You are on page 1of 12

< FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

< SEMESTER 2 / JANUARI 2017>

<MPU3223 >

< ENTREPRENEURSHIP >

MATRICULATION NO: <851019015065001>


IDENTITY CARD NO. : <851019015065>
TELEPHONE NO. : <016-7091368>
E-MAIL : < minghua.1019@gmail.com >
LEARNING CENTRE : < JOHOR BAHRU LEARNING
CENTRE >

0
SENARAI KANDUNGAN
HALAMAN
1.0 PENGENALAN 2

2.0 SUMBER-SUMBER INOVASI ORGANISASI 3-4

3.0 Halangan-halangan kepada inovasi . 5

4.0 Cadangan penambaikan bagi menyemai budaya inovasi dalam kalangan 6- 8

pekerja-pekerja

5.0 Penutup 8-10

6.0 Rujukan 11

1
1.0 Pengenalan

SJK Kuo Kuang merupakan tempat bekerja saya .Dari sinilah dapatlah tahu
saya sebagai warga sekolah iaitu sebagai seorang guru . Sekolah juga boleh digolongkan
sebagai organisasi . Organisasi ini bukan berfokus kepada keuntungan tapi fokus kepada
perkhidmatan yang dapat disediakan untuk semua warga sekolah khususnya bagi anak
murid yang dikasihi .

SJK Kuo Kuang terletak di tepi Jalan Skuda , kira-kira 14 km dari bandar raya
Johor Bahru . Sekolah ini telah didirikan pada tahun 30-an sebelum Perang Dunia
Kedua .

Mulanya , sekolah Kuo Kuang dikenali sebagai Kuang Lun ditukar nama kepada
Nak Yik . Nama ini terbit atas penjualan kilang nanas mereka kepada syarikat Nan Yik
( Syarikat Lee ) pada tahun 1949 .

Asalnya, sekolah ini diasaskan oleh seorang wanita iaitu Pn .Sun Mei Zhu dari
negara China . Pn Sun yang bertanggungjawab mengendalikan sekolah tersebut . Sekolah
ini didirikan dan telah memberi banyak sumbangan kepada para murid dari dulu
hinggalah sekarang .

Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan sekolah ini telah mengalami
perubahan yang begitu besar khususnya dari segi inovasi .

Di pernyataan-pernyataan berikut akan dibincangkan sumber-sumber inovasi


yang diperoleh oleh organisasi dan bincang pelbagai halangan yang dihadapi oleh
pengurusan organisasi . Akhirnya , cara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh
organisasi dalam menyemai budaya inovasi dalam kalangan pekerja-pekerjanya .

2
2.0 Sumbe-sumber inovasi organisasi
Sebelum membincangkan sumber inovasi yang ada pada sekolah saya
sebagai idea utama perbincangan kerja tugasan ini , mari kita mengambil tahu sedikit
sebanyak tentang makna atau definisi inovasi. Inovasi bermakna pengenalan idea
baharu ke pasaran dalam bentuk produk atau perkhidmatan baru, atau perbaikan dalam
organisasi atau proses. Inovasi adalah asas keusahawanan, sama ada di syarikat baru,
UKM, syarikat besar, organisasi bukan keuntungan, NGO atau unit pemerintahan atau
sekolah . Inovasi bermakna perubahan, yang kadang-kadang radikal, seperti proses kerja
yang sama sekali baru dan kadang-kadang secara beransur-maju , seperti mengubah cara
kerja yang sudah ada supaya lebih berkesan.
Inovasi umumnya boleh dikatakan bermula dari pencarian peluang, yang
baik berada di dalam mahupun luar syarikat atau industri. Peluang dalaman syarikat atau
industri merangkumi peristiwa tak terduga, keanehan proses, perbezaan antara harapan
dan hasil, keperluan proses, dan perubahan struktur pasaran atau industri. Peluang luaran
syarikat atau industri termasuklah perubahan demografi, perubahan persepsi, dan ilmu
pengetahuan baru.. Pengetahuan atau teknologi baharu merupakan salah satu kekuatan
besar untuk inovasi.

Sumber inovasi yang pertama yang saya mahu sentuh ialah keperluan proses.
Proses yang perlu diberi penekanan dan penambahbaikan atau diberi makna inovasi ialah
Sistem kehadiran yang digunakan . Hal ini bermakna penggunaan inovasi baharu iaitu
Thumprint attendance system yang dulunya taip ID dan katalaluan di sesebuah
komputer meja iaitu destop . Sumber ini atau sistem ini dicipta untuk memudahkan
para guru mengambil kedatangan semasa menghadiri diri ke tempat kerja berbanding
key in yang lebih mengambil masa . "Sistem kehadiran Thumprint" ini amat baik dan
berkesan untuk mengelakkan penipuan pekerja untuk mengambil kehadiran untuk rakan
sekerja mereka . Faedah lain termasuklah lebih menjimatkan masa jika menggunakan .
"Sistem kehadiran Thumprint".

Sumber inovasi yang kedua ialah pelancaran program 1bestarinet .Hal ini
bermakna sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui
Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan
Internet.

Frog difahamkan ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia
pengajaran ke satu tahap baharu. Tugasan dapat diberikan kepada murid dengan Frog
VLE dengan begitu senang dan para guru dapat mengikuti kerja-kerja dan markah
pelajar. Para guru menghasilkan sumber pengajaran dan memberi maklum balas kepada
pelajar . Selain itu , guru dapat menggunakan forum untuk menggalakkan pelajar
berbincang dan berkongsi pandangan. Di samping itu , Setiap guru dapat memanfaatkan
masa masing-masing dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang
membolehkan guru melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara yang relevan .

3
Bagi para murid , murid dapat memaksimumkan masa dan merancang dengan
kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua,
peribadikan laman utama , muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan
berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea peribadi dengan rakan sekelas atau guru
melalui forum.

Bagi pihak ibu bapa pula , ibu bapa dapat mengikuti perkembangan acara sekolah,
laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah,
temui semua butiran perhubungan yang perlukan di halaman Contact School dan muat
turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan
masing-masing dengan hanya klik di Frog VLE. Frog VLE ini merupakan inovasi baharu
berbanding cara lama atau tradisional iaitu pemberian notis atau penyampaian mesej
melalui cetakan kertas sahaja .
Cetakan kertas memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding cara Frog VLE .Pihak
sekolah dapat menggunakan wang yang dijimatkan ini untuk membuat penambahbaikan
prasarana atau kemudahan sekolah yang sedia ada .

Sumber inovasi yang ketiga ialah kelas abad ke-21 . Hal ini merujuk kepada cara
pembelajaran murid yang lebih berkesan dan menarik .Sebagai contoh , para murid dapat
memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu LCD projector

Cara ini merupakan inovasi yang baik berbanding cara dulu iaitu hanya penggunaan
papa hitam untuk menyampaikan isi pengajaran kepada para murid . Cara LCD yang
canggih juga dapat memberangsangkan minat murid untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh.

4
3.0 Halangan-halangan kepada inovasi .

Cabaran termasuklah kos penyelenggaran bagi "Sistem kehadiran Thumprint"


Sistem mungkin akan rosak suatu hari nanti . Dana sekolah untuk menjaga sistem
perlulah ada . Bukan setiap sekolah mempunyai dana yang mencukupi bagi
mengendalikan dan menyelenggarakan sistem ini dari semasa ke semasa .

Gaya kepemimpinan sekolah yang kurang stabil dan kurang berkaliber akan
membantutkan perjalanan Frogvle . Hal ini demikian kerana guru besar perlu memantau
dan memastikan program dijalankan dengan lancar.
Pencapaian Internet yang tidak stabil dan kurang kuat juga akan
membantutkan frogvle . Pencapaian Internet yang kurang kuat memang menyusahkan
pengguna khasnya bagi murid-murid yang kurang berkemahiran dalam menguasai
Tekonologi maklumat dan komunikasi . Murid- murid yang mentah ini akan berasa bosan
dan kurang tertarik dengan kaedah pembelajaran ini .Hal ini mungkin secara tidak
langsung akan menjejaskan penguasaan murid dalam pembelajaran dan pengajaran .

Halangan termasuklah para guru yang kurang berkemahiran dalam TMK biasalah
melalaikan atau tidak mengendahkan sasaran inovasi yang telah ditetapkan atau tidak
dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila menggunakan kemuduhan yang
memerlukan Internet .

Akhirnya, Lcd mudah rosak dan tidak dijaga baik oleh para guru dan murid . Setiap
pengguna harus mengambil tahu cara penjagaan kemudahan yang canggih ini . Pada
masa yang sama , kosnya pun sangat tinggi kerana memerlukan screen untuk ditayangkan
slide yang berkenaan .

5
4.0 Cadangan penambaikan bagi menyemai budaya inovasi dalam kalangan
pekerja-pekerja

Untuk menghadapi perubahan dan kompetisi yang sangat tajam dan


ketat dan demi keberlangsungan hidup organisasi itu sendiri, maka setiap orang
dalam organisasi dituntut untuk dapat berfikir dan bertindak secara inovatif. Paul
Sloane dalam sebuah tulisannya mengemukakan beberapa cara untuk
meningkatkan inovasi (Ten Ways to Boost Innovation) dalam suatu organisasi
seperti berikut.

Seseorang itu memiliki visi untuk berubah jangan berharap pasukan


akan menjadi inovatif apabila mereka tidak mengetahui tujuan yang hendak
dicapai . Inovasi patut mempunyai tujuan dan seorang pemimpin harus mampu
menyatakan dan mendefinisikan tujuan secara jelas sehingga setiap orang dapat
memahami dan mengamalkannya. Para pemimpin banyak meluangkan masa
untuk menggambarkan dan menjelaskan visi, matlamat dan cabaran masa depan
kepada setiap orang. Mereka berusaha meyakinkan setiap orang akan peranan
pentingnya dalam usaha mencapai visi dan matlamat, serta dalam menghadapi
pelbagai cabaran. Mereka memberi inspirasi kepada setiap orang untuk menjadi
yang bersemangat dan mencari cara-cara yang inovatif untuk memperoleh
kejayaan.
Selain itu , orang itu perlu belajar memerangi ketakutan akan
perubahan .Para pemimpin inovatif selalu menyemarakkan semangat pentingnya
perubahan. Mereka bekerja keras untuk menggantikan kepuasan atas kemapanan
yang ada dengan kehausan akan cita-cita. Mereka akan berkata, "Pada masa ini
kita memang sedang melakukan perkara yang baik, tetapi kita tidak boleh berhenti
dan berpuas diri dengan kemenangan yang ada, kita harus melakukan hal-hal yang
lebih baik lagi". Mereka menyampaikan pula bahawa pada masa ini kita sedang
melakukan suatu spekulasi baru yang penuh risiko, dan jika kita tidak bergerak
maka akan jauh lebih berbahaya. Mereka memberikan gambaran menarik tentang
segala sesuatu yang hendak diraih pada masa akan datang. Oleh itu, satu-satunya
cara menuju ke arah sana iaitu dengan berusaha memeluk perubahan.

Pekerja perlulah berfikir seperti pemodal yang berani mengambil risiko


.Seorang pemodal berani mengambil risiko akan menggunakan kaedah portfolio,
berusaha mencari keseimbangan antara kegagalan dengan kejayaan. Mereka
mudah mempertimbangkan pelbagai cadangan atau idea tetapi tetap merasa
nyaman dengan pelbagai pemikiran yang menggambarkan tentang kegagalan-
kegagalan yang mungkin akan diterima.

6
Pekerja perlulah mempunyai pelan cadangan yang dinamik dan harus
berfokus pada pelan cadangan yang benar-benar hebat, setiap rencana mudah
dilaksanakan, sumber boleh didapati dengan baik, responsif dan terbuka untuk
semua. Majikan atau guru besar wajarlah memberikan penghargaan dan respons
yang wajar kepada pekerja serta para senior perlu memiiki komitmen agar pekerja
tetap dapat menjaga kesegarannya dalam melaksanakan setiap pekerjaan.

Pekerja juga perlu mematahkan peraturan untuk mencapai inovasi yang


radikal,dan harus berani mengubah pelbagai andaian aturan yang ada di sekitar
lingkungan. Perniagaan bukan seperti permainan olahraga yang selalu terikat
dengan peraturan dan keputusan pengadil, tetapi perniagaan tak ubahnya seperti
seni, yang di dalamnya mempunyai banyak peluang untuk berfikir secara lateral,
sehingga mampu mencipta cara-cara baru tentang aneka benda dan perkhidmatan
yang diingini para pelanggan.
Seseorang itu perlu beri setiap orang dua pekerjaan berikan setiap orang
dua pekerjaan pokok. Mintalah kepada mereka untuk melaksanakan pekerjaan
sehari-hari mereka secara berkesan dan pada saat yang bersamaan kepada mereka
diminta pula untuk mencari cara-cara baru dalam melaksanakan pekerjaannya.
Galakkan mereka untuk bertanya pada diri sendiri tentang apa sebenarnya tujuan
penting dari peranan saya? Hasil dan nilai sebenar apa yang boleh saya berikan
kepada pelanggan saya, baik dalaman mahupun luaran? Apakah ada cara yang
lebih baik untuk memberikan dan mencapai nilai atau tujuan tersebut? Dan
jawapannya selalu mengatakan "YA". Tetapi, kebanyakan orang tidak pernah atau
jarang menanyakan hal-hal seperti itu.

Difahamkan bahawa kerjasama beberapa eksekutif syarikat memandang


kolaborasi sebagai kunci kejayaan dalam inovasi. Mereka menyedari bahawa tidak
semua dapat dilakukan hanya dengan bergantung pada sumber-sumber dalaman.
Oleh kerana itu, mereka melihat dunia luar dan mengajak organisasi lain sebagai
rakan kongsi, sehingga dapat saling bertukar pengalaman dan kemahiran dalam
team.

Pekerja perlu belajar menerima kegagalan . Pemimpin inovatif mendorong


terbentuknya budaya eksperimen. Setiap orang harus dibelajarkan bahawa setiap
kegagalan merupakan langkah awal dari perjalanan jauh menunju kejayaan.
Untuk menjadi orang benar-benar bijak dan tangkas, setiap orang harus diberi
kebebasan berinovasi, bereksperimen dan memperoleh kejayaan dalam melakukan
pekerjaannya, termasuk di dalamnya mereka juga harus diberi kebebasan akan
kemungkinan berlakunya kegagalan.

Majikan perlu membina prototaip. Pekerja harus berani mencubakan


suatu idea baru yang kos dan risiko relatif rendah ke dalam pasaran (dunia nyata),
kemudian lihat apa reaksi daripada pelanggan dan orang-orang. Di sana
sesungguhnya anda akan lebih banyak belajar tentang dunia nyata, berbanding jika

7
anda hanya melakukan uji cuba dalam makmal atau tertumpu pada sekumpulan
orang sahaja.

Akhirnya, pekerja itu perlulah bersemangat .Seseorang itu perlu fokus


terhadap segala sesuatu yang ingin diubah. Bersedia dan sentiasa ghairah dan
bersemangat dalam menghadapi dan menangani pelbagai cabaran. Tenaga dan
semangat yang perlu dimiliki oleh seseorang akan menular dan memberi inspirasi
kepada setiap orang yang berkenaan .

5.0 Penutup

Pengurusan kurikulum bilik darjah ialah proses menyempurnakan tempat


dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen, komunikasi dan interaksi, ilmu,
kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan pembelajaran dan
kurikulum dan pengajaran. Menurut Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu
bidang yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai
sempadan ilmunya. Oleh itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat
pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik
darjah ini.

Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan
suatu tahap dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini
adalah hasil daripada refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku.
Perubahan dalm inovasi kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas
pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum
bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan
perkembangan bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat.
Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan
guru.

Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah penting bagi memenuhi


kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa.
Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak
hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid dalam lingkungan
empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara kolaboratif dan
tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif,
motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.

Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai


sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang
baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan,
memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan

8
inovasi ialah inovatif yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu
tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji
Bujang, 2008)
Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih
berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung
kepada guru, maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu
melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah
pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi adalah mempunyai
kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti
keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti
yang tinggi.
Hal ini selaras dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan
Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan
inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya
sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta
pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut Esah Sulaiman dalamAmalan
Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin
terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau
bahan tertentu.

Tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif.


Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan
bahawa guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat
menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan
kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan
inovatif.

Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan


perkembangan zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal
dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah,
dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada
mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan pendidikan seperti
yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu untuk
membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni
yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global,
kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Pendidikan pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di bilik
darjah semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat,
kurikulum bilik darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan
pelajar yang lebih aktif, kreatif dan dinamik. Hal ini disebabkan oleh pelajar pada
zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat yang terkini
dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka akan mudah
bosan.
9
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan menggalakkan murid
menghasilkan sendiri bahan pembelajaran mereka.

Pengajaran dan pembelajaran juga tidak seharusnya hanya tertumpu di


dalam kelas, sejajar dengan inovasi dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik
darjah juga adalah semakin luas dan tidak boleh dihadkan dalam ruang empat
dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya inovasi seperti ini akan
menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar tidak mudah bosan dan
melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif dan dinamik

Selain itu, perubahan dan inovasi bilik darjah adalah penting bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan
pengawalan kelas oleh guru. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan
bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang
menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran,
meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain
serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien .

Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu


menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang
seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.

( 2637 PATAH PERKATAAN )

10
4.0 RUJUKAN

http://mzbi2010.blogspot.my/2015/04/kepentingan-inovasi-dalam-pendidikan.html

http://makassar.lan.go.id/index.php/survei/refleksi/170-10-cara-untuk-meningkatkan-

inovasi

http://frogspintar.blogspot.my/2013/06/apakah-kelebihan-frog-vle.html

https://padlet.com/nurulatikahmamat/1z5d7ro1otlq

11

You might also like