You are on page 1of 2

9 SEBAB SABAH BUKAN MILIK SULU.

1. Waris Sultan Sulu telah menerima cession money sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan
Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British
North Borneo Company.

2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd.
Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul
Alam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo
Company, pada 22 Januari 1878.

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani
perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan
terhadap kedaulatan Sabah.

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani
Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada
Amerika Syarikat.

6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para
penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini
membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke
atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana
yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3
penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek
Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi
antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British
diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah
menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan
segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of
sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in
the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan,
Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along
the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the British
North Borneo Company.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas
wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan
Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan
semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan
membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar British North Borneo
Company.)
8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah ingin
menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui
penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka (wish to bring
their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen
association with other peoples in their region).

9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi
Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga
menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan,
Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan
milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-
wilayah yang terletak di Filipina ini.

You might also like