzzle
5. Alat permainan nombor
6. Mesin wang tunai mainan,abacus
7. Manik dan kayu varnish pelbagai ukuran

12
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

8. Rak
Sudut Bacaan 1. Buku pelbagai saiz dan ketebalan, dan
diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti
plastic, kertas dan kain
2. Boneka
3. Bantal warna-warni
4. Hamparan
5. Soft toy
6. Rak
Ruang dapur 1. Dapur masak
2. Kabinet
3. Alatan masak periuk, kuali, cerek dll
4. Peti ais
Sudut Komputer 1. Meja komputer dan kerusi
2. Mesin pencetak dan kertas
3. Perisian
4. Komputer
Sudut seni dan kraf 1. Meja
2. Easel
3. Kertas warna,berus,krayon, gunting
4. Plastesin, doh,kain, cop
5. Rak pelbagai guna
Sudut Sains 1. Akuarium
2. Kanta,magnet,teleskop,cermin
3. Meja
4. Rak
5. Carta P&P
Sudut Muzik dan drama 1. Radio,kaset dan cakera
2. Alat gendering
3. Anak patung
4. Set permainan- memasak,bertukang dll
5. Rak pelbagai guna
Jadual 2 : Senarai peralatan dan Ruang Dalam Yang Disediakan

13
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

2.2 Pelan Di Luar Kelas

8
2 1

40 7

5
6

9 4
3

50
Rajah 2 : Pelan Di Luar Kelas

Ruang luar diwujudkan bagi membolehkan kanak-kanak menjalankan aktiviti dan mengalami
suasana seperti di rumah,juga meningkatkan kemahiran motor kasar dan mendisiplinkan diri
semasa menggunakannya

Peralatan Permainan Di Luar Kelas

Jadual 3 : Peralatan permainan di luar kelas

Bil Peralatan Unit


1 Tempat permainan air bertutup 1
2 Tempat permainan pasir bertutup 1
3 Pondok 1
4 Tiang dan tapak mini bola keranjang 1
5 Tiang Mini bola keranjang 1
6 Terowong 1
7 Rangka bergayut 1
8 Gelongsor 1
9 Buaian 1

14
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

2.3 Sumber Kewangan Bagi Melicinkan Pelaksanaan Taska

Sumber kewangan sesebuah Taska biasanya adalah daripada kutipan yuran pada setiap bulan
di samping sumbangan dan derma daripada seseorang individu mahupun pertubuhan dan
badan-badan khas seperti kumpulan korporat, ahli politik dan sebagainya. Selain daripada itu,
terdapat pengusaha yang mendapatkan pinjaman bank untuk melicinkan pelaksanaan Taska
mereka.

2.3.1 Yuran

TASKA

Pendaftaran RM 50.00
BULANAN
2 bulan - 2 tahun RM 200.00
3 tahun - 4 tahun RM 180.00
5 & 6 tahun ( TADIKA & TASKA ) RM 200.00
Asuhan harian (BERDAFTAR) RM 15.00 SEHARI
Asuhan harian (TANPA BERDAFTAR) RM 20.00 SEHARI
Asuhan ikut masa (BERDAFTAR) RM 4.00 SEJAM
Asuhan ikut masa ( TANPA BERDAFTAR) RM 5.00 SEJAM
Bayaran lebih masa RM 4.00 SEJAM
BAYARAN "PAKEJ" LEBIH DARI 2 ORANG ANAK - POTONGAN 10% DARI JUMLAH BAYARAN BULANAN

Jadual 4 : Contoh kutipan bayaran di sebuah Taska.

Yuran biasanya ditentukan bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh
sesebuah taska tersebut. Biasanya yuran dikutip adalah seperti berikut :

a. Yuran pendaftaran dikutip pada hari pertama murid mendaftar masuk


b. Yuran bulanan dikutip pada setiap awal bulan bagi menggung kos pelaksanaan
Taska
c. Yuran aktiviti Kutipan bayaran yang dikutip bagi pembiayaan aktiviti ataupun
program sesebuah Taska seperti Program Sukan Tahunan, Program Lawatan dan
sebagainya.
d. Yuran buku kerja Dikutip bagi membiayai pembelian buku-buku kerja yang
digunakan di Taska, terutama sekiranya Taska tersebut turut menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian.

15
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

e. Yuran perkhidmatan tambahan Dikutip bagi perkhidmatan yang diberikan. Contoh


dapat dilihat di Jadual 2.3

2.3.2 Derma

Sumber kewangan seterusnya yang biasanya dijalankan oleh sesebuah Taska adalah melalui
kutipan derma seperti melalui jualan amal, menganjurkan konsert ataupun aktiviti walkathon.
Namun usaha publisiti perlu dilakukan bagi memudahkan orang ramai tampil untuk
menderma. Selain itu, permohonan sumbangan daripada individu korporat dan badan-badan
khas sering juga dilakukan bagi tujuan memantapkan lagi sumber kewangan sesebuah taska.

2.3.3 Pinjaman

Seperti kebanyakan perniagaan yang lain, terdapat juga pengusaha Taska yang membuat
pinjaman daripada institusi kewangan tertentu bagi memastikan kelancaran taska berkenaan
beroperasi. Pinjaman boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti program usahawan
MARA, institusi perbankan dan sebagainya.

2.4 Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Sewaktu Penubuhan Taska

Walau di mana sahaja kita berada semestinya aspek keselamatan merupakan aspek yang
paling penting. Beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil sewaktu ingin
menubuhkan Taska adalah meliputi beberapa aspek seperti keselamatan fizikal bangunan,
peralatan dan perabot serta keselamatan psikologi kanak-kanak.

2.4.1 Keselamatan fizikal bangunan.

Kes penculikan 2 kanak-kanak pada tahun 2008 iaitu kes adik Nurin Jazlin dan Sharlene
benar-benar telah membuka mata kita semua supaya tidak mengabaikan keselamatan anak-
anak terutama ketika di sekolah. Setiap taska perlu memastikan premis mereka mempunyai
pagar yang tidak berkarat dan terdapat kunci di pintu pagar. Pagar bukan jenis berduri kerana
membahayakan kanak-kanak.

Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat, tiada terdapat batu dan benda tajam yang
boleh membahayakan kanak-kanak. Sebaiknya diletakkan pelapik getah untuk mengelakkan
kecederaan. Ruang kaki lima premis mestilah sentiasa kering dan bersih supaya tidak licin.

16
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain
dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan
ruang. Tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu
memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana
jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan
kedudukan kaca kekal di tempatnya. Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai
bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak
langsir. Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang saja.

Selain daripada itu, aspek keselamatan kebakaran juga diambil berat. Di antaranya, pihak
pengusaha taska perlulah menyediakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang diluluskan
pihak Bomba. Pelan laluan kecemasan kebakaran akan disediakan bagi makluman semua
yang ada di Taska. Tangga dan pintu keselamatan juga harus dikenalpasti tidak ada sebarang
bentuk hadangan yang menghalang pergerakan pantas jika berlaku sebarang kejadian yang
tidak diingini. Pihak pengusaha taska juga perlu memastikan bahawa gril keselamatan yang
dipasang boleh membantu murid melepaskan diri semasa kebakaran.

Di antara aspek keselamatan di dalam kelas yang sentiasa dititikberatkan oleh ibu bapa
adalah keselamatan ketika di tandas. Selaras dengan harapan ini, sebagai pengusaha taska
perlulah menyediakan mangkuk tandas yang menepati piawaian dan sesuai dengan paras
ketinggian dan umur murid. Lantai bilik mandi, sinki dan tempat buang air kecil sentiasa
bersih dan memuaskan setiap masa serta tidak licin bagi mengelakkan sebarang bentuk
kemalangan dan kecederaan. Elakkan kanak-kanak berada bersendirian di dalam bilik air.

Gambar 1 : Mangkuk tandas yang kecil bersesuaian dengan kanak-kanak.

2.4.2 Keselamatan Peralatan

Di samping itu, keselamatan di setiap ruang di taska itu juga mengambil kira aspek
penggunaan alatan dan perabot, di mana setiap peralatan dan perabot yang disediakan
seharusnya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Ketinggian kerusi dan meja

17
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

yang digunakan adalah bersesuaian dengan ketinggian kanak-kanak. Seharusnya sebagai


pengusaha Taska elakkan daripada menggunakan meja dan kerusi yang berbucu tajam. Pilih
yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik.

Pembahagian ruang mesti seimbang. Ini termasuklah cara penyusunan perabot haruslah tidak
terlalu sesak dan menghalang trafik di dalam kelas. Susun atur perabot tidak akan melindungi
pandangan guru untuk melihat pergerakan kanak-kanak.

Selain daripada itu, kanak-kanak perlu dijauhkan daripada dapur panas, air panas dan semua
jenis peralatan elektrik. Contohnya, letakkan kipas ditempat yang tinggi. Bahan api seperti
mancis dan pemetik api perlu dielakkan. Kedudukan dapur dan soket perlu dalam keadaan
yang sesuai.

18
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Gambar 2 : Peralatan dam permainan dalam

Taska menyediakan peralatan permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak.
Saiz alat yang disediakan tidak terlalu kecil yang membolehkan kanak-kanak
memasukkannya ke dalam mulut atau rongga badan yang lain. Sementara itu, peralatan
pengajaran dan pembelajaran adalah dipastikan tidak mengandungi bahan toksik. Hanya

penggunaan bahan yang selamat sahaja digunakan.

Gambar 3 : Keselamatan dan keselesaan di luar bangunan perlu diutamakan.

Peralatan permainan luar seperti gelongsor, buaian dan papan jongkang-jongkit perlu dalam
keadaan baik dan bersesuaian bagi kegunaan kanak-kanak yang sebegini kecil umurnya.
Susun atur peralatan sebaik-baiknya tidak berdekatan antara satu sama lain. Semua peralatan
tersebut juga perlu diselenggara dengan baik dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Selain daripada itu, kanak-kanak itu perlulah sentiasa diawasi ketika bermain di luar kerana
keghairahan kanak-kanak sewaktu mereka bermain boleh membahayakan. Kanak-kanak
perlu sentiasa memakai kasut sewaktu berada di luar.

2.4.3 Keselamatan psikologi atau emosi

19
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Gambar 4 : Suasana penyayang

Keselamatan psikologi atau emosi merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak
terhadap persekitaran mereka. Kanak-kanak secara fitrah dapat meneka sama ada
persekitaran mereka selamat atau tidak, menyenangkan atau sebaliknya, selesa atau
merimaskan.

Ibu bapa akan lebih yakin untuk meletakkan anak-anak mereka di taska apabila mereka pasti
taska berkenaan mempunyai staf yang cukup pengalaman. Mereka juga berharap agar staf di
taska telah pun memahami setiap langkah, masa, aktiviti harian serta bagaimanakah caranya
untuk mereka berinteraksi dengan pelanggan dan anak-anak taska. Senyuman dan wajah staf
yang ceria akan memberi kesan yang sangat positif bagi mewujudkan rasa yakin kepada ibu
bapa yang ingin menghantar dan mengambil anak mereka.

Keselesaan dari segi ruang juga perlu bagi anak-anak kecil ini. Misalnya, ruang bagi kanak-
kanak tidur atau berehat serta ruang untuk menyimpan peralatan kanak-kanak seperti rak bagi
meletakkan beg atau bakul yang mengandungi keperluan kanak-kanak. Adalah lebih baik
sekiranya terdapat bilik-bilik tertentu mengikut umur bayi atau kanak-kanak.

2.5 Perancangan Untuk Menggalakkan Penglibatan Keluarga Dan Komuniti Di Taska

Penglibatan keluarga dan komuniti secara langsung dan tidak langsung di dalam aspek
pendidikan awal kanak-kanak akan memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan
kanak-kanak. Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di taska bagi
menggalakkan penglibatan ibu di taska adalah seperti berikut :

20
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

2.5.1 Pengukuhan Pembelajaran

Sebagai langkah permulaan terhadap penglibatan ibu bapa di Taska, ibu bapa digalakkan
untuk membantu dan menggalakkan anak mereka meneruskan amalan ataupun apa yang telah
dipelajari di Taska.

Di antaranya adalah :

a. Pengukuhan nilai murni seperti amalan memberi salam, ucap selamat, terima kasih,
bersyukur, hormat menghormati, kerjasama dan sebagainya.
b. Amalan kemahiran seperti menyiram pokok, menyimpan alatan dan mengemas.
c. Amalan membaca doa-doa tertentu.
d. Aktivit membaca, menulis, mengira, menyanyi dan lain-lain.

2.5.2 Menyumbang Kepakaran Atau Sebagai Rujukan

Sebagai menggalakkan lagi penglibatan ibu bapa di dalam Taska, ibu bapa boleh memberikan
penerangan tentang pekerjaan mereka kepada anak-anak di Taska mengikut kesesuaian umur
kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf.
Selain itu, ibu bapa boleh membantu di dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran seperti
bercerita, menyanyi dan menggunakan komputer. Di samping itu, mereka juga digalakkan
memberi khidmat nasihat dan runding cara.

2.5.3 Memberi Sumbangan Tenaga dan Bahan

Salah satu daripada perancangan menggalakkan penglibatan ibu bapa adalah membantu
menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran di kelas Taska anak mereka. Bagi ibu
bapa yang berkemahiran di dalam meukang, mempunyai pengetahuan di dalam lanskap
bolehlah membantu dari segi membaiki alat permainan luar dan membina taman sains.
Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh menderma alat permainan terpakai. Membantu
menyediakan props bagi sesuatu aktiviti persembahan serta penyediaan untuk aktiviti lawatan
atau berkelah.

2.5.4 Memberi Khidmat Kebajikan

21
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Ibu bapa juga digalakkan memberi sumbangan untuk aktiviti sukan atau persembahan
tahunan. Mereka juga digalakkan menjadi ahli jawatankuasa Majlis Pemuafakatan antara
pihak Taska dan ibu bapa. Selain itu, khidmat kebajikan seperti bergotong-royong
membersihkan kawasan persekitaran Taska juga amat digalakkan. Kelapangan ibu bapa
dalam membantu guru ketika timbul keperluan seperti menghantar anak ke sesuatu tempat
pertandingan juga dapat meningkatkan hubungan baik di antara pihak guru dan ibu bapa.

2.5.5 Penglibatan Komuniti

Komuniti merujuk kepada warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, agensi kerajaan
yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti Jabatan Kesihatan, Bomba,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Bukan Kerajaan dan Badan-badan swasta. Agensi-
agensi luar boleh menyumbangkan kepakaran-kepakaran khusus yang boleh membantu
pengurusan taska untuk melaksanakan program ataupun kempen-kempen kesihatan dan
keselamatan bagi pihak taska. Perancangan dan kerjasama yang erat dengan komuniti boleh
dimanfaatkan oleh pihak pengurusan bagi membentuk persekitaran taska yang sihat dan
selamat. Untuk memungkinkan matlamat ini tercapai, anggota komuniti harus mengamalkan
pemikiran yang demokratik, positif, fleksibeliti dan liberal. Pada sama nilai sedia
menghargai, amanah, bertanggungjawab dan komited terhadap peranan dan matlamat murni
komuniti harus dipegang kukuh.

Sebagai permulaan, berdasarkan petikan akhbar Berita Harian bertarikh 23 November 2007,
Kumpulan Syarikat Emkay (Emkay) dengan kerjasama Educate to Learn Sdn Bhd (E2L),
Persatuan Taska Perak (PTP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak melaksanakan
program kemasyarakatan dengan menyediakan perkhidmatan mengasuh dan mendidik kanak-
kanak secara berkualiti yang semakin diperlukan dengan memilih ibu tunggal sebagai
pengasuh. peruntukan berjumlah RM1 juta disalurkan Emkay membabitkan penyediaan
kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak prasekolah dan Taska.

PENUTUP

Perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) melibatkan kanak-kanak, ibu bapa dan
masyarakat sebagai pelanggan. Penyediaan perkhidmatan jagaan yang terbaik bagi menjamin
kualiti yang diharapkan demi kebajikan kanak-kanak itu sendiri.

22
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Dengan bantuan-bantuan dan keprihatinan kerajaan, diharapkan isu Taska tidak berdaftar
dapat diatasi dengan sistematik dan teratur. Usaha kerajaan ini telah banyak memberi
pendedahan kepada masyarakat supaya berhati-hati memilih Taska yang bakal menentukan
masa depan anak-anak kerana mereka adalah permata Negara.

Perhatian dan penglibatan ibu bapa, guru dan komuniti perlu diteruskan untuk memastikan
pendidikan awal kanak-kanak yang sempurna. Perubahan cara hidup dan persekitaran moden
yang meruncing perlu diperkukuhkan.

RUJUKAN

Undang-Undang Malaysia Akta 308. Akta Taman Asuhan 1984.

Prof Madya Dr Putri Zabariah Megat A Rahman. (2006).HBPS 1103 Pengenalan Pendidikan
Awal Kanak-kanak. KL : Unitem

23
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

Norin Hassan.(2008). Membina Perniagaan Taska,Tadika dan Pusat Jagaan.Kuala Lumpur :


Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd

Saayah Abu,Surayah Zaidon, Siti Saleha Samsuri.(2006). Panduan Untuk Pengusaha Tadika.
Kuala Lumpur : PTS Publication

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah . (2005).Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur. PTS
Publication

Portal Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2008). Penubuhan Taska dan Pusat


Jagaan.(.2009).http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option(n.d)

Prof.Madya Dr Tajul Ariffin Nordin & Mohd Arif Hj Ismail.(2003).Paradigma


Tauhid:Amalan Nilai Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sebagai Pendekatan
Pembangunan Manusia. Jurnal Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia,40(84),7.t

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kertas Konsep Memperkasakan Pendidikan


Kebangsaan. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia

24
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

LAMPIRAN

PENDAFTARAN TASKA
Senarai Semak Dokumen Untuk Pendaftaran TASKA

Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sesebuah TASKA


seperti berikut :-

25
HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program
Kanak-kanak

1. Salinan Lesen Pelesenan dari SSM(ROB/ROC) yang diakui sah


2. Surat sokongan dari Jabatan Perancang Bandar (cth :
MPK/MPAJ/Pejabat Daerah (salinan diakui sah)
3. Surat sokongan dari Jabatan Kesihatan (cth : MBPJ/MPSJ (salinan
diakui sah)
4. Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (cth :
Kajang/Bangi/Pandan Indah (salinan diakui sah)
5. Borang Jadual 11 (Borang asal). Dibeli dari Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah bernilai RM10 berserta buku panduan.
6. Jadual Aktiviti. Mengikut perkembangan menyeluruh untuk
seminggu terbahagi kepada dua kumpulan umur : i) 0 - 2 tahun,
ii) 2 - 4 tahun
7. Jadual Menu yang seimbang. Jadual untuk sebulan terbahagi dua
kumpulan umur : i) 0 - 2 tahun, ii) 2 - 4 tahun.
8. Pelan Lantai. Pelan asal yang menggambarkan sudut-sudut aktiviti
dan lain-lain bahagian. Kiraan kawasan ruang dalam meter persegi
(3.5m/setiap kanak-kanak).
9. Penglibatan Ibu Bapa. Untuk program tahun ini dan perancangan
tahun hadapan. Ia hendaklah mengandungi tarikh, nama program
dan jumlah kehadiran ibu bapa.
10. Senarai kanak-kanak.
11. Senarai kakitangan. Mengandungi nama, umur, kelayakan
dan salinan kad pengenalan yang diakui sah.
12. Sijil Kursus Asuhan Kanak-Kanak dan sijil-sijil berkaitan. Sijil-
sijil bagi Pengusaha, Penyelia dan Pengasuh (salinan diakui sah).
13. Wang Pos/Cek (RM50.00) atas nama Ketua Pengarah Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia. Disediakan setelah dokumen telah
disemak dan disahkan lengkap oleh Pegawai TASKA.
14. Pelan Lokasi. Pelan dari jalan besar/utama bagi memudahkan
pihak JKM mengesan lokasi.
15. Peraturan TASKA. Peraturan yang disediakan oleh Pengusaha
termasuk senarai harga yuran kanak-kanak.

Manakala bagi pendaftaran TASKA di Rumah, berikut adalah antara


dokumen yang diperlukan :

1. Borang permohonan pendaftaran TASKA di Rumah. (Boleh didapati


dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah)
2. Salinan kad pengenalan
3. Salinan Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
4. Jadual Aktiviti
5. Jadual Menu
6. Senarai Kanak-Kanak

Perakuan pendaftaran TASKA di rumah akan dikeluarkan oleh Pengarah


Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

26

You might also like