You are on page 1of 51

PENGENALAN

Program Sandaran merupakan latihan amali yang perlu dilaksanakan oleh peserta
Program Kelayakan Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Program Sandaran ini
bertujuan menyediakan peserta dengan pengetahuan praktikal dan pengalaman dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan sekolah. Program Sandaran ini dijalankan di sekolah tempat
perserta bertugas dan akan berlangsung selama 8 minggu. Semasa menjalankan Program
Sandaran, peserta akan menjalankan satu projek penambahbaikan berlandaskan projek yang
dipilih semasa menjalankan Program Penandaarasan. Peserta akan menyediakan laporan bagi
projek yang dijalankan dan akan dibimbing oleh Pengetua sekolah dan seorang Pensyarah
Penyelia.

Di dalam laporan yang disediakan, peserta dikehendaki menghuraikan beberapa aspek


mengikut panduan yang ditetapkan. Pemilihan projek penambahbaikan akan memberi peluang
dan membuka ruang bagi peserta dalam mengimplementasikan segala amalan yang baik dan
cemerlang terutama dalam bidang berkaitan pengurusan dan kepimpinan sekolah. Peserta juga
akan melihat beberapa kompetensi penting yang diperlukan oleh seseorang Pengetua untuk
berfungsi sebagai seorang pemimpin dan pengurus pendidikan yang cekap dan berkesan.
Kompetensi tersebut merangkumi kemahiran dan keterampilan dalam enam bidang Kompetensi
Pemimpin sekolah iaitu :

1. Dasar dan Hala Tuju


2. Instruksional dan Pencapaian
3. Mengurus Perubahan dan Inovasi
4. Sumber dan Operasi
5. Hubungan Sesama Manusia
6. Keberkesanan Kendiri.

1
Laporan penandaarasan ini terbahagi kepada 7 bab. Bab pertama menghurai maklumat
dan latar belakang sekolah sehingga kepada pencapaian kejayaan sekolah. Bab dua merujuk
kepada kajian keperluan projek yang akan dilaksanakan. Aspek kajian akan diterangkan secara
terperinci berdasarkan data yang dikumpul. Bab tiga memberi fokus kepada kajian literatur
berkaitan projek dan keperluannya. Kajian akan melihat dan mengkaji beberapa aspek seperti
situasi, peluang dan cabaran, penglibatan, stail kepimpinan, pujian dan pengiktirafan serta tindak
ikut yang dilaksanakan. Bab empat melibatkan pelaksanaan Perancangan Strategik yang
merujuk kepada huraian tentang analisis SWOT, matrik TOWS, matriks ranking, analisis
pemilihan strategi, Pelan Strategik dan juga Pelan Taktikal. Bab lima pula akan menghuraikan
pelaksanaan program yang dijalankan. Bab enam akan menjelaskan penilaian program
berdasarkan pengumpulan data yang relevan untuk membuktikan bahawa pelantindakan telah
dilaksanakan dan hasilnya dapat diukur. Bab tujuh memberi fokus kepada refleksi peserta
tentang kekuatan dan kelemahan program yang dilaksanakan beserta cadangan penambahbaikan.
Laporan ini juga akan disertakan lampiran-lampiran yang berkaitan serta senarai bibliografi
memandangkan ia adalah satu kajian ilmiah.

2
BAB 1 : HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1 SEJARAH SEKOLAH

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Rendah agama Kuala Klawang


(NFT 0001)
71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Sekolah Menengah Rendah Agama Kuala Klawang telah ditubuhkan pada 1


Februari 1960 oleh wakil rakyat kawasan Klawang iaitu Allahyarham YB Tuan Haji
Ibrahim bin Mansor, di atas sekeping tanah kerajaan. Diawal penubuhannya sekolah ini
dikenali sebagai Sekolah Tuah Haji Ibrahim di mana ia beroperasi di bangunan sementara
yang mempunyai keluasa 40 kaki panjang x 40 kaki lebar. Pada ketika itu sekolah ini
hanya mempunyai seorang guru, ustaz Musa bin Salleh dan 45 orang pelajar yang terdiri
daripada penduduk setempat. Matapelajaran yang diajar ketika itu adalah Agama Islam,
Bahasa Arab dan matapelajaran akademik. Bangunan sementara ini cuma digunakan
sehingga 19 Mei 1960.

Pada 22 Mei 1960, sekolah ini berpindah ke sebuah bangunan lama yang
mempunyai keluasan 97 kaki panjang x 24 kaki lebar, di atas sebuah tanah wakaf 396
Lot 1393 dan ditukar namanya kepada Sekolah Ugama Menengah Rendah Kuala
Klawang. Sebuah bangunan tambahan yang mempunyai keluasan 102 kaki panjang x 23
kaki lebar telah didirikan bagi menampung pelajar yang kian bertambah pada 23 Mei
1966. Bermula daripada 45 orang pelajar, sekolah ini terus berkembang di mana
pelajarnya bertambah daripada 45 orang kepada 74 orang dengan tenaga pengajarnya
seramai 3 orang.
3
Akur dengan perkembangan semasa dan kehendak masyarakat pada ketika itu
yang berlumba-lumba menghantar anak mereka ke sekolah agama, bangunan yang sedia
ada tidak lagi sesuai atau mencukupi bagi menampung kehendak prasarana pendidikan
yang semakin maju. Oleh yang demikian, pada tahun 1995 sehingga 1997 sekali lagi
pelajar-pelajar sekolah ini terpaksa menumpang di sebuah bangunan lama yang
ditinggalkan oleh Pusat Giat Mara Jelebu berhampiran dengan Balai Undang Jelebu bagi
memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru dan baik pulih bangunan yang sedia
ada.

Sehingga ke hari ini, Sekolah Menengah Rendah Agama Kuala Klawang masih
berada di tapak yang sama dan diletakkan di bawah naungan Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan telah dilakukan MOU dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 2009 dan dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK). Sekolah ini kini mempunyai 4 blok bangunan iaitu Bangunan A
(Pentadbiran), Bangunan B (Bilik Darjah / Dewan Semarak), Bangunan C (Bilik Darjah,
Bengkel KHB dan Stor) dan Bangunan D (Bilik Guru, Bilik BOSS). Sepanjang 52 tahun
penubuhannya, sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam pelbagai
bidang baik dalaam bidang Agama mahupun bidang-bidang yang lain.

4
1.2 LATAR BELAKANG SEKOLAH
PROFIL SEKOLAH

BIL PERKARA

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH :


1 SMR AGAMA KUALA KLAWANG
71600 KUALA KLAWANG
JELEBU, NEGERI SEMBILAN.
KOD SEKOLAH : 3. LOKASI :
2
NFT 00001 LUAR BANDAR

GRED SEKOLAH : 5. JENIS BANTUAN


4.
A SEKOLAH BANTUAN KERAJAAMN

DAERAH PENTADBIRAN : 7. JENIS MURID


6.
JELEBU LELAKI DAN PEREMPUAN

MAKLUMAT KOMUNIKASI:
8.
TELEFON : 06 6138523
FAKSIMILI : 06 6136529
NAMA PENGETUA :
9.
HAJAH HASNAH BT MOHD YASIN

LUAS KAWASAN SEKOLAH : 11. SESI PERSEKOLAHAN :


10.
23 KAKI X 102 KAKI PERSEGI 1 SESI

BILANGAN GURU : 13. BILANGAN STAF SOKONGAN :


12.
12 ORANG 5 ORANG

BILANGAN MURID : 15. BILANGAN MURID ASRAMA :


14.
66 ORANG TIADA

BILANGAN KELAS : 17. TINGKATAN


16.
3 SATU HINGGA TIGA

5
1.3 MOTO SEKOLAH

MOTO SMRA KUALA KLAWANG

KEREDAAN ALLAH MATLAMAT KAMI

1.4 VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SMRA KUALA KLAWANG

SMRA KUALA KLAWANG MENJADI SEKOLAH SABK TERBAIK DI NEGERI SEMBILAN

MISI SMRA KUALA KLAWANG

Memberi pendidikan berkualliti demi melahirkan pelajar bersahsiah terpuji dan


berketerampilan serta mendapat keredaan Allah SWT

1.5 SLOGAN SEKO LAH

SLOGAN SMRA KUALA KLAWANG

Insan Cemerlang Sekolah Gemilang


6
1.6 NILAI SEKOLAH

NILAI SEMARAK

E Seia sekata
Efisien
M
Musyawarah
A Amanah
R Rasional
Adil
A
Konsisten
K

1.7 FALSAFAH SEKOLAH

FALSAFAH SMRA KUALA KLAWANG

Berusaha mendidik pelajar berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah ke arah melahirkan pelajar
cemerlang dunia dan akhirat

7
1.8 PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SMRA KUALA KLAWANG DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN :

1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama sesi
persekolahan bermula.

2. Memastikan buku teks SPBT diedarkan kepada pelajar dalam tempoh ( 1 ) minggu
sebelum sesi persekolahan baru bermula.

3. Memaklumkan mengenai sabarang program kepada pelajar dalam tempoh ( 1 ) minggu


sebelum pelaksanaannya.

4. Memaklumkan keputusan peperiksaan atau ujian dalam tempoh empat ( 4 ) minggu


selepas tamat peperiksaan.

5. Menyediakan enrolmen pelajar yang kemaskini dan tepat serta sah setiap bulan.

6. Mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga dalam tempoh sati ( 1 ) minggu sebelum
menyertai sebarang pertandingan.

7. Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai disiplin
dan pengurusan sekolah adalah menapati tempoh-tempoh berikut :
a. Akuan penerimaan dalam tempoh tiga ( 3 ) hari.
b. Maklum balas awal dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari.
c. Laporan status aduan dalam tempoh ti ga puluh ( 30 ) hari.

8
1.9 LENCANA SEKOLAH / TONGGAK PERKHIDMATAN SEMARAK

Huraian Logo

Warna hijau Lambang kedamaian dan keharmonian

Warna kuning Lambang kedaulatan institusi diraja

Obor berwarna merah Semangat juang yang membara dalam mencapai kejayaan

Bulan sabit dan bintang Memupuk nilai keagamaan

Buku dikiri dan kanan Menuntut ilmu adalah satu kewajipan


obor

Gambar padi Melambangkan jalinan perpaduan yang menjadi amalan budaya


sekolah.

9
1.10 STRUKTUR ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI
SMRA KUALA KLAWANG 2013

10
1.11 PELAN SEKOLAH

11
1.12 KEMUDAHAN FIZIKAL / PRASARANA SEKOLAH

Jadual dibawah merujuk kepada kemudahan prasarana yang ada di SMR Agama Kuala
Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Bil Kemudahan Catatan Bil Kemudahan Catatan

Pusat Sumber
1 Kapasiti 40 0rang 12 Wakaf 30 orang
sekolah

Kapasiti 30 Tapak
2 3 Bilik Darjah 13 70 orang
orang/bilik Perhimpunan

3 Bilik Komputer Kapasiti 10 orang 14 Kantin 30 orang

4 Bilik Sains 1 buah

Bilik Kemahiran
5 1 Bengkel KMT/ERT
Hidup

6 Bilik Gerakan Kapasiti 30 orang

Menyediakan ruang
7 Bilik Kaunseling
perbincangan

8 Bilik Guru Kapasiti 10 orang

Menempatkan semua
9 Bilik Pejabat
fail

10 Stor Sukan 1 buah

11 Stor Barang/ Pekerja 1 buah

12
1.13 PIBG

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang penting dalam membantu
peningkatan kualiti pendidikan sekolah. Matlamat PIBG ditubuhkan adalah untuk
membangunkan sekolah dan membantu sekolah menjalainkan kerjasama dengan dengan
masyarakat setempat. PIBG juga membantu sekolah mencari sumber kewangan untuk
melaksanakan program dan aktiviti dalam bidang akademik, kokurikulum serta Hal Ehwal Murid
dalam membina kemenjadian pelajar. Selain dari itu kepentingan peranan PIBG adalah untuk
membantu peningkatan kualiti pendidikan dalam membantu sekolah kearah kecemerlangan.

Senarai Nama Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013

BIL NAMA JAWATAN


1. PN. HAJAH HASNAH BT MOHD YASIN EX-OFFICIO
2. EN. MOHD FOUZI BIN MOHD ISA YANG DIPERTUA
3. PN. ZALINA BT WAHID NAIB YANG DIPERTUA
4. PN. AZNIDA BT ABDULLAH SETIAUSAHA
5. PN. SRI SABARIAH BT MOHD SAMSIR BENDAHARI
6. PN. JULIANA BT OTHMAN AJK GURU
7. PN. FATHLINA BT MUSA AJK GURU
8. PN.ROSNAH BT TABRI AJK IBUBAPA
9. PN. ROHEMAH BT SAHAK AJK IBUBAPA
1.14 ENROLMEN MURID
Data statistik enrolmen pelajar SMR Agama Kuala Klawang sehingga 28 Jun 2013.

BIL TINGKATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


1. 1 AL WAFA 12 12 24
2. 2 ALSUFI 7 17 24
3. 3 AL TUSI 7 11 18
JUMLAH 26 40 66

1.15 BILANGAN STAF


KAKITANGAN AKADEMIK
Bilangan kakitangan akademik SMR Agama Kuala Klawang sehingga 28 Jun 2013 ialah
seramai 12 orang.

Analisis Kakitangan Akademik


Berdasarkan jantina.
BIL LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1. 2 10 12

Berdasarkan Gred
GRED JAWATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
DG 52 1 1
DG 48 2 2
DG 44 1 1
DG 41 2 3 5
DG 32 1 1
DG 29 2 2
JUMLAH 2 10 12
Berdasarkan Pensiswazahan
BUKAN
SISWAZAH JUMLAH
SISWAZAH
L P L P
Pengetua 1 1
Pen. Kanan Akademik 1 1
Pen. Kanan HEM 1 1
Pen. Kanan Kokurikulum
Guru Kanan Matapelajaran (Bahasa) 1 1
Kaunselor 1 1
Guru Penyelaras Media 1 1
Bidang Bahasa 1 1 2
Bidang Kemanusiaan 1 1
Bidang Sains / Matematik 1 1 2
Bidang Teknik / Vokasional 1 1
JUMLAH 2 7 3 12

STAF SOKONGAN
Bilangan staf sokongan SMR Agama Kuala Klawang sehingga tarikh 28 Jun 2013 adalah
seramai 6 orang.
JENIS PEKERJAAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
Pembantu Tadbir 1 1
Pembantu Tadbir 1 1
Rendah
Pembantu Makmal 1 1
Pekerja Rendah 1 1
Awam
Pembersihan 2 2
JUMLAH 3 3 6
1.16 PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN AKADEMIK

JADUAL 1.16 : PRESTASI PMR 2010 2012

TAHUN % LULUS GRED PURATA PENCAPAIAN


SEKOLAH TERBAIK
2010 42.9 3.27 5A 3B 1C
2011 50.0 2.67 7A 2B
2012 48.0 3.09 7A 2B

Mulai tahun 2010, SMR Agama Kuala Klawang telah diletakkan di bawah bahagian
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Berdasarkan data di dalam
Jadual 1 menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah bagi peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) berbanding sebelum SMRAKK diletakkan di bawah SABK. Malah pada tahun
2011, SMRAKK telah mencapai satu peningkatan yang amat drastik sehingga dianugerah Baiah
bagi tahun tersebut. Namun begitu terdapat sedikit penurunan pada tahun 2012, ini adalah
kerana untuk menjadi cemerlang bukanlah sesuatu perkara yang mudah tetapi untuk
mengekalkan kecemerlangan tersebut adalah sesuatu yang agak sukar. Ia memerlukan
pengorbanan dan usaha semua pihak agar kecemerlangan dapat terus dicapai. Namun, usaha
akan terus dilaksanakan demi meningkatkan lagi prestasi pelajar agar mencapai keputusan yang
cemerlang pada tahun 2013.
BAB 2 : KAJIAN KEPERLUAN

2.1 PENDAHULUAN

Matapelajaran Bahasa Inggeris adalah amat penting dalam sistem pendidikan di Negara
seiring dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam
dunia global. Selaras dengan itu Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) digubal dengan
tujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi mereka secara
menyeluruh dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan psikomotor. Justeru penguasaan bahasa
oleh pelajar sangat ditekankan dalam kurikulum tersebut. Bahasa Inggeris sememangnya
penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memajukan Negara bagi mencapai Wawasan
2020. Dalam konteks kurikulum pula, Bahasa Inggeris bertujuan membekalkan pelajar
kemahiran untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna dan relevan kepada kehidupan
seharian. Penggunaan Bahasa Inggeris di Malaysia diajar secara formal dan dimasukkan sebagai
silibus pada seawal pendidikan pra-sekolah (Siti Hanim Stapa, Nadzrah Abu Bakar dan Rozamel
Abdul Latiff, 2007). Mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib diambil oleh semua pelajar dari
darjah satu hingga tingkatan lima. Akan tetapi, pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar pada masa ini masih pada tahap yang kurang memuaskan terutama
pelajar-pelajar luar bandar.

Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan awam bagi matapelajaran
Bahasa Inggeris. Che Ton (2005) menyebut pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris telah
mengalami pelbagai perubahan dan pembangunan. Namun, keputusan peperiksaan awam sejak
tahun 1999 menunjukkan bahawa Bahasa Inggeris mengalami kemerosotan (Rosadah Abd
Majid, Noriah Mohd Ishak & Zalizan Mohd Jelas, 2004). SMR Agama Kuala Klawang juga
tidak lari dari menghadapi situasi yang sama. Pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris masih pada tahap yang kurang memuaskan. Perkara ini mungkin dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti latar belakang pelajar dan juga sikap pelajar. Justeru, pihak pengurusan
sekolah dan Panitia Bahasa Inggeris berpendapat satu pendekatan harus diambil bagi mengatasi
masalah ini. Mereka berpendapat walaupun terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi
tahap pencapaian tersebut, namun ia boleh diatasi jika usaha yang gigih dilakukan. Kemampuan
pelajar untuk cemerlang boleh dioptimakan jika usaha yang berterusan dapat dilaksanakan.
Pencapaian pelajar dalam matapelajaran ini akan ditingkatkan agar mencapai kelulusan 100
peratus disamping memastikan Gred Purata Matapelajaran (GPMP) berada pada tahap yang baik.

Dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian ini, beberapa analisis keperluan akan
dijalankan melalui beberapa kaedah seperti berikut :
i. Menganalisis data-data peperiksaan dan head count.
ii. Kaedah pemerhatian terhadap p d p matapelajaran Bahasa Inggeris.
iii. Soal selidik keatas murid.
iv. Soal selidik keatas guru.

2.2 ANALISIS KAJIAN KEPERLUAN

Hasil analisis keputusan peperiksaan PMR menunjukkan pencapaian matapelajaran


Bahasa Inggeris dalam tempoh 3 tahun bermula pada tahun 2010 sehingga 2012 dari segi
pencapaian gred purata matapelajaran dan peratus lulus yang masih belum mencapai tahap
kelulusan 100 peratus. Jadual 2 di bawah menunjukkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran
Bahasa Inggeris dari tahun 2010 2012.

JADUAL 2 : PENCAPAIAN MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS.

TAHUN % LULUS GPMP


2010 50.0% 3.93
2011 82.8% 3.33
2012 74.0% 3.12
Usaha harus dilakukan bagi memastikan matapelajaran Bahasa Inggeris tidak lagi dilihat
sebagai penyumbang kepada penurunan Gred Purata Sekolah (GPS). Tambahan pula pencapaian
peratus lulus matapelajaran Bahasa Inggeris lebih rendah berbanding matapelajaran yang lain
(rujuk Lampiran). Justeru, satu pendekatan harus diambil bagi mengatasi masalah yang
dihadapi. Hasil rumusan berdasarkan laporan post-mortem dalam TOV dan Ujian Formatif 1,
terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab pencapaian prestasi murid tidak memuaskan.
Antara faktor-faktor yang dikenalpasti adalah kurangnya pemahaman terhadap Bahasa Inggeris
dan pelajar tidak dapat menulis karangan dengan baik. Masalah ini harus diatasi dengan baik
memandangkan Bahasa Inggeris merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam
merealisasikan halatuju kecemerlangan sekolah.

Namun, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutama di luar bandar
adalah satu cabaran dalam sistem pendidikan kerana ia dianggap bahasa asing dalam sistem
pendidikan Malaysia. Kern (2000) menyatakan, kebanyakkan program bahasa asing bertujuan
untuk memperkembangkan kompetensi dalam bahasa ini. Menurut Azizi Yahaya, Shahrin
Hashim dan Fadhlina Mohd Azizuddin (2010), penggunaan Bahasa Inggeris di dalam bidang
sains dan teknologi, perubatan, perdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam
era-globalisasi dan pengetahuan-ekonomi. Justeru, pelajar-pelajar dalam era globalisasi ini
harus berusaha untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana Bahasa Inggeris bukan
hanya sekadar untuk memenuhi keperluan dan pendidikan asas sahaja, namun yang lebih penting
ia dapat membantu di dalam keperluan pekerjaan dan social individu di masa akan datang.
Kesimpulannya walaupun Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan namun
mengusai Bahasa Inggeris amat juga anmat penting untuk kemajuan Negara. Oleh itu, ibu bapa
juga memainkan peranan yang positif dalam memastikan kecemerlangan sekolah melalui
keptusan peperiksaan anak mereka. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan di sekolah
penandaarasan, teknik latih tubi yang dijalankan mampu membantu meningkatkan pencapaian
pelajar kepada tahap yang lebih baik. Justeru, teknik latih tubi ini akan cuba diterapkan kepada
sekolah sandaran. Namun, pengubahsuaian perlu dibuat untuk sekolah sandaran berdasarkan
keperluan dan kemampuan sekolah.
Kesimpulannya, satu analisis kajian keperluan akan dilakukan bagi mendapatkan
maklumat dan pandangan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar tentang pencapaian mata
pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Borang Soal Selidik telah diberi kepada kumpulan yang
terlibat bagi mendapatkan data yang diperlukan. Pemerhatian juga dilakukan, dalam menilai
tahap penguasaan dan penggunaan pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

2.2.1 PEMERHATIAN
Pemerhatian dijalankan ketika pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, sewaktu teknik latih tubi dijalankan, semasa Ujian Pre-Test dan Post-Test dan
semasa Program Road to Excellence berjalan. Pemerhatian dijalankan untuk melihat dan
menilai tingkah laku pelajar terhadap proses yang berjalan. Menurut Sidek Mohd Noah (2002),
pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang diguanakan untuk mengukur pemboleh
ubah penyelidikan. Ia bertujuan untuk mengamati tingkah laku peserta. Berdasarkan
pemerhatian, pelajar didapati memberi respon yang positif terhadap semua aktivti yang
dijalankan. Tindakan ini secara tidak langsung dapat menanam minat pelajar untuk belajar
Bahasa Inggeris dan lebih yakin dalam meningkatkan pencapaian mereka didalam peperiksaan.

2.2.2 BORANG SOAL SELIDIK


Borang soal selidik diberi kepada sekumpulan guru dan pelajar untuk mendapatkan
jawapan tentang teknik latih tubi yang digunakan dalam meningkatkan pencapaian matapelajaran
Bahasa Inggeris (Lampiran A). Ia juga bertujuan untuk menilai keberkesanan teknik latih tubi
dalam mmeningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
dan seterusnya mencapai keputusan yang lebih baik. Hasil dapatan borang soal selidik mendapat
hamper 85% guru-guru dan pelajar yang terlibat merasakan teknik latih tubi dapat meningkatkan
kefahaman dan penguasaan mereka dalam soalan-soalan yang diberikan semasa Ujian Post-Test
dijalankan. Selain dari itu para pelajar berasa lebih yakin menggunakan Bahasa Inggeris yang
mudah semasa Program Road to Excellence dijalankan. Kesimpulannya, teknik latih tubi jika
dilaksanakan secara berfokus dan bersistematik mampu unruk meningkatkan tahap pencapaian
pelajar di dalam peperiksaan. Teknik latih tubi juga mampu membian keyakinan diri pelajar
dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
2.3 SASARAN KAJIAN

Program Road to Excellence yang menjurus kepada teknik latihtubi berfokus dipilih
untuk dilaksanakan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 Al-Tusi yang akan menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2013. Pelajar-pelajar ini menjadi
sasaran kajian bagi melihat keberkesanan program yang dipilih. Pelaksanaan program ini juga
dilihat sebagai satu usaha berterusan dalam meningkatkan pencapaian pelajar SMR Agama
Kuala Klawang di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris yang agak sukar untuk mereka kuasai.
Sehubungan dengan itu diharap program yang dilaksanakan akan dapat memberi impak yang
positif kearah penambahbaikan yang diharapkan.

2.4 KEPUTUSAN MELAKSANAKAN PROGRAM

Berdasarkan pencapaian matapelajaran Bahasa Inggeris dalam 3 tahun kebelakangan,


pihak pengurusan sekolah dan Panitia Bahasa Inggeris mengambil keputusan untuk membuat
penambahbaikan dalam pencapaian pada tahun semasa. Keputusan melaksanakan Program
Road to Excellence menjurus kepada latih tubi berfokus didapati sesuai dengan tahap
penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Melalui program ini, pelajar-pelajar akan diberi soalan latih
tubi berfokus yang menjurus kepada bentuk soalan peperiksaan. Justeru, program ini
diharapkan akan dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar secara berterusan.
Sehubungan dengan itu, dapatan daripada program ini diharap dapat dijadikan satu usaha
berterusan dalam memastikan peningkatan pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris dan juga
tahap penguasaan pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung program
ini diharap akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menguasai
matapelajaran Bahasa Inggeris.

Pemilihan program latih tubi berfokus ini dilihat sebagai program yang amat diperlukan
dan boleh membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
Program ini juga dililihat relevant dan praktikal dari segi bahan , kos dan sumber. Dari segi
bahan dan sumber, guru-guru boleh menggunakan pelbagai bentuk soalan yang sesuai dari
sumber-sumber yang boleh dipercayai.. Latih tubi ini juga dilihat praktikal kerana ia tidak
melibatkan kewangan yang besar. Teknik latih tubi dilihat sebagai satu strategi pembelajaran
yang menggunakan tenaga serta kos yang sedikit tetapi dapat menghasilkan kesan pengajaran
dan pembelajarn yang maksimum. Melalui teknik latih tubi yang dilaksanakan, pelajar lebih
positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Menurut Bong Yong Ping
dan Ragbir Kaur (1998), proses pembelajaran seseorang individu dipengaruhi oleh pelbagai
faktor, jika seseorang itu adalah positif, proses pengajaran akan menjadi lebih efektif. Sikap
positif akan menghasilkan keputusan yang lebih baik.
BAB 3 : KAJIAN LITERATUR

3.1 PENDAHULUAN

Di Malaysia, matapelajaran Bahasa Inggeris diajar sebagai sebahagian daripada


Kurikulum Kebangsaan untuk mencapai objektif dalam Polisi Pendidikan, Falsafah Pendidikan
Malaysia dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Didalam PPPM,
fokus diberi terhadap 5 aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Salah satu aspirasi tersebut
berfokus kepada konsep kualiti yang perlu ada dalam diri setiap murid. Untuk lebih mantap
PPPM akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Malaysia begi membangunkan
pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Salah satu kriteria didalam
aspirasi murid merujuk kepada Kemahiran Dwibahasa seperti yang dinyatakan dalam PPPM,
Kemahiran Dwibahasa : Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya Bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid
sepatutnya berupaya menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam persekitaran
kerja. Disamping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajari bahasa
lain sebagai bahasa tambahan.

Oleh itu, Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam menimba ilmu
pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi dan bidang perniagaan. Disamping itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melaksanakan satu dasar yang dikenali sebagai
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pada
dasarnya MBMMBI adalah merupakan soft-landing kepada Pengaajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Definisi memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud
meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya sesuai dengan kedudukannya sebagai
Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.
Manakala memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa
Inggeris sabagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunukasi dan bahasa ilmu di peringkat
nasional dan antarabangsa.

Justeru dengan melihat kepada kepentingan yang dinyatakan dalam dasar MBMMBI,
pihak sekolah merasakan usaha harus dijalankan dalam memastikan pelajar dapat menguasai
Bahasa Inggeris dengan baik sekaligus meningkatkan pencapaian mereka. Program bimbingan
peperiksaan berfokus didapati dapat memberi impak positif dalam meningkatkan keyakinan
pelajar untuk terus belajar kearah kecemerlangan. Program seperti ini membolehkan pelajar-
pelajar di sekolah harian memperolehi bimbingan pendidikan berkualiti. Memperkasakan
kecemerlangan pelajar menjadi tanggungjawab bersama khususnya dalam pencapaian akademik
seperti dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menjadi kayu ukur tahap kualiti para
pelajar. Justeru, dengan mengadakan program latihan dan ujian yang berulangkali, sistematik
serta terancang diyakini dapat menjana pencapaian cemerlang pelajar.

3.2 MASALAH PEMBELAJARAN DALAM MATAPELAJARAN B. INGGERIS

Berdasarkan laporan post mortem mendapati sebilangan pelajar tidak dapat menguasai
subjek ini dengan baik. Pelajar didapati tidak dapat memahami maksud dalam Bahasa Inggeris
dengan baik dan juga tidak dapat menulis karangan dengan baik. Meereka tidak dapat
mengembangkan idea dalam penulisan karangan dan tidak dapat mengenalpasti isi penting
dalam soalan meringkaskan karangan. Selain dari itu, pelajar juga tidak dapat memahami dan
memilih jawapan yang sesuai dalam soalan objektif. Ini menyebabkan markah bagi soalan-
soalan objektif tidak memuaskan bagi sebilangan pelajar. Jika scenario ini dibiarkan, maka ia
akan menjejaskan peratus kelulusan keseluruhan dalam Bahasa Inggeris. Kurangnya
pemahaman membataskan usaha pelajar untuk menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris dengan
baik. Justeru, teknik latiht tubi berfokus dilihat dapat membantu pelajar untuk memahami
bahasa dengan lebih baik lagi.
3.3 KAEDAH BELAJAR MENGGUNAKAN LATIHTUBI BERFOKUS

Kejayaan dalam bidang akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika pelajar
memperoleh cara atau strategi belajar yang berkesan. Pelbagai faktor penyumbang kepada
kejayaan pelajar seperti kecerdasan intelek, daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih
ketiak proses pengajaran dan pembelajaran serta strategi belajar yang mantap (Khalid, 2005).
Guru-guru memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran tersebut. Menguasai
kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh
setiap pelajar untuk membolehkan mereka mengumpul, memproses dan merumus maklumat
secara kendiri dan seterusnya menuju kearah pembelajaran. Menurut Wittrock, Good and
Brophy (1990), belajar adalah satu terminologi yang menggambarkan suatu proses perubahan
melalui pengalaman. Justeru, kombinasi pelbagai strategi dan kemahiran belajar adalah
merupakan cara belajar yang berkesan. Faktor penentu kepada peningkatan pencapaian adalah
cara atau teknik belajar yang baik.

Salah satu teknik kemahiran belajar yang dipilih baagi melaksanakan program Road to
Excellence adalah latih tubi berfokus. Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta
atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran
disamping menjamin kekekalannya seperti latihan memahami soalan dan memberi jawapan yang
wajar. Teknik latih tubi ini adalah berdasarkan teori pembelajaran behaviorisme yang dipelopor
oleh Ivan Pavlov. Menurut Yahya bin Othman (2005), teknik latih tubi adalah teknik
pembelajaran di dalam teori behaviorisma. Antara tokoh-tokoh yang menjadi pelopor teori
behavioris adalah Watson, Pavlov, Thorndike, Skinner dan ahli bahasa Bloonfeld. Teori
behavioris ini amat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan
intensif yang dijalankan oleh pelajar, kecekapan mereka dapat dipertingkatkan. Teknik latih tubi
juga amat mementingkan rangsangan dan pengukuhan. Ia bertujuan memberi latihan dan
pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang dipelajari. Penggunaan latih
tubi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan pelajar.
Teori behaviorisme adalah bersandarkan kepada perubahan tingkahlaku. Dengan
melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik.
Teori behaviorisme memberi penekanan terhadap perubahan tingkah laku yang dapat dilihat
dengan jelas bentuknya akibat sesuatu rangsangan (Skinner, 1995). Aktiviti-aktiviti seperti
bimbingan, latihan, pemberian ganjaran, pengukuhan dan tunjukajar yang berterusan adalah
penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan. Menurut teori pelaziman klasik,
Pavlov, ganjaran atau pengukuhan lisan dapat mengekalkan minat belajar. Untuk
memotivasikan pelajar secara berterusan setiap latih tubu atau kuiz mesti mengambilkira aspek
ganjaran. Justeru, teknik latih tubi ini dilihat dapat membantu pelajar untuk lebih memahami
matapelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Ganjaran dan pengukuhan perlu diberi agar
penguasaan terhadap matapelajaran tersebut akan lebih mantap.

Namun begitu, kelemahan teknik inin adalah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
kreativiti murid. Walaubagaimanapun, teknik boleh membantu pelajar yang lemah untuk dapat
memahami bentuk soalan dengan baik. Melalui teknik latih tubi berfokusi pelajar dibimbing
menerusi satu siri latihan praktis yang direkabentuk untuk meningkatkan kefasihan dalam
kemahiran belajar pelajaran baru atau membuat ulangkaji. Penggunaan kaedah ini adalah
dengan anggapan pelajar telahpun menerima pengajaran tentang konsep, prinsip atau prosedur
dalam soalan. Untuk menjadikan kaedah ini lebih berkesan, latihtubi perlu memasukkan
maklum balas penyemakan untuk memulihkan kesalahan yang pelajar mungkin buat sepanjang
proses. Berdasarkan pemerhatian, teknik latih tubi berfokus ini dilihat dapat membantu pelajar
meningkatkan pencapaian matapelajaran bahasa Inggeris mereka.
BAB 4 : PERANCANGAN STRATEGIK

4.1 PENDAHULUAN

Sebelum menjana sesuatu strategi, langkah pertama yang harus dilakukan ialah
menjalankan analisa persekitaran untuk mendapatkan maklumat. Proses ini sangat penting
kerana maklumat yang diperolehi dapat memberikan gambaran kedudukan semasa sebelum
sesuatu perancangan dibuat. Analisis SWOT digunakan untuk mendapatkan maklumat,
kekuatan,, kelemahan, peluang dan cabaran yang digunakan untuk menjana strategi
penambahbaikan. Kesemua rancangan jangka panjang dan jangka pendek amat penting
dilaksanakan disamping ianya dikaji dari semasa ke semasa agar penambahbaikan dapat
dilaksanakan dengan baik. Menurut David F.R. (1997), perancangan strategik merupakan satu
seni merancang, melaksana dan menilai keputusan untuk mencapai objektif organisasi. Betapa
pentingnya perancangan juga dapat dilihat seperti kata-kata Confucius (551-497 B.C), If you
know where you are going, you stand a chance of getting there.

4.2 ANALISIS SWOT

Hasil pemerhatian dan perbincangan dengan barisan pihak pentadbir dan


Panitia Bahasa Inggeris satu analisis persekitaran berkaitan pencapaian Bahasa Ingggeris
telah dibina seperti beriku:
JADUAL 4,3 :

ANALISIS PERSEKITARAN (SWOT) PROGRAM KECEMERLANGAN


KURIKULUM

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


S1 Pengetua yang komited W1 Pelajar kurang berminat dalam pelajaran
S2 Terdapat seorang guru pemeriksa kertas menyebabkan pencapaian tidak mencapai
PMR sasaran sekolah.
S3 Guru sentiasa peka terhadap perubahan W2 75% pelajar mempunyai tahap
skema pemarkahan mengikut kehendak LPM pencapaian rendah.
S4 Guru sentiasa mendapat latihan / kursus W3 Pelajar kurang yakin dan tidak
S5 Komitmen guru sangat tinggi terhadap p n bermotivasi serta menganggap subjek B.
p Inggeris adalah asing dan sukar dikuasai
S6 Semangat kerja sepasukan W4 Pelajar lemah dalam menguasai asas
mendengar, membaca, menulis dan bertutur
dalam Bahasa Inggeris.
W5 Kehadiran ibubapa pada mesyuarat
PIBG adalah kurang memuaskan.
PELUANG (O) ANCAMAN (T)
O1 Wujud kerjasama dan sokongan padu T1. Lokasi sekolah terdedah kepada gejala
daripada panitia lain, pihak pentadbir sekolah, sosial.
PIBG, PPD, JPNS, SPI dan BPI Putrajaya. T2 Kurang mendapat sokongan daripada ibu
O2 Hubungan baik serta jalinan kerjasama bapa terhadap program-program sekolah.
yang erat dengan agensi luar seperti ADUN, T3 Kehadiran pelajar selepas tamat
Polis, Kesihatan, JPAM, Kesihatan dan lain- peperiksaan akhir tahun kurang memuaskan.
lain agensi. T4 Tahap kesedaran ibu bapa terhadap
O3 Hubungan baik guru-guru dalam pencapaian akademik anak mereka adalah
kelompokdari sekolah-sekolah berdekatan. sederhana.
O4 Akses kepada sumber-sumber bahan T5 Tanggapan negatif masyarakat terhadap
melalui media dan IT yang meluas. sekolah kerana tahap pencapaian akademik
O5 Peruntukan kewangan dari BPI dan SPI kurang memuaskan.
serta pihak lain untuk menjalankan program-
program yang dirancang.
4.3 TOWS MATRIK

Analisis TOWS matriks perlu dibuat bagi menjana dan memilih strategi yang sesuai hasil daripada analisis SWOT seperti
dalam Jadual 4.2. Melalui TOWS Matriks beberapa strategi yang difikirkan sesuai ditentukan seperti jadual dibawah :

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)

S1 Pengetua yang komited. W1 Pelajar kurang berminat dalam


Dalaman
S2 Terdapat seorang guru pemeriksa pelajaran menyebabkan pelajar tidak
kertas PMR. mencapai sasaran sekolah.
S3 Guru sentiasa peka terhadap W2 75% pelajar mempunyai tahap
perubahan skema pemarkahan mengikut pencapaian rendah.
kehendak Lembaga Peperiksaan W3 Pelajar kurang yakin dan tidak
Malaysia. bermotivasi serta menganggap subjek
S4 Guru sentiasa mendapat latihan / Bahasa Inggeris asing dan sukar untuk
kursus untuk meningkatkan dikuasai.
profesionalisme daripada pihak dalaman / W4 Pelajar masih kurang yakin dan
luar lemah dalam menguasai asas mendengar,
S5 Hubungan yang erat diantara pihak membaca, menulis dan bertutur dalam
Bahasa Inggeris.
Luaran pentadbir, guru-guru dan staf sokongan.
W5 Kehadiran ibu bapa pada mesyuarat
S6 Semangat kerja berpasukan. PIBG kurang
PELUANG (O)
S1+S3+S6+ O3+O4+W1+W3
O1 Wujud kerjasama dan sokongan yang padu S1+S3+S4+ S5+S5+O3+O6
daripada panitia lain, pihak pentadbir 3. Menyediakan program kepada
1. Menyediakan program khas yang pelajar untuk meningkatkan prestasi
sekolah, PIBG, PPD, JPNS, SPI dan BPI berfokus
Putrajaya. akademik.
O2 Hubungan baik serta jalinan kerjasama yang
erat dengan agensi luar seperti ADUN, Polis,
Kesihatan & MDJ. S1+S4+O1+O3+W1+W3 S1+S3+S6+O3+W3+W4
O3 Hubungan baik guru-guru dalam kelompok
dari sekolah-sekolah berdekatan. 2. Melaksanakan program perkongsian 4. Memotivasikan guru-guru untuk
O4 Akses kepada sumber-sumber bahan kepakaran dalam kalangan staf. meningkatkan profesionalisme.
melalui media dan IT yang meluas.
O5 Peruntukan kewangan dari BPI dan SPI
serta pihak lain untuk menjayakan program
sekolah yang dirancang.
ANCAMAN / CABARAN (T)

T1 Lokasi sekolah terdedah kepada gejala


sosial.
T2 Kurang mendapat sokongan daripada
ibubapa terhadap program-program sekolah.
T3 Kehadiran pelajar selepas tamat peperiksaan
akhir tahun kurang memuaskan.
T4 Tanggapan negatif masyarakat terhadap
sekolah kerana tahap pencapaian akademik
kurang memuaskan.
T5 Tahap kesedaran ibu bapa terhadap
pencapaian akademik anak mereka adalah
sederhana..
4.4 MATRIK RANKING

Berpandukan strategi yang dijana menggunakan TOWS Matrik , dibawah adalah senarai
strategi yang telah dikenalpasti.

Jadual : Senarai Strategi Yang Telah Dijana

BIL KOD STRATEGI STRATEGI

1 Strategi SO Menyediakan program khas iaitu Program


Latihtubi berfokus
S2 + S3 + O3

2 Strategi SO Melaksanakan program perkongsian


kepakaran dengan staf
S5 + S6 + O1

3 Strategi WO Menyediakan program kepada pelajar untuk


meningkatkan prestasi akademik
S1 + O5

4 Strategi SO Memotivasikan guru-guru untuk


meningkatkan profesionalisme
S7 + O2

4.5 ANALISIS PEMILIHAN STRATEGIK

Proses pemilihan strategik dibuat dengan menggunakan kaedah Analisis Pemilihan Strategi
Berdasarkan Pemberatan. Tujuan penggunaan kaedah ini ialah untuk menilai strategi yang perlu
diberi keutamaan dan paling berkesan sekiranya ianya dilaksanakan. Perbincangan telah dibuat
bersama-sama Penolong Kanan Akademik dan guru-guru dalam Bidang Bahasa untuk
mengenalpasti pemberatnya. Pemilihan strategi yang disenaraikan berdasarkan faktor-faktor
penerimaan oleh semua pihak dan berdasarkan kesesuaian masa serta kos untuk dilaksanakan.

SKALA :
1 - Amat Rendah
2 - Rendah
3 - Sederhana
4 - Tinggi
5 - Amat Tinggi
4.6 PELAN STRATEGIK

Berdasarkan isu yang telah dibincangkan dalam analisis SWOT, satu pelan strategik telah dibina. Dalam kajian ini matlamat
kurikulum amat jelas iaitu untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Peningkatan ini
diperincikan lagi berdasarkan kepada objektif perancangan iaitu untuk memastikan pelajar mencapai kelulusan 100 peratus dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris. Dalam masa yang sama target peratus lulus selepas program dijangka akan mencapai kelulusan
melebihi 50 peratus. Satu lagi objektif yang disasarkan adalah untuk memastikan terdapat peningkatan dalam Gred Purata
Matapelajaran (GPMP) bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Berdasarkan Isu, Matlamat, Objektif, KPI serta Sasaran yang telah
dikenalpasti, satu Pelan Strategik telah disediakan.

Jadual 4.6 Pelan Strategik

SASARAN
BIDANG ISU MATLAMAT OBJEKTIF KPI TOV
2013

Peratus pelajar yang


Kurikulum Tahap Meningkatkan Meningkatkan lulus dalam 76 100%
(Matapela pencapaian tahap pencapaian matapelajaran Bahasa
jaran matapelajar pencapaian Bahasa Inggeris Inggeris
Bahasa an Bahasa kecemerlangan dari segi kualiti
Inggeris) Inggeris akademik. dan kuantiti
Bilangan pelajar 0 2
belum
mencapai gred A
mencapai sa
saran.
Gred Purata Mata 3.33 3.12
Pelajaran (GPMP)
BAB 5 : PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Pelan Taktikal


Pelaksanaan Program Latihtubi Berfokus diharap dapat mencapai objektif program seperti yang dipaparkan dalam Pelan Taktikal di
dalam Jadual . Dalam pelan tindakan ini, tempoh pelaksanaan amat penting memandangkan jangkamasa program adalah hanya
selama 8 minggu sahaja. Dalam tempoh tersebut, perancangan rapi perlu dibuat supaya proses pelaksanaan dapat dijalankan dengan
cekap dan berkesan.

Jadual 5.1 : Pelan Taktikal

Strategi 1 : Pemantapan pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris

Bil Program / Projek Tanggungjawab Tempoh / Kos / Sumber Output KPI Pelan Kontigensi
Hari
Meningkatkan % kelulusan
1. Program Latih Tubi Guru Kanan 8 minggu Tabung kefahaman murid dalam
Berfokus Matapelajaran Kecemerlangan murid terhadap ujian yang
Akademik matapelajaran diadakan
Meningkatkan % kelulusan
2. Program Road to Guru Kanan 1 hari Tabung kefahaman murid dalam
Excellence Matapelajaran Kecemerlangan murid terhadap ujian yang
Akademik matapelajaran. dijalankan
5.2 Pelan Operasi

Berdasarkan Pelan Taktikal, program yang akan dilaksanakan diperincikan melalui Pelan
Operasi. Langka-langkah yang perlu dilaksanakan disediakan mengikut proses kerja yang telah
disusun. Bermula dengan perbincangan bersama pihak pentadbir bagi mengenalpasti program
yang hendak dilaksanakan sehinggalah kepada mesyuarat kerja dan agihan tugas jawatankuasa.
Pelan Operasi program yang akan dilaksanakan adalah seperti jadual dibawah,

5.2.1 PELAN OPERASI


Nama Program Program Road to Excellence
Matlamat Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Matapelajaran Bahasa Inggeris
Objektif Meningkatkan pencapaian peratus lulus, kualiti GPMP dan bilangan gred
A dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
Tarikh Pelaksanaan 20 Jun 2013
Sasaran Pelajar Tingkatan 3 SMRA Kuala Klawang
Penglibatan Pelajar Tingkatan 3, Semua guru SMRAKK, PIBG dan Penceramah Luar

LANGKAH PROSES KERJA T/JAWAB TEMPOH CATATAN


1 Mesyuarat Guru : Pentadbir 1 hari
1.1 Pembentangan kertas
cadangan
1.2 Senarai jawatankuasa
1.3 Agihan tugas
1.4 Hal-hal
2 Surat-menyurat Penyelaras 1 minggu
1.1 Jemputan Penceramah Luar program
Setiausaha
3. Jadual Projek Penyelaras 1 hari
program
4. Pelaksanaan Projek Guru-guru 8 minggu
Bidang bahasa
5. Penilai / Post Mortem Pentadbir dan 1 hari
Penyelaras
program
6. Penilaian : Pemantauan oleh pihak Pentadbir dan Penyelaras Program
7. Tindakan Susulan : i. Post-mortem
ii. Laporan

5.3 Carta Gantt


Penentuan ketepatan pelaksanan Pelan Operasi akan dipermudahkan lagi melalui Carta Gantt.
Carta Gantt dibina dengan tujuan merangka jadual kerja mengikut jangkamasa yang telah
ditetapkan. Dalam program ini, jangkamasa yang diberi adalah selama 8 minggu. Carta Gantt
dibawah adalah merujuk kepada tempoh masa pelaksanaan program.

Jadual : Carta gantt

BIL AKTIVITI M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
1 Mesyuarat X
Pengurusan
2 Pembentukan X
jawatankuasa
3 Mesyuarat X
Guru
4 Menjalankan X X X X X
program
mengikut
jadual
5 Menjalankan X X
pre-test dan
post-test
6 Pengumpulan X
data dan
membuat
analisis
8 Membuat X
laporan
5.4 Kertas Kerja Program
Bagi memastikan semua ahli jawatankuasa memahami dan dapat melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan, maka satu kertas kerja berkaitan program telah disediakan. Ia
merupakan rangka kerja program yang hendak dilaksanakan. Kertas kerja Program Road to
Excellence adalah seperti dibawah.

SEKOLAH MENENGAH RENDAH AGAMA KUALA KLAWANG


71600 KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM ROAD TO EXCELLENCE


(PMR 2013)

1. PENDAHULUAN

Program bimbingan peperiksaan didapati memberi kesan positif dalam membantu meningkatkan
keyakinan pelajar untuk terus belajar. Langkah sedemikian membolehkan pelajar di sekolah
harian memperoleh bimbingan pendidikan berkualiti. Memperkasakan kecemerlangan pelajar
menjadi tanggungjawab bersama khususnya dalam pencapaian akademik seperti dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjadi kayu ukur tahap kualiti para pelajar. Justeru itu,
dengan mengadakan program ini akan memberikan latihan dan ujian yang berulangkali,
sistematik serta terancang dan diyakini dapat menjana pencapaian cemerlang pelajar.

2. RASIONAL

Pelajar-pelajar yang berbeza dari segi pencapaian akademik jika dibimbing secara
terancang dan bersistematik akan lulus cemerlang

Perlu pendekatan berfokus / penguasaan topik ( dari bab ke bab) dan pengisian bengkel
yang lengkap membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

Pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran secara berpusat.


3. MATLAMAT

Untuk meningkatkan keyakinan calon dan semua pelajar lulus dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR).

4. OBJEKTIF

4.1 Bagi memastikan pencapaian GPS (PMR 2013) 2..60

4.2 Memberi pendedahan dan kekerapan soalan kepada para pelajar berkaitan peperiksaan
PMR 2700 soalan objektis / struktur bagi semua matapelajaran.
4.3 Memantapkan kaedah pembelajaran berkesan kepada para pelajar melalui kaedah belajar
secara berkumpulan.

4.4 Memberi peluang kepada para pelajar menjawab soalan latihan dengan mendapatkan
bimbingan daripada guru-guru matapelajaran berkaitan.

5. SASARAN

5.1 Matapelajaran
Bahasa Inggeris

5.2 Pelajar
Semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan PMR tahun 2013

6. TEMPAT
SMR AGAMA KUALA KLAWANG

7. TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

20 JUN 2013 (KHAMIS)

8. SUMBER KEWANGAN
Tabung Kecemerlangan Akademik
PIBG
9. STRATEGI PELAKSAANAAN

9.1 Membentuk jawatankuasa program. Menyediakan kertas kerja untuk makluman.

9.2 Mengadakan taklimat kepada semua yang terlibat.

9.3 Pemantauan pihak sekolah :


Mengemaskini rekod ujian di dalam fail.
Membuat penambahbaikan pada strategi tindakan (jika perlu)
Perbincangan dengan pihak pentadbiran dan guru-guru.

9.4 Menjalankan pre-test dan post-test.

9.5 Mengadakan latihan intensif bagi mengatasi kelemahan pelajar.

9. Laporan keberkesanan program.

10 JAWATANKUASA PROGRAM CITRA BESTARI

Penasihat ; Pn. Hjh. Hasnah bt Mohd Yasin

Pengerusi : Pn. Hafsah bt Hj. Mohd Isa

Penyelaras / Setiausaha : Pn. Siti Izakiah Nor bt Dato hj. Ibrahim


Guru Kanan Matapelajaran (Bahasa)

Setiausaha : Pn. Aznida bt Abdullah

Bendahari : Pn. Sri Sabariah bt Mohd Samsir

J/Kuasa Kecil : Pn. Fathlina bt Musa


Pn. Juliana bt Othman
Pn. Zuriati bt Mohammed Zainuddin
Cik Saila bt Suparno
En. Muhammad Zulhilmi b. Monel
En. Muhammad Ikram b. Ariffin
11. ANGGARAN PERBELANJAAN & SUMBER

BIL PERKARA PERINCIAN SUMBER JUMLAH


1. Kos Penceramah RM200 Tabung RM 200
Kecemerlangan
Akademik
2. Fail dan bahan cetak RM2.00 X 20 Tabung RM60.00
Kecemerlangan
Akademik
3. Jamuan RM100 Tabung RM100
Kecemerlangan
Akademik
JUMLAH PERBELANJAAN RM360

12. SENARAI NAMA PESERTA

1 AHMAD SYAFIQ BIN AHMAD SHAKIR 3 AL TUSI

2 ANAS MUJAHID BIN NORHASHIM 3 AL TUSI

3 HASBULLAH BIN MUHAMMAD SANUSI 3 AL TUSI

4 HUMAIRA BATRISYIA BT MOKHTAR 3 AL TUSI

5 IZZAT ASYRAF BIN MOHD HUSSIN 3 AL TUSI

6 MOHAMAD ASYRAF BIN ROSLI 3 AL TUSI

7 MOHAMAD ZULKARNAIN BIN ABD RAHMAN 3 AL TUSI

8 MOHD SYAFIQ BIN RASHID 3 AL TUSI

9 MUHAMMAD ALIF HUSAINI BIN ABDUL RAUP 3 AL TUSI

10 MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN ABDUL HALIM 3 AL TUSI

11 MUHAMMAD FIKRI HAKIM BIN ROZAINI 3 AL TUSI

12 MUHAMMAD HAFIZUL BIN AHMAD RAMLI 3 AL TUSI


13 MUHAMMAD ISMAIL BIN KHIDZIR 3 AL TUSI

14 NOORSYUHADAH BT SHAHREL 3 AL TUSI

15 NORFISYAH BT IBRAHIM 3 AL TUSI

16 NURUL IZZAH BT 3 AL TUSI

17 SHAZRIN AFIRUL BIN AZMI 3 AL TUSI

18 UMMI NADIA BT IDRIS 3 AL TUSI

19 UMMI SYIFAA BT ISMAIL 3 AL TUSI

13 Kesimpulan
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara latih tubu berfokus adalah berasaskan
kepercayaan bahawa sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dan melakukan
latihan ulangkaji yang bersistematik akan dapat mencapai objektif pelajaran dengan lebih
berkesan. Semoga dengan pendekatan ini, pencapaian akademik pelajar sekolah ini dapat
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Disediakan Oleh Disemak Oleh,

...
(SITI IZAKIAH DATO IBRAHIM) (HAFSAH BT HJ. MOHD ISA)
Guru Kanan Matapelajaran Bahasa Penolong Kanan Akademik
BAB 6 PENILAIAN PROJEK

6.1 PENGUMPULAN MAKLUMAT

Projek Latihtubi Berfokus dilaksanakan dengan kerjasama Pengetua, barisan pengurusan


dan rakan-rakan guru. Segala maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian, borang soal
selidik serta data analisis keputusan ujian pre dan post akan dikumpulkan. Maklumat tersebut
akan dinilai bagi memastikan keberkesanan projek teknik latih tubi terhadap pencapaian pelajar.
Pemantauan dan penilaian juga dilakukan bagi mengenalpasti sejauh mana program ini dapat
mencapai objektif yang disasar. Pemantauan dijalankan melalui pemerhatian dan juga
menggunakan borang soal selidik.

6.2 DAPATAN KAJIAN

Kaedah pemerhatian dilakukan secara berterusan sepanjang projek dijalankan. Rakaman


foto dijadikan sebagai bukti semasa pelajar menjalankan program (rujuk lampiran) Kaedah soal
selidik digunakan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan program terhadap pencapaian
pelajar (rujuk lampiran) Borang soal selidik juga diagihkan kepada guru untuk melihat
pandangan mereka tentang samada program ini boleh diteruskan untuk masa akan datang.

Dapatan juga dianalisa berdasarkan ujian pre-test dan post-test yang diambil oleh pelajar.
Berdasarkan analisis dapatan daripada ujian yang dijalankan peserta mendapati terdapat
peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Namun pencapaian tersebut tidak begitu ketara
mungkin disebab atas faktor masa. Berdasarkan borang soal selidik guru-guru dan para pelajar
yang terlibat, mereka berpendapat bahawa teknik latih tubi akan dapat memberi impak yang
besar sekiranya dijalankan berterusan dalam jangka masa yang panjang. Berdasarkan
pemerhatian peserta juga, para pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif semasa projek ini
dailaksanakan. Para pelajar juga berpendapat mereka lebih yakin untuk mencapai prestasi yang
memberangsangkan seandainya teknik latih tubi tersebut dijalankan dalam jangkamasa yang
lebih panjang. Rangsangan dan ganjaran juga membantu meningkatkan motivasi pelajar
terhadap matapelajaran yang dipelajari. Oleh itu guru harus bijak memainkan peranan dalam
meningkatkan keberkesanan sesuatu teknik pembelajaran yang dilaksanakan. Menurut Cooper
& Mcintyre (1996), pelajara seronok dengan pelbagai strategi pengajaran yang digunakan oleh
guru untuk memotivasikan diri untuk belajar. Justeru, peserta berpendapat teknik lstih tubi
berfokus boleh memberi impak kepada peningkatan prestasi pelajar jika ia dilkasanakan secara
sistematik dalam jangka masa yang panjang. Ganjaran dan motivasi harus diberi bagi
meningkatkan keberkesanan teknik tersebut.

JADUAL 6.2 : DAPATAN KAJIAN UJIAN PRE DAN POST

BIL NAMA PELAJAR PRE POST

1 AHMAD SYAFIQ BIN AHMAD SHAKIR 36 40

2 ANAS MUJAHID BIN NORHASHIM 66 74

3 HASBULLAH BIN MUHAMMAD SANUSI 38 42

4 HUMAIRA BATRISYIA BT MOKHTAR 60 65

5 IZZAT ASYRAF BIN MOHD HUSSIN 48 54

6 MOHAMAD ASYRAF BIN ROSLI 68 76

7 MOHAMAD ZULKARNAIN BIN ABD RAHMAN 22 23

8 MOHD SYAFIQ BIN RASHID 40 44

9 MUHAMMAD ALIF HUSAINI BIN ABDUL RAUP 43 45

10 MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN ABDUL HALIM 46 50

11 MUHAMMAD FIKRI HAKIM BIN ROZAINI 24 26

12 MUHAMMAD HAFIZUL BIN AHMAD RAMLI 20 20

13 MUHAMMAD ISMAIL BIN KHIDZIR 26 30


14 NOORSYUHADAH BT SHAHREL 44 50

15 NORFISYAH BT IBRAHIM 44 48

16 NURUL IZZAH BT 63 65

17 SHAZRIN AFIRUL BIN AZMI 40 41

18 UMMI NADIA BT IDRIS 64 68

19 UMMI SYIFAA BT ISMAIL 48 51

6.3 Rumusan

Program Latih tubi didapati mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam
mencapai objektif yang disasarkan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak, kumpulan
pengurusan, guru dan juga para pelajar amat menggalakkan. Kesimpulannya, kejayaan sesuatu
program akan dapat dicapai apabila semua pihak saling bekerjasama dan melaksanakan tugas
yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komited. Teknik latih tubi dapat membantu pelajar
untuk mengingati fakta jika diulang beberpa kali. Secara tidak langsung pelajar akan lebih
mengingati perkatan-perkataan yang dipelajari. Teknik latih tubi telah disebut di dalam teori
behaviorisme yang menyatakan bahawa ia adalah satu proses yang dapat meningkatkan
pengukuhan pelajar di dalam proses pembelajaran. Penggunaan latih tubi juga dilihat dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Oleh itu penggunaan teknik latih tubi
dilihat dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian mereka. Namun guru harus
bijak dalam mengendalikan penggunaan latih tubi ini agar ia tidak membosankan pelajar.
Pelbagai bentuk soalan agar pelajar lebih berminat untuk mencuba. Kreativiti dan inovasi guru
merupakan satu langkah dalam memantapkan penggunaan teknik latih tubi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
BAB 7 REFLEKSI

Dalam melaksanakan Program Sandaran NPQEL, peserta telah mendapat kerjasama serta
sokongan yang padu daripada Pengetua, pihak pengurusan sekolah, rakan-rakan guru serta para
pelajar yang terlibat. Peserta juga tidak menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan
bahan-bahan yang berkaitan dengan projek yang dijalankan. Bab ini akan menerangkan tentang
beberapa aspek yang dinilai oleh peserta semasa menjalankan projek tersebut.

7.1 ASPEK KEPIMPINAN

Dalam sesebuah organisasi, kepimpinan Pengetua serta komitmen semua guru dan warga
sekolah yang kreatif dan inovatif merupakan aspek utama dalam meningkatkan mutu
pembelajaran di sekolah. Kepimpinan sekolah adalah penentu kecemerlangan sekolah.
Pengetua yang dapat membimbing dan memberikan motivasi yang tinggi kepada guru dan
pelajar merupakan satu suntikan semangat yang berkesan untuk mencipta kecemerlangan
sekolah. Sweeney (1982) mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan Pengetua yang dianggap efektif
iaitu:
Mengutamakan pencapaian.
Menentukan strategi pencapaian.
Menyelaras program-program pengajaran.
Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menilai kemajuan pelajar.
Ciri-ciri diatas jelas menunjukkan Pengetua berperanan sebagai pemimpin berkesan bagi
mencapai kecemerlangan di sekolah.

Penghayatan visi, misi dan halatuju yang jelas dapat membantu sekolah mencapai
prestasi cemerlang. Semasa menjalankan Program Sandaran NPQEL, peserta melihat
kepimpinan yang ditunjuk oleh Pengetua. Beliau mempamerkan kepimpinan partisipatif apabila
bersama-sama berbincang tentang projek yang hendak dilaksanakan. Beliau amat prihatin dan
mengambilberat tentang pencapaian pelajar. Beliau juga mengamalkan konsep P (Perancangan),
O (Mengelola), L (Kepimpinan) dan C (Pengawalan). Beliau mengikuti proses pelaksanaan
program dan sering memberi pandangan dan pendapat. Pada tahap pertama projek, Pengetua
bersama-sama berbincang tentang matlamat yang hendak dicapai melalui projek tersebut dan
cara mencapainya. Tahap kedua beliau memberikan tanggungjawab kepada peserta untuk
menyempurnakan projek terbut. Namun begitu beliau sentiasa memberi mengambil berat dan
dorongan kepada peserta. Dari segi kepimpinan juga beliau menggunakan pengaruh beliau
untuk memotivasikan warga sekolah supaya memberi kerjasama dalam pelaksanaan projek.
Beliau juga sering memantau dan menilai proses pelaksanaan dan memberi cadangan dalam
sebarang penambahbaikan.

Kejayaaan sesebuah organisasi juga banyak bergantung kepada kerja sepasukan.


Pasukan bermaksud satu kumpulan kecil individu yang mempunyai kemahiran tertentu yang
komited terhadap satu matlamat dan saling bekerjasama. Menurut Jaafar (1999), semangat kerja
sepasukan dalam sesebuah organisasi dapat dilihat dalam pelbagai kumpulan kecil sama ada
formal atau tidak; yang mempunyai tugas dan matlamat tertentu. Kerja sepasukan merupakan
satu usaha yang meningkatkan pembelajaran dan prestasi kerja. Sehubungan dengan itu, peserta
mendapati rakan-rakan sejawat amat prihatin dan sama-sama bekerjasama dalam melaksanakan
projek tersebut. Peserta juga berupaya menerapkan pengetahuan yang dipelajari dalam Kursus
NPQEL tentang kerja sepasukan dalam melaksanakan projek yang hendak dilaksanakan. Dalam
hal ini, budaya kerja sepasukan juga telah diterapkan oleh Pengetua kepada semua warga sekolah
dalam melaksanakan semua aktiviti dan program sekolah. Peserta juga mendapati pelajar juga
begitu komited dengan pelaksanaan program tersebut. Para pelajar menganggap program
Latihtubi berfokus tersebut dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian keputusan
peperiksaan mereka. Mereka juga berpendapat projek tersebut dapat meningkatkan keyakinan
diri dalam menghadapi peperiksaan terutama dalam subjek Bahasa Inggeris.
Walaupunbegitu, peserta mendapati ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap
pencapaian anak-anak terutama bagi subjek Bahasa Inggeris. Scenario ini mungkin disebabkan
oleh latarbelakang mereka yang kurang mahir tentang Bahasa Inggeris. Hampir 95% pelajar
tidak membaca atau menggunakan Bahasa Inggeris selepas waktu sekolah. Oleh itu guru-guru
akan berhadapan dengan cabaran dalam memestikan pelajar mengulangkaji pelajaran mereka di
rumah. Namun halangan diatas akan dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama kearah satu
matlamat yang hendak dicapai. Semua ahli dalam organisasi harus dapat memastikan bahawa
nilai, matlamat dan objektif dalam kepimpinan dalam pernyataan wawasan atau misi sekolah
dijadikan dasar kepada amalan harian sekolah khususnya didalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

7.2 KEKUATAN PROGRAM

Dalam melaksanakan projek ini, peserta telah memberikan soal selidik tentang
keberkesanan projek yang dilaksanakan kepada Pengetua, guru-guru dan juga para pelajar yang
terlibat. Soal selidik yang disediakan bertujuan melihat pandangan semua yang terlibat dan juga
keberkesanan program. Dapatan soal selidik mendapati respon yang positif daripada Pengetua
dan guru-guru. Mereka berpendapat program tersebut boleh memberi impak yang besar dalam
meningkatkan keyakinan diri dan peningkatan dari segi penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalngan pelajar. Guru-guru juga berpendapat bahawa program tersebut boleh disebarkan kepada
subjek-subjek lain yang diajar di sekolah. Melalui projek tersebut mereka berpendapat bahawa
latihtubi berfokus dapat memantapkan pemahaman pelajar terhadap proses pembelajaran mereka.
Bagi pelajar pula, peserta mendapati hanya 85% pelajar bersetuju dengan pendapat bahawa
projek tersebut boleh membantu meningkatkan penguasaan mereka dalam meningkatkan prestasi
subjek Bahasa Inggeris. Manakala 15% pelajar mendapati mereka masih sukar untuk memahami
Bahasa Inggeris dengan baik. Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam keputusan mereka
namun peserta berpendapat ia tidak memberi impak yang diingini.
7.3 KELEMAHAN PROGRAM

Berdasarkan dapatan dari soal selidik dan temubual yang dijalankan, peserta mendapati
jangkamasa adalah salah satu faktor yang mengekang pencapaian yang diharapkan. Hasil
perkongsian pendapat bersama guru-guru, didapati masa 8 minggu yang diperuntukkan untuk
projek ini tidak mencukupi. Peserta berpendapat bahawa projek Latihtubi berfokus ini
seharusnya dimulakan dari awal lagi dan berterusan. Latihan yang diberi boleh dibuat mengikut
topik yang diajar dan diberi dalam bentuk modul. Ujian pre test dan post test boleh diberi
secara berkala untuk melihat pencapaian pelajar dan juga keberkesanan projek.

7.4 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Program Latihtubi berfokus yang dijalankan semasa Program Sandaran NPQEL telah
dapat membantu pelajar agar lebih yakin dan fokus terhadap bentuk soalan di dalam peperiksaan
PMR. Namun begitu peserta serta guru-guru dalam Bidang Bahasa berpendapat masih ada ruang
penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memantapkaan lagi pencapaian pelajar. Peserta juga
merasakan pengukuhan pemahaman pelajar serta keinginan untuk lebih menguasai subjek ini
boleh dilakukan dengan mengadakan beberapa aktiviti rangsangan. Antara aktiviti rangsangan
yang boleh menarik minat pelajar adalah mengadakan permainan bahasa, kuiz dan aktiviti lain
yang bersesuaian. Motivasi dan galakan juga boleh diberi melalui pemberian hadiah kepada
pelajar yang menang. Secara tidak langsung aktiviti pengukuhan tersebut dapat membanatu
pelajar menguasai subjek Bahasa Inggeris dengan baik.

Ganjaran dalam bentuk hadiah atau pujian adalah satu bentuk peneguhan positif yang
boleh menyebabkan sesuatu perlakuan itu diulangi dan diperkuatkan lagi. Peneguhan positif
juga merupakan satu bentuk motivasi yang boleh digunakan di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
RUMUSAN

Sebagai rumusan, program Latih tubi berfokus yang dilaksanakan dalam Program
sandaran NPQEL ini dilihat dapat membantu pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar untuk
meningkatkan pencapaian peratus kelulusan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris. Namun
begitu, kejayaan tidak akan dapat dicapai jika kerja sepasukan tidak dapat dibina dalam kalangan
warga sekolah.. Penghayatan visi, misi dan halatuju sekolah harus difahami dengan jelas dan
dikongsi oleh semua warga sekolah dalam membina kerja sepasukan. Komunikasi berkesan
adalah satu alat dalam memastikan rasa kesepunyaan dapar dikongsi bersama. Main peranan
seorang pemimpin bergelar Pengetua adalah teraju kepada semua harpan yang dinyatakan.
Tanpa komitmen yang jitu, kecemerlangan belum tentu dapat dicapai. Budaya pemuafakatan
yang diamalkan di sekolah dapat mewujudkan persetujuan bersama, mengukuhkan perasaan
saling mempercayai, meningkatkan semangat kekitaan disamping amalan pengurusan yang
fleksible yang diterapkan oleh pihak pengurusan sekolah.
BIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fadhlina Mohd Azizuddin (2010). Tahap Kompetensi Guru
Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (pp 1-8)
Universiti Teknologi Malaysia.

Cooper, P, & Mcintyre, D. (1996). Effective teaching and learning. Teachers and students
perceptives. Buckingham

Hussein Mahmood (1997). Kepimpinan dan Keberkesanan sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Ibrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah Teori Untuk Praktis. Kumpulan Budiman. Kuala
Lumpur.

Ibrahim Mamat (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu Dan Cabaran Kepemimpinan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Jaafar Muhammad, (1999) Kelakuan Organisasi. Leed Publications, Kuala Lumpur.

Kern R. (2000). Literacy and Language Teaching. Oxford : OUP.

Siti Hanim Stapa,Nadzrah Abu Bakar dan Rozmel Abu Bakar, (2007). Penulisan Bahasa
Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Luar Bandar : Implikasi Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran. Jurnal e-Bangi, Jilid 2, Bil. 2 Ms 1-17. 88

Sweeney, J. (1982). Research Synthesis on effective School Leadership. Educational Leadership.

Ying B. P. dan Kaur R. (1998). Psikologi 1 (Semester 1). Shah Alam: Fajar Bakti. 88
LOG MINGGUAN

You might also like