You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

KURSUS INDUKSI LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR


&
BADAN AGAMA DAN KEROHANIAN
2016

TARIKH: 20 Ogos 2016


TEMPAT: BILIK MESYUARAT
SEMESRA

1
1. 0 PENGENALAN

Kepemimpinan merupakan faktor kritikal yang membezakan antara kejayaan dan


kegagalan sesebuah organisasi hatta masyarakat mahupun negara. Tanpa barisan
kepimpinan yang mempunyai wawasan atau strategi, maka sesebuah organisasi dan negara
tidak mampu untuk terus berkembang, bertahan apatah lagi menempa kejayaan dan
kegemilangan.

Bagi meneruskan wasilah perjuangan kepimpinan yang berkesan, golongan pelajar


merupakan tapak semaian awal yang tidak boleh diabaikan. Mental, emosi dan fizikal
mereka harus dibaja sentiasa dengan vaksin motivasi, semangat dan dorongan, agar mereka
tidak alpa tentang peranan mereka sebagai pewaris generasi yang akan datang negara.

Maka dalam usaha untuk membina kualiti kepemimpinan pelajar SEMESRA agar
selari dengan hasrat Sekolah Berasrama Penuh “Disini Pemimpin Dilahirkan” maka
Kursus Induksi Lembaga Kepimpinan Pelajar dan BADAR diadakan bagi memberi
pendedahan kepada para Kepimpinan Pelajar yang dilantik perihal kepimpinan yang
cemerlang dan berqualiti.

Kursus Induksi Lembaga Kepimpinan Pelajar dan BADAR ini, diharapkan menjadi
salah satu paltform awal untuk memberi pendedahan terbaik kepada Kepimpinan Pelajar
bagi menonjolkan potensi diri sebagai pemimpin yang disegani dan dicontohi baik di
peringkat sekolah mahupun di peringkat negara.

Harga sebuah kepemimpinan bukanlah untuk mendapatkan pegiktirafan wira dan


sanjungan keduniaan sahaja, tetapi ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang
besar akan dipersoalkan kelak. Oleh sebab itu tanggungajawab pemimpin bukan sahaja
untuk mencari pengaruh tetapi hendaklah berlandaskan keikhlasan, etika, moral dan agama.
Konsep inilah yang cuba diterapkan dalam kalangan Kepimpinan Pelajar dan BADAR
SEMESRA agar terus menjadi sebuah badan organisasi pelajar yang lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang.

2.0 OBJEKTIF

2.1- Program ini mendedahkan maklumat yang jelas mengenai teknik, ilmu dan
kemahiran kepimpinan dari aspek cara pengendalian dan pengurusan organisasi dan
majlis.

2.3- Untuk memupuk nilai etika dan ciri-ciri keperibadian pemimpin yang sihat, inovatif,
produktif, kompetatif dari aspek sahsiah, personaliti dan pengurusan.

2.4- Membentuk pelajar-pelajar yang lebih bertanggungjawab dan

2
bermotivasi dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan
kepada mereka.

2.5 Mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar, dengan semangat kerjasama dan tolak
ansur yang tinggi walaupun berlainan organisasi dan kepimpinan.

2.6- Pelajar dapat menerima tanggungjawab dan memahami bidang tugas masing-masing
mengikut Exco yang telah ditetapkan.

3.0 RASIONAL

Para pelajar yang baru dilantik sebagai seorang pemimpin pelajar perlu diberi
kemahiran dan panduan untuk menjadi sebagai seorang pemimpin yang boleh memipin dan
menjadi contoh kepada pelajar yang lain.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh : 20 Ogos 2016


4.2 Hari : Sabtu
4.3 Tempat : Bilik Mesyuarat, SEMESRA

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Lembaga Pemimpin Pelajar ( 50 orang )
5.2 BADAR (20 orang)

6.0 METODOLOGI

6.1 Latihan Dalam Kumpulan (Sesi teori dan praktikal)


6.2 ‘Role play’

7.0 TENTATIF PROGRAM (RUJUK LAMPIRAN)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

3
Sumber Kewangan

Bil Perkara Jumlah Jumlah


(RM) Keseluruhan
(RM)
1 Wang Kursus Kepimpinan School Base 1000.00 1000.00

Bil Perkara Kos Jumlah


Keseluruhan
1 Makan dan minum Minum pagi :RM 2.40
Pelajar Makan tgh hari :RM 6.00

RM 8.40 x 70 orang :RM 588.00

Jumlah RM 560.00
2 Bahan Kursus Kertas warna 3 x RM 17.00 RM 51.00
Kertas Laminate 2 x RM 27.00 RM 56.00
Marker Pen 3 x RM 34.00 RM 102.00
Duster 4 x RM 2.00 RM 8.00
Fail 60 x RM 0.45 RM 27.00
Buku Nota 65 x RM 2.40 RM 168.00
Jumlah RM 412.00

JUMLAH RM 1000.00

Perbelanjaan

4
9.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI
Pn Hajah Norzila binti Hj Idris
(Pengetua Kanan )

NAIB PENGERUSI 1
Pn Hasni binti Bakar
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI 2
Cik Sharizan binti Sheikh Osman
(Guru Penolong Kanan)

PENYELARAS
Cik Norhayati binti Ahmad Sidi

SETIAUSAHA
Pn Norhafizah binti Jaharudin

AJK Peralatan : Cik Norfarizan bt Mohamad


AJK Makanan : Pn Syaidatul Munira binti Salleh
AJK Persiapan tempat : En Shahiful Izuan bin Ismail
AJK Fotografi : Pn Rahayu binti Johari

Fasilitator

1. Pn Jaslinawati bt Mohd Saad


2. Pn Siti Rafeah bt Abu Bakar
3. Pn Nor Adilah bt Idris
4. En Mohd Fairos bin Ibrahim
5. Santhini a/p V Balan
6. Tn Hj Al-Jefri Radzi bin Mustapa
7. Pn Nuraini bt Salihin
8. En Shahiful Izuan bin Ismail
9. En Nadzarul Amir bin Mohyeddin
10. En Shahizam bin Harun
11. Pn Farihah bt Mahaiyadin

5
Kursus ini diharapkan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak
dalam usaha untuk melahirkan pemimpin SEMESRA bertaraf `World Class Leader’ yang
berilmu, boleh dicontohi, berwibawa, berkarismatik, dihormati dan disegani serta matang
dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah selaras dengan visi dan misi SBP dan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Disediakan oleh,

.........................................................
(NORHAFIZAH BINTI JAHARUDIN)
Setiausaha Kursus Induksi LPP & BADAR
Sekolah Menengah Sains Rembau

Disahkan oleh,

...............................................................
(HAJAH NORZILA BINTI HJ IDRIS )
Pengetua Kanan
Sekolah Menengah Sains Rembau

6
7

You might also like