You are on page 1of 3

Bengkel Penulisan Resume dan Persediaan Menghadapi Temuduga

Bengkel PENULISAN RESUME DAN PERSEDIAAN MENGHADIRI TEMUDUGA telah diadakan pada 12
April 2012 bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik Muadzam Shah.

Program ini telah dianjurkan bersama oleh Unit CISEC dan Unit Psikologi & Kerjaya PMS dengan
melibatkan 80 orang pelajar PMS yang yang terdiri daripada pelajar semester akhir Jabatan
Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Bengkel ini dirangka khusus bagi tujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan cara
penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa memandangkan perkara
ini merupakan perkara utama dan asas bagi lepasan graduan untuk memohon pekerjaan selepas
tamat belajar.

Menyedari persaingan dalam memburu pekerjaan yang semakin sengit dan mencabar, bengkel ini
juga menerapkan cara dan persediaan pelajar untuk menghadiri sesuatu temuduga.

Pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan pelbagai teknik persediaan sebelum menghadiri
temuduga samada persediaan dalam bentuk fizikal dan mental sekaligus dapat memotivasikan
mereka untuk membuat persediaan awal untuk menuju ke alam kerjaya.

310 HADIR BENGKEL KERJAYA : TEKNIK PENULISAN RESUME & PERSEDIAAN MENGHADAPI
TEMUDUGA

KUALA TERENGGANU - Menyedari persaingan dalam memburu pekerjaan yang semakin sengit dan
mencabar, Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah
mengambil satu inisiatif menganjurkan Bengkel Kerjaya : Teknik Penulisan Resume & Persediaan
Menghadapi Temuduga.

Program tersebut telah diadakan pada 19 April 2013 di Dewan Kuliah Utama, Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak.
UKK HEPA mengundang seorang penceramah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang
kerjaya dan sebagai panel temuduga di dalam perkhidmatan awam dan swasta iaitu Tuan Haji Abdul
Wahid Jais. Beliau juga juga merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaya.

Bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 310 orang
mahasiswa dari pelbagai fakulti telah menghadirinya.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan mahasiswa tentang pentingnya membina
personaliti eksekutif dan mempersiapkan diri dengan segala kemahiran yang perlu untuk memasuki
pasaran kerja.

Selain itu, bengkel ini juga adalah untuk melengkapkan diri mahasiswa dengan kemahiran, teknik
dan tips mencari kerja dan menghadapi temuduga supaya bakal graduan lebih berkeyakinan dan
kompetitif dalam menghadapi persaingan dalam mendapatkan kerja selepas tamat pengajian.

Bengkel ini dirangka khusus bagi tujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan cara
penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa memandangkan perkara
ini merupakan perkara utama dan asas bagi lepasan graduan untuk memohon pekerjaan selepas
tamat belajar.

Para mahasiswa juga diberi tunjuk ajar dan panduan tentang struktur asas temuduga, persediaan
menghadiri temuduga dan turut diberikan beberapa tips kunci kejayaan dalam temuduga.
Diharapkan agar semua peserta dapat lebih bersedia dari segi mental dan emosi sebelum, semasa
dan selepas menghadapi temuduga pada masa akan datang sekaligus dapat memotivasikan mereka
untuk membuat persediaan awal sebelum menempuh alam kerjaya.

Sumber Berita & Gambar Unit Kaunseling dan Kerjaya UKK HEPA

PETA LAMAN

HUBUNGI KAMI

PENAFIAN & HAKCIPTA

DASAR PRIVASI

DASAR KESELAMATAN

W3C DISABILITY ACCESS

BANTUAN PENGGUNAAN WEB

Paparan terbaik menggunakan Apple Safari 4+, Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet
Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1280 x 800 piksel

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul
Iman, MALAYSIA

Tel : +609-668 8888 | Faks : +609-6687869 | Emel : pro@unisza.edu.my

Kemaskini terakhir:27/02/2017

Jumlah Pengunjung : 2969182

Hakmilik 2017 Universiti Sultan Zainal Abidin |

You might also like