You are on page 1of 95

1.

PENGENALAN
Persekitaran pemakanan sihat yang kondusif di sekolah dapat diwujudkan dengan
memastikan penjualan makanan dan minuman di kantin, koperasi, luar pagar
sekolah serta penjualan dan penyediaan makanan sempena mesyuarat dan majlis
keraian atau aktiviti-aktiviti khusus seperti Hari Sukan, Hari Kantin dan lain – lain
aktiviti adalah berdasarkan garis panduan ini.

Warga sekolah yang terdiri daripada murid, pelajar, guru, penjawat awam sekolah
dan pengusaha serta pekerja kantin adalah terlibat secara langsung dalam
menyokong usaha ke arah memastikan amalan pemakanan sihat di sekolah.

Ini merupakan pendedahan awal ke arah pemilihan makanan dan minuman yang
sihat oleh murid dan pelajar sekolah. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk
memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengusaha kantin dalam
penyediaan makanan sihat. Warga sekolah yang lain turut berperanan dan
menjadi contoh dalam mengamalkan makan secara sihat.

Kesan kepada perubahan tingkahlaku ini akan dapat dilihat dalam jangkamasa
yang panjang dan ianya selaras dengan usaha bagi membendung masalah
penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat di negara ini. Pelaksanaan
pemakanan sihat di sekolah ini juga dapat menyediakan persekitaran yang
menyokong warga sekolah mengamalkan cara hidup sihat.

2. OBJEKTIF

Memberi panduan kepada pihak sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang


menyokong amalan makan secara sihat.

3. SKOP

Garis panduan ini meliputi penyediaan dan penjualan makanan dan minuman di
kantin, koperasi, luar pagar sekolah serta semasa mesyuarat dan majlis keraian
atau aktiviti-aktiviti khusus seperti Hari Sukan, Hari Kantin dan lain-lain aktiviti.

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 1


4. PANDUAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH

4.1 PENGENALAN

Panduan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah melibatkan pengusaha


kantin, pihak pengurusan sekolah dan guru dalam memastikan penyediaan makanan
yang lebih sihat kepada warga sekolah. Pihak yang terlibat bertanggungjawab:

a) Memastikan senarai makanan dan minuman yang boleh dijual dan


dilarang di kantin sekolah dipatuhi setiap masa.

b) Memastikan kandungan kalori dalam semua makanan dan minuman


dipamerkan oleh pengusaha kantin.

c) Menjalankan pemantauan kendiri secara berkala (2 kali sebulan) dan


memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah jika terdapat
sebarang ketidakpatuhan.

d) Pihak pengurusan sekolah memberi nasihat penambahbaikan kepada


pengusaha kantin berdasarkan pemantauan kendiri yang telah
dijalankan.

e) Memastikan pematuhan kepada garis panduan dimasukkan di dalam


syarat kontrak perjanjian pengusaha kantin. Syarat-syarat adalah
seperti berikut:

o Markah pemeriksaan kantin adalah melebihi 75%.


o Semua pengusaha dan pengendali makanan di kantin mempunyai:
 Sijil Pengendali Makanan (dikeluarkan oleh Sekolah Latihan
Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia).
 Sijil Vaksinasi/ Tifoid.
 Sijil Latihan Katering Sihat.

f) Sekiranya pengusaha kantin tidak mematuhi syarat yang ditetapkan


selama 6 bulan berturut-turut, tindakan sewajarnya perlu diambil.
Pejabat Pelajaran Daerah adalah bertanggungjawab untuk menentukan
tindakan yang perlu diambil ke atas pengusaha kantin yang gagal
mematuhi syarat penjualan makanan dan minuman yang dijual dan
GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 2
dilarang di kantin sekolah (Contoh: penamatan kontrak, disenarai
hitam).

Bagi membantu guru untuk membimbing murid dan pelajar sekolah supaya
mengambil makanan mengikut keperluan yang disarankan, disertakan maklumat
berikut sebagai rujukan:

a) Keperluan kalori murid dan pelajar sekolah.


b) Cadangan pembahagian kalori dan cadangan menu harian (1700 kcal)
mengikut waktu makan bagi murid berumur 7 – 9 tahun (Lelaki dan
Perempuan).

c) Cadangan pembahagian kalori dan cadangan menu harian (2100 kcal)


mengikut waktu makan bagi murid berumur 10 – 12 tahun (Lelaki dan
Perempuan).
d) Cadangan pembahagian kalori dan cadangan menu harian (2100 kcal)
mengikut waktu makan bagi pelajar berumur 13 – 18 tahun
(Perempuan).
e) Cadangan pembahagian kalori dan cadangan menu harian (2700 kcal)
mengikut waktu makan bagi murid pelajar 13 – 18 tahun (Lelaki).

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 3


4.2 AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Rancang menu untuk penyediaan hidangan sihat di kantin sekolah berdasarkan


Piramid Makanan Malaysia, 2010.

4.2.1 PIRAMID MAKANAN MALAYSIA

Piramid Makanan Malaysia adalah panduan yang boleh membantu kita


merancang dalam pemilihan jenis dan kandungan makanan yang diambil
setiap hari. Ia digunakan untuk mengimbangkan pengambilan pelbagai
jenis makanan dalam sajian harian.

Terdapat lima kumpulan makanan di dalam piramid makanan yang


diletakkan pada aras yang berbeza iaitu:

Kumpulan 1 : Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian

Kumpulan 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran

Kumpulan 3 : Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang

Kumpulan 4 : Susu dan hasil tenusu

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 4


Kumpulan 5 : Lemak, minyak, garam dan gula

Setiap kumpulan makanan membekalkan beberapa jenis nutrien tertentu


sahaja. Makanan daripada sesuatu kumpulan tidak boleh dimakan untuk
menggantikan kumpulan makanan yang lain. Oleh itu, pelbagaikan
makanan daripada setiap kumpulan makanan.

Kumpulan 1 : Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian

 Kumpulan makanan ini termasuk bijirin seperti nasi, gandum, pulut, oat,
barli, jagung, produk bijirin seperti mi, roti, kuih-muih, biskut, bijirin
sarapan dan ubi-ubian termasuk ubi kentang, ubi keledek, ubi kayu dan
ubi keladi.

 Makanan di dalam kumpulan ini kaya dengan sumber karbohidrat


kompleks yang merupakan sumber tenaga yang penting.

 Ia juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein.

 Setiap hari kita perlukan 4-8 sajian daripada kumpulan ini. Makan
semua jenis makanan daripada kumpulan makanan ini dan utamakan
makanan tinggi serat seperti beras perang, oat atau roti bijirin penuh.

Kumpulan 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran

 Makanan daripada kumpulan ini adalah rendah kalori, lemak dan tidak
mengandungi kolesterol.

 Ia membekalkan sebahagian besar vitamin, mineral, serat dan


antioksida yang diperlukan oleh manusia untuk meningkatkan daya
ketahanan badan daripada penyakit, menghindari sembelit,
melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung dan kanser.

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 5


 Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang amat penting
dan perlu dimasukkan ke dalam perancangan menu makanan sihat
harian. Pilih pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

 Ambil sekurang-kurangnya lima sajian setiap hari iaitu tiga sajian sayur-
sayuran dan dua sajian buah-buahan.

Kumpulan 3 : Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang

 Makanan daripada kumpulan ini merupakan sumber protein, vitamin B,


zat besi, zink, kalsium dan magnesium.

 Makan secara sederhana dan pilih yang rendah lemak.

 Kekacang adalah baik sebagai sumber protein dan mempunyai


kandungan lemak yang rendah.

 Contoh kekacang ialah seperti kacang soya dan hasil produknya,


kacang merah serta kacang dal.

 Jumlah sajian yang disyorkan ialah 2-3 sajian sehari.

Kumpulan 4 : Susu dan hasil tenusu

 Susu dan produk tenusu terletak pada aras yang sama dengan ikan,
ayam, daging, telur dan kekacang.

 Ia merupakan sumber kalsium yang penting. Kalsium membantu dalam


pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

 Jumlah sajian yang disyorkan ialah 1-2 sajian setiap hari.

Kumpulan 5 : Lemak, minyak, gula dan garam

 Lemak, minyak, gula dan garam terletak pada aras empat iaitu aras
teratas dalam Piramid Makanan Malaysia.

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 6


 Kumpulan makanan ini perlu diambil dalam jumlah yang sedikit sahaja
dalam pengambilan makanan harian.

 Gula adalah karbohidrat ringkas yang hanya membekal kalori tanpa


nutrien lain. Gula juga terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan
dan susu. Mengikut saranan Malaysian Dietary Guidelines for Children
and Adolescents (2013), hadkan pengambilan gula kepada satu sudu
teh sahaja bagi setiap penyediaan secawan minuman.

 Garam perlu diambil dalam jumlah yang terkawal dalam diet harian
individu. Mengikut saranan Malaysian Dietary Guidelines for Children and
Adolescents (2013), pengambilan garam adalah dihadkan kepada 5g atau
2000mg natrium sehari.

4.2.2 PELBAGAIKAN JENIS MASAKAN YANG RENDAH LEMAK, GULA DAN


GARAM SERTA TINGGI SERAT.

4.2.2.1 Penyediaan Makanan Rendah Lemak

Pengendali makanan boleh mengurangkan penyediaan makanan tinggi


lemak dan kolesterol semasa memasak dengan:

 Menggurangkan penggunaan minyak atau lemak dalam semua jenis


masakan.
 Menggunakan daging tanpa lemak atau membuang lemak yang kelihatan
sebelum memasak.
 Menyejukkan sup atau air rebusan daging dan buangkan lemak yang
kelihatan di permukaan.
 Membuang kulit ayam sebelum memasak.
 Elakkan menggoreng semula makanan yang telah digoreng.
 Menggantikan penggunaan santan pekat kepada santan cair atau susu
rendah lemak ketika menyediakan masakan atau kuih muih.
 Mempelbagaikan kaedah memasak seperti merebus, mengukus,
memanggang atau membakar.
 Hadkan menggoreng menggunakan minyak yang banyak.

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 7


 Buangkan lapisan minyak yang kelihatan di permukaan sup atau kuah.
 Menggunakan salad dressing yang rendah lemak.
 Menggunakan tisu khas atau kertas penyerap minyak untuk menyerap
lebihan minyak pada makanan bergoreng.
 Menggunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan
minyak.

4.2.2.2 Menyediakan Makanan dan Minuman Rendah Gula

Pengendali makanan boleh mengurangkan penggunaan gula semasa


memasak makanan atau menyediakan minuman dengan:

 Menyediakan air kosong di kantin pada setiap hari.


 Tidak menjual minuman yang terdapat dalam senarai minuman yang
dilarang dijual di kantin sekolah.
 Menghadkan 1 sudu teh gula sahaja untuk setiap cawan minuman yang
dibancuh.
 Tidak menambah gula semasa penyediaan jus buah-buahan/ minuman
bermalta dan minuman bercoklat.
 Menggunakan susu tepung penuh krim/ susu rendah lemak bagi
menggantikan susu pekat manis/ krimer manis.
 Menggelakkan penggunaan gula semasa memasak.
 Menggurangkan penggunaan gula dalam penyediaan pencuci mulut seperti
bubur dan kuih muih.

4.2.2.3 Menyediakan Makanan Rendah Garam

Pengendali makanan boleh mengurangkan penggunaan garam semasa


memasak dengan:

 Menggurangkan penggunaan garam dalam masakan.


 Tidak menggunakan penambah perisa seperti monosodium glutamat
(MSG) serta kiub perisa semasa menyediakan masakan.
 Menggurangkan penggunaan sos seperti sos cili, sos tiram, sos ikan, sos
soya (kicap) atau sos tomato semasa menyediakan masakan.
GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 8
 Tidak menggunakan perencah segera seperti perencah segera nasi
goreng, bihun goreng, sayur goreng dan lain-lain.
 Menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti bawang putih, serai, halia,
limau nipis, daun sup, daun kesom dan rempah ratus dalam masakan.
 Tidak menjual makanan yang terdapat dalam senarai makanan yang
dilarang dijual di kantin sekolah.
 Baca maklumat pemakanan untuk memilih produk ’rendah garam’.
 Tidak menyediakan serbuk asam, garam, kicap dan kuah rojak semasa
menjual buah-buahan.

4.2.2.4 Menyediakan Makanan Tinggi Serat

Pengendali makanan boleh meningkatkan pengambilan makanan berserat


semasa penyediaan masakan dengan:

 Menyediakan hidangan yang berasaskan bijirin penuh (wholemeal) seperti


roti bijirin penuh dan tepung bijirin penuh dalam penyediaan makanan.
 Mempelbagaikan hidangan berasaskan kekacang atau hasil kekacang.
 Memastikan pelbagai jenis sayur dimasukkan ke dalam menu harian dan
mengutamakan sayur berdaun hijau.
 Menyediakan pelbagai jenis buah-buahan segar untuk di jual.
 Menggunakan lebih sayur dalam masakan dengan mengambil kira perkara
berikut:
- Menambah sayur-sayuran dalam masakan ikan, ayam, daging dan
tauhu.
- Mempelbagaikan jenis sayuran dalam hidangan mi atau bihun atau
seumpamanya. Kuantiti sayur-sayuran yang perlu dimasukkan
adalah tidak kurang daripada dua sudu makan sayur-sayuran.
- Penyediaan sandwic perlu mengandungi hirisan tomato, timun atau
salad.

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 9


4.3 KEPERLUAN KALORI MURID DAN PELAJAR SEKOLAH

Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia (2005) atau Saranan


Pengambilan Nutrien (2005) merupakan saranan pengambilan nutrien yang
disyorkan untuk seseorang individu mengikut umur dan jantina. Nutrien yang
disarankan termasuklah karbohidrat, protein, lemak, beberapa vitamin dan
mineral. Semua tenaga yang dihasilkan melalui makanan yang diambil dikira
menggunakan ukuran kalori.

Kalori (kcal) merupakan unit ukuran tenaga. Keperluan kcal berbeza mengikut
jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal seseorang. Bagi mengurangkan berat
badan, seseorang individu perlu mengurangkan pengambilan kcal seharian
iaitu dengan mengamalkan amalan makan secara sihat dan melakukan aktiviti
fizikal setiap hari.

Aktiviti fizikal perlu dilakukan bagi mengekal kesihatan dan kesejahteraan. Ia


merupakan faktor utama dalam menggalakkan kesihatan yang optimum dan
mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik. Setiap aktiviti fizikal mempunyai
tahap penggunaan kalori yang berbeza-beza bergantung kepada umur, jantina
dan tempoh masa yang diguna bagi melakukan aktiviti tersebut. Penggunaan
kalori bagi beberapa contoh aktiviti fizikal adalah seperti dalam Jadual 6:
Senarai Aktiviti Fizikal Dan Penggunaan Kalori Mengikut Umur Dan Berat
Badan.
Bagi memudahkan perancangan menu harian, cadangan pengambilan kalori
mengikut umur dan jantina adalah seperti berikut:

Jadual 1: Purata Pengambilan Kalori Sehari Bagi Murid dan Pelajar


Mengikut Umur dan Jantina

Umur dan Jantina Kalori (kcal)


7 – 9 tahun (lelaki dan perempuan) 1700

10 – 12 tahun (lelaki dan perempuan) 2100

13 – 18 tahun (perempuan) 2100

13 – 18 tahun (lelaki) 2700

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 10


4.3.1 CADANGAN PEMBAHAGIAN KALORI DAN MENU HARIAN BAGI MURID
SEKOLAH RENDAH MENGIKUT WAKTU MAKAN BAGI MURID
BERUMUR 7–9 TAHUN DAN 10-12 TAHUN

Jadual ini dicadang untuk dipamerkan di sekolah rendah sebagai rujukan murid.

Waktu Makan Keperluan Kalori Murid (kcal)


7-9 Tahun 10-12 Tahun
Sarapan 350 450
Waktu rehat 150 250
(sekolah sesi pagi)
Makan tengah hari 500 550
Waktu rehat 150 250
(sekolah sesi petang)

Makan malam 400 450


Minum malam 150 150
Jumlah 1700 2100

Jadual 2: Contoh Menu Harian untuk Murid Sekolah Rendah (7-9 Tahun)

Contoh sarapan pagi ~ 350 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Bijirin sarapan 1 cawan 60 220
Kismis 1 sudu makan 20 60
Susu ½ gelas 130 90
Jumlah tenaga 370

Contoh minum pagi ~ 150 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Pulut panggang 1 biji 50 110
Betik ½ potong 100 40
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 150

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 11


Contoh makan tengah hari ~ 500 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi putih 2 senduk 100 130
Ikan masam manis 1 ekor 100 280
Telur dadar 1 potong 50 80
1 mangkuk
Sup sayur campur 90 40
kecil
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 530

Contoh minum petang ~ 150 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Cucur ikan bilis 3 biji 60 120
Tembikai susu ½ potong 85 30
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 150

Contoh makan malam ~ 400 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi ayam 1 set 325 330
Limau 1 biji 160 70
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 400

Contoh minum malam ~ 150 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Susu 1 gelas 250 160
Jumlah tenaga 160

Jumlah kalori : 1760 kcal

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 12


Jadual 3: Contoh Menu Harian untuk Murid Sekolah Rendah (10 – 12 Tahun)

Contoh sarapan pagi ~ 450 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Bihun sup 1 mangkuk 290 250
Susu 1 gelas 250 180
Jumlah tenaga 430

Contoh minum pagi ~ 250 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Apam 1 biji 30 50
Karipap 1 biji 40 130
Limau 1 biji 140 70
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 250

Contoh makan tengah hari ~ 550 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi 3 senduk 150 200
1 mangkuk
Ayam masak sup 110 130
kecil
Sayur kangkung goreng ½ cawan 50 30
Telur dadar 1 biji 50 80
Betik 1 potong 200 70
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 510

Contoh minum petang ~ 250 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Cucur udang 2 biji besar 100 140
Epal merah 1 biji 110 60

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 13


Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 200

Contoh makan malam ~ 450 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi putih 3 senduk 150 200
Ikan bakar 1 ekor 100 150
1 mangkuk
Sup sayur 100 40
kecil
Mangga ½ biji 50 35
Air limau 1 gelas 250 25
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 450

Contoh minum malam ~ 150 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Susu 1 gelas 250 160
Jumlah tenaga 160

Jumlah kalori : 2000 kcal

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 14


4.3.2 CADANGAN PEMBAHAGIAN KALORI DAN MENU HARIAN
MENGIKUT WAKTU MAKAN BAGI PELAJAR BERUMUR 13 – 18
TAHUN (BAGI PEREMPUAN DAN LELAKI)

Jadual ini dicadang untuk dipamerkan di sekolah menengah sebagai rujukan


murid.

Waktu Makan Keperluan Kalori Pelajar (kcal)


Perempuan Lelaki
13-18 Tahun 13-18 Tahun
Sarapan 400 600
Waktu rehat 250 300
(sekolah sesi pagi)
Makan tengah hari 550 700
Waktu rehat 250 300
(sekolah sesi petang)
Makan malam 500 600
Minum malam 150 200
Jumlah 2100 2700

Jadual 4: Contoh Menu Harian untuk Pelajar Perempuan (13-18 Tahun)

Contoh sarapan pagi ~ 400 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Kuetiau sup 1 mangkuk 330 210
Susu 1 gelas 250 180
Jumlah tenaga 390

Contoh minum pagi ~ 250 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Apam 2 biji 60 100
Cucur udang 1 biji 50 70
1 biji
Pisang berangan 60 60
sederhana
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 240

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 15


Contoh makan tengah hari ~ 550 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi 3 senduk 150 200
1 mangkuk
Ayam masak sup 110 130
kecil
Tempe masak sambal 1 senduk 50 100
Sayur kangkung goreng ½ cawan 50 30
Betik 1 potong 200 70
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 530

Contoh minum petang ~ 250 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Bun kaya 1 biji 60 190

Epal merah 1 biji 110 60


Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 250

Contoh makan malam ~ 500 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi putih 3 senduk 150 200
Ikan bakar 1 ekor 100 100
4 ekor,
Udang masak sambal 60 120
sederhana
1 mangkuk
Sup sayur 100 40
kecil
Mangga ½ biji 50 35
Air limau 1 gelas 250 25
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 520

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 16


Contoh minum malam ~ 150 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Susu 1 gelas 250 160
Jumlah tenaga 160

Jumlah kalori : 2090 kcal

Jadual 5: Contoh Menu Harian untuk Pelajar Lelaki (13-18 Tahun)

Contoh sarapan pagi ~ 600 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Bihun goreng putih 3 senduk 175 260
Telur goreng sambal 1 biji 75 160
Timun 6 hiris 60 20
Minuman susu bercoklat 1 gelas 250 140
Jumlah tenaga 580

Contoh minum pagi ~ 300 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi goreng 1 ½ senduk 100 195
Jambu batu ½ biji 150 70
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 265

Contoh makan tengah hari ~ 700 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi putih 4 senduk 200 260
Ikan masak asam 1 ekor 80 110

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 17


Tempe goreng 1 keping 65 185
Sayur kacang panjang goreng ½ cawan 50 30
Air limau 1 gelas 250 25
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 610

Contoh minum petang ~ 300 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Jagung rebus 1 tongkol 120 110
Yogurt 1 cawan 150 100
Epal merah 1 biji 115 60
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 260

Contoh makan malam ~ 600 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Nasi putih 3 senduk 150 200
Ikan masak sup 1 mangkuk 130 70
Ayam masak halia 1 ketul 80 90
Sayur campur 1 senduk kecil 80 40
Tempe masak sambal 1 senduk 50 100
Tembikai susu 1 potong 170 60
Air kosong 1 gelas 250 0
Jumlah tenaga 560

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 18


Contoh minum malam ~ 200 kcal

Tenaga
Makanan/ Minuman Sukatan Berat (g)
(kcal)
Susu 1 gelas 250 180
Pir hijau 1 biji 90 60
Jumlah tenaga 240

Jumlah kalori : 2515 kcal

GP pemakanan sihat di sekolah_nov2016 19


Jadual 6: SENARAI AKTIVITI FIZIKAL DAN PENGGUNAAN KALORI MENGIKUT
UMUR DAN BERAT BADAN

Penggunaan Kalori (kcal)


Bagi Setiap Jam
Untuk Murid Berumur Untuk Pelajar
Jenis Aktiviti 7-12 Tahun, Berumur 13-17 Tahun,
Berat ~ 30 kg Berat ~ 50 kg

Membasuh pinggan mangkuk, 70 120


menggosok baju (berdiri)

Menyapu lantai, memasak/ 80 130


menyediakan makanan

Boling 100 170

Frisbee 100 170

Bola tampar, bukan 100 170


pertandingan; 6-9 ahli pasukan

Mengemas rumah 110 200

Pancaragam, drum major 110 200


(berjalan)

Memanah 110 200


(bukan untuk tujuan memburu)

Berjalan ke tempat kerja atau 130 230


kelas

Gimnastik 130 230

Ping pong 130 230

Berjalan 7.2 km sejam, datar, 140 260


permukaan kukuh, secara pantas

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 20


Penggunaan Kalori (kcal)
Bagi Setiap Jam
Untuk Murid Berumur Untuk Pelajar
Jenis Aktiviti 7-12 Tahun, Berumur 13-17 Tahun,
Berat ~ 30 kg Berat ~ 50 kg

Badminton, perseorangan dan 140 260


beregu

Permainan kanak-kanak 160 290


(permainan lompat garisan,
alatan taman permainan –
bermain gelongsor, jongkang-
jongket, buaian)

Skateboard 160 290

Berjoging 220 400

Tenis 220 400

Berbasikal, 19.3-22.4 km/ jam, 250 460


secara sederhana

Bola keranjang, pertandingan 250 460

Bola sepak 250 460

Hoki, padang 250 460

Berenang, backstroke 250 460

Berenang, butterfly 350 640

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 21


4.4 SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG BOLEH DIJUAL DI KANTIN
SEKOLAH BESERTA MAKLUMAT KANDUNGAN KALORI.

Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan makanan dan minuman yang


dijual di kantin dipamer nilai kalorinya. Pihak pengusaha kantin adalah
bertanggungjawab di dalam melaksanakan aktiviti ini. Pihak kantin hanya perlu
mempamer kandungan kalori mengikut jenis makanan dan minuman yang dijual
di kantin masing-masing.

Berikut adalah senarai makanan dan minuman berserta kandungan kalori yang
boleh dijual sebagai panduan bagi menjalankan aktiviti tersebut:

BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI


(g) (kcal)

NASI

1 Nasi putih 1 cawan (2 senduk) 100 130

2 Nasi goreng 135 260

- Nasi 1 cawan (2 senduk) 100


- Hirisan ayam 1 sudu makan 15
- Sayur campur 1 sudu makan 20

3 Nasi lemak 175 320

- Nasi 1 cawan (2 senduk) 100


- Kuah sambal tumis 1 sudu makan 20
- Ikan bilis goreng 1 sudu makan 5
- Kacang tanah 1 sudu teh 5
- Telur rebus ½ biji 25
- Timun 2 hiris 20

4 Nasi ayam 325 330

- Nasi 1 cawan (2 senduk) 100


- Ayam panggang 1 ketul 70
- Timun 2 hiris 20
- Salad 2 tangkai 5
- Sup 1 mangkuk kecil 100
- Sos cili 1 sudu makan 15
- Kicap 1 sudu makan 15

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 22


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

5 Soto 335 180

- Nasi himpit/ kapit 8 ketul kecil 100


- Kuah sup 1 mangkuk Cina 200
- Ayam carik 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Daun sup 1 sudu makan 5
6 Lontong 320 310

- Nasi himpit/ kapit 8 ketul kecil 100


- Kuah lontong 1 mangkuk Cina 200
- Sambal 1 sudu makan 20
7 Bubur nasi 470 170

- Nasi 1 ½ cawan 450


- Hirisan ayam 1 sudu makan 15
- Daun sup 1 sudu makan 5

8 Nasi berlauk 220 310

- Nasi 1 cawan (2 senduk) 100


- Gulai ikan tongkol 1 potong 80
- Jelatah 1 senduk kecil 40

9 Nasi kukus 250 400

- Nasi 1 cawan (2 senduk) 100


- Ayam goreng 1 ketul 90
berempah
- Kuah kari 1 senduk 50
- Timun 2 hiris 20
- Sambal belacan 1 sudu besar 20

10 Nasi dagang 150 510

- Nasi 1 cawan (2 senduk)


- Gulai ikan tongkol 1 potong 80
- Jelatah 1 senduk kecil 40

11 Nasi ambang 210 360

- Nasi ½ cawan (1 senduk) 50


- Ayam semur 1 ketul 60
- Kacang panjang 1 sudu makan 20

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 23


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

goreng
- Sambal tempe 1 sudu makan 20
- Mi goreng Jawa 1 senduk 60

12 Pulut kuning 180 530

- Pulut 2 senduk 100


- Daging rendang 2 ketul (saiz kotak mancis) 80

13 Nasi kuning 200 550

- Nasi 1 cawan (2 senduk) 100


- Ikan goreng berlada 1 ekor 100

MI/ BIHUN/ KUETIAU

14 Mi goreng/ Mi Hunan 185 310


goreng

- Mi kuning 1 cawan 100


- Ayam 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Sawi 1 sudu makan 15
- Tomato 1 sudu makan 15
- Telur ½ biji 25

15 Bihun goreng 175 300

- Bihun 1 cawan 90
- Ayam 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Sawi 1 sudu makan 15
- Tomato 1 sudu makan 15
- Telur ½ biji 25

16 Bihun goreng putih 175 260

- Bihun 1 cawan 90
- Ayam 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Sawi 1 sudu makan 15
- Tomato 1 sudu makan 15
- Telur ½ biji 25

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 24


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

17 Mi sup 330 210

- Mi kuning 1 cawan 100


- Kuah sup 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

18 Bihun sup 320 250

- Bihun 1 cawan 90
- Kuah sup 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

19 Kuetiau sup 330 210

- Kuetiau 1 cawan 100


- Kuah sup 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

20 Mi kari 355 460

- Mi kuning 1 cawan 100


- Kuah kari 1 mangkuk Cina 200
- Sawi 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Telur rebus ½ biji 25

21 Bihun kari 345 260

- Bihun 1 cawan 90
- Kuah kari 1 mangkuk Cina 200
- Sayur 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Telur ½ biji 25

22 Mi soto 335 270

- Mi kuning 1 cawan 100


- Kuah sup 1 mangkuk Cina 200
- Ayam carik 1 sudu makan 15
- Daun sup 1 sudu makan 5
- Taugeh 1 sudu makan 15

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 25


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

23 Mi wantan 335 180

- Mi wantan 1 cawan 100


- Kuah sup 1 mangkuk Cina 200
- Wantan 3 biji 20
- Sayur 1 sudu makan 15

24 Mi rebus 350 470

- Mi kuning 1 cawan 100


- Kuah 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15
- Cucur 1 ketul 20

25 Mi Bandung 355 400

- Mi kuning 1 cawan 100


- Kuah 1 mangkuk Cina 200
- Telur rebus ½ biji 25
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

26 Mi hailam 330 440

- Mi kuning 1 cawan 100


- Kuah 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

27 Kuetiau hailam 330 380

- Kuetiau 1 cawan 100


- Kuah 1 cawan 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

28 Bihun hailam 320 560

- Bihun 1 cawan 90
- Kuah 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 26


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

29 Bihun tomyam 320 250

- Bihun 1 cawan 90
- Kuah tomyam 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

30 Mi tomyam 330 270

- Mi kuning 1 cawan 100


- Kuah tomyam 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

31 Mi ladna 230 320

- Mi kuning 1 cawan 100


- Kuah 1 mangkuk kecil 100
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

32 Bihun ladna 220 300

- Bihun 1 cawan 90
- Kuah 1 mangkuk kecil 100
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

33 Laksa Kedah/ Penang/ 360 340


Perlis

- Laksa 1 cawan 130


- Kuah laksa 1 mangkuk Cina 200
- Timun 2 sudu makan 20
- Bawang besar 1 sudu makan 10

34 Laksa Johor 330 400

- Spaghetti 1 cawan 100


- Kuah 1 mangkuk kecil 200
- Timun 2 sudu makan 20
- Bawang 1 sudu makan 10

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 27


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

35 Laksa Kelantan 260 440

- Laksa 1 cawan 130


- Kuah laksam 1 mangkuk kecil 100
- Timun 2 sudu makan 20
- Hirisan bawang 1 sudu makan 10

36 Laksam 260 440

- Laksa 1 cawan 130


- Kuah laksam 1 mangkuk kecil 100
- Timun 2 hiris 20
- Hirisan bawang 1 sudu makan 10

37 Laksa Sarawak 360 380

- Laksa 1 cawan 130


- Kuah 1 mangkuk Cina 200
- Hirisan telur dadar 1 sudu makan 15
- Hirisan ayam 1 sudu makan 15

38 Laksa kari 360 380

- Laksa 1 cawan 130


- Kuah 1 mangkuk cina 200
- Kerang rebus 5 ekor isi kerang 15
- Sayur 1 sudu makan 15

39 Wantan ho (Kuetiau 230 250


ladna)

- Kuetiau 1 cawan 100


- Kuah 1 mangkuk kecil 100
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

40 Yee mee ladna 230 250

- Yee mee 1 cawan 100


- Kuah 1 mangkuk kecil 100
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 28


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

41 Loh shi fun goreng 145 290

- Loh shi fun 1 cawan 100


- Taugeh 1 sudu makan 15
- Daun bawang 1 sudu makan 5
- Telur ½ biji 25

42 Chee cheong fun 180 290

- Chee cheong fun 1 cawan 100


- Sayur 1 sudu makan 15
- Ayam 1 sudu makan 15
- Kuah cendawan 1 senduk kecil 50

43 Mi sanggul goreng 185 410

- Mi sanggul (dicelur) 1 cawan 100


- Ayam 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Sawi 1 sudu makan 15
- Tomato 1 sudu makan 15
- Telur ½ biji 25

44 Spaghetti goreng 160 440

- Spaghetti 1 cawan 100


- Ayam 2 sudu makan 30
- Sawi 1 sudu makan 15
- Tomato 1 sudu makan 15

45 Pan mian sup 230 460

- Pan Mian 1 cawan 100


- Kuah 1 mangkuk kecil 100
- Sayur 1 sudu makan 15
- Ayam 1 sudu makan 15
- Ikan bilis goreng 1 sudu makan 5

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 29


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

46 Mi kering goreng 185 530

- Mi kering (dicelur) 1 cawan 100


- Ayam 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Sawi 1 sudu makan 15
- Tomato 1 sudu makan 15
- Telur ½ biji 25

47 Yee Mee goreng 185 590

- Yee Mee (dicelur) 1 cawan 100


- Ayam 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Sawi 1 sudu makan 15
- Tomato 1 sudu makan 15
- Telur ½ biji 25

48 Mi kampua 330 600

- Mi kampua 1 cawan 100


- Kuah sup 1 mangkuk Cina 200
- Ayam 1 sudu makan 15
- Sayur 1 sudu makan 15

49 Mi kolok sup 345 680

- Mi kolok 1 cawan 100


- Kuah sup 1 mangkuk Cina 200
- Sawi 1 sudu makan 15
- Taugeh 1 sudu makan 15
- Ayam 1 sudu makan 15

HIDANGAN LAUK PAUK

50 Ikan goreng 80 220

- Ikan 1 ekor 80

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 30


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

51 Ikan sambal tumis 100 200

- Ikan 1 ekor 80
- Kuah 2 sudu makan 20

52 Ikan masak lemak 130 140

- Ikan 1 ekor 80
- Kuah 1 senduk kecil 50

53 Ikan masak asam 130 110

- Ikan 1 ekor 80
- Kuah 1 senduk kecil 50

54 Ikan masak pindang 130 130

- Ikan 1 ekor 80
- Kuah 1 senduk kecil 50

55 Ikan masak singgang 130 130

- Ikan 1 ekor 80
- Kuah 1 senduk kecil 50

56 Ikan masam manis 100 280

- Ikan 1 ekor 80
- Kuah 2 sudu makan 20

57 Ikan masak sup 130 70

- Ikan 1 potong 80
- Sup 1 senduk kecil 50

58 Ikan bilis masak 30 100


sambal

- Ikan bilis 2 sudu makan 10


- Kuah sambal 2 sudu makan 20

59 Ikan bakar 100 100

- Ikan 1 ekor 80
- Kuah asam 2 sudu makan 20

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 31


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

60 Ikan masak kari ala 130 140


mamak

- Ikan 1 ekor 80
- Kuah 1 senduk kecil 50

61 Ikan masak asam 130 110


tempoyak
80
- Ikan 1 ekor 50
- Kuah 1 senduk kecil

62 Ikan masak ampap 80 100

- Ikan kembong 1 ekor 80

63 Ikan masak ampap 80 190


goreng

- Ikan 1 ekor 80

64 Ayam goreng 1 ketul 60 170

65 Ayam goreng celup 1 ketul 60 190


tepung

66 Ayam goreng kunyit 1 senduk 100 150

67 Ayam masak kari 125 200

- Ayam 1 ketul 60
- Kuah 1 senduk kecil 50
- Kentang 1 ketul 15

68 Ayam masak tomyam 125 75

- Ayam 1 ketul 60
- Kuah tomyam 1 senduk kecil 50
- Sayur 1 sudu makan 15

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 32


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

69 Ayam kurma 110 140

- Ayam 1 ketul 60
- Kuah 2 sudu makan 20
- Lobak merah 1 sudu makan 15
- Kentang 1 sudu makan 15

70 Ayam masak rendang 80 160

- Ayam 1 ketul 60
- Kuah rendang 2 sudu makan 20

71 Ayam masak paprik 95 95

- Ayam 1 senduk 60
- Kuah 2 sudu makan 20
- Sayur 1 sudu makan 15

72 Ayam masak asam 80 110


pedas

- Ikan 1 ketul 60
- Kuah asam 2 sudu makan 20

73 Ayam masak sup 110 130

- Ayam 1 ketul 60
- Sup 1 senduk kecil 50

74 Ayam dan cendawan 115 90


masak sos tiram

- Ayam 1 ketul 60
- Cendawan 1 sudu makan 20
- Kuah 2 sudu makan 20
- Lobak merah 1 sudu makan 15

75 Ayam panggang 1 ketul 60 90

76 Ayam masak halia 80 90

- Ayam 1 ketul 60
- Kuah 2 sudu makan 20

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 33


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

77 Ayam tandoori 1 ketul 60 120

78 Begedil ayam 1 biji 60 90

79 Daging masak kari 110 155

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Kuah 1 senduk kecil 50

80 Daging masak lemak 110 130

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Kuah 1 senduk kecil 50

81 Daging kurma 110 130

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Kuah 2 sudu makan 20
- Lobak merah 1 sudu makan 15
- Kentang 1 ketul kecil 15

82 Daging masak sup 125 70

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Sup 1 senduk kecil 50
- Lobak merah 1 sudu makan 15

83 Daging goreng kunyit 2 ketul (saiz kotak mancis) 60 145

84 Daging masak rendang 80 200

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Kuah rendang 2 sudu makan 20

85 Daging goreng berlada 80 100

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Kuah sambal 2 sudu makan 20

86 Daging bakar 80 70

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Air asam 2 sudu makan 20

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 34


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

87 Daging masak halia 80 80

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Kuah 2 sudu makan 20

88 Daging masak tomato 95 110

- Daging 2 ketul (saiz kotak mancis) 60


- Kuah 2 sudu makan 20
- Tomato 1 sudu makan 15
89 Sotong goreng berlada 110 120

- Sotong 2 ekor 90
- Kuah sambal 2 sudu makan 20

90 Sotong celup tepung 1 senduk 100 160

91 Sotong goreng kunyit 1 senduk 150 200

92 Udang masak sambal 60 120

- Udang 4 ekor 40
- Kuah sambal 2 sudu makan 20

93 Udang masak lemak 90 100

- Udang 4 ekor 40
- Kuah lemak 1 senduk kecil 50

94 Udang celup tepung 4 ekor 90 190

95 Udang goreng kunyit 75 150

- Udang 4 ekor
96 Telur goreng 1 biji 65 130

97 Telur dadar 1 potong 50 80

98 Telur rebus sambal 70 160

- Telur 1 biji 50
- Kuah sambal 2 sudu makan 20

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 35


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

99 Telur goreng sambal 70 160

- Telur 1 biji 50
- Kuah sambal 2 sudu makan 20

100 Telur masak kurma 130 120

- Telur 1 biji 50
- Kuah 1 senduk kecil 50
- Lobak merah 1 sudu makan 15
- Kentang 1 ketul kecil 15

101 Telur masak sup 90 50

- Telur 1 biji 40
- Sup 1 senduk kecil 50

102 Telur puyuh masak 100 230


sambal

- Telur 5 biji 60
- Kuah sambal 2 sudu makan 40

103 Telur itik masak lemak 110 185


1 biji 60
- Telur 1 senduk kecil 50
- Kuah lemak
104 Tempe goreng 1 keping 65 185

105 Tempe masak sambal 1 senduk kecil 50 100

106 Tauhu goreng 1 keping 60 100

107 Tauhu masak sambal 80 140

- Tauhu 1 keping 60
- Kuah sambal 2 sudu makan 20

108 Tauhu bakar 100 140

- Tauhu 1 keping 60
- Kuah kacang 1 senduk 40

109 Puyuh goreng 1 ketul 60 170

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 36


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

HIDANGAN SAYUR-SAYURAN

110 Sayur masak air 100 20

- Sayur ½ cawan 50
- Kuah sayur 1 senduk kecil 50
*petola/ labu air/ bayam/
sawi/ cendawan/
kangkung dan lain-lain
111 Sayur goreng atau ½ cawan 50 30
tumis

*kangkung/ kacang
panjang/ kobis/ taugeh/
kacang buncis/ kailan/
bayam/ terung/ bendi/
peria/ kacang botor/
cendawan dan lain-lain
112 Sayur campur 1 senduk kecil 80 40

*Putik jagung/ lobak


merah/ kobis bunga/
kobis/ brokoli/
cendawan/ kacang pis
dan lain-lain
113 Tomyam sayur 100 30

- Sayur ½ cawan 50
- Kuah tomyam 1 senduk kecil 50
*Putik jagung/ lobak
merah/ kobis bunga/
cendawan dan lain-lain
114 Sup sayur 100 40

- Sayur ½ cawan 50
- Kuah sup 1 senduk kecil 50
lobak merah/ cendawan/
kobis/ sawi/ tomato/
daun sup/ batang saderi
dan lain-lain

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 37


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

115 Sup suhun 100 50

- Kentang 1 sudu makan 15


- Lobak merah 1 sudu makan 15
- Suhun 1 sudu makan 10
- Kuah 1 senduk kecil 50

116 Sayur masak lemak 100 90

- Sayur ½ cawan 50
- Kuah 1 senduk kecil 50
*Pucuk paku/ pucuk
manis/ labu kuning/
bayam/ taugeh/ kobis/
kacang panjang/ rebung/
nangka/ pisang/ jantung
pisang dan lain-lain
117 Dalca sayur 125 150

- Sayur ½ cawan 60
(kentang/ lobak
merah/ tomato)
- Kacang dhal 1 sudu makan 15
- Kuah 1 senduk kecil 50

118 Ulam-ulaman (dicelur)

*bendi/ kacang botor/


terung/ jantung pisang/
daun mengkudu/ pucuk
betik/ rebung/ pucuk ubi
ROTI

119 Sandwic telur 120 280

- Roti putih 2 keping 60


- Telur hancur 2 sudu makan 60

120 Sandwic telur 120 290

- Roti putih 2 keping 60


- Telur goreng 1 biji 60

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 38


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

121 Sandwic kaya 75 185

- Roti putih 2 keping 60


- Kaya 1 sudu makan 15

122 Sandwic mentega 75 225


kacang

- Roti putih 2 keping 60


- Mentega kacang 1 sudu makan 15

123 Sandwic marjerin 75 245

- Roti putih 2 keping 60


- Marjerin 1 sudu makan 15

124 Bun ikan bilis 1 biji 60 180

125 Bun kacang merah 1 biji 60 210

126 Bun kaya 1 biji 60 190

127 Bun kari ayam 1 biji 60 210

128 Bun 1 biji 30 100

129 Roti canai 150 400

- Roti canai 1 keping 100


- Kuah dhal 1 senduk kecil 50

130 Roti goreng inti 1 gulung 50 150


sambal bilis

131 Roti telur (French 2 keping 60 160


toast)

132 Roti John 1 ketul 150 430

133 Idli 130 180

- Idli 1 keping 80
- Chutney 1 senduk kecil 50

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 39


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

134 Tosai 160 370

- Tosai 1 keping 110


- Kuah dhal 1 senduk kecil 50

135 Roti benjo 115 240

- Roti putih 2 keping 60


- Telur goreng 1 biji 55

136 Roti tempayan/ Roti 110 335


naan

- Roti 1 keping 60
- Kuah dhal 1 senduk kecil 50

137 Capati 115 365

- Capati 1 keping 65
- Kuah dhal 1 senduk kecil 50

138 Roti puri 110 490

- Roti puri 1 keping 60


- Kuah dhal 1 senduk kecil 50

139 Roti arab 100 250

- Roti arab 1 keping 50


- Kuah dhal 1 senduk kecil 50

KUIH - MUIH

140 Karipap 1 biji, sederhana 40 130

141 Apam 1 biji, sederhana 30 50

142 Ketayap 1 biji, sederhana 60 120

143 Apam Sri Ayu 1 biji, sederhana 30 90

144 Kuih tepung pelita 1 ketul 75 100

145 Kasui 1 potong, sederhana 60 90

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 40


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

146 Cucur udang 1 biji, besar 50 70

147 Samosa 1 biji, sederhana 40 60

148 Pulut panggang 1 biji, sederhana 50 110

149 Lepat pisang 1 keping, sederhana 60 90

150 Keropok lekor rebus 3 keping, sederhana 70 190/ 210


/goreng
151 Kuih kasturi 1 biji, sederhana 60 200

152 Vadai 1 biji, sederhana 50 160

153 Seri muka 1 potong, sederhana 50 150

154 Lompang 1 biji, sederhana 50 90

155 Kuih talam keladi 1 potong, sederhana 50 110

156 Cekodok pisang 3 biji, kecil 30 75

157 Pau kacang merah 1 biji, sederhana 50 150

158 Pau kaya 1 biji, sederhana 50 130

159 Pau ayam/ daging 1 biji, sederhana 60 140

160 Pisang goreng 3 keping, sederhana 90 180

161 Cucur cempedak 1 biji, besar 50 140

162 Keledek goreng 3 keping, nipis 90 120

163 Keladi goreng 3 keping, nipis 90 260

164 Cucur ikan bilis 3 biji, kecil 60 120

165 Roti jala 110 180

- Roti jala 3 keping 60 80


- Kuah kari 1 senduk kecil 50 100

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 41


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

166 Tauhu sumbat (sayur 1 biji, sederhana 60 70


dicelur)

167 Cakoi 2 keping, kecil 60 120

168 Cucur sayur 1 biji, besar 50 80

169 Pisang rebus 1 biji, sederhana 80 80

170 Keladi rebus 1 biji, kecil 80 100

171 Ubi keledek rebus 1 biji, kecil 80 110

172 Ubi kayu rebus 1 biji, kecil 80 130

173 Ubi kayu goreng 3 keping nipis 50 100

174 Bubur kacang 1 mangkuk Cina 140 150

175 Lempeng tepung 1 keping, sederhana 50 160

176 Puteri mandi 3 biji, kecil 60 220

177 Wajik 1 biji, sederhana 50 150

178 Tepung bungkus 1 biji, sederhana 50 160

179 Lempeng pisang 1 keping, sederhana 60 160

180 Pau kacang tanah 1 biji, sederhana 50 170

181 Muachi 1 biji, sederhana 50 170

BUAH BUAHAN
182 Tembikai 1 potong, sederhana 250 70

183 Tembikai susu 1 potong, sederhana 170 60

184 Betik 1 potong, sederhana 200 70

185 Jambu batu ½ biji tanpa biji, sederhana 150 70

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 42


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

186 Nenas 1 potong, sederhana 140 60

187 Pisang berangan 1 biji, sederhana 60 60

188 Pisang emas 2 biji, sederhana 60 60

189 Epal merah/ hijau 1 biji, sederhana 110 60

190 Mangga 1 biji, sederhana 100 70

191 Lai 1 biji, sederhana 200 70

192 Limau Mandarin 1 biji, sederhana 160 70

193 Limau manis 1 biji, sederhana 140 70

194 Belimbing manis 1 biji, sederhana 200 60

195 Ciku 1 biji, sederhana 80 65

196 Duku 6 biji, sederhana 130 70

197 Nangka 4 ulas tanpa biji, sederhana 200 70

198 Pir hijau 1 biji, sederhana 90 60

199 Rambutan 7 biji, sederhana 220 60

200 Rockmelon 1 potong, sederhana 170 60

201 Buah naga 3 potong, sederhana 95 70

202 Jambu air 6 biji 300 60

203 Anggur 8 biji, sederhana 90 60

BIJIRIN SARAPAN

204 Emping jagung 155 200

- Emping jagung ½ cawan 30


- Susu penuh krim 1 gelas kecil 125

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 43


BIL SENARAI MAKANAN SUKATAN ISI RUMAH BERAT KALORI
(g) (kcal)

205 Oatmeal 155 220

- Oat ½ cawan 30
- Susu penuh krim 1 gelas kecil 125

SNEK

206 Prun 3 biji 30 70

207 Kismis 2 sudu makan 30 90

208 Kurma 3 biji 30 90

209 Jagung rebus/ bakar 1 tongkol 120 110

210 Kacang kuda rebus 1 bungkus kecil 80 130

211 Kerepek bawang 1 bungkus kecil 60 140

212 Kacang tanah rebus 1 bungkus kecil 80 220

213 Kacang pis goreng 1 bungkus kecil 60 280

BISKUT

214 Biskut bijan 3 keping 30 130

215 Biskut bijirin penuh 3 keping 30 110

216 Biskut Marie 3 keping 30 140

217 Biskut krim kraker 3 keping 30 160

218 Biskut oat 2 keping 30 130

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 44


BIL SENARAI MINUMAN BERAT (g) KALORI (kcal)

MINUMAN YANG DIBANCUH

219 Minuman susu bercoklat 250 140


(contoh: Milo,Vico,Ovaltine)

- Serbuk malta bercoklat 30


- Susu segar 30
- Air 190

220 Minuman bermalta 250 140


(contoh : Horlicks)

- Serbuk bermalta 30
- Air 190
- Susu segar 30
221 Air perahan limau 250 25

- Jus perahan limau 20


- Air 225
- Gula 5

222 Susu rendah lemak 250 110

- Susu tepung 30
- Air 220

223 Air barli 250 130

- Beras barli 30
- Air 215
- Gula 5
224 Air soya 250 140

- Soya 30
- Air 215
- Gula 5
225 Jus buah-buahan (tembikai, 300 70
tembikai susu, limau, epal
hijau, jambu batu)
100
- Buah 200
- Air

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 45


BIL SENARAI MINUMAN BERAT (g) KALORI (kcal)

226 Jus lobak merah 300 60

- Lobak merah 100


- Susu penuh krim/ segar 30
- Air 170
227 Susu penuh krim 250 150

- Susu tepung penuh krim 30


- Air 220

MINUMAN SEDIA DIMINUM

228 Air mineral 250 0

229 Susu soya 250 160

230 Yogurt 150 100

231 Susu segar 250 160

232 Susu UHT 250 180

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 46


4.5 SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DILARANG DIJUAL DI KANTIN
SEKOLAH.

4.5.1 Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan – Peraturan


Makanan 1985 seperti:

 Makanan yang melampaui tarikh luput.

 Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama


permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.

4.5.2 Makanan diproses seperti kentang goreng (french fries)/ daging burger/
sosej/ bebola (ikan/ ayam/ daging & makanan laut)/ nugget/ kek ikan/
sate ikan (lok cheng) termasuk sebarang penyediaan makanan yang
mengandungi produk di atas

4.5.3 Makanan ringan (unhealthy snacks/ junk food) seperti extruded snacks
(seperti potato chips, prawn chips, crackers), keropok berperisa (seperti
keropok berperisa udang, sotong), kerepek, muruku.

4.5.4 Gula-gula dan coklat

4.5.5 Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk sama ada masam, masin atau
manis, basah atau kering seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau
dan jeruk bawang dan lain-lain makanan yang dijeruk.

4.5.6 Semua jenis donut/ kek/ muffin/ cup cake/ wafel/ pastri yang berkrim/
bersalut/ berinti manis/ bergula.

4.5.7 Produk-produk mi/ bihun/ ramen/ kuetiau/ bubur nasi/ sup SEGERA dan
lain-lain beserta perencah.

4.5.8 Produk konfeksi ais dan ais krim.

4.5.9 Minuman yang dibancuh atau di tambah (topping) menggunakan


kordial/ Syrup berperisa/ krimer/ manisan/ serbuk 3 dalam 1/ serbuk
manisan/ whipping cream.

4.5.10 Minuman tenaga/ isotonik/ botani (herba)/ berperisa/ berkarbonat/ buah


(yang hanya mengandungi ≤ 5% berat bagi isipadu jus buah).

4.5.11 Teh dan kopi (larangan penjualan dan penyediaan hanya di guna pakai
kepada murid dan pelajar sahaja)

4.5.12 Makanan dan minuman yang beralkohol

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 47


4.6 CONTOH PELABELAN KALORI MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN
SEKOLAH.

Berikut adalah contoh-contoh pelabelan kalori yang boleh dijadikan rujukan dan
panduan di dalam melaksanakan aktiviti pameran kalori makanan dan minuman
di kantin sekolah.

Contoh 1 : Kandungan kalori dipamer secara individu.

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 48


Contoh 2 : Papan tanda yang mempamerkan senarai makanan dan minuman
yang biasa dijual di kantin sekolah.

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 49


4.7 PENYEDIAAN AIR KOSONG DI KANTIN SEKOLAH
Air kosong ialah air mineral, air osmosis berbalik (RO) atau air yang telah di
masak terlebih dahulu tanpa sebarang penambahan bahan perisa seperti gula.
Air kosong perlu sentiasa disediakan di kantin sekolah untuk memastikan murid
dan pelajar memenuhi keperluan air harian. Pihak pengusaha kantin perlu
memastikan air kosong yang disediakan adalah bersih dan selamat serta
mudah untuk murid dan pelajar minum.

4.8 PENJUALAN BUAH-BUAHAN DI KANTIN SEKOLAH

Buah-buahan hendaklah dijual di kantin sekolah. Buah-buahan yang disediakan


perlulah segar, bersih dan selamat. Pilihan buah-buahan yang boleh dijual
adalah seperti dalam Senarai Makanan dan Minuman yang Boleh Dijual di
Kantin Sekolah. Pastikan serbuk asam, garam, kicap dan kuah rojak TIDAK
DISEDIAKAN semasa menjual buah-buahan.

5.0 PANDUAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MENYOKONG


PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH

5.1 PENGENALAN

Bagi memastikan murid dan pelajar sentiasa mendapat pemakanan yang


sihat dan seimbang, kawalan penjualan makanan dan minuman bukan
sahaja melibatkan kantin sekolah tetapi keseluruhan persekitaran bagi
menyokong amalan makan secara sihat perlu diwujudkan. Ini termasuk
mengawal penjualan makanan dan minuman tidak sihat di mesin layan diri
(vending machine), koperasi serta di luar pagar sekolah. Selain itu, warga
sekolah juga perlu didedahkan dengan amalan ini melalui penyediaan
hidangan sihat semasa mesyuarat dan majlis keraian di sekolah.

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 50


Pihak pengurusan dan guru sekolah perlu memainkan peranan penting
dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong pemakanan sihat di
sekolah. Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah:

i. Memastikan pelaksanaan penjualan makanan dan minuman mesin


layan diri (vending machine) mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan
Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman dan Makanan Sihat
dalam Perkhidmatan Awam 2011 dan Senarai Makanan dan Minuman
yang Boleh Dijual di Kantin Sekolah seperti yang tertakluk dalam
Panduan Kantin Sekolah Sihat 2011 (Pindaan Bab 3, 2016).
ii. Memastikan tiada penjualan makanan dan minuman yang dilarang di
koperasi sekolah dan semasa aktiviti sekolah dijalankan seperti Hari
Kantin, Hari Sukan, Hari Kecemerlangan Akademik dan lain-lain.
iii. Memastikan tiada penjualan makanan dan minuman di luar pagar
sekolah dan sekiranya ada, laporkan kepada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).
iv. Memastikan menu sihat disediakan dan prinsip hidangan sihat dipatuhi
semasa mengadakan mesyuarat dan majlis keraian di sekolah.

5.2 PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN MESIN LAYAN DIRI


(VENDING MACHINE)

Sebarang penjualan makanan dan minuman mesin layan diri (vending


machine) perlu mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri
(Vending Machine) Minuman dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam
2011(seperti di Lampiran 1) dan Senarai Makanan dan Minuman yang Boleh
Dijual di Kantin Sekolah seperti yang tertakluk dalam Panduan Kantin
Sekolah Sihat 2011 (Pindaan Bab 3, 2016).

5.3 PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KOPERASI SEKOLAH


DAN SEMASA AKTIVITI SEKOLAH

Pihak koperasi sekolah adalah tidak dibenarkan untuk menjual makanan dan
minuman di koperasi sekolah. Walau bagaimanapun, semasa kantin sekolah
tidak beroperasi, pihak koperasi dibenarkan menjual makanan dan minuman
seperti yang tertakluk dalam Panduan Kantin Sekolah Sihat 2011 (Pindaan

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 51


Bab 3, 2016). Sila rujuk Surat Siaran KPM Bilangan 11 Tahun 2013:
Penjualan Makanan Dan Minuman di Koperasi Sekolah (seperti Lampiran 2).

5.4 PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI LUAR PAGAR SEKOLAH

Isu penjualan makanan dan minuman tidak sihat yang mudah diperoleh di
luar premis sekolah merupakan salah satu faktor yang menghalang amalan
makan secara sihat dalam kalangan murid dan pelajar. Pengambilan
makanan dan minuman ini merupakan salah satu tabiat makan yang tidak
baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi tinggi lemak, gula dan garam
serta tiada nutrien penting untuk tumbesaran murid dan pelajar. Makanan dan
minuman yang tidak sihat ini adalah dilarang dijual di kantin sekolah tetapi
ianya mudah diperolehi di luar pagar sekolah tanpa kawalan. Selain itu,
penjualan makanan dan minuman yang beroperasi tanpa lesen di luar pagar
sekolah boleh meningkatkan risiko berlakunya penyakit-penyakit bawaan
makanan seperti Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Hepatitis A, Disenteri dan
Salmonellosis serta keracunan makanan.

Justeru, bagi mengawal penjualan makanan dan minuman di luar pagar


sekolah, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk
Garis Panduan Penguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan dan
Minuman Di Luar Pagar Sekolah Oleh Pihak Berkuasa Tempatan 2012.
Garis Panduan ini menyatakan penjualan makanan dan minuman di dalam
lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling sekolah adalah dilarang bagi
semua penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara. Walau
bagaimanapun, penjaja statik atau peniaga gerai sedia ada yang berlesen di
dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling sekolah, dibenarkan menjual
makanan dan minuman seperti yang tertakluk dalam Panduan Kantin Sekolah
Sihat 2011 (Pindaan Bab 3, 2016).

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 52


5.5 PENYEDIAAN HIDANGAN SIHAT SEMASA MESYUARAT DAN MAJLIS
KERAIAN SEKOLAH.

Amalan pemakanan tidak sihat dan gaya hidup yang tidak aktif akan
menyumbang kepada peningkatan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit
tidak berjangkit terutamanya obesiti, diabetes, hipertensi dan penyakit
berkaitan jantung. Oleh itu, amalan makan secara sihat dan gaya hidup aktif
perlu dipertingkatkan dalam kalangan warga sekolah bagi mengurangkan
risiko kejadian penyakit tersebut. Aktiviti ini merupakan salah satu langkah
bagi mewujudkan persekitaran yang menyokong amalan makan secara sihat.

Bagi setiap mesyuarat dan majlis keraian yang akan diadakan di sekolah,
pastikan prinsip penyediaan hidangan sihat berikut dipatuhi:

5.5.1 Pastikan menu yang dirancang mematuhi Senarai Makanan dan


Minuman yang Dilarang Dijual di Kantin Sekolah (rujuk muka
surat 47).
5.5.2 Sediakan air kosong sepanjang mesyuarat dan majlis keraian
berlangsung.
5.5.3 Sajikan susu rendah lemak dan gula secara berasingan bagi
minuman panas. Penggunaan krimer manis atau krimer bukan
tenusu adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ianya bukanlah hasil
tenusu dan mengandungi kandungan lemak tepu (saturated fat)
dan gula yang tinggi.
5.5.4 Sajikan buah-buahan segar.
5.5.5 Sajikan sayur-sayuran dan ulam-ulaman sebagai salah satu
menu utama pada waktu makan utama.
5.5.6 Pamerkan kalori makanan pada setiap hidangan yang
disediakan (maklumat kalori makanan dan minuman boleh
diperolehi daripada laman sesawang www.nutrition.gov.my atau
muat turun Aplikasi Telefon Pintar MyNutriApps II: MyNutriDiari
atau hubungi Pegawai Sains (Pemakanan) di Pejabat Kesihatan
Daerah yang berdekatan).

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 53


5.5.7 Sajikan lauk, kuih dan buah mengikut saiz sajian yang
disarankan bagi orang dewasa seperti berikut:
 Saiz ayam/ ikan/ daging: 80 -120g seketul
 Saiz kuih: 30 - 50g sekeping
 Saiz buah: 10 – 15g sepotong

*Anggaran berat bagi makanan di atas adalah bagi orang dewasa


sahaja. Bagi murid/ pelajar sekolah, berat bagi makanan dan minuman
perlu rujuk kepada Senarai Makanan dan Minuman yang Boleh Dijual di
Kantin Sekolah Beserta Maklumat Kalori (rujuk muka surat 22-46)

5.5.8 Kurangkan gula, garam dan minyak dalam penyediaan


makanan (maklumkan kepada pihak katerer).
5.5.9 Elakkan perisa dan pewarna tiruan dalam makanan dan
minuman. Guna pewarna semulajadi seperti daun pandan bagi
warna hijau, kunyit bagi warna kuning, bunga roselle untuk
warna merah (maklumkan kepada pihak katerer).

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 54


6.0 PEMANTAUAN

Bagi memastikan objektif garis panduan ini dicapai, pemantauan secara berkala
perlu dijalankan. Pemantauan ini akan dijalankan oleh ahli Persatuan Ibubapa dan
Guru (PIBG). Ianya selaras dengan strategi pelaksanaan inisiatif pemerkasaan PIBG
yang sedang dijalankan iaitu, mewujudkan persekitaran yang menyokong amalan
makan secara sihat dan aktiviti fizikal bagi mencegah dan menangani masalah
obesiti di sekolah. Pemerkasaan ini melibatkan ahli-ahli PIBG yang telah dilatih
mengenai maklumat kesihatan terutamanya dalam aspek pemakanan sihat dan
gaya hidup aktif. Mereka dapat bertindak sebagai agen perubahan bagi membentuk
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Kekerapan
pemantauan adalah dua kali sebulan dengan menggunakan Borang Senarai Semak
Pemantauan Pemakanan Sihat di Sekolah (Lampiran 3).

Panduan Mengisi Borang Senarai Semak Pemantauan Pemakanan Sihat Di


Sekolah
Panduan Am

1. Borang ini hendaklah diisi oleh ahli Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang
menjalankan pemantauan.
2. Pemantauan boleh dijalankan di sekolah sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
3. Salinan borang yang telah dinilai perlu diserahkan kepada Pegawai Sains
(Pemakanan) yang datang menjalankan pemantauan kantin sekolah.
4. Hasil pemantauan dan komen perlu dimaklumkan kepada pihak kantin dan
pengurusan sekolah untuk penambahbaikan.

Panduan Mengisi Borang


1. Sila isi nama ahli PIBG, tarikh dan nama sekolah semasa pemantauan
dijalankan.

2. Sila tandakan ‘’ bagi status kepatuhan untuk perkara yang berkenaan sahaja
(yang ada semasa pemantauan dijalankan). Jika terdapat perkara yang tidak
berkaitan, tulis ‘tidak berkaitan’ pada ruangan catatan.
3. Sila nyatakan komen, penambahbaikan dan tindak susul yang telah diambil pada
ruangan catatan bagi perkara yang TIDAK PATUH.

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 55


Lampiran 3

BORANG SENARAI SEMAK


PEMANTAUAN PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH

1. Nama ahli PIBG / Sekolah:


2. Tarikh:
BIL. PERKARA PATUH CATATAN
YA TIDAK (KOMEN/
PENAMBAHBAIKAN/
TINDAK SUSUL)
KANTIN SEKOLAH
1. Tidak menjual makanan yang dilarang
2. Tidak menjual minuman yang dilarang
3. Lebih 50% makanan dan minuman yang
dijual mempamerkan kalori
4. Air kosong sentiasa disediakan di kantin
sekolah
5. Buah-buahan sentiasa dijual di kantin
sekolah
PERSEKITARAN SEKOLAH
4. Penjualan makanan dan minuman mesin
layan diri (vending machine) mematuhi
Garis Panduan Pelaksanaan Mesin
Layan Diri (Vending Machine) Minuman
dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan
Awam 2011 dan senarai makanan dan
minuman yang dibenarkan dijual seperti
yang tertakluk dalam Panduan Kantin
Sekolah Sihat 2011 (Pindaan Bab 3,
2016)
5. Tiada penjualan makanan dan minuman
yang di larang di koperasi sekolah dan
semasa aktiviti sekolah dijalankan seperti
Hari Kantin, Hari Sukan, Hari
Kecemerlangan Akademik dan lain-lain
6. Tiada penjualan makanan dan minuman
di luar pagar sekolah
7. Menu sihat disediakan dan prinsip
hidangan sihat dipatuhi semasa
mengadakan mesyuarat dan majlis
keraian di sekolah (Sila rujuk Panduan
Kantin Sekolah Sihat 2011 (Pindaan Bab
3, 2016) m/s 53-54.

PANDUAN KANTIN SEKOLAH SIHAT 2011_Pindaan Bab 3, 2016 56


Lampiran 1
Lampiran 2

Garis Panduan Pelaksanaan


MESIN LAYAN DIRI (Vending Machine)
Minuman d
Mi dan M
Makanan
k Sih
Sihatt d
dalam
l P
Perkhidmatan
khid t A Awam

Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011
Garis Panduan Pelaksanaan
MESIN LAYAN DIRI (Vending Machine)
Minuman dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam

Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011
© Kementerian Kesihatan Malaysia 2011

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa jua bentuk atau alat mekanikal atau
elektronik kecuali setelah mendapat kebenaran daripada penerbit.

Edisi Pertama 2011

Diterbit, dicetak dan diedarkan oleh:


Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel: 603-8883 4145 Faks: 603-8888 6277
Laman web: http://www.moh.gov.my

ISBN 978-967-967-0399-01-0

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan 05

2.0 Objektif 05

3.0 Skop Pelaksanaan Garis Panduan 05 - 10


Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam
5

1.0 Pengenalan

Masalah obesiti dan NCD banyak ditentukan oleh gaya hidup yang tidak sihat,
seperti kurang bersenam, amalan pemakanan yang tidak sihat, tabiat merokok
dan lain-lain. Persekitaran yang tidak menyokong ke arah gaya hidup sihat juga
mempengaruhi amalan dan gaya hidup masyarakat yang menyumbang kepada
peningkatan masalah obesiti. Ini termasuklah kewujudan Mesin Layan Diri
(Vending Machine) menjual makanan atau minuman yang dikategorikan sebagai
“sugary, energy-dense dan non-nutritive” (tidak sihat), serta ianya mudah
didapati di fasiliti-fasiliti kerajaan.

Selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit NCD (National


Strategic Plan for Non-Communicable Diseases atau NSP-NCD) yang telah
dirangka oleh KKM bagi menangani masalah obesiti dan NCD di Malaysia,
pelaksanaan peraturan dan polisi sentiasa diberi penekanan supaya
persekitaran yang menyokong ke arah gaya hidup sihat dapat diwujudkan.
Sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab dalam penjagaan
kesihatan seluruh rakyat Malaysia, pelaksanaan ini akan menjadi contoh yang
baik kepada pelbagai kementerian kerajaan dan NGO, bagi menyediakan
pilihan yang lebih sihat kepada pekerja, pelanggan dan orang awam. Ini akan
menyokong kepada perubahan gaya hidup masyarakat dengan meningkatkan
kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan serta pencegahan obesiti.

2.0 Objektif

Sebagai panduan kepada Ketua Jabatan yang menyediakan perkhidmatan


Mesin Layan Diri (Vending Machine) minuman dan makanan di fasiliti mereka,
bagi memastikan penyediaan minuman dan makanan yang dijual adalah sihat
dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

3.0 Skop Pelaksanaan Garis Panduan

3.1 Dokumen ini boleh digunapakai di semua fasiliti kerajaan yang


menyediakan perkhidmatan Mesin Layan Diri (Vending Machine) minuman
dan makanan.

3.2 Garis panduan ini menggariskan dua komponen berikut, iaitu:


i. Produk Minuman dan Makanan Sihat bagi Mesin Layan Diri (Vending
Machine)
ii. Peraturan Peletakan Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman
dan Makanan
6 Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam

3.3 Produk Minuman dan Makanan Sihat bagi Mesin Layan Diri (Vending
Machine)

Produk minuman dan makanan yang dibenarkan dijual dalam Mesin Layan
Diri (Vending Machine) adalah yang dikategorikan rendah gula, rendah
lemak, rendah garam, tinggi serat, tiada gula tambahan atau gula tiruan,
tiada bahan pengawet dan tiada pewarna. Senarai produk adalah seperti
di bawah. Senarai ini perlu diberikan perhatian semasa penyediaan
kontrak di antara Ketua Jabatan dan pihak syarikat. Ketua Jabatan juga
perlu memastikan pihak syarikat memaparkan kalori makanan atau
minuman yang dijual dengan jelas pada mesin.

MINUMAN

1. Air mineral berbungkus

2. Air minuman berbungkus

3. Semua jenis susu UHT

4. Semua produk minuman sedia diminum (kecuali susu) yang dilabel ‘rendah gula’a
atau ‘bebas gula’a

5. Semua minuman berbancuh (kecuali susu) yang ‘rendah lemak’ (≤ 1.5 g bagi
setiap 100 ml) atau ‘bebas lemak’; dan ‘rendah gula’ (≤ 2.5 g bagi setiap 100 ml)
atau ‘bebas gula’a

Nota: Semua minuman berkarbonat adalah tidak dibenarkan walaupun dilabel sebagai rendah
kalori

MAKANAN

1. Makanan bijirin tersediab yang mengandungi ‘whole grain’

2. Buah-buahan keringc tanpa tambahan gula, glukosa, gliserol, sorbitol atau sakarin;
dan tidak mengandungi bahan pengawet atau pewarna

3. Kekacang dan bijian yang dipanggang dan dilabel ‘rendah gula’a atau ‘rendah
garam’a

4. Semua jenis makanan konfeksi tepungd yang dilabel ‘tinggi serat’a, ‘tinggi vitamin’a
atau ‘tinggi mineral’a

5. Semua jenis makanan konfeksi tepungd yang dilabel ‘rendah lemak’a, ‘rendah
gula’a atau ‘rendah garam’a

6. Semua jenis makanan yang dikategorikan sebagai ‘berkhasiat’e berdasarkan


Peraturan 18(8) di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Nota: Semua makanan yang berkrim atau bersalut gula adalah tidak dibenarkan
Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam
7

Rujukan:

a Peraturan 18c Akuan Kandungan Nutrien di dalam Peraturan-Peraturan Makanan


1985 – Jadual Kelima A, Daftar I dan Daftar II
b Peraturan 64 di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985
c Peraturan 226 di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985
d Peraturan 135 di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985
e Peraturan 18(8) di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Malaysian Dietary Guidelines 2010

3.4 Peraturan Peletakan Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman dan
Makanan (Peraturan Lokasi, Pengurusan Kebersihan dan Sampah)

Peletakan Mesin Layan Diri (Vending Machine) mestilah mematuhi Akta


Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Bab 6
(Perkara 53-55).

i. Pemasangan Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan atau


Mesin Layan Diri (Vending Machine) air

Perkara
53. (1) Pemunya atau pengendali sesuatu Mesin Layan Diri (Vending Machine)
makanan atau Mesin Layan Diri (Vending Machine) air hendaklah, sebelum
memasang mesin itu di mana-mana tempat, mematuhi kehendak yang
berikut:

(a) nama dan alamat berdaftarnya dilabelkan pada Mesin Layan Diri
(Vending Machine) makanan atau Mesin Layan Diri (Vending
Machine) air itu;

(b) Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan atau Mesin Layan Diri
(Vending Machine) air itu diletakkan di kawasan yang sesuai bagi
melindungi hasil di dalam mesin daripada apa-apa pencemaran;

(c) Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan atau Mesin Layan Diri
(Vending Machine) air itu dikekalkan bersih dan sanitasi;

(d) ruang di sekeliling dan di bawah Mesin Layan Diri (Vending Machine)
makanan dan Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu mudah
dicapai untuk dicuci dan tidak menjadi tempat bersarang perosak;
dan

(e) lantai di mana Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan atau
Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu dimaksudkan untuk
dipasang, diperbuat daripada bahan rata tidak telap air yang mudah
dicuci dan dapat tahan cucian dan sentalan yang berulang-ulang.
8 Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam

(2) Mana-mana pemunya atau pengendali Mesin Layan Diri (Vending Machine)
makanan atau Mesin Layan Diri (Vending Machine) air yang tidak mematuhi
subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun.

ii. Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan

Perkara
54. (1) Pemunya dan pengendali Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan
hendaklah mematuhi kehendak berikut:

(a) Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan itu kekal berfungsi dan
berkeadaan baik;

(b) Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan itu kekal dalam
keadaan bersih dan sanitasi dan bebas daripada perosak;

(c) Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan itu digunakan secara
eksklusif untuk penjualan makanan;

(d) kawasan persekitaran di mana Mesin Layan Diri (Vending Machine)


makanan itu ditempatkan dikekalkan bersih, kemas dan bebas
daripada perosak;

(e) bekas sampah:


(i) disediakan secukupnya berhampiran dengan Mesin Layan Diri
(Vending Machine) makanan itu;
(ii) adalah dari jenis tutup sendiri, mudah alih dan tahan bocor;
(iii) dilabel sewajarnya: dan
(iv) dikosongkan apabila penuh atau sekurang-kurangnya sekali
sehari dan hendaklah dicuci dan dibersihkan setelah ia kosong.

(f) rak atau kotak yang sesuai disediakan berhampiran Mesin Layan Diri
(Vending Machine) makanan bagi bekas atau botol guna semula;

(g) semua makanan atau perkakas pakai buang atau barang yang
hendak digunakan dalam Mesin Layan Diri (Vending Machine)
makanan ketika penghantaran serah dan semasa dalam
penyimpanan sebelum digunakan adalah dilindungi pada setiap
masa daripada debu, perosak dan apa-apa pencemaran yang lain;

(h) Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan yang mendispens


makanan yang mudah rosak dilengkapi dengan peranti kawalan suhu
bagi memastikan makanan itu dikekalkan pada suhu yang sesuai;

(i) semua makanan yang mudah rosak didispens dalam bekas atau
individu asal;

(j) semua susu atau hasil susu bendalir didispenskan dalam bekas
individu asal;
Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam
9

(k) semua bekas boleh guna semula dan bahagian Mesin Layan Diri
(Vending Machine) makanan yang bersentuh secara langsung
dengan makanan dialihkan daripada mesin itu dan dicuci sebersih-
bersihnya setiap hari;

(l) muncung Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan di mana


makanan didispenskan, jika terpakai, dilindungi setiap masa
daripada debu, perosak atau apa-apa pencemaran yang lain; dan

(m) ketuhar gelombang mikro yang digunakan bersama-sama dengan


Mesin Layan Diri (Vending Machine) makanan:

(i) dibersihkan kaviti dan tubir pintunya sekurang-kurang sekali sehari


dengan pencuci bukan pelelas; dan

(ii) dikekal bebas daripada longgokan gris yang menjadi kerak dan
pencemaran yang lain.

(2) Mana-mana pemunya atau pengendali Mesin Layan Diri (Vending Machine)
makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

iii. Mesin Layan Diri (vending machine) air

Perkara
55. (1) Pemunya atau pengendali Mesin Layan Diri (Vending Machine) air
hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang berkut:

(a) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu direka bentuk dan dibina
bagi memudahkan pembersihan dan penyelengaraan bagi semua
permukaan luar dan dalam;

(b) semua bahagian dan permukaan Mesin Layan Diri (Vending


Machine) air itu yang bersentuhan dengan air diperbuat daripada
bahan yang diluluskan, tahan kakisan dan tidak telap yang boleh
tahan pembersihan dan rawatan sanitasi yang berulang-ulang;

(c) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu mempunyai muncung
pendispens tahan kakisan yang berelung atau teradang;

(d) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu direka bentuk mengikut
cara supaya semua rawatan ke bahagian air yang dijual melalui
penyulingan, pertukaran ion, penurasan, cahaya ultraunggu, osmosis
berbalik, penambahan mineral atau apa-apa proses lain yang
diterima dapat dilakukan dengan cara yang berkesan;

(e) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu mempunyai sistem yang
berkesan bagi mengendalikan titisan, tumpahan atau limpahan air;

(f) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu mempunyai peranti
pencegahan aliran balik bagi semua sambungan dengan bekalan air;
10 Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine) Minuman dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan Awam

(g) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu yang mendispens air
dinyahjangkitkan melalui pengozonan atau kaedah lain yang
diluluskan oleh Pengarah;

(h) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu dilengkapi peranti
pemantau yang direka untuk menghentikan operasi mesin itu apabila
unit penyahjangkitan gagal berfungsi, atau dipantau setiap hari dari
mula dan ditutup secara manual apabila unit itu gagal berfungsi;

(i) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu dilengkapi pintu tutup
sendiri dan dipasang kemas pada bahagian pendispens atau
penutup muncung pendispens untuk melindungi muncung
pendispens bila masa Mesin Layan Diri (Vending Machine) air tidak
digunakan;

(j) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu dikekalkan dalam keadan
bersih dan sanitasi, bebas daripada kotoran dan perosak; dan

(k) Mesin Layan Diri (Vending Machine) air itu menggunakan bekalan air
awam yang diluluskan.

(2) Mana-mana pemunya atau pengendali Mesin Layan Diri (Vending Machine)
air yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

3.5 Pengiklanan sebarang produk minuman dan makanan pada permukaan


Mesin Layan Diri (Vending Machine) mestilah produk yang dijual di dalam
Mesin Layan Diri (Vending Machine) tersebut sahaja.
Lampiran 3

BORANG SENARAI SEMAK


PEMANTAUAN PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH

1. Nama ahli PIBG / Sekolah:


2. Tarikh:
BIL. PERKARA PATUH CATATAN
YA TIDAK (KOMEN/
PENAMBAHBAIKAN/
TINDAK SUSUL)
KANTIN SEKOLAH
1. Tidak menjual makanan yang dilarang
2. Tidak menjual minuman yang dilarang
3. Lebih 50% makanan dan minuman yang
dijual mempamerkan kalori
4. Air kosong sentiasa disediakan di kantin
sekolah
5. Buah-buahan sentiasa dijual di kantin
sekolah
PERSEKITARAN SEKOLAH
4. Penjualan makanan dan minuman mesin
layan diri (vending machine) mematuhi
Garis Panduan Pelaksanaan Mesin
Layan Diri (Vending Machine) Minuman
dan Makanan Sihat dalam Perkhidmatan
Awam 2011 dan senarai makanan dan
minuman yang dibenarkan dijual seperti
yang tertakluk dalam Panduan Kantin
Sekolah Sihat 2011 (Pindaan Bab 3,
2016)
5. Tiada penjualan makanan dan minuman
yang di larang di koperasi sekolah dan
semasa aktiviti sekolah dijalankan seperti
Hari Kantin, Hari Sukan, Hari
Kecemerlangan Akademik dan lain-lain
6. Tiada penjualan makanan dan minuman
di luar pagar sekolah
7. Menu sihat disediakan dan prinsip
hidangan sihat dipatuhi semasa
mengadakan mesyuarat dan majlis
keraian di sekolah (Sila rujuk Panduan
Kantin Sekolah Sihat 2011 (Pindaan Bab
3, 2016) m/s 53-54.
LAMPIRAN B

RINGKASAN PINDAAN/ PENAMBAHBAIKAN BAB 3: GARIS PANDUAN


PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH

BIL. PERKARA PINDAAN/ PENAMBAHBAIKAN


1. Nama bagi komponen pemakanan
Bab 3 ditukar.
Nama lama: Nama baru:
Bab 3: Garis panduan Penjualan Bab 3 – Garis Panduan Pemakanan
Makanan Di Kantin Sekolah. Sihat di Sekolah.

Ini kerana skop garis panduan ini telah


diperluaskan kepada persekitaran
sekolah.
2. Penambahan sub topik bagi topik Sub topik yang ditambah adalah:
panduan penjualan makanan dan
minuman di kantin sekolah. a) Senarai makanan dan minuman
yang boleh dijual

b) Senarai makanan dan minuman


yang tidak boleh dijual

c) Penyediaan air kosong di kantin


sekolah

d) Penjualan buah-buahan di kantin


sekolah

3. Penambahan topik bagi mewujudkan Topik yang ditambah adalah:


persekitaran pemakanan sihat yang
i. Penjualan makanan dan
kondusif.
minuman mesin layan diri
(vending machine)

ii. Penjualan makanan dan


minuman di koperasi sekolah dan
semasa aktiviti sekolah

iii. Penjualan makanan dan


minuman di luar pagar sekolah

iv. Penyediaan hidangan sihat


semasa mesyuarat dan majlis
keraian sekolah

4. Penambahan topik pemantauan. Bagi memastikan penduan ini dapat


dilaksanakan, topik pemantauan disaran
untuk dijalankan.
LAMPIRAN C

RASIONAL LARANGAN BAGI SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG


DILARANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH

BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

1. Makanan dan minuman yang Selaras dengan Peraturan – Peraturan


melanggar Peraturan – Makanan 1985.
Peraturan Makanan 1985
seperti:

 Makanan yang
melampaui tarikh luput.

 Semua jenis makanan


yang berupa permainan
atau dijual bersama
permainan seperti
cincin, gambar, belon
dan lain-lain.

2. Makanan diproses seperti  Pengambilan makanan diproses secara


kentang goreng (french fries)/ berlebihan akan mudaratkan kesihatan
daging burger/ sosej/ bebola kerana ia mengandungi tinggi
(ikan/ ayam/ daging & makanan kandungan lemak dan garam.
laut)/ nugget/ kek ikan/ sate ikan
 Pengambilan makanan ini perlu dikawal
(lok cheng) termasuk sebarang
bermula daripada usia muda kerana
penyediaan makanan yang
pengambilan makanan tinggi kandungan
mengandungi produk di atas
garam (contoh makanan tinggi garam:
sosej, nugget, daging burger, makanan
ringan, ikan masin, jeruk, makanan
segera beserta perencah) secara
berterusan akan meningkatkan risiko
tekanan darah tinggi.

 Makanan ini selalunya digoreng dan ini


akan meningkatkan risiko berlebihan
berat badan dan obesiti kerana
pengambilan lemak yang tinggi.

1
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

 Hadkan pengambilan lemak, iaitu 25


– 30% daripada tenaga harian.

 Hadkan pengambilan makanan yang


diproses seperti daging burger, sosej
atau nugget tidak melebihi sekali
seminggu.

 Hadkan pengambilan garam kepada


5g (1 sudu teh) atau 2000mg natrium
sehari.

Kajian berkaitan:

 Kekerapan pengambilan makanan


segera yang tinggi mempunyai perkaitan
dengan pertambahan indeks jisim tubuh
dalam kalangan kanak-kanak (Nutritional
Status And Eating Practices Among
Children Aged 4 – 6 Years Old In
Selected Urban And Rural Kindergarten
In Selangor, Malaysia, 2012)

 Makanan segera kebanyakannya adalah


makanan yang tinggi lemak dan kalori
dan menjadi penyumbang kepada
masalah berat badan berlebihan (Body
Mass Status Of School Children And
Adolescents In Kuala Lumpur, Malaysia,
2004).

 Kanak-kanak yang kerap mengambil


makanan bergoreng di luar rumah (FFA –
fried food away from home) akan
mempunyai berat badan yang berlebihan,

2
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

mengambil kalori melebihi keperluan


harian dan mempunyai corak pemakanan
yang tidak berkualiti. Pengambilan FFA
yang berterusan akan menyumbang
kepada masalah berlebihan berat badan
dan obesiti (Association of Consumption
of Fried Food Away From Home With
Body Mass Index and Diet Quality in
Older Children and Adolescents, 2004).
 Pengambilan garam yang tinggi berkait
rapat dengan peningkatan tekanan darah
sistolik dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja di US. Perkaitan ini adalah lebih
jelas dilihat pada kumpulan kanak-kanak
dan remaja yang berlebihan berat badan
atau obesiti (Sodium Intake and Blood
Pressure Among US Children and
Adolescents, 2012).
3. Makanan ringan (unhealthy  Makanan ringan mengandungi kandungan
snacks/ junk food) seperti gula, garam, lemak dan pewarna tiruan
extruded snacks (seperti potato yang tinggi.
chips, prawn chips, crackers),
 Makanan ini juga mengandungi nilai
keropok berperisa (seperti
nutrien yang rendah yang tidak memberi
keropok berperisa udang,
kebaikan kepada kesihatan kanak-kanak.
sotong), kerepek, muruku.
 Amalan pengambilan makanan ringan ini
secara kerap boleh mengundang pelbagai
masalah kesihatan seperti:

o Berlebihan berat badan

o Obesiti

o Karies gigi dikalangan kanak-


kanak

o Menggangu pengambilan
makanan yang lebih berkhasiat

3
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

yang penting untuk tumbesaran.


Ini akan menyumbang kepada
faktor risiko kepada penyakit tidak
berjangkit.

o Mengurangkan penumpuan dalam


kelas dan memberi kesan atas
pembelajaran dan produktiviti di
sekolah.

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

 Hadkan pengambilan garam kepada 5g


(1 sudu teh) atau 2000mg natrium
sehari.

 Hadkan pengambilan makanan yang


tinggi garam seperti extruded snacks

 Hadkan pengambilan gula kepada satu


sudu teh sahaja bagi setiap penyediaan
secawan minuman

 Hadkan pengambilan lemak, iaitu 25 –


30% daripada tenaga harian.

Kajian berkaitan :

 Snek tinggi garam seperti keropok ikan/


udang merupakan snek yang kerap
diambil oleh kanak-kanak dan remaja di
Malaysia. Pengambilan makanan tinggi
garam berkait rapat dengan masalah
tekanan darah tinggi. Kajian
menunjukkan pengawalan makanan
tinggi garam dalam kalangan kanak-
kanak memberi kesan kepada

4
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

penurunan tekanan darah dan


mengurangkan risiko masalah ini ketika
dewasa kelak (Eating Patterns of School
Children and Adolescents in Kuala
Lumpur, 2006).

 Pengambilan makanan tinggi kalori,


tinggi protein dan tinggi lemak yang
berlebihan (melebihi keperluan) berkait
rapat dengan masalah obesiti dalam
kalangan murid sekolah rendah (Dietary
Practices among Overweight and Obese
Chinese Children in Kota Bharu,
Kelantan, 2011).

4. Gula-gula dan coklat Makanan ini mengandungi kandungan gula


tinggi yang akan menyebabkan:

 Karies gigi.

 Kanak-kanak memiliki tenaga segera


yang berlebihan. Tenaga berlebihan ini
akan menyebabkan mereka menjadi
hiperaktif.

 Berlebihan berat badan.

 Obesiti.

 Terdedah kepada risiko mendapat


penyakit kencing manis.

 Pengambilan makanan yang lebih


berkhasiat yang penting untuk
tumbesaran terganggu. Ini akan
menyumbang kepada faktor risiko
kepada penyakit tidak berjangkit.

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

 Hadkan pengambilan gula kepada satu

5
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

sudu teh sahaja bagi setiap penyediaan


secawan minuman.

Kajian berkaitan :

 Prevalens masalah karies gigi adalah


tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan
kebanyakan kanak-kanak mengambil
makanan dan minuman bergula lebih
daripada 3 kali dalam sehari
(Relationship between Frequency of
Sugary Food and Drink Consumption with
Occurrence of Dental Caries among
Preschool Children in Titiwangsa, Kuala
Lumpur, 2010).

 Peningkatan gula dalam darah akan


menjadikan kanak-kanak hiperaktif (The
Effect Of Sugar On Behavior Or
Cognition In Children- Meta Analysis,
Wolraich ML, 1995).

5. Jenis-jenis makanan yang telah  Makanan ini mengandungi kandungan


dijeruk sama ada masam, masin garam dan gula yang tinggi.
atau manis, basah atau kering
 Kandungan garam yang tinggi yang akan
seperti asam masin, jeruk
meningkatkan risiko penyakit tekanan
mangga, kulit limau, jeruk
darah tinggi.
bawang dan lain-lain makanan
yang dijeruk  Kandungan gula yang tinggi akan
meningkatkan risiko berlebihan berat
badan atau obesiti, karies gigi, hiperaktif
serta risiko mendapat penyakit kencing
manis.

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

6
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

 Hadkan pengambilan garam kepada


5g (1 sudu teh) atau 2000mg natrium
sehari.

 Hadkan pengambilan gula kepada


satu sudu teh sahaja bagi setiap
penyediaan secawan minuman.

Kajian berkaitan:

Betik merupakan buah yang kaya dengan


sumber Vitamin A dan C yang penting untuk
kesihatan. Kajian menunjukkan proses
penjerukan betik akan mengurangkan
kandungan antioksida dan aktiviti
pengoksidaan berbanding dengan betik
segar (Evaluation Of Antioxidant Properties
In Fresh And Pickled Papaya: Research By
Universiti Putra Malaysia, 2012).

6. Semua jenis donut/ kek/ muffin/ Makanan ini mengandungi kandungan gula
cup cake/ wafel/ pastri yang dan lemak yang tinggi yang akan
berkrim/ bersalut/ berinti manis/ menyebabkan:
bergula.
 Karies gigi.

 Kanak-kanak memiliki tenaga segera


yang berlebihan. Tenaga berlebihan ini
akan menyebabkan mereka menjadi
hiperaktif.

 Berlebihan berat badan.

 Obesiti.

 Terdedah kepada risiko mendapat


penyakit kencing manis.

 Pengambilan makanan yang lebih


berkhasiat yang penting untuk
tumbesaran akan terganggu. Ini juga
boleh menyumbang kepada faktor risiko

7
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

kepada penyakit tidak berjangkit.

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

 Hadkan pengambilan gula kepada satu


sudu teh sahaja bagi setiap penyediaan
secawan minuman

 Hadkan pengambilan lemak, iaitu 25 –


30% daripada tenaga harian.

Kajian berkaitan:

 Prevalens masalah karies gigi adalah


tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan
kebanyakan kanak-kanak mengambil
makanan dan minuman bergula lebih
daripada 3 kali dalam sehari
(Relationship between Frequency of
Sugary Food and Drink Consumption with
Occurrence of Dental Caries among
Preschool Children in Titiwangsa, Kuala
Lumpur, 2010).

 Peningkatan gula dalam darah akan


menjadikan kanak-kanak hiperaktif (The
Effect Of Sugar On Behavior Or
Cognition In Children- Meta Analysis,
Wolraich ML, 1995).

7. Produk-produk mi/ bihun/ ramen/  Makanan ini mengandungi kandungan


kuetiau/ bubur nasi/ sup garam yang tinggi.
SEGERA dan lain-lain beserta
 Kandungan garam yang tinggi akan
perencah.
meningkatkan risiko penyakit tekanan
darah tinggi.

8
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

 Hadkan pengambilan garam kepada


5g (1 sudu teh) atau 2000mg natrium
sehari.

Kajian berkaitan:

Kajian menunjukkan indeks jisim tubuh (IJT)


pelajar sekolah dipengaruhi oleh jenis
pemakanan yang diambil. Pemilihan
makanan yang tidak sihat (makanan segera,
minuman berkarbonat, mi segera, makanan
bergoreng, makanan bersantan, makanan
tinggi gula dan tinggi garam) akan
meningkatkan IJT pelajar (Relationship
Between Dietary Pattern And Body Mass
Index Among Primary School Children In
Selected Primary School In Selangor, 2012).
8. Produk konfeksi ais dan ais krim Minuman ini mengandungi kandungan kalori
dan gula tinggi yang akan menyebabkan:

 Kanak-kanak memiliki tenaga segera


9. Minuman yang dibancuh atau di
yang berlebihan. Tenaga berlebihan ini
tambah (topping) menggunakan
akan menyebabkan mereka menjadi
kordial/ Syrup berperisa/ krimer/
sangat agresif.
manisan/ serbuk 3 dalam 1/
serbuk manisan/ whipping  Karies gigi.
cream.
 Berlebihan berat badan.

 Obesiti.
10. Minuman tenaga/ isotonik/ botani
 Terdedah kepada risiko mendapat
(herba)/ berperisa/ berkarbonat/
penyakit kencing manis.
buah (yang hanya mengandungi

9
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

≤ 5% berat bagi isipadu jus  Minuman 3 dalam 1 dan berkarbonat


buah). turut mengandungi kafein yang tinggi. Ini
akan menghalang penyerapan vitamin
dan mineral yang penting untuk tubuh
seperti zat besi. Zat besi merupakan
nutrien penting bagi proses metabolisma
tenaga dan pengangkutan oksigen
dalam sel darah merah. Komponen ini
amat penting bagi kanak-kanak yang
sedang membesar.

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

 Hadkan pengambilan gula kepada


satu sudu teh sahaja bagi setiap
penyediaan secawan minuman

 Hadkan pengambilan lemak, iaitu 25


– 30% daripada tenaga harian.

Kajian berkaitan:

 Pengambilan makanan tinggi gula akan


menjadikan punca kepada masalah
hiperaktif, tingkah laku dalam kalangan
kanak-kanak (The Effect Of Sugar On
Behavior Or Cognition In Children- Meta
Analysis, Wolraich ML, 1995).

 Pemakanan tinggi glasemik dan


kekerapan pengambilan susu dan ais
krim yang tinggi memberi kesan positif
kepada masalah kulit (Acne Vulgaris)
High Glycemic Load Diet, Milk And Ice
Cream Consumption Are Related To
Acne Vulgaris In Malaysian Young

10
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

Adults: A Case Control Study, 2012)

 Pengambilan minuman manis


meningkatkan risiko masalah kesihatan
cardiometabolic. Ini kerana
pengambilannya yang tinggi akan
meningkatkan kandungan triglycerides
(TG), kandungan gula darah dan
merendahkan kandungan kolestrol baik
(HDL) (Sugar-Sweetened Beverage
Intake And Its Associations With
Cardiometabolic Risks Among
Adolescents In National Secondary
Schools In Kuala Lumpur, 2015).

 Pengambilan minuman manis seperti


minuman berkarbonat/ kopi/ teh/
minuman berperisa buah-buahan yang
tinggi akan meningkatkan risiko berat
badan berlebihan dan obesiti pada
kanak-kanak (Relationship Between
Dietary Pattern And Body Mass Index
Among Primary School Children, 2012).

 Pengambilan minuman tinggi gula


berkadar langsung dengan perubahan
IJT dan menyumbang kepada masalah
obesiti kanak-kanak (Relation Between
Consumption Of Sugar-Sweetened
Drinks And Childhood Obesity In US: A
Prospective,Observational Analysis,
2001).

 Pengambilan minuman tinggi gula


didapati akan meningkatkan bacaan
jumlah lipatan kulit (skinfold

11
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

measurements), nisbah pinggang


kepada tinggi (waist-to-height ratio) dan
jumlah lemak di dalam badan (A Trial of
Sugar-free or Sugar-Sweetened
Beverages and Body Weight in Children
in Netherlands, 2012).
11. Teh dan kopi (larangan  Minuman ini mengandungi tanin dan
penjualan dan penyediaan hanya kafein yang menghalang penyerapan
di guna pakai kepada murid dan vitamin dan mineral penting seperti zat
pelajar sahaja) besi. Zat besi merupakan nutrien penting
bagi proses metabolisma tenaga dan
pengangkutan oksigen dalam sel darah
merah. Komponen ini amat penting bagi
kanak-kanak yang sedang membesar.

 Bancuhan teh dan kopi dengan gula


yang tinggi akan menyebabkan perkara
berikut:

o Kanak-kanak memiliki tenaga


segera yang berlebihan. Tenaga
berlebihan ini akan menyebabkan
mereka menjadi hiperaktif.

o Karies gigi.

o Berlebihan berat badan.

o Obesiti.

o Terdedah kepada risiko


mendapat penyakit kencing
manis.

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

 Hadkan pengambilan gula kepada satu


sudu teh sahaja bagi setiap penyediaan
secawan minuman.

12
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

Kajian berkaitan:

 Kajian menunjukkan pengambilan halba,


kopi dan teh mengganggu penyerapan
zat besi dan menyumbang kepada punca
masalah anemia disebabkan kekurangan
zat besi (Iron deficiency anemia) (Risk
Factors For Iron Deficiency Anaemia In
Preschool Children In Northern Ethiopia,
1999).

 Pengambilan minuman manis seperti


minuman berkarbonat/ kopi/ teh/
minuman berperisa buah-buahan yang
tinggi akan meningkatkan risiko berat
badan berlebihan dan obesiti pada
kanak-kanak (Relationship Between
Dietary Pattern And Body Mass Index
Among Primary School Children, 2012).

12. Makanan dan minuman yang Pengambilan alkohol memberi kesan buruk
beralkohol kepada kesihatan. Antaranya adalah:

 Kerosakan otak yang kekal

 Penyakit hepar (radang hepar, sirosis,


kanser)
 Kerosakan otak yang kekal
 Penyakit jantung (peningkatan tekanan
darah, angin ahmar/strok)
 Ulser pada perut (ulser gastrik dan
peptik)
 Kanser usus
 Penurunan naluri seks dan mati pucuk
 Keguguran spontan
 Bayi yang tidak normal

 Anemia (kandungan darah rendah)

13
BIL. MAKANAN/ MINUMAN RASIONAL LARANGAN

Saranan Malaysian Dietary Guidelines for


Children and Adolescents, 2013:

 Elakkan pemberian minuman beralkohol


kepada kanak-kanak.

Kajian berkaitan:

 Menghabiskan banyak masa dengan


melayari internet, pengambilan alkohol
yang berlebihan dan kurang tidur boleh
meningkatkan risiko dalam peningkatan
IJT (Weight Gain in Older Adolescent
Females in US: The Internet, Sleep and
Alcohol, 2008).

 Pengambilan alkohol merupakan faktor


risiko utama untuk kejadian penyakit,
ketidak upayaan tubuh dan kematian
(Effect Of Alcohol Consumption In
Prenatal Life, Childhood And
Adolescence On Child Development,
2011).

14

You might also like