You are on page 1of 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

< FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

<SEMESTER 2 / JANUARI 2017>

< HBEF2103>

<EDUCATIONAL PSYCHOLOGY>

NO. MATRIKULASI : <851019015065001>


NO. KAD PENGENALAN : <851019015065>
NO. TELEFON : <016-7091368>
E-MEL : <minghua.1019@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR


BAHRU >
<KOD KURSUS>

SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0Pengenalan 2-3

2.0 Perbincangan elemen kepimpinan dan kerohanian dibangunkan 3-8

di sekolah berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial Bandura

(kognitif, persekitaran, pemerhatian dan permodelan. )

3.0 Model sekolah 9-11

4.0 Rancangan Pengajaran dan pembelajaran 12-13

5.0 Penutup 13

6.0 Rujukan 14

1
<KOD KURSUS>

1.0Pengenalan

Cara mengajar guru di bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar

mempelajari atau memberi respons dalam sesuatu mata pelajaran . Terdapat banyak

teori pembelajaran telah dihasilkan oleh pakar-pakar psikologi khususnya dalam

pendidikan seperti teori pembelajaran sosial , behaviorisme dan kognitif .

Teori pembelajaran yang baik dan kondusif amat penting bagi menghasilkan

individu atau pelajar yang cemerlang , terbilang , gemilang dan seimbang dalam semua

aspek . Oleh hal yang demikian , adalah menjadi tanggungjawab bagi pakar-pakar seperti

Albert Bandura untuk mengkaji cara pelaksnaan dalam sesuatu pembelajaran dan

pemudahcaraan .

Teori pembelajaran sosial yang dicipta oleh Albert Bandura dinamakan semula

dengan nama baharu iaitu Teori Kognitif sosial (Moore 2002) telah memberi impak

atau kesan positif kepada saya .Saya lebih bersetuju dengan teori tersebut berbanding

dengan teori pembelajran lain.

Tun Ghafar Baba , Jasin ,Melaka yang berjaya menjadi pelajar cemerlang di

seluruh negara telah menjadi buah mulut orang ramai . Tidak dapat dinafikan bahawa

kualiti sekolah telah memainkan peranan yang cukup penting bagi menghasilkan

keputusan yang begitu membanggakan di samping peranan ibu bapa dan pelajar itu

sendiri .

Dengan ini , sekolah tersebut disarankan menjadi satu kes kajian bagi kita

semua untuk menghasilkan sesuatu model yang boleh dicontohi .Guru di sekolah tersebut

2
<KOD KURSUS>
digalakkan berkongsi idea atau konsep dan prinsip yang dipegangnya bagi para pendidik

lain. Rancangan Pengajaran harian sekolah ini bolehlah dirujuk bagi guru lain. Orang

yang merancang barulah dianggap orang yang berkualiti .

Elemen kepimpinan dan kerohanian dapat dibangunkan dengan konsep

Bandura dan Model sekolah serta RPH berkonsepkan teori pembelajaran

Konstruktivisme akan dibincangkan di bawah .

2.0 Perbincangan elemen kepimpinan dan kerohanian dibangunkan di sekolah


berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial Bandura (kognitif, persekitaran,
pemerhatian dan permodelan. )

2.1 Teori pembelajaran sosial Bandura

Berdasarkan teori pembelajaran sosial ,manusia ditakrifkan


sebagai mahluk yang aktif , berkemampuan membuat pilihan dan menggunakan
proses-proses perkembangan untuk memahami peristiwa serta berkomuniksi
dengan orang lain . Kelakuan Manusia itu tidak ditentukan oleh sejarah
Formatted: Swedish (Sweden)
perkembangan dan kuasa dalaman seseorang itu .Biasanya , manusia adalah
selektif dan bukan entiti yang pasif, dan boleh dipengaruhi dengan keadaan
persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan dan pengaruh-mempengaruhi
satu dengan yang lain. Pakar-pakar psikologi sosial adalah termasuk Julian
Rotter, Martin Seligman ,Walter Mischel, Albert Bandura, dan lain-lain.

Teori pembelajaran sosial juga dikenali sebagai teori observational


learning,belajar observasional / dengan pengamatan itu (Presly & McCormick

3
<KOD KURSUS>

1995 citSyah 2005) dan merupakan teori yang masih baru berbanding teori
lain .Tokoh utama teori ini ialah Albert Bandura.
Albert Bandura memperkenalkan Model Determinisme Timbal Balik .Hal
ini bermakna tiga faktor utama iaitu perlakuan , individu (kognisi) dan
persekitaran. Faktor-faktor tersebut saling mempengaruhi dan berinteraksi
dengan rapat .

Eksperimen Bandura dapat membentuk perlakuan melalui beberapa cara,


iaitu Meniru secara langsung iaitu kanak-kanak melihat model sendiri atau secara tidak
langsung iaitu menonton video, filem, mendengar huraian atau melihat gambar foto.
Contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan
sebagainya.

Peniruan kedua iaitu melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan


Sekatlakuan bermakna sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tidak
sesuai dalam situasi B. Misalnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika
memanggil rakan dan tidak melakukannya di bilik darjah. Murid-murid tidak berbuat
demikian disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang membawa hukuman
jika perkara itu berlaku. Murid-murid juga meniru melalui tak sekatlakuan .Hal tersebut
bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi. Misalnya,
seseorang murid itu telah mempelajari bahawa tindakan bersorak-sorai tidak sesuai di
dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baharu, amalan itu tidak dihukum, murid-
murid berkenaan akan bermula menjerit dan inilah merupakan peniruan melalui
taksekatlakuan.

Peniruan ketiga ialah melalui elisitasi .Dalam proses peniruan elisitasi,


seseorang murid itu akan turut melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang
itu secara langsung . Contohnya, apabila dia melihat seseorang murid membaca buku
cerita di dalam kelas, Hafiq pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan
membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca buku. Sekiranya tidak ada
murid yang membaca, kemungkinan keinginan Hafiq untuk membaca tidak akan
diwujudkan . Pendek kata , satu-satu perlakuan seseorang individu hanya timbul setelah
memerhati gerak balas orang lain.

4
<KOD KURSUS>

Proses peniruan terbahagi kepada empat langkah .Langkah pertama iaitu


Pemerhatian. Pemerhatian bermakna pada mulanya seseorang itu akan perhatikan
model tersebut dan kemudiannya cuba mengingat balik langkah-langkah yang
dilakukan oleh model tersebut .
Langkah kedua iaitu penyimpanan . Hal ini bermakna seseorang itu
akan menyimpan langkah-langkah perlakuan model dalam ingatannya .
Ketiga , pengeluaran. Pengeluaran bermakna tingkah laku yang ditiru
diperlihatkan dalam situasi tertentu .
Langkah yang terakhir ialah motivasi . Jika perlakuan yang diperlihatkan
menerima peneguhan (motivasi ) daripada orang lain , peniruan itu akan diulangi.

2.2 Elemen kepimpinan dan kerohanian menurut teori Bandura.

Bandura menegaskan bahawa orang belajar banyak perkara melalui peniruan,


Walaupun tanpa adanya penguat (reinforcement) yang diterima. Kita biasa meniru
tingkah laku hanya melalui pengamatan terhadap model . Proses belajar sebegini
dikenali sebagai "observational learning" atau pembelajaran melalui pengamatan.

Manusia mempercepat pembelajaran mereka sendiri dengan memilih model


untuk ditiru .Contohnya, orang tua atau atlet yang terkenal .Teori pembelajaran sosial ini
menegaskan keperibadian seseorang berkembang melalui proses pengamatan. Hal ini
bermakna seseorang itu belajar melalui observasi atau pengamatan terhadap perilaku
orang lain terutama pemimpin atau orang yang dianggap mempunyai nilai lebih
daripadanya.

Kepimpinan dan kerohanian di sekolah memang dapat dibentuk melalui Teori


Bandura . Misalnya, Seorang guru yang merokok akan memberi kesan negatif terhadap
5
<KOD KURSUS>

murid yang diajarnya berdasarkan konsep atau takrifan yang telah diberikan oleh
Bandura . Kerohanian lebih kepada nilai murni dan nilai murni inilah sangat penting bagi
membentuk sahsiah seseorang itu . Semua pemimpin termasuk pihak pentadbir , guru
wajarlah menjadi model untuk ditiru oleh semua murid di mana teori Bandura
menegaskan pembelajaran melalui peniruan . Keberkesanan kepemimpinan dan
kerohanian diterapkan kepada murid mestilah melalui peniruan .

2.3 Kognitif, persekitaran, pemerhatian dan permodelan menurut teoro Bandura

Istilah yang paling penting dalam teori pembelajaran sosial adalah modelling
(peniruan). Modelling lebih bukan sekadar peniruan atau mengulangi perilaku model
tetapi modelling melibatkan penambahan atau pengurangan tingkah laku yang diamati
dan pengamatan sekali gus melibatkan proses kognitif.

Bandura menyatakan bahawa unsur-unsur pembelajaran utama ialah


pemerhatian dan peniruan . Perilaku model boleh dipelajari melalui bahasa .Contohnya ,
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model
dan akan menguasai kemahiran itu jika dia mendapat kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan. Proses pembelajaran merangkumi pemerhatian , pemikiran ,
peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.
Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford
menegaskan bahawa pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas
tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan
tingkah laku tersebut. Bandura mengatakan orang yang diperhatikan sebagai model .
Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model dikenali sebagai
permodelan. Hal tersebut mengutamakan aspek interaksi antara manusia dengan
persekitaran.

Kognitif, persekitaran, pemerhatian dan permodelan menurut teori Bandura

6
<KOD KURSUS>

dapat dilihat di pernyataan di bawah .Pada amnya, Bandura juga melihat manusia sebagai
makhluk aktif yang berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak
merupakan entiti yang pasif yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka.
Ada dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia berlaku melalui
peneguhan. Hal ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda
untuk tindakan tertentu ,kita akan mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya
seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana kerja mereka kemas dan menarik di
dalam kelas ,maka pelajar- pelajar yang lain memerhatikan penghargaan dan mungkin
akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang.
Denda juga mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan
had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana
memandu laju. Pembelajaran pemerhatian kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku
model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati
sedang memerhatikan. Biasanya , model menunjukkan sesuatu yang hendak
dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai.
Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku
apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang diagungkan

2.4 motivasi, sikap, dan komitmen pelajar untuk berjaya, yang akhirnya
menyebabkan sekolah tersebut berjaya menghasilkan banyak pelajar yang
cemerlang.

Mengikut Pengetua , Mohamad Anuar Mohamad Yusof berkata, keempat-empat


elemen tersebut merangkumi aspek kepimpinan, kerohanian, ilmu dan (keadaan) fizikal
diri atau kawasan sekitar. Antara elemen yang paling penting ialah aspek kepimpinan,
kerohanian. Model yang baik dari segi kepimpinan dan kerohanian akan memberi kesan
positif terhadap murid itu .Pengetua dan guru yang cemerlang dan bertungkus-
lumus haruslah menjadi model yang dapat diperhatikan atau diamati oleh para
muridnya dan akhirnya kognitif dalam diri murid-murid dapat dibentuk .
Kecemerlangan akan terjadi .

Pada masa yang sama , peneguhan bolehlah diberikan supaya perlakuan tersebut
diulangi . Teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori belajar sebelumnya kerana ia
menegaskan bahawa lingkungan dan perilaku seseorang dihubungkan melalui sistem
kognitif orang tersebut. Bandura berpendapat bahawa tingkah laku manusia bukan
semata-mata refleks atas stimulus (S-R bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul
akibat interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri.

7
<KOD KURSUS>
Kepimpinan dan kerohanian boleh dibangunkan berdasarkan Teori Bandura
melalui pihak pentadbir seperti pengetua khususnya dalam aspek kognitif , persekitaran ,
pemerhatian dan permodelan . Kes buli dan ponteng sekolah di sekolah telah
menunjukkan kelemahan kepimpinan dan kerohanian pihak pentadbir sekolah tersebut .

Oleh hal yang demikian , pihak pengurusan sekolah bolehlah menggunakan


Teori Bandura seperti meniru secara langsung .Murid bolehlah menonton video
tentang keburukan ponteng sekolah dan kes buli sekolah . Nilai murni yang terkandung
di dalam video itu dapat membentuk murid yang baik dan akan mengurangkan kes-kes
tersebut.

Di samping itu , pihak pentadbir perlu mengadakan kem atau program yang
dapat mendedahkan murid kepada unsur kepimpinan ,kerohanian dan lain-lain yang
dapat membantu setiap murid menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani , intelek ,
emosi dan sosial . Kerohanian dapat dibentuk melalui aktiviti melawat ke rumah orang
tua dan sebagainya . Aktiviti tersebut perlulah kerap dijalankan . Pihak pentadbir
khususnya pengetua hendaklah menjadi teladan baik untuk dicontohi oleh murid-murid .
Pengetua perlu meluangkan masa untuk bersama murid semasa aktiviti tersebut
dijalankan .

Konklusinya , kepimpinan dan kerohanian boleh dibangunkan di sekolah


berdasarkan Teori Bandura yang menekankan peranan kognitif , persekitaran ,
pemerhatian dan permodelan .

8
<KOD KURSUS>
3 . Model sekolah

Pada pendapat saya , model sekolah yang ideal adalah sekolah penyayang
berasaskan bestari dan boleh dikatakan lebih bersifat Model Sekolah Distruktur Semula .
Berdasarkan saranan Albert Bandura , faktor-faktor sosial ,kognitif dan tingkah laku
memainkan peranan penting dalam pembelajaran bagi seseorang murid di sekolah .

Model sekolah yang saya cadangkan lebih mengutamakan kepimpinan dan


kerohanian iaitu pengetua yang dinamik sebagai tunggak kejayaan sekolah .Kurikulum
yang baik sahaja tidak mencukupi tanpa wujudnya seorang pengetua sebagai pemimpin
yang berkemahiran , efisien dan efektif .

Hal ini bermakna pengetua hendaklah menjadi teladan dan seorang yang
penyayang untuk memberi kesan positif kepada murid di sekolah ini . Berdasarkan
hierarki Keperluan Maslow , kasih sayang merupakan salah satu keperluan asas yang
perlu dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses perkembangan kehidupannya.
Jika keperluan ini tidak dipenuhi maka proses perkembangan seterusnya akan terbantut.
Pendek kata , pengetua bolehlah menganjurkan program yang bersifat kasih sayang dan
memastikan setiap guru bekerja keras untuk menuju ke arah sifat berkasih sayang .
Suasana kasih-mengasihi sesama warga sekolah khasnya guru termasuk pihak pentadbir
dengan murid dan murid dengan murid dapat dibentuk .

Glasser (2000) juga menegaskan bahawa manusia dilahirkan dengan lima


keperluan antaranya keperluan survival dan kasih sayang . Keperluan terhadap kasih
sayang dan dipunyai adalah penting kerana kita memerlukan orang lain untuk
memuaskan kedua-dua keperluan ini. Medan sekolah merupakan agen penting untuk
memenuhi keperluan pelajar.

(Al-Ghazali) hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan
lembut seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai (Ihya,Jil.III). Jika dia dilatih
dengan perangai yang baik, pastinya dia akan menjadi seorang yang baik, begitulah
sebaliknya. Kanak-kanak dianggap amanah daripada Tuhan kepada kedua-dua ibu
bapanya .

Oleh hal yang demikian , Sekolah Penyayang merupakan elemen penting dalam
melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila
sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, para pelajar akan berminat untuk

9
<KOD KURSUS>
ke sekolah. Minda atau kognitif mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur
yang boleh membangunkan jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan
acuan kita sendiri. Dengan ini , kognitif dan tingkah laku yang dikehendaki atau dihajati
lebih mudah dihasilkan .

Sekolah penyayang akan mengambil kira latar belakang setiap murid yang
diajarnya barulah dikenali sebagai sekolah bestari selain kasih sayang sebagai asasnya .
Pada masa yang sama , program seperti melawat ke rumah orang tua dan rumah anak
yatim piatu wajarlah diwajibkan menjadi agenda sekolah atau dijadikan aktiviti wajib
bagi setiap murid . Dengan ini , murid sendiri akan merasai sesuatu dan bersimpati
dengan orang lain . Setiap murid haruslah menghayati nilai memberi adalah sangat
penting bak kata memberi adalah lebih mulia daripada menerima .

Penceramah seperti Nick Vujicic bolehlah diundang bagi menerapkan dan


menyampaikan mesej yang cukup penting untuk membentuk sahsiah seseorang murid itu
terutamanya pentingnya berkasih sayang sesama manusia .

Model sekolah ini memerlukan guru-guru yang berkemahiran . Hal ini penting
bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar . Kurikulum
yang disediakan perlulah sesuai dengan kehendak Jabatan Pelajaran Negeri dan dapat
memenuhi keperluan murid yang beraneka jenis . Kanak-kanak biasanya tertarik dengan
unsur visual atau bergaya aktif sesuatu benda yang diperlihatkan . Oleh itu , selain
mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia , pembelajaran
murid haruslah berfokus kepada murid . Murid perlulah sentiasa digalakkan oleh guru itu
untuk memberi idea atau memberi respons semasa Pembelajaran dan pemudahcaraan
dijalankan .

Selain itu , sekolah ini diberi hak lebih bebas untuk pengurusan kewangan
mereka supaya persekitaran yang kondusif dan selesa dapat disediakan untuk
memberangsangkan minat pelajar untuk belajar . Hal ini demikian kerana , pembelian alat
bantu mengajar dan digunakan oleh guru semasa mengajar cukup penting untuk
membantu murid menguasai isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan .

10
<KOD KURSUS>
Pencapaian pelajar di dalam bilik darjah akan menentukan strategi pengajaran
guru di bilik darjah . Mengajar haruslah mengikut kesesuaian bukanlah hanya memaksa
dan menyelitkan sahaja isi kandungan yang diingini . Kesediaan belajar dan kefahaman
murid menjadi fokus di sekolah ini . Praujian dan pascaujian boleh dijalankan dari
semasa ke semasa untuk memantapkan kualiti model sekolah ini .

Di samping itu , penglibatan ibu bapa memainkan peranan penting untuk membantu
pengurusan sekolah dijalankan dengan lebih lancar . Hal tersebut dapat memberi
sokongan yang teguh kepada pelajar itu sendiri .

Guru berperanan penting untuk menjana modal insan dan dijadikan agen perubahan
untuk mendidik anak murid .Guru perlu mengambil berat keperluan murid berdasarkan
Teori Maslow . Walaupun susah dilaksanakan , itulah baik untuk murid

Akhir sekali , sekolah model ini akan memanfaatkan teknologi maklumat komunikasi
yang canggih bagi memenuhi keperluan semasa dalam bidang pendidikan . Manusia
adalah aset dan segala-galanya .

11
<KOD KURSUS>

4. Rancangan Pengajaran dan pembelajaran

Nama subjek dan tajuk : Bahasa Cina Pengalaman melawat ke Taman api-api

(kunang-kunang)

Tahun : 5A

Jangka masa pengajaran : satu jam

Objektif P&P : murid dapat menyatakan isi kandungan teksnya dengan

jelas .

Langkah pengajaran : 1. Guru memainkan lagu api-api untuk menarik minat


pelajar sebagai set induksi (murid diminta menyanyi )

2.Murid membaca petikan bersama dan diberi penjelasan

Oleh guru tentang makna perkataan .Murid memberi

respons terhadap persoalan guru .

3. Penjelasan tentang makna teks oleh guru

4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan

diberikan Puzzle untuk membina Puzzle yang lengkap

5. Daripada melengkapkan puzzle , murid dapat gambar

yang lengkap . Gambar itu merujuk kepada isi penting

teks. Ahli kumpulan berbincang tentang soalan puzzle . `

Wakil kumpulan membentangkan hasil puzzel itu .

12
<KOD KURSUS>
Kesannya , pengukuhan murid tentang isi kandungan

Berjaya dijalankan .

6 . Latihan pengukuhan kedua dijalankan dengan cara

berkumpulan . Pelajar boleh berkongsi pandangan

antara satu sama lain . Murid diingatkan supaya

mengambil berat terhadap setiap pendapat kawan

mereka.

7. Guru membimbing murid untuk membentangkan hasil

Perbincangan .

8. Guru membuat kesimpulan secara ringkas dan padat

supaya murid mudah mengingat isi kandungannya itu.

5. Penutup

Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang diutarakan oleh Albert


Bandura, pemerhati akan meniru setiap tingkah laku 'model' sekiranya tingkah
laku model tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa,
kecantikan atau populariti yang diminati oleh pemerhati.

Oleh hal yang demikian , model sekolah yang cemerlang yang


berasaskan Teori Bandura perlulah dicipta dan dimantapkan . Pengajaran guru
yang mementingkan Teori Konstruktivisme pun juga sangat penting kerana ia
mengutamakan aktiviti amali dan berfikir dan memberi peluang kepada murid
untuk berkongsi persepsi dengan orang lain . Psikologi pendidikan penting untuk
semua.

2727 patah perkataan( tidak termasuk rujukan dan kulit depan )

13
<KOD KURSUS>

Rujukan

HTTP://S225.OUM.EDU.MY/MOD/RESOURCE/VIEW.PHP?ID=43905

HTTP://GREENLANTERNROOM.BLOGSPOT.MY/2013/05/TEORI-

PEMBELAJARAN-SOSIAL-ALBERT-BANDURA.HTML

Bandura , A . ( 1986 ) . Social foundations of thought and action : A social

cognitive theory . Englewoods Cliffs, New Jersey : Prentice- Hall

http://mabjip.blogspot.my/2009/10/teori-pembelajaran-sosial-bandura.html

HTTP://DANIRAIPGM.BLOGSPOT.MY/P/TEORI-PEMBELAJARAN-

SOSIAL.HTML

HTTP://12008ARS.BLOGSPOT.MY/2013/06/TEORI-ALBERT-BANDURA-

MODELING.HTML

14

You might also like